Novel : Cinta Tiga Segi? 1

1 April 2010  
Kategori: Novel

1,632 bacaan 1 ulasan

Oleh : Masitah

Bab 1:Pertemuan.

” Wah ! cerahnya cuaca harini ! kan bagus kalau dapat bersenam tiap-tiap pagi macamni “,ujar Nadia sambil mengesat peluh dengan tuala ketika sedang berehat.Nadia gadis yang berumur 15 tahun,seorang gadis yang peramah,rajin dan suka benda-benda yang comel.Nadia juga seorang yang lemah semangat.Akan menduduki PMR tahun ini.

“Hi!tengah bersenam ker…? ” sampuk Razif dari belakang.Razif adalah kawan baik Nadia sejak dari darjah dua,dia seorang yang peramah dan sentiasa cool,dia juga mempunyai rupa paras yang agak kacak,digilai ramai gadis di sekolahnya.Sebaya dengan Nadia.

“Eiii….!kan saya dah cakap jangan buat camtu lagi…awak pun tau yang saya ni seorang yang lemah semangat!!” Nadia memberi amaran,botol minumannya yang kosong habis direnyukkan.
“Ala…rilekla…saya cuma tegur jer bukannya apa.”seperti biasa Razif sentiasa cool,perwatakannya selalu disenangi Nadia.
“Err….Zif,maaf tau…janganla ambik hati apa yang saya cakap tadi eh…? ” Nadia tidak mahu perkara remeh merenggangkan hubungan persahabatan mereka berdua.
“Hmm…perkara yang berlaku tadi lupakan jer…”kata Razif sambil membetulkan cap dengan memaparkan senyuman yang agak berlainan daripada biasa.

“Eh?kenapa pulak dengan dia ni?lain macam jer?”kata hati Nadia.
“Ah!lantaklah!”
“Hello?”
“Kenapa nie?” Tanya Razif kehairanan. “Uh…takde papelah,cuma letih sikit jer…”jawab Nadia. “Oh…balik nanti rehat cukup-cukup tau” Razif yang memberi sedikit nasihat. “Ah iyelah…dah nak balik ni…jumpa lagi” sambil melambaikan tangan. “Bye!”

Sebaik sampai sahaja di rumah Nadia terus ke bilik air bagi menyejukkan badannya.Selesai sahaja mandi Nadia membawa laptopnya turun ke tingkat bawah.
“Ah!leganya!surf internet jap lah…”
Tiba-tiba Nadia terdengar satu suara memanggil namanya. “Eh sapelah pulak panggil nie?kacau line betul ah”
Nadia tidak menghiraukan pekikan itu.Kali ini dia ternampak satu bayangan,bayangan itu memang amat dia kenal.Bayangan itu makin lama makin dekat,dia betul-betul mengamati wajahnya.Rupa-rupa Makcik Shamsiah iaitu ibu Nadia,memang tidak disangka-sangkakan.

“Nadia!!Dah banyak kali mama panggil kamu,tapi masih tak berganjak,manusia jenis apa kamu ni?”Nadia hanya mampu tersengih, “Ala…rilekla mama…Nadia mana tau tu mama yang panggil” jawab Nadia, “Masha-Allah!sudah 15 tahun kamu tinggal bersama mama,masih lagi tak cam suara mama?Nadia-nadia…mama nak pergi pasar ni…tolong jaga rumah yer,pintu pastikan dikunci!” arah Mak Cik Shamsiah. “Sir yes sir !”

Sebaik sahaja Mak Cik Shamsiah meninggalkan rumah,pintu-pintu segera dikunci. “Ah!Aman sikit,boleh surf internet jap!” Nadia mula buka laman facebook,dan kemudian login,Nadia mula berasa pelik. “Eh?seingat aku tak sampai sebulan aku buat account facebook,ni makin hari makin menimbun-nimbun plak friendlist aku…yang ramai add lelaki pulak tuh!yang remaja okey lagi,yang dewasa tak boleh jadi…..yang tua….eeeeiiiiiiii!!!!!!!!geli geleman aku….dah takde benda lain yang nak dibuat…nak chat kat Facebook…bosan,Youtube lagi bosan,Myspace pun bosan,Twitter…lagilah bosan !!!!!!! apa yang hanyaku lakukan hanyalah menatap laptop saje….”sedang khusyuk Nadia mengelamun,ketukan pintu telah menyedarkannya dari dunia khayalan.

“Assalamualaikum…oh…Assalamualaikum…!! Mak Cik….oh…Mak Cik…!”Terdengar suara seseorang dari luar,suaranya macam pernah didengar oleh Nadia.
“Eh?macam pernah dengar je suara tu?”
bisik hati Nadia.Tanpa membuang masa Nadia terus menuju ke pintu. “Waalaikumsalam ! kejap ye…!” Apabila sebaik sahaja Nadia membuka pintu alangkah terkejutnya kerana sepupunya bertandang ke rumahnya.Sepupunya berumur 15 tahun sebaya dengan Nadia,namanya Khairil,seorang yang blur…mempunyai paras rupa yang agak kacak,ramai gadis memberi cinta mereka,tetapi cinta mereka ditolak,Khairil tidak kisah pasal cinta.

“Eh Khairil? Tak sangka awak nak datang,memang tak sangka…” kata Nadia…
“Eh?takkanlah tak tahu,semalam saya dah telefon mama awak bagitau yang saya akan datang keesokan harinya,beritahu Khairil dengan nada yang kehairanan.
“Eh yeke…ish mama ni…bukan nak bagi tau pun…ah!takpelah,duduklah,nanti saya buatkan air,anggap macam rumah sendiri yer…” pelawa Nadia, “Eh!tak payah susah-susah,malulah…” kata Khairil
“Eh…?apa yang nak dimalunya…?awakkan cousin saya…lagipun…awak mesti penatkan…?Nadia memberi pendapat. “Umm…ye tak ye jugak eh…? Okeh…kalau camtu… Milo ice satu jug kurang,manis ice lebih !!!pinta Khairil, “Ish…awak ni…time malu sebijik cam perempuan
,orang baru pelawa sikit….apa da…ah iyelah air tuan akan saya siapkan secepat mungkin”…perli Nadia,Khairil hanya mampu tersenyum.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Cinta Tiga Segi? 1”
  1. eDaYa says:

    nice story…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"