
Novel : Lukisan Hati 4
Oleh : ika_funnieka
BAB 4
Mata hitamnya leka menonton berita jam 8 yang sedang bersiaran di saluran TV3.Telinganya peka menangkap setiap butir bicara sang pembaca berita.Sesekali dia menggeliat membetul-betulkan urat-urat badannya.Terasa segar apabila dia memperlakukan sebegitu.
” Wah…sedapnya kau landing dekat sini ya.Penat sangat ke hari ni? ”
” He…he…he…Kau Miza.Boleh tahan juga lah penatnya.Urutkan lah belakang aku.Penat ni.” Dia berkata sambil memicit-micit bahunya yang terasa sedikit sengal.Terasa lega otot-otot bahunya apabila diperlakukan sebegitu.
” Eleh…Banyaklah kau punya cakap.Habis aku ni yang penat siapa pula nak picit-picit minah oi…?” Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di sebelah Zulaikha.
” Ala…kau ni…dengan aku pun nak berkira juga.Azrin kan ada.Suruhlah dia picit kau.He…he…he…”
” Ha…ha…ha…Baik punya idea kau ya.Kalau aku picit dia,siapa nak picit aku? ” Celah Azrin dari belakang mereka.
” Kau suruhlah abang handsome kau picitkan kau.Fuiyooo….Romantik tu…Jealause I….” Ketawanya terkekeh.Senang hatinya dapat menyakat sahabatnya lagi seorang.
” Banyaklah kau.” Bantal kecil di atas kerusi dicapainya lalu dibaling kea rah Zulaikha.
” Tak padan dengan kecil…Sukalah kenakan aku.Tak baiklah kau ni. ”
” Bukan kenakan kau lah Rin.Tapi sakat kau.” Giliran Miza menyakat Azrin.
” Tau tak apa.Aku sokong kau Miza.Hidup Miza.Ha…ha…ha….”
” Kau orang ni…kejamlah….Benci…benci…benciiii…”
Zulaikha dan Miza masih lagi ketawa dan mereka belum puas lagi untuk menyakat sahabatnya yang seorang lagi,Azrin.
” Eleh….Siaplah kau orang nanti….Malas lah nak layan kau orang….” Protes Azrin.
” Tak nak layan sudah.Nak layan abang handsome lah tu…”
” Miza…” Jeritnya.
Bermulalah sesi baling-baling bantal antara mereka bertiga.Habis riuh rendah rumah teres yang mereka bertiga sewa.Nama sahaja anak dara,tapi perangai…Macam budak-budak.Mengganggu ketenteraman jiran tetengga betullah.Anak siapalah ni kan.Kalaulah lah ada mak-mak orang yang nak jadikan mereka menantu,awal-awal lagi dah kena reject.Hahaha….
” Wei…Dah dah lah.Penat aku ni.Sorry ok…Lain kali buat lagi.” Ngalah Zulaikha menyakat Azrin.
“Eleh…Ye la tu.”
” Dah dah lah ya.Aku pun dak penat ni.Kanak-kanak riang lah kau orang ni.”
” Banyaklah kau punya kanak-kanak riang. ” Bantal kecil merah jampu tepat kena di muka Miza apabila dibaling oleh Azrin tanda geram.
” Ala…Gurau je.Janganlah marah.”Pujuk Miza.
” Tak marah.Geram je.”
Akhirnya mereka bertiga tertawa sendiri.Habis ruang tamu rumah mereka.Bersepah dengan bantal-bantal kecil.Dah macam rumah yang ada anak sepuluh orang.Bersepah sana-sini.Ish…Apalah nak jadi dengan mereka bertiga ni ya.Kalau mak ayah dia orang ada,dapat makan motivasi percuma lah jawabnya.
” Sudah-sudahlah.Penat aku melayan kau orang ni.Cepat kemas bantal-bantal ni.Aku nak pergi dapur nak buat air.Dahaga pula aku.” Arahnya kepada Azrin dan Miza.
” Baiklah cik kak oi…Nak milo panas ea.” Pinta Miza
” Aku pun nak milo panas juga.”
” Ya lah.Aku buatkan.”
Lebih kurang 5 minit,Zulaikha muncul dari dapur sambil menatang dulang yang berisi air milo dan beberapa bungkus makanan ringan yang dia beli tadi.Perlahan-lahan dia meletakkan dulang yang dia tatang tadi di atas meja kecil.
Dia mengambil secawan milo panas lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.Perbuatannya diikuti rakannya yang lain,Miza dan Azrin.Sesekali tangan mencapai makanan ringan diatas meja.Terkucap-kucip bunyi makanan dikunyah.
” Zu…Aku nak tanya kau boleh tak? ”
” Eemm…Apa yang kau nak tanya tu? ”
” Kau gaduh lagi ke dengan mamat cekeding tu? ”
” Yurp…Aku gaduh lagi dengan dia.”
” Apa? Kau gaduh lagi ke dengan dia? Aduhai kau nil ah…” Terkejut Miza bila mendapat tahu kawannya bergaduh lagi dengan Faleeq.
” Kau kenapa Miza? Dah memang betul apa aku gaduh dengan dia.Tapi kali ini dia yang mulakan dulu tau.”
” Macam mana pula jadinya ni.Tak fahamlah kau ni.”
” Apa yang kau tak faham ni Rin? Kau ank tahu tak? ”
” Apanya? ” Soal Miza lagi tidak puas hati.
” Macam ni…Masa kau bagi mesej dekat aku tadi,aku berhentilah dekat tepi kedai baju.Tengah sedap-sedap baca mesej kau,apa lagi mamat kering tu langgarlah aku.”
” Lepas tu apa jadi? ”
” Sabarlah Miza.Relaks lah.Bagi Zu habis cerita dia dulu.”
” Tengah membara semangat aku ni.Apa kejadahnya si Faleeq nak langgar kau ni.Buta apa dia sesuka hati dan sesedap rasa dia saja nak langgar kau.”
” Memang buta pun.” Selamba sahaja dia menjawab.
” Masa bilalah dia dia buta ni.Pagi tadi jumpa dia terang benderang aja mata dia tengok kita.Dia langgar kau terus buta? Apa kes? ”
” Aduhai…Apa hal lah kau ni slow sangat. Kau dengar ajalah cerita Zu ni.Suka potong cakap orang lah kau ni.” Kata Azrin sambil menepuk-nepuk dahinya.Si Zu pula,sedap sangat menghirup milo panas.Tahulah dia gila milo.
” Ya lah…ya lah.Cepatlah sambung cerita tu.” cebiknya.
” Macam ni…Dia dah langgar aku,lepas itu dia salahkan aku pula.Mahunya aku tak naik angin dengan dia.Punyalah banyak manusia yang lalu-lalang kat depan mata aku masa tu,seorang pun tak ada yang langgar aku.Tiba-tiba dia datang,langgar aku.Dah lah dia langgar aku,lepas tu handphone aku jatuh.Tambahlah marah aku.Bukan dia nak minta maaf pun.Dalam masa yang sama dia dengan Si Gedik tu buat drama dengan membelek-belek kaca mata hitam entah apa ke jenama aku pun tak tahulah.” Ceritanya panjang berjela sambil membetulkan kedudukannya menghadap dua orang rakannya sambil memegang cawannya.
” Jap…Jap…Kau nak cakap yang kaca mata hitam dia jatuh,lepas tu dia salahkan kau punca perlanggaran tu dan Si Gedik tu bela dia? ” Teka Azrin.
” Tau tak apa.Dia yang salah,dikatanya aku pula yang salah.Dah dia tu buat drama dengan minah dia sampai langgar aku.Ada ke patut nak salah kan aku.Benci pula aku. ” Dia melepaskan geram.
” Memang tak patut pun.Kalau aku kat tempat kau pun,dah lama aku hadiahkan dia taewando aku ni.” Sokong Miza.
” Bukan tu saja tahu tak dia salahkan aku.Dia suruh aku gantikan kaca mata dia tu.Lagilah aku tak kuasa nak layan dia.Dah terang-benderang nyata lagi jelas dia yang langgar aku.Dia yang salah,aku pula nak buat amal tak guna pada dia? Eeee…malaslah aku.Benci lagi adalah.”
” Kau nak tahu tak? Kalau kau dengar ni,mesti gelak gila-gila ni.”
” Apa tu wei? ” Tanya Azrin dan Miza serentak.Tak sabar-sabar dia nak tahu apa yang berlaku antara Faleeq dan Zulaikha.
” Aku panggil dia orang katak puru.” Terbahak-bahak mereka bertiga ketawa.Tak tahan geli hati dengan panggilan yang Zulaikha panggil terhadap faleeq dan makwenya itu.
” Memang patut pun aku panggil dia macam tu.Lembik semacam makwe dia tu.Sikit sikit baby-baby…sayang-sayang.Eeee…geli geliman aku dengar.”
” Dasyat gilalah aku ni Zu.Anak datuk macam tu kau kata katak? Ha…ha…ha…”
” Macam lah kau tak kenal dengan Zu ni Miza oi.Nampak saja macam gadis Melayu terakhir,tapi mulut laser gila.”
” Dasyat tak dasyatlah kan.Tapi pipi aku sakit apa kena lempang dengan Si gedik tu.Perit gila lah.” katanya sambil mengusap-usap pipinya kanannya.Terasa masih perit lagi dek pelempang si Amyriena @ Si Gedik.
” Melampau betul si Gedik tu kan.Ada ke patut dia buat macam tu kat kau.Dah memang salah dia dengan Faleeq,suka-suka saja dia cakap macam tu.” Protes Azrin.
” Tau tak apa.Kalau aku dah balas balik pelempang dia tu.”
” Aku memang nak balas balik lempang dia tu.Tapi malulah aku nanti.Lagipun aku tak kuasa lah nak layan dia orang tu.Walaupun aku tak balas lempang si Gedik tu,kaca mata hitam si faleeq tu aku pecahkan.”
” Kau pecahkan? ” Tercengang Miza dan Azrin.
” Ya lah.Aku pecahkan.Baru puas hati aku ni.Sesuka hati dia saja nak suruh aku gantikan benda alah tu.Handphone aku tu dah rosak dia kerjakan,tak nak pula dia gantikan.Inikan pula kaca mata dia tu?Tak kuasa aku nak gantikan.” Terluah juga kegeramannya yang terbuku dihati.
” Kau ni kan betul-betul gilalah Zu.Berani aja kau hemtam anak datuk.Kalau aku,entah-entah dah kena saman agaknya.”
” Ada aku kesah? Aku tak kesah lah ni semua.Dah lah….Aku malas nak cakap pasal benda-benda ni semua.Buat pening kepala saja. ”
” Ye la tu.Tapi kan…Kau kena ingat.Orang dulu-dulu cakap,kalau orang tu asyik bergaduh saja macam kau dengan Faleeq,maknanya ada jodohlah tu. ”
” Pandailah kau ni Miza.Suka-suka saja cakap macam tu.Kalau kena kat batang hidung kau,padan mula kau. “Katanya tidak percaya.
” Betul tu Zu.Ada hadis yang menyatakan…Cintalah seseorang itu dengan sekadarnya kerana mungkin akan bertukar menjadi benci.Dan bencilah seseorang itu dengan sekadarnya kerana mungkin akan bertukar menjadi cinta.Lebih kurang macam tulah maksudnya.”Dengan panjang lebarnya Azrin memberi tazkirah bagi menyokong kata-kata Miza.
” Ya lah wahai teman-teman ku.Terima kasih ucapan dan peringatan kau orang.Aku terima itu semua.Tapikan boleh tolong tak?
” Tolong apa tu? ” Tanya Miza.
” Tolong diam.Aku nak tidur.”
Belum sempat dia memejamkan mata,dua biji bantal kecil hinggap di tubuhnya.Apa lagi,perang bantal kembali lagi.Bersepah lagilah ruang tamu rumah mereka.Apa-apa sajalah mereka ni kan.Kanak-kanak riang betullah.He…he…he…













besssttttttttt..
klakar dyeorg nie….
Syok gak…tp dialog panjang bebenor tu. seimbangkan sket
