Novel : Bunga Rindu 2

19 April 2010  
Kategori: Novel

451 bacaan 7 ulasan

Oleh : awin awina

BAB 2

Sejurus melangkah keluar dari bank, Nurul dan Jannah bergerak menuju ke pusat bowling untuk berseronok setelah habuan yang diperolehi semalam telah ditunaikan olehnya.

Selepas membuat perkiraan, Nurul hanya membelanjakan suku daripada wang tersebut. Itupun wang sakunya sendiri. Selebihnya dia kan menyerahkan semula kepada Dato’ Maznah. Itu janjinya.

Orang ramai semakin menyesakkan di pusat bowling itu. Nurul dan Jannah segera mengambil tempat yang telah ditempah mereka seawal tadi.

Sambil menyarung kasut khas, mata Jannah melilau memerhatikan kelibat manusia di sekelilingnya. Namun matanya tertancap pada seseorang yang pernah dikenalinya.

“Pssstt…Nurul”. Jannah memanggil Nurul yang sedang sibuk memilih bola.

“Woi! Nurul!” jeritnya lagi.

Nurul menoleh sambil menjongketkan bahunya.

“What..?!” . Ceh! ‘speaking’ lah pulak aku…apahal minah sekor ni. Nurul segera mendekati Jannah yang rupanya lebih cuak dari rupa beruk Pak Yeh di kampungnya.

“Hah! Apa hal kau ni”

“Tuu..tengok sapa” muncung Jannah di arahkan ke perkarangan pintu masuk pusat bowling itu. Kelihatan sekumpulan lelaki bersama teman wanita masing – masing dalam keadaan menjengkelkan sedang berkeliaran di ruang masuk itu.

Terlopong mulut Nurul seketika. Namun cepat – cepat dia tersedar. Apa dia peduli. Lelaki itu langsung tak ada kena – mengena dalam hidupnya.

“Argh!..biarlah. Bukan kacau aku pun”

“Tak kacau kau cakap. Kalau dia nampak kau mesti dia ingat kes tempoh hari, dia dendam dengan kau tau”. Kata – kata Jannah mengingatkan Nurul kembali tentang peristiwa 2 minggu lalu sewaktu dia menghantar sesuatu di pejabat lelaki itu.

“Habis takkan aku nak nyorok pulak. Giler apa? Lagipun bukan salah akulah” jawab Nurul dengan wajah selamba tapi dalam hati tetap gusar. Bimbang kalau – kalau lelaki itu menyimpan dendam dan tidak akan melepaskannya.

“Dahlah..serabut betul nak fikir. Baik kita ‘start’ main”.

“Ha’ah ..kalau fikir pasal si jantan berlagak tak ingat tu nanti kita pulak yang tak dapat main. Dah jom ..kau baling dulu”.

Nurul mula mengorak langkah, mengangkat bola untuk membuat balingannya yang pertama.

Satu…dua…tiga..dumm

Balingannya tersasar. Nurul disergah kuat dari belakang. Jahanam punya jantan. Nurul menahan amarah.

Gelak ketawa lelaki itu bersama konco – konconya membuatkan Nurul bertambah geram. Apa masalah mamat ni dengan aku…Nurul tidak berpuas hati.

“Hoi! Perempuan …kalau tak tahu main jangan nak menyemak kat sini. Buat penuh ‘lane’ aje. So kau dan kawan kau ni sila berambus cepat. Aku dan kawan – kawan aku nak main. Tempat ni aku dah ‘book’ kesemuanya” dengan lagaknya lelaki itu mengarahnya keluar.

Nurul mengetap bibir. Jannah menahan gugup.

“So apa lagi…blah..laa” kedengaran suara yang lain pula menyusul.

Mereka masih bergelak dan mentertawakan Nurul dan Jannah yang hanya berdiam diri. Tidak berganjak dari tempatnya. Nurul tidak mahu mengalah dengan mudah.

“Korang apa hal nak halau kami. Kami ada hak tahu, kami pun bayar tempat ni” tegas Nurul bersuara. Jannah diam ketakutan.

“Wei..wei …korang semua dengar tu. Ada hati perempuan separuh jantan ni nak melawan tengku. Biar betul…kawan – kawan apa lagi….jalankanlah operasi kita cam biasa. Aku pun dah lama tak ‘ratah’ perempuan ni” arah salah seorang lelaki dari kumpulan itu dengan rupa yang menjelikkan sambil ketawa nakal diikuti yang lain juga. Gemaan gelak ketawa yang agak mengerunkan hati Nurul dan Jannah. Mereka mula merapati dan membuat satu kepungan.

Sementara lelaki yang digelar tengku itu hanya duduk menyilang kaki, dan diapit dua wanita yang berpakaian seksi. Dia merenung tajam ke arah Nurul sambil tersenyum sumbing. Hatinya senang dapat mengenakan perempuan itu.

Nurul tak punya pilihan selain dari berundur. Melihat Jannah sudah menangis ketakutan apabila diusik oleh salah seorang dari mereka menyebabkan Nurul mengalah.

“Okay…okay…jangan buat apa – apa pada kami. Kami pergi sekarang.” Nurul mengangkat kedua tangannya. Tergesa – gesa mengambil kasut dan beg sandangnya diikuti Jannah.

“Hoi! Takkan blah gitu aje” . Tangan Nurul tarik kasar.

“Lepaslah…”

“Macam mana tengku. Nak lepaskan ke budak ni”.

“Lepaskan aku” Nurul masih meronta cuba membuka simpulan tangan yang mengenggamnya.

“Ikut suka kau Johan. Aku serah pada kau nak buat apa pun kat budak ni” jawab lelaki tengku itu disusuli deraian ketawa. Begitu juga dengan konco – konconya yang lain turut bergelak sakan dan mempersendakan Nurul. Jannah dari jauh hanya mampu melihat dan berdebar – debar menanti sahabatnya itu.

“Kalau macam tu, biar saya cium budak perempuan ni tengku. Kita ajar sikit macam mana cara nak melayan golongan kerabat ni” balas lelaki itu sambil matanya sudah merenung tajam wajah Nurul.

Ketika ini, Nurul tidak mampu berfikir lagi selain mencapai apa yang hampir dengannya. Dengan kudrat yang sedikit dan bimbang terhadap kerakusan lelaki itu, dia terus mencampakkan sebiji bola bowling yang tidak semena – mena telah mengenai kaki lelaki dipanggil tengku itu.

Apa lagi meraunglah si tengku dengan jeritan yang boleh memecahkan gegedang telinga sesiapa yang mendengarnya. Dalam kekalutan untuk membantu tengku tersebut, Nurul meloloskan dirinya secepat yang mungkin.

“Cepat Jannah…” jerit Nurul lalu menarik tangan Jannah yang masih terpinga – pinga. Larian pecutnya hampir tidak menjejak bumi. Berlari tanpa menoleh ke belakang lagi.

Dia perlu lari dan terus berlari meninggalkan kumpulan itu tanpa dapat diekori. Menyembunyikan diri buat seketika, jika tidak pasti nyawanya dalam bahaya. Dia juga tahu selepas ini pasti hidupnya juga tidak akan aman buat selamanya.

Dalam keadaan mengah, Nurul masih mampu memecut laju skuternya asalkan tidak diekori. Jannah yang membonceng memeluknya erat kerana ketakutan.

“Jannah, kau rasa kita dah selamat tak” jerit Nurul diatas skuter yang masih bergerak laju.

“Aku rasa kita dah selamatlah Nurul. Tak nampak pun sesiapa yang ikut” tercungap – cungap Jannah menjawab sambil mata menoleh – noleh ke belakang.

“Slowlah sikit beb. Takut aku macam nak terbang rasanya”

Nurul mengangguk dan skuternya diperlahankan.

Sementara keadaan si tengku semakin teruk. Konco – konconya yang tidak tahu berbuat apa – apa hanya sekadar memandang dan menadah telinga dengan maki hamun dari tuannya itu.

“Celaka!…badigol, semuanya tak boleh harap”

“Call doktor aku cepat”. Masing – masing tergopoh – gapah mendail.

“Johan, aku mahu kau cari budak perempuan tu sampai dapat. Hidup atau mati. Aku mahu dia, cepat cari…!!!”

“Ba..ba..baik tengku”.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Bunga Rindu 2”
  1. norymh says:

    hi pwnulis..citer bunga rindu ni lbh best dr diulit dosa cinta..
    siyes skrg lgsung xde mood nk follow citer diulit dosa cinta

  2. nuRuL says:

    hhahahahha….
    best2……

  3. yus says:

    cpt smbg best la…ada klur buku x………….

  4. selendangbiru says:

    teruskan…… mmg berbunga2…haahahahahahha…

  5. chai86 says:

    Salam….
    Cte best tapi nape lambat sgt sambungan….
    tension r tgu…..
    hrp tak kck at n komen nie…..
    tq…..

  6. emmie says:

    hahaha..confirm mamat tu anak dato’ maznah. jap lg bercinta laa tu si nurul ngan mamat kerek tu..

  7. lala says:

    best2 :mrgreen:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"