Cerpen : Hadiah hari guru

29 May 2010  
Kategori: Cerpen

4,849 bacaan 11 ulasan

Oleh : antikapel

Kaki melangkah dengan penuh yakin. Ya! Hari ni hari pertama aku bertugas sebagai guru.

“saya fauzeah, nak daftar untuk guru ganti bagi puan surayani yang cuti bersalin”
“owh, ni la adik Kak Yani. Cik Fauzeah pergi jumpa Puan Aini dulu. Nanti dia akan terangkan segalanya pada cik fauzeah”
“ok, terima kasih” aku melangkah penuh yakin walaupun debaran dihati bagai menggila.

“assalamualaikum. Puan Aini, saya Fauzeah, guru ganti untuk Puan Surayani” aku memulakan bicara sejurus masuk ke bilik penyelia petang sekolah ini.
“ni adik ustazah surayani kan? Awak akan mengajar 5 kelas tahun tiga untuk peajaran pendidikan islam. Ni buku rancangan mengajar ustazah yani. Awak bolehlah terus masuk ke bilik guru. Semua jadual kelas ada dalam buku tu. Selamat bertugas.”
Kata-kata semangat yang membuat aku punya rasa gementar kurang sedikit.
Aku melangkah menuju ke bilik guru dan mencari tempat kakak aku. Senyuman ku hulur untuk setiap cikgu yang aku selisih. Cuak gila! Tak pernah ada pengalaman menjadi cikgu. Ya ALLAH…permudahkan aku….

************

“cikgu baru ye? Ganti kak yani kan?” seorang guru yang duduk berhadapan dengan meja dengan ku menegur ku ramah.
“ye saya…saya, fauzeah. Adik kak yani.” Aku meramahkan diri.
“owh. Nama akak kak su. Kak yani kata fauzeah datang semalam. Kami tunggu juga. Tapi, tak sampai pon”
“sebenarnya, hari ahad baru sampai sini. Penat naik bas dari kedah tak habis lagi. Tu yang datang selasa.”

“owh…baru habis la ni belajar? Dapat sambung kat mana nanti?”
“Alhamdulillah…baru habis. Tak tau lagi, harap-harap dapat yang dekat je la. Tak larat nak sekolah jauh-jauh” seronok pula bersembang dengan kak su.

“ustazah fauzeah, sekarang ni waktu ustazah mengajar kelas 3B kan?” tiba suara puan aini menerjah ke telinga ku.
“eh, kelas saya pukul 3. Kejap, alamak! Salah tengok jadual. Minta maaf puan” adus, gelabah la pula. Aku ingat hari ni hari isnin. Mati-mati aku duduk sembang ngan kak su ni.

Alahai malunya. Hari pertama dah kena tegur dengan puan aini. Aku melangkah menuju ke kelas.

********

“bangun…assalamualaikum ya ustazah”
Bergema suara pelajar tahun 3H itu. Seolah aku rasa dihormati. Indahnya perasaan itu.
Aku selalu rasa pening bila masuk kelas yang satu ni. Bukan apa, aku pening sebab aku tak tahu macam mana nak ajar mereka. Kelas ni memang khas untuk pelajar yang belum lagi tahu membaca dan hampir semua pelajar kelas ni tak kenal pon huruf jawi. Tu yang membuat aku lagi pening.

Malam tadi aku tanya kak aku, macam mana nak cover budak-budak ni. Kak aku kata, aku baca je petikan kat buku teks dan suruh mereka ikut apa yang aku baca.
“hari ni kita belajar akhlak. Ustazah nak kamu buka buku teks muka surat 22.” Seraya aku member I arahan selepas aku mengarahkan mereka duduk di tempat masing-masing.

“cikgu….”
“cikgu ke ustazah?” aku bertanya pada hafiz.
“eh, silap. Ustazah…saya tak bawa buku akhlak.” Hafiz tersipu malu.
Aku dah biasa dengan keadaan pelajar yang memanggil aku cikgu walau hakikatnya mereka sepatutnya memanggil aku ustazah. Mungkin sebab tudung aku tak macam tudung ustazah.

“kenapa tak bawa? Siapa yang baca kat rumah?” aku menyoalnya semula.
“err, terlupa la ustazah.”
“tak pe. Kongsi dengan kawan kamu kat sebelah tu”

Aku membaca setiap patah perkataan dalam petikan tu, dan anak-anak murid ku yang lain mengikut sahaja rentak dan intonasi bacaan aku.

Sedang asyik membaca petikan tersebut, mataku menangkap perbuatan hafiz yang membaling pemadam kepada aiman yang duduk di barisan hadapan.
” hafiz! Jangan main pemadam.” Aku meninggikan suara.
“hafiz! Jangan main pemadam.” Bergema suara pelajar 3H mengikut gaya suara ku.

Astaghfirullah…aku beristighfar dalam hati. Sabar je lah. Budak-budak ni memang mendengar arahan dengan baik. Ayat aku sebentar tadi bukan berdasarkan petikan, tapi aku menegur Hafiz yang sedang bermain pemadam. Tak sangka pula mereka yang lain mengikut apa yang aku katakan.

“ustazah marah Hafiz. Bukan baca petikan. ”
“ustazah marah Hafiz. Bukan baca…..” ada lagi suara yang mengikut ayat aku. Sabar je la….
“kejap, jangan ikut apa yang ustazah kata ni, ok??” aku memberi arahan sambil menuju ke meja Hafiz.
“hafiz, bagi ustazah pemadam kamu tu. Kamu dah tak nak kan pemadam ni?” aku mengugut dia.
“err, saya nak ustazah. Kalau ustazah ambil, macammna saya nak main balin-baling?” Hafiz menjawab.

Subhanallah! Kalau adik aku, dah lama aku piat telinga dia. Baru puas hati aku.

Tapi, ni anak orang….tahan sabar je la…
“ustazah tak kira. Bagi semua pemadam kamu. Dah la buku tak bawa, main pemadam pulak tu masa ustazah mengajar.” Aku membebel sambil mengutip pemadamnya.
“ustazah, hafiz ada lagi pemadam banyak dalam kotak pensil dia.” Syaffiq menyampuk.
“hafiz, keluarkan semua pemadam kamu.” Aku memberi arahan.
“ustazah, syaffiq pon ada juga. Siap bawak besi berani dengan kereta mainan lagi.” Hafiz membongkar rahsia kawannya pula setelah rahsia kewujudan pemadam-pemadamnya diketahui.

“syaffiq, bagi kat ustazah besi berani dengan kereta mainan kamu.” Aku harus berlaku adil!
“ustzah, aiman pon ada pemadam banyak ustazah. Dia main tikam kat kelas tadi. Lawan dengan faizal” satu lagi suara menyampuk.

“ok, kamu semua…keluarkan semua pemadam kamu dan mainan yang kamu bawa ke sekolah. Sekarang!”

Terkejut gila bila banyak sangat pemadam yang aku kutip petang tu. Aku tak marah mereka memiliki pemadam yang banyak, tapi yang buat aku bengang bila mereka bermain pemadam tu tika sesi pengajaran dan pembelajaran. Ada la dalam satu plastic pemadam yang aku dapat. Puas hati aku.

“ustazah bagi balik pemadam-pemadam ni sebelum kamu cuti nanti” aku bersuara tegas.
“ustazah, pemadam tu murah je. Dorang boleh beli lagi ustazah.” Hasmah, pelajar perempuan yang duduk dibarisan hadapan sekali menyampuk.

“siapa yang ustazah jumpa dia bermain pemadam dalam kelas ustazah, bukan pemadam je yang ustazah ambil, ustazah denda kamu lari keliling padang. Faham?” aku mengugut mereka.

Dalam hati, rasa nak gelak je tengok budak-budak ni memasamkan muka.
Memang sebentar tadi aku rasa berapi dengan budak-budak ni, tapi mereka ‘menyejuk kan hati’ aku dengan gelagat mereka.

*********

Sudah dua minggu aku menjadi seorang pendidik yang tak bertauliah. Terlalu banyak kenangan yang menggamit jiwa. Mengajar aku tentang kesabaran. Fitrah kanak-kanak yang menceriakan aku. Aku mula merasai peningnya cikgu-cikgu aku masa aku disekolah rendah dengan gelagat dan perangai nakalku yang tak sudah-sudah.

Namun, ku akui walau marahnya aku dengan mereka kerana kenakalan mereka, tapi mereka lah jua yang menghilangkan marahku ini. Mereka terlalu istimewa. Sungguh, aku bersyukur dengan peluang yang aku dapat sekarang.

Hari ni terlalu penat rasanya kerana menanda buku latihan tahun 3 yang aku ajar iaitu 5 kelas kesemuanya. Aku hanya mengarahkan pelajar kelas 3D menyiapkan latihan. Tak terdaya nak mengajar. Mujur juga tajuk yang telah dijadualkan dalam buku rancangan pelajaran sudah ku ajar kelmarin.

Aku menanda buku-buku tersebut sambil mata ku mengawasi pergerakan mereka. Untuk memastikan keadaan tenang dan terkawal.

“azam, apa kamu buat?”mata ku tertancap kearah azman yang sedang melipat kertas membentuk roket.
“err, tak ada apa ustazah.”
Aku berjalan kearahnya.

“mana buku pendidikan islam awak?kenapa tak buat?”
Dengan muka tak bersalah, azam menunjukkan buku nya yang hampir ‘bersih’ tanpa diisi dengan apa-apa jawapan.

“siapa ada pembaris kayu? Ustazah nak pinjam. Ustazah nak semak semua buku-buku kamu. Setiap muka surat yang tak buat, ustazah rotan 2 kali.” Aku tak terniat pun nak merotan mereka. Hanya menakutkan sahaja.

“ustazah, pembaris kayu tak ada, pembaris besi adalah” salman memberitahu dengan ‘jujurnya’.

Sucinya mereka. Berkata benar dengan ustazah. Budak-budak ni….
“lagi bagus! Pembaris besi lagi sakit kan kalau ustazah rotan kan azam??” aku menjengilkan mataku kearah azam.
Azam hanya menunduk.

Aku hanya menakut-nakutkan mereka seolah aku ingin merotan, tapi tak la merotan mereka. Sekali mereka report kat mak bapak mereka, habis la aku.

********

Minggu ini adalah minggu peperiksaan pertengahan tahun bagi semua pelajar. Aku memberi semangat kepada semua anak-anak muridku. Berdasarkan pencapaian mereka dalam subjek ini dipeperiksaan yang sebelumnya, bilangan yang gagal hampir separuh. Apatah lagi yang mendapat A, tak sampai 10.

“untuk peperiksaan pertengahan tahun ni, ustazah janji siapa yang dapat A ustazah bagi hadiah.”

Mulanya aku kira tak ramai yang dapat A. tapi, rupanya hitungan ku silap!
Hampir suku pelajar tahun 3 dari 5 kelas yang aku ajar dapat A. yang gagal tak sampai 10 orang. Aku tersenyum bangga. Nampaknya tak sia-sia aku memberi semangat.

Tapi, yang menjadi masalahnya, dalam dompet aku hanya ada RM20. Itupun untuk duit minyak untuk minggu ni dan minggu depan. Sebab, aku memang tak ada duit. Baru habis matriks, mana ada duit simpanan lagi. Kat matriks dulu pon, mak ayah yang support sikit. Nasib baik gak dapat duit elaun RM50 setiap bulan.

Aku pening, mana nak cari duit nak beli hadiah untuk budak-budak ni. Pening aku menanda kertas peperiksaan yang seramai 5 kelas itu pun tak habis lagi. Mana taknya, dengan pelbagai gaya tulisan hingga membuat mataku sakit untuk memahaminya.

Huruf ba yang hampir sama dengan ta dan kadang-kadang aku keliru huruf kha dan jim. Ditambah lagi dengan jawapan yang tunggang terbalik yang membuat aku rasa macam nak pangkah semua jawapan mereka. Nasib baik juga kak aku tolong menanda, selama seminggu aku demam dek penangan menanda kertas2 mereka. Namun aku gagahi juga untuk ke sekolah.

Aku buat solat Dhuha hampir setiap pagi. Aku pernah dengar Dhuha ni pembuka pintu rezki bagi sesiapa yang mengerjakannya.

Hujung minggu itu, kakak aku ajak aku pergi jenguk abah yang kerja kat shah alam. Saja melawat sebab kami dah lama tak balik kampong.
“macammna mengajar?seronok?” abah bertanya.
“seronok la juga. Biasalah budak-budak.” Aku menjawab dengan girang.
“ada duit tak buat belanja?” eh, abah ni macam tau-tau je.
“ada, tapi tak la banyak”hehe….aku berkias.

Lantas abah menghulurkan note RM50 kepadaku.

Alhamdulillah. Aku sangat tidak menyangka. ALLAH murahkan rezki ku. Kini aku tak perlu risau tentang hadiah yang aku janjikan kepada anak-anak muridku itu.

Benarlah…ALLAH membuka pintu rezki kepada hamba Nya yang berusaha. Aku berazam untuk istiqamah dalam mengerjakan solat Dhuha.

*******

Lagi seminggu sesi persekolahan akan berakhir. Minggu terakhir sebelum cuti pertengahan tahun ni, sekolah sibuk dengan aktiviti menyambut hari guru selepas peperiksaan pertengahan tahun berakhir. Sangat menyeronokkan sebenarnya. Pertama kali aku menyanyi lagu ‘kami guru malaysia’ dihadapan semua pelajar SK kg Melayu Subang. Pertama kali juga aku menyambut hari guru sebagai seorang guru. Syahdunya perasaan itu. Tak mungkin aku lupa sepanjang hidupku.

Dan paling best, aku dapat hadiah hari guru banyak gila! Sampaikan kak as pon tegur.
“banyaknya kau dpat hadiah gee. Kami yang dah lama mengajar ni pun tak banyak dapat macam kamu.”

Aku hanya tersengih. Tak tau nak jawab apa. ALHAMDULILLAH, rezeki aku.
Dalam seminggu, aku membawa balik hadiah yang aku terima. Yelah, aku naik motor, mana larat nak bawak sekali gus. Ada yang bagi coklat, Tupperware, jam, frame, kek dan macam-macam lagi. Ada juga yang bagi bunga hingga berkuntum-kuntum. Nasib baik ada yang bagi pasu, boleh la aku letak bunga-bunga hiasan tu. Paling best aku dapat banyak sangat pen merah. Dan kebanyakannya adalah dari pelajar kelas hujung. Hanya mereka mengerti kenapa mereka memberiku pen merah. Aku hanya tersenyum sendirian.

Paling terharu, adalah kad hari guru yang dihadiahkan oleh seorang pelajar, Asyraf. Kad yang dibuat sendiri oleh Asyraf itu dari kertas lukisan. Walaupun harganya mungkin tak semahal hadiah yang lain, tapi itulah hadiah paling bernilai bagi ku.

Tulisan tangan yang tunggang langgang dengan huruf-huruf yang terbalik itu menggambarkan kesungguhan Asyraf untuk menghadiahkannya untukku.
Lagi terharu bila membaca ayat dalam kad itu.

“selamat hari guru ustazah. Saya sayang ustazah”
Murninya hati Asyraf. Menitis air mata ku melihat kesungguhannya melukis orang lidi di tengah-tengah kad tersebut. Ada dua orang lidi yang dilukis, iaitu orang lidi perempuan dan lelaki. Walaupun lukisan tu agak comot, tapi aku masih boleh memahaminya.

Asyraf menggambarkan orang lidi perempuan itu adalah aku, dan yang lelaki adalah dia. Comel sungguh.

Budak-budak sangat jujur. Mereka hanya berkata dan membuat apa yang terlintas dihati mereka. Fikiran mereka suci tanpa dosa dan noda. Mereka berterus terang dan tidak mengumpat belakang. Jika mereka ingin berkata sesuatu dengan aku, mereka tak selindung. Hari ni aku marah mereka, esok aku boleh tertawa gembira dengan mereka tanpa mengingati cerita semalam.

*********

Setahun sudah berlalu. Namun pengalaman mengajar anak-anak muridku aku tak pernah lupakan.
Petang itu, aku mendapat panggilan dari kakak ku, Asyraff bekas anak muridku meninggal kerana kemalangan ketika pulang dari mengaji menaiki basikal.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un….semoga roh mu dicucuri rahmat.

Aku menyelongkar laci untuk mencari kad hari guru yang pernah dihadiahkan oleh Asyraf kepadaku. Namun tak ketemu. Sungguhpun begitu, itulah hadiah hari guru paling bermakna dalam hidupku.

Hadiah yang tak ternilai ikhlas dari hati tulus seorang pelajar tahun 3. Akan ku ingat selamanya. Seorang pelajar tahun 3 yang Berjaya menyedarkan aku erti keikhlasan yang sebenarnya. Sungguh, kini aku mengerti hadiah paling ebrnilai bukanlah hadiah yang harga berpuluh-puluh, tapi ia terletak pada hati yang member.

Itulah hadiah paling bernilai dan bermakna.

##cerita ini adalah berdasarkan pengalaman penulis ketika menjadi guru ganti di SK Kg Melayu Subang. Namun, nama-nama diatas adalah rekaan semata kerana penulis sudah lupa nama anak-anak muridnya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Cerpen : Hadiah hari guru”
  1. safee says:

    ntg pe byk ngat…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"