
Cerpen : Block C
Oleh : Orkid Edyliyne
“Fiz. What are you want to do ni?” tanya Baiduri Hanni sedikit bingung dengan cara teman lelakinya itu.
“Sayang. Shh…” arah Abdul Fizrul sambil meletakkan jarinya di hadapan bibir yang dimuncungkan membuat bunyi tadi.
“Fiz. Don’t buat benda-benda yang tak senonoh dekat Bai eh. Bai report mak Bai nanti,” getus Baiduri masih lagi tidak puas hati.
“Tak sayang. Janganlah over sangat. Cepat sikit. I won’t let you go. Takkan saya nak sakitkan sayang saya.” Tapak tangannya mula disentuh tapak kaki Baiduri.
“Fiz jangan nak meraba Bai. Bai tampar nanti.” Mulut Baiduri masih bercakap tak putus.
“Could you please letak tangan dekat mulut macam ni sayang,” arah Fizrul perlahan seakan berbisik sambil mengapai tangan Baiduri dan diletakkan menekup di mulut Baiduri.
“Bai belasah nanti.” Baiduri menggumam tak puas hati. Bajunya dibetulkan kedudukannya. Beg yang berada di tepi tembok diambil.
“Oi korang berdua. Lama lagi ke?” tanya Nurul Hasila sedikit menjerit. Dilambainya Baiduri menggamit gadis itu untuk datang kepadanya.
“Diamlah…” gertu Fizrul geram. Kepalanya digosok kasar. Kenapa semua orang tak reti nak diam ni?
“Fiz kau nak bunuh aku ke?” tanya Syah Jihan sambil terkapai-kapai di atas tembok batu tempat mereka berlima panjat dan lepas kecuali Syah yang masih terkontal-kantil di atas tembok.
“Aku bukan nak bunuh kau Syah. Tapi budak-budak ni nak bunuh aku. Geram tak reti diam,” jelas Fizrul sambil menadah tangannya memberi tempat untuk Syah berpijak sepeti apa yang dilakukan Baiduri tadi.
“Awek kau kan… Memang mulut busuk tak reti diam. Dari luar tadi dia membebel tak berhenti lepas tu aku nak angkat dia, boleh pula dia kata aku nak raba dia. Tak betul ke apa,” seloroh Syah sambil berpegang dan sebelah lagi kakinya turun dari atas tembok.
“Mulut tak boleh pakai. Ambik kau.” Sengaja dilepaskan Syah terjatuh tanpa disambut.
Terjelepuk lelaki kurus itu dikerjakan Fizrul.
“Bapak sakit…” keluh Syah sambil terkial-kial bangun.
“Kau ni…” Mohd. Zairi menepuk lembut tangan berotot Fizrul kerana kelakuannya.
“Diamlah kau lembut. Dani. Ni ambil pak turut kau ni. Menyibuk menyotong ke sana ke mari. Aku tak bagi bawa pergi dibawanya.” Dia berlalu mendapatkan Baiduri yang tadi mencangkung menanti Fizrul membantu Syah, orang terakhir selepas dirinya.
“Mulut sama busuk…” Serentak Dania Lisa dan Syah mencebik pada Fizrul. Dia mengutuk pasangan orang tak apa. Jangan orang kutuk Baidurinya. Pantang.
“Jom sayang. Awak punya torchlight mana?” tanya Fizrul sambil menggapai tangan Baiduri.
“Lah… Tinggal dekat luar sana. Abang Syah, perasan tak tadi torchlight Bai dekat luar?” tanya Baiduri sambil menggaru kepalanya. Rambut yang panjang diikat dua itu berterabur sedikit.
Syah yang sedang menepuk punggungnya itu menjungkit bahu. Bajunya dibetulkan Hasila.
“Tengok. Aku dah cakap girlfriend kau ni blur. Kau nak juga dengan dia. Oi kau PMR dapat berapa ni?” tanya Dania geram. Dia berjalan beriring dengan Zairi.
“Kita baru form 2 lah kak.” Baiduri menjawab selamba.
“Patutlah bengong masuk air.” Zairi mencelah dengan gaya lembutnya.
“Zai aku nampak tiang tu? Aku ikat kau dekat tiang tu, menyesal kau seumur hidup kau sebab ikut trip ni,” amaran Fizrul sambil menuding pada tiang yang berdekatan dalam kesamaran lampu picit mereka.
“Dah dahlah tu korang berdebat. Tak runtuh bangunan ni kau tak nak berhenti ke?” tegur Hasila meleraikan pergaduhan mereka.
“Kau jalan jauh-jauh sikit dari aku. Aku tak nak dekat dengan korang.” Dengan selambanya Fizrul mengarah.
“Fiz. Dekat mana port kita ni?” tanya Syah sambil mengalas begnya.
“Kawan-kawan aku kata blog C belah sana. Cepat sikitlah jalan. Diorang dah tunggu lama tu. Nak makan. Lapar gila diorang kata sebab tunggu kita,” jelas Fizrul. Sesekali beg yang digalasnya dibetulkan kedudukannya.
“Berapa orang kawan kau ni?” tanya Dania pula hendak tahu. Pertama kali dia mengikut kerja gila yang selalu dilakukan Fizrul.
“Dua sepatutnya. Tapi masing-masing bawa awek. Total four person.”
“Gilakan kau ni. Selalunya yang kau cerita tu, kau buat macam ni ke? Sorang-sorang? Bapak hebat.” Syah sesekali menyuluh ke arah yang dia hendak lihat. Satu kawasan sekolah yang sudah lama ditinggalkan. Banyak lalang dan lumut yang mula meliar memakan lantai dan dinding batu. Bangunan lama itu.
“Biasa dah.”
Hasila menggeleng dan sesekali jika tangan Syah tersasar dari jalan mereka menyuluh entah ke mana, dia menarik tangan itu untuk menyuluh ke tempat yang sepatutnya.
“Berapa hari ni?” Zairi mencelah.
“Macam aku kata, semalam je sekali masuk.” Sekadar berbual sementara berjalan menuju ke tempat yang hendak mereka tuju.
“Remember what I said, mulut jangan busuk sepanjang malam ni. Ada aku jumpa mulut busuk, aku belasah dekat situ juga. Lepas tu aku sumbat dalam jamban bagi wangi sikit.” Fizrul memberi arahan.
“Pesan awek kau tu sekali.” Syah sengaja mencetus lagi kemarahan Fizrul tahu lelaki itu tidak boleh kekasihnya yang sudah hampir dua tahun dipegang itu dikutuk orang.
“Dia aku dah selalu pesan. Korang tu.”
Baiduri tersenyum.
“Sayang hati-hati tu,” pesan Fizrul sambil menyuluh lantai yang sudah retak itu supaya kaki buah hatinya itu tidak tersadung.
Baiduri mengangguk. Lengan Fizrul yang terdedah kerana baju tanpa lengannya itu dipegang kejap.
“Cool. Sini,” getus Fizrul ketika sampai di block yang mereka cari. Jauh juga perjalanan yang mereka ambil untuk sampai ke situ. Bibirnya tersenyum puas.
Dania, Zairi, Hasila dan Syah mula berkumpul di rumahnya pukul 8 setengah malam dan bergerak ke rumah Baiduri Hanni, kekasihnya itu pukul 8.45. Satu van sahaja dibawa dan dipandu oleh Fizrul sendiri.
Perjalaan 2 jam dirasakan berbaloi kerana kawasan yang dilihatnya memang menepati citarasanya. Tempat yang memang dia rancang dengan dua lagi rakan bekas sesekolahnya dulu, Dino dan Alli yang memang mempunyai kegemaran yang sama sepertinya.
Memang itu kerjanya yang dia suka lakukan di waktu lapangnya, berkemah semalam di dalam kawasan tinggalan. Disebabkan Dania dan Syah yang selalu mendengar ceritanya itu hendak mengikut kali itu, dia tidak melarang. Baiduri yang lansung tidak meningkahnya melakukan perkara itu turut hendak ikut ketika dia memberitahunya mengenai itu. Jadi, disebabkan hendak mencukupkan korum bagi vannya itu, dia ajak sekali Zairi dan Hasila.
Sasaran kali itu kawasan sekolah tinggal. Bangunan yang sudah lebih 10 tahun terbengkalai tidak berpenghuni.
Sampai di hadapan pagar, pintu pagar terkunci, berantai lagi bermangga. Dilihatnya kereta Alli sudah tersadai di hadapan pintu pagar. Tanpa berlengah, dipanjatnya sahaja tembok batu tinggi itu. Bermula dengan dia yang sudah biasa dengan itu, tambahan lagi badannya yang agak sasa dan memang mampu membantu.
Selepas dia, diikuti Zairi kemudian Dania. Selepas Dania, Hasila pula terkial-kial. Sama juga lagaknya dengan Baiduri yang sedikit lembut itu. Diakhiri Syah yang membantu mengangkat mereka dari luar tadi.
Satu tamparan angin sejuk menyapa pipi gebunya membuatkan Baiduri berpaling. Berkerut sekejap dahinya. Mata bundarnya mula melilau seakan mencari sesuatu dalam gelap.
“Kenapa sayang?” tanya Fizrul sambil menyentuh tangan Baiduri yang tadi tiba-tiba mencengkam kuat lengannya sehingga terasa tusukan kuku jari runcing itu begitu menyengat di situ.
Baiduri menggeleng dan kembali menumpukan matanya pada perjalanan mereka.
“Mana ni? Tadi macam dah sampai,” kata Dania memecah suasana dengan suaranya yang agak kuat itu.
“Sampailah ni. Kau nampak bilik yang macam ada lampu tu. Diorang dekat situ.” Lampunya diajukan pada bilik yang dimaksudkan.
Mereka terus berjalan di koridor block.
“Sini.” Fizrul menyuluh tanda di atas pintu bilik yang mereka akan masuk dengan senyuman puas yang semakin meledak di ruang hatinya.
Semua lampu suluh tertumpu di papan tanda yang sedikit kabur dan di tutup sawang itu.
‘MAKMAL BIOLOGI.’
Belum lagi tangan Fizrul memulas pintu, daun pintu yang agak uzur itu terkuak dari dalam.
“Masuklah. Yang korang duduk tercongok dekat luar ni apa hal? Punya lama kitorang tunggu korang nak menapak,” seloroh Syadif Alli.
Lampu suluh yang di tangannya disuakan dari bawah wajahnya membuatkan wajahnya kelihatan sedikit menyeramkan tambahan lagi dengan gaya dia yang membulatkan matanya itu.
“Main-main eh kau,” Fizrul tersenyum sambil menolak pintu supaya lebih luas bukaannya.
“Bai?” tanya Alli ketika mereka menapak masuk ke dalam bilik yang kelihatannya sedikit bersepah dan berhabuk dengan sawang dan sampah-sampah sarap daun-daunan dan lantainya yang retak dihiasi rumpun-rumpun rumput.
Baiduri mengangguk dengan senyuman.
“Tak rasa pakwe kau ni hodoh sangat ke untuk kau? Aku rasa lebih baik kau cari yang lain yang lebih handsome dari dia. Kan?” tanya Alli lagi dengan selambanya.
“Kurang ajar,” getus Fizrul sambil menyepak kaki rakannya itu.
“Sakitlah. Betul apa aku cakap.” Alli menggosok kakinya yang tadi dicium sneakers yang dipakai Fizrul.
Baiduri tersenyum mencebik pada Alli.
Yang lain hanya mampu menggeleng. Kasar sungguh mereka bergurau.
“Heh duduk.” Dino yang duduk di hadapan unggun api yang menyala itu mempelawa.
“Korang dah check ke dalam ni?” tanya Fizrul sambil melabuhkan punggungnya pada tempat yang dia rasa bersih untuk punggungnya di sebelah tempat Baiduri duduk.
“Beres. All clear. Don’t worry. Kerja Alli and Dino. Guaranty bagus,” kata Alli sedikit bangga sambil menunjukkan ibu jarinya.
“Menariknya benda ni…” getus Syah yang berdiri di tepi meja kebinet yang panjang yang berada di bahagian belakang bilik itu.
“Yo bro. Jangan kacau benda dalam bilik ni,” tingkah Dino kerana dilihatnya Syah mula mengangkat satu balang yang berisi sesuatu yang tadinya berada di atas kebinet itu.
“Syah. Jomlah duduk,” ajak Hasila kurang selesa dengan kelakuan Syah yang kadang-kala suka-suka dia sahaja.
Dania dan Zairi yang duduk berdekatan dengan unggun api turut menjenguk apa yang mereka berdua lakukan di kebinet itu.
“Yelah,” jawab Syah sambil meletakkan kembali apa yang dipegangnya. Tangannya yang sedikit kotor dengan habuk ditepuk-tepuk.
“Mana kau dapatlah kawan macam ni?” tanya Dino sambil menggeleng.
Dua gadis yang bersama Alli dan Dino dari tadi sekadar diam sahaja.
“Dino…”
“Apa?”
“Campak kau masuk lubang jamban nanti.”
“Sorry bro. Dia memang tak reti diam eh?”
“Biasa…”
“So, kitorang 4 orang, tak berapa kenal korang 6 orang dan macam tu disebaliknya. Apa kata, kita back to the basic. Suai kenal? Yelah sebelum berbual. Nanti dah berbual panjang baru nak berkenallan, kucar kacir pula,” celah Alli mamutuskan pertengkaran tidak berkuit antara Fizrul dan Dino.
“Kau tak kenal aku? Aku kenal kau dengan awek kau, Fana, right?” jawab Fizrul dengan senyumannya.
Erfana yang duduk di sisi Alli mengangguk.
“Gua tak cakap lu lah bro. Kawan-kawan lu ni,” kata Alli sambil sesekali tangannya mengusik apa yang dipanggang di atas unggun api.
Baiduri menebarkan pandangannya pada rakannya yang lain. Dahinya berkerut.
“Fine. Eventhough aku tak berapa suka nak bersuai kenalan ni. Silakanlah,” jawab Fizrul selamba. Sekadar hendak mengisi malam mereka di situ.
Selalunya, ada sahaja cerita mereka bertiga yang sudah berpisah itu dan akan membuatkan semalam mereka tidak tidur dan berbual panjang sehingga Subuh menjelang.
“Ok. Start from Bai, the youngest one right?” tanya Alli sambil memandang muka berkerut Baiduri yang dari tadi tidak lepas tangannya menggenggam lengan Fizrul.
Erfana di sisi Alli mencubit peha teman lelakinya itu.
“Releks baby. Takkan jeluos kot?” seloroh Alli lagi dengan senyuman mengusiknya.
“Bai. Startlah. Sambil tu, korang jamulah selera. Buat macam waktu camping. Makan ambil sendiri dekat atas ni,” kata Dino sambil membalikkan apa yang dipanggangnya.
Masing-masing mengangguk dan Dania meminta peyepit yang berada di tepi Dino, di atas bekas yang mungkin di bawa mereka untuk meletakkan makanan.
“Nama Bai, Baiduri Hanni, satu sekolah dengan Fiz. Bai form 2. Bai dah couple dengan Fiz setahun, 5 bulan, 17 hari and…”
“Stop. Tak payah cakap waktu dan saatnya.” Dania mencelah kerana dilihatnya Baiduri menyuluh jam tangan merah jambu di tangannya itu..
“Suka nak beritahu specific sangat. Ni bukan nak jawab periksa,” tambah Syah membuatkan Baiduri memuncungkan mulutnya.
“Poyo,” getus Zairi perlahan dengan senyuman mencebiknya.
Dino dan Alli tersenyum pada Fizrul. Tahu sebab sifat teman wanita kawannya itu memang lurus.
“Turn aku lah ni?” tanya Fizrul sambil menuding dirinya.
Alli menjungkit keningnya.
“As you both know, aku Fiz. Lower six. Science. My girlfriend Bai. Jumpa masa aku kena pindah masuk sekolah dia sebab kena buang sekolah. Korang tahu kan cerita aku. Aku dah baiklah dari dulu sebab Bai. Dan jumpa budak-budak ni. Diorang satu class dengan aku kecuali si sotong ni.”
“Kurang asam.”
“Tambahkan,” jawab Fizrul menungkas kata-kata Zairi yang tidak puas hati dengan kata-katanya.
“Aku tak tahu pun kau kena buang sekolah?” Syah pula mencelah.
“Bai tahu.” Jari teleunjuknya diangkat ke udara.
“Bukan nak jawab soalan dalam kelas perlu angkat tangan,” cebik Dania membuatkan Bai menurunkan tangannya dan membuat muka seposen.
“Korang nak tahu juga? Aku kena buang sekolah sebab pukul budak. Satu budak upper six, masuk ICU. Lagi satu budak form 1 sampai lembik.”
“Ganasnya,” getus Farifhan pertama kali berbunyi semenjak mereka datang.
“Itu belum cerita rekod dia lagi. Ye tak Fiz?” Giliran Alli bersuara seakan berbangga dengan rakan karibnya yang satu itu.
Memang dulunya Fizrul terlampau liar kelakuannya. Mana tidaknya sering kali digantung sekolah kerana kesalahan yang sering dilakukannya. Dan akhirnya dibuang sekolah.
“Patut kau mula-mula masuk macam pengganas aku tengok,” seloroh Syah sambil mengangguk.
“Tak guna,” getus Fizrul.
“Ok kau.”
“Aku eh? Aku Dania Lisa. Can call me Dani. My…”
“Pak turut.”
“Tak guna kau Fiz.”
Fizrul tersenyum. Dia suka menggelar Zairi ‘pak turut’ Dania kerana katanya tiada siapa mahukan perempuan kasar macam Dania kecuali Zairi yang memang kelihatannya lembut itu.
Dino dan Alli menahan tawa yang hampir terburai kerana mendengar apa yang dikatakan Fizrul.
“Aku classmate Fiz. Itu je rasanya. Bie.” Diserahkan pula pada Zairi.
“Aku Zai…”
Pecah ketawa Dino dan Alli tiba-tiba ketika Zairi membuka mulut.
“Kenapa?” tanya Zairi dengan gaya lembutnya.
“Kena. Kena sangat.”
“Nanti kau jadi mak, dia jadi bapak. Kena. Betul kata Dino.”
“Patutlah kau kawan dengan si Fiz ni,” balas Syah dengan senyuman yang cuba ditahannya. Memang ada kalanya terasa lucu sebenarnya.
“Korang ni sama dengan Fiz. Tak sayang mulut,” bidas Dania sedikit geram.
“Well.” Serentak Fizrul, Alli dan Dino menjawab.
“Nak aku sambung ke tidak?” Zairi geram.
“Sambung.” Dino memutuskan tawanya.
“Aku upper six. Account. Dahlah Syah kau sambung,” kata Zairi sambil menepuk peha Syah yang entah apa dibualkan dengan Hasila.
“Hah. Aku Syah Jihan anak Tok Janggut,” latah Syah tiba-tiba membuatkan semua terkedu kemudian beberapa ketika ketawa mereka pecah.
“Tak macho lansung,” kutuk Erfana sambil menekup mulutnya menahan tawa.
“Tak guna kau Zai. Pecah tembelang aku. Aku sekel sekali nanti.” Belakang Zairi ditepuknya geram. Tak pasal-pasal orang tahu dia pandai hendak melatah.
“Siapa Tok Janggut tu oi? Kesian bapak kau,” seloroh Alli sambil menyentuh belakang lehernya.
“Dia selalu panggil bapa dia Tok Janggut sebab bapak dia ni bela janggut. Ambil kau. Aku beritahu Encik Marzuki tu kau cakap dia Tok Janggut. Ada bahan…” Dania mencebik. Penyepit di tangannya dimain-mainkan.
“Kau pun sama je macam Zai. Huh.”
“Panggil kau apa?” sergah Dino sengaja menyakat ketika Syah sibuk bercakap dengan Dania.
“Panggil aku Syah lah. Juara mengurat dekat sekolah. Awek aku keliling pinggang,” latah Syah lagi. Teruk budak ni.
Fizrul menepuk dahi. Apa budak-budak ni merepek.
“Apa Syah?” Tiba-tiba Hasila kedengarannya geram dengan ayat yang diucapkan Syah.
“Eh you mana ada. Kau ni kan…” gumam Syah mengetap bibirnya. Habislah turun marketnya kerana orang tahu dia kuat melatah. Bila dah melatah, cakap yang bukan-bukan pula tu.
“Syah tipu Has. Siaplah,” gumam Hasila geram.
“Tak tipu,” janji Syah sambil mengangat tangannya seakan orang mengangkat sumpah.
“Sambung,” tambah Syah sambil menyentuh tangan Hasila menenangkan hati kekasihnya itu.
“Nurul Hasila, panggil Has je. Macam Fiz cakap tadi, Has classmate dia.”
“Dah? Tu,” aju Dino lagi.
“Bunga. Panggil Bunga je,” sebut seorang gadis yang duduk di antara Hasila dan Erfana. Mukanya ditundukkan memandang unggun api.
Senyap seketika dikalangan mereka mendengar gemersik suara gadis itu mengenalkan dirinya.
“Ok. Giliran Fana pula kan?” tanya Erfana memecah suasana sunyi dengan nada cerianya.
Mereka mengangguk dengan senyuman. Tumpuan mula diberi pada Erfana.
“Fana from 5. Satu sekolah dengan Abang Alli.”
“Kenapa kau couple dengan Alli? Kau tak rasa Alli ni busuk ke bila kau duduk dekat-dekat macam tu?”
“Busuk?”
“Mulut dia busuk. Tak boleh pakai.”
Erfana terkebil-kebil seketika mendengar kata-kata Fizrul yang bercakap dengan muka selambanya itu.
“Baby jangan percaya cakap mamat poyo bajet handsome ni. Dah aku pula. Aku Syadif Alli. Nama moden digabungkan dengan klasik. Dapatlah aku. Now, lower six, science. Jaguh football sekolah. Betapa bangganya mak ayah aku. Ok kau pula Dino. Wait, can call me Alli,” panjang lebar dia mengenalkan dirinya kemudian ditujukan pada Dino yang duduk tidak berapa jauh darinya.
“Hai aku Dino Hafiz. Call me Dino cukup. Awek aku, Farifhan, call her Ifhan. Both aku dengan dia lower six, classmate Alli ni. Both aku dengan dia jaguh bola keranjang dan atelit sekolah. Both aku dengan dia…”
“Cukup-cukup. Berapa banyak both yang kau nak cakap ni hah?”
“Kau jelouse ke Alli? Sweet couple lah aku dengan dia semuanya nak sama kan? Jelouse,” bidas Dino mencebik.
“Ok kau cerita untuk dua dalam satulah ni kan? Dah kita dah kenal. sekarang baru boleh bercerita lebih-lebih,” kata Alli dengan muka selambanya malas hendak melayan kerenah Dino yang selalu bangga dengan hubungannya itu.
Mereka bertukar-tukar cerita. Apa yang mereka rasakan boleh dijadikan bahan menyakat, mulalah tawa mereka lahir memecah suasana malam itu.
“Fiz,” panggil Baiduri perlahan menarik perhatian Fizrul dalam yang lain masih bertukar-tukar cerita.
“Ye sayang.” Wajah mulus yang disimbahi cahaya unggun api itu kelihatan cantik pada matanya itu ditatap.
“Bai tak selesalah.”
“Apa yang sayang tak selesa? Sayang period ke?” Selamba Fizrul berseloroh.
“Bukanlah. Fiz ni main-main tau,” tungkas Baiduri manja bunyinya menarik senyuman di bibir Fizrul.
Perbualan rakannya yang lain sudah tidak didengarnya. Hanya suara manja gadis di sebelahnya itu sahaja menghiasi corong telinganya.
“Manja. Kenapa? Apa sayang tak selesa?”
“Bunga asyik pandang Bai dari tadi,” kata Baiduri sambil ekor matanya mencuri pandang gadis yang duduk bertentangan dengannya itu. Hanya unggun api yang tidak berapa besar di hadapannya itu sahaja menjarakkan mereka.
“Ye ke sayang?” Fizrul berpaling. Bunga yang asyik makan dan tunduk itu dipandangnya seketika.
“Perasaan sayang je tak?” tambah Fizrul kerana mungkin penglihatan Baiduri tidak berapa jelas dengan keadaan yang hanya diterangi ungun api itu.
“But…”
“Betul tak Fiz?” tanya Dino membuatkan kata-kata seterusnya yang keluar dari mulut Baiduri tidak didengarnya.
“What?” Fizrul kembali bertanya sambil memandang wajah kawan karibnya itu.
“Bai memang type kau, kan?”
“Yes of course. Why? Korang ingat orang jahat macam aku nak perempuan jahat juga ke? Tak layak nak yang baik, yang lembut?” debat Fizrul dengan senyuman. Jemari Baiduri digenggamnya kemas.
“See. Betulkan aku cakap. Itu je alasan dia,” kata Alli bangga. Seakan dia tahu segalanya mengenai rakannya yang sudah lebih 9 tahun dia kenal itu.
“Ye kau hebat…” tambah Zairi mengakuinya.
“Wei korang, nak buang air dekat mana eh?” tanya Syah dengan muka selambanya memutuskan perbualan mereka mengenai gadis jenis macam mana yang boleh menarik perhatian Fizrul tadi.
“Kenapa? Buang jelah. Kau lelaki kan?” tanya Dino berlawak selamba.
“Yelah aku lelaki. Dia ni perempuan. Dia yang nak buang air.”
“Oh. Kau cakaplah awek kau yang nak buang. Selang dua bilik ni. Kau keluar, pusing kiri. Kau kenal kan rupa tandas macam mana? Fortunately, ada bekalan air. Tapi lampu, bawa sendiri hah…” Panjang lebar Alli menerangkan apa yang dia tahu.
“Korang sampai pukul berapa ni tadi?” tanya Dania ingin tahu kerana semua perjalanan dalam kawasan sekolah itu diketahui mereka berdua termasuk bekalan yang masih ada dan tiada.
“Kitorang dua orang selalunya memang expert pasal macam ni. Kitorang sampai pukul 6 petang.” Tersengeh Dino memberitahu.
“Kitorang pergi dululah,” kata Syah mengangkat punggung.
“You. You perasan tak Bunga dari tadi diam je. Kita tanya sepatah, dia jawab sepatah,” getus Hasila tentang apa yang dia rasa sepanjang perbualan mereka tadi.
“Memang dia macam tu agaknya.”
Sementara hendak sampai ke tandas, mereka berbual.
“You janagn tinggalkan Has eh. Tunggu tau,” pesan Hasila sungguh-sungguh sambil menjenguk ke dalam tandas yang kelihatannya buruk tapi masih boleh digunakan lagi.
“Ye tunggu. Takkan nak tinggalkan pula. Cepatlah,” suruh Syah sambil menyuluh apa yang berada di bahagian luar tandas itu.
Beberapa singki yang dipenuhi habuk-habuk kayu dan daun. Di dinding hadapan singki itu terdapat cermin yang kian berbalam dan dipenuhi sawang.
“Cepatlah you. Tunggu apa lagi?” tanya Syah apabila dia berpaling, pintu bilik kecil yang dimasuki Hasila masih tidak bertutup.
“Kejaplah. Nak check air dulu,” jawab Hasila sambil meletakkan lampu picit yang dipegangnya di atas lantai.
Syah tersenyum tepi. Singki didekatinya.
Hasila di dalam bilik air mula melepaskan hajatnya. Dalam dia buang air, dia dengar Syah di luar menyanyi-nyanyi kecil.
“Apa yang dia nyanyi ni?” getus Hasila sambil tersenyum kecil mendengarkan bait ayat yang dinyanyikan Syah.
‘Lama ku nanti. Sunyi ku sendiri. Tanpa teman mengubat hati. Baru kini mereka hadir. Menghiasi malam ku ini…’
“You,” panggil Hasila dari dalam bilik air.
“Ye…” Perlahan dan berekor Syah menyahut panggilannya.
“Main-main eh you. Lagu apa yang you nyanyi tu. Sedap juga suara you rupanya,” bual Hasila sambil sesekali jari-jemarinya dimainkan di hadapan cahaya lampu suluhnya.
“Mana ada saya main-main. Ye ke sedap? Tak sangka pula.”
“You jangan nak kembang lebih-lebih. Lagu apa tu? Has tak pernah dengar pun.”
“Lagu sayalah. Sebab tu awak tak pernah dengar.”
Hasila berasa pelik tiba-tiba. Tidak pernah Syah menggunakan ganti nama ‘awak’ ketika memanggil dirinya. Selalunya ‘you’ paling mesra pun ‘sayang’.
“You.”
“Hmm…” Kedengaran tawa kecilnya gemersik menampar gegendang membuatkan tiba-tiba terasa naik sahaja bulu tengkuknya.
“You. Don’t make a joke ok. Awak tahu saya sensitif kan?” Hasila tidak mahu mengaku dia takut ketika itu kerana dia pernah dengar, jika berada di tempat seperti itu, jika mengaku takut, benda itu akan senang-senang hati mengacaunya.
Syah selalu sahaja main-main dalam apa yang dilakukannya kadang-kala membuatkan Hasila geram.
Senyap tanpa balasan.
Sementara itu diluar, Syah yang ditinggalkan membersihkan sawang di cermin sehingga timbul wajahnya di atas cermin.
“Handsome juga rupanya aku ni. Patutlah dapat awek cantik macam Hasila. Betul tak?” tanya Syah sendiri berangan sambil membelek wajahnya.
“Betullah tu.”
“You perasan eh?”
“Taklah. Awak yang puji tadi.”
Syah tersenyum tapi dalam hati sedikit tertanya. Jarang Hasila mengelarnya ‘awak’. Selalunya menggunakan ‘you’ paling malas nak berbahasa Inggeris pun, dia akan panggil ‘Syah’ sahaja.
“You ni. Tengah buang air pun boleh nak bercakap. Hurry up sayang. Don’t make me waitting too long,” kata Syah masih lagi berbaki senyumannya.
Hasila tidak menyahut. Hanya kedengaran bunyi air dalam tandas membuatkan Syah sekadar bersahaja.
Wajahnya dipandang lagi. Sedikit terkejut dia apabila dilihatnya dalam cermin, terpantul wajah Bunga yang berdiri tidak berapa jauh dari belakangnya.
Syah berpaling.
“Terkejut saya.” Syah mengusap dadanya. Bagaikan hendak pecah jantungnya waktu itu. Dengan keadaan gadis itu tidak membawa lampu suluh.
“Maaf,” jawab Bunga perlahan.
“Awak nak buang air juga ke?”
Bunga mengangguk lambat.
“Hah. Cepatlah sementara Has buang air tu. Nanti boleh balik sekali,” cadang Syah. Sesekali tersenyum memandang wajah gadis itu dalam kesamaran.
Cantik dengan mata bundarnya, bentuk bujur sirih wajahnya, munggil bibirnya dan rambut yang panjang dan lembut itu dibiarkan sahaja terurai dan diletakkan di bahu kiri. Sekadar bebaju t-shirt putih lengan pendek yang sedikit lusuh bersama seluar senam juga berwarna putih.
Sekali lagi Bunga mengangguk kemudian menapak masuk ke dalam tandas di sebelah bahagian yang diguna Hasila.
“You. Are you still there?” Kedengaran cemas suara Hasila memanggilnya di dalam tandas.
Syah tersenyum tepi. Dari bunyi suara itu dia tahu waktu itu pasti Hasila ketakutan.
Sengaja dia tidak menjawab. Hendak dilihatnya reaksi kekasihnya itu.
“You. Answer me if you still out there. Syah.” Sekali lagi suara itu menerjahnya membuatkan dia kesian pula mendengarnya.
“Ye Syah dekat luar ni.” Syah menjawab. Takut nanti merajuk pula buah hatinya itu.
Tiba-tiba Hasila menerpa keluar dari bilik tandas itu. Mukanya berpeluh halus.
“Has ingatkan you dah tinggalkan Has,” gumam Hasila sambil merenjis tangannya yang masih ada saki baki air.
“Hey you ni. Takkan Syah nak tinggalkan you. Kenapa?” tanya Syah dengan senyuman mengusiknya. Wajah kerisauan Hasila dipandangnya.
Hasila menggeleng. Peluh kecil yang tadi terhasil kerana risau Syah meninggalkannya diseka menggunakan belakang tangannya.
“Ala-ala bucuk. Takut Syah tinggalkan eh?” gurau Syah sambil membetulkan rambut Hasila yang tersasar dari ikatannya. Gaya pony tail yang sering kali digunakan Hasila itu menambahkan kematangan wajahnya.
“Syah ni main-main kan Has eh…” Tangan Syah dipukulnya lembut dengan senyuman nipis yang mula menghiasi bibirnya.
“Sesekali nak bergurau. Tak boleh ke?”
“Syah…”
“You. Kenapa Has tak pernah dengar you menyanyi sebelum ni? Sedap apa suara you bila menyanyi,” tambah Hasila sekadar hendak mencambahkan idea untuk berbual.
“Sedap ke? Ye je. Saja nak memuji sebab nak suruh Syah nyanyikan untuk you kan? Ke you nak macam Bai tu? Selalu si Fiz nyanyikan untuk dia… Hah? Nak ikut orang eh?” Mata sengaja dikecilnya menduga Hasila.
“Mana ada. Tak naklah jiwang-jiwang sangat macam tu. Tak best. Tapi tengok Fiz dengan Bai memang kena kan?”
“Biasalah. Orang dulu-dulu kata, saling melengkapi. Fiz jahat, Bai tukang tegur. Fiz buat salah, Bai tukang nasihatkan. Fiz menggatal, Bai tukang cubitkan. Tak gitu?” seloroh Syah sengaja diturun naikkan suaranya apabila bercakap.
“Ish Syah ni. Kita tunggu apa ni? Jomlah balik. Has lapar lagi lah,” sunggut Hasila sambil menyentuh perutnya.
“Hai dah buang, lapar pula? Ni tunggu Bunga…” kata-kata Syah terputus ketika melihat bilik air yang dimasuki Bunga tadi, pintunya sudah terkuak menandakan orang sudah tiada di dalam.
Dahi Syah berkerut seketika.
“You. Has buang air kecil je tau bukannya besar,” tungkas Has.
“Bunga? Tadi ada Bunga ke?” tambah Hasila melepaskan pandangan Syah pada pintu bilik air.
“Hahlah. Dia dah balik agaknya. Cepat batul…” Syah membuang rasa dalam hatinya. Mungkin disebabkan dia sibuk berbual dengan Hasila tadi, jadi Bunga berlalu dahulu.
Hasila masih lagi dengan senyuman nipisnya. Kaki mereka melangkah terus keluar dan menuju ke bilik tempat rakan mereka berkumpul.
Sampai di dalam bilik itu, Syah dan Hasila melihat Bunga yang duduk di tempatnya dah masih lagi makan dan yang lain berbual seperti tadi.
“Bunga. Bila masa Bunga keluar tandas? Saya tak perasan pun.” Syah sengaja bertanya ketika melabuhkan punggungnnya berdekatan dengan gadis itu dan Hasila di sebelahnya yang satu lagi.
Hasila mula menyertai kembali perbualan yang lain sementara Syah berbual dengan Bunga.
“Awak berbual dengan Has. Jadi Bunga balik dulu,” jawab Bunga perlahan sahaja bunyi suaranya seperti tadi.
“Oh. Sorry eh. Tak perasan.”
Bunga tersenyum nipis. Anak mata Syah dipandangnya kerana Syah asyik memerhatikannya.
Syah mengalihkan pandangannya ketika terasa sesuatu menyentuh pehanya.
“Lama gila kau pergi tandas. Aku ingatkan kau nak betapa dalam tu,” seloroh Dania.
“Taklah.” Ringkas Syah menjawab.
“Gila siapa yang bawa handphone tu,” latah Syah terperanjat dengan lagu rancak yang didendangkan oleh David Archeleta itu menganggu ketenteraman mereka hendak berbual.
“Melatah tak bertempatlah dia ni. Cover sikit weh,” tegur Fizrul dengan senyum tepinya.
“Sorry aku punya,” jawab Dino sambil menunjukkan pada telifon bimbit Sony Ericson yang berada di tangannya yang terus-terusan menyanyi.
“Pergi jawablah wei. Bingit,” keluh Alli sambil mengerutkan dahinya. Selagi tak habis penyanyi tu mendendangkan lagu, selagi tu dia tak nak jawab panggilan tu.
“Ye aku angkat ni.” Dino bangun dan berlalu keluar. Sementara yang lain menyambung perbualan mereka.
“Hallo. Pa. Why call?” tanya Dino bersahaja. Kaki yang melangkah berhenti di tepi longkang. Daun-daun kering yang dipijaknya dikuis-kuis.
“Tak boleh ke papa call anak papa? Ke mana? Malam-malam tak balik lagi?” tanya Encik Tariq di hujung talian dengan nada siriusnya.
“Dino ada camping lah pa malam ni. Kan dah beritahu mama. Dia tak beritahu papa ke?”
“Oh pandai eh. Banyak kamu punya camping. Pergi bertandang dengan hantu tu kamu kata camping? Balik.” Tegas suara itu di hujung talian.
“Relekslah pa. Satu malam ni je. Nanti Dino baliklah. Macam tak biasa.” Kakinya melangkah lagi. Jarinya yang mendarat di dinding dikuis-kuisnya pula cat yang kian tertanggal itu.
“Releks kamu kata? Keluar lagi dengan budak anak banduan tali gantung tu ye? Siapa nama dia tu…”
“Apa papa ni. Pleaselah jangan cakap Fiz macam tu. Bapak dia dah meninggal pun. Lagi pun bukan salah dia nak ada bapak macam tu, dia kawan Dino pa. Susah senang Dino dia ada,” tungkas Dino pula bernada tegas. Selalu sahaja kesalahan diletakkan di bahu kawan baiknya yang seorang itu.
“Dia buat jahat kau ikut. Itu kau kata kawan? Tak faham papa dengan kau ni. Entah-entah dia pun sama macam bapak dia tu. Mengedar benda haram tu.”
“Papa tak faham apa-apa and you know nothing about Fiz. Please pa. Papa tak faham Dino tak apa. Mama ada nak faham Dino. Dahlah kalau setakat papa nak berlawan cakap dengan Dino dalam phone ni. Lebih baik papa pergi siapkan proposal untuk projek besar papa tu. Itu kan lagi penting dari Dino.” Kegeramannya mula meluap-luap.
Papanya sering sahaja menganggap dirinya mengetahui semuanya. Kemudian, melarang apa yang dia hendak lakukan. Jumpa hanya seminggu sekali, itu pun jika tiada kerja hujung minggu. Itu dikatanya cukup untuk memahami anaknya yang satu itu.
“Dah pandai kau melawan papa sekarang Dino?”
“Dino tak lawan papa. But please pa. Biar Dino buat apa yang Dino nak. Dino tahulah apa yang baik. Apa yang tak. Itu je yang Dino mintak pa. Please.” Dikeluarkan nada merayunya pula. Tubuh disandarkan ke dinding.
“Kau buat yang bukan-bukan, papa kena panggil pergi sekolah. Kau jangan sampai papa tak bagi kau keluar rumah terus. Faham tu.”
“Faham.”
“Dah. Esok papa tahu kau ada dekat rumah.” Talian terus terputus tanpa mengucap salam. Begitulah selalunya jika dia berbual dengan papanya. Ada sahaja salahnya yang papanya nampak.
Dino mengeluh berat sebelum berpaling.
“Ya Allah.” Membuntang mata Dino kerana Farifhan bertul-betul berada di belakangnya.
“What are you doing here? Bila masa awak ada belakang saya ni? Buat terperanjat je.” Dino cuba mengukir senyuman walaupun jantungnya bagai hendak pecah kala itu. Kakinya menggigil kecil dibuatnya.
“Siapa tu?” tanya Farifhan perlahan. Anak mata Dino ditatapnya dalam.
“Who else yang selalu menyibuk tak tentu pasal.”
Muka Farifhan kelihatan tertanya-tanya.
“Papalah. Apalah awak ni. Kenapa keluar tak bawa lampu ni?”
“Kenapa Dino tak bawa lampu?” Pertanyaan dikembalikan dengan seyuman nipisnya.
“Cahaya bulan ada. Terang lagi.”
Farifhan tersenyum.
“Jom…”
“Ifhan tak selesalah duduk dekat dalam. Kita jalan-jalan jom,” ajak Farifhan memintas kata-kata Dino yang hendak mengajaknya kembali masuk ke ruang mereka berkumpul. Masih dengar bunyi mereka bergelak tawa di bilik selang beberapa pintu dari tempat mereka berdua berdiri itu.
“Jalan-jalan? Jalan ke mana? Saya pergi ambil lampu dulu. Beritahu diorang sekali yang kita nak pergi,” cadang Dino kembali kakinya mula melangkah.
“Dino.” Kaki Dino berhenti ketika tangannya disentuh Farifhan.
Berkerut dahi lelaki berkulit cerah itu. Pelik dengan kelakuan Farifhan. Tidak pernah gadis itu menyentuhnya sekali pun hendak menahannya berlalu. Telapak tangan kecil itu juga terasa sejuk.
“Hmm.” Dino sekadar menjawab memutuskan tautan mata mereka sebentar tadi.
“Tak payahlah. Kita jalan macam ni pun boleh. Ifhan dah beritahu diorang tadi sebelum Ifhan keluar.” Tangan Dino dilepaskan.
“Tak takut ke nak jalan dengan saya tak bawa lampu macam ni?” duga Dino dengan senyuman. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Farifhan menggeleng. Rambut depannya yang jatuh menyapa dahinya dikuak lembut sekali lagi membuatkan dahi Dino berkerut.
“Jomlah kita jalan. Ifhan bosanlah lama-lama macam ni.”
“Hmm. Jom.” Dino membuang resahnya dan mula melangkah ke arah yang bertentangan dari tempat mereka berkumpul.
Sementara itu di dalam Makmal Biologi, tempat mereka berkumpul.
Tawa mereka pecah lagi ketika mulut Dania tidak berhenti-henti bercarita mengenai dirinya dan Zairi.
“Ifhan. Ke mana laki kau ni lambat sangat? Betapa ke apa?” tanya Alli yang masih lagi dengan senyumannya. Dia betanya kerana dia rasa lama pula Dino pergi menjawab panggilan sedangkan dia tahu yang menalifon itu Encik Tariq dan Dino tak akan mengambil masa lama berbual dengan papanya itu.
“Lama lagi agaknya. Biasalah perbualan keluarga.” Rambut yang jatuh menyapa dahi ditiup, sekadar memuncungkan bibirnya dan ditiupnya helaian itu dari menghinggap dahinya.
“Suka betul kau buat macam tu kan. Dari dulu tak pernah berubah,” tegur Fizrul sambil mengambil cawan kertas di sisinya.
“Well. Sweet couple. Everything nak sama.” Fizrul yang meneguk air itu dipandangnya sekilas. Sesekali dia menjenguk ke pintu yang terbuka sedikit itu. Menanti Dino masuk.
“Aku lupa Dino suka buat macam tu. Kena lah tu. Jangan jantina sama dah.”
“Uish. Selisih daun selasih lah kau ni.”
“Gatcha. Ayat Dino,” celah Alli sambil memetik jari.
Farifhan menjungkit bahu dengan senyuman. Farifhan yang rasa kurang senang menanti Dino. Dia bangun dari tempatnya.
“Ke mana?” tanya Baiduri yang sewaktu itu perasan dengan pergerakkan kenalan barunya itu.
“Tengok Dino kejap.” Senyuman nipis diukir sekadar membuang rasa.
Baiduri mengangguk dan dikembalikan perhatiannya pada yang lain. Sesekali dikerlingnya Bunga. Dari semenjak dia datang, pandangan tajam dari gadis itu dilihatnya lain macam sahaja. Sesekali meremang bulu tengkuknya. Tiba-tiba hidungnya disapa wangian seakan bau bunga mekar.
“Apa sayang buat?” tanya Fizrul yang kadang memberi perhatian pada gerakkan yang dilakukan Baiduri.
“Fiz pakai perfume perempuan eh?”
“Apa sayang merepek ni? Macam tak tahu pula saya pakai perfume apa.”
“But…” Sekali lagi hidungnya didekatkan dengan pakaian Fizrul.
“Bau apa sayang? Jangan pelik-pelik boleh tak?”
“Be…”
“Korang…” Kata-kata Baiduri pantas dipotong oleh Farifhan dengan nada yang berlagu.
Semua terdiam dan berpaling.
“Dino tak ada dekat luar. Dia ada bawa lampu ke tadi masa keluar?” Wajah yang bersahaja Farifhan mengajukan soalannya. Pintu dipegangnya kejap.
“I don’t think so. Dia tu too beranilah wei.” Alli bangun dari duduknya. Hendak juga dia tinjau betul ke Dino tiada di mana-mana kawasan luar dari tempat mereka berkumpul itu.
Fizrul juga turut bangun. Zip poket seluarnya dibuka dan mengeluarkan telifon bimbitnya.
“Dah pukul berapa eh?” Dania tiba-tiba bertanya ketika melihat Fizrul memegang telifon bimbitnya.
“2.45.” Punat-punat pada telifonnya ditekan.
Seketika telifon melekat di telinga. “Luar kawasan?”
“Mana pula budak ni? Korang. Gerak cari dia nak?” tanya Alli tiba-tiba memberi cadangan ketika menyerbu masuk dari pintu setelah mencari kelibat Dino di kawasan berdekatan.
“Geraklah. Korang tak kisah kan?” tanya Fizrul dengan dahi yang mula berkerut memandang yang lain. Semuanya sudah berdiri dan terpinga-pinga.
“Aku tak kisah je.” Syah membetulkan rambutnya sambil mengangguk.
“Ok. Syah, Has, Dani, Zai. Korang naik block A sebelah sana dengan bangunan sukan tak silap aku. Sebelah block A tu sebab ada padang belah sana. Boleh?” Alli memberi arahannya panjang lebar menerangkan kedudukan yang berada dalam lingkungan pagar sekolah itu.
“Ok.” Serentak mereka menjawab.
“Bunga, you can follow Fiz dengan Bai. Block ni eh korang.”
“Beres. Jom sayang. Bunga. Bawa torchlight sekali,” pesan Fizrul sambil mencapai lampu suluhnya. Lengannya sudah dipegang kejap Baiduri.
Bunga mengiringi perjalanan mereka.
“Kita pergi block B sekali dengan surau. Ifhan. Ikut aku dengan Fana. Hah korang. Block ni sekali dengan kantin ok? Hujung block ni.”
Sekali lagi Fizrul mengangguk.
Mereka mula berpecah.
Block A.
“Ok kita sampai. So, kita nak sama-sama naik or kita pecah. Kalau pecah, cepat sikit.” Dania mengeluarkan cadangannya sambil menyuluh pada bangunan di sebelah bangunan bertanda A.
“Pecah ok juga. Aku dengan Has pergi situ. Korang naik sini. Ok?”
“Set. Nanti kalau korang dah siap. Korang tunggu sini baliklah. Senang cerita.”
“Ok.”
Hasila dan Zairi sekadar menjadi pendengar dan memandang perbualan dua orang itu.
Seperti yang dicakapkan, mereka mula mambawa haluan.
“Kenapalah si Dino tu time macam ni dia nak pergi berjalan-jalan?” sungut Zairi perlahan.
“Apa bie?”
“Si Dino tu…”
“Oh. Memang dia suka agaknya menyusahkan orang.”
Senyap seketika ketika kaki mereka melangkah masuk ke dalam satu bilik.
“Besar juga class ni. Kalah sekolah kita,” kata Zairi sambil meninjau-ninjau melihat kawasan itu.
“But bie. This is not class room but bilik guru.” Selamba wajah Dania membetulkan kata-kata Zairi kerana susunan meja-meja di dalam bilik itu kelihatannya seakan bilik guru di sekolah mereka.
“Oh eh?” Satu-satu meja ditinjau.
“Sekolah tahun bila ni eh?”
“Ish awak ni.”
“Tanya je.”
Zairi ke kanan dan Dania ke kiri meninjau keadaan dalam bilik besar itu.
“Da…”
‘Mana pergi budak ni?’ getus hati Zairi kerana tiada Dania ketika dia berpusing. Matanya mula melilau dengan hanya dibantu suluhan lampu di tangannya.
“Awak.”
Tanpa jawapan.
“Awak oi. Jangan main-main. Saya tak takut pun,” acah Zairi dengan tawa yang dibuat-buatnya membuang rasa dalam jiwanya yang kian bergelodak itu. Mana tidaknya ditinggalkan sendiri begitu.
Tetap senyap tanpa jawapan. Hanya kedengaran seperti bunyi tapak kaki melangkah di atas helaian kertas.
“Awak. Saya tak suka awak main-main macam ni.” Zairi menoleh kalau-kalau Dania ada di belakangnya. Namun hampa. Kosong. Hanya dia berdiri di tengah-tengah bilik yang di dalamnya tersusun meja-meja besar dan berhabuk.
Tiba-tiba pintu di tempat dia dan Dania masuk tadi terkuak kasar dari luar menarik tumpuan Zairi kepadanya. Angin kuat menyerbu masuk melalui pintu itu membuat satu bunyi pada pintu usang itu.
“Tolong jangan kacau aku… Aku nak cari kawan aku je… Allahu… Allahulailla…” Dia mencangkung sambil menekup telinganya. Dadanya berdebar kencang.
‘Macam mana nak baca ayat kursi ni? Time ni lah aku nak lupa.’ Hatinya mula berbisik jahat. Mata dipejam rapat. Serapat mungkin.
“Alah angin ni… Masuk habuk mata aku dikerjakan. Bie…” Kedengaran suara Dania masuk di celah tautan tangan dengan telinganya tadi. Matanya dibuka perlahan.
“Kau manusia ke apa?” tanya Zairi terketar-ketar di tempat mencangkungnya ketika melihat wajah Dania yang berdiri di balik meja yang besar di hadapannya itu.
“Bie. Apa merepek tak tentu pasal ni? Jom. Dia tak adalah dekat sini.”
“Da. Pergi mana tadi?” Terus diterkamnya tangan Dania seakan meminta perlindungan.
“Dekat belakang bie lah. Apa merepek lagi ni? Tangan sejuk semacam ni kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Tadi bie panggil Da tak dengar ke?”
“Panggil? Bukan bie duk melilau tengok dalam ni ke tadi belakang Da?”
Kaki mereka mula berjalan meninggalkan bilik itu.
“Da jangan jalan jauh-jauh eh.”
“Apa ni? Nak bermanja time macam ni? Tolonglah bie…” Dania mencebik. Disuluhnya koridor tempat mereka menapak.
“Ish dia ni tau.”
Berkerut-kerut dahi Zairi menahan ketakutan sementara yang dialaminya tadi. Nasib sahaja tangan yang dipegangnya itu hangat. Jadi percayalah dia yang itu Diana Lisa.
Block B.
“Korang berdua pergi surau. Boleh?” tanya Alli pada Erfana dan Farifhan sambil menjungkit keningnya.
“Habis Abang?” Erfana mula menunjukkan wajah kurang selesanya. Sesekali meremang bulu romanya entah kenapa.
“Abang naik block B ni.”
“Sorang?” Farifhan memanggung kepalanya memandang bangunan 3 tingkat itu.
Alli mengangguk meyakinkan dua gadis itu yang dia boleh bersendiri.
“Boleh ke?” Erfana sekali lagi melahirkan rasa tak pastinya itu. Wajah kasihan dipancarkan.
“Boleh. Jalanlah. Nanti kalau korang dan habis, cari saya dekat bagunan ni. Tak pun panggil je. Nanti saya jawab.”
“Tunggu apa?” Kening diangkat memandang Erfana dan Farifhan yang masih tidak berganjak dari tempatnya.
“Hmm.” Erfana mengangguk. Tangan Farifhan dipautnya.
“Fana. Jalanlah betul-betul.” Leher bajunya dibetulkan kerana tarikkan Erfana.
“Yelah. Kak Ifhan jangan jalan jauh-jauh tau,” pesan Erfana sambil menyuluh ke arah Alli yang mula menapak ke kawasan block B.
Alli tersenyum mendengar perbualan Erfana. Dia tahu kekasihnya itu memang penakut orangnya.
Alli mula menapak. Dari satu bilik, ke satu bilik.
Dalam dia mencari, dia berhenti di satu bilik besar yang tersusun dalamnya rak-rak seakan susunan di dalam perpustakaan.
Disebabkan petang tadi dia sudah berjalan-jalan dalam kawasan itu, jadi, tidak sukar untuknya mencari.
Belum keluar lagi dia dari bilik yang dimasukinya, dilihatnya bayang-bayang orang lalu di koridor luar menimbulkan samar-samar sahaja susuk itu bila dilihat dari cermin tingkap yang berhabuk dan bersawang itu.
“Kau tak payah nak uji aku,” getus Alli sambil tersenyum tepi.
Dia dengan muka selambanya terus keluar. Dilihatnya tiada siapa di koridor.
“Nak berkenalan dengan aku ke? Aku tahu aku handsome. Hailah benda ni.” Alli masih lagi tersenyum sambil menggeleng.
Kakinya kembali melangkah. Lansung tidak diendahkan bunyi-bunyian pelik yang didengarnya. Lansung tidak mencuit rasa dalam hatinya.
Surau.
“Fana. Nak pecah ke? Fana check luar, Kak Ifhan check dalam.”
“Kenapa Fana kena check luar?”
“Ok. Fana check dalamlah.”
Erfana menggeleng. “Kita check sama-samalah.”
“Lambat nanti.”
“Kak Ifhan. Abang Alli selalu cakap. Biar lambat asalkan kita selamat.”
“Pakai sangatlah pesan Alli tu. Jomlah. Kita check dalam dulu.”
Diturutkan sahaja kerana dia juga ada terasa lain macam jika hendak berjalan sendiri.
“Besar juga surau ni,” getus Farifhan ketika kaki mereka menapak masuk.
“Kak Ifhan.”
“Apa?”
“Boleh pakai kasut ke?”
“Kotor ni. Kalau Fana nak buka kasut, bukalah. Bukan orang guna pun surau ni.” Senyuman tepinya terlahir. Pelik juga kelakuan Fana ketika dia takut.
“Kak Ifhan.”
“Apa?”
“Tunggulah.”
“Fana ni memang akan banyak cakap eh bila nervous?”
“Sikitlah. Tapi selalunya Abang Alli tak kisah. Lagi pun memang selalunya Fana macam ni. Tak pun Fana…”
“Dah cukup-cukup penerangannya tu. Kak Ifhan faham.”
“Sorry. Nervous dah bertambah beberapa peratus.”
Farifhan tersenyum.
“Kak Ifhan nak pergi mana?” Erfana berlari-lari anak mendapatkan Farifhan yang sudah jauh darinya.
“Tu.” Ditunjuknya pada satu pintu di hujung bahagian itu.
Mereka sama-sama menjenguk ke dalam ketika pintu terkuak. Tempat mengambil wudu’.
“Oh,” getus Erfana sambil mengangguk.
Mereka berpaling serentak. Kedua-dua mata mereka membulat.
Satu susuk tubuh bertelekung duduk di tengah-tengah surau. Berteleku di situ dengan pergerakkan kecil seakan orang berzikir. Hanya bunyi desiran kecil berpunca dari tubuh itu.
“Fana nampak ke apa yang Kak Ifhan nampak?” gumam Farifhan tanpa membuka mulut. Hanya bibirnya bergerak-gerak.
“Tu…” Air liurnya terlampau berat untuk ditelan. Kakinya terasa lemah untuk berdiri. Peluh kasar mula merembes seakan berlari sejauh berkilometer dengan detakkan jantung yang bagai hendak keluar dari tempatnya.
“Dino kata, kita buat tak nampak je benda macam ni. Ujian.” Sekali lagi Farifhan bercakap tanpa membuka mulutnya. Dia terasa gigilan kasar di tubuh Erfana yang memaut kejap lengannya.
“Fa… Fa…” Kakinya semakin lemah dan terduduk dia di situ.
“Fana. Jangan macam ni. Sampai bila nak duduk sini?” Tangan Erfana dikuis-kuis supaya berdiri. Disebabkan Erfana mula hendak menangis, dia jadi tak keruan pula.
“Dia de…” Semakin membuntang mata Erfana kerana matanya yang sedari tadi tertumpu pada tubuh itu melihat tubuh itu semakin mendekati mereka.
Farifhan mengucap panjang. Dipalingkan wajahnya menatap wajah ketakutan Erfana dan masih lagi cuba memujuk.
“Abang Alli! Binatang ni ganggu Fana!” Lantang suara Erfana menjerit terasa bagai nak pecah gegendang telinga Farifhan mendengarnya.
“Fana.” Kedengaran pintu surau terkuak dan menjongol Alli di situ.
“Abang Alli…” Erfana sudah menangis di situ.
Farifhan pula cuma mampu menunjukkan muka simpati pada Alli yang mula melangkah mendekati mereka berdua. Sekilas dilihatnya tempat tadi. Sudah tiada.
“Kenapa?” Alli menjungkit keningnya pada Farifhan sambil membantu Erfana bangun.
“Cepatnya datang?” Farifhan membetulkan kedudukan bajunya.
“Aku dekat depan tu tadi dah nak sampai sini. Nilah dengar suara dia ni. Apa hal?” Sekali lagi Alli bertanya. Wajahnya masih lagi kelihatan tenang.
Farifhan tersenyum nipis. Ketakutan yang masih berbaki cuba ditepis dengan membaca ayat-ayat surah pendek.
“Benda tu…” adu Erfana seakan budak kecil. Air matanya terus sahaja mengalir.
“Dah tak ada sayang. Diam. Shh.” Alli memaut erat tubuh itu memaksa kaki lemah itu untuk berjalan. Dia takut nanti terbawa-bawa Erfana dengan ketakutannya itu.
Farifhan membontot dan belakang baju t-shirt Alli digenggamnya menumpang tempat untuk dia cari kekuatan untuk melangkah. Tidak pernah dia nampak benda itu betul-betul di hadapan matanya. Rupanya tak senang untuk jadi berani seperti apa yang dikatakan Dino selalunya.
“Ifhan. Cepat sikit jalan.” Alli sempat memberikan perhatiannya pada Farifhan yang masih lagi menoleh pada surau.
Farifhan mengangguk perlahan.
Block C
“Sayang. Awak dengan Bunga naik atas. Saya check bawah ni boleh?” tanya Fizrul sambil menghentikan langkah mereka di tangga.
Sebentar tadi mereka sudah sama-sama meninjau kantin dan tiada kelibat Dino di sana.
“Boleh,” jawab Bunga perlahan. Tubuh Baiduri yang berdiri di sebelahnya dikerlingnya tajam. Senyuman nipis diberikan pada Fizrul.
“Bye sayang. Nanti dah sudah, saya ada dekat tempat kumpul tadi.” Tangan Baiduri dilepaskan.
“Fiz nak pergi mana?”
“Saya tengok first and second floor ni.”
“Jom.” Bunga meniti anak tangga untuk naik ke tingkat seterusnya.
Baiduri mengangguk. Sesekali dia berpaling untuk melihat Fizrul yang masih berdiri di situ. Menanti dia hilang dari pandangannya.
Abdul Fizrul.
“Mana budak bertuah ni. Nak berjalan tak beritahu. Kan dah menyusahkan macam ni,” getus Fizrul sendiri. Sesekali dia dengar ada bunyi tapak kaki seakan orang mengikutnya di belakang. Tapi hanya diabaikan tambahan lagi dengan bauan yang hadir menusuk rongga hidungnya.
Selalu juga kejadian seperti itu berlaku padanya jika dia bersama Dino dan Alli ke tempat-tempat sebelum itu. Jadi, disebabkan itu, dia sudah lali dengan semua itu. Benda-benda yang mereka nampak atau mereka rasa, kadang-kala hanya mencuit rasa teruja dalam diri mereka. Bukannya rasa gerun atau takut.
Senang sahaja prinsip yang mereka bertiga pegang. ‘Selagi mereka tidak mengganggu benda-benda itu, selagi itu benda itu tidak akan menggangu mereka. Juga benda itu hanya mampu menakutkan. Bukannya membunuh.’
Telifon bimbitnya dibelek dan nombor Alli didailnya.
“Hah Alli. Jumpa?”
“Tak lagi.”
“Oklah. Mana pergi budak ni.”
“Kau cuba call budak-budak kau jugak.”
“Hmm.” Talian diputuskan. Kakinya mula melangkah mendaki anak tangga untuk ke tingkat dua.
Dari satu bilik, ke satu bilik dijengahnya. Namun, masih tiada kelibat Dino. Tiba di satu bilik di hujung tingkat 2 itu.
Buka sahaja pintu usang itu, angin dari dalam menyerbu menyapa wajahnya membawa bersama satu bau harum.
Fizrul berpaling seketika sambil menggosok hidungnya sebelum matanya ditalakan ke dalam bilik itu. Matanya tertumpu pada satu susuk tubuh berdiri menghadap tingkap di hujung sudut bilik itu. Rambutnya yang panjang beralun mengikut tiupan angin yang lalu di celah tingkap yang terbuka. Seluruh tubuhnya ditutupi kain putih yang mengurai.
Firzul tersenyum kemudian menalakan pandangannya pada tempat lain.
“Aku tak ganggu kau. Aku harap kau tak ganggu aku,” getus Fizrul sambil kembali menutup perlahan pintu itu untuk berlalu meneruskan perjalanannya.
Belum lagi dia menutup rapat pintu itu. Terdengar desiran tangisan seorang perempuan.
“Apalah yang kau nak. Ish benda ni.” Fizrul terus sahaja berlalu tanpa mengendahkan perkara itu yang terus-terus berdesir di cuping telinganya.
Kakinya terus melangkah ke ruang tempat mereka mula-mula berkumpul.
“Eh Bunga. Bai mana? Dah check atas tadi? Dino ada?” tanya Fizrul ketika dia lihat Bunga yang berdiri menghadap kebinat yang menempatkan bermacam-macam balang pengawetan yang berdebu dan berhabuk itu.
“Dino tak ada dekat atas.” Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut itu dengan gemersik suaranya seperti sebelumnya.
“Ok. Bai?” Sekali lagi Fizrul bertanya.
Bunga hanya diam. Rambutnya yang panjang mula disisirnya dengan jari-jemari runcingnya. Tubuhnya masih lagi tidak dipalingkan melihat Fizrul yang berada tidak jauh dari belakangnya.
Fizrul mengerutkan dahinya. Ternanti-nanti mulut itu berbicara tentang apa yang ditanyanya tadi.
Beberapa minit berlalu sepi.
“Wan. Kenapa Wan pilih Sara?” Kedengaran persoalan dari mulut Bunga membuatkan Fizrul yang baru hendak berpaling mencari kekasihnya itu terkesima.
“Apa? Boleh awak ulang balik? Saya tak berapa dengar tadi apa awak cakap.” Fizrul melangkah perlahan merapati tubuh itu.
Bunga berpaling.
Fizrul terkedu melihat wajah mulus itu yang dihiasi dengan aliran jernih di pipinya. Anak mata itu kelihatan berkaca. Dengan kesamaran itu dia dapat lihat kemurungan pada wajah itu.
“Kenapa sampai hati Wan buat Bunga macam ni?”
“What? Wan? Saya rasa awak silap ni.” Langkah kebelakang diambil.
“Silap? Wan tak ingat Bunga lagi? Sampai macam tu sekali Wan lupakan Bunga? Sebab Sara? Kenapa?” Diri itu merintih lagi sambil melangkah perlahan.
Setiap langkah mara yang Bunga ambil, disusuli dengan langkah mengundur dari pihak Fizrul kerana semakin pelik dia rasakan. Tak pasal-pasal lain macam pula kelakuan gadis itu sehingga menggelarnya ‘Wan’.
“I’m not Wan ok. And who’s Sara?” Berkerut dahi itu memandang wajah yang terus-terus dicorak dengan air mata itu.
Semakin mengundur dan langkahnya dibatasi dinding dibelakangnya.
“Wan tahu. Lama Bunga tunggu Wan datang. Datang balik sini untuk kita sama-sama bina hidup baru kita. Lama sangat. Sampai Wan dah lupa apa yang Wan dah janji pada Bunga.” Tubuh Fizrul semakin dirapati. Anak mata itu ditatapnya.
“Wait. Aku tak kenal kau. So, kau jangan nak pelik-pelik dekat sini. Jangan nak merepek ok. Aku tak nak dengar. Bai mana?” Semakin berkerut dahi Fizrul kerana kakinya seakan terkunci di situ.
“Wan dengan Sara sama je. Lansung tak ingat dekat Bunga.” Diri itu kembali menangis. Tubuh Fizrul disentuhnya.
Bergetar kuat jiwa Fizrul waktu itu. Sentuhan itu dirasakan lain macam sahaja dengan kesejukkan yang menjengah di tempat sentuhan itu.
“Better you let me go right now. Aku tahu siapa kau. Aku tak pernah kacau kau. Aku tak pernah kenal kau. So, I beg you. Just let me go.” Fizrul masih cuba menahan gelodak jiwanya waktu itu. Cuba di bacanya apa sahaja ayat yang diingatnya supaya dia tidak hanyut dengan pertembungan dua mata itu.
“Bunga rindu Wan. Kenapa Wan tinggalkan Bunga dan pergi pada Sara? Bunga cintakan Wan. Sangat-sangat.” Mendayu-dayu suara itu memukul gegendang telinga Fizrul membuatkan tiba-tiba jiwa lelakinya terbuai.
Fizrul menghela berat nafasnya.
“Wan rindukan Bunga kan? Wan cintakan Bunga kan?”
Fizrul yang semakin hanyut hanya mengangguk. Tak sedar apa yang dilakukannya itu. Wajah Bunga dilihatnya begitu cantik.
“Wan…”
“Fiz….” Jeritan suara Baiduri menarik Fizrul dari dunia khayalan yang dicipta Bunga sebentar tadi dan secara lansung memintas kata-kata yang hendak diucapkan Bunga.
Bunga berdengus. Muka geram ditunjukkan.
Dengan pantas tubuh Bunga yang betul-betul berada di hadapannya itu ditolak kasar.
“Fiz. Tolong Bai!” Jelas kedengaran jeritan suara itu entah dari mana datangnya.
“Wan jangan tinggalkan Bunga. Bunga lebih perlukan Wan dari Sara.” Bunga merayu lagi sambil dipegangnya kejap lengan Fizrul.
“Aku bukan Wan lah. Kau tak faham ke?” jerkah Fizrul geram. Tangan itu cuba ditepisnya. Tapi tidak dia sangka tenaga tangan sejuk itu lebih kuat darinya.
“Fiz. Bai,” terjah Erfana tiba-tiba kerana tadi dia dengar jerkahan Fizrul. Membulat mata itu sambil memandang wajah Bunga. Tiba-tiba dia terduduk dan menekup telinganya. Jeritan Erfana mula pecah.
Alli pula menerjah masuk bersama Farifhan mengekorinya. Farifhan yang memandang Bunga terus ditalakan mukanya ke arah lain.
“Astaghafirullah halazim,” mengucap panjang Alli yang melihat wajah Bunga.
Fizrul yang pelik dengan mereka bertiga berpaling memandang Bunga. Tiada apa yang pelik pada wajah itu. Sama seperti tadi.
“Kau setan. Lebih baik kau lepaskan kawan aku tu,” arah Alli berani sambil mendekati Fizrul dan Bunga setelah menyerahkan tugas menenagkan Erfana kepada Ifhan.
“Wan. Tolong Bunga. Bunga tak nak pergi,” rintih Bunga sengaja ditunjukkan muka kasihannya pada Fizrul yang kadang sedar dan kadang tidak itu.
“Korang. Bai tergantung dekat tingkat 3 tu,” beritahu Syah kelam-kabut masuk ke tempat berkumpul.
“Lailahaillalah,” getus Syah sambil berpaling menghadap dinding kerana terpandang wajah Bunga yang begitu mengerikan.
“Apa setan tu buat dengan Fiz.” Syah meraup mukanya dan melangkah keluar dari bilik itu. Tak sanggup dia melihat wajah itu.
“Syah beritahu Fiz cepat,” suruh Hasila cemas di luar.
“Kita je naik tolong dia. Diorang tengah berperang. Dani, Zai naik tolong Bai.” Tangan Hasila ditariknya. Cukup dia sahaja yang lihat. Nanti jika Hasila yang lihat, mahu pengsan buah hatinya itu.
Dania dan Zairi berlari menaiki tangga.
“Fiz. Sedar Fiz,” teriak Alli dari tempat dia berdiri. Hendak didekatnya lagi terasa sukar kakinya hendak berjalan. Tambahan lagi memandang wajah Bunga yang mencerlung tajam padanya.
Fizrul mula tersenyum-senyum sendiri memandang wajah Bunga. Khayal ditelan dunia Bunga yang masih memegang kejap lengannya.
Alli mula melakukan apa yang temampu dan tidak semena-mena Bunga hilang bersama gemersik tangisannya. Fizrul pula rebah menyembah lantai.
_____________________________________________________________
“Fiz…” Suara Baiduri mengejutkannya. Terasa pening menghinggap ruang kepalanya.
“Sayang. Apa jadi ni?” tanya Fizrul bingung. Dia cuba duduk sambil kepala yang terasa berat dipegangnya.
Tiba-tiba tubuhnya didakap Baiduri. Kedengaran esak tangisnya. Yang lain hanya mampu mengeluh perlahan.
Fizrul menebarkan pandangannya pada keliling.
“Dah pagi? Mana datang orang ramai-ramai ni?” Bingung dia dengan keadaan sekeliling. Beberapa pasukkan polis dan pegawai forensik kelihatan berkeliaran di belakang barisan rakan-rakannya.
“Nanti ceritalah Fiz. Alhamdullillah kau ok.” Dino tersenyum hambar memandang wajah Fizrul yang duduk menyandar di dinding bersama Baiduri yang masih melepaskan tangisannya.
“Dino. Kau…” Tiba-tiba kesakitan kepalanya menyengat.
“Kau rehatlah dulu Fiz. Tak payah banyak fikir.” Syah menyentuh bahu rakannya itu.
“Syadif Alli? Awak yang buat report kan?” tanya salah seorang pegawai yang memakai baju uniform yang tertulis forensik di belakangnya menegur. Membuatkan tumpuan mereka jatuh padanya.
Alli mengangguk. Kepala Erfana yang memeluknya itu diusapnya perlahan. Disebabkan ketakutan beberapa kali semalam, Erfana diserang demam panas.
“Terima kasih sebab buat report. Analisis yang kami buat, bangkai tengkorak ni milik Bunga Daryana. Bekas budak tingkatan 5 sekolah ni dulu. Dia hilang sebelum sekolah ni ditutup 10 tahun lepas. Saya harap. Lepas ni, tak adalah awak semua ni buat benda gila ni lagi. Sebab semalam, nyawa kawan awak sendiri pun dah dalam bahaya. Itu jelah pesan saya.” Panjang lebar lelaki berkumis itu menerangkan apa yang dia dapat tentang siasatannya itu.
Mereka sekadar mengangguk menerima pesanan.
__________________________________________________________
Sebulan kemudian.
“Dah minum-minum.” Fizrul mula mengagih-agihkan cawan mereka satu persatu mengikut apa yang mereka tempah tadi.
“Pengalaman paling challange aku pernah nampak depan matalah. Hebat sungguh. Taubat aku tak nak ikut korang lagi lepas ni.” Syah tersenyum sambil menaut tangannya.
“Aku pun tak nak.” Zairi mencelah sambil mengingatkan apa yang terjadi padanya.
“Fana takkan benarkan abang Alli pergi lagi tempat macam tu.” Erfana mula mencerlung tajam pada Alli yang hanya buat muka selambanya. Disebabkan perkara itu, dua minggu dia demam dan tak mampu ke sekolah.
“Apa sebenarnya jadi dekat kau ah Fiz?” Dino menyentuh belakang kepalanya. Hendak juga dia tahu. Zairi dan Dania sudah menceritakan pengalaman mereka. Tak lepas juga Syah dan Hasila. Farifhan dan Erfana juga ada kisahnya sendiri. Fizrul dan Baiduri sahaja masih lagi tidak jelas kisahnya.
__________________________________________________________
Kisah Abdul Fizrul.
“Wan. Tolong Bunga. Bunga tak nak pergi,” rintihan dari mulut Bunga membuai jiwanya.
“Nope. Wan takkkan pergi. Wan ada ni kan. Bunga janganlah takut.” Wajah putih bersih itu ditatapnya dengan senyuman.
“Wan akan pergi pada Sara?” Dari hanya menyentuh lengan Fizrul, tubuh Fizrul pula didakapnya.
“Takkan. Saya hanya untuk awak.” Wajah mulus itu dielusnya. Dilihatnya sekeliling adalah taman yang begitu indah. Hanya mereka berdua.
“Bunga takut Wan tinggalkan Bunga. Wan ikut Bunga ye.” Permintaan dari mulut itu bagaikan madu mengulit dirinya.
Baru sahaja dia hendak mengangguk, keadaan menjadi kelam dan terasa sakit-sakit tubuhnya dan kesakitan itu membuatkan dia rebah dalam kegelapan.
_________________________________________________________
“Ye macam tu?” Alli terperanjat. Membulat matanya memandang wajah Fizrul yang tadinya bersungguh-sungguh bercerita.
“Yelah. Takkan aku nak tipu. Seriously aku nampak dia cantik gila.”
“Lagi cantik dari Bai ke?” Baiduri di sisinya menarik muncungnya.
“Time tu je sayang. Awak lagi cantik.” Bahu Baiduri dirangkulnya menarik senyuman di bibir itu.
“Tapi kau nak tahu apa sebetulnya waktu tu?” Alli membakar rasa teruja hendak mendengar cerita dalam jiwa rakannya yang 9 orang itu.
Syah mengangkat kening bertanya kenapa.
“Kau kalau tengok muka dia waktu tu, aku boleh guaranty kau termuntah punya. Betul tak Syah. Kau nampak muka dia waktu tu kan? Muka perempuan tu. Aku pun macam dah lemah lutut kena tenung dengan dia waktu tu. Gila hodoh.” Alli bersemangat bercerita.
Syah mengangguk disusuli Farifhan dan Erfana yang waktu itu hampir-hampir sahaja histeria dikerjakan.
“Dahlah waktu tu, kau sebenarnya statik je tau, tenung muka dia. Yang dia pulak, macam nak tersembul mata pandang aku yang nak selamatkan kau ni.”
“Ye Alli. Kaulah kawan aku paling hebat sekali.”
“But Dino? Korang jumpa dia dekat mana? Apa jadi dekat kau Dino?” tambah Fizrul sambil memandang wajah rakannya itu.
“Dia tak buat apa dengan aku. Bawa jalan-jalan je. Dia bosan agaknya. Dalam gelaplah aku bawa dia berjalan. First masa dia ajak tu aku dah rasa something. Tapi aku buat tak tahu je. Nasib baik dia tak buat apa-apa dekat aku. Dia memang lagi tertarik dekat kaulah Fiz. Kagumlah aku dengan kau. Sampai benda tu pun nak dengan kau.”
“Selisih kau ni. Aku sumbat kotak tisu ni dalam mulut kau.” Fizrul menggumam ayatnya.
“Sorry bro.” Dino tersenyum tepi.
“Bai.” Dania tiba-tiba bersuara setelah lama menjadi pendengar.
“Hmm.” Baiduri mengangkat mukanya.
“Actually, kenapa yang kau tergantung dekat tingkat 3 tu eh? And macam mana kau tahu ada bangkai dalam kebinet dalam makmal tu?”
“Hah betul. Aku nak tahu juga.” Syah mencelah.
Baiduri tersenyum hambar.
_______________________________________________________
Kisah Baiduri Hanni.
“Wah. Dekat atas ni macam best je.” Baiduri tersenyum memandang sekeliling. Atas bangunan itu bagaikan tempat rehat kerana tidak berbumbung, lapang dan luas.
“Memanglah seronok. Sara tak ingat ke tempat ni? Tempat selalu kita duduk. Berbual.” Bunga berjalan menjauhi Baiduri dan berdiri berdekatan dengan tembok yang berada di tepi bahagian luas itu.
“Apa?” Baiduri rasa dia ada tersilap dengar dengan apa yang diperkatakan Bunga sebentar tadi.
“Sara tak ingat? Tempat ni saksi kita bercerita pasal Wan. Tempat ni saksi, Wan ucapkan dia cintakan Bunga, depan Sara. Tempat ni jadi saksi, Bunga nampak Wan buat perkara tak senonoh tu dengan Sara dekat sini. Sara tak ingat?” Tajam anak mata Bunga menikam wajah Baiduri yang nyata riak terkejutnya.
“What actually that you want to talk about? I don’t really understand.” Baiduri teragak-agak hendak bercakap. Pelik dan bertambah pelik dia dengan gadis itu.
“Buat tak faham pula? Sara dah rampas Wan dari Bunga. Sara tak faham? Sebab Sara, Bunga hidup merana. Sebab Sara, Bunga tak dapat bersama Wan. Sebab Sara, semuanya sebab Sara.” Mata Bunga mula membulat menatap wajah Baiduri. Langkahnya dipanjangkan mendekati Baiduri membuatkan kaki itu melangkah kebelakang.
“Wan? Sara? Siapa Wan? Dan siapa Sara?” Baiduri cuba memberanikan dirinya menentang apa yang diperkatakan Bunga.
“Sara ingat, bila Sara tukar nama jadi apa? Bai? Ingat Bunga tak kenal? Bunga dah kenal Saralya Natasya lebih dari 10 tahun. Tu Fiz. Wan kan? Dia Wan. Fazwan Junaidi?” terang Bunga dengan membulat-bulat matanya. Semakin ditentangnya hebat anak mata itu.
“Wait. I don’t get it. I’m Baiduri Hanni. And Fiz is Abdul Fizrul. Bai rasa Bunga dah silap orang.”
“Tak mungkin Bunga silap. Bunga dah tunggu lama nak balas dendam pada Sara. Akhirnya Sara datang dengan Wan jumpa pula dengan Bunga. Bunga akan dapatkan Wan balik dan Sara, akan dapat apa yang Sara dah buat pada Bunga dulu.” Semakin dihampirinya Baiduri yang mula ketakutan sehingga tidak menyangka yang kakinya sudah sampai di hujung lantai. Selangkah sahaja lagi dia akan jatuh terhumban dari atas bangunan tiga tingkat itu.
“Apa Sara dah buat pada Bunga?” Sengaja dilayankan sahaja.
“Sara buat apa? Sara kata Sara kawan baik Bunga. Tapi sanggup Sara tolak Bunga dari sini semata-mata tak nak Wan balik pada Bunga. Sampai hati Sara sembunyikan mayat Bunga dalam kabinet Makmal Bio yang selalu kita guna tu. Sampai hati Sara…” Tangisan itu mencorak suasana hening itu.
“But…”
“Malam ni Sara tak kan dapat nak lari. Wan, Bunga punya. Dan Sara, sepatutnya duduk dalam kabinet tu. Kan?” Dijerkahnya Baiduri sehingga melangkah lagi setapak kaki Baiduri.
Disebabkan tergelecek, dia hampir jatuh. Namun, sempat tangannya berpaut pada batang paip besi yang berada di tepi tempat dia hampir jatuh tadi. Dijenguknya Bunga sudah tiada.
“Fiz!” Dijeritnya sekuat hati memanggil lelaki yang sering berada di sisinya itu ketika dia ketakutan mahu pun memerlukan bantuan. Kejap batang paip besi itu dipegangnya.
_____________________________________________________
“So, that’s mean, Wan tu, ex-boyfriend Bunga dan dia ditikam dari belakang dengan si Sara. Dan Sara ni iras Bai and Wan, iras Fiz. Gitu?” Hasila mula merungkai kata-kata Baiduri.
Baiduri menjungkit bahu. Dia tak dapat bayangkan jika dia jatuh dari tingkat tiga itu ke bawah. Mahu berkecai badannya.
“And… Sara dan Wan tu siapa sekarang ni? Dah sepuluh tahun. It’s mean diorang mungkin dah berkeluarga. Kan?” Farifhan pula mengeluarkan pendapatnya.
“Eh. Tak payah fikir lagilah pasal benda tu. Meremang tiba-tiba bulu tengkuk aku ni.” Zairi mengibas-gibas belakang kepalanya. Seram sejuk pula.
“Eh. Bual-bual. Pukul 3 pagi dah. Mamak ni tak tutup kedai ke? Dahlah. Korang. Aku gerak dulu. Mati kena belasah dengan Encik Jalani nanti.” Fizrul mengangkat punggangnya setelah menyedut habis air jus epalnya.
“24 hours lah oi. Ok geraklah. Korang tenung apa lagi? Baliklah. Malam dah. Fiz. Kirim salam bapak mertua kau tu.” Sempat Dino berseloroh sambil menarik tangan Farifhan untuk bangun.
“Mainkan bapak Bai eh. Bagi tau Las Koperal tu nanti. Baru tahu masing-masing.” Baiduri merungut sambil membetulkan kedudukan bajunya. Lengan Fizrul dicapainya.
“Ok korang. Kirim salam apa yang patut. Gua blah dulu. Aku kena pancung nanti. Ni hah.” Alli pula mengajukan kata-katanya pada Erfana.
“Dah jom. Jom gerak.” Dania turut bangun. Mereka mula bersurai.
“Ish kena bebel lagi nanti saya dengan Encik Jalani. Dahlah hari tu kena bebel dah. Awak cover-cover saya eh nanti sayang,” bual Fizrul sementara mereka hendak ke kereta.
Baiduri diam dan berpaling dia memandang sesuatu.
“Fiz.”
“Hmm.”
“Tu. Fiz nampak tak apa yang Bai tunjuk tu?” Ditunjukkan jarinya pada tengah jalan raya yang kosong, tiada apa.
“Tak ada apa dekat situ sayang.”
“But…” Wajahnya dipalingkan pada Fizrul. Kemudian senyuman nipis diukirkan.
“Guna kelebihan untuk kebaikkan sayang. Dan apa yang awak nampak, kalau tak penting, tak perlu tegur. Dah jom balik,” ajak Fizrul dengan senyuman sambil menyentuh pipi itu.













hihi… seram…. hahaha. t, blh improve lg nih… ehehehe
waaa citer lain dari yg lain…selalunyer citer cinta jer tp kali nie mmg suspen dan menyeramkan..besh besh gud job writer..
gud job besh besh….saspen dan mnyeramkan…
lain dari citer cinta sblm nie….
seram jgk…
maaf eh, nk komen sket jek…
1st dialog tuh, better gune
“fiz, what are you doing?” tak pun
“fiz, you nak buat ape nih?”
seram…em..gud job writer!
best la..ska nya..
huhu…seram3..layannnn
asslmmualaikum…nice story..
tp td dah dpt agak dh td…tb2 ja ada Bunga pula..hehe
dh tentu ‘teman baru’…hehe
ok good luck yer!
cite antu paling besh yang penah saya baca. memang menyeramkan and kena betul dengan cita rasa saya. ada campur unsur-unsur kelakar. memang besh ar cakap. tapy memang dah dapat agak ble tiba-tiba aja ada nama bunga kat situ. masa tu memang dah rasa cuak sikit dah. pepon jalan cite yang besh! kalo boley buat lagy ar jalan cite pasal ni. about student.
best sangat2!!
bile baca malam2 lg serammm~~ huuu.
nmpak sangat yg Bai tak terror speaking, tunggang langgang. haha