
Novel : Separuh Jiwaku Pergi 2
Oleh : El Ezekiel
“Wow! Memang sejuklah kat luar ni!” kata Riana sambil mengosok-gosok tangannya untuk mendapatkan haba. Keadaan di Jepun memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia. “Dah masuk bulan tiga tapi salji masih belum cair!”
“Saya pinjamkan awak basikal ni. Awak pergi lurus dan awak sampai ke sekolah!” kataku dingin sambil memberitahu Ria jalan untuk ke sekolah. Ria merenungku dengan pandangan yang sangat aneh.
“Eh? Awak tak nak datang sekali ke?” soal Ria berasa aneh.
“Kita hanya ada satu basikal dan jalan kaki mengambil masa selama sejam untuk ke sana! Saya tak susah-suasah!” balasku yang baru sahaja mahu masuk ke dalam rumahnya.
“Kalau macam tu, saya ada cadangan. Apa kata awak bawa saya naik basikal ni. Lagipun saya lihat ada ruang untuk saya duduk di belakangnya,” Aku tersentak dengan jawapan yang diberikan oleh Ria. Aku kemudian merenung ruang untuk penunggang kedua duduk dibelakang basikalku dan wajah Ria silih berganti.
“Hah? Tak.. bo..leh. Seratus-peratus tak boleh!” balasku pantas. Wajahku sekali lagi merona merah. Aduhai… kenapalah tuhan turunkan kau pada waktu ini?
“Hah? Tapi kenapa?” soal Ria penuh dengan nada kesedihan di dalam suaranya.
“Kenapa awak tanya? Sebab kita tak ada sebarang hubungan!” balasku dalam nada suara yang tinggi. Wajah Ria kembali ceria.
“Kalau macam tu apa kata kita ciptalah hubungan tu!” kata Ria tiba-tiba. Mukaku semakin merah. Ria telah duduk di belakang basikalku membuatkanku semakin panas dengan apa yang berlaku.
“Awak tak boleh buat tu dalam masa yang singkat!” balasku marah. Ria ini memang tidak mengerti hati dan perasaanku langsung!
“Tak apa! Pokoknya saya tetap nak awak bawa saya! Mari pergi!” gesa Ria yang kelihatan tidak sabar-sabar itu.
“Kenapa awak nak naik dengan saya?” soalku bengang. Aku melemparkan Ria dengan pandangan yang bengis. “Bukan ke saya kata saya pinjamkan basikal ini kepada awak?”
“Mustahil! Saya tak boleh pergi seorang!” bantah gadis jelita itu. Nada Ria semakin tinggi.
“Tapi kenapa? Bukan ke apa yang perlu kamu buat ialah tunggang basikal sepanjang jalan ni aje?” balasku lagi. Pada pertemuan kami, sudah boleh diibaratkan seperti anjing dan kuncing. Bagiku Ria ni tidak habis-habis mahu mengenakan aku!
“Saya tak boleh bawa basikalah awak!” kata Ria marah. Dia memandang aku seperti merayu simpati sambil mendongak untuk melihat aku. Aku tergamam dengan jawapan yang dilontarkan oleh gadis itu padaku. Alamak… takdir memang mengikat aku dengan gadis itu. Akhirnya Ria mampu menjatuhkan ego aku.
***
“Menakjubkan. Adam awak memang suka bawa basikal ni laju-laju ke?” kata Ria memulakan perbualan. “Saya gembira sangat dengan apa yang berlaku tadi!” kata Ria lagi. Aku mempamerkan riak wajah yang tidak dapat dibaca. Tak akanlah pergi ke sekolah pun boleh segembira itu? Ria memang pelik.
“Cis.. aku tak percaya langsung. Budak perempuan dari Kuala Lumpur tak pandai bawa basikal?” keluhku di dalam hati. Memang menyusahkan gadis yang bernama Riana ini.
“Hahaha… udara di sini memang segar dan langit pula membiru aje!” kata Ria lagi sambil ketawa. Gadis itu memang pelik.
“Hey! Boleh tak awak jangan bergerak-gerak sementara saya bawa basikal ni?” marahku lagi. Ria membisu dan serentak dengan itu bajuku digenggam erat oleh gadis itu. Aku juga tergamam dengan tindakan spontan Ria. Kenapa? Terasa dengan herdikan aku tadi?
Jadi… mulai hari ini aku harus memabawanya ke sekolah setiap hari dengan basikal ini? Ah! Bermimpilah kau Ria! Sampai mati pun aku tak akan buat perkara bodoh tu.
“Hey Adam! Boleh tahan juga kau ni, eh? Dating atas basikal ke dengan perempuan cantik macam dia?” jerit seorang lelaki tua yangs edang memandu jentera untuk ke sawah padi. Aku tersentak dengan dakwaan lelaki tua itu. Benda inilah yang aku cuba elakkan, gosip liar.
“Saya Riana Muhsin. Saya baru berpindah ke rumah Adam! Tolong beri saya tunjuk ajar!” teriak Ria sambil mengangkat tangannya.
“Tak perlulah cakap benda tu. Tapi… awak boleh bertutur dalam bahasa Jepun ya?” Ria hanya sekadar mengangguk sambil mengukirkan senyumannya. Basikalku hilang kawalan sejenak. Aduhai… senyuman Ria lagi. Kenapalah setiap kali Ria mengukirkan senyumannya aku akan hilang kawalan dan seolah-olah aku telah dicampak ke dunia yang lain – dunia yang penuh bahagia.
“Siapa pak cik tu?” soal Ria tiba-tiba.
“Pak cik yang tinggal berdekatan dnegan kita!” balasku acuh tak acuh.
“Eh! Abang Adamlah!” kedengaran satu suara kecil tidak jauh dariku.
“Eh! Dia dengan perempuanlah!” kata suara lain lagi.
“Abang Adam ada buah hati! Buah hati! Buah hati!” jerit budak-budak kecil yang baru balik dari sekolah mereka itu. Habisku dikenakan oleh mereka. Aku naik angin dnegan perangai mereka. Kenapalah aku harus menerima nasib yang semalang ini? Ya Allah, kau jauhi aku dari fitnah yang mula mendatang ini.
“Korang pergi budak kacil tak guna!” teriakku.
“Wow! Hebat! Mereka semua tu dari Kirishima ke?” ujar Ria tiba-tiba.
Habislah… kalau ada orang lagi yang jumpa aku dan Ria dalam keadaan yang saling tidal tumpah seperti pasangan kekasih dua sejoli ini, pasti gossip tentang kami akan tersebar luas ke satu Kirishima. Mataku tiba-tiba tertancap pada satu susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan sebuah kedai runcit yang berdekatan dengan aku dan Ria. Naomi…
“Ah? Ria! Turun cepat!” arahku garang. Ria lantas melompat dari tempat duduknya.
“Kenapa tiba-tiba aje ni?” soal Ria.
“Tak ada apa-apa! Tayar basikal ni pancit aje!” Cis! Kenapa mesti waktu ini? Habislah kalau Naomi lihat aku dan Ria dalam keadaan sebegini rupa, yang boleh mengundang syak wasangka orang ramai.
Aku berpura-pura seperti sedang melihat tayar basikalku. Ria kemudian terpandang Naomi yang sedang berdiri di hadapan kedai runcit itu.
“Adam kenal ke gadis cantik berambut pendek tu?” terlintas di hati Ria pertanyaan sebegitu rupa.
“Eh… (Dia cakap benda yang mengarut lagi!) Dia kawan lama sejak di sekolah rendah lagi!” balasku. Peluh mula membasahi pipiku.
“Saya nak berkenalan dengan dia!” kata Ria tiba-tiba sambil berlari ke arah Naomi.
“Hi!” sapa Ria sambil berlari.
“Hi…” balas Naomi.
“Apa yang buat ni tiba-tiba?” soalku bengang.
“Adam Lee…”
“Saya minta maaf Naomi. Perempuan ni…”
“Eh.. jadi nama awak ialah Naomi?”
“Perempuan ni… aku sepatutnya bersembunyi tadi,” bisik hati kecil Adam.
“Nama saya Riana Muhsin! Saya tinggal bersama-sama dengan Adam mulai hari ini!” kata Ria dengan penuh bersemangat.
“Tinggal bersama?”
“Jangan cakap benda yang pelik-pelik!” marahku. Hari ini lebih dari tiga kali wajahku merona merah!
“Saya tak cakap apa-apa yang salah pun…” rungut Ria.
“Dia ialah anak kepada rakan ayah saya! Dan akan belajar di sekolah kita nanti bermula musim bunga ni! Oleh kerana tiada tempat untuk tinggal, jadi…”
“Dan saya ajak Adam untuk bawa ke sekolah!” sampuk Ria tidak sopan.
“Nama saya Naomi Nanami. Saya akan tunggu awak di musim bunga nanti!” kata Naomi memperkenalkan dirinya.
“Ya! Saya juga akan tunggu awak!” balas Ria gembira. Aku mengehembus nafas lega. Akhirnya tiada salah faham di situ…
“Tapi.. Naomi awak memang cantik! Tentu banyak lelaki yang minat kat awak kan?” soaln yang dilontarkan oleh Ria tadi memang mengejutkan.
“Eh! Tak adalah!”
“Tentu awak pun fikir yang Naomi ni cantik, Adam?” tanya Ria tiba-tiba.
“Eh?” Soalan apa tu? “Erm… yeah!” balasku. Wajahku sekali merah.
“Cukup! Cukup! Jom! Awak boleh jumpa dia dekat sekolah nanti!” kataku sambil menarik lengan Ria. Sebelum gadis yang bernama Ria itu melangkau lebih jauh, ada baiknya aku hentikkannya.
“Kenapa awak pula yang malu-malu ni?”
“Jom! Jom pergi!” kataku lagi. Aku harus hentikan Ria. Cuma itu sahaja difikiranku pada waktu itu.
“Saya tahu! Tapi tolong jangan tarik saya!” balas Ria lagi.
“Selamat tinggal…” kata Naomi sambil melihat aku mengayuh basikal membawa Ria pergi.
***
“Tapi memang baguskan ada kawan sebelum sekolah bermula?” tutur Ria tiba-tiba.
“Tolong jaga bahasa awak Ria semasa bercakap! Awak banyak tanya benda-benda yang aneh dan bukan-bukan pada Naomi tadi!” tegurku. Aku hilang sabar dengan sikap Ria itu.
“Apa benda yang aneh tu?” soal Ria yang berlagak seperti orang yang lurus bendul.
“Pasal benda tu! Awak macam tak hormati dia pada pertemuan pertama awak!” balasku. Kesabaranku sudah mula hilang. Tapi, aku tak punya keberanian untuk menunjukkan apa yang dimasukan olehku tadi.
“Tapi kenapa awak pula yang tiba-tiba aje marah ni? Saya memang tak faham…” balas Ria pula. Dia merenung mataku.
“Saya tak! Saya cuma bagitahu apa yang patut aje!” tergagap-gagap aku menjawab soalan Ria tadi.
“Ah! Saya dah faham! Awak suka kat Naomi kan? Sebab itulah awak marah kats aya tadi!” Soalan cepu emas pula yang dilontarkan oleh Ria ini. Habislah… macam mana aku nak jawab ni? Aku suka pada Naomi? Suka ke?













garang tol adam 2.. let a..
Hahaha..
like this story very much..
Adam ngn Riana tu cam sweet je
ngee~
huhuhu……….. rahsia dah terbongkar
riana tu cm over jek..hik3..smbg2!