Bini Aku Tomboy Ke?

26 May 2010  
Kategori: Novel Di Pasaran

69,917 bacaan 153 ulasan

Novel Bini Aku Tomboy ke? menguasai carta Bestseller MPH minggu ini. Tahniah daripada penulisan2u.

Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.

Perjalanan hidupnya bermula ap…abila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”

Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”

Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”

Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?

Penulis : Arisa Eriza
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM19
Sabah/Sarawak : RM22

Dapatkan dikedai-kedai berhampiran anda atau untuk pembelian online layari di laman web penerbit di www.kakinovel.com


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

153 ulasan untuk “Bini Aku Tomboy Ke?”
  1. yat! says:

    Nii laa frst timee..dlam idup aq jmpe Nvl yg bst cm niiee!!!

  2. nanang says:

    novel suka

  3. nanang says:

    ok baguss gwsuka bangetz

  4. azina hasan says:

    Jalan cerita yang menarik. Mampu menarik pembaca ke alam cerita yang sebenar. Tahniah..

  5. fienah says:

    best giler cita niey… suka3.. haha^_^

  6. yaya says:

    Paling best pary kat balai polis tu..ada gk org camtu ya..

  7. zivilia says:

    sye ska cter ni,,,,, pling best per,,,,,,,

  8. CIK CHAWAN MOHD RADZUAN says:

    Ermmmm..blh thn jgk…msti dptkn d psrn..

  9. rosada says:

    novel neii mmg best gile .. kelakar !

  10. Best cerita nih ..
    Bace ashik gelak je ..
    for the person that create this book congrat !!
    im very like it .. <3

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"