Novel : Chomelnya Chenta 17

22 April 2010  
Kategori: Novel

3,471 bacaan 25 ulasan

Oleh : BUDAK GERIK 93

Sengeh.Sengeh.Sengeh.

Dari tadi tak lekang sengeh dia.Menyampah aku tengok.Ingat bagus ker sengehan yang menyakitkan hati aku tu ha?Bubuh Colgate karang baru tahu.Dari keluar Butik Zaz tadi sampai dah hampir kat food court ni,tak lekang.

“Awak short ker?”

“Nope!Tak nampak bertapa aku tall ni ha?Lagi tall dari kau.Ni mesti kes reban ayam sangat mata kau tu.Nak tempah spec?”tanpa nada dia menuturkan dan tambah sekali senyuman dia yang menyakitkan hati.

Hai manusia yang bergelar suami.Rasa nak penyek jer.Cakap kalau sekali tak menyakitkan hati,memang tak sah.Aku tahu sangat apa yang dia sengehkan tu.Faham sangat.Pasal tadilah…

“Biar mak saya yang ukur!”

Cepat mak datang menghampiri kami.Nenek pun ikut belakang.Memerhatikan kami dengan kening terangkat.Tak kan tak faham kot?

“Eh..cepatlah.I nak ukuran dada you ni.Riz,berapa?”ishhh..si lembut ni memang nak kena cepuk!Dia tengah sedap duduk kat atas kerusi meja bulat sambil memusing-musingkan pen ditangan.

“Ha,Riz.Berapa?”Nenek dah bertanya.Aku tolak tangan Rizkin supaya meluru ke bawah.Mataku memandang mak memohon sedikit ihsan.

“Mak,ukurlah.Zaz tu mengada betul.Nak kena orang lain ukur!”aku buat suara manja.Goda sikit Che Nah yang comel ni.

“I dengar you kutuk I tau.”ada aku kesah ker?

“Biarlah Riz yang ukur.Kan dia suami Hana.Takkan malu kot?”lembut mak tanya.Memang aku malu!!!

“Betul tu.”Nenek tarik tangan mak. “Jom Che Nah.Saya nak ajak pergi bangunan sebelah.Riz..”Dia pandang Rizkin. “Lepas ni bawa Hana pergi makan kat food court.Dah habis baru ambil nenek.Tahu kan?Tempat biasa.”Rizkin angguk.Dan..mereka berdua dengan tanpa rasa bersalah terus melangkah keluar.Kejam!!!!

Sekarang…

Seperti sebelumnya.

Dia nak ukur.

Ha…benci!!!

“32.”Dia memberitahu Zaz. “Kecil betul.”Dia berbisik perlahan kat telinga aku.Memang dasar kurang ajar.Ada kaitan ker hidup dengan mati dia kalau kecil ha?

Dan…seterusnya.Terus mengukur.

“Hoi!Melayang kat mana dah tu?”sergahan Rizkin menyentak lamunan.Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau.Kami sampai disebuah meja kosong.Aku duduk.Dia masih lagi berdiri.

“Kau nak makan apa?”aku melilaukan mata kesekeliling.Nak makan apa ye?Rasa macam kalau makan kat rumah lagi sedap jer.Mak jah punya masakan A++.

“Kita makan kat rumahlah.Mak Jah mesti masak sedap punya.”

Dia tepuk dahi. “Tak ingat ker pagi tadi Pak Mat kata apa?Nak minta cuti.Ada hal.So,mana ada orang masak kat rumah tu.”

Aah lah.Lupa pulak.Entah apa hal Pak Mat dengan Mak Jah ye?Ha,aku ada idea.

“Kita balik rumah.Saya masak!”

Rizkin geleng kepala. “Tak payah nak susahkan dirilah.Makan kat sini kan senang?”

“Saya masaklah.”

“Makan sini!”

“Saya masak!”

“Makan sini!”

“Saya masak!”

“Makan sini!”

Baru jer aku nak mengukuhkan pendirian aku,tiba-tiba terhenti bila seseorang menghampiri meja kami.Dah lama betul tak nampak.Hazrik…

“Hai Hana.”dia memandang tepat padaku dan tersenyum.Aku balas.Tapi dia tak pun tegur Rizkin.Kerusi disebelahku yang kosong,ditariknya.

Rizkin muka terkejut.Dari tadi dia berdiri,terus ambil tempat duduk didepanku.

“Kau turun dari langit ker?”sinis.

“Tegur Hana.Tak salah kan?”

“Ker kau nak menggatal dengan dia?”

“Malas nak layan.Hana.Awak apa khabar?”Dia memandang tepat padaku.

“Err,sihat.Sihat sangat.Lama tak jumpa awak.Awak macam mana?”

“Dia sihatlah tu.Kalau lumpuh mestilah tak boleh datang sini merayau.”terlebih baik hati ker suami aku ni tolong jawabkan?Tapi sebenarnya busuk hati.

Hazrik Cuma senyum. “Macam biasa.Cuma sibuk.Ambil alih syarikat ayah saya.”

“Eh?”aku sedikit terkejut.Tak tahu pula aku yang Hazrik ni ada bapak yang bersyarikat.Habis dulu kenapa kerja cameraman?

“Syarikat apa?”

“Pengiklanan.”sepatah dia menjawab. “Macam mana hidup berkeluarga ni?Seronok?”matanya beralih-alih antara Rizkin dan aku.Dari air muka Rizkin aku tahu dia tak sukakan kehadiran Hazrik.Memang dari dulu lagi.Bukan ker..err..dia suka Hazrik?

“Bahagia sangat!”Tegas jawapan Rizkin.Tanpa aku duga,dia menekapkan tapak tangannya keatas tanganku.Mahu terkejut aku.Siap mata membulat lagi!Sepak kai dia Hana!Rizkin menahan sakit bila aku sepak kai dia.Memang merah habisan!Nak control macho lah konon depan Hazrik.

Hazrik senyum. “Baguslah kalau macam tu.Habis tadi gaduh apa?”

“Kitorang sweet couple,tak ada gaduhnya.Kan sayang?”Dia bagi isyarat mata suruh aku iyakan.Bila aku buat tak tahu,dipicitnya tangan aku.Tahulah tangan besar macam big hand!!!!

“Ha ah!Bahagia sangat.Macam Laila dan Majnun…”punya musuh…yang ni memang aku nak cakap.Tapi dalam hati pun dah cukup.

“Oh ya,Raja Hazrik.Jangan lupa datang majlis persandingan kami.23 haribulan.Lagi 2 minggu.”

Hazrik Cuma angguk. “You all nak makan ye?Saya pun sama.Bolehlah saya treat pengantin baru ni.”dia berkata gembira.

Aku angguk.Tapi Rizkin dah bangun dari kerusi dan menarik lenganku. “Sayang jom.Kata nak masak kat rumah.Jom,abang dah lapar.”

Pulak!!Tadi dia yang gedik nak makan kat sini.Ni bila aku terbuka hari nak,dia nak pula makan kat rumah.Memang dasar adik Raja Gopal betul!Keling memanjang.

……………………………………………………………………………………

“Tak ambil mak dengan nenek ker?”kereta dah melintasi bangunan sebelah.

“Lambat.Teksi.”Amboi,kes kedekut air liur ker apa?Jawab macam tak ikhlas.

“Cuba kau jangan baik sangat dengan Hazrik tu.Aku tak suka.”keras suara dia.

“Alah,kawan.”

“Alah,kawan.”Dia mengejek. “Dia tu bukan orang baik.”Ceh..macamlah dia tu baik sangat.

“Awak baik sangatlah?Bukan awak suka dia ker?Kan G.”Aku ketawa mengejek.

“Berapa kali aku nak cakap,aku bukan gay!Tak faham ker.Ker kau nak aku buktikan?Nak?Kau yang rugi nanti”Kali ni matanya dah memanah aku.Dah tak pandang depan.Aku telan air liur.Payau.

“Dah tu?”

“Aku memang dah lama musuh dengan dia.Sejarah silam.”

“Tapi Hazrik cakap awak pernah sukakan dia.”

“Kau nak percayakan mamat tu ker suami kau ni?”Dia kerling.Dalam keadaan kenderaan yang banyak ni,dia kenalah hati-hati.

Mestilah Hazrik sebab dia baik.Cakap lembut.Bukan macam awak.Menyampah.Suami konon.Ntahapentah.Suami kontrak ye.Tak ada makna pun.Mengaku ajelah gay.

Yang ni aku cakap dalam hati jer.Cakap depan dia mau tak marah kang.Naya aku.

“Cuba awak cerita apa sejarah hitam tu?”cuba nak cungkil rahsia.

“Sibuk.Tak payah tahu.”

“Apa-apa ajelah.”aku peluk tubuh. “Ataupun sebenarnya.Awak tak ada apa-apa masalah dengan dia.Cuma jealous tengok saya baik dengan dia ek???”aku ketawa mengekek.

Dia diam sekejap kemudian ikut ketawa. “Lawaklah kau ni.Masuk Raja Lawak tau.Aku undi.Mesti memang.Kau memang lawak!”a..dia ni nak kata mereng ye juga.Tadi marah ni ketawa macam sawan.Aku tak buat lawak pun.Tapi aku gelak juga tadi.Aku pun sawan sekali dia ker?

“Tak adanya aku nak jealous.Jangan perasan.”dia memberhentikan kereta betul-betul dihadapan seorang perempuan seksi yang bertempek mekap tebal 3 inci yang tengah duduk kat tempat menunggu bas.

“Nampak perempuan cantik tu?”Dia membuka tingkap aku.Perempuan tu perasan.Wajik syok habis.

“Nampak.Ni kan?”aku naikkan jari telunjuk ke muka sendiri.Dah betul aku lagi cantik dari perempuan tu.

Rizkin tolak tangan aku kearah perempuan tu. “Ha..kalau bini aku seksi dan cantik macam tu,barulah nak jealous kalau ada lelaki lain dekat.Takat kau,tak payah.Bergaya pun tak pandai.Setakat muka macam baru lepas cukup umur.Huh.”Dia menutup tingkap dan kembali menggerakkan kereta.

Wah!Itu satu penghinaan.Jumpa kat court!I sue you!Wah..aku dah pandai cakap omputeh lah.Hahaha.

“Tak heranlah.Perempuan macam tu,tahu cantik bila tempek bedak berkati-kati.Macam saya ni,tak perlu.Apa orang putih cakap?Beauty?Beauty?Ha,natural beauty!”hahaha..sesekali angkat bakul sendiri.Tak salah pun.

“Perasan!”

“Yelah.kalau tak perasan dah pengsan!”

………………………………………………………………………………………

Sambal belacan satu sudu aku kaut.Peh..sambal belacan memang nombor1!Ushar sikit orang depan.Makan tak berkuah pun.Ni memanglah bukan orang melayu tau.Orang melayu makan nasi mesti nak berkuah.Penat-penat aku masak asam pedas tu.Dia ambil ikan jer.Tu pun tunggu berapa lama dia nak toskan ikan tu sebab tak mau ambil kuah.Dasyat!

“Macam jakun!”terlepas cakap.

“Kutuk aku!”

“Terasa ambil.”aku Cuma makan tanpa perasaan bersalah.

“Awak..bila kita nak keluar dari rumah ni?Macam yang awak rancang tu.”

“Lepas sandinglah.Aku dah suruh orang modify apartment yang nenek bagi kat aku tu.”

Aku angguk.Selesai makan,aku tunggu Rizkin.

“Apasal?”

“Tunggu awaklah.Nak basuhkan pinggan.”

Dia cepat-cepat habiskan nasi.Kemudian dah habis,aku kutip semua pinggan dan cawan yang perlu dibasuh.Habis jer,aku keluar ke ruang tamu.Ingat nak tengok Ceria.Tengah hari macam ni,ada kartun apa jer?

Loh..dia tengok bola pula.Mata aku tertacap pada alat kawalan jauh yang ada di atas meja.Aha!Dia tak pegang.Bolehlah aku curi tukar siaran.Perlahan-lahan aku ambil…dan yes!!!Tukar siaran.

“Hana!!”mencerlung mata Rizkin. “Give me the conroller back!”

“Nehi!”aku jelir lidah.Cepat aku lari bila dia datang dekat.Terus lari keliling sofa.Dia kejar.Aku lari.Aku tak kejar tapi aku lari.

Tak terduga bila kaki aku tersadung dan membuatkan larian aku terlambat hingga membuatkan dia boleh merangkul pinggang aku dari arah belakang.

“Lepaslah!”Tangan kiriku yang tak pegang alat kawalan jauh menumbuk-numbuk tangan Rizkin yang besar tu.

“Bagi aku controller tu.Kalau tak..”

“Apa!”Aku cepat potong.Dalam posisi sekarang,memang aku berdebar tahap tak ingat.Deru nafas dia pun aku boleh dengar.Tambah tadi bila dia bercakap hampir dengan aku,rasa deru nafas dia yang singgah kat leher.Rasa meremang.Tegak bulu roma ni.

“Kalau tak bagi..siaplah kau.Dahlah saiz 32!”Dengar apa dia cakap,automatik alat kawalan jauh yang ada kat tangan jatuh.Rizkin tanpa berlegah,terus lepaskan pinggan aku dan ambil.

Huwarh!!!!!Apakah maksud kata-kata dia tadi?Arrhhh.Itu boleh dikira gangguan seksual melalui percakapan kan?Tak senonoh.Dan dia..Cuma buat muka blur sambil tengok TV.

Ish.Dia tak maksudkan apa lah tu.Aku jer fikir negatif.Orait Hana!Relaks.Puhhh.Dah,naik atas,mandi.Solat.Tidur.Yup!!!!

……………………………………………………………………………………

Rizkin mengerling Hana yang dah melangkah naik ketangga.Bila jer bayangan Hana hilang,terus tangannya menampar mulut sendiri.Apalah yang aku merepek tadi?Betul!Tak sengaja terkeluar.Entah wajiklah Hana fikir buka-bukan.Nasib baik bini sendiri.Tak adalah dosa.Huhh..

Tadi.Peluk pinggang Hana.Rasa..seronok?Memang peluang baik punya.Jantung berdegup tadi memang macam kereta api dah lajunya.Agaknya Hana..tak rasa apa-apa kot ek???

****SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK.
Perak cuti hari isnin.sila jeles.he3..enjoyzzzzzz.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

25 ulasan untuk “Novel : Chomelnya Chenta 17”
  1. yana says:

    lamanyeeeee….daling jangan leeee lama bebenonak sambung cite ni….. terseksa jiwa tau dak….. apa apa pun cite ni memang best giileee…muahhhh

  2. alynn says:

    cepat smbg2!!!1 :D

  3. changmin says:

    kikikii..lawakla..kalo xpasan da pengsan,..
    waaaaa….1st time dgr..
    nk beloggggg :grin:

  4. nabila says:

    gile best..
    dh lama tunggu smbgn ne..

    smbng3..xsbr nk bc lg.. :razz:

  5. nad says:

    lame nye tgu next part ni…. cepat2 smbung…

  6. eDaYa says:

    haha…size 32? hahaha…lawak beno ek…eheheeh

  7. ..... says:

    :shock: lamanya nak tunggu penulis ni sambung novel ni….saya dah lupe jln citenye his nak kena baca semula ni yg susah ni…hmmm :???:

  8. tasha says:

    hehe…sukala tp kenapa cuma novel ni tulisannya warna merah?yg lain itam jew?

  9. yani says:

    lama betul tunggu sambungan ni :mrgreen:

  10. NORAZLINA says:

    novel ni aku suka, tapi lambat sangat nak tahu sambungan citanya……………

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"