Novel : Dr.Cinta 20

6 May 2010  
Kategori: Novel

14,429 bacaan 31 ulasan

Oleh : dyadila @ dia adila

20

Macam biasa pagi mazliana hari ini akan lebih baik dari pagi-pagi sebelumnya. Orang kata ubat atau penawar hati yang paling mujarab adalah tersenyum manis di depan cermin setiap pagi. Itu telah menjadi habitnya sejak kecil lagi. Plan hari ni jalan-jalan makan angin.. pusing-pusing KL.

“aduuhhh!! Wei saudari jalan pakai hidung ?” liyana berpaling. Dia memandang sekilas wajah yang berada di depannya. LIYANA!!!.

“kenapa kau nak marah ek?” satu pertanyaan tak berapa bijak keluar dari mulut Liyana. Ayat sengaja nak cari pasal. Sofia disebelahnya kelihatan agak terkejut. Mazliana memandang sekilas rasa macam kenal tapi dekat mana ek.. sempat soalan itu muncul di mindanya.

“tak adalah sampai nak marah, tapi tengok.. sikit punya luas jalan siap boleh buat jejantas, lagi kau nak langgar aku.. kenapa?” kali ini sengaja dia melembutkan suaranya. Kalau ikutkan dan lama kena cepuk budak ni. Sabar Mazliana! Sabar!..

“suka hati akulah nak ikut jalan manapun” suara liyana dengan nada menyampah.

Mazliana gigit bibir, menahan geram. Eiii menyampah memang kena sumpah jadi sesumpah pulalah adik Dr.Johan ni.. baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. ingat sebab dia dah biasa naik kapal terbang dia boleh ukur tingginya langit tu?. Silap perhitunganlah minah ni. Nampak sangat kurang kesedaran sivik.

“emm.. apa sebenarnya yang kau tak puas hati dengan aku ni?. Cuba kau story sikit.. selagi kau tak cerita selagi tulah akan ada penyakit tak berapa disuka orang tu”

Mazliana tenang, cuba kalau boleh tak nak guna kekerasan dengan perempuan. Malulah dekat masyarakat kalau dia bergaduh tepi jalan macam ni sesama kaum satu jantina pula tu. Hishhh tak bermoral langsung. Mungkin orang lain tak kisah tapi dia kisah, dia cukup menjaga kehormatan dan taraf sebagai wanita.

“apa yang aku nak kau tahu.. aku benci kau.. dari mula aku nampak kau sampailah sekarang kau adalah orang yang paling aku benci” bisik Liyana dan berlalu, sengaja melanggar sekali lagi bahu Mazliana.

Eiihehh!! Budak ni mesti bekas pemain ragbi dulu ni.. hish2 main redah ingat aku ni batang pokok pisang ke apa nak redah sesuka hati. memang kureng betul.. nasib baiklah adik Ipar Kak Lin kalau tak dah lama cium selipar made in jepun ni.

Satu lagi soalan objektif yang menjelma di mindanya, kenapa Liyana seakan bermusuh dengannya?.

A. sebab kak Lin kawin dengan abang Johan.
B. Sebab aku tak tegur dia masa mula-mula jumpa.
C. Dia tak suka aku sebab aku cantik? Hehehe..
D. Sebab aku ambik pak we dia

Mazliana tersenyum sambil mengaru kepalanya. Tak mungkin Liyana marah sebab ambik pak we dia? Hishh ke dia sebenarnya sukakan Tengku Iskandar macam minah gedik?. Atau sebab dia tak suka kak lin? hishh tak mungkin sebab bila dengan kak lin dia jadi biasa.

Langkah tak bersalah Liyana dihantar dengan ekor mata. Malas nak cari gaduh sebenarnya, lagipun eloklah kita bersabar. Sabar itukan separuh daripada Imam. Ewahhh sejak bila entah mazliana jadi baik..

Wajah lelaki yang berjaya menawan hatinya itu nampak keruh. Macam ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Liyana duduk di sebelah najmi. Sejak dia sampai tadi lelaki itu hanya mendiamkan diri.

“kenapa ni? Macam ada yang tak kena je”

“emmm.. Mie ada benda nak cakap dengan Yana” perlahan tapi cukup membuatkan jantungnya berdegup kencang. Tak pernah dia lihat wajah serius itu sebelum ini.

“ada apa Mie?. Yana akan dengar”

“mie rasa hubungan kita sampai dekat sini je.. mie rasa kita dah tak sesuai.. lagipun untuk pengetahuan Yana, mie akan tinggalkan KL.. Mie akan pindah ke Johor”

“tapi kenapa?..kenapa mie buat macam ni?”

“jangan tanya sebab apa, anggaplah kita dah tak ada jodoh.. dan Mie harap Yana jangan cari mie lagi” putus Najmi.

“apa yang mi cakap ni??… tolong jangan buat Yana macam ni…Najmi..Najmi”

Ayat yang ringkas dan padat tapi sungguh terkesan di hatinya. Dua hari selepas dia ditinggalkan tanpa sebab dia melihat aksi manja najmi dengan seorang perempuan. Sehingga sekarang wajah itu masih segar dalam ingatannya. Mazliana Haji Nordin. Sehingga sekarang rasa marahnya tak pernah padam.

Liyana menyedut juice oren di depannya. Restoran seri melayu yang menghidangkan beratus jenis lauk langsung tidak membuka seleranya. Sakit hatinya pada sikap abang dan kakak iparnya masih ada, sejak abang Johan menikahi Azlin dia dapat rasakan yang abangnya sentiasa melebihkan isteri kesayangannya itu. Malah yang paling dia tak boleh terima apabila abangnya akan berpihak kepada mazliana setiap kali nama itu meniti di bibirnya.

Puas hatinya melihat muka sakit hati mazliana tadi.

“aku tak sangka pulak yang dia tu adik ipar abang kau.. hishhh kecik betul dunia ni” hasut Sofia. Wajah bengis Liyana menambahkan senyumannya. Pertembungan mereka dengan mazliana betul-betul kebetulan.

“aku memang sejak dulu tak suka perempuan tu, kalau ikutkan aku dah lama aku bagi penampar je budak tu..depan abang dengan akak aku punyalah baik pijak semutpun tak mati tapi dekat luar perangai macam iblis”

“apa yang kau tak suka sangat dengan dia tu? Dia buat apa dekat kau?” tanya sofia lagi, cuba mencungkil rahsia.

“kalau sekali aku dah tak suka orang tu selamanya aku aku akan benci walaupun sampai mati” lauh Liayan perlahan.

“kau tahu dia tunang Tengku Iskandar bos aku yang hensem tukan” Liyana hanya mengangguk.

“tapi aku dengar bekas kekasih Tengku Iskandar ada datang balik.. dan apa yang aku dengar Tengku Iskandar memang masih sayangkan Ex dia tu, alaaa mustahillah kau tak kenal. Model terkenal tu si Julia Hana” bisik Sofia.

Liyana ketawa kecil, kalau betulah macam tu memang padan muka perempuan tu. Biar dia rasa macamana orang yang dia sayang kena rampas. Bisik hati liyana, kalau dulu Najmi tak berjumpa dengan perempuan tu pasti dia tak akan menanggung sakit ditinggalkan. Kalau bukan sebab perempuan tu yang mengoda mesti cinta Najmi masih untuknya.

“kau ok ke?” Tanya sofia lagi apabila melihat Liyana yang terdiam lama.

“ok…” bisiknya perlahan. “kau risik-risiklah apa perkembangan perempuan tu, nanti kau beritahu aku apa yang jadi” arah Liyana

Sofia tersenyum. Mengenali Liyana ibarat dia berada dekat dengan lombong emas. Cakap saja berapa duit nak pakai pasti dengan senang Liyana akan memberinya. Maklumlah anak Datuk. Niatnya nak mengorat abang Liyanapun sudah lama terkubur bila lelaki itu mendirikan rumah tangga. Apa yang lebih mengejutkan lelaki itu memilih kakak kepada Mazliana. Macam dah tak ada perempuan lain.

Malam ni macam biasa di jam yang sama dan di tempat yang sama di bangku yang sama, Boharin duduk bersantai. Dari jauh dia melihat Taufiq yang tersenyum melayan pelangan. Gerai pemuda itu nampaknya semakin mendapat perhatiaan. Sekarang nipun Mak kiah ibu Taufiq juga kadang-kadang datang membantu.

“fiq kak Maz tak datang ke hari ni?” pertanyaan Boharin membuatkan Taufiq tersenyum. rajin benar abang bobo bertanyakan Kak Maznya. Terkejut juga dia melihat abang bobo yang sudah terpacak depan gerainya seawal ini.

“hari ni tak datang kot..”

“kenapa?” sekali lagi bobo bertanya, lama juga tak nampak mazliana. Semenjak Haji Nordin dan Puan Maznah ke mekah, mazliana jarak lepak dekat gerai.

“ada hal penting katanya, lagipun dah selalu sangat hari minggu kak maz habiskan masa dekat sini tolong Fiq sekali sekala biarlah dia buat hal dia pulak”

Bobo mengangguk faham, dia tersenyum lagi. Kadang-kadang malu juga dia dengan sikap matang yang ditunjukkan taufiq. Selalu juga terkeluar nasihat secara tak langsung dari mulut pemuda itu. Mungkin tanggungjawab yang dipikul mengajar dia erti berdikari dan bijak menangani masalah.

“apa yang buat Fiq rapat sangat dengan Kak Maz?” pertanyaan yang selama ini terbuku di hatinya. Bukan dia cemburu tapi agak terkejut dengan kehadiran Taufiq yang didakwa Mazliana adik angkatnya.

Padahal dari sekolah lagi mana pernah dia tengok si mazliana ni layan angkat mengangkat ni. Ini tetiba ada adik angkat bukan cerita hairan bin ajaib ke tu?.

“kenapa abang tanya macam tu?” soal taufiq, tangannya ligat mengelap meja di depan Boharin.

“tak adalah..abang pelik juga Kak Maz tu jenis yang susah juga nak rapat dengan orang walaupun dia jenis yang tak kisah, tiba-tiba kau jadi adik angkat dia…so abang macam terkejut sikitlah.tapi sikitlah tak adalah banyak sangat” jelasnya dalam ketawa kecil.

“entahlah bang apa yang penting saya selesa dengan Kak maz yang saya kenal, kak Maz banyak tolong saya keluarga saya”

“semua orang yang kawan dengan dia akan selesa, hahh!! Kau bungkuskan abang burger special 2. satu tu letak sos banyak sikit. Kak Ina kau tu entah apa kau letak dalam burger tu entah hari-hari nak makan burger”

Taufiq ketawa kecil mendengar rungutan yang lahir dari mulut boharin. bukan kali pertama dia mendengar nama kak Ina Cuma orangnya saja yang belum pernah dijumpai. Sememangnya seminggu tiga kali abang bobo akan membeli burger darinya.

“dia suka makan burgerlah tu.. bukan sebab saya” jerit Taufiq dari kuali burger yang sedang berasap.

“hahhh memanglah suka, tapi kalau dah hari-hari makan burger tak ke nanti badanpun macam burger” ketawa mereka bersatu.

“macam burgerpun abang sayang jugakan?” duga Taufiq sengaja mengusik boharin.

“haiiii siapa tak sayang bini ooiiii” jerit boharin lagi dalam tawanya. “siapa kata kakak sayang kau tu tak datang Fiq? Tu dia datang dengan senyum simpulnya..dia datang dengan lemah tak gemalainya” sempat juga boharin menyanyikan lagu khas buat Mazliana.

“haiii..ada saja kau dekat sini…tak ada anak bini ke dekat rumah?” Tanya mazliana selamba.

“hishhh kau ni memang mulut tak sayangkan.. aku datang nipun sebab nak bagi anak bini aku makanlah..” marah bobo. Tapi sebenarnya taklah marah sangat dia tahu mazliana bergurau.

“haiii datang bawa bodyguard nampak?” usik bobo lagi. Dia tersenyum sambil menghulurkan salam perkenalan kepada lelaki yang masih tak dikenali. Hensem. Cukup tinggi, kulit putih bersih.. mana pulaklah si mazliana kutip ni?

“ehhh lupa pulak, ni bos aku nama dia zikri.. Bos ini penyibuk dekat gerai ni nama dia Bobo atau nama dalam My kadnya Mohd Boharin shamsul”

“hebatnya perempuan ni sampai bawa bos datang makan dekat sini..panggil saya bobo je bos..”

“ehhh tak payah nak ber’bos’ dengan saya, just panggil Zikri je”

Zikri nampak tenang sambil duduk di bangku bertentang dengan Boharin. Macam dia dah biasa dengan gerai ni. Bobo sempat memerhatikan lagak lelaki di depannya. Hishh tak akan maz ni menduakan tunang dia ni… hishh tak leh jadi ni bleh jadi kes kecurangan ni.

“ehhh bobo untuk mengetahuan kau.. bos aku ni dah jadi VVIP tau dekat sini..first class servis tau kalau dia datang” jelas mazliana. Bobo mengangguk beberapa kali, tanda faham. Macam mazliana boleh mendengar apa yang bermain di fikirannya sekarang.

“bos macam biasalah ekk buat macam rumah sendiri..saya ada hal sikit” mazliana meninggalkan zikri dengan Boharin. Langkahnya terus kepada Taufiq yang sedia sudah menghadiahkan senyuman padanya.

Mazliana hanya duduk di kerusi ukiran kayu jati yang terletak di hujung kolam ikan. Matanya meneliti keindahan malam yang langitnya dipenuhi bintang-bintang. Kalau ayah ada mesti haji nordin akan menjadi mangsa menjadi penemannya mengira bintang. Saat itulah dia rasa sangat rapat dengan ayahnya.

Penat juga duduk dekat gerai tadi. Nasib baik bos rajin juga buat kerja. Terbayang aksi Zikri yang membakar daging burger sampai hangus. Merosakkan selera pelangan. Nasib baiklah boleh pandai lepas dua kali percubaan. Mantap betul otak bosnya, sekejap je dah pandai. Malah lebih cekap dari dia.

“jauh nampak dah sampai mana?” sergah Tengku Iskandar..

“ada lagi dekat sini !!! dekat depan mata… ehh tak pergi mana” latah mazliana.

“hishhh sejak bila pulak latah ni….buat apa?”. Penampilan mazliana dilihat sekali imbas. Baju tidur biru laut dengan bertocang dua, nampak comel. Tengku Iskandar tersenyum.

“tengok bintang” jawab Mazliana ringkas.

Matanya masih pegun menatap keindahan malam. Memang hobi tak langsungnya, melihat bintang yang bersiar di awan gelap. Sesuatu yang menenangkan. Tak payah buat siaran ulanganlahkan 3 benda yang membawa ketenangan pada Mazliana Haji Nordin.

“jiwang bunyinya tu” sindir Tengku Iskandar. Matanya turun ke arah yang menarik perhatian mazliana. Meneliti beberapa bintang yang bersinar.

“salah ke?”

“kalau awak tengok bintang awak ingat apa?” tanya iskandar kembali. Sejak dua menjak ni dia sibuk dengan Julia hana, terasa rindu pulak nak bersama wanita disisinya sekarang. RINDU??!!…kenapa perkataan itu yang muncul?.

Mazliana seperti memikir sesuatu. “nothing” balas mazliana pendek.

“nothing?!”

“bintang buat saya berhenti berfikir”

“wah!! maknanya cari ilham tengok bintanglah?” sekali lagi bos besar buat ayat nak cari nahas. Ada juga yang kasutku di bibirmu ni.

“mungkin” mazliana malas nak bertengkar. Kadang-kadang penat.

Mereka sama-sama membisu. Cuba memproses kata-kata hati yang tidak kedengaran zahirnya. Mazliana berbisik sendiri, begitu juga hati Iskandar. Dia putus kata bila berhadapan dengan mazliana macam ni tapi dia nak berada lama dengan gadis comel itu.

“mana bos tadi ek?” sengaja dia mengubah topik. Malas nak jadi badut pulak dekat situ, asyik senyum sokmo. Padahal dalam hati terbakar..

“dekat dalam kot dengan papa” zikri masih sibuk dengan fail Trvel key di bilik papanya. Entah apa yang dibincangkan dia sendiri malas nak ambil tahu. Semua berkaitan projek itu berada dalam tangan Zikri, rasanya dia tak perlu campur tangan.

“Bos tu sayang betul dengan Mak Engkukan” dia sudah dengar cerita edisi Zikri, tapi sengaja soalan itu diutarakan untuk mendengar edisi Bos Besar kesayangan Syamin ni pulak.

“Zikri dan macam keluarga kami, sejak kecik dia sentiasa utamakan mama” mata lelaki itu masih memandang ke arah bintang yang bertaburan dilangit.

Matanya meneliti wajah milik Tengku Iskandar dari sisi. Cahaya bulan dan lampu neon cukup memberi ruang untuk dia meneliti wajah lelaki itu. Emmm memanglah patut ada yang sanggup gadai body sebab mamat ni. Hensem jugak. Mesti ada antara awek-awek dekat MM Holding yang kuciwa bila tahu aku menjadi pilihan Tengku Iskandar, tapi tunang palsulah.

“kenapa hensem ke?” tanya Tengku iskandar tiba-tiba. Mata mereka berpaut.

“hah?” Mazliana kalut. Cepat-cepat melarikan pandangan.

“lama awak tilik muka saya, mestilah hensem sampai tak berkelip matakan” usik Tengku Iskandar, Mazliana mencebik.

“perasaan bin perasanlah pulak bos besar ni, saya tengok tu cuma nak pastikan yang bos kata tu betul ke tak” terang Mazliana lagi. Dia kembali kepada aktiviti memetik air kolam. Macam tak ada kerja lain. Padahal sengaja nak Cover kantoi..

“kenapa awak cemburu ke?”

“cemburu?!!”tanya Mazliana kembali, “apa kes pulak saya nak cemburu kalau nak cemburu pergi kota barulah” Tengku Iskandar ketawa kecil. Mazliana tersenyum sinis, fuhhh berdebar weiii…tengok senyuman tu.

“kenapa awak senyum?” tanya Tengku Iskandar yang kembali dalam mood serius.

“susah nak tengok Bos besar ketawa macam tu, kalau selalu macam tu mesti lagi hensem”

“jadi awak mengakulah saya hensem?” duga Tengku Iskandar lagi. Sengaja dia mengusik Mazliana. Jelas wajah itu kemerahan. Dia suka suasana itu.

“hensem sangat tu tak adalah, tapi kalau dibandingkan dengan abang mamak yang jual roti canai sebelah simpang rumah saya tu, kira bos besar lagi oklah” ketawa Mazliana pecah.

“mamak Roti canai??” ketawa Mazliana masih bersisa. “awak kan tunang saya, awak tak cemburu?” sekali lagi soalan yang boleh mengancam keselamatan nadi jantung diutarakan. Mazliana terdiam. Apa lagi cari ayat cepat….

“ehh saya tunang bos besar ke?. Alamak macamana boleh lupa ek..” kening Tengku Iskandar terangkat lagi. Tanda dia tak puas hati dengan jawapan tak berapa logik yang keluar dari mulut mazliana.

“buat apa saya nak cemburu, lagipun kita ni ibarat itik dengan ayam” sambung mazliana lagi.

“Itik dengan ayam?” Tengku Iskandar pelik.

“Yalah Itik tu Bos besarlah.. Ayam tu saya, kalau banjir besar bos besar boleh selamat sebab Itik boleh berenang tapi kalau ayam?.. banjir nak lari dekat mana? Nak dijadikan cerita, bos besar ada segalanya tapi saya ni apalah yang ada”

“susahnya bercakap dengan orang seni ni ek, nak buat perumpamaanpun berkias-kias”

“seni tu unik, bagi saya hati manusia adalah yang paling unik..tak ada kiasan dalam bentuk bahasa yang boleh lahirkan apa yang bermain di hati” tiba-tiba dia teringat lukisan Red Heart yang membawa maksud yang sama dengan ayat yang baru terlepas dari mulutnya.

“kadang-kadang awak ni bijak jugakkan” usik Iskandar lagi.

“bukan kadang-kadang , selalunya saya memang bijak”

“perasaan bin perasanlah pulak” balas Tengku Iskandar, dia tersenyum.

“ehh macam kenal je ayat tu?” Mazliana mengerut muka. Tapi akhirnya dia senyum.

Mereka ketawa lagi. Tanpa sedar ada sepasang mata yang melihat dari tirai jendela dari bilik atas. Zikri menghantar renungan yang sukar dimengertikan. Kenapa degupan jantungnya seakan berhenti bila melihat Mazliana dan Iskandar bersama?. Cemburukah dia?… Zikri bermololog sendiri. Cuba membuang perasaan jahat yang ingin masuk ke hatinya.

” Kak Hana apa cerita?” ewahh Mazliana pura-pura tanya pulak. Padahal hati di dalam bagai nak gila.

“cerita apa?” tanya Bos besar kembali. Di situ hanya ada dia dah Mazliana, mama sudah menghilang masuk ke dalam rumah.

“laaa….hubungan bos dengan dialah”

“emmm macam biasa” jawabnya nampak tak selesa dengan soalan itu.

“bos besar sayang sangat dekat dia kan?” soalan atau ayat penyata dia sendiri tak tahu tapi itulah yang terlahir dari mulutnya apa yang penting rintihan hatinya. Soalan itu sebenarnya membunuh sel-sel hati yang yang baru nak tumbuh.

“dia wanita pertama yang mengajar saya erti cinta… dan dia juga yang membawa saya ke satu dunia yang cukup indah satu ketika dulu” mazliana tersenyum pahit. Cuba menepis gojolak hati.

“dah roger dekat Mak engku belum?”

“belum lagi…”

“emm…” mazliana dia malas mengulas lanjut. Kalau ikutkan nak saja dia menjerit bodohnya lelaki ini cakap pasal perempuan lain. Kejam, keji hahhh semua adalah… ehhh Maz kenapa pulak kau nak marah. Ingat kau masih dalam lakonan. Dan kau hanya seorang pelakon yang melakonkan skrip perasaan kau sendiri. Siapa bodoh sekarang ni?..

“sayang bila you nak berterus terang dengan mama you tentang kita?” bisik Julia hana.

“tunggulah masa yang sesuai”

“you kena berterus terang sayang I tak nak nanti mainan lakonan you ni akan memakan diri you sendiri”

“apa maksud you?”

“mana tahu kalau si maz’tunang’ you tu jatuh cinta pada you” rungut Jilia hana sambil melepaskan sudu dan garpu yang dipegang ke pinggan. Seleranya mati bila melihat senyuman Iskandar.

“kalau jutuh cinta pun apa masalahnya, I kan masih ada 3 kosong selepas you?” usik Iskandar.

Dia ketawa kecil, suka dia melihat wajah manis yang masam mencuka itu.

“you jangan main-main Is.. I tak sanggup kalah pada perempuan macam mazliana tu” tak mungkin dia kalah pada perempuan yang tak pandai bergaya langsung tu. Sikap kebudak-budakan.

Iskandar tersentak mendengar kata-kata hana. Apa maksud Julia hana cakap macam tu? “apa maksud you?” ada nada keras di hujung soalannya membuatkan Julia hana tersedar keterlanjurannya.

“I tak nak you lukakan hati perempuan baik macam Maz, you tak boleh mainkan perasaan dia macam tu” Julia hana memutar belit fakta.

“tak apa I kenal mazliana… dia tak kisah” balas Iskandar mengundang rasa cuak di hati Julia hana.

Mazliana memandang mata bosnya yang tak berganjak dari kolam ikan. Ehhh apahalnya bos ni keras macam tu je.. nak kata kena sumpah jadi batu tak mungkin kot. Atau??? Matanya meliar kea rah sekeliling yang agak suram. Kedengaran bunyi cenkerik. Tiba-tiba bulu romanya tegang berdiri.

“bos!!..” panggilnya perlahan tak ada respon “bos besar!!!” panggilnya lagi kali ini dengan satu tamparan kuat di bahu lelaki itu.

Tengku iskandar tersedar. Peristiwanya bersama Julia hana petang tadi hilang dari ingatan. Aduh!!! Terasa bahunya perit.

“kenapa awak tampar saya?” Tengku Iskandar geram. Dia mengosok kuat bahu yang terasa berbirat. Boleh tahan juga penangan mazliana ni.

“saya ingat bos dah kena sampuk tadi.. k laaa dah lewat saya masuk dulu.. nite” tanpa banyak cakap mazliana masuk ke dalam rumah. Tak manis dia lama-lama dengan lelaki waktu macam ni. Kalau berdua nanti akan datang yang ketiga siapa lagi kalau bukan SYAITAN!!..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

31 ulasan untuk “Novel : Dr.Cinta 20”
  1. vampire95 says:

    syokkk sehhhh bace.
    good job !! :razz:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"