
Novel : Bungaku bakawali 4
Oleh : amyasmin momen
Bab 9
Pintu bilik nombor 10 diketuk Nina,Umairah di sebelahnya sekadar membisu. Puan Azah, ibu Imran membuka pintu itu dan meyambut kedatangan bakal menantunya dngan ramah sekali.Meraka bersalaman, Umairah berpura-pura riang. Imran di katil senyum gembira dengan kehadiran Umairah dan Nina.sekurang-kurangya dia tak rasa bosan.
” Maaflah Ummi tak call Maira”
” Tak apa..yang pasti Im selamat,Maira dah puas hati Ummi.” Lembut tutur Umairah pada Puan Azah membuatkan wanita itu begitu menyayangi Umairah.
” Im… Maira dah datang…bolehlah Ummi tanggalkan Im kan..?” pujuk Puan Azah yang dari tadi lagi sepatutnya pulang ke pejabat, tetapi dipaksa Imran untuk menemaninya.
” ok lah…kirim salam dekat bapak dan Mak Usu.” Puan Azzah senyum hambar sebaik saja mendengar nama isteri kedua suaminya.
Nina di sebelah Umairah asyik saja menilik jam di tanganya, membuatkan Imran ketawa lucu.
” pergilah You balik,”
Tersembul biji mata Nina ” aik…halau I ke..?”
” ala…I tau you ada date dengan Far kan..?” soal Imran, Nina menganguk.Wajah Umairah berubah sebaik mendengar nama Farid.
” I ingat you dah tak perlukan I sebab dah dapat tunang kesayangan You ni..” Umairah sekadar ukirkan senyuman.
“pergilah, nanti marah pula Farid tu..”
Nina segera mencapai tas tanganya lalu beredar dari situ. Imran dan Umairah sekadar memerhatikan Nina meninggalkan bilik itu. Imran cukup faham dengan perangai Nina yang suka menghabiskan waktu bersama dengan Farid. Imran menoleh pula pandanganya ke arah Umairah, wajah tunangnya dipandang. Umairah nampak muram seperti biasa tanganya galak ingin menyentuh bahu Umairah tetapi belum sempat tanganya singgah di bahu Umairah , Umairah terlebih awal menepis dengan kasar . Membuatkan Imran terkejut.
” sorry I terkejut…”
Imran sekadar mengangguk ,masih tersentuh dengan kelakuan Umairah tadi.
“You sakit lagi ke…? ”
Imran menggeleng,. Dia tahu Umairah cuba berusaha untuk mengambil hatinya,
” Kalau I tahu You sakit macam ni , I teman you pulang semalam.” Ujar Umairah lembut.
” hm…benda nak jadi…kalau you hantar I pulang pun Tak ada manfaat juga..”
Manfaat.? Soal Umairah dalam hatinya, dia mula teringatkan kata-kata Farid padanya pagi tadi. Bagaimanapun itu adalah rahsia hidupnya yang tak mungkin diberitahu pada Imran.Biarlah menjadi rahsia antara dia dan Farid.Keadaan makin sunyi, Umairah tak tahu apa lagi yang hendak dibincangkan dengan Imran akhirnya dia cuba juga untuk menyandarkan kepalanya di bahu Imran. Semoga dengan cara ini Imran tidak akan menyedari perubahanya. Benar andaian Umairah, Imran kembali senang dengan tingkah lakunya kini.
Bab10
Sebulan berlalu, Imran makin hairan dengan perubahan mendadak Umairah, Tunangnya itu tidak lagi seceria dulu suka menyendiri , malah jarang senyum apatah lagi ketawa. Setiap kali Imran mengajaknya keluar ,banyaklah alasan yang Umairah berikan kononya sibuklah banyak assaingment dan macam-macam lagi, inilah yang membuatkan hubungan mereka berdua semakin dingin. Imran juga rasa terkejut dengan sikap Umairah yang sentiasa moody, ada saja kawan-kawanya yang kena marah dengan Umairah walaupun hal yang remeh-temeh.
Habis saja kuliah dengan Prof Irene, Imran berlari mendapatkan Umairah. Tangan tunangya dipegang dan dengan pantas juga Umairah menarik semula tanganya. Membuatkan Imran jadi kelu.
“Kita pergi makan..”
” I dah kenyang Im..” jawabnya. Mata Imran tidak lansung dipandangnya.
“Kita perlu berbincang” pinta Imran. Dan Umairah mengangguk setuju.
” I rasa kat sini saja ..”
” tak ada privacy …”
” Habis tu you nak bawa I kat lorong gelap dan you boleh bukak…..” Umairah tutup mulutnya, tak sangka kata-kata itu yang terkeluar. Imran di depanya angkat kening tak faham pada bicara itu.
‘sorry .?”
Umairah tunduk malu pada Imran, peristiwa itu benar-benar membuatkan dia terlupa yang dia tunangan Imran.
” Kenapa You selalu busy , mana masa untuk I ?” soal Imran
Umairah jungkit bahu tak faham.
” I means where your quality time to spent with me…?”
Umairah tergamam. Dia beristifar banyak-banyak .Umairah ukirkan senyuman dan Imran rasa tenang dengan perubahan tersebut.
“sorry …I baru nak ajak you keluar esok tengok wayang boleh tak..” soal Umairah, entah manalah dia dapt idea ini? Sekurang-kurangnya dia Berjaya membuatkan Imran kembali senyum
Imran tepuk dahi.
“tak bolehlah sebab ummi ajak kita makan dia nak bincang pasal majlis perkahwinan kita. Hm….mak ayah kat kampung macam mana?” soal Imran rasanya dah genap 2 bulan mereka bertunang. Umairah jadi kelu dia cuba ukirkan senyuman tetapi masih hambar. Pada waktu ini dia benar-benar tak mengerti perasaanya.gembirakah dia..?
” I serahkan pada you saja….’ Sayup -sayup perkataan itu diucapkan Umairah .
Dari jauh kelibat seorang lelaki sedang memerhatikan mereka , tapi melalui anak mata Farid ,gerak-geri Umairah yang lebih menjadi perhatianya.
Bab 11
Begitu banyak hidangan yang disediakan Puan Azah di atas meja, Umairah girang sekali melihat pajeri nenas kegemaranya turut disediakan Puan Azah. Dari tadi lagi Imran asyik memerhatikan Umairah, perubahan yang ketara pada kelakuan Umairah membuatkan dia takut kehilangan Umairah, maka sebab itu jugalah dia minta perkahwinan mereka dipercepatkan dan Puan Azah juga menyokong tindakkanya itu. Umairah gadis yang baik dan Puan Azah percaya gadis itu mampu membahagiakan anak lelakinya.
” Ummi,sedaplah ” ujar Umairah . Puan Azah tersenyum.
Imran yang baru turun ke bawah ,menarik kerusi dan duduk di sebelah Umairah.
“hm…” Umairah ukirkan senyuman pada Imran.
“Baru bangunlah tu…” sindir Umairah.
” Bapak mana…? Soal Imran bila tak melihat wajah bapaknya di situ. Puan Azah mengeluh.
” Bapak ada hal lah tapi hari ni ummi jemput seseorang untuk makan dengan kita.” Masing-masing berpandangan tidak tahu siapakah gerangan yang dimaksudkan Puan Azah.
“jadi kita tengah tunggu dia la..ni..?” soal Imran yang tidak tahan lapar lagi.
Wajah Umairah ditatap Farid dari jauh, rasa serba-salah pula untuk masuk menganggu. Entah kenapa dia menerima perlawaan dari Mak Long , sedangkan dia tahu umairah juga semestinya akan dijemput. Umairah kelihatan bersahaja membuatkan dia bertambah gugup apatah lagi bila melihat Imran di sisi kananya . Mereka sedang berpegangan tangan .Belum sempat dia berpatah pulang, bahunya dia disapa Tuan Arif.Tuan Arif ketawa lucu melihat Farid terkejut.
” kenapa kau tersorok-sorok dekat sini..?”soal Tuan Arif, suaranya yang garau membuatkan Puan Azah datang ke situ. Kot suaminya diambil, usai saja bersalam dengan Tuan Arif, Puan azah kembali semula ke meja tidak ada sedikit pun komunikasi antara mereka,Imran menyedari akan hal itu tetapi saja dia buat tak tahu.
” hah dah datang pun abang..lama tau kitorang tunggu.. ” rungut Imran, Umairah ukirkan senyuman pada Farid, Farid jadi kelu terkejut dengan reaksi Umairah yang bersahaja membuatkan dia sedikit selesa. Farid mengambil tempat di sebelah Puan Azah .
“Maira, nasi mana..?” soal Puan Azah bila melihat Umairah yang datang dari dapur
dengan bekas nasi yang masih kosong .Umairah ketawa , Imran jungkit bahu rupanya nasi belum masak. Puan Azah terlupa untuk masak kerana terlalu leka menyediakan hidangan lain. Tuan Arif geleng kepala geram dan Farid masih menyoal diri ssendiri adakah semuanya mimpi…,bila melihat Umairah yang bersahaja sikap di hadapanya.













Nak cari karya yg berlainan…;)
wish u luck yea.. go..go..