Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 12, 13

29 April 2010  
Kategori: Novel

8,998 bacaan 5 ulasan

Oleh : Nuril Bahanudin

Bab 12

Zila merengus geram, hai manalah dia ni, call tak berangkat, mesej pun tak berbalas.. Hairan sungguh kenapa akhir-akhir ini Daniel jarang berhubung dengan aku ek? aku ada buat salah dengan dia ke? ke atau dia dah mula nak beralih arah, dah temui perempuan yang lebih lawa dari aku ke? mungkin.. boleh jadi begitu, yalah mamat tu bukannya betul sangat, kaki perempuan, pantang nampak gadis cantik semua nak di tacklenya.

Butang-butang di telefon bimbitnya di tekan geram, nombor lelaki itu didail sekali lagi tapi seperti tadi tidak berjawab semuanya terus ke peti simpanan suara. Hisy geramnya.

Ah susah sangat aku pergi saja ke rumah dia, bukannya aku tak biasa ke rumah dia, entah-entah masih tidur lagi yalah awal pagi ni, si Daniel tu bukannya jenis yang reti bangun awal walaupun pada hari kerja, maklumlah kerja syarikat bapa sendiri, ikut sukahati dialah nak datang pukul berapa, huh tak berdisiplin langsung.

Kunci kereta dicapainya terus menuju ke sebuah kereta BMW miliknya hadiah dari salah seorang bekas kekasihnya dulu. Hidup ini senang kalau pandai jaga wajah tempek saja make up tebal-tebal sure lelaki spesis berhidung belang mula cair dengan kita, heh lelaki stock buat sara diri untuk hidup mewah.

*****

Bunyi loceng pintu utama yang ditekan berkali-kali mengganggu lenanya.. hisy siapa pulaklah yang datang mengacau pagi-pagi ni.. ingat MC hari ni bolehlah bangun lambat sedikit.. dia mendengus, dengan mata yang masih terpejam berat untuk dibukakan dia duduk, tangannya pula menggaru-garu kepalanya yang tidak berapa gatal itu… orang tengah sedap-sedap mimpi hisy potong sajalah… Mamat ni pun satu tidur mati ke apa, punyalah kuat bunyi loceng tu dia boleh buat tak tahu saja..

“Sebentar…” dia menjerit meminta tetamu yang tak diundang itu menunggu seketika.

Setelah melihat wajahnya di cermin sepintas lalu, barulah dia menuju ke pintu utama membukanya dan memberi laluan kepada tetamu yang tidak diundang yang dikira semakin tidak sabar menunggu itu.

“Huh bukak pintu pun lembab… orang gaji apa kau ni?” Zila menengking geram, orang dahlah tengah panas hati dia saja lagi nak terhegeh-hegeh nak bagi aku tambah mengamuk ke apa.. dasar orang gaji, lembab macam labi-labi.. dia membebel geram dalam hati sambil merenung wajah Balqish yang masih terpisat-pisat. Orang gaji dari manalah yang si Daniel dapat ni, bangun pun meninggi hari macam Daniel juga.. hisy sesuai sangatlah tu.

Hoh….! aku dipanggilnya orang gaji?? banyak lawa mulut perempuan ni, langsung tak ada insurans, jangan salahkan aku kalau kau bisu lepas ni tau.. pagi-pagi lagi dah terpacak dekat rumah orang lelaki, lepas tu pakai baju tak cukup kain pula tu.. hai perempuan jenis apalah yang diminat si Daniel ni.. tak ada mata langsung nak menilai mana yang elok mana yang kurang, main tangkap muat saja.. dia mencebik menyampah, meluat semuanya ada ketika memandang tetamunya itu.

“Huh tepilah aku nak masuk.. Mana Daniel?” tanpa diajak tanpa dipelawa Zila terus melangkah masuk sedikit merempuh tubuhnya.. hampir terdorong.. Matanya melilau mencari kelibat Daniel.

Cit kurang asam jawa sungguh ini perempuan, entah adab dari manalah yang dia bawa ni.. harap muka saja lawa.. eh tapi lawa kalau setakat tempek make up buat apa, bukannya asli pun kena air habis luntur..

“Errr.. maaf cik.. tuan Daniel lagi tidur di kamar..” heh alang-alang kau panggil aku orang gajikan, boleh tahan juga aku cakap indonesia tak sia-sia aku tengok sinetron hari-hari.

“Ha… kalau begitu aku ke bilik dia sajalah.. alah aku dah biasa..” ujar Zila terus berlalu..

“Nanti cik.. Tuan Daniel bilang dia enggak mahu diganggu.. biar saya yang beritahu dia ya? lagian moodnya kurang baik..” belum sempat tetamunya kata apa, dia terus bingkas menuju ke bilik lelaki itu, sebelum tawanya yang ditahan hampir terburai… huh jangan harap aku akan membenarkan sebarang maksiat berlaku di rumah ni walaupun ini bukan rumah aku pun, aku tak mahu menanggung dosa subahat tau.

Tombol pintu bilik lelaki itu dipulas geram.. huh naik patah jari aku ni mengetuk pintu, dia ni tidur mati sungguh.. dia bersungut geram.

Ya ALLAH.. ni bilik ke sarang tikus, tidur buas mengalahkan budak-budak dengan bantalnya tergolek-golek atas lantai.

“Awak.. oh awaknya.. ”

“Ermmm..” dia menggeliat.. siap tarik lagi kain selimut biar tutup seluruh tubuh..

“Eh.. eh lagi kita kejut dia lagi dia tarik selimut.. aku cepuk juga dia ni dengan bantal ni karang..” ditariknya geran selimut milik lelaki itu.. huh dah nak jadi papa orang pun perangai macam budak-budak.

“Bangunlah awaknya oi.. awak ada tetamu tu..”

“Hurmm aku mengantuk ni, kau suruh sajalah dia datang lain kali..” matanya dipejam kembali terus.. krohh.. krohhh…ZzzzZZzz..

Hampeh.. oh tak nak bangun ya… ok sekejap ya.. matanya di jeling kiri kanan, ternampak senaskah majalah, hehehe.. jaga kau ek.. majalah itu dicapainya dan digulungnya kemudian didekatkan kepada telinga lelaki itu..

“Awakkkkkknyaaaaaaa……. bangunlah…!!!” kejut elok-elok tak nak dengar sekarang rasakan jeritan suaraku yang lemak lagi merdu ini..

Daniel terus terduduk.. bingit telinganya, matanya yang tadi berat tertutup kini terbuka luas, sambil mengosok-gosok telinganya yang masih berdesing, mulutnya membebel geram.

“Qish.. kau ni memang sengajakan nak buat aku marahkan pagi-pagi ni..” dia mendengus geram..

“Dah saya kejut awak elok-elok lagi awak tarik selimut adalah, so terpaksalah saya guna cara begitu, lain kali orang kejut terus bangun, tu ha… girlfriend awak datang tu, dah lama tunggu dekat bawah tu, saya rasakan muncung dia tu dah boleh buat tempat untuk menyangkut baju awak yang bersepah-sepah tu..” teringat pada wajah Zila yang masam mencuka bila disuruh menunggu sementara dia memanggil Daniel tadi.

“Qish aku nak tanya sikitlah..” tiba-tiba terlintas dihati ingin mengusik Balqish..

“Apa dia?” hairan tiba-tiba nak tanya aku.

“Kau ni keturunan murai ke hah? mulut tu kan macam murai, tak henti-henti nak berkicau, pot pet pot pet, macam mak nenek pun ada juga..”

“Heh awak ni kan, saya rasa memang masih mamai lagi ni, awak nak saya jiruskan awak dengan air pula ke? manusia dengan murai pun tak pandai beza, rabun ke apa? hah kalau rabun pakailah spek mata.. hisy” saja nak kenakan akulah tu.. kita tengok siapa yang terkena balik.

Erkk.. aku yang terkena balik, Daniel terkedu..

“Dah-dah tak nak bertekak dengan kau, aku nak tukar baju ni, baik kau keluar dari bilik aku ni.. oh ya nanti kalau kau rajin kau kemaskan bilik aku ni ek..”

“Amboi banyak lawa muka awak, ingat saya orang gaji awak ke apa? dahlah kawan awak tadi kata saya ni orang gaji awak, ada ke patut saya yang comel, cun ni dikatakan orang gaji.. tak ada mata ke apa entah ”

“Hah.. dia panggil kau orang gaji?? hehehe memang patut pun.. ” Daniel tertawa terbahak-bahak menggelakkan dia.

Ceh tak guna, bukan nak bela kita, lagi dia gelakkan aku adalah..

“Dahlah.. tak nak kawan awak.. menyampah.. pergilah layan girlfriend awak minah saleh celup tepung tu..”

“Aikkk.. marah ke? tulah lain kali sebelum nak jumpa tetamu, sila-silalah sikat rambut anda tu, kalau tak, tak pasal-pasal anda akan dikatakan pembantu dirumah saya ni merangkap orang gaji aku.. padan muka kau..”

Ceh ayat dia ni memang ayat budak-budak tak matang langsung, aku tak tahu macam manalah dia boleh jadi papa yang baik pada anak aku ni nanti.. hai pasrah redha sajalah aku. Err berapa ya umur dia?? aku lupalah.

*********

“Sayang….! uwekkk…!!” menyembur air nescafe 0 yang baru diteguknya itu, basah habis baju yang baru dibeli dari Italy itu, dan Daniel yang berada disisinya juga turut terkena tempiasnya.

“Uikk.. you ni kenapa? minum macam budak-budak ni..” Daniel bertanya hairan.

“You cubalah minum air yang maid you buatkan tu.. agaknya dia rabun kot, tak pun bingai.. garam dengan gula pun tak pandai nak bezakan..” dia mengesat mulutnya dengan tisu yang terdapat disitu, masih terasa kemasinan di tekaknya.

Balqish yang berada di sebalik dinding dapur terasa nak ketawa.. padan muka kau perempuan, kata orang rabun dia yang rabun tak sedar pula, .. I nak nescafe 0, tak mahu letak gula tau.. dia mencebik-cebik mengajuk gaya percakapan wanita itu tadi.. ya aku memang tak letak gula pun tapi aku letak garam… sebab kau tak kata pun tak mahu letak garamkan tadi.. kehkehkeh..

Hai si Balqish ni ada-ada sajalah benda yang nak dibuatnya.. tapi betul ke? atau si Zila saja-saja nak mengada-ngada dengan aku.. Daniel masih lagi separuh tak percaya dengan kata Zila itu.. ah susah-susah apa kata aku rasa sendiri air ni. Dicapainya cawan yang telah siap dituang air nescafe itu, dan perlahan-lahan di bawa ke mulutnya… diteguk lambat-lambat…

“Balqish!!!….” tu dia, dia ni nak bagi aku kena darah tinggi ke apa, kot iya pun tak sukakan si Zila ni datang, janganlah kenakan aku sekali.. Dia bingkas bangun mencari kelibat isteri tercinta.. ceh tercinta ke? buat aku bertambah pening kepala buat tekanan darah aku naik adalah.. oh God kenapalah aku mesti dapat dia ni sebagai isteri aku, lama-lama macam ni, boleh mental aku jadinya.

“Hai menung apa tu awak” tegur Balqish yang sedang berdiri disisinya sambil menghulur mug berisi air milo panas kepadanya ketika dia sedang asyik melayan mindanya walaupun matanya konon-konon mengahadap tv tapi sebenarnya perasaannya langsung tak fokus disitu.

Wajah itu dipandangnya, dilihatnya wajah itu sedikit pun tak terukir rasa bersalah.. hisy tak faham aku dengan dia ni.. lama matanya jatuh pada huluran mug tersebut.. berat hati ingin menerimanya takut perkara siang tadi berlaku lagi dan dia pasti teramat pasti selepas ini Zila pasti serik berkunjung ke sini lagi.

“Lah yang awak pandang saja kenapa? ambillah.. tak sudi ke? atau awak takut saya letak garam lagi macam siang tadi..”

“Hisy… mana ada aku takut..” cepat-cepat mug itu digapainya dari tangan Balqish.. heh sikit pun aku tak takut tau..

Siang tadi teruk Balqish dileterinya, dan yang pasti mulut comel itu ada sajalah jawapannya walaupun jawapan yang keluar dari bibirnya bukan jawapan yang bernas..

“Dia tak kata pun tak mahu letak garam awak, so saya letaklah garam..”

“Mana ada orang buat air letak garam.. isy kau ni tak fikir langsunglah..”

“Saya just nak kenakan dia saja, sebab dia panggil saya maid.. eh kenapa pulak awak beria-ria back up dia..” Balqish menyoal hairan.. sebab perempuan tu girlfriend dia kot tu yang dia marah benar.

“Kau nak kenakan dia tapi aku pun terkena sekali.. sengallah kau ni..”

“Oh patutlah awak marah ya? saya memang nak kenakan awak sekali sebab awak gelakkan saya tadi..” selamba dia menjawab, langsung tak ada rasa bersalah dalam nadanya.

“Tengok tu tadi kata nak kenakan dia, ni kau kata nak kenakan aku sekali, mana satu betul ni? cakap berbelit-belit macam ular sawa..”

“Senang cerita dua-dualah awak..” dia terus berlalu, namun sempat dia memberi isyarat ibu jari kepada lelaki itu.. padan muka..

“Dasar orang gaji tak tahu diuntung, lain yang disuruh, lain yang dibuat..” Zila yang baru muncul dari sebalik pintu dengan perasaan berang terus memarahinya, terus mati langkahnya.

“Siapa orang gaji di sini?” Balqish bertanya dengan senyuman mengejek. Tercengang Zila mendengar kata Balqish itu, langsung tiada pelat indonesianya seperti tadi.

“Lain kali sebelum kata orang tengok diri sendiri dulu.. sesedap saja panggil orang, orang gaji, apa awak dulu tak sekolah ke apa?”

“Argghh.. kau.. kau.. sengaja nak kenakan aku.. Daniel.. tak kan you nak diam saja..” siap hentak-hentak kaki lagi macam budak-budak minta gula-gula.

Alahai gediknya kau perempuan nak perhatian lah tu.. dia mencebik melihat tingkah Zila itu.

“Zila, I rasa baik you balik dululah, lagi pun you bukan ada hal penting pun nak jumpa I kan?”

“I tak nak balik selagi dia tidak minta maaf dengan I..” dia memeluk tubuh, yakin Daniel akan menyebelahi dirinya tika ini.

Daniel mula geram, wajah Balqish dan Zila dipandang bergilir-gilir, dua-dua ego.. menyusahkan aku saja.

“OK.. you jangan salahkan I ya lepas ni..” habis saja dia berkata terus saja dia menarik tangan Zila kasar, menuju ke pintu utama, orang cakap elok-elok tak nak dengar, dahlah datang tak berjemput, menghuru-harakan hidup aku saja taunya.

“Awak marah dekat saya ke?” dia bertanya bila melihat lelaki itu hanya diam tegak memandang skrin tv dihadapannya.

“Ok saya minta maaf, next time saya janji saya tak buat lagi..” siap angkat tangan macam orang nak baca ikrar pun ada rupanya.

Isy dia ni marah sangat ke dekat aku ni, dari tadi tak ucap sepatah pun.. dijeling sekilas kepada lelaki itu, tetap seperti tadi langsung tidak memandang ke arahnya.

“Awak..” takut-takut dia menyentuh tubuh itu, digoyangkan perlahan dan tiba-tiba kepala lelaki itu terlentuk ke bahunya.. grrr… aku cakap sendiri rupanya.. dia dah tidur siap berdengkur lagi.. tak senonoh punya perangai.. tak apa.. siap kau nanti..

Dia pantas berdiri, dan tubuh Daniel yang tersandar ke tubuhnya terus melurut jatuh terhentak pada sofa, dan mengejutkan tidurnya, dia terpinga-pinga.. adeih..

“Padan muka awak.. orang cakap dengan dia, dia sedap-sedap tidur..” suka sangat buat aku nak marah.. dia membebel geram sambil terus menuju ke biliknya.

Eh.. nasib dia dah tidur.. tak perlulah aku minum susu hari ni, dia tersenyum girang, merebahkan tubuhnya pada katilnya.. baru saja ingin melelapkan mata.. tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan di buka dari luar.. alah aku lupa kunci bilik lagi.. dia mengeluh kesal dengan kecuaiannya..

“Qish nah.. minum ni dulu baru tidur, jangan harap kau nak mengelat ya..” lelaki itu menghulur segelas susu kepadanya.

Lerrr……

Bab 13

“Hai mama selamat pagi..” ucap Suraya sambil tersenyum memandang ke arahnya tatkala dia melangkah masuk kedalam office yang telah hampir seminggu di tinggalkan.. gara-gara Daniel memaksa dia mengambil cuti..

“Selamat pagi Su.. banyaklah kau punya mama.. hisy tak sedar ke kau tu dah tua ada hati nak panggil aku mama..” dia membalas usikan Suraya, lama rasanya tidak bergurau dengan temannya yang satu itu.

“Kau dah sihat ke Qish? baby meragam tak?”

“Sihat dah Su alhamdulillah.., alah biasalah awal-awal kandungan memang manja sikit.. kau rindu aku tak Su sepanjang aku cuti ni?” dia menyoal mengusik, kalau tak mengusik bukan Balqishlah namanya.

“Heh tak ada maknanya aku nak rindukan kau, dari aku rindukan kau baik aku rindukan cik abang aku tu lagilah berbaloi-baloi..” Suraya menghampirinya siap menarik kerusi duduk dihadapan mejanya lagi, tu tak lain tak bukan nak mengorek rahsialah tu, macamlah aku tak tahu.

“Daniel baik tak dengan kau Qish? dia jaga kau elok tak? dia masih ada mabuk macam dulu ke?” dia bertanya ambil berat, risau juga kalau-kalau Daniel mengabaikan temannya tak mengendahkan Balqish dalam keadaan Balqish yang masih tidak berapa stabil lagi tahap kesihatannya.

“Dia baik dengan aku setakat nilah, alah baru beberapa hari aku dengan dia, belum terserlah lagi perangai sebenarnya, so aku belum menilai dia sepenuhnya cuma apa yang aku pasti dia ambil berat dengan baby ni, tiap-tiap malam mesti suruh aku minum susu siap paksa lagi kalau aku enggan.. huh tu saja perangai dia yang aku tak berapa nak tahan..”

“Wow.. bestnya tak sangka caring juga dia dengan kau, kalau macam tu tak adalah aku nak risau lagi, kau pun dah ada orang yang jaga dan tengok-tengokkan kau..”

“Yalah Su, caring sampai merimaskan aku, benci tau..”

“Hehe jangan kata begitu Qish, orang kata kalau benci nanti lama-lama jadi sayang tau…”

“Yalah tu Su, berkasih-kasihan dengan Daniel? macam mustahil saja, aku ni kalau dibandingkan dengan teman-teman wanitanya, macam langit dengan bumi tau, aku ni manalah reti sangat pakai high heel, kalau setakat 2 inci tu tak apalah, tapi kekasih si Daniel tu hah yang 5 inci pun diaorang pakai, pakaian mereka semuanya berjenama, wajah mereka semua bertempekkan make up, perfume yang mereka pakai aku rasa sebulan gaji aku pun belum tentu aku mampu membelinya.. hai.. orang katakan jangan kita nak berangan benda yang mustahil bagi kita, kalau tak jadi nanti kita yang siksa Su.. so sebelum perasaan aku melebih-lebih baik aku kawal dulu, tak mahu aku menanggung risiko, biarlah hubungan kami ni berterusan atas tanggungjawab pada anak ni..” perlahan dia mengusap perutnya yang masih belum nampak sangat perubahannya.

“Jangan kata macam tu Qish, sekurang-kurangnya kau kena mencuba, ialah mana tahu memang benar telah tersurat jodoh engkau dengan dia, tu sebab Tuhan temukan engkau dengan dia walaupun dalam keadaan kau tak bersedia.”

“Aku bukan sengaja nak kata begitu, cuma kadang-kadang kita kena berbalik pada realiti, kalau pipit masakan boleh bersama dengan merak..”

Daniel.. entah apalah perasaan dia yang sebenarnya pada aku, rasanya sepanjang pernikahan ini masing-masing memang bawak diri sendiri buat hal masing-masing, belum pernah mereka duduk semeja membincangkan mana hala tuju hidup mereka. Ikhlaskah lelaki itu menerima aku dalam hidup dia dan aku, bagaimanakah pula perasaan aku padanya? siapa dia yang sebenarnya gaya dia penampilan dia memang kadang-kadang bersahaja, berapa pula adik beradik dia? kerja apakah dia? rasanya masih banyak yang aku masih belum tahu tentang dia dan nampaknya kami memang perlu berbincang, sampai bila mesti begini kalau masing-masing ikutkan ego, aku tak mahu anak ini yang menjadi mangsanya nanti, aku mahu anak ini membesar dengan kasih sayang yang cukup dari aku dan papanya.

“Qish kau ok? tiba-tiba pula terdiam, kau terasa ke dengan apa yang aku kata ni? aku minta maaf, aku bukan sengaja nak buat kau terasa cuma aku nak kau buat pilihan yang terbaik pada diri kau dan aku nak tengok kau bahagia, kau kawan aku yang paling rapat, tentu aku akan rasa bahagia kalau tengok kau bahagia, lagi pun aku tak rasa Daniel tu teruk, mungkin perangai dia yang terlebih sosial tu yang membuatkan kita menganggap dia teruk dulu, tapi aku ada nampak sifat tanggungjawab yang tersembunyi dalam diri dia, aku dapat lihat betapa risaunya dia waktu aku telefon beritahu dia yang kau pengsan, muka dia nampak tegang pandang si Haizam tu bila aku kata si Haizam tu bos kita, dia macam tak puas hati saja.. ”

Daniel risau? mungkin ada benarnya, lihat saja contohnya dirumah tu, buat itu tak boleh, buat ini tak boleh, ada saja yang ditegah kadang kala dia naik rimas.

“Terima kasih Su, aku tak marah pun, aku hargai apa yang kau nasihatkan tu, insyaALLAH aku akan belajar jadi isteri yang baik tapi kau faham-faham sajalah kami masih muda belum nak matang sangat jadi kadang-kadang perangai pun macam budak-budak sikit, benda kecil pun boleh jadi gaduh kadang tu tapi aku akan belajar mengawalnya.”

Tersenyum Suraya mendengarnya, dia memandang wajah temannya itu, Balqish memang sedikit kebudakan, kena marah dengan bos pun kadang tu dia buat tak tahu saja sampai bos mereka dah tak mampu nak kata apa.

*******

“Daddy busy? Boleh Niel masuk?” pintanya kepada Tan Sri Darwish dan lelaki itu hanya mengangguk membenarkan.

“Ada apa nak jumpa daddy ni? kenapa air muka keruh saja tak sihat lagi ke? mata kamu tu dah sembuh ke?” pagi-pagi lagi muka dah nampak layu semacam.

“Sihat dah daddy, saja nak jumpa daddy, lama rasanya kita tak berbual berdua kan?”

“A’ah.. kamu tu sibuk sangat sampai tak ada masa untuk daddy kan..” ada nada berjauhan di sebalik bicara itu.

Memang dia akui, semenjak balik Malaysia dia memang jarang melekat dirumah, apatah lagi semenjak mengambil kuputusan untuk hidup sendiri kononnya untuk berdikari namun hakikatnya adalah untuk lebih memudahkan pergaulan dirinya.

“Daddy ni.. tolonglah jangan buat ayat yang boleh jadikan Niel serba salah tau..”

“Eh.. marah daddy pula, hakikatnya begitu kan..? ni cuba cerita nak apa dengan daddy ni sampai tiba-tiba nak berdating dengan daddy ni?”

“Tak adalah daddy.. Niel cuma nak tanya dengan daddy, waktu mummy mengandungkan Niel dulu macam mana keadaannya ek? daddy ada jaga permakanan mummy? mummy ada mengidam apa-apa ke atau ada mabuk-mabuk?” dia bertanya menyelidiki.

“Aik lain macam saja soalan kamu ni Niel? kenapa kamu dah teringin nak anak ke?” hairan.. tiba-tiba tanya pasal wanita mengandung, dah gian nak jadi ayah ke si Niel ni.

“Tak adalah Niel tanya ni.. sebab ada kawan Niel, isterinya pregnant first baby, tak ada pengalaman lagi.. tu yang saja-saja tanya daddy..”

“Oh.. daddy ingatkan kamu tadi yang teringin nak ada anak.. hai.. nampak gayanya lambat lagilah daddy nak terima cucu..”

Terdiam dia mendengar kata-kata daddynya itu, ikutkan hati sekarang juga mahu diceritakan tentang situasi dirinya, namun dia masih belum bersedia.

“Waktu mengandungkan kamu dulu, mummy kamu manjanya alahai.. silap sedikit rajuknya berhari-hari sampai daddy ingat mummy mengandung anak perempuan, nasib kamu keluar tak kuat merajuk, kalau mabuk-mabuk tu biasalah awal-awal waktu hamil tu memang teruk sikitlah, daddy dulu waktu kamu baru 2,3 bulan dalam kandungan langsung tak boleh nak dekat dengan mummy kamu tu, sebab dia tak tahan bau perfume daddy, loya katanya.. hai memang pening kepala waktu tu, tu sebab orang kata perempuan mengandung ni sensitif dan memang kena jaga sungguh perasaannya..”

“Susah juga ya daddy dengan orang yang mengandung ni..” hai macam manalah aku nak menjaga Balqish ni, mesti kena banyakkan sabar dengan kerenah dia yang banyak ragam tu, sekarang pun aku dah naik pening kepala dengan celoteh dia yang ada saja nak membantah apa aku kata.

“Tulah, tu sebabnya syurga tu bawah telapak kaki ibu, sebab bertapa sukarnya pengorbanan seorang ibu membawa perut sembilan bulan sepuluh hari sebelum melahirkan seorang anak ke dunia, belum lagi sakit nak bersalin, boleh hilang nyawa tau.. tu sebab daddy sayang sangat dengan mummy kamu, sebab daddy menghargai pengorbanan dia bertarung nyawa nak melahirkan zuriat daddy walaupun mummy kamu banyak kerenah tapi bagi daddy itulah kelebihan dia..”

“Niel tau tak orang perempuan ni bagi mereka sakit bersalin tu seolah hilang bila melihat seorang anak yang lahir dalam keadaan sihat.. tapi sayang mummy kamu tak dapat mengandung lagi selepas mendapatkan kamu.. ” keruh sedikit wajah daddynya ketika menucapkannya, mungkin daddy menginginkan anak lebih dari satu namun apakan daya… tak ada rezeki..

*********

“Tak guna punya jantan entah perempuan mana pula yang diusungnya, siap bawa balik kerumah lagi…” Zila membentak kasar geram bila teringat peristiwa Daniel menghalaunya di hadapan seorang perempuan yang tak dikenalinya, dan bertambah sakit hati bila lelaki itu memandang dirinya seolah tidak berperasaan seolah tiada rasa mesra seperti dulu.

Mesti perempuan tu dah guna-guna si Daniel tu, macamlah aku tak tahu perangai orang yang berasal dari kampung ni, suka sangat guna bomoh.. kalau muka tu lawa tak apalah juga, memang patut pun aku ingat dia maid, tapi tak lawa pun Daniel tetap datang dekat dia, isk tak boleh jadi ni aku kena rampas dia balik..

Sakit hati betul bila melihat perempuan itu tersenyum kearahnya seolah megah bila melihat dia di suruh pergi, tiada kata manis yang terlahir dari mulut lelaki itu melainkan bentakkan kasar menyuruh dia pulang berbeza sungguh dengan dulu lelaki itu rela menghabiskan masa bersama membelai dirinya penuh kasih, berbicara dengannya dengan bicara yang lembut dan indah..

“Daniel we need to talk..” tanpa mengucap salam mahupun hello dia terus memuntahkan bicara bila panggilannya di jawab.

“Nak apa ni Zilla? I busy ni.. lain kalilah..” malas nak melayan kerenah gadis itu.

“I tak kira, siapa perempuan tu?”

“Perempuan mana pula ni Zilla?”

“Perempuan dekat rumah you hari itulah..”

“Perlu ke I jawab soalan you tu Zilla? lagi pun kita bukannya ada apa-apa dan I berhak untuk bersama dengan mana-mana perempuan pun… my wife pun tak bising kenapa you sibuk-sibuk..?”

“Wife??? ulang balik apa you cakap tadi?” macam tak percaya apa yang terlahir dari bibir lelaki itu dan menampan di pendengarannya.

Alamak.. baru Daniel tersedar dia terlepas cakap dengan Zilla.. habislah kali ni.. rahsia dah tak jadi rahsia lagi.

“You dah ada isteri? bila you kahwin? kenapa I tak tahu ni?” lagilah berang, lelaki yang disangka bujang rupanya sudah beristeri.

“Penting ke untuk you tahu urusan I? beginilah Zilla, perempuan yang you jumpa hari itu yang you kata bingai tu, yang you panggil maid tu, sebenarnya isteri I, kami baru nikah dekat dua bulan yang lalu dan dia tengah mengandung sekarang ni dan I harap lepas ni you jangan kacau hidup I lagi, I tak pernah ada perasaan dengan you dan I berkawan dengan you sebab nak mengisi masa I saja, sekarang hidup I dah ada tanggungjawab.. harap you faham dan I minta maaf andai I melukakan you..”

“Sampai hatikan you buat I begini..” serak kedengaran suaranya, berkecai harapan ingin bersuamikan lelaki yang bakal mewarisi seluruh empayar Darwish itu.

Perempuan itulah dia.. sikit-sikit menangis sajalah kerjanya.. siapa suruh cepat sangat perasaan, dia ingat bila lelaki rapat dengan dia bermakna lelaki itu cintakan dia, mudah sangat tewas dengan emosi, yang sakit diri sendiri juga.. talian dimatikan, tak peduli apa yang terjadi pada Zilla, bukan tanggungjawab dia untuk menjaga perasaan gadis itu.. banyak lagi perkara penting yang perlu dilangsaikan selain memikirkan tentang Zilla.

Waktu pejabat pun sudah sampai ke penghujungnya dan teringat pula janjinya pada Balqish untuk membelikan sebuah buku masakan.. kelakar sungguh rasanya, rupanya Balqish tak pandai memasak..

Tersenyum terkenang peristiwa malam tadi…

“Qish.. aku laparlah.. boleh tak kau masak sesuatu untuk aku?” dia meminta dan Balqish tanpa banyak suara terus menuju ke dapur sedangkan waktu itu mereka sedang menonton televisyen di ruang rehat..

“Awak saya dah siap masak.. ” ujar Balqish setelah hampir 15 minit menghilang didapur..

“Aik cepatnya.. kau masak apa Qish?” hairan, dia ni biar betul.. isk…

Dan gadis itu hanya mengangguk dengan senyum yang melebar di wajahnya hingga membuatkan dirinya tidak sedap hati. Isy apalah yang dibuatnya, entah-entah dia nak kenakan aku, dia bukannya betul suka sangat cari pasal dengan aku..

Tudung saji diatas meja dibukanya dan alangkah terkejutnya dia bila melihat apa isinya.. wajah Balqish direnung geram..

“Megi saja yang kau masak? kan ada barang-barang dalam peti ais tu? aku ingat kau masak gulai ke apa ke?”

“Saya tak reti masaklah awak.. macam mana saya nak masak.. lain kali sediakan buku masakan barulah suruh saya masak, lagipun tu bukan megi kari biasa tau, saya siap letak udang, sotong, telur dan sayur-sayuran.. awak makan ek, nanti masuk angin pula perut awak tu.. saya juga yang susah hati tengok awak sakit nanti”

“Amboi pandai kau nak ambil hati aku kan.. esok aku beli buku masakan tapi kalau tak pandai masak juga tak taulah aku, memang kau kena pergi kelas masakan.. hai dah nak jadi mama pun tak reti masak lagi.. apalah kau ni..”

Balqish hanya tersengeh mendengar kata-kata lelaki itu, dalam asyik kutuk-kutuk dirinya habis juga semangkuk megi itu..

Qish.. Qish.. aku tak tahu siapa kau sebenarnya tapi aku rasa aku dah mula suka sikap kau yang lurus-lurus tu.. agaknya kita memang ditakdirkan bersama ke? kau tak cantik macam perempuan-perempuan yang pernah aku dampingi dulu, tapi… kau macam ada sesuatu yang menarik perhatianku.. tapi apa ya? mungkin sikap kau kot.. tak hipokrit.. aku senang dengan sikap kau yang itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 12, 13”
  1. hot mama says:

    cinta x memandang paras rupa…
    ianya datang dari sudut hati yang suci…
    :razz: :razz: :razz:
    tunggu sambungan yang seterusnya…

  2. chekningzack says:

    bestnye.. cpt la smbg.. xsabarrrrr…

  3. fatiah says:

    erm… ok ar kli nie… best gak ar :mrgreen: :smile: ;-)

    hrp2, cpt smbg ek…. da xsbr nk bc yg bru ar….

  4. andika85 says:

    beshh.. kecian zilla… kembalilah ke jalan kebenaran, masih tidak terlewat :-)

  5. rosmpkmn says:

    satu karya yang memang menarik. kne carila buku ni

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"