Cerpen : Keinsafan

17 April 2010  
Kategori: Cerpen

4,272 bacaan 11 ulasan

Oleh : fatimahdaud

Lina masih ingat pada malam hujung minggu ,tidak pernah Lina terlintas untuk mengikut sahaja kata Jefri ketika mereka berada di taman tasik.Jefri lelaki yang pertama mencuri hatinya.Perkenalan mereka sudah lama tetapi hanya berlaku di ruang siber.Hari demi hari bila ada sahaja masa terluang pasti mereka berdua akan menghabiskan masa berbual di laman sesawang ini.Kadang-kala Lina tersenyum sendiri ketika mengadap computer peribadi yang dibeli ibu menggunakan wang simpanan untuk kemudahan Lina belajar.

Sejak berada dua tahun di Bandar Lina sudah mengenali banyak ceruk rantau di kawasan pengajian.Kawan-kawan Lina cukup kenalinya dengan sikapnya yang cukup menjaga peribadi ketika bersama pelajar lelaki.Mengenali Jefri pun melalui laman sesawang.

Pertemuan antara mereka berdua tidak lama selepas itu.Sebolehnya Lina merahsiakan perhubungan itu dari teman-teman sekuliah.Tapi pada suatu hari Mia rakan sebiliknya terbaca sesuatu di dalam ruang peribadi komputer Lina.

“Eh,Lina siapa ni???”

Lina termangu-mangu.Hendak dikatakan abang,Mia memang tahu bahawa Lina anak sulong.Berderet adik-adiknya seramai empat orang.

“Sepupu.”

“Iya ke?”Mia berlalu pergi.

Lina semakin renggang perhubungan dengan teman sebilik dan juga sekuliah.Lina selalu dengan dunianya mengadap computer sepanjang hari jikalau tidak ada kelas.Pun Lina akan pulang ke kampong setiap kali cuti hujung minggu.Mia sendiri pun akan pulang ke kampong jika berkesempatan.

“Minggu ini kau balik kampong juga,Lina?”

Lina mengangguk.

“Ada ‘final’ minggu depan pun kau nak balik?Study la dengan kitaorang…”Pujuk Mia.

“Mia ,aku minta maaf..aku tak boleh la…”

“Tapi,..”

“Kau pun Mia,Lina nak balik kampong nak ditahan-tahankan pula…”Wati mencelah.

Sebaik Lina menjinjingkan begnya berlalu pergi,Wati mendapatkan Mia.

“Kau tahu Iwan jumpa Lina kat Bandar bersama seorang lelaki.”

“Haa,aku tahulah,sepupu Lina…”

“kalau sepupu takkan begitu mesra,Iwan sudah beritahu aku banyak kali tapi aku pun seperti kau.Tindak –tanduk lelaki yang dikatakan sepupunya itu,berlainan saja caranya…”

“Engkau jangan asyik mengata orang….”Balas Mia.

“Alaa..kau perasan tak,Lina banyak berubah sekarang…dia tak lagi ke sana sini dengan kita.Kalau cuti terus saja nak balik kampong…”Wati cuba meyakinkan Mia.

***********************************************************************

Lina keresahan,sudah lebih empat minggu Jefri tidak datang menemuinya di Bandar K.Selalunya selang seminggu dia akan datang menemui Lina,katanya rindu.Tapi Jefri berubah sejak Lina memberitahunya bahawa sudah sebulan lebih dia tidak datang haid.

“Awak tak buat ‘pregnant test”?Jefri mula gelabah.

Lina menggeleng.

“Jeff,kita kahwin saja.”Itu kata putus dari Lina.Lina sanggup berhenti pengajian andaikata Jeffri mahu mengahwininya.

“Kahwin.?”Jeffri seperti terperanjat.

“Ya,kita kahwin..Lina takutlah Jeff..”Rayu Lina.

“Emm.Beginilah,apakata awak ‘check”dulu samada benar awak mengandung.Yang lainnya kita bincang kemudian nanti.”

Sejak itu Jeff mula berubah sikap.Dia sudah jarang mahu menemui Lina.Kalau telefon selalunya tidak berjawab.Metakhir talian telefon yang biasa Lina hubungi sudah tidak digunakan lagi.Lina mati akal.Jeffri menghilang begitu saja.

“Sejak akhir-akhir ini Mia tengok Lina asyik termenung saja.Ada apa-apa yang boleh Mia tolong?”Ujar Mia sebaik usai solat Isyak.

Lina menggelengkan kepalanya.

“Lina tak balik kampong cuti hujung minggu ini?”Pun Lina hanya mengangguk.

“Semua orang sudah balik.Tinggal kita berdua sahaja.Sengaja Mia balik lambat sebab rumah Mia tak ada orang.Mak dan abah berkursus di luar kawasan.Adik-adik Mia semuanya tinggal di asrama.Sama juga hidup Mia di rumah atau di sini.Jadi biarlah Mia habiskan dulu semua kerja-kerja Mia di sini kemudian baru balik rumah.”

“Mia tak sunyi hidup macam tu.?”

“Sunyi juga…tapi kami adik-beradik sudah biasa.Lina beruntung sebab emak tak bekerja,selalu ada emak setiap kali balik kampong.”

Tiba-tiba saja Lina menangis.Mia terkejut.

“Eh,Maafkan Mia.Mia tak bermaksud hendak melukakan hati Lina.”Mia memegang bahu temannya itu.

Lina menggeleng.Bukan Mia mengeluarkan kata-kata yang melukakan hatinya tapinya sudah sedia terluka.Mia tahu Lina seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya.Mia tak mahu dikatakan cuba mengorek rahsia temannya itu.Kalau boleh biarlah Lina bersedia untuk bercerita sendiri.

“Mia,aku malu pada kau…aku malu dengan diri ak sendiri.Aku telah melakukan kesilapan dalam perhubungan dengan Jeffri.Kami terlanjur Mia…”Sebak nafas Lina menceritakan kisahnya yang cuba disembunyikan sejak beberapa bulan yang lalu.

Mia terkejut besar tapi dia cuba mengawal perasaannya.Pengalaman dan pengetahuan ibunya sebagai kaunselor sedikit sebanyak mempengarauhi hidupnya.Satu demi satu keaiban ditelanjangkan…oleh Lina.

“Sekarang sudah berapa bulan..?”Tanya Mia perlahan.Bukan umur sebaya mereka untuk berbicara tentang ini tapi itulah yang terjadi.Otak Mia mengimbas kembali apa yang diceritakan oleh Wati.

“Kenapa aku membiarkan Lina hanyut dengan dunia itu..”Mia diulit rasa bersalah kerana tidak berada di sisi temannya..atau tidak pernah menasihati di kala temannya itu di buai cinta.

“Boleh Mia …?”Lina menangguk.Mia mengusap perut Lina.

“Masuk lima bulan?”Balas Mia yang melihat Lina menunjuk lima jarinya.

“Aku takut Lina.Aku membenci janin ini.Aku tak pernah mahukannya.Kalau boleh aku mahu menolaknya keluar dari sini.”Kata Lina sambil menolak kasar perutnya.

“Tapi dia tak mahu keluar Mia.Puas aku cuba,berbagai perkara tapi dia sangat degil.Masih di sini.”Penuh esak suara Lina.

“Ya,Allah Lina.Jangan begitu.Sekali kau melakukan kesilapan janganlah kau lakukan lagi buat kali kedua.Sebab itulah Tuhan suruh kita menjauhi zina.Selepas melakukan zina kita akan jadi pembunuh.Kau mahu dihantui rasa bersalah sepanjang hidup kau.?”

“Rasa takut lebih menghantui aku sekarang Mia.Bagaimana kalau perkara ini di ketahui oleh ibubapaku di kamapung?Bagaimana jika diketahui oleh pihak tempat pengajian kita,tentunya aku dibuang dari sini.Ke mana aku hendak tuju Mia?”

“Aku sudah gagal menjaga mahkota hidup aku hanya kerana untuk membuktikan cinta aku pada Jeff.Tapi mengapa dia melayan aku begini.Aku ditinggalkan seorang ,menghadapi dosa yang kami bersama-sama lakukannya.Hidupku bakal hancur kerana kehadiran janin ini.Adilkah Mia?”

“Malah naluri jahat selalu memujuk untuk membuangkan sahaja bayi ini setelah dilahirkan.Aku tak pernah mahukannya…Aku benci..”Lina bagai dirasuk.

“Lina..beristighfar lah…”Mia memeluk erat tubuh Lina.Sungguh Mia tak tahu apa yang perlu dibuatnya bila Lina seperti mahu mencederakan dirinya sendiri serta bayi dalam kandungannya.

“Sekarang apa yang perlu penyelesaiannya.Aku kesal benda ini sudah berlaku.Kita berfikirlah ke hadapan..”

“Aku buntu Mia.Sudah lama aku berfikir seorang dan aku alami tekanan perasaan yang amat sangat.”

“Kita beritahu orangtua kamu?”Lina menggeleng.

“Aku tidak mahu menghancurkan hati mereka dan menconteng arang ke muka mereka,Mia.”

Lina menggenggam erat tangan Mia.

“Mia,berjanjilah dengan aku bahawa kau akan merahsiakan apa yang aku ceritakan pada kau dari semua.”Mia diam.

“Mia,berjanjilah…”Tangan Mia digenggam lebih erat.Mia menangguk lesu.

“Lina,kau boleh pergi ke tempat-tempat yang sekarang ditubuhkan untuk membela gadis-gadis yang menghadapi masalah yang sama seperti kau.Kau boleh menyerahkan bayi kau pada keluarga angkat atau ke jabatan yang berkaitan.”

“Aku yang memulakan dan aku akan menyelesaikan masalah ini.”Kali ini Lina sudah kembali normal.

“Kau mesti bertindak bijak Lina.Jangan lakukan kesilapan lagi.Kau ingin aku menemani kau ke sana?.”Lina menggeleng kepalanya.

“Kau pasti?”

“Hmmm…..”

Sebelum berpisah mereka berpelukan erat.Tahulah Mia kenapa Lina memohon cuti belajar satu semester.Ini adalah semester terakhir.Ketiadaan Lina sepanjang semester ini sedikit sebanyak dirasainya.Mereka sudah tidak pernah berjumpa selepas itu.Mia sendiri mencari-cari Lina ketika hadir majlis konvokesyen tapi tidak menemuinya lagi.Cerita hidup Lina sebagai seorang teman hanya ada pada sekeping gambar.Kedudukan mereka agak berjauhan.Tidak seperti kawan yang rapat hanya sekadar mengenalinya.

Mia terkilan bila selepas itu Lina pergi seperti angin lalu.Tidak pernah mendengar khabar berita darinya.Untuk mengunjungi keluarganya di kampong pun Mia tidak ada sebarang maklumat untuk berbuat begitu.Yang ada hanya nombor telefon yang juga sudah tidak digunakan oleh Lina.

Tika ini,setiap hari di dada akhbar mahupun skrin televisyen memaparkan kes pembuangan bayi.Sering Mia teringatkan Lina.Hatinya selalu memanjatkan doa agar jangan sekali-kali temannya itu terfikir untuk melakukan perbuatan yang bukan berperikemanusiaan.

‘Mama,lihat ini..apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang.Sudahlah tiada agama,jadi manusia pun tidak layak.”Ujar Papa pada Mama.Mama menyambut lembut suratkhabar yang dihulurkan Papa.Mia bingkas bangun kerana Mia faham benar nanti dia dan adik-adiknya akan jadi sasaran nasihat Papa dan Mama tentang gejala social sekarang.

“Mia,nak ke mana tu..”Mia tersengih.

“Mari kejap sayang..ada perkara yang kami hendak bincangkan.”

“Papa dan Mama bercadang hendak mengambil anak angkat lagi.Apa pendapat Mia?”Mia anak tunggal.Dua orang adiknya adalah anak angkat Mama dan Papa.Malah mereka berhubung baik dengan ibubapa sebenar Remy dan Helmi.

“Mia suka ada keluarga yang ramai.Patutlah Remy dan Helmi asyik beritahu ada keluarga baru.!”

Mereka sekeluarga menyambut kehadiran bayi baru dengan gembira.Apatah lagi dikhabarkan bayi perempuan.Mia dan Mama bersiap awal untuk menyambut bayi di rumah teman Mama.Sudah lebih dua bulan usia bayi tersebut.

Sebaik melangkah masuk ke dalam rumah teman Mama alangkah terkejutnya Mia bila mendapati ibu bayi tersebut adalah Lina.Mereka saling mengalirkan airmata…..

“Mia…bertemu denganmu kembali aku jadi malu…”

“Jangan begitu Lina,…”Mia terus memeluk Lina erat.Mia berjanji akan menjaga bayi itu sepertimana kasihnya Mama dan Papa pada anak-anaknya.”

Lina yang Mia kenali mungkin secara sedar atau tidak telah melakukan kesilapan dan kali ini atas sokongan orang-orang sekelilinginya dia memilih untuk melakukan perkara yang betul.

KIRIMAN;
FATIMAH DAUD
171 TAMAN SRI UTAMA
06000 JITRA
KEDAH.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Cerpen : Keinsafan”
  1. hazrul says:

    bak kata boboiboy,terbaiiiiiikkk

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"