Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 15, 16

27 May 2010  
Kategori: Novel

9,583 bacaan 10 ulasan

Oleh : Nuril Bahanudin

Bab 15

Huh dah pukul berapa ni? Daniel tertanya-tanya dalam dirinya sendiri.. jam loceng diatas meja kecil yang berada di sisi katilnya di capai.. diteliti waktunya baru menginjak 1.45 pagi, tersentak dari lena dek kerana mimpi yang entah apa-apa, langsung tak tercapai dek akal fikirannya kali ini, ada ke patut dia bermimpi mummy mengejarnya dengan senapang, sebab rahsia dia berkahwin dengan si Balqish terbongkar, hai tak sangka kuat juga mummy kejar aku, macam pelari pecut… dia menggeleng-gelengkan kepalanya bila teringatkan mimpi itu.. kalaulah kenyataannya macam tu, memang mati muda aku ni tak sempat nak jadi papa, kesian anak aku nanti tak ada ayah.. isy apa aku mengarut ni.. tangannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu, berpeluh-peluh tubuhnya kerana mimpi itu. Tekak terasa haus tiba-tiba membuatkan dia bingkas bangun untuk menuju ke dapur.. sayup-sayup di pendengarannya terdengar bunyi rancangan tv… isk tak tidur lagi ke dia ni, tengok tv sampai ke pagi, dia kehairanan.. langkah kakinya di teruskan sehinggalah melewati ruang tamu… laaa patutlah bukannya dia yang tengok tv tu pun tapi tv yang tengok dia balik, Qish ni membazir elektrik sajalah tau. Suis tv dimatikan, dijelingnya sekilas pada tubuh Balqish yang sedang terlena di sofa, siap menggerekot lagi tubuhnya… sejuklah tu.

Usai membasahkan tekaknya yang sedikit kering, dia kembali menuju ke biliknya.. pandang lagi pada batang tubuh Balqish itu, hai rasa tak sampai hati pula nak biarkan dia ni tidur dalam kesejukan macam ni, nak kejutkan nampak macam lena sangat gayanya, lama dia terdiam berfikir apa tindakan yang perlu dilakukan olehnya.

Tubuh kecil itu akhirnya dicempungnya menuju kebilik.. isk ringan juga dia ni, diletakkan perlahan-lahan ke atas katilnya tidak mahu mengejutkan lenanya. Selimut di tarik menutupi tubuh Balqish hingga ke paras dada.. selamat malam Qish, dahi itu dikucupnya perlahan, entah kenapa dia tertarik melakukan begitu.. huh kalau dia tak sedar bolehlah aku buat macam ni, kalau dia sedar mahu menjerit habis satu rumah dengar.. dia teringat perangai Balqish yang pantang di usik itu..

Badannya berpaling untuk kembali ke biliknya, ah aku pun nak sambung tidur balik dah rasa mengantuk mata ni.. dia menutup mulutnya dengan tangannya ketika menguap, baru beberapa langkah dia tersentak bila terasa tangannya di tarik oleh seseorang, pantas dia menoleh untuk melihat apa yang terjadi.. tersentak melihat Balqish begitu seronok memeluk lengannya umpama memeluk bantal pula gayanya.. amboi dia ni, di cubanya untuk menarik tangannya itu.. isk makin di tarik makin erat pula di peluknya.. apa aku nak buat ni???

Aha… dia mendapat satu akal, jangan salahkan aku ya Qish kalau kau sedar nanti, kau yang mulakan dulu tau, aku terpaksa kiranya di haruskanlah ya?? hehehe.. hatinya berbisik nakal..

Entah mimpi apalah dia ni, kejap mukanya berkerut, kejap mukanya tersenyum, hisy dah besar-besar pun mimpi macam budak-budak lagi dia ni.. dahlah dia buat tangan aku ni macam milik persendirian dia saja gayanya Daniel mengomel dalam hati, matanya tidak berhenti-henti memandang wajah Balqish memerhati dengan penuh minat, rasanya ni pertama kali dia dapat meneliti wajah itu dengan lebih dekat tanpa sebarang gangguan, tak sangka comel juga kau ni kan Qish.. wajahnya bersih tanpa di cemari dengan jerawat, mungkin sebab kurang memakai make up jadi kulitnya pun tak rosak kot, lama di perhati wajah itu.. tenang pula hatinya.. cuma sedikit parut luka sepanjang lebih kurang dua sentimeter itu yang sedikit mencacatkan wajah itu.. tapi taklah ketara sangat, rasanya itu parut akibat jatuh hari itu.

Balqish di lihatnya menggerakkan sedikit tubuhnya, kali ini tangannya pula beralih merangkul tubuhnya membuatkan dirinya sedikit terkaku, terpana dengan haruman rambut Balqish yang sedikit mengenai hidungnya, hisy makin melebih pula dia ni sehingga mendebarkan jantung aku ni.. sabarlah hati, sabarlah jiwa kuatkan iman tu.. cuba kalau sedar mesti sebatu dia jauh dari aku, alah alang-alang dah macam ni terima sajalahkan jangan ditolak, dia tersenyum kecil dalam samar cahaya lampu tidur.. tangannya dipanjangkan merangkul tubuh kecil itu, mula menyelesakan diri dengan situasi yang tak pernah di duga ini dan mata yang mula memberat membuatkan dia memejamkan mata, terlena hingga ke pagi, buat pertama kalinya setelah sekian lama mereka berkongsi kamar hai boleh di catatkan dalam diari ni, hari ini dalam sejarah hidup Balqish dan Daniel..

*********

“Assalamualaikum mama… Suhail rasa Suhail tak balik hari ni, tiba-tiba pula kawan Suhail beritahu yang kami nak buat qiammulail hari ni..” Dia memberitahu mamanya sambil matanya memandang ke arah lelaki yang baru dikenalinya.. bersandar pada sofa yang terdapat pada suit mewat vip itu.. lelaki itu menghadiahkan flying kiss kepadanya dan dia menyambutnya dengan senyuman penuh menggoda.

“Jaga diri Suhail baik-baik.. mama dan papa bangga dapat anak seperti Suhail, muda-muda lagi dah sibuk mempersiapkan diri mencari bekalan untuk menemuiNYA.. sejuk perut mama ni tau mengandungkan sayang..” terdengar suara Datin Adlynn di talian menitipkan pesanan..

Hai rasa macam kena geletek urat perut aku ni dengar pesanan mama, mama-mama… kesian sungguh.. mati-mati kena tipu dengan aku ni kan..

“Yalah mama… terima kasih, Suhail akan ingat pesanan mama tu.. oklah mama kita jumpa dekat rumah nanti.. Suhail kena pergi dulu.. sebab program akan bermula sebentar lagi.. Assalamualaikum mama.. good night and i love you” ucapnya terus mematikan talian tanpa menantikan jawapan daripada mamanya, tergesa-gesa tak mampu lagi untuk mengawal diri yang semakin terbuai dengan belaian demi belaian dari jemari kasar lelaki kacukan melayu yang baru di kenalinya di club sebentar tadi.

Gelas berisi air yang bewarna keperang-perangan yang dihulurkan oleh lelaki itu di sambutnya.. dan isinya terus di teguk rakus.. dia ketawa kecil seronok dengan bisikan demi bisikan janji manis yang dititipkan oleh lelaki itu ketelinganya.

Hilang pergi pesanan mamanya yang baru dititipkan ketelinganya sebentar tadi, dia tidak peduli, dia dah cukup dewasa untuk di konkong, dan dia masih muda lagi untuk menghadkan waktu dan pergaulannya.. waktu muda nilah untuk aku rasa segalanya.

Mereka berpelukan.. masing-masing sudah khayal.. dalam otak cuma memikirkan keseronokan tanpa batasan yang bakal di tempuhi sebentar nanti dan dalam waktu yang sama bertepuk sang iblis bersorakan melihat satu demi satu anak adam tersungkur di kaki nafsu…

*********

Dah pukul berapa ni.. dia tertanya pada dirinya, rasanya dah lama aku tidur tapi kenapa alarm hanphone ni tak bunyi-bunyi lagi?? dia terpisat-pisat sambil tangannya menggosok-gosok matanya. Tangannya menggagau-gagau mencari mana pergi letaknya handphonenya, hisy mana pula aku letak ni, rasanya malam tadi aku letak dekat tepi bantal ni, dia menggomel dan dengan tangannya yang masih lagi tak berhenti-henti mencari.. eh apa ni keras suam dan… oh mak hang.. dia terjerit kecil..

“Apa awak buat dekat dalam bilik saya ni” dia menyoal geram bila berjaya memastikan apa yang sebenarnya berada di sisinya tadi..

“Apanya..” Daniel bertanya, masih terpisat-pisat mamai, terkejut dek kerana jeritan Balqish yang sedikit lantang sebentar tadi.

“Apanya awak kata?? sejak bila awak pandai menyelinap masuk dalam bilik saya ni, huih nak ambil kesempatanlah tu..” Balqish membebel geram, ditariknya selimut menyelimuti tubuhnya sampai ke paras leher, tak mahu lelaki itu melihat bentuk tubuhnya.

Daniel menggaru-garu dagunya termanggu-manggu, bangun dalam keadaaan terkejut membuatkan memori dirinya masih tak tersusun, apa yang terjadi malam tadi ya? kenapa aku ada dengan dia ni ek?..

“Eh.. eh salahkan orang pulak, siapa yang mulakan dulu kalau bukan kau?” dia membalas dengan mimik muka nakal, sengaja ingin mengusik Balqish agar dia bertambah marah.

“Hah saya yang mulakan dulu?? awak jangan sengaja nak mereka cerita tau, sekarang ni saya berada di bilik saya, bukan berada di bilik awak, kalau saya yang berada di bilik awak betullah maksudnya saya yang mulakan dulu..” benci sungguh, pagi-pagi lagi dah spoil mood aku, sajalah tu nak buat aku ni jadi marah..

“Cuba kau ingat balik malam tadi kau tidur dekat mana, ke nak aku yang ingatkan?” main sembur je, lain kali bagilah salam dulu ke apa ke, ni tidak dah aku tengah seronok mimpi tadi.

Malam tadi..kejap cuba ingat balik.. eh.. eh malam tadi aku rasanya di sofa, tengok star movie.. dah tu macam mana aku boleh ada dalam bilik aku sendiri ni? aku berjalan dalam tidur ke? wajah Daniel di pandangnya dengan rasa curiga.. pelik lagi memelikkan…

“Hah sekarang dah ingat ke?” Daniel bertanya tidak sabar bila melihat Balqish yang sedikit terdiam itu.

“Err.. malam tadi bukan saya tidur di sofa ke awaknya?” suaranya sudah sedikit kendur tidak lagi tinggi seperti tadi..

“ha’ahlah… ingat pun, nasib baik aku ni baik hati dukung kau bawak ke bilik, kalau tak mesti kau dah menggerekut kesejukan dekat bawah tu, lepas tu aku nak keluar kau yang tarik tangan aku siap buat macam bantal peluk tau.. so sekarang ni siapa yang ambil kesempatan atas siapa ni?” hah kan dah malu.. tengok dah merah muka dia.. tulah lain kali fikir dulu sebelum serang orang.. Daniel tersenyum kecil, yeah kemenangan melihat Balqish yang terkulat-kulat mendengar penerangannya.

Uikkk.. aku yang mulakan dulu ke? alahai betul ke ni?? ala kenapa dah rasa macam dah tebal kulit muka ni? malunya saya..

“Awak.. awak.. tak buat apa-apa kan pada saya” dia bertanya agak perlahan untuk meminta kepastian.

“Tak.. aku bukannya suka amik kesempatan..” selamba lelaki itu menjawab.

Ha’ahlah tu tak suka ambil kesempatan, bukan boleh di percayai kata-kata dia ni, ekor matanya menjeling ke arah lelaki itu.. tengok tu tersengih-sengih tu mesti adalah yang dibuat tu.. Bantal yang berada di sisinya di capai di baling geram ke arah wajah lelaki itu.. ambik kau.. orang tanya betul-betul ni, boleh pulak dia main-main.

“Uik apasal pula baling bantal dekat aku” geram, tak pasal-pasal baling-baling dekat orang, suka sangat cari pasal dengan aku.

“Yalah.. awak tu saya tanya betul-betul jawablah betul-betul, ni sengih-sengih ni mesti tipu saya kan?”

“Yelah-yelah aku jawab betul-betul ni, jujur, tulus dan telus.. hehehe di sebabkan kau yang peluk aku dulu maka aku peluklah kau balik dan di sebabkan kau rapat dengan aku so aku kisslah kau sikit… hah puas hati tak aku jawab ni” hah.. kan dah tambah lagi merah muka tu, tulah siapa suruh aku jawab dengan jujur..

Aku dah agak dah dia ni memang tak boleh di percayai langsung, suka sangat ambil-ambil kesempatan kalau ada peluang, Balqish membebel geram, eh kejap.. betul ke dia hanya buat setakat itu saja??..

“Er… itu je ke yang awak buat?? awak tak buat yang gitu-gitu tu ke?” risau dan malu-malu dia bertanya, tak mahu perkara lalu berulang kembali..

“Gitu-gitu apa ni Qish? gitu-gitu yang Apek tu ke?” hisy boleh pula nak guna bahasa isyarat, macam tak boleh terus-terang…

“Ala… yang gitu-gitulah… apasal pula lembab sangat otak awak pagi ni..” makin memerah wajahnya, tak tahu nak terangkan macam mana lagi.

Lama Daniel terdiam, berfikir apa yang cuba di sampaikan oleh Balqish.. sehinggalah… oh.. baru aku faham apa yang dia maksudkan.. tak dapat nak mengawal diri.. akhirnya dia ketawa meletus, kuat siap memegang perutnya lagi..

“Aduyy… kau ingat aku ni jahat sangat ke Qish oi? mana ada.. kalau aku sedar aku tak akanlah lakukan benda tu melainkan aku luar kawalan macam hari tu..hehehe..”

Amboi bukan main seronok lagi dia ketawakan aku, wajah Balqish berkerut mencuka, dia bingkas bangun.. malas melayan kerenah lelaki itu.

“Eh kau nak ke mana tu Qish”

“Saya nak pergi mandilah, nak siap-siap pergi kerja.. layan awak nanti saya yang terlewat..” dia menjawab geram.

“Awalnya nak bersiap pergi kerja.. baru pukul lima pagi..”

Hah… ye ke? cepat-cepat di perhatinya jam yang tergantung di dinding.. alamak betullah dia cakap, aku ingat dia nak kenakan aku lagi..

“Err saya nak pergi toiletlah…” dia memberi alasan, hakikatnya hanya Tuhan yang tahu betapa malu rasanya dirinya itu.

Eleh macamlah aku tak tau dia nak cover malu dia tu.. Daniel tersenyum, terusik dengan telatah Balqish yang serba tak kena itu.

“Awak tu yang tercegat dekat situ lagi kenapa? pergilah balik bilik sendiri.. tak malu duduk atas katil orang..” ucapnya sebelum hilang di sebalik pintu bilik air.

Balqish bersandar pada dinding bilik air.. hai macam manalah boleh tak perasan tadi, yang aku ni pun satu, tidur tapi tangan tu tak reti nak duduk diam, yang aku gatal pergi tarik tangan dia tu kenapa.. apalah nanti dia anggap aku ni.. jangan dia anggap aku ni spesis perempuan miang sudah.. dahlah dua kali aku termalu depan dia hari ni.. pagi-pagi lagi pula tu, semua serba tak kena kalau dengan dia ni.. hai tak faham aku. Mana aku nak letak muka ni karang, rasanya nak angkat muka pandang wajah dia pun aku tak sanggup… malu oiiii malu…

Bab 16

“Balik nanti jangan keluar lambat-lambat tau, aku tunggu kau dekat tempat biasa..” sempat dia memesan pada Balqish tatkala isterinya itu melangkah keluar dari perut kereta. Hari ini mereka berkongsi kereta sekali lagi sebab petang nanti mereka berjanji akan keluar bersama.

“Yea boss..!” dia menjawab ringkas siap buat tabik hormat lagi, berapa kali nak ulang da.. penat tau dari tadi asyik dengar perkara yang sama saja..

Langkah kaki diatur sedikit laju menuju ke arah Suraya, bila dia melihat kelibat temannya itu baru hendak melangkah ke pintu masuk menuju ke arah lif.. ingin bersaing sekalilah tu..

“Qish.. jangan nak lari-lari macam budak-budak, jatuh nanti karang kan susah..” terdengar Daniel memberi pesanan, eh.. tak jalan lagi ke dia ni.. terus mati langkahnya.

Dia menoleh, terus menayangkan gigi, tersengih… hanya itu yang mampu dilakukan sedar akan kesilapan dirinya.. sorry anak mama, mama tak sengaja.. dia berbisik perlahan..

Daniel menggelengkan-gelengkan kepalanya, hai selalu macam tu, dah besar-besar pun perangai macam budak-budak, manalah aku ni tak bising, ye lah dah tau diri tu mengandung cubalah jadi orang yang berhati-hati sedikit.. selalu nak kena ada orang yang ingatkan dia.. cuai.. apa-apa jadi nanti kan payah..

“Kenapa dengan si Daniel tu Qish? masam, berkerut saja rupanya aku tengok.. kau buat dia marah ke?”soal Suraya sebaik saja mereka berpapasan.

“Entah.. biasalah mamat tu Su, ada sajalah yang dia tak berkenan dengan aku ni..” dia menjawab acuh tak acuh.. malas menceritakan sebab musababnya, yalah nanti tak pasal-pasal Suraya tumpang sekaki meleterinya, macamlah dia tak tahu sangat perangai temannya itu.

“Mesti kau ada buat sesuatu yang dia tak suka kan?” Suraya menekan lagi.. tak puas hati selagi temannya tak berterus terang..

“Yelah.. aku akui memang salah aku, aku terlupa diri sekejap tadi, aku berlari sikit depan dia tadi, bukannya lari betul-betul, lari anak saja, tu pun dia nak marah, takut aku jatuhlah katanya.. hisy risau tak bertempat tau dia tu sampai kadang-kadang melemaskan aku ni..”

“Eh.. eh betul apa yang dia buat tu, dia risau kan kau, nampak sangat dia ambil berat tentang diri kau..”

“Tengok kau pun sebelahkan dia, hisy sejak bila kau jadi penyokong dia ni?” dia memasamkan wajah tidak gemar temannya itu menyebelahi Daniel, saya tak suka tau orang sokong awak tu, pada saya, awak tu macam Hitler, huh segalanya serba tak kena, awak sajalah yang betul, itu tak kena.. ini tak sesuai.. sakit hati tau.. dia bermonolog sendirian..

“Aku bukannya nak sokong siapa-siapalah Qish, benda betul takkan aku nak bangkangkan.. ish kau ni kan semenjak mengandung sensitif sangat, dah jangan nak tarik muka pula, esok baby tu keluar muka berkerut saja kan haru.. hah senyum sikit…”

Huh tak jadi nak tarik muka, terus sebuah senyuman berbunga di wajahnya, hai takut juga kalau betul yang Suraya kata tu berlaku.. yalah siapa suka kalau babynya asyik berkerut wajah saja bila lahir nanti.

“Hah kan lawa begitu, kau tahu tak Qish, terus terang aku cakap, yang muka kau langsung tak cun kalau kau masam muka.. hehehe” sengaja mengusik.

“Yalah tu ada-ada saja kau ni kan?, kau memang selalu begitu kalau tak mengusik aku memang tak sah, aku tahu kau saja cakap macam tu sebab nak suruh aku senyum.. malaslah nak layan kau ni..”

“Hehe tau tak apa Qish..”

“Selamat pagi mama”, ucap Rizal dispacth yang entah dari mana munculnya membuatkan dia sedikit tersentak, hisy selalu begitu tau, suka sangat main-main muncul depan aku ni, dia merengus geram sambil mengurut dadanya sedikit terkejut..

“Selamat pagi Jal.. banyaklah mama kau..” dia membalas sambil menghadiahkan jelingan tajam, huh tak kuasa I nak melayannya.

“Alah itu pun nak marah..” Rizal mencebik melihat reaksi Balqish itu.

“Dahlah kau orang berdua ni oit.. tahu tak yang you all ni macam anjing dengan kucing, pantang berjumpa mesti ada saja yang nak di gaduhkan, hai cubalah satu hari tu berdamai sikit…” Suraya yang sedari tadi memerhati tingkah mereka mula bersuara bila melihat bunga-bunga pergaduhan yang mula terbit di antara mereka berdua, dia sudah masak sangat dengan perangai Rizal yang suka mengusik, dan perangai Balqish yang pantang di usik itu.. memang begitulah selalunya, dialah selalunya yang menjadi orang tengah.. nasib baik dua-dua dah jadi milik orang kalau tidak mahu saja aku kahwinkan saja mereka berdua ni, biar padan muka masing-masing.

“Mana aku tak geram tau Su, datang tanpa meninggalkan bunyi pastu tup-tup say morning dekat kita, nasib baik baby ni belum nak keluar lagi tau, kalau tak mesti aku dah terberanak aku dekat sini..” dia membebel geram sambil memandang ke arah wajah Rizal yang sedikit pun tak beriak rasa bersalah..

“Alahh… itu pun nak marah, biasa tak marah pun, kau ni sensitiflah Qish.. Oklah aku minta maaf, lain kali buat lagi… eh silap lain kali tak buat lagi.. hehehe”

“Tengok tu, macam tak ikhlas saja minta maaf..”

“Eh aku ihlas ni… minta maaf ok wahai tuan puteri Puan Qistina Balqish Binti err… apa ya nama ayah kau? aku lupa..”

“Dah dah kau orang berdua ni.. ish..”

“Yelah aku nak pergi beli breakfast ni.. kau orang berdua nak kirim apa-apa tak?” dia menyoal memandang wajah Suraya dan Balqish bergilir-gilir..

“No thanks, aku dah kenyang breakfast dengan tunang aku tadi..”

“Ha.. kau Qish??”

“Err.. aku.. err aku teringin nak makan roti telurlah, kau belikan untuk aku ek dua keping..” isy kecur pula air liur ni tiba-tiba, sedangkan tadi dia memang sudah bersarapan roti bakar dirumah bersama Daniel, memang begitulah selalunya, seleranya sentiasa ada terbuka semenjak dua menjak ni.. Hai mesti baby aku ni lahir montel sebab aku ni asyik nak makan saja.

“Ok, untuk kau sepuluh keping pun boleh, asalkan guna duit kau… haha..”

“Tengok tu… kedekut…”

Hanya tawa yang kedengaran dari mulut Rizal sebagai membalas reaksinya, begitulah selalunya, tak dia yang mengusik, Rizal pula yang mengusiknya kembali, tapi itulah yang menceriakan hari-harinya, dan selalunya suasana akan menjadi gamat andai mereka bertiga bertemu, Suraya dengan perangai sedikit keibuan yang sentiasa cuba mendamaikan mereka, dia dengan perangai sedikit keanak-anakannya dan Rizal biasalah dengan perangai kaki usiknya itu.

*****

“Encik Daniel… ” hisy dia buat lagi dengan perangai termenung melayan perasaannya, penat tau aku dok seru-seru nama dia ni, Zairyn mengeluh… hai kenapalah Tan Sri ada anak macam dia ni, kalau hari-hari macam ni susahlah.. jaga tapi macam tidur, sedar tapi macam tak sedar.. haisy aku simbah juga dia ni dengan air kopi ni karang..

“Ehem.. Encik Daniel..” dia berdehem menekan sedikit suaranya..

“Aa.. apa.. eh yang awak tercegat dekat pintu tu kenapa, masuklah..”

“Macam mana saya tak tercegat, saya dah ketuk pintu ni berkali-kali siap seru-seru tapi encik buat tak tahu saja, hai ikutkan hati saya tadi, kalau encik tak jawab juga panggilan saya ni, memang saya mandikan encik dengan air kopi ni..”

“Uikk janganlah sampai macam tu Zairyn, saya minta maaf ok, saya tak sengaja asyik sangat berfikir tadi..”

“Yalah tu berfikir, encik tu bukan betul jangan-jangan teringatkan girlfriend tak? macam saya tak tau yang girlfriend encik keliling pinggang..” dengan lelaki itu dia memang tidak pernah menapis katanya, sebab dia tahu lelaki itu jenis yang sporting.

A’ah.. bukan girlfriend yang aku teringatkan, tapi aku teringatkan isteri aku tu.. alahai kenapalah kau asyik mengganggu ketenangan hari-hariku ini Qish.. bisik hatinya.

“Tengok tu termenung lagi… haisy tak faham saya dengan encik ni, kalau dah betul angau baik kahwin saja, tak perlulah nak termenung sana termenung sini.. tak faham tak faham..” dia menggelengkan kepala tidak mengerti..

Nak kahwin apanya, memang aku ni dah kahwin.. alahai hanya termampu meluahkan kata dalam hatinya saja..

“Err ada apa-apa pesanan buat saya ke Zairyn?” soalnya segera menukar topik tak mahu terus melayan omelan wanita itu.

“Ha.. lupa pula saya, tadi Puan Sri call dia pesan, kejap lagi dia nak datang sini nak lunch sama-sama dengan encik dan Tan Sri..”

“Hah mummy nak datang? awak cakap apa tadi dengan dia..” alahai mummy datang tu mesti ada sajalah agendanya nanti, balik-balik suruh aku kahwin dengan si Suhail tu.. haiyss tak sanggup aku…

“Saya cakaplah encik ada, dan akan tempahkan meja untuk lunch nanti seperti selalunya..” dia menjawab lurus..

“La kenapa awak cakap macam tu, hisy saya tak sangguplah kena leter dengan mummy tu…”

“Manalah saya tau, saya hanya jalankan tugas..” dia mengangkat bahu.. lain kali cakap awal-awal kan senang..

“Tak apalah.. pergilah sambung buat kerja awak balik..”

Adeyy pening kepala aku, apa aku nak buat alasan nanti ek supaya tak perlu nak lunch bersama, aku bukannya apa aku tak larat nak melayan kata mummy tu.. hisy fikir… fikir.. sambil meletakkan tangannya kedagu..

Aha… alah aku cakap sajalah aku ada janji nak lunch dengan client.. habis cerita tak payah susah-susah hati… terus telefon bimbitnya di capai mendail nombor telefon bimbit mummynya..

********

“Aku tak sukalah warna dia ni Qish..” sungguh dia memang tak suka dengan pilihan wanita itu.

“Lah kenapa pula, kan comel apa baby kita pakai baju warna pink.. ni warna kesukaan saya tau..”

“Aku tak sukalah warna pink, aku lebih suka baby kita pakai baju warna biru.. lawa juga apa..”

Rasanya sudah hampir satu jam mereka menghabiskan masa ni butik baby itu tapi satu pun belum dapat mereka pilih, yalah bila seorang ni dah berkenan yang sorang pula tak bersetuju, rasanya sudah naik pening kepala pekerja butik itu melayan perangai mereka berdua.

“Lecehlah awak ni.. itu tak berkenan, ini tak suka.. ” Balqish menyungut.. bosan.. kehendaknya tak dipersetujui.

“Kau lagilah leceh, inilah kurang.. itulah tak sesuai..” hisy.. cerewet sungguh..

“Apa kata abang, dengan kakak pilih saja dua-dua warna, yelah mana tau nanti kalau dapat baby lelaki bolehlah pakaikan dengan warna biru, kalau dapat baby perempuan sesuailah pula dengan warna pink..” cadang pekerja di situ yang sedari tadi dia memerhati, mungkin sudah mula bosan melayan kerenah mereka..

Eh ya tak ya jugakan.. kenapa tak terfikir dari tadi kan.. hisy buat penat saja bertekak..

Setelah memilih beberapa pasang pakaian kanak-kanak yang mereka berkenan barulah mereka beredar, tersenyum pekerja-pekerja di situ melihat tingkah gelagat mereka berdua, mungkin itu pemandangan yang biasa bagi mereka untuk mereka-mereka yang bakal menimang cahaya mata.

“Hai sayang…. ” tiba-tiba ada suara halus lemak merdu ala-ala gedik menegur langkah mereka, tersentak sehingga menghentikan langkah mereka..

Hisy macam mana pula aku boleh terserempak dengan minah ni pula, Daniel mendesis geram.. ni karang mesti dia buat drama ala-ala gedik santai karang..

“Hai.. you buat apa dekat sini..?” dia membalas, menyoal sekadar mengambil hati..

Balqish memandang wajah wanita itu, macam pernah kulihat dia ni.. tapi di mana ya? ahh.. ni perempuan yang aku pernah bertekak di kedai buku hari tu kan? yang perangainya mengada-ngada tu.. aha.. siaplah kau hari ni aku akan balas balik… biar kau bertambah bengang.. bisik hati kecilnya nakal..

“I pun macam you lah.. jalan-jalan, shopping-shopping..” jawabnya manja dan tanpa segan silu memaut lengan sasa milik Daniel tanpa sedikit menghiraukan kehadiran Balqish di sisinya..

“Sayang.. kenapa you dah lama tak contact I? kenapa you dah lama ajak I keluar macam selalu tu??” soalnya sambil mula melentokkan kepalanya manja ke bahu milik lelaki itu.

Amboi… ni dah lebih perempuan ni.. dah naik juling siap nak terkeluar biji mata aku ni tengok perangai tak berkhemah perempuan ni, hai si Daniel ni tak ada mata ke? perempuan macam ni pun nak dilayannya.. kalau aku jadi dia dah lama aku tepis biar jatuh terus tersungkur dekat sini.

“Err.. sorry Syeryle I busy sikit akhir-akhir ni..” dengan tangannya cuba menolak kepala gadis itu dari terus melentok bersandar di bahunya, tak selesa di perlakukan begitu dan rimas dengan pandangan mereka yang lalu lalang.. mesti mereka fikir drama apakah yang cuba dilakonkan oleh mereka bertiga.. isy bikin kacau saja.

“Abang… siapa dia ni??” soal Balqish setelah sekian lama dia menjadi pemerhati, sengaja ditekannya perkataan abang tadi agar perempuan itu sedar akan kehadirannya.. sengaja dia mendekatkan tubuhnya merangkul pinggang Daniel… biar minah tu sedar diri sikit.. hihi

Uikk Qish panggil aku abang? eh.. eh tak pernah-pernah sebelum ni, dia cemburu ke? dia kehairanan..

“Sayang siapa dia ni?” soal Syeryle pula sebelum sempat Daniel menjawab soalan Balqish tadi..

“Hai saya Balqish.. isteri Daniel..” ujarnya sambil menghulurkan tangan kononnya untuk berjabat salam. Tapi salam yang dihulurkan sedikit pun tidak bersambut malah gadis hanya mencebik memandangnya.. ala ingat aku ingin sangat ke salam tangan kau tu? dasar tak tahu adab.. tahu tak kalau kita berjabat salam akan menggugurkan dosa-dosa kecil kita..

“Daniel apa semuanya ni?” Syeryle memandang wajah lelaki itu inginkan penjelasan..

“Kenapa pula Syeryle? betullah she is my wife.. dan kami bakal menimang cahayamata yang pertama kan sayang??” ucapnya seraya membalas rangkulan tangan Balqish itu, sengaja..

“Sampai hati you buat I macam ni kan?” lirih pula nadanya yang kedengaran.

Hisy tulah dia perempuan, ingat kita rapat dengan dia bermaksud kita cintakan dia, suka sangat meletakkan anganan tu terlalu tinggi..

“Dahla Syeryle I memang tak ada perasaan dengan you, perasaan I hanya pada wife I saja.. I harap lepas ni you tak payah cari I lagi.. you cantik lawa, mesti you akan dapat yang lebih kacak dari ni..”

“Tapi… you tak boleh buat I macam ni, perempuan ni tak layak untuk you, dahlah tak cantik.. I lagi cantik dari dia..”

“Eh siapa you untuk menilai kecantikan isteri I ni…”

“Dahlah abang… jomlah kita pergi.. tak payah layan perempuan ni..” ujar Balqish bila mendengar suara Daniel yang sudah sedikit meninggi, ditariknya tangan lelaki itu pergi jauh dari Syeryle, meninggalkan gadis itu terkulat-kulat sendirian di situ..

“Daniel..!” terdengar jeritan panggilan Syeryle tapi dia langsung tak mempedulikannya.

“Qish sampai bila nak pegang tangan aku ni?” soalnya setelah agak lama dan agak jauh mereka berjalan..

Tersentak Balqish.. serta merta dia melepaskan tautan jemari mereka..

“Ops sorry awak…”

“Qish aku sukalah kau panggil aku abang tadi… sedap saja kedengaran dekat telinga aku ni..”

Memerah wajahnya mendengar kata-kata yang terlahir dari bibir Daniel itu..

“Hah jangan nak perasan ok.. saya panggil begitu sebab nak bagi perempuan tu sedar diri..”

“Qish kau cemburu ya tadi?” soalnya dengan senyuman nakal, sengaja mengusik.

“Mana ada..” dia menjawab, rasanya wajah dah bertambah merah lagi.. tak tahu nak sorok mana mendengar soalan lelaki itu..

“Ala.. kalau kau cemburu katakan saja.. malu-malu pulak..”

“Mengadalah awak ni.. perasan sangat, tak ada masa saya nak cemburu dengan awak, dahlah malas layan awak, saya nak pergi makan, kesian baby dah lapar..” ujarnya terus melajukan langkah meninggalkan lelaki itu.. hai dalam hati rasa nak pecah membendung rasa.. hisy cemburukah aku ni?? entahlah aku sendiri pun tak faham dengan rasa aku ni.

“Qish oittt.. tunggu aku..”

Hai macam-macam sungguh perangai mereka berdua ni, tak macam orang yang dah dewasa kelihatannya…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 15, 16”
  1. Siti Soleha Yahaya says:

    hehehe….
    Qistina dah cemburu….
    BEST…BEST…. ;-) ;-) ;-)

  2. selendangbiru says:

    dah bertambah best…. :lol:

  3. hot mama says:

    hahahaha….
    best3 :razz: :razz: :razz:

  4. virgogurlz_una says:

    hahaha…
    mkin best ni…
    cpt smbung next n3… :razz: :razz:

  5. cekgu fatiah says:

    ahahaha.. da ag best… da tmbul prsaan dlm dri mreka :lol: :mrgreen: :o ;-)

  6. Ilya says:

    :mrgreen: :mrgreen: nice story

  7. miss tea says:

    best tul citer nie…
    hope cik nuril bole cpt smbgannye
    x sbr nk tggu..huhuhuhu ;-)

  8. Salam..
    haye smua, siti soleha, selendangbiru, hot mama, cekgu fetiah, virgogirl,ilya, miss tea an olz..
    terima ksih sudi bce krya yg x sbrapa ini.. :smile:

  9. andika85 says:

    qish cemburu.. daniel tuh slow.. kalo aku, dah laju jerk luah perasaan! hehe.. gud effort n gud job.. welldone.. we need more n more..

  10. rosmpkmn says:

    best sgt2

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"