Novel : Dr.Cinta 19

15 April 2010  
Kategori: Novel

14,981 bacaan 37 ulasan

Oleh : dyadila @ dia adila

Dr.cinta 19

Dua hari ni hari serba tak kena bagi Mazliana. walaupun kemewahan di mahligai teratak kasih membawa dia hilang sekejap dalam dunia kehidupan mewah tapi semua itu tidak lekat di hatinya. Semakin hari semakin dia terasa satu beban menghimpit di kepalanya. Terasa macam ada sesuatu yang tersumbat di aliran pernafasan dan nadinya. Kebaikan Mek engku dan ayah engku membuatkan dia rasa bersalah. Perasaan dia?!!

“dah arrr tu sampai bila nak buat muka macam katak panggil hujan ni?” bulat mata Mazliana mendengar simpulan tak berbahasa bos besarnya. Simbah dengan air kolam ni baru ada akal.

“bos besar tak faham.. sedih tahu tak tinggal sorang-sorang ni, dahlah Kak Lin ikut suami kesayangan dia tu bercuti, mak dengan ayahpun tak ada.. saya sekarang tinggal sebatang kera tahu tak..”

Sebatang kera?Tengku Iskandar ketawa kuat. Hishh ada saja perkataan baru yang terkeluar dari mulut minah kelibut ni. Tak habis-habis.

“banyaklah awak sebatang kera… tak kira kera ke monyet ke big foot ke, awak sekarang dah tinggal dalam rumah saya, keluarga saya dah jadi keluarga awak juga” ucap tengku Iskandar Ikhlas. Memang sejak mazliana tinggal di rumahnya hidup terasa bagi terisi. Kalau dulu dia memang teringinkan seorang adik perempuan. Tapi siapa mazliana di hatinya?!! Adik atau???..

“atau awak boleh anggap saya ni abang awak, panggil saya Along ke”

Gulpp!! Air liur ditelan terasa pahit. Along?? Hishhh nampak sangat mamat ni dah terputus wayar. Sejak bila pulak aku nak jadi adik dia?. Sesuka hati dia letak status aku dekat mana. Dia tak tahu ke jantung aku sekarang ni tak tentu arah bila jumpa dia?. Macamana dia nak tahu kalau tak bagi tahu?. Macamana nak bagi tahu kalau aku malu!! arghhhhh

Pejam celik-pejam celik, tarik nafas dalam berjuta kali rupanya dah hampir seminggu Mazliana menjadi tetamu di mahligai indah milik tengku Mazlan. Ohhh my bakal mentua sentiasa meletakkan di carta pertama, layanan mengalahkan puteri raja. Kalau nak makan nama dia yang akan disebut dulu sebelum Bos besar. Apa lagi panas hatilah mamat tu… hehehe

“mama kenapa pulak Is kena temankan dia?”

“kan Maz dah lama tak keluar jadi Is bawalah dia keluar, kesian mak tengok dia bosan asyik duduk rumah”

Apa yang pasti samaada suka atau tidak, Tengku Iskandar sudah menjadi salah seorang PA aku, PA=pembantu angkat. Kadang-kadang kesian juga tengok muka tak relanya dia mengikut arahan Tengku Mariam, tapi apa boleh buat dah memang nasib badan dia bukan badan aku. Ahak ahak ahak..tiba-tiba muncul ketawa jahat.

“inilah namanya golf tahu?. Pernah main?” Tanya bos besar. Zikri di sebelah hanya tersengih-sengih.

Mazliana mencebik. Ingat dia tak pergi sekolah tadika ke? Macamlah dia tak tahu itu golf.

“golf ni satu permainan yang menguji ketajaman akal macamana kita nak masukkan bola pada jarak yang agak jauh, dan golf adalah permainan yang dikaitkan dengan golongan elite” emmm banggalah konon.

Mazliana hanya memandang zikri dan Tengku Iskandar yang bersorak gembira. Entah apa yang best dia pun tak tahu. Apa entah faedahnya main setakat nak kejar satu lubang. Nak uji ketajaman fikiran konon. Boleh jalanlah.. tak tajam langsung. matanya menangkap batu-batu yang sederhana besar di hujung padang. Tujuh biji batu dikutip.

“buat apa tu?” Tanya Zikri.

“pernah main seremban?” soalan mazliana kembali. Sengaja menduga bosnya yang nampak jelas ketidak pandaiannya. Hehehe..

“seremban negeri sembilan?” hahh!! Sudah apa ke bengap yee pulak mamat ni seremban negeri sembilan pulak.

“batu seremban? Bos tak pernah main kan?” Tanya Mazliana yakin. Gelengkan kepala Zikri membuatkan dia tersenyum lagi. Agak dah!!

Mazliana duduk bersila di tepi kereta buggy. dia menunjukkan skill permainan yang tak ada tandingannya kepada zikri. Sesekali zikri bersuara kagum. Hebatnya!! Cara mazliana melontar dan menyambut batu serta menangkap batu membuatkan dia semakin tertarik. Dari belakang Tengku ISkandar turut menjadi pemerhati.

Batu diserakkan. Satu batu diambil kemudia dibalik ke atas dan tangannya pantas menangkap batu yang masih di bawah. Perbuatan itu diulang sehingga habis. Zikri tersenyum dia pernah baca tentang permainan itu tai tak pernah terfikir pulak nak main,

“wah!!! Hebatnya” mazliana tersenyum bangga mendengar pujian Zikri. Alaa small the pcs.

“apa benda tu” Tanya suara garau dari belakang. Wajah Tengku Iskandar menjelma di ruang mata.

“seremban…permainan tradisional, ingat tak kita pernah belajar masa subjek sejarah dulu?” Zikri mengulangi kata-kata Mazliana tadi.

“stupid Game” bulat mata mazliana mendengar kata-kata bos besar. Stupid game dia kata hahh tengok lepas ni siapa yang stupid?.

“cuba try testlah.. kalau bos besar dah biasa main permainan berkelas tinggi macam golf ni apa kata cuba test ketajaman minda bos besar yang dah memang tajam tu dekat sini?” cabar mazliana. Tujuh biji batu bertukar tangan.

“ishh… don’t do a stupid thing dekat sini..jomlah balik lagipun mama tinggal sorang” batu ditangan dicampak ke tepi. Dia terus menuju ke kereta.

“dia takut kalah” bisik Zikri perlahan ke telinga Mazliana. Mazliana tersenyum. Faham sangat perangai bos besar tu.

Layanan baik Tengku Mariam membuatkan dia selesa berada di tengah-tengah kemewahan yang selama ini tak pernahpun masuk dalam mimpinya. Tapi sekarang ni macam mimpi di siang hari. Mazliana meletakkan pinggan yang berisi bihun goreng ke atas meja. Dia baru saja selesai membasuh pinggan yang ada di dalam singki.

“kenapa sunyi je pagi ni ekk mak engku?”

“emmm hari minggu macam ni, Ayah Engku sibuk dengan golf dialah, Iskandar tidur lagi agaknya, lepas subuh tadi dia kata nak sambung tidur. Penat agaknya” jawapan lengkap tengku mariam, membuatkan dia mengangguk.

“Mak engku punya plan hari ni apa?” tanya mazliana lagi.

“emmm pagi ni nak rehat dulu dekat rumah tapi petang sikit lagi kita pergi shopping ok?” cadangan ke keputusan tu?. Mazliana tersenyum.

Menjadi tunang olok-olok tengku Iskandar membawa dia ke satu lagi keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Kalau dulu memang sangkanya orang kaya banryak harta mesti berlagak, bangga dengan harta yang mereka ada tapi hakikatnya, antara berjuta rakyat malaysia yang kaya-raya dia telah berjumpa dengan keluarga yang membersihkan sangkaan buruk otaknya itu.

Mazliana tersedar apabila tangannya ditarik lembut “marilah makan dengan Mak engku macam sedap je bihun yang maz masak ni” hishhh kene puji lagi..

“hishhh belum rasa dah puji, kena rasa dulu baru boleh bagi kritikan” bihun goreng disendu masuk ke dalam pinggan dan di letakkan di depan Mak Engku.

Perbuala rancak mereka terganggu apabila mendengar bunyi deruan kaki yang melangkah laju turun dari tangga. Tengku Iskandar nampak santai dengan seluar pendek paras lutut dan t-shirt putih. Matanya meneliti penampilan ringkas lelaki itu yang nampak biasa, tapi cukup membuatkannya kelihatan seperti lelaki baik. Rambut yang berserakan tanpa jel menandakan mamat ni masih belum mandi. Hishhh busuk punya orang. Anak sapolah ni..

“belum mandi lagi Is?” Iskandar tersedar. Dia mengeleng perlahan. “belum mama nak basuh kereta, tak payah mandi dulu” jelasnya lagi. dia terus mencapai fresh apple juice lalu dimasukkan ke dalam gelas. Dia sengaja mengambil tempat di sebelah Mazliana untuk mengaburi mata mamanya.

“sayang pagi ni buat apa?” mata mazliana memandang tepat ke arah Iskandar, ehhh soalan spesies nak bersayang mayang ni. Eiii tiba-tiba meremang bulu tengkuk.

“buat bodoh” jawab mazliana ringkas. Iskandar tersedak. Memercik sedikit air keluar dari mulut. Hishh tak pandai berlakon langsunglah minah kelibut ni. Tengku Mariam dan Mazliana ketawa kecil. Mazliana berdehem. Hahh padan muka tu baru sikit. Tuhan nak tunjuk. Ketawanya masih bersisa.

“kenapa bos besar ada nak buat apa-apa kerja ke?” tanya mazliana kembali.

Tiba-tiba terpacul kata-kata itu, cepat dia menutup mulutnya. “bos besar?” Mak engku bersoal hairan. Alamak tersilap!! Jelas mata tengku Iskandar memberi amarah pertama kepadanya.

“panggilan manja mama…”sempat Tengku Iskandar cover line. Fuhh! Selamat.

“amboiii kalau nak letak panggilan manjapun panggillah abang ke, sayang ke kan sedap telinga dengar” hampir nak terkeluar bihun goreng dimakan tadi nasib baik dah sampai ke dalam perut. Abang!! Tak boleh blah je abang. Teringat pertemuan pertama dulu. Panggilan itu tak pernah meniti di bibirnya.

Tengku Iskandar menjeling. Sempat memberi isyarat mengancam nyawa kepada Mazliana. mazliana pura-pura menyuap bihun goreng masuk ke dalam mulut, konon-konon dia tak melakukan kesalahan.

“Is ada apa-apa rancangan ke dengan Maz? Mama ingat nak pergi shopping dengan dia hari ni” Tanya tengku Mariam menutup isu tadi. Pertanyaan iu seolah-olah meminta kebenaran dari anak kesayangannya itu.

“tak ada plan apa-apa pulak mama, tapi pagi ni Maz dah janji nak tolong saya basuh kereta”

‘HAH??!!” mazliana menjeling. Bila masa pulak aku dah janji ni?.

“tak akan nak suruh Maz basuh kereta pulak? Is tak apalah sebab belum mandi tapi dia kan dah cantik-cantik ni” Mazliana tersenyum kemenangan. Jelas sangat Tengku Mariam berpihak kepadanya.

“kalau dah cinta ke lautan api pun sanggup direnangi kan sayang” hahh…banyaklah sayang, macamana sayangpun apa kes sanggup ke lautan api?. tak ada maknanya nak bunuh diri sebab sayang. Dia memandang tajam ke arah Bos besar yang menyuap perlahan bihun gereng ke dalam mulut.

“emmm ok.. pagi ni Maz dengan Is, tapi petang nanti Maz nak temankan mama shopping”

“ok nanti petang kita pergi shopping sama”

Sekali lagi Mazliana menelan air liur yang terasa pahit. Apa kes pulak anak beranak ni main cop-cop aku. Ingat aku patung barbie ke sesuka hati nak bagi main lepas sorang-sorang. Langsung tak menghormati hak asasi kebebasan aku sebagai manusia. Hishh…

“bolehkan Maz?”

“kalau untuk Mak engku, bila-bilapun boleh” ucapnya menutup kesal di hati sebab ikut cadangan mak tinggal di rumah besar ni.

“kenapa?” pertanyaan Tengku iskandar membuatkan dia hampir tercekik. Sempat dia mencapai gelas yang berisi fresh oren didepannya. “mazliana awak minum air saya” tegas Tengku Iskandar. Mazliana hanya menjulir lidah.

“ada saya kisah?” sempat kata-kata itu dibisikkan. Senyuman masih dilontarkan kepada Mak Engku yang sesekali memandang ke arahnya dan turut tumpang senyum.

“dah abis makan?..” tanya Iskandar, mazliana mengangguk. Pingannya sudah licin. Jomlah..” sekali lagi lelaki itu bersuara.

“kemana?” Tanya mazliana pelik.

“laa…kan dah janji nak cuci kereta tadi sayang…” sengaja dikuatkan panggilan ‘sayang’ itu dia tahu mazliana tak suka dengan panggilan itu. Biar lakonannya nanpa real dipadangan mata mama.

Kereta volvo s80 milik yang juga milik iskandar bermandi air buih. Mazliana menjenguk wajah Bos besarnya yang masih khusuk membasuh keretanya yang entah koleksi ke berapa. Bapak punya kaya. Hobi mengumpul kereta, memang tak boleh buat sekutu betul bos besar ni. Macam langit dengan bumi. Kalau setakat kumpul stem tu tak adalah hairan bin ajaib sangat ini. Masyaallah.

“bila pulak termasuk dalam syarat perjanjian saya kena basuh kereta bos besar ni?”

“memandangkan saya dah bayar awak jadi kira ini salah satu kerja amal awaklah” Mazliana tersentap, elehh ingat banyak sangat ke duit dia?. Tak ada maknanya.

“bos besar ni ada berapa ketul kereta sebenarnya?”

Tangan Iskandar terhenti. Dia bangun lalu memandang mazliana yang masih mengosok cermin kereta. “ketul?, penjodoh bilangan apa awak guna tu?” mazliana tersenyum. dia kembali mengosok cermin yang masih dipenuhi buih sabun. Emmm logiknya perbualan dia dengan bos besar mesti formal tahap berprotokol. Kena guna tatabahasa yang betul. Mamat skema betul.

” ehhh..awak tolong cuci kereta ke berangan?” Tengku Iskandar menepis air ke arah Mazliana yang sedang melayan perasaan.

“hishhh.. kalau ya pun bos besar nak bercakap janganlah dengan air sekali.. basahlah” iskandar tersenyum memang dia sengaja menepis kuat air sabun yang berkumpul di bumbung kereta. Keadaan mereka yang bertentangan, mazliana di sebelah kiri dan dia di sebelah kanan memudahkan dia melancarkan serangan.

“bestkan bos besar jadi anak orang kaya” hahhh.. dah sah sangat budak ni berangan.

“hishhh awak ni kan saya kata jangan panggil saya bos besar dengan rumah saya”

“alaaa tadi kata panggilan manja, alaa Mak engku pun tak kisah bos besar nak kisah pe hal” ajuk Mazliana. Iskandar mengeleng perlahan. Degil betul!!.

“berapa harga kereta tu bos?” Ferrari merah yang megah di sebelahnya dipandang. Mata Iskandar terarah sama pada arah yang dimaksudkan Mazliana.

“tak mahal dalam 500 ribu macam tulah…”

Mazliana terdiam, ternganga mulutnya mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Tengku Iskandar. Mak aiiikkk tak mahal? Ayat memang tak boleh diterima akal. Setengah juta?? Tak sanggup dia nak hitung jumlah semua.

“kenapa?” tanya Iskandar pelik. Riak terkejut Mazliana membuatkan dia tersenyum.

“dari bos besar kumpul kereta baiklah bos cari hobi yang berfaedah sikit, tak rasa membazir duit ke buat hobi macam ni” wajah berkerut Mazliana dipandang. Rasa macam nak tercabut semua sendi bila dengar harga kereta. Itu baru sebiji ni, yang berbiji-biji ni.. hahhh tak sampai hati aku nak kira. Biarlah rahsia…

“dari saya buat koleksi perempuan baik saya buat koleksi kereta, betul tak?”

Mazliana tersengih, dia mengosok kereta milik bos besar. ditiup beberapa kali. mak aiikkk ni gaji setahun pun belum tentu boleh beli tayar, inikan pulak kereta. Bisik hatinya. Tengku Iskandar tersenyum lagi melihat gelagat Mazliana.

” emmm….” Mazliana mengaru perlahan dagunya. Sengaja melontarkan pandangan mengoda kepada Tengku Iskandar.

“kenapa?” kali ini suaranya kembali serius.

“hensem juga kalau bos besar senyum macam tu, comel je.. baiklah bos besar selalu senyum sebab orang kata awek muda..” ucap Mazliana dalam sisa tawanya. Senyuman Iskandar mati.

“dah!! buat kerja…”

Tengku Iskandar terus berlagak garang, sekali sekala mengusik budak kelibut ni seronok juga. Bisik hatinya. Belum pernah dalam sejarah hidupnya berkasar dengan perempuan malah sebelum ini dia kurang mengambil tahu mengenai perempuan kecuali mamanya. Tapi selepas kehilangan julia dia menerima saja mana-mana perempuan yang ingin menjalinkan persahabatan. baginya hidup lebih bermakna tanpa perempuan.

“bos besar kenapa tak ada air ni?” getah paip dihulurkan kepada Tengku Iskandar. Dia berlalu menuju ke pili.

“laaa tadikan ada, macamana pulak boleh tak ada?” getah paip bertukar tangan. Mazliana tersenyum sambil berdiri di sebelah pili paip dekat dengan taman. Getah ditangannya diteliti mungkin ada yang tersumbat.

“hoiiii…” Tengku Iskandar melompat kebelakang. air melimpah keluar dari getah paip yang dipegang dekat dengan mukanya. T-shirt yang tersarung dibadannya habis lenjun. Bibir digigit geram. Ketawa kuat Mazliana mengundang lagi rasa geram di hatinya. Berani betul budak ni main-mainkan bos.

“Mazliana!!!” baldi yang berisi air sabun diangkat. Dia melangkah laju mendapatkan Mazliana. melihat langkah Tengku Iskandar yang semakin dekat mazliana pantas mengatur langkah seribu. Mereka berkejaran mengelilingi kereta.

“ok bos besar sorry saya mengaku kalah.” Mazliana mengelengkan kepala apabila melihat getah paip yang sudah berada di tangan Tengku Iskandar. Mata Iskandar memberi isyarat niat membalas dendam.

“awak ingat awak boleh lari??”

Gelak tawa dari garaj kereta menarik minat Tengku Mariam. Bulat matanya apabila melihat keadaan baju mazliana yang basah hampir separuh. Manakala anak terunanya sudah bermandi air sabun. Mereka kelihatan bahagia. Ketawa riang Mazliana dan Iskandar menarik senyuman mekar di hatinya.

***

Lepas satu kedai ke satu kedai, setiap pintu masuk sudah dijelajah. Mazliana kagum melihat kekuatan kaki Tengku Mariam yang boleh bertahan berjam-jam dok tawaf satu mall. Habib jewel tersergam indah didepannya. Mazliana menelan air liur perlahan. Mak aiiikkk cantiknya. Tapi bukan sebab cantik dia terpagun tapi semuanya mencecah 4 angka. Aduhhh ni kena jual kebun Pak long baru boleh beli.

Tengku Mariam asyik menilik gelang tangan special edision di tangannya. Dilihat Tengku Iskandar hanya mengangguk apabila ditanya mamanya, nampak sangat bosan tahap babun tercekik. Matanya terhenti pada sebentuk cincin emas putih yang bertahtakan belian. Fuhhhhh cantik sesangat. Leka dia mengamati reka bentuk barang perhiasan wanita yang boleh membuatkan mata hitamnya terbalik.

“Maz nak yang mana? Ambillah maK engku belanja” bulat mata Mazliana mendengar tawaran tulus ikhlas sebentar tadi.

Tengku Iskandar mencebik, dasar mata duitan betul pantang buat tawaran terus terbuka mata. Senyuman mazliana mati apabila menangkap senyuman sinis Bos besarnya. hanya orang buta saja yang tak boleh menilai erti senyuman itu. Dia tahu apa pandangan bos besar padanya. Mat duitan, mata emasan, mata kebendaan semua mata arr bagi dekat aku.

“tak apalah Mak Engku, Maz tak suka sangat pakai barang kemas ni” Ingat aku hairan sangat duit dia apa. Senggal punya bos besar. ikutkan hati tak berapa bersih ni dah lama aku kikis duit mama kau ni tahu tak.

“kenapa?” tanya Tengku Mariam. Pelik. Mana ada perempuan yang tak tergoda dengan barang-barang macam ni kalau dah depan mata.

‘sebab aku ni sedang berlakon jer…penipu besar, pengarahnya anak kaulah’ nyaris tak terkeluar kata-kata yang terlahir di hatinya. Dia sekadar tersenyum belum punya jawapan untuk soalan cepumas tengku mariam.

“Nak cari apa lagi ni mama?” tanya Iskandar mengubah topik. Cuba menyelamatkan keadaan kalau dibiarkan alamat sampai esok ada saja soalan yang keluar dari mulut mamanya.

Satu keluhan berat dilepaskan. bosan. Inilah padahnya sebab gatal sangat nak ikut. Tapi dia perlu mengawasi langkah Mazliana, mana tahu kalau-kalau ‘tunang’nya itu terlepas cakap. Mestipun dalam satu sudut sebenarnya Mazliana sememangnya seorang pelakon yang perfect.
Kalau tidak tak akan hati mamanya boleh terpaut dalam masa yang singkat.

“itulah mama dah cakap tak payah ikut tapi gatal juga nak ikut”

Mazliana tersenyum melihat wajah kelat bos besarnya di tegur Mak Engku. Dia meneliti deretan kedai yang menjual barangan perhiasan rumah. Bukan kedai RM2 yang selalu dikunjungi.

“alaaa kalau ada orang lelaki tak adalah bahaya berjalan tempat macam ni”. Mazliana mencebik. Kata-kata Bos besarnya ibarat merendahkan kemampuan wanita.

“sekarang ni perempuan dah boleh berdikari tanpa lelaki kan Mak Engku” sengaja mengenakan Bos besarnya. satu kelemahan yang dikenalpasti, bos besarnya itu akan menikus takkala bersama dengan Mamanya. Kalau di pejabat dia macam raja yang memerintah tanpa bantahan tapi sekarang di tak lebih macam seekor kucing parsi yang manja. Mazliana tergelak kecil.

“kenapa?” tanya Tengku Iskandar geram mendengar ketawa mazliana. Namun soalan itu tiada jawapan.

“Maz nak beli apa-apa?” giliran Mak engku mengutarakan soalan. aduhh soalan yang pedih bagi seorang penganggur macam aku. Manalah aku ada duit nak beli barang dekat tempat mahal macam ni.

“emmm tak ada apalah Mak engku, Maz boleh temankan Mak Engku je” Tengku Mariam tersenyum.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam sebuah kafe, ruangan yang pesat. agak ramai pengunjung mall yang singgah dia situ. Mak engku beriya-riya untuk singgah ke situ mungkin dah terlalu dahaga.

“minum apa?” Tanya Iskandar kepada mazliana selepas mengambil pesanan mamanya.

“apa-apa jelah” jawab Mazliana ringkas. Manalah tahu nak minum apa, tempat tak pernah aku masuk. Saja nak malukan oranglah bos besar ni.

“mana ada air apa-apa jelah” aik loyer buruk pulak bos besar ni. Mak engku tertawa kecil.

“air apa ada dekat sini?”

“semua air ada dekat sini, just tell me now” Tengku Iskandar dapat menangkap muncung panjang Mazliana yang mencebik ke arahnya.

“air terjun ada?”

Pecah lagi ketawa Tengku Mariam mendengar pertanyaan bakal menantunya, sepanjang hari ada saja telatah Mazliana yang mencuit hatinya. Ditambah pula perbezaan Iskandar yang mula pandai mengusik dan mengacau tunangnya itu. Sebagai mama dia terasa bahagia.

Tengku Iskandar berwajah serius tiada reaksi untuk membalas kata-kata Mazliana. pandangan matanya beralih kepada Tengku Mariam, mamanya nampak sudah menutup mulut menahan sisa tawa. Kelakar sangatlah tu. Kena juga budak ni kejap lagi.

“sama dengan Mak Engkulah” pintas Mazliana apabila melihat Bos besarnya mula nak membuka mulut. kang tak pasal-pasal kena ceramah.

Tengku mariam membelek paper beg yang berisi baju dan beberapa barang yang dibeli tadi. Dilihat Mazliana terlalu asyik memandang ke arah satu tempat. Matanya turut meluru ke arah yang menarik minat bakal menantunya itu.

“kenapa Maz?”

“kesian…” kelihatan seorang kanak-kanak yang kurang upaya duduk di atas kerusi roda sambil ditolak ibunya masuk ke dalam kafe. Matanya masih tidak berganjak. Tiba-tba teringatkan mak.

“tak semua orang bernasib baik…”jelas Mak engku perlahan. Matanya kembali menatap wajah ayu di depannya, mazliana hanya mengenakan jeans hitam dan baju T-shirt putih yang tercalit warna warni di sana sini baju. Nampak santai.

Tengku iskandar sampai di meja membawa 3 gelas besar air oren yang dipesan. Disebabkan malas untuk menunggu lama dia mengambil keputusan untuk membeli air yang sama. Senang, mudah dan pantas. Dia mengambil kembali tempat duduk yang ditinggalkan tadi.

“tengok apa?” tanya Tengku iskandar pelik.

“tak ada apa…” bals mazliana perlahan sambil menyambut air yang dihulurkan kepadanya.

Mereka menghilangkan dahaga masing-masing. Tak sampai lima minit air dalam cawan besar Mazliana tinggal separuh. Tengku Mariam mengeleng perlahan. Tadi kata tak haus tak adalah dahaga sangat. Saja tak nak mengaku. Anak bertuah betul.

“ehhh ini apa?”Model kereta F1 sebesar tapak tangan diangkat. Comel.

“free give…ini yang last tahu tak..” Tengku Iskandar berkata bangga.maklumlah siapa lagi yang bertuah kalau bukan dia.

“cantiklah..nak boleh?”

“ehhh…mana boleh, it’s mine ok…” Pantas model kereta itu ditarik dari tangan mazliana.

“Ishhhh budak ni, benda mainan macam tu pun nak bergaduh ke?…” rungut Tengku Mariam. Lama dia hanya bertindak sebagai pemerhati. Akhirnya dia bersuara. “is, bagi Maz benda tu lagipun kau kan banyak benda macam tu?” Mazliana tersenyum mendengar arahan Tengku Mariam. Dia tahu bos besarnya itu akan kalah dengan arahan mamanya. Yesss!! Berjaya.

Tengku Iskandar masih menunjukkan protesnya. Lagi satu perangai bos besarnya yang berjaya di’scan’. Manja sangat..dari kafe hingga ke tempat letak kereta Bos besarnya menunjukkan muka ala-ala 50 sen. Bajet orang nak pujuk, tak de pehalnya..yang penting!!..model kereta. sengaja digosok perlahan dengan tangan. Jelingan Bos besarnya dibalas dengan senyuman.

Langkah Mazliana terhenti pada kereta Proton saga biru yang terletak di sebelah BMW 5 series Tengku Iskandar. Bukan nak buat perbandingan kereta luar dan dalam negara tapi suara tangisan yang kuat dari arah pintu kereta menarik perhatiannya. Dia melangkah merapati kereta itu.

“kenapa?” Tanya Mazliana. dia kenal perempuan itu. Macam pernahku lihat tapi dimana ek? Hahhh perempuan yang tolak kerusi roda tadi. dan yang menangis pasti….

“ehh…tak ada apalah, ni anak saya ni meragam sikit” pandangan dialih kearah kanak-kanak yang masih teresak-esak menangis. Dia masih duduk di kerusi roda sementara pintu kereta di sebelah penumpang sudahpun terbuka.

“kenapa adik nangis?”

Tangisannya masih lagi kuat langsung tak ada tanda-tanda nak berhenti. Eiiii payah jugalah si ibu memujuk.

“dia nak apa?” tanya Mazliana. tak faham dengan apa yang diperkatakan. Suaranya jelas tapi kata-kata yang dikeluarkan agak kabur. Mungkin hanya ibunya saja yang faham.

“tadi kami pergi ke Kafe atas tu.. adik saya cakap ada free give, F1 model. Itu yang dia nak sangat..tapi tak ada rezeki kot dah habis…” jelas si ibu juga hampa. Mazliana tersenyum. laaa…ingatkan tadi nak apalah. Susah jugalah nak jaga anak kurang upaya ni.

“laaa…dah jangan nangis.. ni akak bagi jeng…jeng…” kereta F1 berada di ribaan. Kanak-kanak itu berlonjak suka. Menarik sama senyuman manis Mazliana.

Tengku Mariam tersenyum melihat bakal menantunya mencium dahi kanak-kanak sindrom down itu. Sempat dia menjeling wajah Iskandar yang jelas turut sama menjadi penonton setia aksi tunangnya.

“Bos besar….bos besar!!” panggilnya kuat.

“kenapa?”Tanya Iskandar separuh marah.

“tak nak balik ke?” melihat Mazliana sudah masuk ke dalam kereta membuatkan dia malu sendiri. Aduhhh macam mana boleh berangan ni.

“kenapa bagi dekat dia?” soal tengku Iskandar.

Mazliana sekadar menjawab dengan senyuman yang manis. kemudian wajahnya kembali memandang jalan. Soalan itu dia sendiri tak ada jawapannya.

Kenapa seepanjang hari kehidupan yang dilalui bersama wanita ini berbeza di hatinya. Sejak Mazliana tinggal dengannya dia seolah mendapat sesuatu barang yang sudah lama hilang. Kenapa dia rasa gembira?…tapi betul ke di sebabkan Mazliana atau kasih yang kembali mekar bersama Julia?…Ya Julia hana nama itu yang membuatkan hidupnya semakin ceria.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

37 ulasan untuk “Novel : Dr.Cinta 19”
  1. niz says:

    besnyer citer ni…..
    cptla kuarkan…nak bli… :razz: :mrgreen:

  2. aisya says:

    haha :lol: rsenye da pecah usus perut nih asyik gelak jer ;-) pndai btol cara writer olah ayat2 dlm cite nih..thankz alot 4 this wonderful story… :grin:

  3. eqa says:

    gler kelakar cter nie…
    wt novel okay gak…
    hehehehehehe..

  4. ilhambaidury says:

    x sbr nk baca smbungan DR. CINTA…dya cepatlah up date..plezzzz

  5. anasya says:

    bila nak sambung ni???

  6. iza says:

    ;-) cite best
    bila nak sambung?

  7. Nur Dara Adalia says:

    best sangat2! :mrgreen:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"