Novel : Kahwin wasiat 11

19 April 2010  
Kategori: Novel

29,940 bacaan 103 ulasan

Oleh : serra

Bab 11

Alunan muzik violin begitu romantis menyambar anak telinga seorang gadis yang dari tadi mendiamkan dirinya walaupun ada jasad hidup di sebelahnya. Lengan kanan yang berbalut itu dari tadi tidak bergerak bimbang pula kerana sakit. Rayyan mengambil peluang untuk memegang jari jemari itu.Pantas Sarah memalingkan wajahnya,tangannya di tarik perlahan.Rayyan menarik kembali jari jemari itu.

“Kenapa ni? Hmmm?”kata Rayyan lembut sambil mengelus-ngelus lagi jari jemari Sarah.Meremang bulu roma Sarah apabila diperlakukan begitu bukan dia tidak selesa.Selesa sangat tapi dia tidak mahu perasaan sayang mula terjadi antara mereka berdua.Ditariknya semula.

“Rayyan please,I tak suka you buat macam ni”desak Sarah sambil memandang depan.Rayyan tersenyum nakal.

“kenapanya? You tak ingat peristiwa semalam? Hmm? “soal Rayyan lembut .Sarah memercilkan dirinya.Rayyan naik berang dia mula menghentikan keretanya di tepi jalan namun Sarah masih membatu.

“Atau you nak I ingatkan semula peristiwa malam tadi? Hmm sarah?”kata Rayyan lembut sambil mendekati Sarah.Hasratnya ingin sengaja menyakat gadis itu.
Sarah terkesima

“okey-okey I ingat peristiwa semalam .Tapi tak perlulah you buat macam ni”kata Sarah sambil menolak tubuh Rayyan.

“you ni kenapa Sarah hmm? I bukan apa I Cuma nak berbaik dengan you lagipun I dah tak tahan dengan hidup macam ni “kata Rayyan sambil menegerutkan dahinya suaranya agak ditinggikan.

“hidup macam mana maksud you? Bukan ini ke yang you nak? You tak nak jatuh cinta dengan I kan? So lebih baik hidup begini! . I pun takkan ada perasaan apa-apa kat you and so do you”kata Sarah tegas dia memalingkan wajahnya ke luar tingkap.Debaran di dadanya mula bergema.

“Sarah bukan ini maksud I .i Cuma nak kita merasai bagaimana hidup sebumbung dengan orang yang kita tidak kenal.I tak bermaksud untuk memperoleh cinta dari you I tak layak”sayu saja suara Rayyan di telinganya. Timbul rasa simpati dalam dirinya.Sarah memalingkan wajahnya memandang wajah Rayyan yang cukup tulus.

“Tapi Rayyan I tak boleh sebab..”kata-katanya terputus

“sebab apa Sarah?”soal Rayyan dengan tenang.

“err.. sebab “masih terputus.

“sebab apa? Kenapa?”desak Rayyan .

“sebab you kiss me!”akhirnya terluah juga apa yang terbuku.
Rayyan hampir tergelak melihat reaksi di wajah Sarah
‘bukannya kena rogol.Kena cium pun nak kecoh’detik hatinya.

“okay so? Yang malam semalam tu bukan kali pertama kan? So no reason”kata Rayyan lagi.

“argh! You tak faham!.You tak faham macam mana perasaan seseorag tu bila benda yang luar biasa terjadi.Mungkin bagi you dah biasa buat dengan mana-mana perempuan tapi bukan I okay.I tak nak jadi mangsa you! I tak nak jadi macam perempuan-perempuan yang pernah didampingi oleh you.I tak percaya kan you!”kata Sarah dengan suara lantang.Dia menarik nafas dalam .Akhirnya terkeluar juga segala benda yang di pendamnya.Rayyan agak terkejut dengan kata-kata Sarah.

“jadi sekarang ni you ingat I ni jenis makan anak dara orang la eh?”soal Rayyan serius.

“ya!”kata Sarah sambil mengangguk kepala.
Rayyan mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan bicara.

“Kenapa you cakap macam ni?”soal Rayyan.

“sebab I terbaca sms you.I minta maaf tapi I terbaca.Tapi kalau I tak baca mungkin I tak tahu apa-apa”ujar Sarah dengan nafas yang tersekat-sekat.

“sms yang mana?”soal Rayyan lagi.

“sms yang you kata nak jumpa kat hotel bilik nombor 9999″ujar Sarah lagi kali ini dgn sedikit tenang.Wajahnya di palingkan ke tepi.
Rayyan terdiam dia seperti memikirkan tentang sesuatu.

“oh! Sms itu ke? Yang display nama gf.zuliana tu ke?”soal Rayyan untuk mendapatkan kepastian.
Sarah mengangguk kepala.Tidak berapa lama kemudian kendengaran Rayyan tiba-tiba sahaja gelak dengan kuat.Sarah agak terkejut melihat kelakuan Rayyan itu.Apa yang lucu sangat Sarah tidak tahu.

“kenapa you gelak?”soal Sarah dengan kebingungan.
Rayyan menghabiskan sisa-sisa gelaknya.

“untuk pengetahuan you kan.I ni virgin lagi tau.And one more thing gf.zuliana tu kawan I la dia ada hal sikit kat office I masa tu,bilik nombor 9999 tu office I la.You kan pernah masuk.Dan satu lagi gf. Zuliana tu maksudnya kawan perempuan I .Kalau you nak tahu dekat phonebook I ni kawan perempuan I semuanya I letak gf. Kalau kawan lelaki I letak bf. Hahaha. You ni kelakar la baru baca sms you dah tuduh I bukan-bukan”kata Rayyan sambil memengusap kepala Sarah.
Tersentuh juga hati lembut gadis itu.

“oh ye ke? . Sorry sebab tuduh you yang macam-macam”kata Sarah dengan penuh rasa bersalah.

“takpa I tak kisah pun.emm tapi I nak Tanya you. Apa perasaan you bila I cium bibir you?”soal Rayyan tanpa rasa segan silu. Wajahnya berukar serius.

“err… entah la.I tak reti nak describe”kata Sarah .

“tadi you kata you tak boleh nak berbaik dengan I sebab you takut I .. err well rogol you. But that’s not gonna happened. Sekarang ni I nak tahu apa yang you rasa secara fizikal nya bila bibir you disentuh oleh I”kata Rayyn sambil mendekatkan tubuhnya dengan Sarah.
Sarah mengeleng kepala.

“okay tak apa . biar I teka sendiri.emm you rasa berdebar-debar macam nak tercabut jantung you betul tak?”soal Rayyan.

“I tak faham maksud you”kata Sarah berdalih-dalih .ya dia akui perkara itu lah yang berlaku bukan sahaja sewaktu dicium malah setiap kali dekat dengan Rayyan.

“you tak faham ke you buat-buat tak faham? Hmmm?”kata Rayyan lagi.

“err.. I betul-betul tak faham maksud you “kata Sarah,dia cuba menjarakkan tubuhnya dari Rayyan yang semakin dekat dengannya.

“atau you nak I ulang balik scene malam semalam?”soal Rayyan dengan menggoda wajhanya kini hanya seinci saja dengan Sarah.

“err tak-tak . okay-okay memang betul cakap you.But please jangan buat macam ni lagi”kata Sarah sambil memalingkan wajahnya ketepi.

“Salah ke I nak cium isteri I sendiri? “soal Rayyan.

“err.. tak salah! Eh!, err maksud I kitakan tak cintakan antara satu sama lain.you dah ada girlfriend kan? I dah pun dah ada yang punya jadi tak baiklah kan kalau kita err.. buat macam ni”kata Sarah dengan terketar-ketar.

“buat macam mana hmm? I tak faham la boleh you terangkan?”kata Rayyan dengan suara yang serak sedikit.

“errr.. buat macam ni la maksud I err hubungan halal suami isteri. Jadi err.. tak baiklah kalau kita buat dekat belakang mereka err..”

“oh! Hubungan suami isteri yang macam mana tu ya? I tak faham”soal Rayyan lagi yang pura-pura tidak tahu. Dia suka melihat wajah kalut Sarah ketika ini.

“err.. ala takkan you tak faham.Hubungan suami isteri la ! buat anak! Opps!”Sarah pantas menutup mulutnya. Malu kerana berkata begitu.Rayyan hamper tergelak melihat reaksi Sarah lagi la dia suka menyakat gadis itu.

“oh! Buat anak. Emmm buat anak tu macam mana eh? Boleh you terangkan kat I cara-cara dia I tak faham la”kata Rayyan dengan suara yang agak nakal .Wajahnya kini berubah nakal.

“ha?! You tak tahu ke? Emm macam ni tau cara dia.Emm .. okay bila sperma dengan ovum bergabung ianya akan menghasilkan baby. Ha macam tu la”kata Sarah dengan lurus. Rayyan hamper tergelak mendengar penjelasan Sarah.
‘ macam aku tak tahu je.Helo aku pun belajar biologi.Kenapa la lurus sangat perempuan ni’ detik hatinya.

“oh! Sperma tu apa? Ovum tu apa?”Rayyan masih lagi ligat menyakat Sarah.Wajahnya kini berubah merah. Malu untuk member penjelasan yang seterusnya.

“err.. yang tu I tak tahu la.You Tanya orang lain “kata Sarah dengan tertunduk.
Rayyan tidak dapat menahan tawanya . Dia ketawa sepuas hati.Sarah seolah-olah faham melihat reaksi Rayyan.Dia mengetap bibirnya.’dia memang tak sah kalau tak buli aku!’getus hatinya.

“you ni lurus benar la. Takkan la I tak tahu pasal tu! Hahahaa. Okay-okay I’m sorry.Okay back to our conversation . emm pasal boyfriend and girlfriend tu.So bagi you bf and gf lebih penting dari suami and isteri?.Sarah sebagai lelaki I yang akan membimbing you.You tak boleh tau fikir macam tu. Sebab syurga di bawah tapak kaki suami bila peremupan yang dah berkahwin.Walau sayang mana pun you terhadap lelaki lain tapi you kena ingat dosa pahala I yang tanggung bukan orang lain. Jadi baik you fikir elok-elok. I akan bagi you masa untuk berfikir.Buat masa ni apa kata kalau kita berkawan saja nak?”jelas Rayyan .Sarah agak terpegun dengan kata-kata Rayyan . Dia sebenarnya tidak mempunyai teman lelaki tetapi sengaja berkata begitu.Kata-kata Rayyan itu ada benarnya langsung tiada silapnya.

“so friends?”soal Rayyan sambil menghulurkan tangannya.
Sarah memandang lama tangan itu.Dia mula berfikir sebenarnya ada baik jika mereka berbaik-baik tapi Sarah takut dia akan rasa sayang pada lelaki itu dan dia juga takut jika lelaki itu tidak mempunyai perasaan yang sama.

“baiklah! Friends”kata Sarah sambil menyambut huluran salam itu.

“great! Friends! Now we have to start our new life!”
kata rayyan. Mereka tersenyum .

“Before anything happen,emm… betullah you rasa berdebar-debar lepas I cium you”duga Rayyan sambil tersenyum nakal.Berderau darah Sarah matanya di bulatkan.

“err… I tak tahu lah Rayyan”kata Sarah.
“emm.. yelah tu tak tahu apa-apa konon.Orang katakan kalau rasa berdebar-debar tu maksudnya orang tu jatuh cinta ,betul tak ?”duga Rayyan sambil melentok manja di bahu Sarah.Terpegun Sarah dibuatnya. ‘kenapa lah lelaki ini begitu berani mencuri secebis hatinya.

“kalau betul pun,I takkan benarkan you baring sesuka hati je dekat atas bahu I macam ni”kata Sarah sambil mengalihkan bahunya menyebabkan kepala Rayyan terjatuh.Tergelak besar Sarah dibuatnya pua hatinya dapat membalas perbuatan Rayyan yang tidah habis-habis menyakatnya.

“Padan muka!. Dah la tak habis-habisnak kenakan I .Sekarang terima lah balasannya.You ingat I senang je nak sungkur kat you hm?!”kata Sarah sambil berpeluk tubuh .Rayyan menunjukkan riak tidak puas hati.Baginya Sarah sudah melampau.

“Oh! Dah pandai nak kenakan I Nampak!.You jangan lupa game kita semalam,I tak tuntut lagi “kata Rayyan dengan nada menggugut.Sarah mula tidak sedap hati.Hatinya memberontak menahan marah pada dirinya sendiri. Betapa bodohnya dirinya semalam apabila membuat permainan yang dikalahkannya sendiri.

“ah! Who cares about that damn it game! .You ingat I senang-senang jatuh kat you?”kata Sarah dengan lagak. Dia mula memeluk tubuh.

“okay-okay taka pa. Kita tengok dulu Sapa yang akan jatuh dulu.You tahu I paling tak suka orang yang suka mungkir janji”kata Rayyan dengan nada mengugut.
Kring…kring…nada dering telefon bimbit Rayyan kedengaran lantang. Dia melihat nama yang terpampang di skrin telefon bimbitnya akhirnya dia mengeluh halus.

“helo?ada apa ma?.What?! .Mama! kan Ray dah cakap Sarah dapat keluar hari ini la. Yang mama pergi hospital tu apsal?. Dia dapat keluar pagi tadi. Ha?! Apa nak keluar makan sama-sama?!.Ma kan Ray dah cakap hari ni Ray ada meeting dekat office. Ray kena cepat ni. What?! Nak cancel kan?! Ma! Mana boleh macam tu. Mama tahu tak ni meeting tergempak! Ada client dari US nak bincang about project hotel tu. Mana ada masa dah lepas ni. Oklah ma Ray tengah drive ni. Nanti-nanti lah mama jumpa menantu mama ni.Emm.. love you too. Muah!”kata Rayyan sambil menekan punat merah di telefon bimbitnya. Sarah memasang telinga setiapapa yang dibualkan oleh Rayyan dan mamanya.
‘Manja juga ye mamat ni dengan mama dia siap cakap love you too lagi, yang aku tak boleh bla siap muah-muah lagi’detik hati Sarah.Hatinya digeletek semasa mendengar perbualan anak beranak itu. Bibirnya mula mengukir senyuman nakal. Tawanya di tahan sahaja. Rayyan menjeling Sarah.

“Apsal you senyum macam tu? Apa yang best sangat”soal Rayyan sambil memusing sterengnya di simpang kanan. Wajahnya mula serius.

“Suka hati I la nak senyum ke tak.Bibir I bukannya bibir you.You tahu tak ? I tak pernah tengok seorang lelaki yang bercakap dengan mak dia macam tu sekali. I mean like siap muah la siap love you too la. Hahaha lawak la” ajuk Sarah dengan riang.

“orang sayang emak, mestilah kena cakap dengan mak macam tu. Lagipun..”lembut saja tutur nya.

“lagipun apa?”soal Sarah ingin tahu.

“syurga seorang anak lelaki tu di bawah telapak kaki ibu. Dan yang perempuan pulak”ayatnya terputus apabila Sarah memotong cakapnya

“yelah I tahu tu. You tak payah cakap. Jangan nak peril-perli I”rengus Sarah kasar.
‘saja nak kenakan aku la tu’ bisik hatinya.

“you sendiri yang cakap kan? Kenapa tak amalkan? I ni siapa? Husband you right? So, kalau you nak jadi wifey I yang solehah you kena lah jadi sepertinya.I percaya semua wanita ingin masuk syurga”kata Rayyan sambil tersenyum puas.
Sarah termanggu selepas mendengar ayat yang begitu perit baginya namun ada benarnya. Dia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Assalamuaikum. firstly, thanks to all the fan for support kahwin wasiat dari dulu sampai sekarang. and i am very2 sorry sebab lambat hantar bab yang baru ni. manuskrip still dalam proses. Serra agak busy sejak kebelakangan ni.sorry again. tapi apa2 pun thanks a lot kat semua pembaca. salam syg buat semua




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

103 ulasan untuk “Novel : Kahwin wasiat 11”
  1. serra says:

    hye guys… serra di sini…
    novel still otw nak siapkan so sebagai tanda terima kasih sangat-sangat dekat anda semua yang baca novel ni serra akan post kan bab 12 dan 13 okay? :)
    boleh la follow kat blog saye ni
    serraislosingweight.blogspot.com

  2. tasha says:

    cerita ad nvel x??klu x ad buat r nvel bru bestttt,anyway cerita best giler!!

  3. tasha says:

    cerita nie ad nvel x??klu x ad buat r nvel bru bestttt,anyway cerita nie best giler!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"