Cerpen : Bila sang bunian mula berbicara

30 May 2010  
Kategori: Cerpen

3,948 bacaan 26 ulasan

Oleh : Daeng

Hujan lebat yang turun sejak petang tadi lagi menyebabkan pandangan mata Azmi yang sedang memandu agak terbatas. Dengan penuh hati-hati,Azmi memegang erat stering kereta dan menekan pedal minyak perlahan-lahan. Bimbang nanti terlanggar kenderaan lain.

“Lebatnya hujan malam ni. Jalan pun tidak nampak.” Monolog Azmi sendirian. Dia memandang jam di tangan,sudah pukul 11.30 malam. Matanya kembali memandang kedepan. Saat itu,telefonnya berdering. Azmi memperlahankan kelajuan kereta. Matanya melihat skrin telefon bimbit,panggilan dari insan kesayangannya,Shasha. Lantas Azmi memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. Sebaik sahaja Azmi mengangkat talian telefon,terdengar suara isterinya yang manja.

“Abang..kat mana ni?? Janji nak balik awal..sayang tunggu tau.”

“Abang tengah drive ni. Kejap lagi abang sampai. Hujan lebatlah,susah sikit nak drive. Faham-faham sajalah. Ada 24 kilometer lagi ni.” Balas Azmi.

“Jangan lambat sangat tau. Risau sayang kat rumah.”

“Yes madam sayang..sampailah abang nanti..sayang tidurlah dulu tau. Jangan tunggu abang.”

“O.k abang. Hati-hati. Sayang sayang abang.”

Azmi memandang kedepan dan mula meningkatkan kelajuan keretanya. Sebenarnya,dari tadi lagi Azmi rasa tidak sedap hati. Fikirannya bercelaru. Banyak masalah yang dia fikirkan. Saham syarikatnya sekarang makin merundum. Azmi nyaris-nyaris diisytiharkan muflis. Dengan jawatan pengarah yang dipegangnya,terasa tekanan itu amat memeritkan serta membebankan. Isterinya belum mengetahui hal ini. Malam ini, dia ingin memberitahu hal ini pada isterinya. Kalau boleh,dia ingin meminta bantuan isterinya. Azmi perlu sejumlah wang untuk stabilkan kewangan syarikatnya. Hanya itu jalan penyelesaian terakhir bagi Azmi. Fikirannya sudah menjadi buntu. Sambil ngetuk-ngetuk stering kereta,Azmi menyanyi-nyanyi mengikut rentak lagu yang berkumandang dalam keretanya. Azmi sedikit lekat,tanpa dia sedari di depannya ada seorang perempuan tua sedang melintas jalan. Azmi membunyikan hon dan menekan pedal brek sekuat hati. Terdengar bunyi tayar diseret di atas jalan. Perempuan tua itu bernasib baik kerana Azmi dapat mengelak dari terlanggarnya. Bukanlah nasib yang baik rupanya..tetapi permulaan perjalanan yang jauh buat Azmi. Sebaik sahaja dia berjaya mengelak dari melanggar perempuan tua itu,keretanya terjunam ke dalam gaung yang dalam. Dan Azmi..

“Mana abang ni. Dah lewat ni.” Cetus hati Shasa,isteri Azmi. Tangannya pantas menekan-nekan kekunci telefon di tangannya. Dia cuba beberapa kali mendail nombor suaminya,tapi tidak berangkat. Hatinya rasa tidak tenteram. Sekejap dia berbaring,sekejap berdiri. Sudah puas dia cuba menutup mata untuk tidur,tetapi matanya agak liat dan gerak hatinya bagai berkata ada kejadian yang tidak elok terjadi. Dan sekarang,Shasa teringatkan suaminya yang masih belum sampai-sampai lagi kerumah. Dia risau kalau-kalau terjadi sesuatu yang tidak di inginkan terhadap suaminya.

“Abang, angkatlah telefon ni. Mana pulak perginya.” Monolog Shasa. Matanya tidak lepas dari memandang jalan yang menyambungkan rumahnya dengan jalan besar.

Azmi tersedar dari pensan. Matanya memandang sekeliling dengan lemah. Mukanya dipenuhi kaca. Nasibnya baik kerana tidak mengalami patah tangan ataupun patah kaki. Hanya calar-calar dan seliuh di tangan. Kakinya tersepit. Kepalanya ada kesan lebam. Azmi sudah tidak mampu buat apa-apa. Hanya mampu menjerit-jerit meminta tolong.

“Tolong! Tolong! Tolong!”

“Ya Allah,tolonglah hambaMu ni. Aku dalam kesusahan.” Rintih Azmi dalam kesakitan. Matanya terasa berpinar. Alam di sekeliling terasa berputar-putar. Azmi pengsan dan terjelupuk lemah.

* * * * * * * * * * * * *

Pagi itu,bertemankan keluarganya Shasha pergi membuat laporan polis. Sudah semalaman Shasha tidak tidur kerana memikirkan keadaan suaminya. Hatinya tidak keruan lagi. Air matanya asyik mengalir sejak dari semalam lagi. Dia terlalu memikirkan suaminya. Tambahan pula bila mengenangkan anak dalam kandungannya sudah berusia 7 bulan. Ayah Shasha cuba menenangkan perasaannya. Ayahnya bimbang keadaan Shasha sebegitu boleh memberikan kesan negetif kepada bayi dalam kandungannya.

“Sabarlah nak. Tidak ke mana Azmi tu. Dia ada..mungkin tengah tenangkan fikirannya.” Pujuk ayah Shasa.

“Tapi ayah,saya dah telefon Abang Azmi semalam,dia beritahu dalam perjalanan. Mustahil dia akan merajuk pula. Saya tahu perangai Abang Azmi tu.” Balas Shasha sambil menangis. Ayahnya sudah kematian ayat. Dia memang kenal sangat dengan perangai anak perempuannya ini. Susah untuk di pujuk. Tetapi,hanya ada seorang insan yang mampu memujuknya,iaitu Azmi. Suami anaknya itu.

“Sha,ayah tahu sha sedang bersedih dengan kehilangan Azmi. Tapi tolonglah,jangan buat macam ni. Kasihankanlah anak dalam kandungan tu. Kalau Azmi ada sekarang ni pun,dia pasti tidak suka jika Sha buat macam ni..”

“Dah,ikut ayah dan emak pergi makan.”

“Tapi ayah..”

“Lepas makan, kita datang lagi.” Kata Emaknya pula. Dia lantas menarik tangan anaknya. Dia memeluk anak kesayangannya itu. Dikucup dahi anaknya bagi menenangkan perasaan anaknya itu. Itulah satu-satu anak mereka di dunia ini. Mereka tidak sanggup biarkan Shasha terus dalam keadaan begini. Shasha mengikut mereka berdua dari belakang. Dia sebenarnya tiada selera untuk makan. Tetapi selepas memikirkan anak dalam kandungannya ini,dia gagahi jua untuk makan.

* * * * * * * * * * * * *

Azmi membuka mata. Matanya melilau memandang sekeliling . Terasa bagaikan berada di tempat asing. Tiba-tiba terdengar satu suara yang menegurnya.

“Orang muda,dah tersedar?” Tanya seorang lelaki tua. Azmi cuma terdiam dan memandang orang tua itu dengan seribu tanda tanya. Azmi tidak kenal orang tua itu. Siapa dia?

“Pak cik ni siapa?” Tanya Azmi. Tanpa menjawab pertanyaan Azmi,orang tua itu cuma tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Azmi.

“Orang muda jangan takut. Pak cik bukan orang jahat. Pak cik nak tolong. Dah lupa dengan apa yang terjadi?”

Azmi terdiam. Lantas cuba mengingati segala kejadian yang telah berlaku. Masih segar dalam ingatannya,malam kejadian itu hujan telah turun dengan lebatnya. Kerana disebabkan pandangan mata yang agak terbatas,Azmi hampir terlanggar seorang perempuan tua. Dan keretanya terjunam ke dalam gaung.

“Saya kemalangan. Saya hampir terlanggar seorang perempuan tua dan kereta saya terjunam ke dalam gaung pak cik.” Terang Azmi kepada orang tua itu. Sambil tersenyum pak cik itu menjawab.

“Perempuan tua tu mak cik Anggerik. Masa tu dia nak melintas jalan untuk pulang ke rumah. Dia lah yang panggil pak cik untuk datang melihat orang muda yang terjatuh ke gaung itu.” Katanya sambil tersenyum lagi. Terdengar bunyi derap kaki menghampiri tempat Azmi dan pak cik berborak. Lantas matanya dapat menangkap kelibat seorang gadis yang sedang membawa sedulang air minuman.

“Ni airnya pak.” Kata gadis itu sambil tersenyum sipu. Hati kecil Azmi terasa berdebar-debar. Dugup jantungnya semakin kencang. Tidak dinafikan,gadis itu sangat cantik dan mampu meruntuhkan iman setiap lelaki. Hati Azmi seakan tertanya-tanya siapakah gadis cantik yang sedang berada di hadapannya ini.

“Ini anak pak cik. Namanya Cempaka.” Terang orang tua itu pada Azmi. Azmi terkejut kerana orang tua itu bagaikan boleh membaca fikirannya.

“Dan nama pak cik pula Gendara.” Kata orang tua itu lanjut.

“Gendara??” Tanya Azmi secara spontan. Azmi tertanya-tanya,kenapa semua orang di sini bernama pelik. Dan seakan-akan dia terdampar di zaman yang lain. Zaman yang pelik dan penuh misteri.

“Orang muda lihat-lihatlah dulu kawasan persekitaran kampung pak cik ini.” Kata orang tua itu lembut.

“Cempaka,temankan orang muda ini melihat kawasan kampung kita.”kata orang tua itu lanjut. Azmi hanya mampu mengangguk. Dia masih tertanya-tanya. Banyak pertanyaan yang ingin dia luahkan pada orang tua itu,tetapi tidak terluah.

“Saudara,ikut cempaka. Nanti cempaka bawa saudara melihat-lihat kawasan sekitar kampung.” Ajak cempaka sambil tersenyum pada Azmi.

* * * * * * * * * * * * *

Azmi berjalan mengekori cempaka. Matanya melilau melihat kawasan sekitar. Memang cukup asing tempat itu baginya. Suasana di kawasan itu juga pelik,keemasan. Semua rumah di kawasan ini berbentuk istana. Pelbagai bentuk dan berwarna keemasan. Semasa Azmi dan cempaka berjalan,mereka berselisih dengan sekumpulan lelaki dan perempuan. Cara pemakaian mereka agak pelik. Yang perempuan,memakai kebaya melayu lama yang sangat cantik dan berwarna keemas-emasan. Masing-masing juga mengenakan sangul yang berwarna emas pada rambut mereka. Cantik. Yang lelaki pula,memakai kain pelikat dan berbaju keemasan. Di dada mereka juga ada seakan bentuk bulat yang mana memancarkan warna emas yang sangat menyilaukan mata. Azmi terpegun. Baginya,dia tidak pernah melihat keadaan sebegini. Di sini,emas umpama tidak berharga. Kerana, semua tempat ada emas dan bagai senang di perolehi.

“Saudara jangan rasa terkejut, disini memang begini. Bagi kami,warna emas di anggap membawa nasib yang baik kepada pemakainya.” Kata Cempaka seakan-akan dapat membaca fikiran Azmi. Azmi hanya diam membisu. Azmi masih kebinggungan. Cempaka membawa Azmi ke satu kawasan lapang.

“Saudara,dulu kawasan lapang ini penuh dengan tumbuh-tumbuhan hutan yang menghijau. Sekarang,semua itu sudah tiada. Kawasan ini sudah di lapangkan untuk pembangunan bagi manusia di luar sana.” Terang cempaka kesedihan.

“Manusia di luar sana ingin membuat pembangunan di sini. Ingin membina kawasan rehat. Tidakkah mereka tahu,suatu hari nanti tempat itu akan menjadi pusat maksiat bagi mereka-mereka yang berkiblatkan Iblis!?” kata Cempaka lagi sambil mengenggam tangannya. Marah benar nampaknya. Azmi tunduk memandang ke bawah. Lantas cuba mengingati sesuatu. Dia rasa bagaikan pernah datang ke kawasan ini. Kekawasan tanah yang lapang ini. Azmi tiba-tiba teringat,

“Woi! Apa yang tercegat lagi tu! Buat kerja,buat kerja!” pekik Azmi kepada sekumpulan pekerjanya. Syarikat kepunyaan Azmi telah mendapat kontrak untuk membangunkan kawasan tersebut untuk dijadikan kawasan rehat yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dan,tidak salah lagi. Kawasan yang Cempaka tunjukkan ini adalah tapak projek syarikatnya itu. Azmi terfikir,sebelum ini dia dimaklumkan kawasan itu tidak berhampiran dengan perkampungan. Dia terasa pelik. Kenapa sebelum ini dia tidak menyedari dibelakang tapak projeknya ada perkampungan. Wajah Azmi berkerut-kerut bila memikirkannya.

“Saudara,kenapa termenung?? Teringatkan siapa?” Tanya Cempaka mengejut. Segala lamunan Azmi sebentar tadi terbang melayang.

“Tak..tak de apa-apa..saya cuma terfikir kenapa mereka sanggup buat semua ini.” Kata Azmi terketar-ketar sambil cuba menutup kesalahannya. Kawasan yang dulunya tumbuh menghijau kini sudah hilang serinya. Apa yang terjadi sekarang ini berpunca dari kerakusan seorang insan yang hanya tahu erti keuntungan tanpa mengambil kira makhluk ciptaan Allah yang lain,dia bernama Azmi. Ya,Azmi. Lelaki yang sedang bersama Cempaka inilah yang menjadi punca segala-galanya. Dialah yang mencadangkan kawasan ini supaya di bangunkan menjadi kawasan rehat yang berprestif tinggi. Azmi terlalu riak dan takbur. Sehingga dia lalai dengan tangungjawabnya sebagai makhluk ciptaan Allah.

“Ya Allah,hambaMu ini menyesal dengan apa yang terjadi. Aku terlalu angkuh dan takbur. Sehinggakan aku lupa pada Mu…” monolog Azmi sendirian.

“Saudara,Cempaka tahu apa yang saudara fikirkan. Saudara,sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia pasti ampunkan dosa setiap hamba-Nya.” Ujar Cempak tiba-tiba. Azmi terdiam,lidahnya kelu. Tiada sepatah kata pun dapat di pertuturkan.

“Cempaka tahu kisah hidup saudara. Cempaka juga tahu,kawasan lapang di hadapan kita ini berpunca dari sikap tamak saudara.” Kata Cempaka lagi. Azmi sudah tidak keruan lagi,perasaan bersalahnya semakin memuncak. Azmi menangis bila terkenangkan kesilapannya dulu. Azmi mengaturkan langkah kakinya meninggalkan kawasan itu. Dia tidak sanggup lagi untuk terus berada di situ.

“Saudara. Saudara hendak kemana tu? Jangan pergi,saudara tidak tahu dengan keadaan di sini. Nanti saudara tersesat.” Jerit Cempaka kepada Azmi. Azmi hanya pekakkan telinga sambil terus mengaturkan langkah kakinya.

Cempaka mengejar dari belakang. Dia risau Azmi tersesat. Ini bukan tempat manusia biasa. Tempat ini asing dan penuh misteri. Azmi berlari dan jatuh tersungkur bila kakinya tersandung akar pokok. Badannya tergolek jatuh sehingga 50 meter ke bawah cerun. Tangannya sempat memaut pada akar pokok. Jika tidak Azmi pasti jatuh lebih dalam ke bawah cerun. Habis tangannya calar-balar. Luka di tangannya yang masih berbekas berdarah kembali. Mukanya berkerut menahan kesakitan..lidahnya tidak kering dengan kalimah zikir kepada Allah.

“Alhamdulillah aku selamat. Kalau tidak,apalah nasib aku ini Ya Allah,” monolog Azmi sendirian. Azmi mendonggakkan kepalanya ke atas. Ada kabus di atas kepalanya. Azmi terasa pelik,tetapi hanya biarkan sahaja. Dia cuba bangun dan berjalan. Walaupun kakinya sakit,tetap di gagahi jua.

Dari kejauhan Azmi ternampak kelibat manusia di belakang pokok. Mata Azmi mengecil bagi memfokoskan lagi apakah gerangan orang di hadapannya. Dia menjerit-jerit memanggil orang itu. Tapi tidak bersahut. Bila Azmi melihat lebih dekat lagi, berdiri di hadapannya itu sepasang pasangan lalaki dan perempuan yang sudah tidak berpakaian. Azmi terkejut dan terduduk. Dia tidak menyangka kejadian hina itu terjadi di hadapannya. Air mata Azmi mengalir,dia teringat saat muda remajanya dulu. Hidupnya bergelumang dengan dosa dan noda.

“HEY!! Apa yang kamu buat ni!!” sergah Azmi. Tetapi pasangan remaja tersebut hanya buat tidak endah dan terus melakukan aktiviti keji mereka.. Air mata azmi jatuh menitis ke bumi..teresak-esak. Tiba-tiba,Azmi terasa ada orang menepuk bahunya dari belakang.

” Saudara,betulkan apa yang cempaka katakan tadi?? Tengoklah di hadapan saudara sekarang. Berlakunya zina dan seks bebas. Orang yang hidup di alam saudara memang suka melakukan maksiat dan ingkar dengan suruhan Allah. Cuba saudara fikirkan,andai kata kawasan lapang tadi di bangunkan menjadi kawasan rehat yang berprestif,pasti kejadian yang seperti ini selalu terjadi.” Kata cempaka sambil menepuk bahu Azmi. Azmi terkedu.

Your browser may not support display of this image.

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”

“Saudara,cuba perhatikan elok-elok muka mereka tu. Mungkin saudara kenal.”

Pasangan itu masih melakukan aktiviti itu bagaikan tidak nampak Azmi dan Cempaka di hadapan mereka. Azmi memandang pasangan itu atas dan bawah. Wajahnya berkerut.

“Ya Allah!! segala Puji BagiMu!!” ucap Azmi separuh menjerit. Peluh jantan Azmi mericik di kepala. Wajahnya pucat. Andai kata di hiris pasti tidak berdarah. Allah telah mempertunjukkan Kebesasaran dan KekuasaanNya kepada Azmi. Sebenarnya pasangan yang sedang melakukan maksiat di hadapan Azmi sekarang ini adalah kawan Azmi sendiri!! Kawannya semasa belajar di university dahulu. Dan yang menjadi misterinya,kawannya itu sudah hampir 5 tahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya!! Mereka kemalangan selepas selesai melakukan aktiviti keji ini di sebuah hutan. Segala memori silam Azmi datang bertandang. Azmi juga seperti mereka dahulu. Mengamalkan seks bebas dan secara terang-terangan melakukan maksiat kepada Allah. Azmi hanya mampu tunduk memandang tanah.

“Saudara,Allah zahirkan ‘mereka’ di hadapan saudara ini semoga saudara dapat mengambil iktibar dan pendoman hidup. Hidup kita ini hanya sementara..tidak selamanya kita mampu menghirup udara ciptaan Dia ini. Sampai masa,pasti maut datang menjemput pergi..” kata Cempaka kepada Azmi.

“Ya Allah,sungguh besar KekuasaanMu ini. Aku mohon maaf dari Mu..aku banyak melakukan dosa kepada Mu. Aku amat menyesal an bersumpah tidak akan mengulanginya lagi.” Ujar Azmi sendirian. Cempaka hanya diam membisu. Manusia yang sebentar tadi sedang berada di hadapan mereka ghaib dalam sekelip mata. Hanya tinggal kabus putih mengelapkan pandangan mata.

Azmi menyeka air mata yang jatuh di pipinya. Dia cuba barjalan meniggalkan tempat itu,tetapi tidak berdaya. Cempaka hanya memandang sambil tersenyum.

“Saudara jangan bergerak.” Kata Cempaka tiba-tiba. Mulutnya berkumat-kamit membaca sesuatu. Lantas di tiup ke kaki dan tangan Azmi yang cedera. Azmi terkejut kerana tiba-tiba sahaja dia rasakan segala kecederaannya sudah hilang.

“Masyaallah..”

Hanya ucapan itu yang mampu terzahir di lidah Azmi. Dia benar-benar terkejut.

“Saudara jangan terasa takut dan pelik. Cempaka pun makhluk ciptaan Dia…” ujar Cempaka sambil melangkah meninggalkan Azmi. Azmi hanya terdiam dan mengekori cempaka dari belakang. Pelbagai persoalan bermain di fikiran Azmi. Siapakah Cempaka? Siapakah yang merawatnya ini?? Ahh…

“Cuba saudara tengok di hadapan sana?? Dua orang lelaki sedang memburu binatang.” Kata Cempaka sambil menunjukkan sekumpulan lelaki di hadapan mereka.

Dam!! Dam!!

Terdengar bunyi tembakan memecah kesunyian hutan. Azmi hanya memandang kehadapan sambil lidahnya terkelu. Kijang itu terbaring dan cedera parah. Cempaka berjalan menghampiri kijang tersebut. Tangannya meraut kepala kijang dan bagaikan sedang berbisik sesuatu. Dengan sekelip mata kijang itu hilang dari pandangan mata Azmi dan dua orang pemburu itu tadi. Azmi tertanya-tanya. Manakala pemburu itu tadi pula bagaikan di pukau. Mereka berjalan di tempat yang sama dan berpusing-pusing mencari jalan keluar. Sedangkan jalan masuk mereka tadi hanya 10 meter dari mereka!!

“Cempaka? Kenapa dengan mereka tu?”

“Jangan risau,Cempaka cuma ingin bagi pengajaran kepada mereka. Jangan membunuh binatang sesuka hati. Dan,mereka juga tidak tahu peraturan hutan. Di sini,tempat kami..mereka harus hormati kami. Jangan biadap.” Jawab Cempaka panjang lebar.

“Habis? Takpe ke ni?”

“4 jam lagi,mereka boleh keluar. Cempaka harap,selepas ini mereka akan insaf.” Balas Cempak.

“Saudara,ayuh kita pulang ke teratak ayah Cempaka.” Ujar Cempaka lagi. Azmi terus mengaturkan langkah kakinya..

* * * * * * * * * * * * *

“Assalamualaikum pak..”

“Alhamdulillah saudara..kita sudah sampai ke rumah. Naiklah.” Kata Cempaka. Dia basuh kakinya dan berjalan naik ke atas rumah. Azmi terlihat ayah Cempaka sedang duduk bersila di atas lantai. Pak cik tua itu tersenyum sambil mempelawa Azmi duduk.

“Duduklah.” Ujar pak cik tua itu sambil menghulurkan tepak sirih.

“Makanlah,nanti seluruh badan orang muda akan bertenaga dan segala kecederaan dalam atau luaran akan kembali kepada asal.” Kata Pak cik tua itu lagi. Azmi mengambil daun sirih dan menyapunya dengan gambir. Lalu dia melipat dau sirih itu berbentuk empat segi. Azmi memasukkannya ke dalam mulut dan mula mengunyah.. Orang tua itu tersenyum dan menepuk-nepuk bahu. Azmi tersedak dan termuntah cecair hitam dari mulutnya. Orang tua itu melurut-lurut belakang Azmi. Azmi termuntah sehingga tidak keluar lagi cecair hitam dari mulutnya.

“Orang muda,semuanya sudah kembali seperti sediakala. Jangan risau lagi. Tentu orang muda pelik dengan keadaan di sinikan.” Kata Pak cik tua.

“Pak cik,sebenarnya sudah lama saya hendak bertanya,Tetapi tidak pernah terluah. Saya berada di mana sekarang ni?” Tanya Azmi.

“Orang muda adalah antara yang bertuah kerana terpilih oleh Dia untuk mengunjungi tempat ini. Untuk pengentahuan orang muda,tempat ini dipanggil Alam Bunian..” terang Pak cik tua kepada Azmi. Azmi sangat terkejut sehingga menyebabkannya terbangun dari duduk.

“Bi..biar bertul!?” soal Azmi tiba-tiba.

“Betul..” jawab Pak cik tua sambil tersenyum.

“Tapi jangan risau. Orang muda di jemput untuk datang ke tempat ini. Walaupun cara kedatangannya agak berbeza,tetapi sudah takdir dariNya.” Ujar pak cik tua lagi. Muka Azmi berkerut bila memikirkannya. Di saat itu,dia teringatkan isteri kesayangannya di rumah. Azmi menangis dan tertunduk memandang lantai buluh rumah.

“Pak cik tahu apa yang sedang bermain di fikiran orang muda. Teringatkan isteri di rumah??” Tanya pak cik tua lanjut.

“Ya Pak cik…” Jawab Azmi.

“Tapi,ada syaratnya..’

“Syaratnya?? Apa dia Pak cik?”

“Orang muda,Pak cik berhajat nak menjodohkan orang muda dengan anak pak cik,Cempaka.” Terang Pak cik tua dengan penuh pengharapan. Azmi terdiam dan menunduk. Fikirannya bercelaru. Bila disoalkan pertanyaan yang sebegini,Azmi teringatkan wajah Isterinya dan anak yang bakal lahir nanti. Aaaaargh!!!!

“Pak cik,saya tidk boleh buat keputusan sekarang. Kerana saya pun sudah punyai isteri dan isteri saya itu pun sedang sarat mengandung sekarang.” Jawab Azmi.

“Pak cik boleh bagi masa untuk orang muda berfikir pasal ini.” Balas Pak cik tua. Azmi mengangguk lemah. Dia berbelah bagi sekarang ni. Dia tidak tahu yang mana satu harus di pilih. Antara Shasha dan Cempaka,kedua-duanya cantik dan berbudi bahasa. Sebenarnya,dalam diam Azmi pun menaruh hati kepada Cempaka. Cempaka menepati citarasa Azmi,tetapi cintanya kepada Shasha sukar digugat.

“Pak cik,tolong hantarkan saya ke tempat saya. Saya akan buat keputusan dalam masa seminggu.” Kata Azmi lemah. Pak cik tua hanya tersenyum. Cempaka pula hanya diam membisu. Hujung rambutnya yang terjuntai kedepan pastinya menyerlahkan lagi keayuan seorang gadis. Azmi pastinya menyedarikannya.

“Ya Allah..aku tidak bisa memilih sekarang ni. Jiwa aku tidak keruan Ya Allah..” monolog Azmi sendirian.

“Cempaka,tunjukkan jalan pulang kepada orang muda ini.” Arah Pak cik tua kepada Cempaka.

“Orang muda,orang muda ada masa seminggu lagi. Fikirkanlah sebaik-baiknya.”

“Ayuh saudara,ikut Cempaka.” kata Cempaka kepada Azmi. Azmi bangkit bangun dari duduk dan bersalam dengan Pak cik tua.

“Saya pulang dulu pak cik. Terima kasih atas segala-galanya. Semoga Allah merahmati hidup pak cik sekeluarga. Assalamualaikum..” kata Azmi sambil bersalam dengan Pak cik tua.

“Waalaikumussalam.”

* * * * * * * * * * * *

Azmi berjalan mengekori Cempaka. Dia terasa tubuhnya semakin bertenaga. Semangatnya kini kuat. Azmi teringatkan masalahnya sebelum ini. Masalah kewangan syarikatnya. Muka Azmi berubah bila teringatkannya. Cempaka memberhentikan langkah kakinya. Dia berpaling memandang Azmi.

“Saudara,saudara teruslah berjalan ke hadapan. Tetapi, jangan pandang belakang selagi saudara belum nampak rumah saudara.” Kata Cempaka kepada Azmi.

“Saudara,pasal masalah saudara itu janganlah dikuatiri. Semuanya sudah kembali pulih bila saudara pulang nanti. Lagi satu,janganlah ganggu kawasan lapang itu lagi..”

“Saudara,saya tahu semua pasal saudara.. ingat janji saudara, seminggu lagi kami akan datang.” Kata Cempaka. Azmi hanya mengangguk. Azmi mula mengaturkan langkah kakinya. Sebelum itu dia memandang wajah Cempaka.

“Terima kasih atas segalanya Cempaka. Assalamualaikum..” ucap Azmi sambil tersenyum kepada Cempaka.

“Waalaikumussalam…”

Azmi berjalan dan terus memandang ke hadapan. Terasa bagaikan angin menyapa tubuhnya. Sejuknya menusuk hingga ke tulang hitam. Di hadapannya kini tersegam megah rumah besarnya. Azmi menitiskan air mata. Dia tidak sangka yang dia kini berdiri di hadapan rumahnya. Dia teramat merindui isterinya dan anak dalam kandungan isterinya.. Azmi menoleh ke belakang,Cempaka sudah hilang dari pandangannya. Hanya bukit yang tinggi tersegam di belakangnya itu. Jalan yang dia lalui tadi juga sudah hilang. Azmi kembali menoleh kehadapan,dia berjalan menghampiri pintu pagar rumahnya. Dia berhenti tepat-tepat depan pintu pagar rumahnya.

* * * * * * * * * * * *

Shasha berlari menghampiri pintu rumahnya. Dia terlihat melalui tingkap ada kelibat manusia yang berdiri di depan rumahnya. Dia berlari menghampiri pintu.

“Jangan berlari,terjatuh nanti.” Kata ayah Shasha bila melihat kelakuan anaknya itu. Shasha cuba membuka pintu tetapi tidakberjaya. Dia tercari-cari di mana kunci pintu rumahnya. Dia ingin melihat siapa yang berdiri itu. Begitulah sikapnya sejak Azmi hilang dari hidupnya. Ingatannya kepada Azmi tidak pernah ada noktahnya. Dia bagaikan sasau dan hilang arah tuju. Tetapi,syukur alhamdulillah dia selamat melahirkan anaknya semasa bersalin dulu. Walaupun hidupnya bagaikan orang sasau,dia masih dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada bayi yang di lahirkannya dengan bantuan ibu dan ayahnya.

“Ayah,mana kunci pintu ni??” Tanya Shasha sambil sibuk mencari-cari. Sebenarnya ayahnya sudah menyorokkan kunci itu supaya Shasha tidak keluar dari rumah secara sesuka hati. Bimbangkan keselamatannya.

‘Ayah,buka pintu ni. Ada orang berdiri depan pintu pagar tu! Mungkin Abang Azmi ayah..” pinta Shasha kepada ayahnya. Ayahnya mengeleng-gelengkan kepala. Ayahnya memandang wajah ibu Shasha yang sedang meriba cucu kesayangan mereka,ibunya itu hanya menganggukkan kepala sebagai tanda menyetujui pintu rumah itu di buka. Ayah Shasha bangun berdiri dan mengambil kunci dalam kocek seluarnya.

“Ayah,cepatlah..”

“Ya..ya..ayah datang ni.” Walaupun agak memenatkan bila melayan kerenah anaknya ini,tetapi Haji Ali turuti juga memandangkan inilah satu-satu anak mereka. Bagi memuaskan hati anaknya, dia membuka pintu rumah. Lantas Shasha keluar dan berlari kearah pintu pagar. Dia berharap yang berdiri di situ tadi ialah Azmi. Suami tersayangnya itu. Azmi mendekati pintu pagar dan hendak menekan loceng. Tiba-tiba..

“Abang!!!” pekik Shasha. Azmi menoleh dan terpandang wajah isterinya yang sedang berlari mendapatkannya. Azmi terkejut melihat keadaan Shasha. Tidak terurus. Shasha membuka pintu pagar supaya azmi dapat masuk. Sebaik pintu pagar terbuka,Shasha terus memeluk Azmi dan menangis di dada azmi. Azmi memeluk erat isterinya. Tangannya mengusap lembut rambut isterinya. Azmi mengucup ubun-ubun dan menyapu air mata yang jatuh di pipi isteri kesayangannya itu. Rindu sangat rasanya.

Suasana kegembiraan jelas terbayang di waktu itu. Ayah Shasha berlari mendapatkan Shasha bila terlihat ada lelaki di samping anaknya itu. Bimbangkan keselamatannya. Dia terkejut bila memandang lelaki itu. Ternyata lelaki itu ialah suami anaknya,Azmi!!

“Azmi!” Azmi menoleh memandang wajah mertuanya. Lantas dia datang bersalaman dan memeluk mertuanya itu. Air matanya tumpah lagi buat kali ini. Sedih sangat rasanya.

“Azmi ke mana selama ini?”

“Jauh perjalannya ayah..penuh pengajaran dan memberikan keinsafan.” Kata Azmi sambil menyapu air mata yang menitik di pipinya.

“Semua dah kembali seperti sediakala. Ayuh,masuk ke dalam. Buat apa tercegat kat sini lagi.” Kata mertua Azmi sambil mengajak Azmi masuk ke dalam rumah.

“Apa yang bising di luar tadi ayahnya?” Tanya ibu Shasha. Dia belum sedar yang Azmi sudah kembali. Dia terpandang susuk tubuh seorang lelaki di samping suaminya.

“Azmi!”

Dia menjerit sebaik sahaja terlihat lelaki tadi ialah menantunya yang telah lama hilang di pandangan matanya. Air mata mengalir laju dan terhempas ke lantai. Air mata kegembiraan.

“Azmi duduklah,nanti emak buatkan air.”

Azmi memandang keadaan ruang tamu rumahnya. Matanya melilau dan termenung sejenak.

“Belum ada apa yang berubah dalam rumah aku ni.” Monolog Azmi sendirian.

Azmi menoleh bila terasa tangannya di tarik seseorang.

“Abang..Shasha rindu kat abang..nak peluk,” ujar Shasha.

“Mai sini nak peluk,ermmm…sa..yangnya kat isteri abang yang sorang ni.” Balas Azmi sambil tersenyum. Matanya melirit memandang wajah isterinya. Tetapi fikirannya jauh terawangan..Shasha ataupun Cempaka.. Lamunan terganggu bila mertuanya mendekatinya sambil mendukung seorang bayi.

“Azmi, ni anak kamu. Shasha dah selamat melahirkannya.”

“Maha Suci Allah..terima kasih atas anugerahmu ini.” Monolog Azmi. Azmi lantas mengambil anaknya. Dia mengucup ubun-ubun dan membelai pipi tembam anaknya. Shasha hanya tersenyum memandang suaminya. Dia bahagia dan gembira bila melihat keluarganya bersatu kembali. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan, melainkan kesyukuran kepada Illahi..

* * * * * * * * * * * *

“Azmi,kamu dah lupa? Mana janjimu pada kami..Tempohnya sudah kau tempuhi,kini janji yang aku ingini”

“Allahuakbar!!” Jerit Azmi. Dia tersedar dari tidurnya bila bermimpi dikunjungi oleh Pak cik Gendara. Peluh jantannya mula mericik.

“Subahanallah..apalah yang aku hendak lakukan sekarang ni..Janji sudah ditagih.” Monolog Azmi sendiri. Dia memandang wajah isterinya di sebelah. Hatinya gusar..mana satu yang harus dibuat. Fikirannya buntu. Dari kejauhan, telinganya menangkap alunan azan subuh yang dilontarkan oleh muazim. Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Mandi,berwuduk dan solat. Ubat paling mujarab bila hati terasa gunsar.

“Assalamualaikum warohmatullah..”

“Assalamualaikum warohmatullah..” Sebaik sahaja selesai member salam kiri dan kanan. Mulutnya lantas mengalunkan zikir memuji Allah. Azmi menoleh bila terasa ada seseorang menepuk bahunya.

“Assalamualaikum Azmi..” Ucap Pak Cik Gendara dengan suara garau. Azmi terpaku. Lidah terkelu.

“Jangan takut. Pak cik cuma datang bersolat denganmu.” Ujarnya lagi.

“Saya tahu, Pak cik datang menuntut janjikan?” Tanya Azmi inginkan kepastian. Pak cik Gendara hanya tersenyum.

“Pak cik, saya buntu..saya punya keluarga..punya isteri dan anak untuk di jagai. Itu tanggungjawab saya yang Allah amanahkan.” Terang Azmi panjang lebar.

“Azmi, kamu juga bertanggungjawab pada kami. Kamu sudah membuat janji.” Balas Pak cik Gendera. Azmi terdiam.

“Abang,abang bercakap dengan siapa tu?” Tanya Shasha mengejut. Azmi terkejut. Jelmaan Pak cik Gendera hilang dari pandangan matanya.

“Mana ada abang bercakap. Abang tengah berzikir.” Balas Azmi gagap. Dia rasa sangat serabut. Fikiranya sudah tidak mampu mencongak sebarang idea lagi.

“Ya Allah..apa aku hendak buat ni.” Monolog Azmi. Tiba-tiba,terdengar satu suara berbisik ditelinganya.

“Saudara,buatlah keputusan terbaik..Cempaka akan terus menunggu..”

“Cempaka!”

* * * * * * * * * * * *

Tempoh seminggu yang diberi sudah terlanjur. Sudah sebulan lebih tarikh yang diberikan ditinggalkan. Sejak dikunjungi oleh Pak cik Gendara dan Cempaka tempoh hari, tiada lagi kelibat mereka menghantui dengan janji. Azmi sudah kembali bertugas seperti biasa. Cuma tiada lagi aktiviti gelapnya seperti dulu. Semuanya sudah ditinggalkan. Syarikatnya juga sudah stabil malah bertambah maju. Dia dan Shasha kini bahagia disamping anak mereka tercinta. Apa yang terjadi pada Cempaka? Bagaikan sudah putus asa dengan janji Azmi. Tidak,dia sebenarnya ada disamping Azmi. Menemani Azmi hingga hujung nyawanya. Dia sudah bersumpah pada ayahnya, dia tidak akan meninggalkan Azmi walaupun pada hakikatnya Azmi sudah makin melupakannya. Janjinya sudah tidak dituntut..kerana teramat mencintai Azmi,dia jadi begini. Azmi pula tidak mengetahui perasaan cintanya ini. Azmi ingat, perkahwinan itu hanya paksaan Pak cik Gendara..rupanya tidak..Cempaka..

“Azmi, Cempaka akan menemani Azmi selamanya..menjaga Azmi dan melindungi Azmi dengan izin Allah..Cempaka gembira bila melihat Azmi bahagia..”

Itulah terjadi, bila sang bunian mula berbicara…jika anda menjadi Azmi, apa gerangan pilihan dihati?? Tepuk dada tanyalah hati..

TAMAT


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

26 ulasan untuk “Cerpen : Bila sang bunian mula berbicara”
  1. lulu cinderelli says:

    :smile: menarik..

  2. De Ma says:

    :lol: ble tahan …
    bestY….

  3. dhirah says:

    len daripada yang len
    best and bley r tahan

  4. Daeng says:

    Salam.. Terima kasih untuk setiap komen yang diberikan..segalanya komen itu akan di jadikan sebagai semangat untuk dalam berkarya.. Mana yang baik itu,dijadikan sebagai ikutan dan segala yang buruk itu,dijadikan pengajaran..sesungguhnya sebagai manusia kita x leka dari kesilapan dan ingatlah, Allah itu Maha Pengampun. Cerpen “Bila Sang Bunian Mula Berbicara” merupakan cerpen kedua saya.. saya masih baru lagi dalam bidang penulisan ini dan maaf la kalau ada tersilap gaya bahasa di mana mana tu… Apapun,saya cuba menghasilkan cerpen saya yang terbaru dengan izin Allah.. Insyaallah… salam :grin: :grin: :grin:

  5. aim says:

    salam wahai saudaraku..sesungguhnya bakat adepadamu terlahir dari inspirasi dr Allah SWT..truskan usaha bkarya…gabungan (islam dan misteri) sesuatu yg baru dan ini mewujudkan sesuatu momentum berlainan dalam penulisan sebelum-sebelum ini..ianya boley djadikan sebuah trademark yg baru dlm dunia penulisan…

    truskan usaha berkarya..mungkin rezekimu ada pada suatu hari nanti..janji berusahalah..

    **wat manuskrip lar..x sabar nak tunggu sambungan Bila Sang Bunian Berbicara 2..

  6. Daeng says:

    Salam..terima kasih..doa darimu sahabat,sememangnya memberikan seribu erti.. MAsih baru dan mencari tapak..ada rezeki nanti, insyaallah…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"