
Bini Aku Tomboy Ke?
26 May 2010
Kategori: Novel Di Pasaran
64,514 bacaan 148 ulasan

Novel Bini Aku Tomboy ke? menguasai carta Bestseller MPH minggu ini. Tahniah daripada penulisan2u.
Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.
Perjalanan hidupnya bermula ap…abila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”
Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”
Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”
Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?
Penulis : Arisa Eriza
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM19
Sabah/Sarawak : RM22
Dapatkan dikedai-kedai berhampiran anda atau untuk pembelian online layari di laman web penerbit di www.kakinovel.com














best giler novel ney….rugi spew yunk x beli
best jugak lah
tp zack tu real tomboy lahh
sampai kawen pon prangai same jer
sofi zaril sesuai ngn azim
abang din??? not really…:/
Masih blm berjaya miliki.oder kt mph pun kata bln januari baru dpt.xde stok katanya..apa kes?????
cite memang best.. rugi klu xbaca.. menyesal hidup..hahax
best cite ni. hepi ending, rugi sape x bace
salam, terima kasih pada semua yg memberi sokongan dan kritikan. semua kekurangan harap dimaafkan sbb penulis pun bukan seorang yang dah expert dalam bidang ni. baru novel pertama jadi akan ada banyak kekurangan. insyaallah pada masa depan penulis akan cuba baiki. terima kasih sekali lagi pada semua. yang baik apply kan, yang buruk jgn la diikut ye, penulis menulis utk cuba hepi kan pembaca aje, yang buruk2 tu penulis harap pembaca tak ikut
apa pun, penulis tetap bersyukur sbb masih ada pembaca novel BATK ni walaupun ramai jugak yg xsuka hehe. *tapi novel ni mmg layak pun dikritik cuma kalau kritikan yg membina tu lebih pnulis hargai berbanding dgn kritikan yang menyakiti hehe tp tetap mhargai jugak utk pembaikan di masa depan* t.kasih sekali lagi pada semua. love u all!
Saya dah baca novel ni. Overall saya bagi 1.5/5 lah. Cerita ni agak cliche. Pasal anak orang kaya dan sebagainya. Dan beberapa part yang bercanggah. Contohnya waktu dekat prolog mata si zack tu coklat. Bila besar jadi biru. Haha mungkin penulis x perasan. Ada jugak part yang x logik seperti part org gaji arin x sedar yang zack tu perempuan sebab x kan lah si zack tu x basuh baju kan. Mestilah dia pakai baju dalam. X kan dia x sedar tu perempuan punya. Mungkin boleh diperbaiki. Menurut pemerhatian saya, penulis mungkin seorang remaja dan mungkin baru menceburkan diri dalam bidang ni. It’s a good start honestly. Hebat kot dapat tulis novel. Tebal pulak tu. Mungkin next time boleh perbaiki lagi kelemahan. Banyak jugak lah lawak dalam tu yang buat saya tergelak and dapat release stress. Tu je kot. Peace.
novel nie menarik sgt..nvel nie menbuatkan sy dpt merasa kesedihan semasa abang din meninggal..best sangat cerita nie..rugi sapa yg x beli lagi novel nie