Cerpen : Kekasih yang tak dianggap

29 May 2010  
Kategori: Cerpen

8,013 bacaan 13 ulasan

Oleh : Green_Rose

Kekasih yang tak di anggap..

Jikalau aku mentari, aku akan selalu menghangatkan mu..
Jikalau aku pelangi, aku akan beri warna dihidup mu..
Jikalau aku sang bulan, aku akan selalu menerangi malam mu..
Jikalau aku bintang, takkan ku biarkan ia ditelan kegelapan..

Serangkap puisi diteliti dan dihayati oleh iera, kadang kadang tersenyum sendiri dia membaca puisi tersebut. Puisi itu ditujukan kepadanya oleh kekasih hatinya. Kekasihnya sejak 3 tahun yang lalu,yang juga menjadi kawan baiknya sejak awal perkenalan dan akhirnya lahir rasa cinta antara mereka berdua. Nama ‘Azhwan’ bertakhta dihatinya dari dulu sehingga sekarang. Ternyata dia tidak silap memilih lelaki itu sebagai cinta pertamanya. Lagu ‘Jauh’ nyanyian Karamel menandakan panggilan dari kekasih hatinya,Wan sedang memanggil. Laju saja dia mengambil handphone nya di atas meja.

“Hello..assalamualaikum..” manja suaranya
“Waalaikumsalam..by. tengah bwat pe tu? wan tak ganggu iera ke?”
“Taklah wan..iera tengah menghayati puisi yang wan tujukan untuk iera tu. Iera suka baca lah.”
“alah.biasa2 je tu. Bagus la iera suka. Wan pun senang disini.”
“wan tengah buat pe pula? Tengah dating ke?”
“iye. Iera ni yang kacau daun betul.” Seloroh wan
“iyelah. Maaf lah iera kacau ek. Sambung lah balik.” Kedengaran rajuk darinya
“alah iera ni. Wan main main jelah. Mana mungkinlah wan buat macam tu. Hanya iera dihati wan tau.” Pujuknya
“syukur lah macam tu. Eh,wan ni dah solat isyak ke?”
“hehe..belum lagi iera.”
“amboi..telefon kekasih cepat pula. Berdepan dengan Tuhan,lambat lagi. Dah. Pergi solat dulu.

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

Tak baik kan tangguh2 solat tu.” Omel iera
“iyelah sayang, wan nak solat ni. Terima kasih kerana mengingatkan wan. Love you. K assalamualaikum.”
“love you too. K waalaikumsalam.”

Sepintas lalu perbualan mereka. 3 tahun menyulam cinta, agaknya terlalu lama mereka bermadu kasih. Tapi bagi mereka, ia bagaikan semalam saja. Pada mulanya,amat nipis mereka menjadi kekasih kerana pintu hati iera begitu susah dibuka kepada lelaki lain,tapi Azhwan tidak berputus asa dan akhirnya ia berjaya membuka hati iera yang sudah lama tidak dibuka itu. Tanggal 10 Disember menjadi sejarah dalam hidup mereka berdua. Walaubagaimana pun,mereka seperti pasangan couple lain juga. Ada masalah tersendiri. Aziera dan Azhwan bukanlah berasal dari dunia yang sama. Mereka mempunyai taraf hidup yang berbeza. Aziera hanya orang biasa manakala Azhwan orang berada. Biarpun begitu,ia tidak menjadi penghalang cinta mereka berdua. Ia begitu teguh sampai sekarang. Apa yang perlu mereka buat ialah memohon restu daripada keluarga Azhwan,kerana hanya keluarga wan saja yang menentang hubungan mereka itu. Kononnya mereka berbeza taraf dan iera tak layak bersama wan. Tapi akan mereka buktikan kekuatan cinta mereka itu.
Bunyi ketukan pintu biliknya menyedarkan iera dari mengelamun. kedengaran suara abangnya.
“iera..” Tanya abangnya,Iman.
“masuklah bang.iera tak kunci pintu.” Jawabnya
“Waa..mengelamun nampaknya adik abang ni. Teringatkan pakwe ke?” usiknya
“mestilah ingat pakwe. Takkan makwe kot. Apalah abang ni. Nape datang bilik iera? Ada nak tanya pasal cinta ke?”
“cinta je iera ni. Dahlah,mama dah panggil kita makan malam tu,jangan lambat tau. Bising nanti dia.k abang chow dulu..” pesan abangnya.

5 minit kemudian,iera turun ke tingkat bawah untuk makan malam bersama. Rumah teres itu dia diami sejak sekolah menengah lagi. Terlalu banyak kenangan disitu. Kenangan bersama mama,papa serta abangnya. Oleh kerana adik beradiknya cuma dua, sedikit sebanyak ia mensunyikan kediaman mereka itu. Terutamanya bila dia pergi ke kolej untuk belajar,dan abangnya bekerja. Papanya Encik Imran sudah meninggal dunia sejak dia tingkatan dua. Sejak papanya meninggal,keadaan mereka bertambah susah tapi mereka sekeluarga menghadapinya dengan tabah. Mamanya bekerja keras dan akhirnya dapat membuka kilang membuat kek. Hanya masa lapang saja iera datang ke kilang untuk membantu mamanya.
“iera..mari makan sini.” Ujar Puan Aziema,mama kpd iera

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

“mungkin iera nak diet tu ma. Tengok tu,makin gemuk je man tengok.”
“Iman..suka sangat nak menyakat adiknya ni.”
“Nehh..padan muka. Eleh..kata iera nak diet konon. Yang abang iman ni makan sikit jer ni kenpa? Eh..iera taknak diet lah. Iera nak makan banyak2. Sedapnya lauk hari ni..”
“Abang dah kenyang. Tapi demi mama tercinta,abang tetap nak makan gak.”
“kenyang?? Makan dengan siapa tu?” usik iera pula
“em..dengan Haiza.” Jawab iman dengan tersipu2 malu
“oohh..kak Haiza ek? Bila ehemm2 ni?”
“baru je..” ringkas abangya. Takut mamanya tak suka.
“Bila man nak bawa Haiza jumpa mama ni? Tak ingin nak kenalkan bakal menantu mama ke macam adik engkau ni?”
“isshhh..mama ni. Malu ler iera.” Merah padam mukanya bila mamanya kata ‘bakal menantu’.
“InsyAllah ma. Man pasti bawa dia jumpa mama. Tapi tunggu masa yang sesuai lah,sebab kami kan baru je bercinta.” Ucap iman dengan bersungguh2 pabila isyarat ‘hijau’ dari mamanya,
“Baguslah kalau begitu. Iera pula macamana dengan wan? Ok tak?” soal mama kepadanya pula
“huh? Ok jer ma. Syukur Alhamdulillah,setakat ni iera dengan wan masih bersama. Biarpun ada tentangan dari……” tak sanggup dia menyambung. Sebak rasanya
“Dari orang tuanya kan? Mama tau,nak. Dulu pun hubungan mama dan papa dapat tentangan dari atuk kamu tu tapi yang penting iera,adalah kekuatan cinta tu. Ini yang membuatkan cinta kami teguh. Mama harap iera tabah menghadapinya.” Nasihat mamanya lagi
“iya ma. Iera tetap pertahankan cinta kami,ma.”
“Waaaa..jiwangnya adik abang ni. Boleh buat novel ni.”
“Abang niiiiii..” geram iera lalu dia mencubit lengan abangnya itu.
“Ouchhh..sakit tau.” Marah iman
“dahlah..jangan gaduh depan rezeki ni. Makan cepat.” Ujar puan Aziema
selepas dengar kata mamanya tadi,mereka berdua pun senyap dan terus makan dengan seleranya.

Tengku Azhwan bin Tengku Azhman… namanya yang amat dikenali dikalangan masyarakat.
apatah lagi di kolej tempat dia belajar. Sungguhpun begitu,dia tidak sombong dengan orang ramai. Malah ramai kenalannya orang biasa,dan kekasih hatinya juga begitu. Tempoh 3 tahun bersama Aziera amat susah,kerana banyak halangan yang datang tetapi mereka begitu tabah dengan ranjau tersebut. Wanita itu begitu istimewa dihatinya. Dialah wanita pertama yang dapat megubahnya. Dari seorang perokok,kepada anti rokok.. dari seorang yang alpa dengan tuntutan agama kepada yang taat kepada Allah. Dia amat gembira dengan kurniaan itu. Mudah-mudahan mereka berkekalan. Tersenyum dia sambil melihat bintang diatas langit yang terbentang luas itu.
Tanpa disedari,gelagatnya dilihat oleh uminya. Uminya senang jikalau itu senyuman bukan
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

kerana perempuan itu. Perempuan yang rendah tarafnya. Dia tidak menyangka anak bujangnya itu telah bercinta dengan permpuan itu selama 3 tahun. Tempoh yang agak lama tu, dia sangka anaknya cuma bercinta main2 sepertimana sebelum ini. Tapi sangkaannya meleset. Ini tidak boleh dibiarkan. Kalau dibiar lama,mereka mungkin boleh berkahwin. Ini boleh menjejaskan imej mereka sekeluarga.

“Abang. Anak kita yang wan tu makin serius dengan perempuan tu. Perempuan kampungan. Umi tak suka lah. Kita kena pisahkan mereka ni.”
“Awak tu..kan abang da cakap dari dulu lagi,tapi awak tu yg degil. Konon dia takkan kekal lama la. Sekarang awak tengok lah anak awak tu.”
“iyalah. Apa yang harus kita buat ni,bang?”
“abang ada satu rancangan..”
“Apa?”
“Abang nak hantar dia belajar kat luar Negara,biar mereka tak boleh berjumpa lagi.”
“waa..bagus tu. Tapi abang tahulah anak kita tu,degil betul.”
“iye..macam umi kan?”
“Nak sindir umi lah ni.”
“Terasa pun.. em..pandai2 lah abang paksa wan belajar kat sana.”
“Apapun,mereka kena berpisah juga. Umi tak mahu menantu dari orang biasa.”
“iyelah umi. Em,tutup lampu tu. Abang mengantuk ni. Esok ada pembentangan kertas kerja.”
“ok..”

Rancangan Tengku Azhman memisahkan mereka berdua sudah bermula. Dia mengarahkan setiusahanya mencari university yang terbagus disana. Apa cara sekalipun,dia akan memaksa Azhwan belajar diluar Negara nanti. Itu demi kebaikan mereka. Wanita yang bernama Aziera itu sememangnya tidak layak bersama anak bujangnya itu. Yang pantas adalah,wanita yang mempunyai kedudukan tinggi,atau taraf hidup yang tinggi.
Suasana malam itu amat dingin,dingin bukan kerana sejuk tapi ‘panas’ dengan pergaduhan Tengku Azhwan dengan ayahnya.
“Ayah!! Wan tak mahu belajar kat luar Negara!”
“ayah tak kira,wan! Ayah tetap nak kamu ke sana. Belajar tinggi2,biar orang ramai tambah hormat pada kita.”
“Kenapa nak sangat buat begitu? Bukankah sekarang hidup kita memang dipandang tinggi oleh orang ramai?” tegas wan
“ayah tak kira walauapapun,kamu tetap pergi. Minggu depan,kamu akan bertolak ke Paris. Kamu bersiap sedia sajalah.”
“ayah!!! Wan dah kata wan tak mahu pergi. Kenapa ayah nak paksa wan ni? Oh ya,wan tahu.
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

Ayah dan umi nak pisahkan wan dengan iera kan?! Kenapa ayah dan umi tak suka dia?”
“Kamu tahukan yang ayah tak suka orang biasa! Kenapa kamu nekad nak bersamanya? Kamu tu keturunan Tengku. Amat memalukan jika bersama dengan orang biasa.” Pekik tengku Azhman
” Tapi ayah,Dialah satu2nya wanita yang mengubah wan. Dialah satunya wanita yang wan paling cintai. Wan tak kira,wan tetap nak bersamanya.!” Tegas wan lagi
“Ayah tak kira. Kalau kamu tak pergi luar Negara nanti,jangan harap ayah nak mengaku kamu anak ayah!!” kata ayahnya dengan lantang sekali. Satu rumah itu bergema dengan suaranya.
Azhwan tergumam,tak sangka sampai begitu sekali ayahnya memaksa dia pergi belajar ke Luar Negara. Diakhir perbicaraan mereka,Azhwan terpaksa menerima keputusan ayahnya. Dia harus belajar di Paris selama 2 tahun.

“Iera..wan janji wan takkan lupakan iera. Wan janji akan selalu menghubungi iera,wan akan hantar emel kt iera. Don’t sad my baby.” Pujuk azhwan selepas dia memberitahu iera bahawa dia akan belajar di luar Negara selama 2 tahun. Riak muka iera yang ceria tadi bertukar sedih apabila dia dikhabarkan bahawa kekasih hatinya akan berada jauh darinya, selama 2 tahun!!! Betapa sedihnya dia. Walaubagaimanapun,apa dayanya dia menghalang kekasihnya pergi. Lagipun Azhwan pergi bukan untuk suka2 tapi untuk menuntut ilmu disana.

“Iera relakan wan pergi. Tapi janji tau..jangan lupakan iera.” Ujarnya yang tenggelam dengan air mata.
“I’m really sorry,iera. Wan kena ikut cakap ayah. I’m promise I never forget u and I never let u go from my life because u only in my heart.” Pujuknya lagi.
“wan akan pergi hari isnin ni. Jadi wan nak habiskan masa hujung minggu ni hanya untuk iera saja ya. Iera,jangan sedih lagi. Nanti berat hati wan untuk meninggalkan iera.”
“Hard to believe. Kita akan berjauhan selama 2 tahun. Entahlah wan,iera rasa tak sedap hati. Macam2 yang boleh berlaku dalam masa 2 tahun ini. Mungkin wan akan berubah hati, iyelah..kita bukannya hati kita yang akan datang kan..” ujarnya pelahan
“jangan cakap begitu iera..iera tak percayakan wan ke?”
“bukan begitu wan..iera cuma buat andaian. Tapi iera berserah sajalah apa yang akan jadi nanti.”
“walauapa pun,wan takkan tinggalkan iera. Iera kena ingat pasal ni.”
“thanks wan..em..wan,iera masuk rumah dulu ya. Iera nak tenangkan fikiran dulu. Wan bersiap sedia lah barang wan tu. Iera masuk dulu.assalamualaikum.” kata iera lalu bangun dari kerusi yang dia duduki sejak tadi. Wajahnya sungul menerima kenyataan itu.
“Iera….i love you..” ucap Wan. Iera hanya menoleh sekilas pandang lalu masuk kerumah. Wan faham akan keadaan iera itu, sukar untuk mereka berjauhan. Betul kata iera tadi,macam2 boleh terjadi dalam hubungan mereka itu,segerak dengan tempoh yang lama itu.
Dibiliknya,iera menangis teresak2. Hatinya takut berjauhan dengan kekasih hatinya tu.
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

Bagaimana dia menghadapi hari-hari seterusnya tanpa Azhwan? Pada siapa,dia meluahkan masalahnya? Siapa yang akan menyayanginya seperti azhwan?
Arhhhh..aku pasrah saja! Jeritan dihatinya. Malam itu,iera lena tidur akibat terlalu lama menangis sampaikan matanya bengkak.

Sebulan berlalu,Aziera melalui kehidupan seperti biasa. Cuma ia berlainan sedikit kerana tiada sudah Azhwan yang menemaninya di sisi. Betapa rindunya dia dengan wan. Apatah lagi,pada tarikh dia berlepas ke Paris,dia tiada di situ untuk menghantarnya pergi. Bukan dia tak mahu tapi keluarga Azhwan ada di situ untuk menghantarnya pergi. Dia tahu keluarga Wan tidak menerima dia sebagai kekasihnya. Dia tak mahu sebab dia, Azhwan bertengkar dengan ayahnya. Sebulan berlalu, masih tiada lagi khabar dari Azhwan. Mengapa kau begini,wan? Hati iera risau dan gelisah. Baru sebulan,hatinya sudah membuak2 untuk berjumpa dengan Wan. Inikan pula 2 tahun? Dia merasakan Wan sudah melupakannya dan mencari perempuan lain,tpi dia menenangkan hatinya. Tak mungkin itu berlaku.
Sedang asyik dia mengelamun di taman,tiba-tiba kepalanya terasa sakit kerana ada benda keras yang terkena kepalanya. Dia mengadu sakit. Siapalah yang membaling tin minuman sampai terkena kepala aku ni,takda tong sampah ka? Ucapnya dalam hati
“Woi!! Siapa yang baling tin ni,hah?!” ucapnya dengan kasar,biarlah orang kata dia tu perempuan garang.asalkan dia dapat melepaskan geram. Sudah sedap2 dia memikirkan tentang kekasihnya,tiba2 ada benda lain pula yang menghalang tumpuannya itu.
Kemudian ada seorang lelaki berkaca mata yang menghampirinya.
“kak..akak tak apa2 ke? Saya minta maaf kerana tersepak tin tu lalu terkena kakak.” Gelisah lelaki itu. Dia lihat kepala Aziera itu lebam.
“oi..apa akak2 hah? Aku masih mudalah,baru 19 tahun. Eh,kau tak reti ke buang tin tu ke tong sampah? Kenapa nak sepak2,hah?”
“Amboi..garangnya awak ni. Patutlah saya terpanggil awak ni kakak. Muka cepat sangat tua,sebab marah2 jer. Saya mintak maaf lah cik. Angin saya tak baik tadi. Sebab tu saya pakai hantam je sepak tin tu. Tak sangka pula kena awak. Maafkan saya sekali lagi.” Kata lelaki itu.
“oh..kau ingat kau je ke yang angin tak baik?. Hati aku dari tadi tengah panas tau,tambah panas lagi dengan balingan super tin kau tu.”
“Bukan balingan super tapi tendangan Ronaldinho.” Selamba saja lelaki itu berkata
“tendangan Ronaldinho konon. Sakit tau kepala aku. Tengok..sekarang aku dah tak boleh tumpukan perhatian terhadap pelajaran aku ni.” Balas iera lagi
“bukannya kau memang tak tumpukan perhatian ke dari tadi?” sindir lelaki itu
“ish..menyindir la tu.”
“bukan menyindir cik adik oi..tpi itulah kenyataan.”
“aik?? Tadi panggil aku kakak,sekarang pula adik. Kau fikir aku ni adik beradik dengan kau ke?”
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

“Dah,kau kata umur kau ni 19 tahun. Jadi memang kau ni adik dari aku lah. Umur aku 20 tahun,setahun tua dari kau.oh ya,aku belum lagi perkenalkan diri aku. Nama aku Qazrie Ilham. Aku budak student satu kolej dengan kau.”
“Ai..tak ditanya pun.” Sindir iera pula
“Cuma diberitahu saja.” Ucapnya tenang.tiada riak marah pun dimukanya. Iera rasa bersalah pula pada lelaki itu. Lelaki itu sudah minta maaf dan berbaik2 padanya. Tapi dia melayan dengan tidak sopan. Mulutnya membisu sekejap.
“Em..sombongnya orang ni. Takpelah,aku pergi dulu.” Ujar lelaki itu dan mula mengatur langkah.
“Aiseh..dapat pula gelaran ‘sombong’ ni. Rasa bersalah pula.” Bisik iera dalam hati
“emmm..encik..” panggil iera
“Iya?” kata Qazrie lalu menoleh ke belakang. Dia tahu Aziera bukan jenis yang kasar. Sudah lama dia mengenali Aziera,itupun sebab karya cerpen yang selalu dia hasilkan di majalah terbitan kolej mereka. Sudah lama juga dia ingin berkenalan dengannya tapi rasanya ia tak perlu kerana Azhwan sentiasa disisi gadis itu. Dan akhirnya pada hari itu,dan pada saat itu,dia ditakdirkan berkenalan dengannya biarpun itu cuma kebetulan oleh kerana balingan super tin nya tadi.
“Qazrie kan namamu? Maaflah tadi rie,ak tak segaja memarahimu. Mood ak tadi mmg tak baik. Maaf ya.” Ucap iera sambil menyebut nama singkatan lelaki itu ‘Rie’. Aik? Baru kenal, da pandai2 bagi nama lain. Bisiknya dalam hati. Lantaklah…
“oh..takpa iera..iera kan nama panggilan mu?” Tanya Qazrie
“Ya..darimana kau tahu? Aku belum lagi kan beritahu nama aku. Dan lagi satu,kau memang kenal aku ke?”
“Siapa yang tak kenal Aziera? Kekasih Azhwan kan?”
“em..kamu kenal aku cuma sebagai kekasih dia saja rupanya…” ujarnya dengan perlahan
“eh..gurau je tadi tu.. aku kenal kau sebab kau kan antara penulis yang terkenal di kolej kita. Siapa tak kenal Nur Aziera,atau dengan nama penanya ‘Green_Rose’ kan? Ak selalu baca cerpen kau dimajalah kolej tu. Hebat lah.” Pujinya
“Wah?? Tak sangka ada juga yang minat dengan cerita yang aku buat. Terima kasih ya.” Iera tersenyum dengan kenyataan itu.
“Naa.. kan cantik kalau kau senyum tu. Dari tadi bad mood je.”
“ada2 ja kau ni. Em,aku terpaksa minta diri dulu ya. Aku kena siapkan assignment ku dulu. Em,k assalamualaikum..oh ya..smart tendangan Ronaldinho mu tu..k chow dlu..” kata iera lalu pergi dari taman yang sememangnya tempat dia mengulangkaji itu.
“Waalaikumsalam..iera..” baru sahaja dia ingin menyambung katanya tetapi iera sudah jauh darinya malah bayangannya semakin pudar dari pandangan matanya.
“Ya Allah,terima kasih kerana Engkau membuat kami bertemu dan berkenalan. Hambamu ini
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

amat bersyukur dengan kurniaanMu,ya Allah.” Itulah doanya selepas saja pertemuan indah tadi itu.

Iera meneliti lebam didahinya itu,ouch..sakit juga bila ditekan. Tak sangka hari ini dia akan berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Qazrie Ilham,yang juga seniornya di kolej. Kenapa dia tidak pernah lihat lelaki itu ya? Mungkin kerana dia asyik berkepit dengan kekasihnya sampai orang lain pun tak dikenalinya. Baru juga dia tahu ada orang lain yang meminati cerpen yang dia buat slama ini. Waa…rasa terharu juga.
Iera hanya menganggap pertemuan itu hanya biasa-biasa saja,tapi dia tak tahu betapa gembiranya hati Qazrie dengan pertemuan itu. Pertemuan yang tidak diduga.

Seanggun warna senja menyapa..
bersambut musim yang dijalani..
semegah bintang penuh harapan..
mencoba tuk terangi
dalam gelapnya malam..

Ungkapanku untuknya..
untuk seorang wanita..
yang ku puja,dan ku puji..
takkan ku rasa jenuh..
dirinya dihatiku..

Parasnya sungguh indah sekali..
menggugah rasa tuk ingin selalu bersamanya..
senyumnya menggetarkan jiwaku..
merasa pindah dalam alunan syair laguku..

Petikan gitar menambah lagi alunan rentak lagu itu. Lagu yang sesuai dituju kepada Aziera. Qazrie tersenyum sambil bermain2 dengan petikan gitar. Mahu lagi dia menyanyi lagu itu,tapi diusik oleh rakan serumahnya..
“Arie..tengah dilamun cinta ke?” usik Shazlan,salah seorang rakan serumahnya.
“Eh..takdalah. kau ni,ada2 ja..” senyumnya sendiri
“eleh..tiada pa2 konon. menyanyi lagu jiwang lagi tu.” Lan berkata lalu memetik gitar. Dia pula yang menyanyi. Lagu ‘Kau ilhamku’ didendangkan sesuai dengan suasana malam itu.
“Entahlah lan..aku rasa aku jatuh cinta..” pengakuan Qazrie mengejutkan Shazlan.
“Hah?? Dengan sapa beb?”
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

“Dengan Green Rose aku..” jawapan Qazrie membingungkan lagi rakannnya
“Sape lagi Green Rose ni? Eh..rasanya macam penah dengar je ni nama tu. Tapi dimana ya?” ucap Lan sambil mengingati nama tersebut. Arhh..terlalu banyak makan semut ke aku ni sampaikan susah nak mengingati nama tu? Bisik hati Shazlan
“Oh ya..bukan ni nama pena penulis di kolej kita tu ke?” Tanya Lan
“Em..macam kau da ingat ya. Kau ingat tak lagi cerpen yang bertajuk ‘kau ilhamku’ yang pernah meletup2 kat kolej kita tu. yang dapat sambutan hangat tu. Ingat tak lagi?”
“Oh..ingat..ingat. budak junior tu kan yang dapat tempat pertama dalam pertandingan penulisan dan cerpennya dapat masuk majalah kolej kita tu kan?” soalnya
“hah..ingat pun.”
“Eh..bukan ke budak tu awek si Azhwan?”
“Aku tahulah. Tapi sekarang kan dia belajar kat luar Negara,jadi aku tengok iera bersendiri je,jadi aku kesian lah kat dia tu.”
“oo..ambil kesempatan dalm kesempitan ya?”
“eh tak lah. Aku fikir dia perlukan teman disisi lah. Aku ni nak fahami dia saja.”
“Kau ni suka si Aziera tu sejak bila?”
“Sejak aku baca cerpennya yang bertajuk ‘kau ilhamku’. Masa tu aku baru break dengan Puteri. Akibat dari itu,aku membenci sangat pada perempuan. Aku anggap semua perempuan jahat,tapi bila aku baca cerpennya,aku rasa aku telah dapat kekuatan yang baru. Rupanya bukan semua perempuan macam tu. Setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan. Aku rasa aku dah jumpa cintaku yang sebenarnya.”
“Oh begitu rupanya. Aku sangkakan kau suka baca cerpen dia sebab tajuk cerpennya pun ada nama kau kan, ‘Ilham’..rupanya falling in love la pula.haha” gelak Lan
“Janganlah gelak lagi..engkau ni tak habis2 nak sakat aku kan..pergilah sana,aku nak sambung balik nanyian aku ni.” Usir Qazrie atau dengan nama panggilannya Arie.
“Ada orang jatuh cinta!!!!” teriak Lan yang hampir seluruh isi rumah dengar,bahkan kawan2nya ditingkat bawah pun dengar. Diorang hanya mengeleng kepala saja dengan gelagat shazlan yang sememangnya riang itu.
“Cinabeng tol punya kawan..hehe” ujar Arie sambil melempar bantal kecil disofa kearah Lan tapi Lan sempat megelak. Lan hanya ketawa mengekeh2 apabila bantal yang dilempar tidak kesampaian.
Qazrie sudah malas melayan kerenah kawannya itu,dia kemudian turun ke tingkat bawah untuk mengajak rakan2 nya untuk sembahyang berjemaah di masjid yang berdekatan. Sebelum dia keluar,dia mengeluarkan sayur sayuran dan juga ikan dari peti sejuk. Malam ini adalah gilirannya dan Shazlan memasak dirumah bujang yang mereka diami itu sejak setahun yang lalu. Biasalah kan semua orang yang mendiami rumah itu adalah bujang kesemua.jadi mereka menetapkan peraturan bahawa setiap hari ada yang memasak secara bergilir2. Tetapi sesiapa
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

yang ada wang lebih,makan diluar pun tak mengapa. Nama Qazrie dipanggil berulang ulang kali,dengan segera..dia menyempurnakan sekejap kerjanya. Kemudian dia megikut rakannya berjalan kaki ke masjid. Masjid yang hendak mereka pergi tidaklah terlalu jauh tapi bukankah lebih banyak pahala kalau berjalan kaki,setiap langkah kita ke sana mendapat pahala yang banyak. Lagipun motor2 mereka semua ‘berehat’ hari ni,nak jimatkan minyak la katakan.

Hari terus berlalu,hari seterusnya di indahkan lagi oleh Aziera. Semakin lama,mereka berdua semakin rapat. Bagi Arie,dia merasakan amat bahagia walhal iera cuma menganggap dia sebagai kawan biasa. Aziera masih lagi menunggu khabar dari Azhwan biarpun setengah tahun sudah berlalu tanpa apa2 khabar Azhwan di Paris. Ada juga yang mengatakan Azhwan sudah berubah hati di sana,dan tak ingin lagi bersamanya. Tapi dia tetap memekak saja telinganya,kerana dia tahu Wan takkan mengkhianati cinta mereka. Dia akan tetap menunggu wan kembali. Tapi dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada wan di sana.

Di Paris,kelihatan wan sedang bermesra dengan seorang wanita. Sudah 6 bulan berlalu dia berada di Paris. Ternyata keadaan disitu cukup mengugat keimanannya. Hanya seminggu saja dia dapat menahan imannya,dan akhirnya dia tewas. Dia sudah mengkhianati cinta mereka. Oleh kerana itu,dia sudah tidak mengkhabarkan apa2 tentangnya pada iera. Dia merasakan itu tidak perlu lagi. Mungkin saja iera pun membuat perkara yang sama seperti dia,fikirnya..
Aqilah atau dengan nama sebenarnya Nur Aqilah binti Tan sri Ahmad. Darjat yang hampir sama dengan Azhwan. Dua2 mempunyai kekayaan yang banyak,tambahan lagi keluarga mereka adalah rakan kongsi dalam urusan bisnes. Aqilah la yang menjadi kekasih Azhwan semenjak mereka berada di Paris. Nama Aziera sudah luput dari ingatan Azhwan.kini dia sedang berseronok dengan Aqilah yang satu university di Paris..terlalu leka dia berseronok disana padahal dia tidak tahu saban hari iera setia menunggunya..tunggu tanpa rasa penat.

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

2 tahun kemudian…..

Akhirnya penantian iera sudah berakhir. Dengar khabarnya,hari ini Azhwan akan balik ke Malaysia. Dia rasa terharu sangat kerana akhirnya dia dapat berjumpa semula dengan kekasihnya yang sudah 2 tahun tak jumpa. Dia berasa gembira tetapi dia tidak tahu apa yang berlaku seterusnya bakal melukakan hatinya yang suci itu. Pada petang itu,iera sedia menunggu tempat yang mereka berjanji untuk bertemu sebaik saja wan pulang dari luar negara. Dia menunggu dengan harapan wan muncul didepannya. Tapi ternyata sangkaannya meleset,sampai ke malam dia menunggu dalam suasana yang sejuk ekoran hujan lebat di situ. Akhirnya dia mengalah dan pulang ke rumah. Dia berfikir pasti wan tidak datang kesitu kerana penat menaiki pesawat. Atau apa2 hal. Tak mungkin wan lupa.

“Hello my dear mother. Wan rindu sangat kat umi. Umi macamana? Ayah mana?” ujar wan sambil memeluk erat uminya itu. Sudah lama dia tidak bertemu dengan uminya itu. Aqilah yang berada disisi wan tersenyum melihat kemesraan anak beranak itu.
“Wan..anak umi. Lama tak jumpa wan ni. Umi sihat saja,ayah kamu tu ada mesyuarat kat pejabat.. anak umi sihat ke?”
“Sihat la umi..” senyum wan
“eh..Aqilah ada rupanya. Apa khabar ila? Lama auntie tak nampak kamu.” Tegur umi wan yang baru saja menyedari kehadiran Aqilah.
“Iya auntie..ila sihat saja. Auntie ni nampak sihat dan muda saje. Ade rahsia ke auntie?” ketawa kecil ila sambil memuji umi wan,hajatnya hanya mengambil hati umi supaya senang dia bersama wan.
“Kamu nie ila..malu le auntie. Auntie dah berumur,tak macam ila. Masih muda dan cantik. Patutlah anak auntie terpikat dengan kamu. Kan wan?” soal uminya
Wan hanya tersenyum sambil mengangguk. Uminya tersenyum riang. Akhirnya wan sudah dapat melupakan iera. Dan bersama dengan perempuan yang sama darjatnya. Uminya puas dengan kejayaan itu. Nama Aziera sudah berjaya dipadam olehnya dari hati anaknya wan itu.

“Jangan la nangis iera. You must be strong.” Pujuk Arie yang melihat iera menangis
“iera sedih sangat rie..mungkin betul la kata orang lain tu. Mungkin wan dah berubah hati. Dia da tak ingat iera lagi. Dia khianati cinta kami..” ujar iera dengan perlahan tapi esakannya masih
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

ada.
“Iera tak boleh buat andaian terus macam tu. Macamana kalau wan juga setia? Macamana dia pun tidak mengkhianati cinta kamu?” soalnya pula.
“Iera pun fikir macam tu,tapi bodohkah iera sampaikan tak boleh agak apa yang terjadi pada wan? Dah 2 tahun berlalu,dan selama 2 tahun itu juga iera tak pernah menerima secebis khabar dari wan. Selama 2 tahun juga,dia tak pernah menghubungi iera dan menghantar emel kt iera. Inikah setia??” tegas iera. Qazrie terdiam sebentar,betul juga apa yang dikatakannya itu. Susah juga memujuk iera ni. Susah lagi apabila dia harus berpura2 menjadi kawan biasa iera,padahal dalam hatinya dia mahu iera menjadi pemaisuri dihatinya. Dia ingin membahagiakan iera,dan tak ingin menyakiti hatinya walau sekelumit pun. Tapi apakan daya,dia tak mampu melawan perasaan iera terhadap wan. Cinta mereka terlalu dalam,perlukah dia meruntuhkan tembok cinta mereka yang telah dibina sejak 5 tahun yang lalu itu? Arhh..aku tak mahu menjadi orang ketiga antara mereka. Kalau hanya dengan wan saja yang dapat membahagiakan iera,dia rela membiarkan iera bersamanya. Kerana kebahagian iera paling utama yang difikirkan oleh Qazrie.

“em arie..arie…” panggil iera berulang kali.
“Huh? Iera..maaf arie mengelamun tadi, kenapa iera?”
“Em..iera nak balik rumah lah. Nanti abang man cari2 iera pula.”
“Oh..biar arie hantar iera ya. Tak bagus perempuan cantik ni jalan sorang2. Nanti kena kidnap..hehe”
“iyalah tu..” kedengaran ketawa kecil dari iera. Arie merasa lega sekejap,dapat juga dia menghiburkan hati iera walau sebentar. Kemudian mereka menaiki kereta Exora milik Qazrie yang baru setahun lalu dia beli kereta itu. Dengan pinjaman yang ada,dia beli kereta itu bagi menyenangkan pergerakannya. Dulu jadi mat motor tapi sekarang dah jadi mat kereta.. selepas saja menghantar iera pulang, dia pun balik kerumah. Malam itu,dia sukar melelapkan matanya. Terlalu banyak yang dia fikir tentang iera. Benarlah kata orang,kalau kita terlalu banyak fikir sebelum tidur,agak sukar kita melelapkan mata kita. Itulah terjadi pada malam itu.

Gambar iera bersamanya ditatap dengan keluhan kecil,dia tahu pasti iera menunggu di taman dengan lama. Dia pernah berjanji dengan iera,sekiranya dia pulang dari luar Negara. Mereka akan berjumpa di tempat yang dijanjikan. Tetapi dia memungkiri. Dia masih belum sedia lagi untuk bertemu dengan iera. Tambahan lagi dia sudah mengkhianati cinta mereka yang telah dibina sejak 5 tahun yang lalu. Adakah iera akan memaafkannya?..hanya Tuhan yang tahu saja.
Seminggu berlalu selepas kepulangan Azhwan,iera masih lagi belum bertemu wan,kekasih yang dikasihi itu. Dia pasrah,mungkin mereka tiada jodoh. Tetapi biarlah dia bertemu dengan wan walau sekejap agar dia tahu apa yang telah terjadi pada hubungan mereka. Jam menunjuk 8 malam,sekejap lagi Qazrie pasti datang untuk menjemputnya dan makan malam bersama.
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

Mereka berjanji untuk makan malam bersama selepas saja waktu isyak. Keizinan dari mamanya pun sudah dapat. Mamanya puan Aziema memang mempercayai Qazrie,sejak 2 tahun lagi mereka kenal,dan dia pasti Qazrie akan menjaga puterinya dengan baik2. Bunyi hon kereta
Qazrie mengejutkan iera,dia mengucap perlahan. Lalu dia membetulkan tudung dan bajunya sekejap dan keluar dan menuju ke kereta Qazrie.
10 minit kemudian mereka pun telah sampai di tempat yang dituju. Restoran tepi laut menjadi tempat mereka makan malam itu,tepat dengan suasana yang aman pada malam itu. Angin dari laut mendamaikan lagi permandangan disitu,serta dihadiahkan alunan ombak laut yang mengasyikkan. Teringat pula iera dengan kenangan dulu. Dulu wan pernah bawa iera ke suatu tempat yang amat indah ditepi laut,tapi rasanya dia patut lupakan kenangan itu kerana wan takkan kembali ke sisinya lagi.
Pening dia memikirkan tentang kisah dulu,sampaikan dia terlanggar orang sewaktu dia baru saja keluar dari tandas. Tak semena-mena orang yang dilanggarnya itu adalah Azhwan!!! Azhwan bersama seorang wanita. Siapa wanita itu?

“Wan???!” jerit iera tetapi agak perlahan sikit.
“Iera??” balas wan juga dalam keadaan terkejut. Baru sahaja iera memikirkan tentang wan,lepas tu mamat tu betul-betul muncul depannya.
“wan? Wan ke ni?” soal iera seakan tak percaya.
“Siapa tu,sayang? You kenal ke?” Tanya Aqilah kepada wan.
“Oh..lupa pula nak kenalkan kat you darling.. anyway this Aziera. My friend sewaktu kat kolej 2 tahun yang lalu.” Lancar saja dia berkata sebegitu. Hati iera semakin pedih.
“Kawan??” soal iera lagi
“Oh ya..iera,this is Aqilah. Bakal tunang I.”
“Hye iera. I’m aqilah, you can call me Ila. Nice to meet you.” Jawab ila lalu menghulurkan tangan untuk berjabat dengan iera. Iera pada ketika itu agak terkejut,sampaikan tangannya berketar2 untuk menyambut tangan ila. Ila dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Tangan you sejuk la iera. Kenapa?”
“Huh? Takde apa2. Cuma terkena angin sejuk dari laut je lepas basuh tangan tadi.” Bohong iera.
“em..dah la tu. Iera tak apa2 kan? Jomlah darling kita pergi makan.” Ujar wan dalam keadaan serba salah. Tak sangka mereka akan berjumpa semula sejak 2 tahun yang lalu. Dia lihat iera semakin cantik dan bergaya. Iera ketika itu sedang pedih,hatinya sakit. Tak sangka wan betul2 mengkhianati cinta mereka. Saat wan memandangnya sebelum mereka pergi,iera hanya menghadiahkan jelingan tajam. Dan pada ketika itulah,air matanya gugur sekali lagi kerana wan.

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

Lelaki yang berkali-kali menyakitkan hatinya.
“Arie..iera nak balik.” Ujar iera dengan perlahan,dia menyembunyikan matanya yang bengkak itu daripada Qazrie melihatnya,tetapi Qazrie dapat mengagak iera menangis dari suaranya.
“Iera? Napa ni? Napa iera menangis? Apa da berlaku..ceritalah kat arie.”
iera tak dapat menahan perasaannya lalu lari keluar dari restoran itu. Dia tak mahu arie melihatnya dalam keadaan begitu. Diluar dia pergi ke tepi laut,dia melepaskan tangisannya di situ. Hatinya seakan ingin menjerit,hatinya yang baru dilukai oleh wan. Bolehnya wan hanya memperkenalkan dia hanya sebagai kawan sekolej? Kenapa dia tidak mengatakan bahawa dia ialah kekasih wan? Kenapa wan seakan tidak merasakan betapa lamanya dia menunggu kepulangannya itu? Pertemuan tadi seakan tidak bermakna pada wan,dan mereka seperti orang asing!!! Hatinya seperti dihiris sembilu. Iera melutut diatas pasir. Dia menangisi kesedihannya itu. Tiba-tiba dia terasa bahunya dipegang,dia melihat Qazrie yang datang menenangkannya.

“kenapa iera ni? Ceritalah kat arie. Arie risau ni tengok iera macam ni.” Pujuknya
“Arie..iera terjumpa wan tadi. Iera jumpa wan tadi..” esaknya semakin kuat. Dia tak peduli dia menangis kuat2 macam budak kecil,lagipun ini tepi laut..rasanya tiada yang akan dengar selain Qazrie.
“iera jumpa wan tadi.oklah tu. Bukankah iera nak sangat jumpa dia?” arie semakin pelik dengan iera ni. Dulu beria-ria nak bertemu dengan wan. Dan sekarang mereka sudah berjumpa,iera pula menangis-nangis.
“iera jumpa wan dengan bakal tunangnya. Betul tekaan iera,wan sudah berubah. Dia jahat!! Iera benci dia! Lelaki yang tak guna! Sia2 saja iera setia!! Iera benci wan!!!!” jerit iera dengan kuat. Kalau boleh,biarlah cermin2 yang ada direstoran itu pecah akibat suaranya.
“patutlah iera bersikap begini. Dia dah tahu wan sudah berubah hati. Kesian juga melihatkan keadaan iera macam ini.” Bisik arie dalam hati. Dia simpati dengan iera,diharapkan kali ini iera putus asa dengan wan,supaya dia dapat memiliki hati dan jiwa iera itu. Sementara wan yang berada direstoran itu kelihatan gelisah. Hatinya tidak tentu arah selepas bertemu dengan iera tadi. Kekasih lamanya. Ila yang melihatkan wan merasa pelik. Apa hubungannya dengan perempuan tadi? Kekasih lama ke? Arhh..tak mungkin!!! Bisik hati ila.
“Wan..you okey ke? Ila lihat dari tadi wan asyik termenung je. Nasi pun belum usik lagi.”
“Huh? Takde ape ila. Wan cuma takde selera je. Ila teruskan makan lah.” Nafi wan.
“okey. Tapi kalau wan lapar nanti,ila tak tanggung ye..hehe” seloroh ila
“iye sayang..” wan tersenyum

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

Sejak dari itu,iera amat membenci wan. Lelaki yang tiada makna lagi dihatinya. Semua kenangan mereka yang ada dibakar oleh iera. Semua barang2 yang diberi oleh wan,iera bakar. Dia tidak mahu lagi mengingatinya. Nama Azhwan telah hapus dari hatinya.

“Aloo iera..napa uncle tengok kamu ni macam pucat ja? Kamu sakit ya?” ujar Anthony,selaku pembuat kek dikilang mamanya.
“Takde apa lah uncle. Mungkin iera letih ja dengan projek kat IPTA.” Jawab iera lagi,2 tahun yang lalu dia telah masuk ke Insitut Pengajian Tinggi Awam.
“Oh.. biasalah tu iera. Kalau dah belajar tinggi2,memang makin sukar loo.. uncle ni pun biarpun tak belajar tinggi2 tapi uncle faham.” Ujar Anthony lagi yang pekat loghat cinanya.
“tapi iera mesti belajar rajin2 tau. Biar mama kamu tambah bangga. Uncle tengok mama kamu dah semakin tua. Abang kamu tu pun dah kahwin. Tinggal kamu je ni.”
Usia perkahwinan abangnya baru menjangkau setahun. Setahun yang lalu,abangnya Iman telah berkahwin dengan perempuan pilihannya,malah iera juga mengenali kakak iparnya tu. Kakak iparnya ialah Kak Haiza,wanita yang dicintai oleh abangnya sejak 2 tahun yang lalu. Bahagianya keluarga mereka,dan sekarang ini kak haiza sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka. Indahnya jika dia mempunyai keluarga seperti itu.
Hari ini hari minggu,kelihatan ditaman itu agak lengang dengan orang ramai. Mungkin kerana hari ini hari untuk orang berehat. Tidak terlalu sesak dan tidak terlalu banyak orang di situ,novel ‘sepi tanpa cinta’ karya Damya Hana dibaca dengan khusyuk. Dia amat meminati semua novel2 yang dibuat oleh Damya Hana. Kerana penulis tu juga,dia berjinak2 dalam bidang penulisan ini.
Kedengaran ada suara yang bersiul-siul. Siapa agaknya yang bersiul ni? Menganggu tumpuannya saja untuk membaca novel. Malas dia nak peduli. Lagipun ini tempat awam,tak salah orang tu nak buat apa. Makin lama makin kuat siulan itu kedengaran. Hati iera semakin geram,mahu saja dia lempar novel yang setebal 200 mukasurat itu kepada orang yang bersiul itu.
“Eh encik. Kalau nak bersiul-siul tu,boleh jauh-jauh tak? Bising la.” Marah iera lalu memalingkan kepalanya kebelakang. Alangkah terkejutnya dia apabila lelaki tu ada.
“Wan???”
“iera….” Ucap wan dengan lembut. Betapa rindunya dia dengan iera ni. Selepas pertemuan mereka hari itu,dia merasa gelisah. Hatinya menbuak-buak untuk bertemu dengannya,hatinya pasti ingin memiliki iera lagi.
“Apa wan buat kat sini?? Mana dah bakal tunang wan tu?” geram iera. Benci pada lelaki tu.
“iera..wan minta maaf. Wan banyak buat salah kat iera. Iera marah ke?”
“Ingat maaf je dapat mengubah segalanya?? Wan fikir iera ni apa? Batu? Tahu tak berapa lama
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

iera tunggu wan? Kata nak kirim khabar semua tentang wan kat sana! Tapi habuk pun tak ada. Lepas tu balik sini,siap bawa bakal tunang lagi. Wan tahu tak betapa seksanya iera disini? Kenapa wan tak menghargai perasaan iera? Napa wan buat macam ni….” Tangis iera
“iera..wan minta maaf sangat. Wan akan terangkan segalanya.” Pujuk wan
“Tak payah! Antara kita sudah tak ada apa-apa lagi! Terus terang iera cakap,iera menyesal tunggu wan dua tahun ini!” bentak iera lalu mengatur langkah untuk pergi. Tetapi tangannya disentap oleh wan.
“iera,dengar dulu kata wan. Wan pun tak sangka macam ni. Wan bukannya nak sangat perkara ini terjadi. Wan dipaksa oleh umi untuk bertunang dengan Aqilah. Iera tahu kan macamana perangai umi wan?.. pasal khabar tu pula,umi tak izinkan wan untuk menghubungi iera. Kalau wan buat,umi akan menambah lagi tempoh keberadaan wan di Paris. Kalau macam tu,wan tak dapat nak jumpa iera dengan lebih awal. Segalanya terpaksa bagi wan.” Terang wan dengan bersungguh-sungguh agar iera mempercayanya. Dia tahu itu salah. Tapi kalau dia tak buat macam tu,dia takkan dapat memiliki semula hati iera itu. Maafkan wan kerana menipu iera kali ini. Ini disebabkan wan ingin memiliki iera semula,tak kira apa cara sekalipun!
“betul ke apa yang wan cakap ni?” soal iera dengan bingung. Betul ke tu?
“Iye sayang. Wan takkan lupakan iera la. Masa wan jumpa iera hari tu,wan terkejut sangat. Masa tu,ada Ila. Terpaksalah wan ‘berlakon’ depan ila dan mengatakan ila tu bakal tunang wan. Wan tengok iera masa tu,menjeling je dengan wan.”
“Ishh…iyelah. Iera terkejut giler bila dapat tahu wan nak bertunang. Iera sedih masa tu. Ingatkan wan dah khianati cinta kita. Tapi rupanya tidak. Kalau wan betul-betul dah khianati cinta kita,memang kena terajang lah oleh iera.hehe..” ucap iera sambil tersenyum. Tersenyum kerana wan masih lagi setia. Wan ketika itu hanya menelan air liur,betul ke apa yang iera cakap itu? Iera tak tahu memang sejak 2 tahun yang lalu dia sudah mengkhianati cinta mereka. Tetapi tak usahlah diungkit. Asalkan rahsia itu masih disimpan,iera akan tetap bersamanya. Bunyi handphone iera berdering meminta dijawab.iera meyambutnya dengan memberi salam terlebih dahulu.
“Hello..assalamualaikum abang man..”
“Waalaikumsalam iera…cepat datang kehospital sekarang..kakak haiza kamu dah nak bersalin ni. Iera cepat datang..” kata Iman dengan tergesa-gesa.
“Baik abang man..kejap lagi iera datang. Abang tunggu ya..mama dah tahu?”
“Mama pun ada kat sini. Iera cepat datang..”
“Baik..iera pergi sekarang. Assalamualaikum.”
“Kenapa iera?” wan bertanya.dia lihat seperti ada kecemasan.
“Kakak ipar iera dah nak bersalin. Iera kena pergi ke hospital sekarang. Iera pergi dulu ya wan.”
“Eh iera,naik lah kereta wan. Biar wan yang hantar.”
“Tak payahlah. Biar iera tahan teksi je.” Tolak iera
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

“Jangan lah degil iera. Iera ni dah nak jadi makcik pun,masih lagi macam budak-budak. Dah..ikut wan. Biar wan hantar iera.” Ajak wan. Lalu iera pun mengikutnya dari belakang. Mereka menuju ke kereta milik wan. Wan membukakan pintu keretanya khas untuk iera yang sememangnya lazim yang dibuat oleh para lelaki. 30 minit kemudian,mereka sampai ke hospital. Dengan segera iera pergi ke wad ibu bersalin. Disitu ada abang Iman,mamanya serta keluarga kak Haiza.
“Abang man. Apa dah jadi dengan kak haiza?” Tanya iera yang penuh kerisauan.
“Kak haiza kamu,air ketubannya dah pecah. Sebab tu abang bawa dia pergi hospital. Mama kata dia dah nak bersalin. Abang takut ni.”
“Abang sabar ya. InsyAllah kakak tak apa2.” Pujuk iera. Wan yang berada disisi iera memberi sokongan kepada iera supaya kuat menghadapinya. Iman yang melihatkan mereka berdua merasa pelik,baru semalam iera membakar semua pemberian daripada wan. Dia mengatakan dia benci teramat pada wan. Dan sekarang mereka bersama semula. Apa yang terjadi sebenarnya?
“Siapa suami kepada puan Haiza?” Tanya seorang jururawat yang keluar dari wad persalinan.
“Saya.” Jawab Iman
“encik,isteri encik perlukan encik didalam. Encik kena memujuk dia meneran bayi itu keluar. Mari ikut saya kedalam,encik.” Ujar jururawat itu.
“Baik.”dengan membaca bismillah,dia melangkah masuk ke wad itu. Sebenarnya dia gugup,ini kali pertama dia menemani isterinya untuk kelahiran anak pertama mereka. Dia melihat haiza pucat dan berpeluh2. Ya Allah,kuatkanlah isteri hamba ini. Semoga anak kami lahir dengan selamat. Baru dia tahu pengertian seorang ibu. Begini rupanya perasaaan mamanya semasa mamanya melahirkan dia satu ketika dulu. Dia menitiskan air mata lalu memegang erat tangan isterinya. Dia memberi sokongan padu kepada isterinya.

Beberapa jam kemudian akhirnya haiza melahirkan seorang bayi lelaki. Betapa terharunya mereka melihatkan anak mereka yang lahir ini begitu suci. Menitis airmata mereka ketika itu. Kemudian Iman dipanggil untuk mengazan bayi lelaki mereka itu. Selepas mengambil air wuduk dan menghadap kiblat,maka dia pun mengazankan anak lelakinya itu. Dia mengucup dahi bayinya itu serta berharap dia membesar dengan baik dan menjadi anak yang berguna.
Sudah dua hari usia Muhd Izzat Haikal,anak saudara iera. Betapa seronoknya iera melayan Izzat. Tangan kecil bayi itu dipegang oleh iera,dia rasa kesucian yang amat besar. Sekali sekala izzat menguap,iera rasa anak saudaranya begitu comel. Bila dilihat betul-betul,muka Izzat lebih iras kepada Kak haiza. Matanya hazel,dan bibirnya nipis manakala kulitnya putih mengikut kulit abangnya Iman. Hari ini dia tak keluar jalan-jalan, kekasihnya Azhwan mungkin dipaksa keluar dengan ‘bakal tunangnya’. Dia tak kisah kerana dia tahu wan dengan perempuan itu tiada apa2. Qazrie pula?? Sejak dia berbaik dengan wan,arie semakin menjauhkan diri daripadanya. Dia

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??
tidak peduli kerana dia menganggap Arie sekadar kawan biasa dan tak lebih daripada itu. Wan yang amat dia cintai sampai sekarang.
“Wei Arie..dah berapa hari ni kau takde jumpa buah hati engkau tu?” usik Lan
“Tak payah lah kau cakap lagi pasal dia.”
“Itulah kau. Aku suruh kau luahkan pada iera tapi kau tak nak. Kau tengok sekarang ni apa dah jadi? Azhwan dah balik dari luar negara dan iera pun balik semula kepadanya. Apa yang kau dapat sekarang? Habuk pun takde..kau hanya kekasih yang tak dianggap je oleh iera. Bila dia sedih,kau ada bersamanya . tapi bila dia happy,dia tinggalkan kau dan bersama dengan Azhwan. Bukankah kejam perbuatannya itu?”
“Biarlah lan. Aku tak kisah. Dia bukannya tahu perasaan aku sebenarnya. Aku senang lihat dia bahagia.”
“kau tak kisah! Tapi aku kisah arie..aku sebagai kawan kau sedih lihat dia memperlakukan kau seperti itu. Dua tahun kau alami hal ni. Kenapa kau tak berani ungkapkan hal sebenarnya?”
“aku tak berani ungkap lan. Iera terlalu cintakan wan. Aku tak sanggup nak jadi orang ketiga mereka. Aku takut bila aku cakap aku cintakan dia,dia menolak dan tak mahu jadi sahabat ku lagi. Aku tak mahu dia kekok bersama ku,biarlah kami bersahabat seperti sekarang. Mungkin itu lebih baik.”
“Arie..arie.. kau memang baik lah. Kalau iera dapat kau,mesti dia beruntung.” Puji Lan
“Tak mungkin lah aku dan dia bersama. Mustahil tau.” Gelak arie
“Hellooo..tiada yang mustahil tau.”
“mustahil kau dapat berkahwin dengan Taylor Swift. Bukankah itu mustahil?”
“memanglah..kau nie kan..”
“oklah. Aku nak jalan-jalan dulu. Kau jaga rumah ya. Kalau ada pencuri,kau gunakan silat yang kau dah belajar tu..hehe”
“iyelah tu. Hati-hati jalan..jangan sampai kau langgar kereta,bukan kereta yang langgar kau.” Gelak Shazlan pula. Qazrie hanya tersenyum dan mengatur langkah pergi.

Tersengih-sengih iera semasa makan malam itu. Mamanya,abang Man,kak Haiza serta keluarga kak haiza pelik melihatkan iera. Kejap senyum,kejap mengelamun..
“Iera..iera…” panggil abanga man berulang kali
“iera…..” panggilnya lagi
“hah? Apa? Abang man nak tambah nasi ke?”
“Wui..mengelamun jauh adik abang ni.” Kata iman bersertakan gelak tawa semua orang.
“abang nie..” tersipu-sipu iera malu.
“Teringat kat sape tu iera? Azhwan atau Qazrie??”

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

“ishh..abang ni..ada pula Qazrie. Iera teringat kat wan la. Iera dengan Arie cuma kawan je.”
“iyelah tu. Abang pelik lah,hari tu iera benci2 kat wan. Sekarang dah bersama pula. Apa yg jadi sebenarnya?”
“rupanya iera salah faham kat wan. Wan tak pernah lupakan iera. Bila iera dah tahu hal sebenarnya,barulah iera bersamanya.”
“iera percaya terus kata2 wan?”
“iyelah. Kenapa?”
“taklah. Abang pelik je. Jadi arie macamana?”
“Laaa..kan dah cakap tadi. Iera dan arie takde apa2 la. Abang nie macam wartawan je.”
“Abang cuma…..” iman cuba menyambung kata2 nya tetapi mamanya menghalang.
“dahla..man,jangan lah kamu tanya2 adik kamu ni.”
“iyelah ma..”

Lagu ‘jauh’ nyanyian Karamel berdering di handphone iera,iera tersenyum dan segera mengangkat panggilan dari wan dan terus masuk ke biliknya. Abang iman agak itu mesti panggilan dari wan. Dia harap wan tidak melukakan hati adiknya iera itu.
“Assalamualaikum my dear..how are you today? Do you miss me?”
“Waalaikumsalam..amboi..mentang2 dah 2 tahun kat Paris,nak speaking bi plak wan dengan iera ek..”
“opss..sorry ek. Iera macamana hari ni? Takde rindu kat wan ke?”
“iera ok je hari ni..iera takde rindu2 kat wan. Buang masa jer.”
“Laa..takkan sampai macam tu kot. Em..takpelah..”
“Merajuk ke?”
“Takdelah..kecil hati je..”
“Eee..macam budak kecik jer..iyelah,iera rindu kat wan ni. Kemana wan pergi beberapa hari ni?”
“Biasalah,kena layan ila..”
“Bakal tunang wan kan?”
“eh..bukan tau..iera je yg bakal jadi tunang wan.wan takkan bertunang dengan ila pun.”
“Iyeke..senang hati iera kat sini.”
“iera..tahu tak hari rabu ni hari apa?”
“Hari rabu lah..nape pula?”
“Tanggal 23 september? Tak ingat ke?”
“hari apa ek?”
“Tengok tuu..lupa lagi. Wan ni sering dilupakan lah ni?”
“Haha..macam2 budak betul laa..iera ingat la,hari lahir wan kan? Ingat iera lupa ke?”
“iera nie..ingatkan iera lupalah tadi. Bikin suspen je..iera nak sambut dengan wan tak?”
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

“Nak juga. Tapi parents wan? Ila?”
“alah..pandai2 lah wan buat. Yang penting wan nak bersama dengan iera pada ulang tahun wan.ok?”
“Ok..iera ikut jer..”
“oklah my baby..wan nak tidur dulu.penat layan makcik sorang tu..c ila..wan pergi dulu ya? Sediakan hadiah yang sepecial untuk wan ek..i love you so much!!”
“I love u too…good night wan. Mimpikan iera ek. Assalamualaikum.”
“waalaikumsalam” selepas saja tamat perbualan mereka. Iera pun masuk tidur. Malam itu dia asyik tersenyum saja. Sehinggakan tak sedar dia sudah terlelap dikatilnya tanpa berselimut.

23 september,ulang tahun wan yang ke 21 tahun..iera merasa gembira perhubungan mereka seperti dulu dapat dijalinkan semula. Dia bersiap-siap memakai baju blouse sampai lutut dan pakai jeans yang tidak terlalu ketat. Tudungnya diperbetulkan sikit. Tudung warna krim cukup sesuai dengan dia pada pagi itu. Sekejap lagi pasti wan datang menjemputnya. Anak saudaranya Izzat dicium dahinya dengan lembut.ketika itu,izzat lagi tidur lena.
Ucapan assalamualaikum dari luar rumahnya kedengaran oleh iera. Suara itu pasti wan,dan dengan segera dia keluar. Ternyata betullah tekaannya. Senyuman wan amat lebar hari tu,iyalah..siapa yang tak gembirakan pada hari ulang tahun sendiri. Kemudian iera mengambil tas tangannya di kerusi lalu pergi bersama Azhwan.
“Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to Azhwan.. Happy birthday to you..happy birthday my love..iera sayang sangat kat wan..”
“thank you my dear. Wan gembira sangat hari ini. Selama 2 tahun wan tidak dapat menyambut hari lahir wan bersama iera tapi baru tahun ni dapat..”
“iya wan..iera pun happy ni. Semoga hubungan kita ni berkekalan,naa..ni hadiah untuk wan.” Kata iera lalu menghulurkan sebuah kotak yang bersaiz sederhana. Wan rasa teruja sangat.
“Iera,bagi ni kat wan? Thanks my honey. Wan buka ya?”
“Em..wan bukalah. Tapi tak tahu lah kalau wan suka.”
Perlahan-lahan wan membuka kotak tersebut,dan dia tersenyum melihat hadiah yang dia terima itu.
“iera..ni jam Rolex kan..iera masih ingat wan suka jenama ni?”
“Mestilah wan..setiap apa yg wan suka,iera sentiasa ingat tau. Tapi jam yang iera beri ni,tidaklah semahal jam-jam wan yang wan ada.”
“It’s okay lah iera. Wan tak kisah pun,asalkan iera ikhlas memberinya. Wan akan sentiasa pakai jam ni.”
“Terima kasih wan kerana sudi menerimanya. Iera bagi jam ni ada makna yang tersirat
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??
disebaliknya tau.”
“Aik,hadiah pun ada makna disirat? Apa dia tu iera?”
“Iera nak wan hargai setiap masa bersama iera. Jangan tak hargai perasaan iera. Setiap masa adalah penting dan tak mungkin dapat diulang semula. Setiap detik kita bersama akan iera ingati sepanjang hidup iera.”
“Waa..indahnya makna disebalik tu. Wan pun akan hargai iera dan masa yang ada untukmu.”
Iera ketawa kecil semasa wan berkata begitu. Lama sudah tak dengar kekasihnya itu berkata jiwang.
“Kenapa ketawa?”
“takde apalah. Tak tahu nak cakap apa lagi..hehe”
“Nak dicubit ni pipinya..”
“Buekk..” olok iera
“Aik..mengejek wan lagi ni. Dipotong nanti lidahnya ni.”
“Jahatnye..”
“Dahlah..makan semua ni kek wan. Biar tambah tembam iera ni.”
“Eee.tak maulah. Jaga badan ni.”
“Jaga badan konon. dah kurus ni,mau kurus lagi..nanti jadi macam budak2 kat Africa tu..haha.”
“Ee..jahatnya mulut wan ni..taknak layan wan.”
“alah merajuk lah ni?”
“Huhh..”
“Janganlah gitu iera. Wan sanggup buat apa untuk iera.”
“Sanggup ke?”
“Iye.”
“Nie..iera nak tanya ni.. wan tak penah pandang perempuan lain ke semasa di Paris tu?”
“Hah??? Emm..emm..” tergagap wan menjawabnya. Kerana dia pasti jawapannya pasti akan melukakan hati iera.
“Wan..jawablah..”
“Sebenarnya….” Tiba-tiba telefon wan berbunyi dan dengan segera dia menjawabnya.
“Iera..wan kena pergi dulu. Umi yang telefon tadi. Dia nak adakan jamuan kat rumah bersama Ila. Maaf ya iera?”
“emm..takpe lah wan. Wan pergilah., iera taka pa-apa. 2 jam menyambut hari ulang tahun wan pun sudah memadai. Pergilah cepat. Have fun?”
“Thanks iera. Wan pergi dulu ya. Iera jaga diri tau..” ujar wan lalu segera pulang kerumah.

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??
“Eh perempuan! Kau jangan nak mengada-gada ya dengan wan! Wan adalah milik aku!” ugut Aqilah. Sememangnya perempuan itu tidak puas hati kat iera. Dia dapat tahu yang wan bercinta dengan iera pun,dari uminya wan. Tak sangka dia kena bersaing dengan perempuan yang tidak setaraf.
“Tapi hakikatnya wan hanya cintakan aku kan? Ila,dia bercinta dengan kau hanya kerana terpaksa oleh uminya.” Kata iera sebagai membalas kata-kata aqilah yang tajam itu.
“Huh! Kau hanya dipermainkan oleh wan saja. Dasar perempuan bodoh! Eh,kau tahu tak yang semalam aku dah bertunang dengan wan?”
“Bertunang?? Tak mungkin! Wan cakap yang dia tidak akan pernah nak bertunang dengan kau.”
“Sebab tulah aku panggil kau ni bodoh! Kau senang sangat percaya dengan dia. Kalau kau tak percaya,kau tengok ni cincin tunang aku. Kalau tak percaya lagi,tengok ni..ni gambar pertunangan kami semalam. Kelihatannya wan agak senang kan dengan pertunangan kami? Tak nampak terdesak pun.kau sedarlah diri sikit! Sampai bile2 pun kau takkan diterima oleh keluarga Tengku! Keturunan tinggi.. rasanya kau tak tahu kan hal sebenarnya? Aku dan wan berkasih cinta sejak 2 tahun yang lalu. Sejak kami di Paris. Wan tak pernah setia pada kau. Kau saja yang terhegeh-hegeh nakkan dia.”
“Cukup!! Aku tak mahu dengar lagi! Kau penipu ila!”
“Terserahlah apa yang nak kau cakap. Tapi kalau kau nakkan kepastian,Tanya wan sendiri.”
“Oklah..dah cukup aku ajar kau ni kan. Baik aku berambus dari sini.” Kata ila lalu memakai kaca mata hitam dan pergi dari situ.

Iera menangis teresak-esak ketika memandu kereta. Dia memujuk hatinya supaya tenang tapi kata-kata ila membuatkan dia runsing. Benarkah mereka sudah bertunang? Tak kira,dia harus meminta penjelasan juga daripada wan sekarang. Kemudian dia memgambil handphonenya dari tas tangannya,dan mendail nombor wan. Wan ketika itu segera berjumpa iera bila dengar suara iera macam baru lepas menangis.
“Kenapa ni iera? What’s wrong with you?”
“iera nak tanya ni..betul ke wan dah bertunangan dengan ila?”
“emm..darimana iera tahu ni?” kerut saja dahi wan
“Jadi betul lah kan?”
“Iya..”
“Sanggup wan tak beritahu iera?? Kenapa wan sanggup buat begini kat iera? Wan fikir iera takde perasaan ke?”
“Iera.pelase listen to me. I’m sorry,honey. Wan terpaksa. Wan terpaksa tunang oleh umi wan.”
“iera tahu. Tapi kenapa banyak betul masalah yang menimpa hubungan kita ni wan. Kenapa sampai sekarang pun keluarga wan masih belum menerima iera?”
“Maafkan wan. Iera jangan sedih ya? Siapa yang beritahu iera ni?”
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

“Ila..”
“emm..wan dah agak pun. Iera jangan lah percaya cakap ila tu. Dia jealous pasal perhubungan kita. Sudah,sekarang iera tak payah fikir lagi pasal tu. Ya? Wan risau ni.”
“iya..kepala iera dah sakit sangat ni.”
“Sakit?? Wan pergi beli panadol dan air ya kat depan sana tu. Ada farmasi.”
“”takpayahlah. Sakit sikit jer ni. Nanti baiklah dia.”
“Iera ni. Kalau sakit ni,mesti makan ubat. Dah..iera tunggu dalam kereta wan dulu. Wan pergi beli jap.”
“Baiklah..” kemudian iera masuk ke kereta wan sambil menunggu wan pulang.
Oleh kerana terlalu lama iera menunggu wan datang,dia pun mencari hiburan sementara. Kemudian dia membuka laci di kereta wan,secara tak segaja dia terjumpa sebuah buku. Sepertinya diari wan. Mulanya dia tidak mahu membacanya tetapi hatinya membuak-buak ingin tahu apakah isi kandungan buku tersebut. Perlahan-lahan dia membuka helaian setiap buku itu,mulanya dia tersenyum kerana Azhwan banyak bercerita tentangnya. Tetapi bila dia membuka helaian yang dibahagian tengah,dia terkejut dengan apa dibacanya.

16 June 200x
hari ini aku sudah berada di Paris selama sebulan. So far,kehidupan sini memang syok sekali. Hidup sini bebas sekali,tiada tekanan. Tiada keluarga disisi dan iera disini. Apa yang boleh aku katakan disini,aku sudah boleh melupakan iera,aku tak perlukan dia. Kadang-kadang apabila aku bersamanya,aku merasa rimas. Entahlah kenapa hal ini boleh berlaku. Sejujurnya aku memang sayangkan iera,tapi lama kelamaan,aku merasa tidak bahagia bersamanya. Rasa lain dan apabila berada disini,aku menemui seseorang. Seorang wanita yang mencuri hatiku disini. Nama dia aqilah. She as good woman.

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

28 ogos 200x
Yes! Ila menerimaku sebagai kekasihnya! Aku bahagia bersamanya..
iera,I’m sorry..i have to forget you. You not in my heart again..

03 mac 200x
Waa..sudah 2 tahun aku tak jumpa iera. Dia dah semakin cantik. Aku menyesal kerana membiarkan dia bersendirian menungguku. Aku bertekad untuk mengambil cintanya semula. Selagi iera tak tahu apa yang berlaku pada aku di Paris,selagi itu hubungan kami akan baik.

Iera terkejut dengan apa yang dibacanya tu. Betullah wan sudah berubah disana. Secara tidak segaja,ada beberapa keping gambar yang diselit di situ terjatuh dari pegangannya. Dia melihat gambar itu. Sekali lagi dia terkejut kerana itu semua gambar wan bersama ila. Kelihatan wan amat mesra dengan ila. Iera seakan tidak percaya selama ini wan sudah menipunya.
iera teringat semula kata-kata ila yang ditujukan padanya.

“Sebab tulah aku panggil kau ni bodoh! Kau senang sangat percaya dengan dia. Kalau kau tak percaya,kau tengok ni cincin tunang aku. Kalau tak percaya lagi,tengok ni..ni gambar pertunangan kami semalam. Kelihatannya wan agak senang kan dengan pertunangan kami? Tak nampak terdesak pun.kau sedarlah diri sikit! Sampai bile2 pun kau takkan diterima oleh keluarga Tengku! Keturunan tinggi.. rasanya kau tak tahu kan hal sebenarnya? Aku dan wan berkasih cinta sejak 2 tahun yang lalu. Sejak kami di Paris. Wan tak pernah setia pada kau. Kau saja yang terhegeh-hegeh nakkan dia.”
Kata-kata ila sememangnya benar. Selama ini iera tertipu dengan kediaman wan. Kali ini wan betul-betul mengecewakan dia.

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

“Iera???” lantang suara wan apabila melihat iera memegang diarinya. Takkan iera dah tahu hal sebenar??
“Wan,apa maksud semua ini?”
“Iera..wan boleh jelaskan semua ini..”
“apa lagi yang wan nak jelaskan? Semua sudah jelas dalam buku ni dan gambar ni,wan! Tak sangka wan tipu iera lagi. Iera fikir wan betul2 setia? Tapi apa,wan?!”
“Wan minta maaf sangat iera. Jangan tinggalkan wan. Iera, I very love you.”
“Wan fikir dengan meminta maaf saja boleh membetulkan semua ini? Wan tak fikir ke perasaan iera selama 2 tahun ni? Iera tunggu wan dengan sabar. Iera memekak telinga saja bila orang berkata wan tidak setia disana tapi ternyata wan sama saja dengan lelaki lain Wan tipu iera! Iera betul-betul sakit hati,wan. Mulai hari ini,kita putus wan! Kita tiada apa lagi apa2 hubungan.”
“iera..please!! wan tak boleh hidup tanpa iera. Memang betul dulu wan khianati cinta kita tapi wan menyesal. Sebab itu wan merahsiakannya supaya wan dapat cinta iera semula.”
“Dengan mereka cerita palsu?! Huh..betapa bodohnya iera mempercayai wan.”
“iera..tolong jangan tinggalkan wan. Wan merayu ni..” ujar wan dengan penuh harapan.

Wan bukan lagi mentari yang selalu menghangatkan iera..
Wan bukan lagi pelangi yang selalu memberi warna dihidup iera..
Wan bukan lagi sang bulan yang selalu menerangi malam iera..
Malah wan adalah bintang yang biarkan ia ditelan kegelapan……
Itu ucapan terakhir iera. Wan terduduk dilantai sampai menangisi perpisahan mereka. Iera hanya berlalu pergi. Kali ini dia fed up dengan hubungan mereka. Air matanya mengalir deras menunjukkan dia benar2 putus asa terhadap wan. Kini tiada lagi cinta antara mereka. Semuanya telah berakhir.

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

Sudah sebulan iera break dengan wan. Sejak hal itu,dia menyendiri. Dia banyak mendiamkan dirinya dan mengelamun. Banyak kali wan mesej iera untuk meminta maaf,tetapi iera tidak layan. Boleh diberi umpamaan seperti ‘Tiada maaf bagimu’. Sudah beberapa bulan iera tidak menerima apa-apa khabar dari Qazrie. Kenapa dia begitu? Mana dia pergi saat aku memerlukannya? Adakah Arie tidak ingin berkawan dengannya lagi?
Dia harus menemui arie sekarang. Kemudian dia menukar bajunya dan segera ke apartmen Qazrie menginap bersama teman2 lain.
Tok..tok..ketukan lembut dipintu apartmen Arie. Dia harap Arie ada dirumah.
sejenak selepas itu,seseorang telah mebuka pintu rumah tersebut. Bukan Qazrie tetapi shazlan.
Shazlan ketika itu baru lepas makan,hampir mahu tersembur saja makanan dalam mulutnya apabila melihat kelibat iera didepan matanya. Wanita yang paling Arie cintai.
“kenapa shazlan? Terkejut ke tengok iera?”
“Maafkan lan ya.” Ujar Lan sambil menutup mulut. Kemudian dia menelan semula makanan yang hampir dia semburkan itu.
“Kenapa iera datang ni?” Tanya Lan
“Siapa datang tu?” jerit kawan2nya di ruang tamu.
“Iera jer…” balas lan pula.
selepas saja mendengar nama iera yang disebut oleh Lan,berlarian semua kawan Lan ke pintu rumah mereka. Tersenyum-senyum mereka memandang iera,iera pula malu dan segan kerana semua tertumpu padanya.
“Iera datang sini kenapa?” Tanya lan lagi.
“Arie mana? Kenapa dah lama arie tak jumpa iera?”
Pertanyaan iera membuatkan semua rakan disitu terdiam seketika.
“Kenapa semua diam ni?” pelik iera
“Emm..masuk dulu iera. Kami akan ceritakan hal sebenarnya.” Kemudian iera menurut saja perintah mereka. Pintu rumah dibuka luas,takut kalau ada jiran yang salah faham. Semua berkumpul diruang tamu dalam keadaan senyap.
“aku buat air dulu untuk iera.” Kata salah seorang housemate mereka disitu.
“Weyh..buatlah untuk kami semua.”
“iyelah..iyelah..” balasnya pula
“Sebenarnya..arie ada kat mana?” iera bertanya lagi.
“Arie takde kat sini. Dia nak pergi tempat jauh. Dia merasa kecewa sangat dengan seseorang. Itu sebab dia buat keputusan tu.”
“Kecewa? Siapa yang kecewakan dia? Kenapa Arie tak pernah cerita pun pasal perempuan dia suka?”
“Iera nak tahu siapa perempuan tu?”
????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

“siapa?”
“Iera lar..” jawab mereka dengan serentak.

Alangkah terkejutnya iera mendapat tahu perkara tersebut. Mengapa baru sekarang dia tahu hal itu? Mengapa Arie tidak pernah meluahkannya?

“Tak mungkin lah. Arie kan anggap iera sebagai kawan biasa je. Huh..tak mungkin lah.” Nafi iera
“oh..iera tak percayakan kami ya? Ikut sini..iera akan tahu hal sebenarnya kalau iera ikut kami.silakan..” ajak mereka
“Kenapa pergi bilik arie?”
“Naaaa…lihat biliknya..”
“Ya Tuhannnn….” Ucap iera selepas melihat bilik Arie. Bukannya bilik arie berhambur tetapi bilik arie penuh dengan gambarnya. Bukan setakat gambar,artikel tentang penulisannya. Semua cerpen yang dia buat ada diatas meja belajar Arie.
“Dah percaya kan iera?” soal Lan
“sebenarnya Arie sudah lama menyukai iera sejak beberapa tahun yang lalu. Dia ingin sangat berkenalan dengan iera tetapi ketika itu,iera lagi berbahagia dengan kekasih iera,Wan. Jadi dia memendam saja hasratnya itu. Tapi tak lama kemudian,dia bagitahu kami semua yang dia sudah dapat berkenalan dengan iera. Betapa gembiranya Arie masa tu. Kami pun happy saja melihat dia. Dia kata dia dapat berkenalan dengan iera kerana dia ketika itu tidak segaja menendang sebuah tin dan terkena iera..”
iera tersenyum dan mengimbas semula kenangan itu..
“Setiap harinya berbunga-bunga dengan adanya iera..kadang-kadang dia sedih kerana iera hanya menganggap dia sebagai kawan biasa. Tetapi dia tabah menghadapinya. Lan selalu tanya dia kenapa dia tak berani ungkapkan pada iera. Dia hanya menjawab,dia takut cintanya ditolak dan iera pasti tak mahu berkawan dengannnya dan kekok bersamanya lagi selepas luahan hatinya.”
“Iera tak tahu semua ni….” Ujar iera dengan sedih
“Tapi bila dia lihat iera kembali ke sisi wan,dia patah hati. Dia pasti iera takkan beri dia peluang. Dia tak sanggup jadi orang ketiga antara iera dan wan. Dan dia tak sanggup memusnahkan tembok cinta yang telah iera bina bersama wan.” Jelas Lan lagi
“Iera dah break dengan wan..”
“break???” terkejut mereka semua. Agak lucu juga.
“iya..tolonglah iera. Tolong beritahu iera dimana Arie sekarang..”
Rasa bersalah mereka semua melihatkan keadaan iera masa itu.

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??

“Sebenarnya Arie nak pergi ketempat yang sangat jauh. Dia nak pergi UK hari ni,sekarang dia ada di lapangan terbang. Iera pergilah..lagi setengah jam Arie akan bertolak.” Ujar Lan
“apa?? UK? Ok..ok..iera pergi sekarang. Terima kasi ya beritahu iera semua ini. Iera pergi dulu.” Ucap iera lalu lari menuruni tangga rumah mereka dan segera mendapatkan keretanya dan terus menuju ke lapangan terbang.
“Weyh Lan,takpe ke kau berkata begitu?”
“Biarlah..mana tahu hal ni boleh buat mereka bersama.kan?” ujar Lan sambil tersenyum.

20 minit kemudian,iera sampai di lapangan terbang. Berlarian dia mencari Qazrie. Tinggal 10 minit lagi arie akan bertolak ke UK. Dia harap dia dapat menghalang arie ketika itu. Air matanya seakan ingin mengalir semasa mencari arie,dia takut kehilangan lelaki itu. Baru dia tahu kehadiran arie banyak menceriakan hidupnya semasa dia sedih menunggu wan. Dia tak menyangka Arie yang dia perlukan,bukan wan. Kenapa dia tak meyedari kehadiranQazrie? Kenapa dia tidak dapat lihat cinta sebenar didepan matanya? Tak lama kemudian,dia melihat sekujur tubuh yang amat dia kenali. Dia pasti itu Qazrie ilham.

“Arie!!!!”
“iera?” ucap arie seakan tidak percaya. Kenapa iera berada disini?
“Arie..jangan tinggalkan iera lagi. Iera perlukan arie. Maafkan iera kerana tidak pernah lihat hati arie terbuka untuk iera.”
“Iera dah tahu perasaan arie? Darimana iera tahu ni?”
“Lan dan kawan2 arie yang beritahu tadi. Lan kata arie nak pergi UK hari ni. Itu yang iera bergegas kesini. Arie jangan pergi ya?”
“UK?? Iyelah..arie takkan pergi. Iera jangan nangis ya. Buruk tau iera nangis..”
“Arie ni..” ucap iera sambil tersipu malu. Akhirnya dia tahu Qazrie orang selayaknya dihatinya.
“Cinabeng tol, dorang cakap aku nak pergi UK. Aku datang ke airport ni sebab nak jemput saudara dari Singapore.tapi lain pula jadinya. Tak apelah,disebabkan mereka. Aku dapat memiliki cinta iera. Terima kasih geng…”bisik hati Qazrie ketika itu

????????? ???? ??? ?? ????ãþ??
Di suatu ketika….

“Betul ke iera terima cinta arie??”
“Iyelah. Iera terima dengan setulus hati iera..”
“arie gembira sangat tau. Akhirnya cinta Arie dibalas. Thank you,my sweet loving.”
“iera dah rasa bagaimana menjadi kekasih yang tak dianggap. Dan iera takkan biarkan Arie merasakan itu lagi..”
“Terima kasih sayang……”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Cerpen : Kekasih yang tak dianggap”
  1. nur sabrina says:

    :lol: wah…best giler…sy mmg filing ar bce cerpen ni…kdg2 cdih plak dgn pe yg terjadi kat iera..kpd yg d luar sana tu,jgnla jd cm wan lam cerpen tu..thats all from me..

  2. liya atieqa says:

    :mrgreen: best!!!
    ske2!!
    jln crite pn happening je…

  3. Chacha Ahza says:

    Best gilaaa kot. Awk sgt b’bkt dan

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"