
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 6
Oleh : Noraz Ikha
BAB 6
HARI ini Eika dan Sheila datang awal ke sekolah. Eika tidak sabar menunggu kedatangan Lizz, Sue, Eida dan Atin. Dia mahukan kepastian apakah benar mereka yang menulis surat daripada PSH. Tambahan pula surat itu tidak berstem. Eika sedang berkira-kira apakah bentuk soalan yang akan ditanyakan nanti. Sementara itu, Sheila yang berada di sebelah pula asyik memerhatikan kelakuan Eika sedari tadi lagi.
“Eh! Apasal kau asyik tengok aku saja ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?”
Terpacul juga soalan itu dari mulut Eika. Sheila hanya membalasnya dengan sengihan. Semakin kuat andaian Eika terhadap mereka. Matanya tepat merenung wajah Sheila penuh keraguan.
“Tak ada apa-apalah!” Jawab Sheila acuh tak acuh sahaja. Berkerut dahi Eika mendengarnya. Bibirnya mencebik tidak puas hati.
“Mana boleh tak ada apa-apa! Lebih baik kau terus-terang!”
“Betullah. Tapi… aku tengok, kau ni semakin cantiklah! Dah ada pakwe baru ke?” Tersedak Eika mendengar soalan Sheila yang langsung tidak disangkanya. ‘Bila pulaklah aku ada pakwe lama?’ Soal Eika sendiri.
“Hei… mengarut sahajalah kau ni!!” Terus Eika membantah.
“Okeylah kali ni aku betul-betul. Sebenarnya aku hairan tengok kau. Asyik diam je dari tadi. Selalunya mulut kau tu tak ubah macam mulut murai tercabut ekor. Dah tu, kalau bercakap tak ada noktah. Macamlah si Sarimah Ibrahim!”
“Kau nak kutuk aku ke nak perli aku ni?”
“Dua-dua. He… he… tak adalah, aku gurau je. Eh, itu pun dia orang dah sampai!”
Jerit Sheila. Jari telunjuknya dihalakan ke arah mereka. Pantas Eika menoleh. Di hujung bangunan kelihatan rakan ‘Group Pengusik’ yang lain sedang berjalan sambil ketawa riang. Mereka melambai-lambaikan tangan dari jauh. Eika dan Sheila membalasnya.
“Hei kawan-kawan! Cepatlah sikit!” Laung Eika tidak sabar apabila mereka sudah semakin hampir.
“Sebenarnya kau kenapa, Eika? Macam ada sesuatu aje?” Soal Sheila ingin tahu.
“Alah… nanti kau tahulah!”
Lizz berjalan seperti seorang model. Atin pula seakan-akan tomboy. Manakala Sue dan Eida pula berjalan sopan beriringan. ‘Apa pasal pulak dengan budak dua ekor tu? Semacam je!’ Detik hati Atin. Mereka berjalan dengan lebih laju lagi.
“Hai… Assalamualaikum!!”
“Waalaikumussalam… marilah duduk sini kejap. Aku ada something nak tanya kat kau orang ni,” ajak Eika.
“Kenapa? Apa yang kau nak tanya sampai beriya-iya sangat ni?” Soal Lizz.
“Ha’ahlah, dari jauh lagi kau orang dah macam ‘panggil-panggil’ kita orang.” Eida pula seperti kurang sabar. Manakala Sue dan Atin pula mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat mereka.
“Err…. kau orang ada buat apa-apa tak?” Tanya Eika memulakan siasatan.
“Buat apa? Kita orang tak fahamlah!”
“Yalah. Maksud aku, kau orang ada tak buat rancangan yang aku tak tau?” Eika seperti mendesak supaya mereka menjawab soalannya.
“Tak adalah. Kita orang tak ada buat apa-apa rancangan pun!” Ujar Sue.
“Betul tu, kenapa pulak kau tanya?” Tanya Eida pula.
‘Kalau dia orang tak buat, siapa pulak? Kalau tengok dari gaya dia orang ni memang macam bukan. Lebih baik aku bagi tahu perkara sebenar. Manalah tahu, dia orang boleh tolong aku,’ fikir Eika di dalam hati.
“Kau orang jangan main-main tau!”
“Kita orang seriuslah ni!” Ujar mereka hampir serentak.
Kemudian Eika mengeluarkan failnya yang diletakkan di dalam meja. Surat tersebut tersimpan kemas di dalamnya. Sememangnya, dia ialah seorang yang berani menanggung risiko. Jika ada spot-check, pasti dia akan kena sekiranya dia meneruskan tabiatnya itu. Namun nasibnya selalu sahaja baik. Dia tidak pernah kena tangkap. Malahan dia bijak menyelitkannya di mana-mana.
Perlahan-lahan sepucuk surat dikeluarkan dari dalam fail. Manakala rakan-rakannya yang lain menyaksikan perbuatan Eika dengan penuh minat dan tanda tanya. Perasaan tidak sabar jelas terbayang pada riak wajah rakan-rakannya. Dibukanya surat tersebut lipatan demi lipatan. Sengaja dia melambatkan-lambatkan masa untuk melihat reaksi mereka yang disyaki.
“Eh… eh… suratlah! Surat apa tu Eika?” Tanya Eida spontan.
“Sabarlah dulu, tak larinya surat ni,” balas Eika acuh tak acuh.
“Nah, kau orang bacalah sendiri surat ni! Aku ingatkan, kau orang yang tulis.”
Pantas sahaja mereka menyambar surat tersebut sebaik sahaja Eika menghulurkan. Kemudian, pelbagai reaksi dipamerkan oleh mereka. Ada yang ketawa, ada yang tersenyum penuh makna, dan tak kurang juga yang mencebik. Mungkin meluat dengan bahasa yang digunakan oleh si penulis.
“He’e….. bestnya kau! Ada jugak orang yang nak bagi surat. Aku ni, satu hapa pun tak ada,” suara Atin seolah-olah mengeluh.
“Apa pulak! Dia tu lagi ramai pakwe, keliling pinggang!” Balas Eika. Atin hanya tersenyum simpul mendengarnya. Betul juga. Detik Atin dalam hati.
“Eika… kau dengar sini ya! Sumpah kita orang tak tulis surat ni. Terpulanglah pada kau sama ada mahu percaya atau tidak,” jelas Sheila bersungguh-sungguh.
Mereka faham dengan perangai Eika yang tidak begitu mudah mempercayai kata-kata seseorang. Hatinya begitu keras hingga sukar dipermainkan. Kerana itulah ramai lelaki yang berputus asa apabila cuba memancing hatinya yang masih belum berpunya.
“Yalah…. aku percaya kat kau orang!!” Balas Eika.
“Apa kata kita selidik siapa yang hantar surat ni. Sekurang-kurangnya…. kita boleh tahu siapa boyfriend Eika. Setuju??” Cadang Sue tiba-tiba.
“Eh… sejak bila pulak manusia halimunan ni jadi boyfriend aku hah? Kau orang ni… janganlah cepat sangat buat andaian! Pandai-pandai je. Entah-entah cuma orang nak main-mainkan aku je kot. Siapa tahu?” bantah Eika separuh merajuk.
‘Group Pengusik’ hanya membiarkan Eika merajuk. Mereka langsung tidak risau memandangkan sikap Eika yang sememangnya tidak suka marah-marah atau merajuk. Jika ada pun mungkin ia hanya lakonan semata-mata. Eika memang ada bakat lakonan semula jadi. Cuma tidak dikembangkan.
Namun demikian, dia begitu gemar menangis. Eloklah tu, boleh bikin ‘gempaq’ dalam lakonan. Eika ni pelik sedikit perangainya. Mana tidaknya, jika orang lain menangis kerana berasa sedih, dia pula menangis kerana berasa geram. Orang lain punyalah sakan menangis kesedihan, dia masih boleh tersenyum lagi. Kelakar tengok riak wajah orang menangis katanya. Suka hati dialah. Asalkan dia bahagia dan yang paling penting… tak menyusahkan sesiapa.
Adakala rakan-rakannya juga sukar memahami sikap Eika walaupun sudah lama berkawan rapat. Ada masanya, tindakan yang dilakukant oleh Eika di luar jangkaan orang lain. Sudah acapkali mereka menasihatinya. Namun dia buat ‘pekak’ sahaja. Tetap keras kepala mengalahkan batu.
“Lantaklah!!” Tiba-tiba Eika menjerit membuatkan rakan-rakannya terkejut.
“Lantaklah apa Eika??”
“Lantak halimunanlah dia nak buat apa pun. Asalkan jangan buat aku marah sudahlah! Sampai ke lubang semut aku akan cari dia. Tak payahlah kau orang nak siasat-siasat. Kan dia sendiri dah cakap, suatu masa nanti aku akan tahu juga. Kalau dia betul-betul jujur dan ikhlas, lambat laun pasti dia akan tunjukkan muka jugak. Masa tu, bolehlah kau orang tengok muka dia, handsome ke… tidak ke…muka dia lonjong ke..bulat ke..empat segi ke…!”
Tegas Eika panjang lebar tetap dengan pendiriannya. Langsung menyangkal cadangan mereka. Masih sempat melawak pula dihujung ucapannya. Mereka yang mendengar tidak mampu berkata apa-apa lagi. Hanya gelengan kepala sahaja membalas kata-kata tersebut.














cpt smbung tau….!!!
ok la tp harus perbaiki lagi untk menampakn lbh kreatif tp terpulang pd pnulis tu sndri untuk mngubah karya mereka krn hnya mrk shj yg berhak mengubah.. terpulang la pada samada nk menerima tau pn menolak ulasan sy
best lah cite nie…wat ketawa jer terus…tak sabar nak taw yg selanjutnye

cerita ni memang best, kelakar pulak tu lepas tu membuatkan pembaca terus tenanti2 utk episod seterusnya. jangan lambat sangat sambung ye wahai penulis.