Novel : Dr.Cinta 21

25 May 2010  
Kategori: Novel

15,526 bacaan 37 ulasan

Oleh : dyadila @ dia adila

Tok!!tok!! bunyi pintu bilik diketuk berkali-kali menganggu lenanya, selepas subuh dia terlelap semula. Mengenangkan semalam sampai 4 pagi baru dia habis siapkan lukisan penselnya. Pintu diketuk lagi, kali ini lebih kuat, mangkuk betullah siapa yang menganggu lena hamba ni.. aduhhhh!!! mazliana mengaru kepalanya lalu bingkas bangun.

Pintu bilik dibuka sedikit “apahal ni bos besar nak test pintu bilik ni kuat ke tak apa?”

“hishhh apa anak dara bangun lambat ni… cepat siap kita nak pergi ke sesuatu tempat” arah Tengku Iskandar.

“bos besar pergilah dulu.. nanti saya ikut dari belakang” mazliana melangkah perlahan memanjat katil lalu menarik semula selimutnya. Emmm sedapnya tidur.

“MAZLINA HJ NORDIN!!!” jerit Tengku Iskandar kuat dari luar pintu.

Mazliana menutup telinganya, eiiiiiii pecah gegedang telinga aku!!…dia pantas bangun mencapai tuala.

OK..OK..saya mandi dulu” jerit Mazliana terpaksa. Tengku Iskandar tersenyum.

Sejak pengakuan cinta tengku Iskandar, secara rasmi mazliana bertindak menjauhkan diri secara sengaja. Bukan sekali dua dia mengelak dari bertentang mata dengan Bos besar tapi beribu-ribu kali. Ehh logik ke beribu kali?. Mestilah dah duduk serumah. Bukan sebab dia tak sedar diri tapi sebab dia cukup sedar dengan diri dan kedudukannya. Sebelum apa-apa peristiwa yang memalukan berlaku baik ambil langkah pencegahan.

“kenapa awak macam lari je bila nampak saya?” tanya Tengku iskandar sebaik saja Mazliana menghampirinya. Mazliana hanya memakai jeans lusuh dan T shirt biru lengan panjang dan disinsing hingga ke siku. Rambutnya macam biasa ditocang satu.

“ehhh bila masa pulak kita main polis and pencuri pulak bos, nak main lari-lari? Perasaan bos je kot”

“perasaan ke perasan ke memang saya yakin awak melarikan diri.. kenapa awak ada buat salah ek? Atau duit dah habis?” aduhhh kalau tekaan yang pertama tu dia boleh terima lagi tapi ayat yang belakang tu macam kena hiris-hiris je telinga ni dok dengar.

“bos besar cakap biarlah guna peribahasa sikit, ini dengan lampu merah semua main langgar. Kang tak pasal-pasal jadi contoh seliparku di bibirmu” marah mazliana. Amboiii biar kasi ingat sikit kewujudan zahir dan batin dia dekat sini.

“dah siap ke?” tanya Tengku Iskandar lagi.

“kita nak pergi mana ni sebenarnya?” soalan dibalas soalan. Mazliana sebenarnya malas nak panjangkan cerita. Kalau tak mesti beratus-ratus episod pulak dekat sini je.

“kita pergi satu tempat yang tenang” bisik Tengku Iskandar perlahan. Mazliana mencebik, masalahnya boleh ke dia tenang kalau hanya dia dan tengku Iskandar saja?.. tapi mereka nak ke mana sebenarnya.. berdua-duaan ke pantai? Alamak macam bestlah pulak.

Perjalanan terasa jauh, entah apakehalnya dia terpaksa turut serta dalam perancangan tak berapa cerdik ni. Kalau tak disebabkan Mak Engku, dia dapat rasakan yang Bos besar tak akan angkut dia sekali untuk berseronok macam ni. Emmm nak berdua-duaan apa ke bendanya. Wajah Julia hana yang duduk di sebelah pemandu dan Zikri disebelahnya di jeling sekilas.

“.lama lagi ke nak sampai ni?” suara Mazliana kuat. Kereta mewah bos besarnya terasa macam dah bertukar jadi kereta sorong. lembab macam siput.

Kalau buat laporan polis ni mesti ada yang merasa pakej tidur 3 hari 2 malam dalam lokap. Dia boleh reka cerita kata dia diculik oleh dua orang lelaki yang tak berapa cerdik dan seorang perempuan tak berapa cantik.ehhh tapi boleh ke apa pulak sebabnya diorang nak culik aku?. Tak akan sebab nak cincin 102 hengget di jarinya ni. Hishhh tak logik langsung.

“sejam setengah lagi kita sampai” perlahan Zikri membalas. Dia masih dengan telifon bimbitnya. Apalah masalah bos aku sorang ni obses sangat dengan kerja sampai nak pergi berpoya-poya macam ni pun kena bawa semua fail syarikat. Mengalahkan bos besar.

“bos ni nak kerja ke nak pergi air terjun?”

Zikri angkat kening. Pertanyaan Mazliana membuatkan dia tersenyum “sambil menyelam minum airlah” dia kembali meneliti paperwork di tangannya. Mazliana mencebik. Aiseymen ni bukan menyelam minum air tapi menyelam tak timbul-timbul dah.

Mata kembali melihat adegan senyum-senyum jeling menjeling antara dua insan yang berada di depan. Bos besar tersenyum sambil Julia Hana memasukkan hirisan epal ke dalam mulutnya. Alahaiii!! Main suap-suap pulak. Loya je jantung aku tengok. Aku yang tunang dia ni campak dekat belakang. Mangkuk tingkat betul tengku Iskandar ni.

“awak kena pergi juga” Arah Tengku Iskandar.

“apa masalah bos besar ni?? Pergilah jelah.. kenapa saya kena ada sekali?” entah kenapa bila melihat wajah cantik Julia hana, hatinya tawar tiba-tiba.

“sebab saya cakap dengan mama saya pergi dengan awak” putusnya.

Emmm dah sejak azali tadi memang dia dah agak. Masak betul aku dengan mamat ni. Dah dia yang nak keluar date aku pulak yang kena jadi pengapit. Ingat aku batu loncatan ke? Ehh ada kaitan ke?.

“saya bagi RM500″ tengku Iskandar memberi tawaran.

Mazliana mencebik, ada juga yang kena sepak 30 kali selang 3 saat ni kang..”ehhh…bos besar ingat dengan duit boleh beli semua benda ke?”. Dia kembali menarik muka 21 sen. Panas!!. Muka bos besar yang hensem dipandang lama.

Tengku Iskandar tersenyum, terasa juga dia dengan kata-kata yang keluar dari mulut tunangnya tu.

“tapi mama dah tahu awak ikut sekali..please…”aduh!! merayulah pulak. Ni yang lemah ni.

Mazliana kau kena kuat jangan bagi dia pijak kepala kau macam dia pijak kasut mahal dia tu. “tak nak…!!! tak faham bahasa melayu ke bos ni?” hah..sekali lagi ayat pedas keluar dari mulutnya. Nasib baik bukan suami kalau suami kira dapat dosa free sebab tinggikan suara.

“alaaa jomlah lagipun bukan saya nak ajak awak pergi gunung berapipun, saya nak ajak awak pergi air terjun”.

“masalah and problemnya apa mimpi bos besar semalam nak bawa saya pergi makan angin ni?” dahinya berkerut. Satu kemuskilan bermain di mindannya. Tak pernah-pernah nak bawa aku.

“awak kan tunang saya” sengaja ditekankan perkataan tunang tu,

“mazliana kita dah sampai..” suara Zikri mengembalikan dia ke tempat asal. Peristiwa pergaduhan tadi hilang begitu saja.

Julia hana melambai-lambai tangan ke arahnya, konon nak buat baiklah tu. Mazliana mencebik. Inilah namanya tak ada kerja cari kerja, sejak kenal dengan mamat-mamat tak berapa betul suis ON/OFF ni macam-macam benda jadi dalam hidup Mazliana bt Nordin.
Bajet nak bawa aku bersuka ria, nak tenangkan fikiranlah konon. Padahal nak ber ‘dating’ sampai dia juga kena masuk dalam senarai insan-insan yang terkena tempias.

Mazliana melangkah keluar dari kereta, membetulkan pinggang yang keruk kerak bunyinya. Saraf tunjangnya terasa macam dah bengkok. Matanya menangkap terjunan air bersih yang menyanyi bersama bunyi kicauan burung. Indahnya ciptaan Tuhan. Bisik hati mazliana. Dia kaku dalam kekaguman.

“cantiknya…tempat apa ni bos?” Zikri tersenyum. Dia tahu Mazliana pasti akan suka tempa macam ni. Dan dia juga yang memberi cadangan untuk membawa wanita itu bersama.

“private place keluarga Tengku, hanya orang tertentu saja yang dapat datang sini tau” jawab julia hana.

orang lain yang ditanya orang lain pulak yang menjawab, Julia hana tersenyum bangga, mungkin sebab dia yang menjawab soalan itu atau mungkin sebab dia adalah orang yang bertuah selalu ke sini. Mazliana hanya mengangguk faham, walaupun tak ada apa yang nak difahamkan.

Deruan air terjun yang menghempas batu membuatkan dia terasa segar, bestnya kalau haji Nordin dengan Puan Maznah ada sekali. Nokia 3310nya dikeluarkan dari poket jeans. Apa lagi nak report dekat Kak Linlah, mesti dia gigit jari kalau dengan cerita keindahan depan matanya sekarang. Dr. Azlin kan pencinta alam.

“alamak tak ada line ke??”

Kedengaran ketawa kecil dari arah belakang. Dia berpaling, wajah Zikri sedang berpeluk tubuh memandang ke arahnya. Tak ada muka lain!! Nasib baik hensem. Hensem ke?? Entah mungkin diapun dah terpengaruh dengan penyakit perempuan-perempuan dekat MM holding kot. Hishhh penyakit berjangkit ni, ada ke mamat tak ingat dunia ni katanya hensem?. Kena fikir banyak kali.

“mana ada line kawasan ni cik Mazliana oiii” jelas Zikri.

“Hah??!! Tak ada line? habis macamana ni?” tanya Mazliana cemas. Nokia 3310nya dibawa ke kiri dan ke kanan. Cuba mencari line.

Zikri berpaling, menayangkan wajah tak berperasaan “macamana apa?”.

“macamana nak buat panggilan?” mazliana berdengus geram. Dia sempat menjeling dua merpati sejoli sedang asyik bercerita di atas batu besar.

“boleh buat kalau awak panjat Air tenjun ni sampai ke puncak” cadang Zikri. sekali lagi mamat di depannya tersenyum sinis. Tahu sangat yang cadangan itu tak berapa cerdik macam tuan yang bagi cadangan.

“tinggi ke puncak ni?”

“tak adalah tinggi sangat tapi kalau awak naik emm…sekarang pukul 10.45 pagi. Kalau awak naik sekarang dalam pukul 6 petang nanti sampailah” terang Zikri panjang lebar, bukan ayatnya yang panjang lebar tapi senyuman ala-ala machonya.

Mazliana terdiam. Memang sengaja nak bagi aku dapat darah tinggi di usia muda belia ni. Baik ambil langkah mencegah Mazliana. senyum..senyum.. anggap saja dia buat lawak semperna dalam hutan. Mazliana senyum kembali.

” kita bukan nak tidur sinipun, petang nanti kita baliklah. Awak nak telifon siapa?” tanya zikri. Siapa yang berada dalam fikiran mazliana ketika ini. Mesti orangnya Istimewa.

“adalah… bos besar dengan kak Hana mana?” Mazliana bertanya pelik. Tadi ada dua insan tu duduk atas batu sekarang dah hilang.

“tu” muncung Zikri mengarah ke arah air terjun yang menimpa batu. Disitu Tengku Iskandar sedang memimpin tangan Kak Hana yang riang ketawa bila kakinya terkena air. Terserlah kegedikannya di situ.

“haiiii!!” bulat mata mazliana bila melihat Tasha sambil membimbit beg besar di tangannya.

“ehhh nak ke mana ni?” tanya Tengku Zikri. Macamanalah Minah lintah ni boleh ikut sekali ni?. Mazliana terasa nak ketawa berguling-guling bila melihat wajah kelat julia hana.

“tasha ikut dari rumah lagi tadi…abang Zik tak perasan ekk kereta tasha dekat belakang tadi?” jelas Tasha manja.

Mazliana ketawa kecil, mata Zikri masih tak lepas melihat lepas satu-satu barang yang dikeluarkan tasha dari dalam begnya. Beg mekap, tuala, baju entah berapa pasang, ubat nyamuk pun ada?. Ketawa mazliana kedengaran lagi.

“kenapa you ketawa?” tanya Tasha.

“ehh tasha kau nak pergi berkhemah ke apa?” mazliana masih cuba mengawal ketawanya.

“buat apa dekat sini?” tanya Tengku Iskandar jelas tak berapa suka dengan kehadiran tasha. “hahh tak habis lagi ketawa?” giliran Mazliana pulak jadi mangsa.

“tasha dah minta izin Mak Engku, dia yang bagi tasha datang sini..kalau abang Is boleh bawa perempuan ni kenapa tasha tak boleh?” tanya tasha geram. Mazliana menelan air liur. Adakah akan terjadi peristiwa berdarah di sini..heheh tak mungkin. Adakah pisang akan berbuah-buahan kali ini? Ewahh ,macam edisi siasat pulak.

“yang berbeg-beg ni nak ke mana?” giliran kak hana bersuara, dia tersenyum sinis. Mazliana tak selesa dengan riak wajah itu.

Tasha menjeling marah. Entah kenapa bila mazliana yang ketawa hatinya langsung tak terusik tapi bila perempuan jahat ni hatinya membara-bara. Jelingan maut tasha bagai membawa maksud yang gunung berapi akan meletup.

“ehh tasha apa kata kalau kita pergi tengok air dekat sana” pantas tangan tasha ditarik. Nak buat apalah bergaduh sesama perempuan sebab lelaki tak ke malu di khalayak ramai.

Mazliana menarik jauh tasha meninggalkan tiga insan yang masih memandang ke arah mereka. Dia tahu dalam hal ini Tengku Iskandar pasti akan berpihak kepada si julia hana. Kesian pula dengan tasha ni, walaupun perangainya sedikir gedik tapi dia tahu tasha ikhlas dengan perasaannya. Mazliana tak akan membiarkan kaumnya menderita macam tu.

“apa you ni tarik-tarik I?” marah Tasha,

“malulah bergaduh sebab lelaki”

“kalau ikut I… I tampar-tampar muka perempuan tu tahu tak, you tak rasa geram ke dengan dia? Eiii benci betul, ehh I peliklah you tak rasa apa-apa ke?”

“rasalah juga..”

“rasa apa?” tanya tasha kembali.

“malu!!” jawab mazliana selamba. Dia duduk di sebelah tasha yang nampak dah kembali stabil. Mungkin dengupan jantunnya juga dah kembali normal.

“malu…kenapa pulak you yang nak malu?”

“malulah.. sebabnya seorang perempuan yang cantik, berpendidikan tinggi yang cerdik macam kau ni boleh malukan diri sendiri bergaduh dengan kaum sendiri kerana seorang lelaki yang belum tentu bukan hak kita” tasha mengigit bibir. Ada makna mazliana memujinya pada awal tadi.

“you tak rasa apa yang I rasa” bisik tasha mulai perlahan. Nadanya sudah reda.

Tak rasa kau kata.. kau tak tahu aku lagilah makan hati, limpa, tulang duduk dekat sini tengok drama tengku Iskandar dan Julia hana. Daripada elok-elok bersemangat nak pergi tadi terus tawar hati. tapi cool je.. sebab baru semalam makan ais krem ‘Mat Kool’. Hehehe

“tapi nak tunjukkan perasaan pun bukan dengan cara macam tu, lagipun mak aku cakap kumbang ni bukan nya seekor ada beratus ribu ekor lagi kumbang yang mungkin untuk bunga yang cantik macam kau, so nak buat apa bazir masa semata-mata mamat tu?” mereka sama-sama memandang ke arah Tengku Iskandar.

“you tak kisah kalau you hilang Abang Is sekalipun?”

“mungkin jodoh aku bukan dengan dia” ringkas tapi cukup untuk menutup mulut tasha.

Julia hana menghulurkan gelas berisi air oren kepada Tengku iskandar. Tapi lelaki itu masih diam sambil memandang tepat ke arah mazliana dan tasha.

“sayang you tengok apa tu?” suara Julia hana menahan geram yang bermukim di hatinya,

“hah!! Tak ada apalah..”

“kau jangan risaulah Is.. aku yakin Maz boleh selesaikan masalah ni” terang Zikri tahu sangat apa yang bermain di fikiran sahabatnya itu.

“pelik betullah macamana kita boleh tak perasan tasha ikut dari belakang tadi” kesal Tengku Iskandar.

Julia hana memberanikan dirinya pergi melangkah ke arah Mazliana yang sedang berbual dengan Tasha. Dia cuba memaniskan muka yang semakin suram. Marahnya dengan kehadiran Mazliana belum habis sekarang ni minah gedik tak tahu malu ni pulak. Julia hana mengengam kuat tangannya.

“haiii cerita pasal kekecewaan ke?” hahhh datang dah nak cari nahas betullah minah nipun.

“hishhh you menyibuk pasal apa, lagipun kami bercakap pasal you tu, harap muka lawa tapi hati busuk”

Julia hana ketawa perlahan sengaja menduga hati Mazliana dan tasha. Tasha bangun dari duduknya, rasa nak ditampar saja mulut jahat perempuan di depannya itu.

“you ni memang nak makan penampar I kan” tasha meluru mendapatkan tubuh julia hana yang berdiri di tepi batu.. tangannya menolak kuat tubuh wanita itu, mazliana menepuk dahinya dia terus menjadi pemerhati.

Melihat tangan tasha yang menarik rambut julia hana dan wanita itu menjerit membuatkan dia rasa ingin ketawa. Tapi ditahan dia pantas bertindak kononnya nak jadi penyelamat. Kalau patahkan tangan dua-dua ni baru ada akal kot!! Sempat dia berbisik.

” apa hal ni??’ jerit Tengku Iskandar.

“aduhhhh!!…”jeritan kuat Mazliana. Dia jatuh terduduk, terasa senggal di punggungnya. Alamak boleh kena sembelit jatuh macam ni. Kakinya terasa perit sebab mencium batu.

“MAZ!!” jerit Iskandar dan zikri. Pergelutan antara Tasha dan julia hana terhenti. Kini semua mata tepat memandang wajah mazliana yang berkerut menahan sakit. Dia masih lagi terduduk di situ.

“sakit ke?” Tengku Iskandar. bimbang.

Haii… soalan tak berapa bijak keluar dari mulut Tengku Iskandar membuatkan Mazliana mengetap bibir. Wajah Bos besarnya dipandang sekilas.

“taklah sedap…” balas mazliana Geram. tak nampak ke betapa tersiksanya dia sekarang lagi mahu tanya..Tengku Iskandar mengeleng perlahan. Budak ni time macam ni pun dia nak bergurau lagi.

“boleh bangun tak?” giliran Zikri pula bersuara.

dia mengeleng perlahan memberi isyarat kepada dua lelaki yang berdiri di depannya agar bertenang. Mazliana menarik nafas beberapa kali. Dilepaskan satu keluhan, inilah padahnya kalau stamina tak kuat. Terasa denyut di kakinya. Aduhhh patah juga kaki cantik aku ni. Dia tak sempat nak mengawal keseimbangan badan bila tangan tasha tak sengaja menolaknya.

“Maz ok?” Tanya satu suara lembut. Siapa lagi kalau bukan dari musuh aku. Ehhh bukan musuh ketat tapi musuh dalam diam. Hanya aku dan diriku yang tahu.

Hishh macamanalah boleh tersilap langkah ni. Buat malu seni persilatan silat gayung je. Kalaulah Pak Long tengok aku tergolek dekat sini mesti dia menangis berhari-hari. Dia sempat memaut tangan Julia hana yang sudah berada dekat dengannya.

“macamana boleh silap langkah ni?” Tanya zikri. Terasa pegangan kuat di lengannya. Mungkin takut dia tergolek lagi kot. Nasib baik pakai baju lengan panjang kalau tidak tak pasal-pasal je dapat dosa free.. tapi kalau darurat ni kira kes-kes terpencil.

Tengku Iskandar menjeling wajah yang berkerut menahan sakit itu. Sengaja dia membiarkan Zikri dan Hana membantu Mazliana. Tasha juga turut sama membantu memegang kasut mazliana.

“nasib baik boleh jalan lagikan bos.. kalau tidak alamat bos dengan kak Hana kena dukung sayalah” sempat lagi dia memecah suasana sunyi. Hana dan zikri hanya tersenyum.

“hahhh eloklah menyusahkan orang, tak habis-habis.. yang pergi gatal berdiri dekat situ tadi kenapa? Dah kuat sangat? Nasib baik kaki yang terseliuh kalau kepala pecah kena batu tadi macamana?” tiba-tiba suara garau Tengku Iskandar menepis masuk ke telinganya. Berdesing..

Mazliana gigit bibir. Geram. Apa pulak nak marah aku, dah mulut dia yang gatal-gatal ajak aku pergi tempat macam ni hari-hari cuti macam ni tak nak fikir pula. Salah aku ke yang batu tu licin? Aku ke nak semua bende ni terjadi. Ingat aku saja-saja buat lagak ngeri ke jatuh dekat situ. Senggal punya bos besar. Ingat aku apa…

“siapa suruh ajak saya..” sindir mazliana. Sengaja mengingatkan Tengku Iskandar kedudukan sebenarnya.

“masalahnya awak bukan budak kecik yang kena jaga 24 jam. Lagipun kalau saya diberi pilihan memang saya tak nak bawa awakpun, menyusahkan orang je”

Dua mata bertentang. Mazliana dapat mendengar pujukan Julia hana yang meminta Tengku Iskandar supaya bertenang. Zikri pelik dengan perangai temannya, bukan besar manapun salah si mazliana ni dan dia tak nampakpun semua ni berpunca dari mazliana. Apa yang pasti benda dah jadi nak buat macamana kena terima juga.

Mazliana menolak kasar tangan Zikri dan Kak hana yang memimpinnya. Dia menonong ke depan ke arah kereta tanpa mempedulikan apa yang ingin dikatakan lagi Tengku Iskandar. Sakit dikakinya tak dipedulikan. Sakit dekat hati lebih teruk. Dia nak selamatkan keadaan last-last di yang jadi mangsa keadaan.

***

“kenapa ni?” tanya Mak engku cemas.

“accident sikitlah mak engku..”

“kan mama dah cakap, Is tak nak dengar mama dah cakap jangan pergi tempat macam tu. Degil!! Dah pergi klinik belum?” marah Tengku Mariam. Dia paling tak suka kalau anaknya itu pergi ke ‘juram janji’ milik keluarga suaminya.

“dah” balas mazliana lagi. Dia terus melangkah ke tangga. Sebenarnya sakit di kakinya taklah sakit mana tapi sakit kat hati ni..fuhhhh hanya tuhan sajalah yang tahu.

Tengku Iskandar diam. Memang dia akui kalau bukan sebab dia yang memaksa pasti semua ni tak akan jadi. Kaki Mazliana yang sudah berbalut menimbulkan rasa kesal kerana memarahi wanita itu tadi. Bukan salah dia kenapa aku perlu marah?.

“lain kali fikir dulu kalau nak buat sesuatu” sempat dia berpesan perlahan kapada Tengku Iskandar apabila melintasi lelaki itu. Sengaja melepaskan geram.

Zikri sekali lagi memandang tepat ke anak mata Iskandar. Cuba membaca apa sebenarnya yang terlakar di sebalik kemarahan Iskandar. Hakikatnya dia tahu Iskandar risau bila melihat keadaan Mazliana tadi. Ego!!.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

37 ulasan untuk “Novel : Dr.Cinta 21”
  1. safiey says:

    ble mau publish..best gler..
    xsbr nk wt collection… :grin:

  2. adila says:

    fuhlaweiiii best ler…

  3. me says:

    apa yg terjdi??? jalan cerita yang menarik. tapi, sayang terlalu lambat updte smpai irang menjadi jemu….. :sad:

  4. Nur Dara Adalia says:

    sedey wooo.. :sad:

  5. kty says:

    cpt wat mnuskrip…best gle

  6. siti says:

    semua best2,jalan cerite yg cukup menarik…
    tak sabar nak baca semuanya

  7. Nevie Venciey says:

    I love this dr.cinta novel.. I hope can read it m0re!congrats 4 ur lovely novel…and keep writing n0vel!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"