Novel : Berakhirnya sebuah rindu 5

25 May 2010  
Kategori: Novel

1,066 bacaan 5 ulasan

Oleh : miss rina

” Begini, Encik ..,”

” Haqim!”

” Begini, Encik Haqim ! Adik encik, Shakira menghidap Leukimia,”

” Ap .. Apa ? Leukimia ? Doktor janganlah bergurau seperti ini !”
Doktor muda itu menarik nafas panjang.

” Saya bercakap benar. Sudah lima tahun dia menghidap penyakit itu. Encik … tak pernah ..,”

Haqim tertunduk. Antara percaya atau tidak dengan kata-kata doktor muda itu, dia terpaksa terima.

” Mungkin, adik encik … Cuma ada masa 2 …,”

“Doktor Lia, pesakit dari wad ICU dah sedar tapi tingkah lakunya aneh benar !”

” Apa ? Encik, saya minta diri dulu. Semoga keajaiban berlaku. .. dan adik encik selamat,” doktor itu segera melangkah meninggalkan Haqim yang sudah kelu lidahnya.

” Ira, … abang ni siapa bagi Ira ? Ira fikir abang ni apa ?” Haqim sebak.

Apa yang abang merepek ni ?

” .. Ira tak nak susahkan sesiapalah. Biar sajalah. Bukannya teruk pun,” Shakira selamba.

” Tak teruk Ira kata ?” suara Haqim meninggi.

Terkejut Shakira dibuatnya.

” Kalau terukpun, mati jelah !!” lancang sahaja mulutnya.

Terbeliak mata Haqim mendengar kata-kata yang keluar dari bibir yang sungguh menawan itu.

Shakira menyeka air matanya yang tanpa disedarinya mengalir dengan tiba-tiba.

” Biar jelah Ira mati. Bukannya ada orang pedulipun kalau Ira hidup atau mati,”

Haqim bangkit berdiri dari kerusi yang memang disediakan disebelah katil pesakit. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia menampar mulut yang celupar itu lantas meluahkan segala isi hatinya. Namun, siapalah dirinya disisi Shakira. Daripada darah mudanya terus mengelegak, lebih baik dia beredar dari situ. Kalau tidak, dia sendiripun tidak pasti apakah yang mungkin dia akan lakukan.

Shakira tertunduk. Tangisannya semakin kuat.

” Kenapa ni ? Dari tadi aku call, tak ada yang angkatpun ? Mana dia ni pergi agaknya ?” Hairi tertanya sendirian.

Ke hulu kehilir Hairi melangkah. Serba tidak kena. Hatinya berdegup kencang. Seakan sesuatu telah menimpa gadis manis 24 tahun yang baru dia kenali itu.

Mungkinkah .. sakitnya menyerang lagi ?

Badan Hairi terketar-ketar.

Tak ! Tak boleh ! Shakira … gadis yang baik. Mana mungkin dia boleh pergi secepat itu.

Hairi menekup kepalanya.

” Assalamualaikum … Hairi ?”

Rina ?

Ingatannya terhadap Shakira seolah-olah terpadam seketika.

” Waalaikummussalam,” Hairi berlari turun biarpun dari tingkat atas.
Suara lunak itu memang sentiasa dirinduinya. Sampai sahaja di anak tangga yang terakhir, Hairi segara mengawal riak wajahnya. Hairi membetulkan kolar bajunya. Semakin segak.

Hairi melangkah tenang.

” Rina ?” Hairi pura-pura terkejut dengan kedatangan gadis idamannya itu.

Marina mengukir senyuman manis.

Hati Hairi berbunga bahagia. Senang dirinya melihat gadis dihadapannya itu tersenyum riang begitu.

” Masuklah. Kenapa datang tak beritahu dulu ? Kalau tak, bolehlah Hairi buatkan sedikit kuih,”

Marina melangkah masuk ke ruang tamu.

” Alah, awak ni bukannya tahu memasak. Membaca, menulis novel dan berkurung dalam bilik .. itu saja yang awak tahu !” Marina tergelak besar.

Seronok mengenakan jejaka tampan itu.

Hairi tersenyum.

” Datang saja, terus menyakat, ya ! Nanti saya letak garam dalam air awak baru awak tahu apa yang saya tahu buat,” Hairi tertawa.

Riak wajah Marina berubah. Sedikit gusar dengan gurauan Hairi.

” Hah ! Tahu pun takut. Sekarang dah tahu apa lagi yang saya tahu buat ?” Hairi tertawa.

Kali ini dirinya yang menang.

Marina mengukir senyuman. Begitulah Hairi. Sentiasa periang dan begitu baik orangnya. Bertuah Shakira sebab mampu memiliki hati jejaka baik hati tu. Memang secocok andainya Hana Shakira dan Hairi digandingkan bersama. Hana Shakira memang bijak dan baik hati. .. dan Hairi pula kelakar, baik hati, jujur, pandai mengambil hati, tak pernah lupakan solat dan memang sempurna sebagai seorang manusia.

Fikir Marina.

” Ni, pasal apa pula tersenyum sendiri ? Ingatkan buah hati ke ?” Hairi bergurau tetapi hatinya terhiris luka.

Merah padam muka Marina.

” Eh, mana ada ! Awak dah makan ? Kalau belum saya boleh masakkan,” Marina mengalih topik perbualan.

” Sudah tiga minggu saya tak makan. Rindukan masakan awaklah,” Hairi berjenaka.

Marina tertawa seraya melangkah ke ruang dapur. Memasak apa yang patut.

Sejak hari itu, Haqim tidak lagi melawat dirinya. Bahkan, tiada sesiapapun yang melawat dirinya di hospital swasta itu. Mungkin kecil hati. Fikir Shakira. Sudah naik malu dirinya apabila beberapa orang jururawat perempuan menyoalnya tentang itu. Dia sendiri tidak pasti apakah yang sepatutnya dijawab olehnya.

” Kak Ira dah nak balik ?” Faridah, insan yang menjadi penghuni katil pesakit di sebelah katilnya.

” Ya, Idah. Kalau Kak Ira ada masa lapang, Kak Ira datang melawat Idah,” Shakira cuba mengukir senyuman.

Namun, ia begitu hambar.

Faridah membalas senyuman yang dilontarkan Shakira.

Shakira melangkah pergi. Fikirannya sedikit rungsing. Dirinya tertanya-tanya bagaimana caranya untuk pulang ke rumah. Sedangkan dia tak pernah menaiki kenderaan awam. Shakira mengeluh. Tidak mungkin sama sekali yang dia akan menghubungi Faris semata-mata untuk menghantarnya pulang ke rumah. Faris tidak boleh mengetahui tentang penyakitnya itu. Hairi pula tidak sesekali diberitahu tentang itu. Lainlah kalau Hairi itu memang terbukti abang kandungnya. Haqim ? Juga tidak mungkin. Haqim tentu sudah pulang ke Negeri Sembilan.

” Biar abang yang hantarkan Ira pulang,” Haqim bersuara dari belakang.
Seolah-olah boleh membaca fikiran Shakira.

Shakira memalingkan mukanya ke belakang. Mencari si empunya diri yang menawarkan pertolongan.

” Abang ?” Shakira terkejut.

Haqim membimbit beg pakaian Shakira. Membawanya ke tampat duduk belakang keretanya.

Shakira membisu. Perlahan-lahan dia memasuki kereta berwarna merah garang itu.

” Kenapa Ira diam saja ?” Haqim menyoal seraya menghidupkan enjin kereta.

” Abang tak marahkan Ira ?”

Haqim tersenyum.

” Marah ? Untuk apa ?”

Hipokrit !

” Ira sangka abang masih marahkan Ira !”

” Tak adalah. Abang sibuk sikit. Kerja dipejabat tu bertimbun-timbun. Itulah sebabnya abang tak dapat datang melawat Ira,”

” … Er .. mama dan papa … Mak Piah dan yang lain-lain dah ..,”

” Tak. Mereka tak tahu. .. dan mereka tak tahupun yang abang datang ke KL. Bukankah Ira nak sorokkannya daripada pengetahuan semua orang ?” Haqim menyindir.

Shakira memalingkan mukanya. Menahan kesedihan yang terbuku dihatinya.
Cakaplah apa saja yang abang nak !!

Shakira pilu.

” Ira nak minta maaf dengan abang. .. Ira tahu … yang abang marah dengan Ira sebab Ira dah cakap sesuatu yang mengguris hati abang. Ira minta maaf,”

“…,”

” Boleh abang tanya ?” lain sekali nada Haqim.

” ‘Sebuah rindu’ … adalah kisah peribadi Ira, bukan ?” Haqim menduga.

Shakira mengeluh.

” Kenapa abang menganggapnya begitu ?”

” Ira, .. walaupun abang tak membesar bersama Ira tapi abang dah masak dengan perangai Ira. Bak kata orang sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina,”

” Ira … tak tahu kepada siapa yang harus Ira berkongsi masalah. Fikiran Ira terlalu berserabut. Ira tak nak jadi gila gara-gara tak sanggup hadapi cabaran dan dugaan hidup. .. jadi apa salahnya, .. pembaca bukannya tahupun siapa Ira yang sebenarnya ? .. Mereka hanya menganggap semua itu hanya sebagai ‘cerita’ yang direka semata-mata,”

Haqim memandang tepat ke arah Shakira.

” Abangkan ada. Abang sedia membantu dan mendengar masalah Ira. Orang luar tak sepatutnya tahu semua tu,”

Shakira membisu.

Telefon bimbitnya berdering. Perlahan-lahan Shakira mencapai telefonnya itu.

” Hello !” Shakira bersuara agak perlahan.

” Assalamualaikum … tak tahu nak beri salam ?” Faris sedikit marah dengan sikap Shakira yang sentiasa lupa untuk memberi salam kepadanya.
” Er … waalaikummusalam. …,”

” Kenapa diam ni ? You kat mana ?”

Shakira terdiam. Dia berpaling ke arah Haqim. Haqim memandang Shakira. Haqim tertanya-tanya. Siapakah yang menganggu privasinya itu.

” Er .. er … I kat rumah. Sibuk sikit,”

” I menganggu you ke sekarang ni ?”

” Eh, taklah ! Ada apa ?”

” Mummy I pulang petang nanti. Boleh you temankan I ke airport ?”

” … nanti I … ,”

” …,”

” Baiklah. Jemput I pukul 4 nanti,” Shakira terpaksa mengalah.

Dia tidak mahu mereka bertengkar lagi. Biarlah dirinya sahaja yang mengalah.

” Thanks, honey. Pakai cantik-cantik, tau,”

” Yalah, … I will call you back. I’m busy now. Sorry !” ujar Shakira seraya memutuskan talian.

” Siapa yang telefon ? Faris ?” nada Haqim berbaur cemburu.
Shakira sekadar mengangguk.

Haqim membisu. Menumpukan perhatian pada kesesakkan jalan raya.

Telefon bimbit Shakira berdering lagi. Nama ‘Papa’ tertenta di skrin telefon. Berdebar-debar jantung Shakira.

Kenapa ni ? Apa yang berlaku ?

” Assalamualaikum … papa,” Shakira menghulurkan salam.

” Waalamualaikummussalam. Sha, … tolong pulang sekarang. Mama Sha dah makin tenat,” suara Papa Shakira, Fitri tersekat-sekat.

Shakira menekup mulutnya.

Mama !!!!

” Baik, pa. Petang nanti, Sha bertolak. Papa jaga mama baik-baik. Cakap kat mama, Sha kirim salam,”

” Sha pun mesti jaga diri. Berada di tempat orang mesti pandai jaga diri. .. jumpa disini nanti. Hati-hati. Assalamualaikum …,”

” Waalaikummussalam,”

Shakira membawa telefon bimbit ke dadanya. Dipeluknya erat. Matanya dipejam rapat. Air matanya mengalir deras.

Haqim terdiam. Lidahnya kelu untuk menyoal.

” Abang, boleh laju sikit ?” Shakira meminta.

” Papa dah hubungi anak kita ?” Ramisah menyoal.

Tangannya menekan-nekan dadanya. Sakitnya kian parah.

Nafasnya tercungap-cungap. Penyakit jantungnya itu memang sudah di tahap kritikal. Kalau diikutkan kata doktor yang merawatnya, riwayat hidupnya sudahpun tamat dua bulan yang lalu. Namun, Ramisah tetap bertahan. Menunggu kepulangan anak lelaki yang tidak pernah dibesarkan olehnya serta anak gadisnya yang sudah setahun tidak pulang ke bumi England itu.

” Ya, mama. nanti sampailah tu. Mama sabarlah, ya,” Fitri memujuk.
Shakira menoleh ke arah Haqim.

” Terima kasih, abang. .. sebab hantarkan Ira. … jemputlah masuk,”

Shakira serba-salah.

Haqim mengelengkan kepalanya berkali-kali.

” Tak mengapa. Ira masuklah ke dalam dulu. Abang .. pulang dulu. Rasanya tak elok kalau abang bermalam di rumah anak gadis macam Ira ni. Hati- hati. Kalau ada apa-apa nanti, call abang. Insyaallah abang akan bantu,” ikhlas Haqim.

Shakira tersenyum. Lapang hatinya.

Shakira membuka pintu kereta. Dia melangkah menghampiri pintu pagar besi rumahnya.

Haqim melambai-lambaikan tangannya ke arah Shakira lantas memecut laju meninggalkan shakira sendirian.

Shakira melangkah masuk. Fikirannya runsing.

Perlukah Hairi mengetahui tentang mama ? Kalau Hairi memang … abang kandung aku ? .. tapi .. kalau bukan macammana ? Hish, .. tak boleh ! Mama dan Papa memang rindukan anak lelaki mereka. Aduh, macammana ni ! Aku tak boleh hampakan harapan Mama dan Papa. Aku dah janji yang aku akan bawa abang pulang ke rumah. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan ? Kalau aku tak bawa Hairi ke sana, kalau mama meninggal sebelum sempat jumpa dengan abang … dan kalau abang aku … Hish , … kalau Hairi memang anak mama dan papa … bagaimana pula .. kalau dia tak sempat jumpa mama .. kalau mama pergi dulu … Ya Allah, tolonglah hambamu yang lemah dan tak berdaya ini …
Shakira merenung telefon bimbitnya. Kemudian, matanya beralih ke arah jam di dinding. Sudah 12.30 pm.

” Hello, Hairi ! … Er … awak … sibuk tak sekarang ?” Shakira gugup.

Hairi tertawa kecil.

” Kenapa ni ? Macam ada hal penting saja,” Hairi kebingungan.

” … boleh awak tolong saya ?” Shakira menduga.

Menunggu jawapan yang positif dari jejaka di hujung talian itu.

” Tolong ? Tolong apa ?”

” Tolong ikut saya ke England !” lancar sahaja mulut Shakira.

Kemudian, Shakira menekup mulutnya. Jantungnya berdegup kencang.

Bimbang permintaannya di tolak.

” England ? Untuk apa ?” Hairi semakin bingung.

” Mama saya sakit kuat. … saya nak awak menyamar jadi abang saya. ..lagipun, nama awak … sama macam nama abang saya .. Hairi Shahrizal,”

Terlopong mulut Hairi mendengarnya.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Berakhirnya sebuah rindu 5”
  1. miss rina says:

    knpe anum ?

  2. selendangbiru says:

    erks……

  3. miss rina says:

    knpe erks ?

  4. Ilya says:

    :| ermmm…dialog yg panjang. penceritaan jd kurang ntuk disampaikan. oklah ;-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"