Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 11

23 April 2010  
Kategori: Novel

9,576 bacaan 8 ulasan

Oleh : Nuril Bahanudin

Dusshhh!!.. penumbuknya ringan hinggap mengenai wajah lelaki itu… tindakan refleks sebaik saja dia mencelikkan matanya tadi.

“Aduh.. kau ni kenapa Qish? pagi-pagi lagi dah cari pasal dengan aku..” Daniel mengaduh kesakitan, tak pasal-pasal rupa aku jadi macam panda hari ni, mesti mata aku bengkak sebelah ni, apa-apalah dia ni, angin tidak apa pun tidak.. hisy mengigau ke apa.

Alamaknya….! aku terlupa yang dia tu dah jadi suami aku, aku ingatkan peristiwa hari tu berulang kembali.. tapi… hairan.. kenapa aku bersama dengan lelaki ni? apa yang dia cuba buat dekat aku tadi ek? dia sedikit terpinga-pinga.

“Apa awak buat kat sini hah? awak nak buat apa tadi?” dia bertanya ingin kepastian, dipandangnya sekeliling bilik itu, eh aku kat mana ni? ni bukan bilik aku ni, nak kata hospital pun bukan.. eh tak kan dekat bilik hotel kot.. isk itu lagilah mustahil..

“Eh.. eh boleh pulak kau tanya aku apa yang aku sedang buat dekat sini? inikan rumah aku mestilah aku ada di sini, hisy kau tak ingat ke apa yang berlaku dengan kau semalam?” dia menyoal, orang nak kejutkan dia bangun, dia sedap-sedap pula hadiahkan aku ni penumbuk apa dia ingat muka aku ni serupa dengan punch beg ke apa, pagi-pagi lagi dah buat aku rasa nak marah.

“Semalam?? ada apa pasal semalam??” dia terdiam cuba diingatkan tentang peristiwa semalam, tu la bangun dalam keadaan terkejut otak pun jadi lembab sikit.. oh my God! dia tersentak.

“Qish.. kau sure ke kau tak apa-apa ni?” Suraya bertanya bimbang, ya lah dari semalam temannya asyik mengadu pening kepala dan tak sedap badan, dan hari ini wajah Balqish pula kelihatang ketara benar nampak pucatnya.

“Aku ok, kau tak payah risaulah..”

“Tapi muka kau nampak pucat sangat Qish, kalau kau rasa tak larat kau tak payahlah join game ni ek? kau duduk saja rehat, dan aku sure kita tetap boleh menang punya game ni..” Suraya memujuk, tak mahu terjadi apa-apa yang memudaratkan kepada temannya itu.

“Yalah Balqish, betul kata Su tu, awak rehat sajalah, tak payah paksa diri tu, lagi pun kita just main for fun, menang kalah tu adat saja ok.. ” Haizam pula memujuk, memaksa Balqish berehat, kesian pula melihat staffnya yang satu itu bertungkus-lumus memastikan activity bowling mereka ini berjalan dengan lancar.

“Alah tak payah bimbanglah… ha dah sampai turn aku jalankan?” dia bangun malas melayan bebelan temannya itu, alah sakit pening sikit saja, bukannya teruk sangat, lagi pun aku bukannya budak manja yang sakit sedikit langsung tak boleh nak buat apa.

Bola bowling dicapainya, dengan sisa-sisa tenaga yang dia ada, dia melontarkan bola itu… dan serentak dia rasa tubuhnya ringan melayang jatuh dan terhentak sesuatu.. sakitnya..

“Oh no..” dia meraba bawah dagunya, memang bertampal.. luka akibat hentakan itu.

“Hah sekarang kau dah ingat balik tak?” Daniel bertanya tidak sabar, bila melihat Balqish seolah-olah dalam termenung.

“Semalam after kau pengsan, aku bawak kau balik sini, yelah tak akan aku nak tinggalkan kau macam tu saja depan member kau tu..”

“Hello… Daniel..!” kalut dia sampai terlupa memberi salam sebaik sahaja terdengar panggilannya di jawab.

“Ya ada apa.. kau ok tak Qish? kalut semacam saja ni kenapa?” Daniel bertanya hairan, apa pula yang perempuan ni hendak.. eh tapi kenapa suara dia macam lain saja.

“Oit saya bukan Balqishlah, ni Suraya kawan dia.. hisy suara isteri sendiri pun tak kenal, apa punya suamilah awak ni..” sempat dia menempelak lelaki itu.

“Eh..eh marah-marah kita pula, eh awak nak apa ni telefon saya ni hah? kalau setakat nak marah-marah saya tak payah telefonlah, buang masa saya saja tau..”

“Balqish pengsan ni, awak boleh datang sini tak?” urggh hampir terlupa aku tentang keadaan si Qish ni.

“Hah pengsan?? dekat mana?” macam mana pulaklah boleh pengsan ni, alahai perempuan ni..

Setelah diberitahu dimana lokasinya, dia memang terus bergegas ketempat itu, habis segala aktivitinya ditinggalkan begitu saja.

“Saya nak jumpa suami dia? siapa suami puan Balqish?” seorang lelaki yang separuh usia berpakaian kot putih keluar dari sebuah bilik pemeriksaan, dan Daniel yang termengah-mengah baru tiba terus menghampiri lelaki itu.

“Saya suami dia doktor..” dia memberitahu.

“Ok encik…”

“Panggil saya Daniel..”

“Ok Encik Daniel tahniah..”

“Tahniah untuk apa doktor?” hairanya isteri aku sakit pun dia boleh ucap tahniah pulak..

“Ya.. tahniah sebab isteri awak mengandung 7 minggu…” ucap doktor itu kepadanya dengan riak wajah yang gembira.

“Hah.. mengandung?” terkejutnya aku, gembirakah aku? apa perasaan aku sekarang ni? dia bertanya pada dirinya sendiri..

“Keadaan isteri awak masih agak lemah, tapi ini perkara biasa bagi ibu muda yang baru pertama kali mengandung, so saya harap selepas ini encik jangan biarkan isteri encik banyak lakukan kerja, yalah untuk awal-awal waktu kehamilan, biasanya kandungan masih belum kuat jadi kena lebih banyak berhati-hati untuk mengelakkan benda yang tak diingini terjadi, pastikan dia mendapat rehat yang secukupnya, makan makanan yang berzat supaya baby dalam perut sihat..” panjang lebar doktor itu memberi nasihat kepadanya namun dia seolah tak berapa nak dengar.. fikiran entah melayang entah ke mana, aku nak jadi ayah? macam tak percaya saja.. dia mengeluh.

“Awak oh awaknya…eh eh mengelamun pulak dia ni, penat saja kita cakap dengan dia, dia boleh pulak layan perasaan” Balqish melambai-lambai tangan pada wajah lelaki itu.

“Hah kenapa?” terkejut sedikit sehingga menghilangkan terus bebelan doktor itu yang seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya lagi.

“Awak tu saya panggil buat tak dengar saja, ingatkan girlfriend ke apa?” geram betul, Balqish bingkas bangun, rasa sedikit segar daripada semalam.

“Eh kau nak ke mana tu Qish?”

“Saya nak mandilah, rasanya dari semalam saya tak mandi lagi tau, lepas mandi nanti saya nak balik rumah sewa saya, awak boleh tolong hantarkan tak? kalau tak boleh pun tak apa, saya cari teksi saja nanti..” eleh aku boleh hidup tanpa kau tau, jangan harap aku nak bergantung dengan kau.

“Hah nak balik rumah sewa??” isk tak boleh-tak boleh, jangan harap kau boleh duduk sendiri selepas ni.

“Yelah.. kenapa? tak akan tak boleh kot?” orang nak balik rumah sendiri pun dia boleh buat muka terkejut.

“Aku rasa lebih baik kau terus duduk dengan aku sekalilah sekarang ni, yalah kau kan mengandung, apa-apa jadi kan senang kalau aku ada, aku tak nak benda macam semalam tu jadi balik.. pening aku tau..”

“Duduk dengan awak?? tapi…” aku kesian dekat Su, nanti dia tak ada kawan pula kat rumah tu, mesti dia sunyi nanti.

“Tak ada tapi-tapinya ok, aku dah ikut cakap kau dulu, so sekarang kau kena ikut cakap aku pula, barulah fair..”

Isy sejak bila pula dia jadi suami yang bertanggungjawab ni? hairan bin musykil dah aku ni.. ke dia ni masih lagi mimpi, mamai-mamai..

“Mengigau apa pulak awak ni? lupa ke kita kahwin sebab apa? kan ke kita bebas tentukan hala tuju hidup kita ni?” tak suka betul kalau ada yang nak kawal hidup aku ni, rimas tahu tak.. Balqish mendengus geram.

“Yelah tu memang aku tahu, tapi itu sebelum aku tahu kau dah mengandung, so sekarang baby tu anak aku, dan aku papanya, so aku ada hak untuk jaganya sekali tau..”

Hisy bencilah dia ni.. semua nak kena ikut cakap dia, baru berapa hari dah tunjuk perangai kejam dia.

“Lepas ni kita pergi rumah sewa kau ambik barang-barang kau..” tegas dia memberi arahan. Kalau aku berlembut mesti ada saja helahnya, si Balqish ni dahlah licik.. ada saja ideanya nak lari dari aku nanti.

“Kalau saya tak mahu ikut kehendak awak ni?”

“Kau buatlah kalau kau tak malu nak aku dukung kau depan jiran-jiran kau nanti, kalau mereka tanya aku jawablah kau tak mahu berenggang dengan kawan baik kau tu? kau jangan cabar aku..” heh.. ingat aku main-main ek, kau tak tengok lagi aku buat gila, nanti kau juga yang malu, banyak songeh betul perempuan ni.

Kecut mendengar ugutan lelaki itu.. hai nampaknya aku macam tak ada apa-apa pilihan saja… alahai nasib dapat suami gila kuasa macam dia ni, cakap dia saja yang nak kena ikut.

*********

“Ni kenapa dengan kamu ni Daniel? malam-malam pun pakai spek hitam? buang tebiat ke apa kamu ni?” Tan Sri Darwish menegur hairan ketika mereka sekeluarga sedang asyik menikmati makan malam bersama keluarga Dato’ Zakuan.

“Niel sakit matalah daddy..” dia memberi alasan.

“Sakit mata? kenapa dengan mata kamu tu??” Puan Sri Nuha pula menyampuk, risau pula mendengarnya, yalah sakit mata bukan boleh dibuat main, silap-silap boleh berjangkit pada orang lain.

“Kena sengat dengan seranggalah mummy, waktu Niel tengah tidur..” dia memberi alasan namun dalam hati rasa nak tergelak dengan alasan sendiri, heh sengat dengan serangga gergasi mummy, dia merujuk kepada Balqish yang menjadi punca utamanya.

“Aduyyy.. perlahanlah sikit.. kau ni kasarlah nak bunuh aku ke?” dia mendengus, geram bila Balqish agak kasar menuam matanya yang mula melebam.

“Sorrylah.. tak sengaja..” dia membalas alah tekan sikit pun dah sakit, lembik betul dia ni.

“Semua kau punya pasallah, ni kalau mummy aku nampak mesti dia bising.. hisy aku nak jawab apa nanti kalau dia tanya hah?”

“Alah awak jawablah awak kena sengat dengan serangga, itu pun jadi masalah..hehe” dia menekap tangan ke mulutnya menahan tawa yang hampir memburai, kelakar sungguh hari pertama tinggal bersama, lelaki itu sudah lebam di tumbuknya.. hai tak dapat nak bayangkanlah kalau lama-lama duduk bersama, salah dia juga siapa suruh rapat sangat waktu nak kejutkan aku tadi, kan dah kena sebiji.

“Hah yang kau tersenyum-senyum ni kenapa? tu mesti mengata aku kan?” dia menarik muka masam, amboi bukan main seronok lagi kau ya gelak-gelakkan aku, kau ingat aku tak tahu yang hati kau tu bukan main gembira menggelakkan aku.

“Mana ada, awak ni perasanlah.. hisy tak baik tau bersangka buruk..”

“Yalah tu, pandailah kau nak menjawab, hisy ada-ada sajalah kau ni..”

“Niel oh Niel, hisy budak ni kita cakap dengan dia, dia boleh pulak termenung, entah fikir apalah tu, sekejap berkerut sekejap tersenyum.. ” Puan Sri Nuha membebel geram dengan telatah anak bujangnya.

“Hah.. mummy panggil saya ke? ” aduh boleh pulak termengelamun tadi.. semua kau punya pasallah ni Balqish.

“Ha’ah banyak kali mummy dok seru-seru nama kamu, kamu ni kenapa? sihat ke tidak? termenung memanjang..”

“Niel rasa tak sedap badanlah mummy, Niel nak rehat, nak balik dululah..” dia meminta diri, sebenarnya hanya sekadar alasan saja, tak sanggup nak hadap muka si Suhail yang duduk control ayu dihadapannya dengan tingkah sopan santun macam perempuan melayu terakhirlah tu konon.. hisy meluat aku, macamlah aku tak tahu perangai sebenar kau, pandai sungguh kau bermuka-muka kan perempuan.

“Balik?? apa kata Niel bermalam di sini saja, kalau apa-apa jadi mummy ada nak tengok-tengokkan keadaan Niel nanti..” Puan Sri Nuha memberi cadangan.

“Tak apalah mummy, Niel dah besar, pandai-pandailah jaga diri.. mummy tak perlu nak risau..”

Qish, Qish nasib baik juga kau tumbuk aku tadi, ada juga alasan aku nak lepaskan diri dari semua benda mengarut ni..

“Minta diri dululah mummy, daddy, autie, uncle..” pohonnya, rimas berlama lagi di sini.

*********

“Saya tak suka susulah.. tak nak minum boleh tak?” dia membuat mimik muka kononnya mohon dikasihani dan lelaki itu akan belas melihatnya.

“Jangan nak mengada-ngada, cepat minum.. kalau tak aku akan tunggu kat sini sampai kau habiskan segelas susu tu..” suruh minum pun susah, nanti apa-apa jadi karang mengadu dekat doktor kata aku tak jaga dia dengan betul, aku jugalah yang kena.

“Hisy.. bencilah awak ni suka paksa-paksa orang,” dia merungut siap menghentak-hentak kaki lagi, aku dahlah tak suka minum air susu, boleh pulak dia buatkan suruh minum siap ugut-ugut lagi.

“Benci pun bencilah, ni untuk kesihatan kau juga, dah minum cepat, jangan nak merungut macam orang tua atau… kau nak aku tolong suapkan ke?” dia mengangkat kening, mengusik Balqish, tangannya dipanjangkan cuba mencapai gelas susu itu namun Balqish lebih pantas mencapainya dulu.

“Tak payah.. saya boleh minum sendiri..” masam wajahnya melihat tingkah Daniel itu, dahlah suka paksa-paksa orang lepas tu suka mengugut pula, gelas susu itu dipandangnya lama.. hai rasa kembang pula tekak aku ni.. ni belum lagi minum dah rasa loya.

“Yang kau tenung saja air tu kenapa? kau ingat kalau kau tenung saja, air tu akan masuk dalam mulut kau tu sendiri ek? cepatlah minum aku dah mengantuk ni..” dah mula rasa bosan, minum pun payah..

“Yalah-yalah..” lambat-lambat dia meneguk air itu.. yarkk! rasa macam nak keluar balik ni.. dan Daniel tersenyum lebar melihat tingkah Balqish.

“Ha.. habis pun.. bukan susah pun kan?” dia menyindir sengaja mahu mengusik Balqish yang berkerut-kerut menahan mual.

Gelas yang telah kosong itu dihulurkan kepada lelaki itu.

“Nah! sekarang dah puas hati kan? dah sila keluar dari bilik ni, saya nak tidur..” direbahkan badannya ke katil kononnya mahu melelapkan mata, namun tak sampai seminit dia bangun kembali berlari ingin ke bilik air namun terlanggar pula tubuh Daniel yang masih lagi tercegat dalam biliknya itu..

Uweekkk!! habis terkeluar segala isi perutnya, dan tepat mengenai tubuh lelaki itu.

“Qishhhh!!” hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya, nak marah pun tak guna rasanya.

Balqish berjalan menuju ke bilik air, segala yang dimakannya tadi telah habis keluar kini gara-gara segelas susu tadi. Haa.. padan muka kau, tulah paksa lagi aku tadi, kan dah kena.. sempat lagi hatinya mengata lelaki itu.

“Apa awak buat dekat sini? pergi masuk bilik air dalam bilik awak tulah..” jeritnya bila Daniel menolak pintu bilik airnya itu.

“Banyak songeh kau, aku dah rasa nak pitam ni,” selamba dia menanggalkan baju t-shirt yang dipakainya, tak peduli Balqish yang berada di situ.

“Nanti kau cuci baju aku nih.. dah-dah aku nak mandi..”

Hisy tak malu betullah dia ni.. Balqish merungut perlahan.

“Qish aku nak tuala..” jerit lelaki itu dari dalam bilik air selepas hampir 15 minit membersihkan diri.

“Hisy nak tualalah pulak, aku mana ada tuala spare, ah bagi sajalah tuala aku ni..” dicapainya tuala miliknya lalu dihulurkan kepada tangan milik lelaki itu yang menjulur keluar dari sebalik pintu.

“Hehehe macam budak-budaklah kau ni Qish, dah tua-tua pun pakai tuala Hello Kitty..” kedengaran lelaki itu mentertawakannya.

Dia ni memang tak sayang mulutlah, kira ok aku nak bagi kau pinjam tuala, kalau tak bagi tadi baru kau tahu..

“Banyak cakaplah awak ni, kalau saya tahu saya tak bagi awak pinjam tuala tu, orang dah bagi pinjam dah kira untunglah.. bukan nak ucap terima kasih dekat kita lagi dia nak kutuk-kutuk adalah.. ”

“Aku tak kisah kalau keluar tak pakai tuala pun, masalahnya aku takut kau pengsan lagi macam hari tu..” terkenang peristiwa pertama kali bersua dulu, Balqish yang pengsan kerana melihat dirinya tanpa berpakaian.

Ceh.. sempat lagi dia kutuk aku, geram betul Balqish merungut geram.. dari dalam bilik air dia dapat mendengar lelaki itu tertawa gembira, mungkin seronok mengenakan dia.

“Malaslah layan awak.. saya nak tidur.. sila kembali ke bilik awak dan lepas tu sila kunci sekali pintu bilik saya ni, saya tak mahu ada sebarang gangguan terutama gangguan dari awak” Dia merebahkan tubuhnya, terasa sedikit lemah mungkin kerana akibat muntah tadi. Hai macam tak percaya saja yang aku ni dah mengandung, macam masih dalam mimpi saja.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 11”
  1. fatiah says:

    jln cite yg smakin best ar….

    daniel 2 blh dianggap btanggujawab gak..

    thniah, pnlisan yg smakin maju…

    nmun, dharap pnulisan episode sterusnya akan lbh cpat…

    gud luck.. :razz: ;-) :mrgreen:

  2. fatiah says:

    jln cite yg smakin best ar….

    daniel 2 blh dianggap btanggujawab gak..

    thniah, pnlisan yg smakin maju…

    nmun, dharap pnulisan episode sterusnya akan lbh cpat…

    gud luck 2 u!!!

  3. zazaa says:

    hehehe… best.. ni kalau dapat bukukan jadi novel lagi best… smbung cepat ye… tak sabar nak baca sambungan..

  4. yus says:

    cte ni sgt best la….cpt smbung ye..btl cm zazaa ckp klur buku..jrang ade cte cm ni…good for u NURIL :lol: :lol: :lol:

  5. Siti Soleha Yahaya says:

    romantik gak Daniel nih…
    Best..best…

  6. andika85 says:

    haha.. besh nyer dapat isteri mcm balquish..
    manja, nakal, xbosan kalo hidup bersama :razz:
    baru la keluarga bahagia- dah macam lagu saujana dah!

  7. shila ghazali says:

    haha…best r cite ni…!!! :razz:

  8. rosmpkmn says:

    part yg best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"