
Novel : Gol & Lips Gloss 6
Oleh : RUDI HIRDY
Episod 6
SELESAI makan malam, semua pelajar dikehendaki bersiap sedia untuk sesi indaksi seterusnya. Mereka semua dikehendaki berkumpul di surau sekolah untuk sama-sama menunaikan solat Magrib dan Isyak berjemaah bagi yang Muslim. Manakala yang bukan Muslim dikehendaki ke dewan sekolah untuk sesi motivasi pendidikan moral selepas selesai membersihkan diri.
Baldi berisi barang-berang pribadi diri di pandang lama. Hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik itu. Yang lain sedang seronok ‘berkubang’ di dalam bilik air. Apa yang berlaku petang tadi masih membuatkan mereka berdua kaget. Mereka bersyukur sangat hal itu tidak menimpa mereka berdua.
“Nok, kau rasa lipas tu lipas betul ke… atau lipas jadian yang menjelma dari unsur syaitan yang durjana?” tanya Ady kaku. Matanya masih tepat memandang baldinya.
Fairul hanya mengeluh halus. Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Tapi dia dapat merasakan seolah ada satu konspirasi mengenai lipas itu.
“Aku rasa ada yang cuba nak kenakan budak tu.” Jawab Fairul masih tidak yakin dengan jawapannya itu.
Ady sudah menoleh memandang Fairul di hadapannya dengan kerutan hairan yang berlapis di dahi.
“Cuba nak kenakan budak tu? Tapi apa salah budak tu?” tanya Ady beria.
“Manalah aku tahu. Aku pun mana kenal budak tu.”
Ady mengeluh lemah.
“Aku kasihan dengan budak tu. Kaw-kaw kena gelak, carut, hina, caci, maki, hamun, ejek…”
“Dahlah tu, tak perlulah nak jelaskan semuanya. Kau cakap kena gelak pun dah melengkapi pekej tu,” potong Fairul. Dia tahu kalau Ady sudah membebel. Pasti akan berjela panjangnya.
“Aku tak nampak pun ciri-ciri ‘hadik-hadik’ kat budak tu. Tak sangka melatah over nok?” komen Ady mengenai mangsa lipas di padang petang tadi. Dia dan pelajar-pelajar yang lain agak terkejut dengan ‘kewujudan hadik-hadik’ tanpa di sedari itu. Gaya sangat macho, tanpan dan bergaya. Tak sangka melatah macam ‘hadik-hadik’. Sangat over!
“Habis tu? Kau tu pecah lobang ke?” tanya Fairul.
Ady tersengih sumbing.
“Kat mana budak tu erk? Ntah-ntah dah mintak tukar sekolah,” tanya Ady dengan nada kasihan. Di hujung kata-katanya sepat lagi dia beranggapan.
“Entahlah. Kita cari dia nak tak nok? Yelah, kita sebagai golongan ‘hadik-hadik’ perlu menolong golongan sendiri baru menolong golongan lain. Tak gitu?”
“Kita nak cari kat mana?”
Fairul mengeluh. Dia sendiri tidak tahu di mana ‘lelaki’ itu.
“Aku kasihan dengan budak tu. Mesti sekarang ni dunia dia dah gelap gelita. Terus tak ada semangat nak study. Kena pulau. Kalau aku yang kena tadi…” Ady tidak sanggup ingin meghabiskan kata-katanya. Satu ingauan ngeri bila membayangkan jika lipas itu menghinggap di batang hidungnya. Mahu satu padang dia berlari gelikan lipas.
“Gila? Kau ingat dia mangsa rogol ke?”
Ady terengih kelat.
Mereka berdua diam sejenak. Masing-masing sedang memuhasabah diri. Renung-renungkan. Selamat beramal!
“Eh, dah lewat ni, jomlah mandi. Lambat nanti, mahu kena hukum pulak,” sentak Fairul sambil memandang jam dinding yang di gantung di dinding. Sudah menunjukkan pukul 6.45 petang. Dah nama jam dinding. Gantunglah kat dinding. Tak kan gantung kat siling pulak kan? Tu jam siling namanya.
Dengan lemah Ady menuruti. Mereka berdua mula menapak menuju ke bilik air bersama baldi, gayung, alat-alat peribadi diri, dan tuala. Dari kejauhan sudah kedengaran keriuhan di dalam bilik air itu. Sampai sahaja di muka pintu tandas, Fairul dan Ady berhenti dari terus melangkah. Mereka terpaku. Terlopong. Ini kali pertama mereka melihat keadaan ini. Apa kejadahnya ini?
“Ini manusia ke monyet?” tanya Ady masih terpaku melihat manusia-manusia separuh bogel di hadapan mereka.
“Alien kut? Alien yang tak pernah jumpa air kat bumi.” Jawab Fairul tidak berkelip mata melihat manusia-manusia yang sedang seronok bermain air di singki.
Liur di telan kesat.
Tanpa di sedari sesesuatu yang basah melayang dan jatuh betul-betul di hadapan mereka.
Pelepek! Ady dan Fairul memandang ‘benda’ itu. Mereka berdua berdiri kaku bagai robot kehabisan bateri.
Seorang budak lelaki datang menghampiri ‘benda itu’ lalu di kutip.
“Eh, korang tak nak main baling-baling underwear ke? Siapa kena wajib tanggalkan underwear dia, lepas tu baling pada mangsa lain. Yang lain kena elak. Siapa terkena underwear tu kena bogel!” jelas budak lelaki itu yang tiada seurat benang pun di tubuhnya. Tanpa rasa malu berlari-lari dengan ‘megahnya’. Tahulah semua lelaki. Tapi aurat lelaki sesama lelaki kan dari bawah pusat sampai ke lutut.
Ady dah rasa macam nak bunuh dari mendengar pejelasan budak lelaki itu. Permainan macam ni pun ada ke?
“Jomlah join kita orang!” seorang budak lelaki yang sedang terkinja-kinja di dalam berteriak.
Fairul dan Ady sudah cuak. Gila ke apa mereka nak bermain dengan permainan bangang ni. Tak pernah seumur hidup mereka main baling-baling seluar dalam.
Pelepek! Sesuatu yang basah menitik-nitik melayang menghinggap ke muka Fairul. Fairul kaku. Ady di sebelahnya sudah menahan geli sambil mengigit jari. Dengan perlahan Fairul memegang ‘benda basah’ yang melekat di mukanya itu. Dengan debaran di dada dia melihat benda itu.
“Kau jadi! Kau kena baling underwear kau pulak!!!” jerit semua ‘monyet-monyet’ di dalam bilik air itu.
Fairul memandang ‘benda basah’ di tangannya.
“Underwear? Bebal aku 40 hari,” pandangannya tiba-tiba kabur.
Kedebuk! Pengsan!
***
“MACAM mana boleh jadi macam ni?” tanya Khairulnizam sambil melayangkan minyak angin cap Kapak di bahagian hidung Fairul yang masih belum sedar dari pengsan. Bila melihat benda yang tertempek di mukanya tadi adalah seluar dalam terus Fairul pengsan. Seumur hidup Fairul tak pernah pegang seluar dalam sesiapa selain seluar dalamnya sendiri.
Kecoh di bilik air tadi bila Fairul tiba-tiba pengsan. Dengan segera salah seorang dari mereka memanggil abang senior mereka untuk membantu. Mujurlah Khairulnizam yang yang bertugas mengawasi asrama mereka tadi.
Ady serba salah untuk berterus terang. Dia takut jika dia berterus terang, ‘monyet-monyet’ yang bermain seluar dalam basah tadi akan di hukum. Pasti dia akan di dendami. Tidak! Dia tidak boleh membiarkan hal itu berlaku.
“Em… dia ni tak tahan panas kut. Mungkin sebab kena jemur kat panas petang tadi. jadi dia kehilangan antibodi dia agaknya,” jawab Ady main hemtam keromo je. Lantaklah janji dah jawab.
“Antibodi?” Khairulnizam memandang Ady dengan pandangan berkerut. “Antibodi tu bukan untuk mencegah tubuh kita dari di jangkiti penyakit ke?”
Ady tersengih sumbing.
Khairulnizam mengabaikan.
Dahi Fairul kelihatan berkerut. Kelopak matanya juga kelihatan bergerak-gerak.
“Fairul,” Khairulnizam menepuk-nepuk perlahan pipi halus Fairul menyuruh Fairul membuka kelopak matanya.
Ady sudah tersenyum sendiri. Anak matanya tiba-tiba membesar memandang Khairulnizam.
Romantiknya dia. Kenapalah bukan aku yang pengsan tadi. Kalau macam ni aku pulaklah nak pengsan lepas ni. Detik di hati Ady. Meroyan!
Fairul membuka kelopak matanya. Pandangannya kabur. Dia dapat melihat kelibat seorang lelaki sedang memanggil-manggil namanya.
“Fairul, awak dah sedar?” tanya Khairulnizam sambil tersenyum manis.
Fairul kelihatan seperti orang bingung.
“Nasib baik awak sedar. Hampir saja abang nak buat CPR tadi,” jelas Khairulnizam sambil mengoles lembut pipi Fairul.
Kedebuk! Serentak Fairul dan Khairulnizam memandang ke arah bunyi seolah nangka busuk menghempap tanah.
“Awak kenapa Ady?” tanya Khairulnizam.
Dengan segihan Ady menjawab, “Terjatuh katil.” Ady terkial-kial bangun.
Khairulnizam mengeleng kepala. “Ada-ada sahaja awak ni.”
Gila ke apa abang Nizam ni? Fairul bukan lemas. Kenapa nak buat CPR? Fairul pun satu, boleh pulak berdrama. Feeling-feeling baru sedar dari koma. Rasa macam nak aje aku hempuk dengan CPU. Gediks! Venciesss!!! Tak boleh jadi ni. Maki Ady di dalam hati. Jealous!!!
Fairul tersentak. Seperti baru terjaga dari mimpi kena kejar pocong. Dia sudah terduduk. Khairulnizam terkejut. Tekejut dengan keadaan Fairul itu.
Fairul mengusap mukanya. Seolah mencari sesuatu. Matanya pula melilau, juga seolah mencari sesuatu.
“Mana benda tu?” tanya Fairul masih tercari-cari.
“Benda apa?” Khairulnizam menanya. Tidak tahu apa yang sedang Fairul cari.
“Underwear.” Fairul menjawab sepatah.
“Underwear?” Khairulnizam terkejut.
“Ady mana benda jijik tu?” Fairul bertanya pula pada Ady.
Fairul kaku.
“Ady?” panggil Fairul bila melihat Ady sudah terbaring di atas lantai sambil menutup kelopak matanya.
“Pengsan jugak?” Khairulnizam menanya.
***
“BENGANGNYA aku!!!” bentak Harez bengang sambil memandang wajahnya melalui cermin di singki.
Zakie yang baru selesai mandi melangkah menghampiri Harez yang sedang menahan bengang.
“Kau kenapa ni? Dari lepas kena jemur petang tadi kau terus angin satu badan. Apa sebenarnya dah berlaku?” tanya Zakie hairan. Dia tidak tahu apa yang menyebabkan mood kawan baiknya itu berubah sejak petang tadi. Puas sudah dia bertanya namun tiada jawapan yang tepat diberikan.
“Kenapalah lipas tu hinggap kat orang lain. Kenapa tak hinggap kat sotong keding dengan sotong korita tu,” keluh Harez sambil membetulkan sangkutan tauala di pinggangnya. Keadaan bilik air sudah lengang. Hanya tinggal mereka berdua sahaja ketika ini.
“Lipas? Lipas apa?” tanya Zakie kebingungang. Namun, seketika kemudian dia tersentak. “Ooo… jadi, lipas yang tiba-tiba muncul kat padang tu lipas yang kau tangkap kat bilik air dewan petang tadilah?” tanya Zakie ingin memastikan.
“Aku ingatkan lipas tu jatuh kat budak sotong tu. Tak sangka melayang ke budak tu. Dan aku tak sangka budak tu pun sotong jugak,” jelas Harez tidak berkaitan dengan pertanyaan Zakie.
Zakie berkerut dahi. Dia masih tidak jelas apa sebenarnya yang sedang di rancangan oleh Harez.
“Sotong keding? Sotong korita? Siapa sebenarnya sotong-sotong ni? Binatang peliharaan kau ke?” tanya Zakie inginkan penjelasan sebenar.
“Budak yang aku tunjuk masa kat toilet dewan petang tadilah.”
“Kenapa kau panggil mereka sotong? Aku tengok dua budak tu keras je?”
Harez mengeluh bosan.
“Memanglah. Dia orang tu tengah hipokrit. Belagak keras. Kalau kau nak tahu budak dua ekor tu lembut. Sotong. Aku pernah bertekak dengan dua ekor sotong tak sedar diri tu dua minggu lepas kat Parvillion. Masa kita tengok filem 2012 tu. Tapi masa tu kau dah masuk dalam Parvillion dulu,” jelas Harez berjela.
“Kau jumpa dia orang? Kau kenal diaorang?”
“Tak.”
“Dah tu?”
Harez mengeluh bosan. Mahu tak mahu dia perlu menceritakan hal yang sebenarnya. Barulah Zakie boleh faham jalam cerita. Penceritaan hanya memakan masa tiga minit.
Zakie angguk faham.
“Jadi kau nak balas dendam?” tanyza Zakie sudah faham jalan cerita yang sebenarnya.
“Kalau tak silap aku, nama budak dua orang tu Fairul dan Ady Putra kan?” Zakie sekadar menanya. Itulah nama yang tertulis di atas name tag kedabak dua sotong yang telah dimaksudkan oleh Harez tadi.
Harez angguk mengiaan. Dia resah. Buat masa ini dia masih belum terfikir rancangan baru.
Tanpa di sedari perbualan mereka telah di dengari oleh seseorang di luar bilik air.
***
“MACAM mana ni? Dah lama abang layangkan minyak angin ni kat hidung Ady, tapi kawan awak ni tak sedar-sedar dari pengsan. Tak apa awak jaga dia sekejap biar abang pergi panggil warden. Nanti warden bawak dia ke klinik,” tanya dan cadang Khairulnizam agak gelisah bila salah seorang juniornya itu masih belum sedar dari pengsan yang tidak diketahui puncanya.
Fairul mengukir senyum janggal. Bukan dia tidak tahu yang Ady berpura-pura pengsan. Saja nak ‘bermanja-manja’ dengan Khairulnizam. Hakikat yang sebenar jealous dengan dia sebab dapat perhatian Khairulnizam tadi.
“Eh bang, tak payah susah-susah bang. Apa kata kita abang bagi bantuan penapasan pada dia?” cadang Fairul.
Dalam sembunyi Ady sudah mengukir senyum.
Yes! Faham juga apa maksud pengsa aku si Fairul ni. Bisik Ady di dalam hati. Bukan main suka dia dapat CPR dari ‘abang Nizam’nya.
“Tapi, abang tak reti nak buat CPR. Abang bukan persatuan St. Jhon. Abang akan tolong kawan awak ni. Sekejap ya? ”
“Tapi bang, kami dah lambat nak ke aktiviti malam ni. Semua dah ke surau,” tahan Fairul. Semua pelajar sudah berpusu-pusu ke surau untuk aktiviti indaksi seterusnya. Tapi mereka? Mandi pun belum lagi.
“Tak apa, aktiviti yang sebenar selepas Isyak. Abang akan beri pelepaskan korang solat Magrib dan Isyak di bilik sahaja. Nanti korang datang masa aktiviti selepas waktu Isyak ya?” jelas Khairulnizam.
“Kalau dah macam tu, baiklah.” Akur Fairul berasa lega. Tak adalah dia takut kena denda yang bukan-bukan.
Khairulnizam meminta diri sebentar.
Selepas kelibat Khairulnizam hilang dari pandangan mata, Fairul kembali memandang Ady. Dia tahu Ady terus berpura-pura pengsan.
“Nok udahlah tu berlakon. Baik kau sedarkan diri. Nak jugak dapat CPR dari abang Nizam kau tu,” sindir Fairul.
“Jealous!” balas Ady masih memejamkan kelopak matanya.
“Eh tak ada maknyanya aku nak…”
Belum sempat Fairul menghabiskan kata-katanya, Khairulnizam sudah muncul lagi bersama seseorang. Ady masih mahu berlakon.
“Ha, kenalkan ni salah seorang kawan kamu. Kalau korang perasanlah. Nama dia Daniel Lim. Kenalkan, ini Fairul rakan seangkatan kamu,” Khairulnizam memperkenalkan budak lelaki yang dibawanya tadi.
Fairul tersenyum janggal. Bukan ke mamat ni yang melatah petang tadi kat padang? Fairul tertanya di dalam hati.
“Daniel Lim. Panggil je Lim,” budak lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Barulah terserlah keayuannya bila sudah ‘kantoi’ petang tadi.
“Fairul.” Fairul memperkenalkan diri. Salaman Lim di sambut. “Awak kan…”
“Ya, saya yang melatah petang tadi. Kena gelak dan kena ejek,” sambung Lim sudah dapat menduga apa yang ada di dalam fikirkan Fairul ketika ini. “Awak jangan risau, saya datang ke sini pun sebab abang Nizam kata dia perlukan bantuan saya. Ada orang memelukan bantuan pernafasan. Saya dulu ketua persatuan St. Jhon, jadi saya tahulah bab-bab CPR ni. Tak ada niat nak buat awak di pulau sebab menghampiri saya.” sambungnya lagi.
“Eh bukan itu maksud saya,” Fairul sudah serba-salah bila Lim sudah salah faham.
“Tak mengapa saya faham. Mana budak yang pengsan tu?” Lim kembali ke pangkal soalan.
“Tu…” Fairul menjuhkan bibirnya ke arah Ady yang masih pura-pura pengsan. Dia sudah menahan gelak. Sangkanya dapat CPR dari Khairulnizam. Rakan ‘spisis’ jugak yang membantu. Tak apalah nok saling bantu membantu.
Lim melangkah menghampiri Ady. Dia mula bersedia untuk memberi penafasan mulut ke mulut walaupun dia tidak tahu punca Ady pengsan. Kepala Ady di dongakkan. Menegakkan salur kerongkongnya selepas di pastikan tiada apa-apa makanan atau bendasing di dalam mulut Ady. Hidung Ady di picit lalu bibir di buka. Lim menarik napas lalu bersedia menalakan bibirnya ke bibir Ady.
Belum sempat Lim menghampiri bibirnya tiba-tiba Ady menjaerit,
“Argh!!!” terserlah suara kepitnya.
Fairul, Lim dan Khairulnizam terkejut lalu tercengang (terlopong).
Bersambung….













maaf ye, nak bagi tau something, CPR dilakukan bile a person does not breathing and have no pulse. maksudnye, tak ade pernafasan and tak ade denyutan nadi. CPR dilakukan untuk selamatkan mangsa in a life threathening condition so that the blood circulation and the breathing back to normal. for those who is collapsed but not hving those kind of problem, no CPR is required. just give him or her slap and loosen his or attire and make sure the room has good ventilation; means no crowding. saya harap penulis lakukan kajian atau research before writing something as it will reflect your knowledge. bukan senang jadi penulis tanpa ilmu. walaupun begitu penulisan ssudara/i bagus cuma saudara/i perlu lakukan sedikit homework before it.
thank you
Hehhehehhee…panjang betul komen nik, tapi memang betul kata nik tadi. Reasearch memang penting buat penilis…Fuhh! sy faham…sbb sy pun penulis gak. huhuhuhu…citer memang best.

best la citer ni.