Novel : Dr.Cinta 18

5 April 2010  
Kategori: Novel

15,395 bacaan 26 ulasan

Oleh : dyadila @ dia adila

Tasha menanggal cermin mata hitam jenama Gucci, hadiah dari papa semasa mereka bercuti di paris. Ehhhh kena cerita juga ke?, tak payahlah.. Seorang lelaki botak dan seorang lelaki berbangsa India tersenyum di depannya. Sampul coklat yang berada ditangannya dibuka. Sekeping gambar dikeluarkan dan di hulurkan kepada dua lelaki itu.

“I nak korang siasat apa hubungan mereka ni” arah Tasha perlahan. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan cuba mengawal kawasan yang agak sunyi itu. Risau juga dia kalau ada mata yang memandang.

Bob ketawa perlahan. Dia melihat dengan teliti gambar yang sudah berada di tangan. Seorang lelaki sedang tersenyum dan di sebelahnya seorang perempuan cantik. “itu saja? Atau bos nak suruh kami habiskan saja mereka ni?”

“ehhhh… sekarang ni siapa yang bagi korang duit? Buat dulu apa yang I suruh jangan sampai I pulak yang habiskan korang tahu tak” sergah Tasha garang. Benggap punya penjahat. Nama je gengster tapi bertindak suka ikut kepala lutut.

“jadi gambar perempuan yang bos bagi dulu?” pertanyaan itu membuatkan Tasha menjeling. Perempuan mana pulak?.

“hah??..yang mana?” tanya tasha kembali. Dia pernah bagi gambar siapa pulak ni.

Bob mengaru kepalanya yang botak. Alamak entah apa masalahnya dia dapat bos yang pelupa macam ni.. dia tunduk lalu berbisik, “alaaa yang budak perempuan comel tu” si botak tersenyum lebar. Tasha teringatkan gambar mazliana yang diserahkan dulu.

“emmm yang tu biar aku uruskan.. korang buat apa yang aku suruh dulu”

“baik bos… tapi kalau gerak tak dapat nak minum-minum air ni susah juga bos..” giliran raju pula bersuara sambil mengosok tangannya. Tasha tahu apa yang dimaksudkan orang upahannya itu.

“tak payah minum air… berhenti dekat mana-mana masjid minum je air paip”. kalau pasal duit laju, tapi kerja tak pernah yang jadi. Habiskan duit aku tahu.

“alamak bos jangan buat lawak macam ni..”

“siapa buat lawak??…cuba korang kira dah berapa ribu duit I habis, tapi satu kerja korangpun tak selesai.. yang korang tahu mintak duit.. sekarang ni I nak korang ubah sikit prinsip kerja tu. Kerja biar kerana Allah jangan sebab duit semata-mata”

Perintah tasha sambil meninggikan sikit suaranya. Hishhh payah betul kalau berurusan dengan orang tak ada ijazah ni. Susah, tak faham bahasa. Bob dan Raju saling berpandangan. Seakan tak percaya apa yang keluar dari mulut bosnya. Alamak bos ni dah insaf ke apa?..

“sikitpun tak ada ke bos?” pujuk Bob lagi yang Raju pulak tayang muka 20 sen..susah juga nak buat kerja kalau poket kosong, semalam pun dalam poketnya hanya ada 2.50 sen.

“sebelum I tanam korang berdua dekat sini baik blah sekarang, buat kerja dulu. Siap kerja baru ada duit ” ugut tasha. bob dan raju mengangguk hampa. Tanah perkuburan islam di sebelah mereka jelas kelihatan. Hishhh bos ni agak-agaklah nak buat pertemuanpun. Dari buat dekat kubur baik jumpa dekat masjid lagi afdal.

“oklah bos… kami pergi dulu”

Tasha melepaskan keluhan berat. Rasa geramnya masih belum habis bila melihat kelibat Iskandar dan julia hana begitu mesra keluar dari perkarangan hospital. Kalau ikutkan hati elok dilanggar je minah perampas tu. Sakit konon. Kurang ajar!!!

Memang sejak dulu lagi Julia hana adalah wanita yang paling dibenci. Si iskandar tu satu bodoh sangat, senang-senang saja terima balik perempuan yang dah buat dia merana. Sekelip mata dia boleh lupakan kekecewaan selama ni. Memang buta betul abang Is ni.

Tasha memandang sekeliling. Tanah perkuburan islam!! Tiba-tiba terasa bulu romanya berdiri. Air liur ditelan perlahan. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta dan keluar dari kawasan itu. Ehhh macamanalah dia boleh terfikir nak jumpa tempat macam ni.

***

Kunci kereta dibaling ke atas meja. Terasa kepalanya sudah sesak memikirkan hal Abang Is yang tak pernah memandang ke arahnya. Minda kata tak nak tapi dari tadi hati dok kata fikir..fikir!!!…hishhh stresss….

“sayang dari mana ni?”

Datin Jamilah melihat wajah anaknya yang agak kusut. Soalan mamanya dibiarkan berlalu. Langkah laju diatur tanpa mempedulikan mama dan papa yang sedang menikmati hidangan di taman.

“emmm tengoklah anak abang tu.. muka masam mencuka. Sejak si Iskandar tu bertunang sejak itu dia asyik nak naik angin. Habis semua barang jadi mangsa”

“emmm mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” perli Datuk Mardan. Memang perangai anaknya tu saling tak tumpang macam isterinya Datin Jamilah. Kalau dia semua betul kalau orang lain….silap sikit dah mengamuk.

“abang perli saya?”

” saya ada janji ni.. nanti malam saya balik lewat sikit ada urusan dengan Tengku Mazlan”

Datuk Mardan malas nak bertikam lidah dengan isterinya. Kalau lama dia mendengar bebelan Datin Jamilah lagi besarlah perang yang akan meletus nanti. Sejak semalam mulut isterinya itu tak berhenti bercakap, kalau berhentipun sebab matanya dah tertutup.

“abang nak buat apa jumpa Tengku tu lagi. Dia dah malukan keluarga kita.. abang ni tak ada perasaan ke?”

“yang bermasalah Natasha dengan Iskandar bukan saya dengan Mazlan.. kami dah lama berkawan, dia dah macam abang saya..tak akan sebab anak manja awak tu saya nak putuskan hubungan pulak?”

“masalahnya abang….” Datin Jamilah sudah bangun dari duduknya. Memang tak boleh di ajar betul orang tua ni.

“masalahnya awak tu.. sebagai mama dia, awak kena nasihat anak awak tu. Jangan sampai anak awak tu nanti hanyut disebabkan sikap sendiri..dah saya nak pergi ni” Datuk Mardan terus meninggalkan isterinya.

Datin jamilah masih terkedu, tak pernah Datuk Mardan membahasnya sebegitu. Sebelum ni semua apa yang keluar dari mulutnya adalah keputusan tapi sejak dua menjak ni suaminya dah banyak berubah. Kadang-kala pandangan mata suaminya membuat dia takut untuk meninggikan suara.

Ketawa dua sahabat kedengaran lagi. Dari tadi pukulannya mengenai lubang. Kayu golf diletakkan kembali ke tempatnya. Tengku Mazlan tersenyum. Permainan Datuk Mardan kali ini betul-betul mengkagumkan.

“terdiam terus dia.. aku baru naikkan suara sikit terus ternganga mulut tak boleh tutup” cerita datuk Mardan. ketawanya bertambah kuat.

“kadang-kadang kita sebagai ketua ni kena bijak, bukan nak suruh mereka takut dengan kita cukuplah sekadar hormat kedudukan kita sebagai suami”

“selama ni aku diam.. aku tengok apa yang dia nak buat kalau dia buat salah aku diamkan tapi kali ni bila dah libatkan anak aku tu hishhh tak boleh nak diam dah” rungut Datuk Mardan. Memang Tengku Mazlan merupakan tempat dia mengadu masalah. Tempat dia meluahkan perasaan.

“aku bangga kau dah berjaya atasi kelemahan kau, tapi akupun nak minta maaf juga bagi pihak anak aku tu, tak pernah aku sangka yang Is tu dah ada pilihan hati.. tup..tup.. nak bertunang”

“alaaa dahlah tu Lan, aku tak kisah tentang tu.. lagipun cinta mana boleh nak paksa. akupun berkenan juga tengok bakal menantu kau tu, sopan santun, bahasapun tinggi apa yang penting pandai hormat orang tua. Bukan macam si tasha tu, kalau tak kena gaya aku ni pun dia buat tak nampak” Tengku Mazlan tersenyum mendengar pujian anaknya.

“apapun dia anak kau… masih belum terlambat untuk kau bentuk dia, memanglah orang kata melentur buluh biar dari rebung, tapi zaman sekarang ni buluhpun kita dah boleh nak bentukkan nak jadi apa ikut suka kita malah boleh cecah ribuan ringgit” ketawa mereka bersatu.

Perkenalan melalui perniagaan membuat hubungan keluarga mereka bertambah rapat walaupun mereka memang ada darah persaudaraan. Sebab itu Datuk Mardan tak pernah kisah tentang masalah-masalah remeh yang melanda keluarga mereka baru-baru ini. Itu semua hanya dianggap sebagai satu ujian.

“bila besan kau nak bertolak?”

“kalanya lusa.. aku pun tak sabar nak ikut jejak langkah dia. Haji Nordin tu banyak dah buka mata aku ni” akui Tengku Mazlan, “memanglah amalan kita sekarang kita rasa cukup tapi bila aku tengok dia aku rasa amalan aku tak pernah cukup..” sambung Tengku lagi. Datuk Mardan hanya ketawa dan mengangguk perlahan. Memang dia juga kagum pada lelaki bernama Haji Nordin.

“mungkin ada hikmahnya Allah anugerahkan Mazliana tu dalam keluarga kau” tambah datuk Mardan.

“jomlah kita pergi basahkan tekak ni”.

***

Laungan azan bergema suara imam Saad membuatkan hadirin tunduk menginsafi kebesaranNya. Perlahan pandangan matanya dialihkan ke arah Kak Lin yang sudah menitiskan air mata. Kemudian ke arah Puan Maznah dan Haji Nordin. Johan masih tenang dengan pemanduaannya. Suasana dalam kereta agak sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Mazliana masih tekun memandang ke arah bangunan yang menghiasi sepanjang perjalanan.

“haiii ada orang tu dah jadi bisu pulak ke maknya?” Haji Nordin memecah sunyi. Memandang ke arah cermin belakang, memandang tepat ke arah anak bongsunya. “kenapa ni sayang ayah diam?” sekali lagi Haji Nordin membuka mulut. kali ini soalan terus diajukan kepada Mazliana.

Azlin menyentuh lembut bahu adiknya. Tahu sangat apa yang bermain dalam hati adik kesayangannya itu. Kelihatan Puan Maznah dan Mazliana berubah sikap sebaik sahaja masuk ke dalam kereta tadi.

“Tengku kata dia tunggu dekat KLIA, nak juga hantar kita” suara haji Nordin lagi. ingin melenyapkan rasa berat hati yang bermain di hati anak dan isterinya.

“baik sungguh keluarga Tengku tu kan bang, saya rasa besar hati sangat bila dia nak Mazliana tinggal dengan dia”

“bertuahlah adik akak ni dapat mentua baik hati macam tu..”giliran Azlin cuba menarik perhatian adiknya.

Mazliana masih diam. Masih memandang ke arah yang sama. Langsung tidak berminat dengan apa yang dibincangkan. Sejak kecik inilah kali pertama mak dan ayah akan meninggalkannya sekali gus. Biasanya kalau mak tak ada ayah ada. Kalau ayah tak tak ada mak akan ada di sisinya.

Lindacun> kenapa ni??..lain macam je?

Lianarock> sedihlah…..:(

Lindacun> sedih kenapa?

Lianarock>sedih mak dengan ayah nak tinggalkan Maz…hati tak sedaplah….xtau knp?

Lindacun> look…my sis, mak ayah kita tu nak kerjakan rukun islam kelima tau, so as a good and sweet girl Maz kenalah faham. Kan adik akak ni dah besar..janganlah bagi mak dan ayah berat hati pulak nak tinggalkan Maz.

Teringat perbualan dengan Mazlinda semalam di ruangan chating. Lewat malam dia menganggu kakak kesayangannya itu semata-mata nak meluahkan perasaan. Bukan dia tak sanggup berpisah tapi entah kenapa hatinya terasa berat.

Jika Doamu Dimakbulkan, Tandanya Allah Menyayangi Dirimu. Jika Doamu Lambat Dimakbulkan, Tandanya Allah Ingin Mengujimu..Jika Doamu Tidak Dimakbulkan Allah Merancang Yang Terbaik Untukmu….

Kata-kata tok gurunya, Haji Nordin kembali berbisik di telinga. Hishhh…mak ayah..Maz rindu ni.. kalender di sebelah katilnya ditengok lama. Satu lagi nombor dipangkah. Parah betullah jadi anak manja ni. Tak boleh nak berjauhan sekejap mesti rasa macam nak nangis. Huk huk huk… teringat kenangan dia dan mak di katil ini.

“Maz..” tangan mengusap lembut rambut lurus milik anak kesayangannya

“emmm” sahutnya dalam mata yang terpejam. Kepalanya masih di riba puan maznah.

“mak gembira sangat… Maz tahu kenapa?”

“kenapa?” dia tetap bertanya walaupun dia tahu apa yang bermain dalam hati puan Maznah. Sengaja menguji tekaannya, ” Mak suka ayah tak ada dekat rumah ek?” usiknya lagi.

“hishhh bertuah punya anak, ada ke cakap macam tu” satu tamparan lembut hinggap di pipi gebunya. Mazliana tersenyum. sengaja menduga ibunya,

“habis tu sebab apa?”

“sebab satu doa mak dah termakbul,” dahinya berkerut, tak dapat menangkap makna di sebalik kata-kata kiasa ibunya,

“mak doa apa?..nak cepat kaya ek?” usik Mazliana. tapi kali ini tidak menerima apa-apa respon dari Puan Maznah. Mazliana meletak jarinya di bibir sebagai tanda dia akan duduk diam. Mulut memeng kena kunci dengan mangga. Mangga kunci ekkk bukan buah mangga, gerentilah mulut dia tertutup.

“mak sentiasa doakan anak mak yang sorang ni bahagia sampai anak cucu..” mazliana membalas senyuman puan Maznah, pipi maknya dicium lembut.

Baru tiga hari mak dan ayah pergi mengerjakan haji, tapi rasa macam dah sebulan lamanya. Nasib baiklah Syamin nak temankan dia di rumah, ada jugalah dia teman nak buat lawak tak berapa cerdik. Kalau tak siapa nak gelak kalau dia terfikir nak buat lawak?. hahhh mesti bosan tahap dewa nanti.

Semalam kak Lin tidur dekat rumah semata-mata nak menemaninya. Tapi Kak Lin bukan macam dulu dia dah ada keluarga, tanggungjawab dia pada keluarganya lebih penting. Hari ni dia tinggal seorang diri di ruamh. Jam baru mencecah pukul 8 malam. Nokia 3310nya dicapai.

‘weiii…mimi jom lepak kat gerai..bosanlah dok sorang dekat rumah’ mesej dihantar.

‘ok beres.. sikit lagi aku ambik kau..’ mazliana tersenyum. Dia bingkas bangun dari katil. Yes ada juga benda nak hilang bosan.

“jadi ke kau tinggal dekat rumah mak mentua kau tu?” syamin duduk di sebelah Mazliana yang asyik memintal rambutnya. Hari ni gerai taufiq ramai pengunjung. Tapi hari ni malas nak tolong sebab niat tadi datang nak tolong tengok.

“hishh kau ni bila pulak dia jadi mak mentua aku, entahlah nak kata tak nak pun susah nak kata boleh pun susah juga.. aku masak dah dengan perangai bos besar tu dia bukan selesa sangat kalau aku tinggal dengan dia”

“habis kan mak kau juga yang bagi persetujuan, dia kata kau juga yang setuju. Lagipun aku tengok Tengku Mariam tu macam semangat semacam je.. apa kau pakai sampai dia sayang sangat dengan kau ni?”

“entahlah Mimi akupun serabut otak nak fikir, tengoklah nanti macamana.. kalau susah-susah sangat aku tinggal dekat sana dalam dua tiga hari lepas tu aku lepak rumah kau.. bijak tak?”

Syamin mencebik. Emmm itu bukan idea tu. Itu dah macam keputusan.

“aku tak kisah kau memnag selalu buat rumah aku macam rumah kau.. tapi yang penat sikit tu sebab bakal mentua kau tu orang 1 dalam 1000 tahu tak.. punya baik manusia, aku pulak yang serba salah nanti”

Mazliana mengaru kepalanya. Memang itulah yang membuatkan dia pening. Mak engku dan ayah engku terlalu baik untuk dia tipu. Sekarang ni pun dia mula rasa bersalah dengan layanan Mak engku. Wanita itu bukan memandangnya sebagai bakal menantu tapi dah macam anak sendiri. Aduhhhh masalah problem betullah.

****

12 miscall…Entah nombor siapa entah. Tak nampak ke jam sekarang dah pukul berapa tengah malam dah nak masuk pagi tak ada akal fikiran betul. Bebel Mazliana dalam mamai. Pantang betul kalau lenanya terganggu.

“kenapa tak bawa pergi klinik?” tanya mazliana tak puas hati. Ingat aku doktor ke? Kalau kak Lin dia tahu laa nak buat apa. Terkejut juga bila Tengku Iskandar dah terpacak depat rumahnya pukul 12 malam. Rupanya mamat ni tadi yang main call-call..

“macamlah Maz tak kenal mama tu, dia bukan nak pergi hospital ke klinik” jelas Iskandar.

“tengku Mazlan tak ada ke?” tanyanya lagi. Tak manis kalau dia masuk ke rumah orang tanpa kebenaran. Lagipun dia dengan tengku Iskandar je ni… hishh biar betul kang tak pasal-pasal kawin free. Siapa nak jawab?. Tak tenteram mak aku kat mekah.

“papa ada dekat johor, sidang perniagaan dekat sana, jangan risau Zikri ada dekat dalam tu”

Ehhh macam tau-tau je bos besar ni apa aku fikir.. Mazliana tidak bertanya lagi. Kakinya terus menuju ke bilik tengku Mariam. Memang bukan kerja dia tapi…. hahhh!! Janji dia ikhlas niat nak membantu.

“mak engku..” panggilnya perlahan.. tangannya hinggap di dahi wanita itu. Panasnya.

“Maz datang?..maaflah Mak engku tak sihat…” Tengku mariam cuba bangun. Tapi mazliana lebih dahulu bertindak.

“ehhh nak kemana pulak ni, dah mak engku rehat janga gerak-gerak.. mak engku dah makan?”

“tak ada selera” jawabnya pendek.
“mana boleh macam tu.. kena makan..nanti Maz masakkan bubur nasi untuk Mak engku ek..” Mazliana meminta meletakkan tuala kecil yang dibasahkan di atas dahi Mak engku. Selalunya kalau deman mak akan buat macam tu.

“macamana?” Zikri dan Iskandar bertanya serentak.

Jari telunjuk diletakkan di bibir. Isyarat agar mereka tidak bising. Mazliana serius tiada senyuman diwajah wanita itu. Mak Engku sudah terlena di atas katil. Habis juga sepinggan bubur nasi. Dr. Yunus pun baru saja balik. Senggallah bos ni dah tahu keluarganya ada doktor peribadi kenapa tak telifon. Nak aku juga bagi celik akal.

Zikri dan iskandar mengikut langkah Mazliana. macam kanak-kanak umur 5 tahun nak minta coklat. Hahh ni mesti ada yang tak kena ni. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Mazliana terkejut melihat jam. Mak aiiii dah lewat ni.

“kalau tak ada apa-apa saya balik dululah”

Iskandar dan Zikri berpandangan. Zikri menghantar isyarat mata. Iskandar masih enggan mengalah. Walaupun hakikatnya perut diapun dua kali lima berdondang sayang. Iskandar menghantar isyarat kembali pada Zikri.

“Maz……” satu panggilan lembut datang dari arah belakang. Hahh apa lagi nak mamat dua ekor ni. Ni adalah yang tak kena ni.

“nak apa??” sengaja dia meninggikan suaranya selepas pintu bilik Mak Engku ditutup rapat.

“lapar..” sekali lagi kedua mereka berkata serentak. Haii ni kes dah buat dialog awal ni. Boleh pulak sama ayat.

“pergilah makan dekat luar apa masalahnya?” dia berlalu meninggalkan muka seposen Tengku Iskandar dan Zikri.

Mereka masih mengekori Mazliana. “nak apa lagi ni?” dia mula rimas. Haiii ada juga yang makan bunga gayung malam ni. Mata yang tadi mengantuk tiba-tiba segar.

Muka macam bangunan tak siap dua mamat di depannya mengundang rasa kesian “nak makan apa?” hahhh tulah mazliana haji nordin tak boleh orang merayu sikit mesti cair.

“nasi goreng..” emmm ni dah memang sah pakat buat ayat ni. Mazliana meneka sendiri. Berani mamat and mamat ni buat pakatan nak kenakan aku. Ingat aku ape orang gaji?.

Mazliana membuka peti sejuk. Mak aiiikkk besarnya tiga kali ganda dari peti sejuk Puan Maznah merangkap mak kesayangannya. Satu persatu ruang dalam peti sejuk diteliti laju tangannya mencapai beberapa barang yang dirasakan perlu untuk masak nasi goreng. Hatinya masih tertanya-tanya perlu ke dia buat semua ni?. Bukan kerja dia ni.. bila pulak dia jadi orang gaji tak berbayar dekat sini. Tapi tak apa kot tolong orang yang memerlukan mak kata dapat pahala. Ewahhh!! Sejak bilalah Mazliana dengar cakap mak.

“nasi Goreng Special siap” jerit Mazliana dari arah dapur ada nada sindiran di hujung ayatnya.

“sedapnya bau…” puji Iskandar. Mazliana mencebik.

“klau tak ada apa-apa lagi saya nak balik, lagipun dah lewat ni”

“saya hantar awak” ucap mereka serentak. ehhh Zikri dah iskandar saling berpandangan. Macamana boleh sama ni.

“tak apalah biar Zikri hantar awak.. tapi lepas kami makan nilah” arah Iskandar.

“emm ok.. saya tunggu dekat sofa depanlah.. makan baca doa dulu..” sempat dia berpesan. Maklumlah selalunya bila manusia yang taksub dengan kelaparan ni kadang-kala terlupa mengingati Pencipta yang Satu.

Mazliana mencapai majalah fesyen yang ada di atas meja. Dia sempat mejeling jam besar yang terlekat di dinding sebalah kirinya. Lama juga bos ni makan.. makan ke bilang nasi tu ada berapa?. Rasa ngantuk dah mula beraja. Terasa mata macam dah tak boleh nak buka. Dia melentokkan kepalanya di bahu sofa.. diam..akhirnya terlelap.

“bawa kereta akupun jelah..” Iskandar memberi kunci kereta kepada Zikri. Keretanya memang sudah terdampar di hujung pagar. Dalam keadaan cemas tadi tak sempat nak masukan semula ke garaj.

“Maz….” panggilan itu mati. Dua pasang mata memandang ke arah wanita yang sudah lena di atas sofa.

“dia dah tidur” zikri tersenyum. Iskandar mengeleng perlahan. “macamana ni?” soal Zikri lagi.

“tak apalah zik biarlah dia tidur dekat situ.. nanti aku ambikkan selimut..” putus Iskandar sempat dia menjeling ke arah wajah yang sudah asyik dalam lena. Dia tersenyum.

****

“mak engku dah sihat?”

“alhamdulilah..terima kasih sebab Maz sudi jaga Mak Engku. ”

“hishhh small the hal lah.. ini hari mak engku mana tahu esok lusa hari maz pulak..Iskandar dengan Zikri mana?”

“pagi-pagi lagi dah pergi pejabat. Lagipun mak Engku yang suruh pergi tadi sebab badan nipun dah rasa sihat sikit..kesian Maz tertidur atas sofa semalam”

“tak apa Mak engku, saya ni kalau dah ngantuk atas lantaipun boleh lena” alamak..tidur atas sofa??!! Malunya, macamana boleh tertidur rumah orang ni. Dah arr dalam keadaan tak sempurna. Macamana gaya aku tidur tadi ek.. kalau bos besar dengan bos pergi pejabat tadi maknanya mesti mereka nampak aku… aduhhhh malu!!!!

“kenapa mak engku tak kejutkan Maz subuh tadi?”

“Is kata tak payah kejut. Dia kata Maz ABC” mazliana mengaru kepalanya. Hishhh macamana pulak dia tahu aku ABC?. Senggalll punya Bos besar….. malu semalu malunya ni. “sikit lagi Kak Lin ambik, Maz balik dulu ek mak engku mandi-mandi, gosok gigi minum kopi lepas tu maz datang balik” sambung Mazliana lagi. Hakikat sebenar nak larikan diri.

“maz tak payah nak susah-susahkan kakak, tinggal saja dekat sini, lagipunkan Mak Engku dan bagi tahu mak sebelum dia pergi”

“bukan macam tu mak engku, nanti apa pulak orang cakap.. tak manis pulak rasanya” ewahhh alasan tinggal alasan. Tu alasan zaman 60 an bolehlah.

“Maz bukan tinggal dengan Iskandar berdua saja, Mak engku dengan ayah engku kan ada tinggal dekat sini 24 jam.. lagipun kadang-kadang bosan juga sebab Mak engku selalu tinggal seseorang je dalam rumah ni” hahhh ayat tu yang paling tak boleh nak terima ni. Ni kes nak pujuk akulah ni..

“emmm… biar maz fikir dulu ekk Mak Engku”

“mak Engku harap Maz tak akan kata tidak” dia tersenyum membalas senyuman yang terlakar di wajah mengharap Mak engku.

Kalau sekarang ni versi cerita cinderella mesti dia dianggap bertuah macam sebab dapat tinggal di istana mewah. Tapi sekarang ni dia terasa macam berada dalam landasan cerita beuty and the beast. Dia terpaksa jadi beast yang menumpang tuah beuty buat sementara. Atau mungkin dia akan menjadi pelakon yang hanya memakai topeng beuty tapi hakikatnya dia adalah beast.

Apa nak buat ni Mazliana haji Nordin???…..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

26 ulasan untuk “Novel : Dr.Cinta 18”
  1. impirika says:

    best…
    x sbr nk bce yg strusnye..

  2. cici says:

    best giler cite ni.hahahaha..cpt smbng..ermm xde blog ker?

  3. haffie@sunquet says:

    best gler cter nie….cpt la smbung…… :razz: ;-) good job…to make this story….

  4. sharliana says:

    best gak citer ni…tadi mengantuk taktahu nk buat pe….baca je cerah mata…bravo

  5. boleh laaa…yg ptg baca free time borg…tp cerita cinta ni lurus je sb xda bab yg menghairahkan…masyarakat skg ni ska baca yg cam tu.

  6. queenz eina says:

    wow!!!!!!!!!!syok giler cite nie…bst sgt…da smbngn dye x..nk bca g nie…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"