Novel : Two World Collide : Forbidden Love 5

25 May 2010  
Kategori: Novel

331 bacaan 1 ulasan

Oleh : Chie

part 5

AYU dan Mell keluar dari dewan kuliah. Ayu seperti biasa, sentiasa ceria dan gembira. Mell pula seperti kena kejutan budaya. Dia menyepi dan kerjanya hanyalah memeluk bukunya. Dia hanya mengikut kemana sahaja Ayu melangkah tanpa banyak tanya.
Ayu mengajak Mell balik ke apartment memandangkan kuliah mereka hari itu setakat pukul 3 sahaja. Jadi mereka berdua melangkah menuju ke stesen bas utama kampus. Mereka akan balik menggunakan RapidKL ke Stesen LRT university nanti. Dan kemudiannya mereka akan naik LRT ke Masjid Jamek dan di situ mereka bertukar tren untuk mennju ke Pandan Indah. Ayu menekan butang di tiang trafiklight. Mell pula tanpa menyedari dia sedang menyeberangi jalan tetap meneruskan langkahnya walaupun ada beberapa kereta yang lalu. tiba – tiba datang sebuah Mercedez seperti sedang dipandu dengan tergesa – gesa sedang menuju ke arahnya tanpa ada tanda – tanda untuk mengurangkan laju.
“Mell???” Mell berpaling apabila suatu suara yang amat dia kenali menerpa ke cuping telinganya dan seterusnya memukul gegendang telinganya. Di depannya, dia melihat Jeffrey berdiri dengan air muka yang cemas. dia melihat Jeffrey berpaling ke kiri. Dan dia juga meniru gelagat Jeffrey. Kini barulah dia tahu bahawa dia sedang dalam bahaya apabila dia terlihat sebuah Mercedez mendekatinya dengan lajunya. Dia tiba – tiba teringat akan mimpinya malam tadi. Pantas dia memandang kembali ke arah Jeffrey dengan niat menghalang Jeffrey dari datang menyelamatkannya. Namun dia tidak sempat berbuat demikian apabila Jeffrey juga sedang meluru laju ke arahnya. Ayu yang berada di seberang jalan tidak mampu berbuat apa – apa melainkan berdiri dengan mulut yang melopong. Malah untuk menjerit pun dia tidak mampu.
“No! Jeff… Go away!!!” jeritnya, namun tangan Jeffrey telah terlebih dahulu menyentuh tubuhnya dan menyebabkannya tertolak ke tepi dan dia terselamat dari dilanggar Mercedez.
“Jeffreyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!” dia menjerit kuat apabila menyaksikan tubuh Jeffrey dilanggar dengan hebatnya. Namun kemudiannya dia diam seperti kena sampuk apabila menyaksikan kejadian yang berlaku sebentar tadi sama sekali seperti yang telah dia mimpikan malam tadi.
Jeffrey senyum manis sebelum dia terpelanting jauh apabila dilanggar Mercedez itu. Semua orang melihat kejadian itu nampak hairan kerana Mell terselamat dengan jayanya tanpa cedera sedikit pun. Mell mencari – cari sekujur tubuh Jeffrey yang telah dilanggar tadi, namun matanya tidak dapat mengesan apa yang dia cari kala itu. Mercedez itu terus berlalu seperti tidak berlaku apa – apa. Beberapa buah kereta lain berhenti untuk memastikan Mell baik – baik sahaja. Begitu juga dengan pelajar yang terdapat di stesen bas itu. Semuanya datang mengerumuni Mell, untuk melihat keadaa Mell, bukan kerana prihatin, tetapi lebih kepada untuk menyibuk.
“Are you okay?” suara Ayu perlahan – lahan datang ke medan pendengarannya. Mell yang masih terduduk kaku, perlahan – lahan memandang wajah Ayu. Dia memandang ke dalam mata Ayu dalam – dalam.
“Kenapa tidak berhentikan kereta itu tadi? Dia telah melanggar Jeff! Dia telah membunuh Jeff!” kata Mell tiba – tiba. Ayu pula mengerutkan wajahnya mendengar Mell tiba – tiba menyebut nama Jeffrey.
“Mell, are you okay…?” tanya Ayu kesekian kalinya, lebih menekan nada hairannya.
“I’m fine. Ayu cepat pastikan Jeff. Selamatkan dia. Dia lebih memerlukan pertolongan daripada Mell…” air mata Mell tiba – tiba jatuh.
Ayu bangun memastikan apa yang Mell katakan. Beberapa orang disitu berkata – kata Mell meghadapi trauma hebat dalam hidupnya.
“Dia trauma tu… Cepat bawa dia ke hospital sebelum dia apa – apa…” ada satu suara mencelah di antara keriuhan orang ramai itu. Ayu duduk kembali memastikan keadaan Mell buat kesekian kalinya apabila dia tidak ada melihat apa – apa yang Mell katakan. Malah tidak ada orang yang sedang berkerumun atau apa – apa yang menandakan mereka sedang melihat satu kemalangan di tempat lain, melainkan di tempat dia berdiri sekarang.
“Sesiapa yang ada kereta, tolong saya hantar kawan saya ke PPUM. Dia perlukan sedikit rawatan…” Ayu terfikir akan kata yang didengarinya tadi yang mengatakan Mell mungkin trauma.
“Follow me. Saya boleh tolong awak…” seorang wanita menawarkan pertolongan.
“Syukur dia selamat. Kereta itu laju sangat tadi. Depan mata aku sekali tu tadi. Aku sedang berfikir yang dia akan menjadi mangsa kemalangan yang paling teruk dalam hidup aku. Namun aku hairan, dia boleh selamat sedangkan kereta tu tadi betul – betul menuju ke arah dia tadi….Pendek kata, hanya beberapa inchi sahaja lagi, tiba – tiba dia boleh tercampak ke tepi… Aku hairan… Dia satu antara seribu….”
“Aku pun hairan.. Selalunya, kalau keadaan sudah begitu, pengakhirannya adalah kematian.. Tapi Mell memang satu antara seribu… Aku pejam bila kereta itu datang beberapa inchi lagi kat tubuh dia. Alih – alih, bila aku buka mata, Mell selamat. God, aku pun tak mengerti??”
“Takde pun dia melompat atau apa tadi? Dia aku nampak hanya menjerit dan menanti sahaja. Alih – alih dia terselamat…”
“Rasa – rasanya dia pun tak sangka dia terselamat….”
Mell memandang satu – satu wajah orang yang sedang berbincang topik hangat itu. Kehairanan orang – orang itu mungkin menandakan mereka nampak apa yang dia nampak tadi. Namun, tidak ada seorang pun menyebut akan kehadiran Jeffrey dalam situasi itu, walaupun mereka tetap hairan dengan peristiwa Mell terselamat dengan mudahnya, walaupun sepatutnya Mell dilanggar dengan ngerinya tadi.
“Kau dengar tak dia menjerit nama Jeffrey tadi?” suara itu menarik perhatian Mell sebelum dia di sumbat ke dalam perut kereta.
“Kejadian itu berlaku dengan pantas, aku tak dengar apa – apa, sebab aku juga turut cemas tadi….”
Mell tertanya – tanya, apa maksud yang orang ramai tidak melihat kehadiran Jeffrey dalam kejadian sebentar tadi. Dan dia juga hairan mana mayat Jeffrey?????
“Mell okay tak?” tanya Ayu ketika Mell termenung di atas katil wad PPUM. Mell memandang Ayu dan mengangguk perlahan.
“Tapi Mell seperti memikirkan sesuatu…”
“Err…. Yu. Malam tadi Mell mimpi. Dalam mimpi itu ada suara yang mengatakan Jeff akan korbankan nyawanya untuk selamatkan Mell. Kemudian Mell nampak Jeff berdiri di tengah – tengah jalan raya kat traffik light, kemudian dia senyum sebelum tubuh dia dilanggar oleh kereta Mercedez. Aku pula berdiri di seberang jalan. Menyaksikan kejadian itu. Dan tadi hal yang sama telah berlaku seperti dalam mimpi Mell malam tadi… Jeff benar – benar telah dilanggar tadi, Yu… Mell tak trauma apa – apa. Mell lihat dengan mata kepala Mell sendiri. Yu tak terfikirkah, bagaimana Mell boleh terselamat dari kereta itu yang sedang meluru laju ke arah Mell, dan Mell hidup lagi biarpun hanya beberapa inchi sahaja lagi kereta itu datang kepada Mell. Itu sebab, Jeff yang tolong Mell….” kata Mell. Dia mengharapkan pengertian Ayu kali ini.
“Merepek laa kau ni Mell. Maksud kau, Jeff dah mati dan datang dalam bentuk roh dan menolong kau, macam tu ke?” tanya Ayu yang tidak ,mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Mell.
“Tak. Dia hidup lagilah masa tu….” kata Mell. Dia diam dan tidak meneruskan kata – katanya. dia sendiri mula buntu memikirkan hal itu.
“Habis tu, kalau dia datang sebagai manusia, dan dia menolong Mell, dia mesti mati dilanggar oleh kereta itu. Tapi kalau benar kata Mell itu, mana mayat dia???” persoalan itulah yang sedang bermain dalam fikiran Mell. Dia sendiri sukar untuk merungkaikan maksud yang tersirat dalam kejadian itu tadi.
“Huh!! Agrhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!” tiba – tiba Mell menjerit dengan kuat, sangat diluar jangkaan Ayu. Beberapa orang staff berlari – lari ke arah wad milik Mell. Ayu pula yang menjadi cemas.
“What going on here?” tanya doctor lelaki itu, yang nampak tercungap.
“Dunno..? He’s scream…”
“I’m okay, doctor. Just a little bit tension. Don’t worry, I’m okay….” jawab Mell dingin.
“Sure?”
“So sure…. Doktor can go….”
“Okay. So, tell me when you need something…” pesan doctor itu sebelum dia dan dua orang rakannya meninggalkan wad itu.
“Like you said….” jawab Ayu cepat – cepat.

DAFI duduk termanggu di beranda kondominium milik Dirly. Dia menunggu Dirly menyelesaikan dirinya untuk membersihkan diri. Lima belas minit kemudian Dirly muncul dan mereka berdua duduk di beranda itu.
“Err, Ly. Ly sure Jeff masih hidup tak?” tanya Dafi dalam nada yang sangat dikawalnya, agar ia tidak kedengaran biadap dan tidak megguris hati Dirly. Namun cara itu tidak juga berkesan. Mana mungkin ayat itu tidak menggugat perasaan seseorang, sedangkan ianya melibatkan orang terdekat.
“Hey, kau merepek apa ni, Fi? Kau datang sini semata – mata nak tanya aku pasal tu??” hati Dirly panas dengan soalan biadap itu.
“No. No.. Dengar dulu. Aku ada satu cerita yang buat aku bertanya sebegitu pada kau. Aku bukan suka – suka, atau aku bukan biadap untuk bertanya seperti itu…” jawab Dafi membela dirinya.
“Tell me what?”
“Begini, err….. Malam tadi Fi mimpi. Dalam mimpi itu ada suara yang mengatakan Jeff akan korbankan nyawanya untuk selamatkan Fi. Kemudian Fi nampak Jeff berdiri di tengah – tengah jalan raya kat traffik light, kemudian dia senyum sebelum tubuh dia dilanggar oleh kereta Mercedez. Aku pula berdiri di seberang jalan. Menyaksikan kejadian itu. Dan tadi hal yang sama telah berlaku seperti dalam mimpi Fi malam tadi… Jeff benar – benar telah dilanggar tadi, Ly… Fi lihat dengan mata kepala Fi sendiri. Semua orang ingat Fi gila bila Fi kata orang yang menyelamatkan Fi dari kemalangan tadi adalah Jeff. Dia orang kata, kalau Jeff selamatkan Fi, mana mayatnya? Sungguh. Tak ada kesan apa – apa di situ tadi…. Biarpun Fi nampak Jeff betul – betul kena langgar tadi, tapi Fi tak dapat pastikan sama ada benar apa yang Fi nampak atau….. Arghhh!! Fi bingung, sebab tu Fi bertanya kepada Ly. Manalah tahu Ly ada apa – apa yang Fi tak tahu……
Dirly diam. Dia menyandarkan tangannya ke pehanya sambil matanya memandang ke lantai. Dia berfikir sesuatu…
“Ly fikirkan apa…”
“Mell tadi baru sahaja menelefon Ly. Dia menceritakan apa yang telah terjadi tadi. Ceritanya sama sahaja dengan apa yang kau katakan..” cepat – cepat Dirly mencantas kata – kata Dafi tadi.
“What?” Dafi tercengang.
“Apalah yang sedang Jeff lakukan waktu ini? Sihatkah dia? Kenapa sejak akhir – akhir ini dia menjadi misteri sangat?” kata Dirly, lebih bertutur kepada dirinya sendiri.
“Apa yang berlaku sebenarnya, Ly?” Dafi mula bimbang kembali. Susah payah dia membuang resahnya kerana mimpinya semalam yang berkaitan dengan orang yang terdekat dengannya, ianya tidak berjaya. Namun peristiwa petang tadi menggamit kembali keresahan dalam hatinya apabila ada satu kejadian itu benar – benar berlaku seperti di dalam mimpinya semalam. Kemudian, hatinya bertambah resah apabila dia Mell juga mengalami apa yang dia alami.
“Ly juga tak mengerti…..”
“Siapa lelaki yang membawa pergi Jeff hari itu?” tanya Dafi lagi.
“Ly tak tahu. Manalah Ly tahu, bukannya Ly ada kat situ hari itu? Lagipun, Ly tak pernah jumpa pun lelaki itu… Bukankah kau yang disitu hari itu??”
“My God. Semuanya berlaku dengan satu rahsia yang kita tidak tahu apa…. Jangan – jangan Jeff dalam bahaya….”
Mata Dirly dan Dafi bertembung tatkala Dafi mengungkapkan ayat itu. Dirly merasakan sesuatu yang sangat berlainan sangat. Berbeza sekali perasaannya hari itu dengan hari – hari yang lalu. Dia rasa seperti ada sesuatu yang telah hilang……
“Awal pagi tadi, Ly terima mesej suara dari Jeff. Dia kata dia baik – baik sahaja….” lapor Dirly akhirnya.
“Ly ada hubungi dia balik?” tanya Dafi cepat apabila Dirly menyataka yang Jeffrey ada menghubunginya.
“Tak pula….”
“Give me that number….”

DENNIS cepat – cepat mengangkat panggilan dari nombor yang dia tidak kenali itu. Dia berharap itu adalah panggilan dari Jeffrey, yang tidak balik – balik dari kuliah tadi.
“Pulangkan adik aku!!” suara yang keras tiba – tiba menerjah ke gegendang telinganya. Dia tidak pasti siapakah orang itu. Tapi dia pasti itu abang Jeffrey. Kalau tidak pun mesti orang yang salah nombor.
“What?”
“Tolong pulangkan adik aku. Kami risau apa – apa terjadi pada dia. Kau tahu kan apa rasanya jika situasi ini berlaku kepada kau??” suara yang kedua ini lebih mendatar dan lembut nadanya, tidak membentak seperti yang pertama tadi.
“You means, Jeffrey???”
“Ya… Adik aku….”
“Aku pun tengah buntu ni. Dia kata dia akan balik kuliah pukul tiga. Tapi sekarang sudah pukul 7 petang, tapi aku belum nampak dia lagi ni…. Aku pun risau. Aku nak ambik, dia kata tak apa….”
“What do you means?”
“Err…. Jeffrey belum balik lagi. Aku pun tak tahu nak call dia macam mana? Sebab telefon dia dah tak ada. Aku benar – benar tak tahu apa – apa dan di mana dia sekarang,” jawab Dennis dalam nada yang tertekan.
“Where you at now?” suara keras kembali menerjah ke cuping telinganya. Mungkin ada dua orang yang sedang bercakap di talian sebelah. Sebab ada suara keras itu muncul.
“Bangsar…”
“Your home??? I means…”
Dennis tahu orang itu amat marah dengannya waktu itu. Apa yang berlaku, dia akan hadapi dengan mukanya sekali, dia akan bertanggungjawab apa sahaja yang melibatkan Jeffrey. Dan dia akan memberikan alamat dan tidak kisah jika abang – abang Jeffrey ingin datang ke rumahnya. Dia akan menghadapi mereka. Kerana dia cintakan Jeffrey lebih dari nyawanya.

JEFFREY sedang menunggu LRT di stesen University untuk pulang ke Bangsar. Tidak jauh dari dari stesen U. Dia memandang orang sebelahnya untuk bertanyakan waktu memandangkan dia sendiri tidak ada jam. Handphone dia pula sudah rosak. Memang kebiasaannya tidak memakai jam tangan. Tangannya akan kegatalan jika dia menyarungkan jam atau mana – mana aksesori.
“Kakak, jam berapa sekarang?” tanyanya sopan. Wanita yang dia panggil kakak itu berpaling sekejap, kemudian kembali kepada asalnya duduk tadi. Tak menjawab.
Jeffrey mengerutkan dahinya. Hairan dengan reaksi wanita itu yang tidak mengendahkan pertanyaannya. Dia biarkan sahaja wanita itu kemudiannya. Dia pun mula duduk diam. Datang seorang lelaki pula duduk di sebelahnya. Bila dia terpandang tangan lelaki itu ada jam, langsung dia bertanya.
“Err, tumpang tanya. Abang, jam berapa sekarang ya?” orang itu pula seperti tidak mendengar. dia hanya tertoleh – toleh ke kiri ke kanan. Melihat jam tangannya sekilas, kemudian dia kembali kepada keadaan asalnya. Buat kali kedua, Jeffrey dilanda kehairanan apabila dia tidak mendapat respon yang sewajarnya. Malah kehadirannya seperti tidak diendahkan. Soalan yang sangat mudah pun mereka tidak mampu jawab.
“Pekak ke apa diaorang ini?”
“Hey, Roger! There you are. I think you belum sampai lagi…. Heyhey…” seusai Jeffrey mengomel sendiri dalam hatinya, tiba – tiba lelaki itu bersuara, seolah – olah mengetahui yang Jeffrey sedang mengutuknya dalam hati.
“Dahhh… Boleh pula cakap. Habis tu, aku tanya, dia tak jawab pula, buat – buat tak dengar saja….” ngomelnya lagi.
Lelaki tua itu bangun mendapatkan manusia yang dia panggil sebagai Roger tadi. Berjabat dan bermesra sebagai dua rakan yang baru berjumpa setelah sekian lama tidak berjumpa.
Jeffrey bengang. Langsung tidak mesra alam. Tidak menunjukkan sikap 1Malaysia langsung. Bagaimana nak menjayakan seruan PM?
“Kakak, boleh tanya tak? Jam sekarang pukul berapa?” tanyanya kembali kepada kakak yang duduk di sebelahnya tadi. Tiba – tiba kakak itu bangun dan berdiri. Kebetulan LRT sampai dan ini membatalkan niat Jeffrey untuk mengomel lagi. Namun dalam hatinya, dia sempat mengutuk dua individu yang dia sapa tadi. Sungguh tidak mesra….
Dia tiba – tiba terpandangkan jam digital yang terdapat di stesen LRT itu. Langsung dia menyumpah dirinya sendiri. Lupa pula dia akan jam yang ada di situ…. Kalau tak, tak mungkin dia bertanya kepada dua orang itu tadi. Pokok kayu! Tak pandai cakap!
19:23.

AYU mendail nombor yang membuat panggilan tengah malam tadi. Dia rasa terpanggil untuk mengetahui siapakah pemilik nombor itu. Dia juga rasa resah selagi belum mengetahui tujuan utam orang itu memanggil hingga berulang kali mendail nombornya? Mesti ada sesuatu yang sangat penting yang ingin dia sampaikan…
“Mell, makan….” panggil Ayu, sempat menyuruh Mell makan, sudah lama Mell duduk dalam kamar. Sejak pulang dari hospital tadi.
“Nanti saja laa….”
“Oh ya. Hello, boleh saya tahu siapa di talian sebelah?” tanya Ayu, sopan dan lembut, supaya tidak kedengaran kasar dan biadap.
“Err.. Actually, aku yang patut bertanya begitu. Sebab kau yang call aku, kan? But never mind. I just want to know, why you call me and ask for my name?” tanya suara di sebelah, biarpun agak sinis, tapi bukan untuk mencari gaduh. Ayu tahu nada itu.
“Oh ya… Sorry…. But, last night you had call me ten time, but I don’t answer it because I’m sleeping.. Huhu… By the way, my name is Ayu. So, you?” kata Ayu, dia ketawa kecil.
“10 time? I don’t know that. I think I never do that…”
“What the hell you said you never do that? It’s ten time you had called me last night. Don’t you try to cheat me, okay? I don’t want someones bother me by that way. Itu buat aku tertanya – tanya, dan aku fikir something happen. So, it make me like a…. You know? Something like a….. Tension!!”
“Hey, cool. Aku takkan tipu orang! Lagipun aku masih waras nak main kacau – kacau orang melalui telefon ni.. Aku dah matang. Bukan permainan aku kalau perkara ni! Aku dah dewasa!”
“Damn you!” jerit Ayu, tiba – tiba dia rasa geram.
“You, damn! Stupid!!”
Slipp….
Talian terputus dengan segera. Ayu rasa sangat bengang dengan lelaki itu. Mell baru sahaja keluar dari bilik tidur, dan dia hairan melihat muka marah Ayu.
“Selamba dia tak mengaku. Bodoh! Sialan!”
“Hey, kau marah siapa ni? Apasal pula tension – tension ni?”
“Stupid caller! So stupid! I don’t know how to tell you! Soooooooo stupid! Just forget it, Mell. Jom makan…” Ayu mengajak Mell makan, biarpun hatinya masih lagi panas dengan orang yang dia bercakap tadi.
“Kau ni, tak ada angin, tak ada ribut, kau marah – marah ni apasal. Kau sibuk call dia balik buat ape? Kan dah buat kau tension lagi? Abaikan je laa call seperti itu. Nonsense!” kata Mell, serius tidak seperti dulu – dulu, yang penuh dengan gurauan dan usikan.
“well…..?”

JEFFREY baru sahaja sampai di rumah apabila dia melihat sebuah kereta yang sangat dia kenali selain dari kereta Dennis. Sebelum dia masuk ke ruang rumah itu, dia melihat Dirly dan Dafi keluar dari kereta itu dan masuk ke dalam rumah. Dia hairan bagaimana mereka tahu di mana rumah Dennis. Lalu dia bergegas untuk melihat apa yang terjadi. Dia tidak ingin kedua – dua abangnya menyakiti Dennis hanya kerana dia.
“Just tell me, where you hide my brother?” tanya Dafi kasar. Dennis berdiri di tepi sofa bila dia melihat Dirly dan Dafi masuk ke dalam bilik.
Dennis meruntun rambutnya, tidak tahu nak jawab macamana?? Dia sendiri tension memikirkan mana Jeffrey? Kini dia sedia jika kedua – dua abang Jeffrey itu berlaku kasar dengannya sekejap nanti.
Dirly menolak Dafi ke tepi dengan lembut.
“Okay, Dennis. Macam ni, kami ni nak nak adik kami balik. Kami bukan nak apa – apakan awak? Kami Cuma nak awak pulangkan adik kami. You know how your feeling when someone you love lost in your life?”
“Seriously, I don’t know where Jeff now? Jeff just tell me, he go to kuliah. Just that. Tapi sampai sekarang dia belum pulang lagi. Aku pun tension ni….”
“Your is nothing. You never protect my brother with your love! And it never happen. Impossible!” Dafi mencelah lagi dengan suara kerasnya.
“I love Jeff with all my life. Aku lebih rela mati jika aku tidak bersama dengannya sepanjang hidup aku!” kata Dennis tegas.
Dafi maju ke depan dan menumbuk tepat di pipi Dennis.
“Don’t!!!” Jeffrey menjerit di muka pintu.
Dennis terduduk di atas sofa. Dirly tergamam dengan tindakan Dafi yang diluar jangkaan itu. Dennis meramas – ramas pipinya. Jeffrey berlari – lari mendapatkan Dennis yang terduduk di atas sofa.
“How dare you!” Jeffrey bangun dan segera menampar Dafi. Namun Dafi seolah – olah tidak merasakan tamparan itu. Jeffrey tergamam. Dia segera memandang ke arah tangannya, dia pun tidak ada merasakan kesakitan di tangannya. Dia mencuba lagi dan kali ini dia menolak Dafi di bahagian tubuhnya. Namun Dafi tidak bergerak langsung, hanya dia yang terhumban ke lantai. Tubuhnya tiba – tiba menembusi tubuh Dafi. Dia semakin hairan dengan fenomena itu. Apa yang telah terjadi?
Dia memandang ke arah Dirly yang sedang menghalang Dafi daripada menumbuk Dennis buat kali keduanya. Namun Dirly tidak mampu berbuat begitu apabila Dafi terus juga maju dan membelasah Dennis yang langsung tidak mahu membalas. Jeffrey mengalirkan air mata. Tiba – tiba dia rasa tidak mampu berbuat apa – apa lagi melainkan menangis. Dia bangun. Undur, undur, undur dan undur.
Wajah Dennis sudah berdarah. Dan Dirly baru sahaja berjaya meleraikan kemarahan Dafi. Dirly menolak Dafi kuat ke lantai. Air mata Jeffrey seperti air hujan yang tidak akan berhenti. Dia sedih melihat Dennis diperlakukan begitu tanpa ada ikhtiar untuk membelas balik. Dia sendiri terkilan kerana tidak dapat berbuat apa –apa, melainkan melihat dan melihat dan melihat……
“Dennis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Biarpun dia merasakan jeritannya sangat kuat dan hampir melukakan peti suaranya, namun bunyinya langsung tidak da dapat didengari oleh manusia sekelilingnya. Dia sudah tidak wujud lagi dalam ruang itu. Dia sudah hilang dari ruang itu. Dia tidak lagi di situ!

MELL dan Ayu keluar terakhir sekali dari dewan kuliah. Mell lambat – lambat menyusun bukunya. Ayu pula tidak kisah dengan perlakuan Mell yang sudah berbeza dari dulu. Prof Dehya yang memberikan kuliah Sejarah Eropah tadi juga belum keluar. Dia sempat memerhatikan gelagat dua sahabat itu.
“Lama dah Jeffrey tidak masuk kuliah……” suara Prof Dehya bergema di dewan kuliah itu. Ayu segera memberikan perhatian kepada Prof Dehya. Mell diam sahaja.
“Err…..”
“Kenapa dengan dia? Nanti dia kena bar dari peperiksaan, kan rugi? Takkan nak ulang balik sem depan?” tambah Prof Dehya sebelum sempat Ayu berkata – kata sesuatu. Ayu sendiri pun buntu nak mengatakan apa, untuk menjawab persoalan Prof Dehya.
“Kamu berdua bagilah nasihat kat dia, agar tidak meninggalkan kuliah tanpa sebab. Kalau ada masalah jangan dipendamkan. Dan yang paling penting, tolong jangan campur adukkan dengan pelajaran. Ia akan memudaratkan sendiri….” kata Prof Dehya, sebelum dia keluar dari sewan kuliah.
Pelajar kelas lain sudah mula masuk. Ayu dan Mell pun segera berlalu. Mereka saling melemparkan senyuman ke pelajar yang sedang masuk ke dewan kuliah C itu.
“Ayu, Mell. Eh, benar ke Jeff dah tak pulang rumah hampir seminggu?” tiba – tiba seorang pelajar perempuan menyapa mereka berdua.
“Dyan, aku ngan Mell pun tak faham. Lagipun Jeff dah lama tidak balik ke apartment kitaorang. Abang – abang dia pun tak inform lagi apa yang berlaku pada Jeff..” jawab Ayu ringkas.
“Em, kau dah OK ke Mell?” tanya Dyan, berdasarkan peristiwa hari itu.
“Macam ni laa. Tak apa – apa,” jawab Mell ringkas.
“Oh ya, Nich tunggu kau berdua kat luar tu. Dia pun nak tanya pasal Jeff, intan payung dia. Okaylah. Nak ambik tempat duduk dulu, ya?”
“Ok..” jawab Ayu.
Mell dan Ayu pun melangkah keluar dari dewan kuliah itu. Mereka melihat kelibat Nich datang menuju ke arah mereka berdua.
“Yes, Nich. Ada apa?”
“Where is Jeff?” tanyanya, bersahaja.
“Kau tak nampak dia kat sini, kan? Jadi dia tak ada. Aku pun tak tahu kemana dia tu pergi. Aku risau bukan main lagi. Dahlah dia langsung tak hubungi kitaorang,.”
“Dia dah tak ada Nich….” jawab Mell.
Mata Ayu dan Nich serentak memandang ke arah Mell.
“What do you say?”
“Eh, Mell. Cabullah mulut kau tu! Ada ke patut kau berkata begitu kat kawan kau sendiri?” Ayu memarahi Mell yang tidak bercakap secara rasional, dan menyebut benda yang tidak sepatutnya disebut.
“Wait, wait. What going on?” Nich mencelah.
“Jeffrey sudah mati. Dia tidak ada lagi di dunia ini! Hari itu dia kena langgar kereta BMW yang hampir melanggar aku. Tapi tidak ada orang pun yang percaya! Aku bukan trauma, atau jauh sekali kau semua nak cop aku gila!”
Tangan Ayu cepat hinggap di pipi Mell. Dia sudah tidak tahan dengan kata – kata Mell kali ini. Sungguh melampau! Sungguh tidak beradab!
“Please, cakap benda yang relevan, Mell. Kalau benar dia kena langgar hari itu, mana mayat dia? Then you tak mengaku yang you trauma atau gila! Semua orang akan kata begitu, jika semua orang tidak mendapat bukti dari awak! Okay?!”
Mell segera berlalu sejurus Ayu menghabiskan ayatnya. Dia meramas – ramas pipinya, meredakan rasa perit selepas ditampar oleh Ayu tadi. Nich pula hanya menggeleng melihat kelakuan dua sahabat itu.
“Nich, maafkan aku. Aku nak kejar keparat tu, sorry. Nanti kita cakap balik..” Ayu segera berlalu sebelum Nich sempat menjawab. Ayu melangkah laju – laju, supaya Mell tidak terlalu jauh meninggalkan dia.

JAIME melihat banglo mereka kosong. Dia memanggil Dennis berkali – kali, untuk memastikan yang Dennis masih ada disitu. Matt menunggu di kereta. Jaime kembali dari rumah itu selepas memastikan Dennis tidak ada di situ.
“Entahlah. Kemana laa dua sejoli itu pergi. Date kot?”
“Date lagi? Kan dah tinggal serumah tu. Boleh dikatakan seperti suami isteri, layaknya. Takkan pun nak date lagi?” kata Matt.
“Yalah, mana laa tau. Diaorang nak yang lebih berlainan dari date duk kat rumah aje? Atau nak cari kelainan. Mungkin…”
“Alahhh. Suruh jek Jeffrey tu memasak untuk mereka berdua. Lagi romantic pe…”
“Setiap manusia tu, dia tak sama rasa, okay?” kata Jaime dan diakhiri dengan pertanyaan. Dan Matt ketawa kecil, sama – sama. Jaime terus memandu keluar. Mereka meninggalkan bangsar dan menuju ke KLCC.
“Teruklah Dennis tu. Dengan mak nyah pun dia boleh terpikat. Dah takde lagi ke wanita kat Malaysia ni? Kalau tak pun suruh dia melawat negara asal papa dia kat Filipina. Di situ ada banyak wanita cantik. dia boleh date ngan sapa yang dia suka. Ini tak, dengan nyah tu juga dia bercinta…”
“Syhhhh, kau ni. Tak baik tau cakap begitu. Kalau mereka dengar, kecewa pula nanti diaorang….” kata Jaime.
“Me….!! Stop!! Ada orang kat depan!” tiba – tiba Matt menjerit melihat ada seorang manusia berdiri tepat depan mereka, di tengah – tengah traffic light. Jaime tergesa – gesa menekan brek dan mematikan enjin itu sebelum sempat dia melanggar orang tersebut.
Mujur dapat Jaime mengawalnya dari berlaku kejadian yang tidak diingini. Nafasnya turun naik turun naik. Matt pula seperti terkena pukau, kerana terlalu terkejut dengan peristiwa yang langsung dia tidak jangkakan. Orang itu tidak juga berganjak dari tengah trafficlight itu meskipun dia hampir – hampir dilanggar. Malah, raut wajahnya tidak menunjukkan dia takut atau apa – apa denga kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, tetapi orang itu merenung tajam ke arahnya, membuatkan Matt rimas.
“Jeffrey?”
Jaime baru perasan akan manusia yang hampir dilanggarnya tadi. Dia mengamati lagi wajah itu. Betullah itu Jeffrey. Habis itu, mana Dennis???
Jeffrey mula membuka langkah selepas menoleh ke arah Jaime yang sedang terkejut terpandangkan dia. Jaime seperti tida waras apabila dia mula membuka pintu dan dan keluar dari kereta itu untuk mengejar Jeffrey. Matt pula sangat terkejut dengan reaksi Jaime itu, kerana waktu, lampu merah sudah lama bertukar ke warna hijau. Dari belakang tiba – tiba terdengar bunyi brek kereta yang tidak mampu dikawal. Kereta itu Berjaya mengelak dari terlanggarkan Jaime, namun kereta itu terlanggar pula kereta Jaime yang berada di tepi. Dan berlakulah kemalangan yang sangat ngeri. BMW melanggar kereta Sport milik Jaime. Matt yang berada di dalam kereta itu telah menerima akibatnya.
Jaime terlopong dengan kejadian itu. Sungguh dia tidak sangka, itu akan berlaku juga ke atas dirinya. Sempat dia menoleh dan mencari kembali kelibat Jeffrey, namun tidak ada. Bayang – bayangnya pun tidak ada.
Matt di bawa ke hospital. Pemandu yang melanggar kereta mereka tadi dalam lingkungan umur akhir 20 – an. Pemandu itu selamat dengan kawannya, melainkan cedera ringan sahaja. Matt disahkan koma kemudiannya. Air mata Jaime bercucuran jatuh. Dia tidak sangka dia telah melakukan perkara itu ke atas sahabat baiknya sendiri. Bodoh sangat bila dia fikirkan balik. Kenapa dia boleh tergerak hati ingin mengejar Jeffrey tadi, sedangkan jika dia terus membiarkan Jeffrey pergi tadi, pun tidak akan ada apa – apa yang terjadi. Mungkin Jeffrey ingin berjumpa dengan Dennis atau apa – apa sahaja. Tapi, entah kenapa dia rasa panik semacam bila dia melihat Jeffrey tadi.
“Matt, aku minta maaf….” Jaime duduk disisi Matt yang terlantar di atas katil di wad kecemasan.
“Kalau aku tak bodoh tadi, aku takkan menyebabkan kau begini….” rintih Jaime lagi. Mama dan papa Jaime menenangkan Jaime agar tidak terlalu bermain dengan emosinya. Ibu bapa Matt sudah dihubungi, dan mengatakan mereka akan datang secepat mungkin.
“Sudahlah tu, Me. Kau doalah agar dia cepat sedar dan cepat sembuh. Kalau kau nangis je, dia takkan beri apa – apa hasilnya kepada Matt..” kata mama. Dia meramas – ramas rambut anak bujang terunanya itu.
“Kalau Me tak jadi orang bodoh tadi ma, Matt takkan jadi macam ni…” kata Jaime lagi.
“Dah


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Two World Collide : Forbidden Love 5”
  1. Ilya says:

    Besssstttt gakkk ;-) :razz:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"