Cerpen : Cinta Plastik

27 June 2010  
Kategori: Cerpen

7,662 bacaan 25 ulasan

Oleh : norisha natasya

Dokumen bertukar tangan. Aku merenung dokumen yang berada ditanganku. Fikiranku mulai buntu. Betul ke tindakan yang aku buat? Adakah ini keputusan yang terbaik? Kenapa aku bersetuju dengan idea gila mamat yang tidak sependapat dengan aku? Aduh, aku bingung.

“Ha, apa lagi yang kau tunggu? Cepatlah sign,” gesa Izry Fahmi.

“Sabarlah. Aku sedang baca ni. Kau tu bukan betul. Entah-entah nak ambil kesempatan dekat aku,” aku terkejut! Dokumen ditanganku dirampas.

“Kau nak ke tak nak? Kalau tak aku boleh cari orang lain,” aku merampas kembali dokumen tersebut.

“Yelah, aku setuju. Tapi kau jangan lupa janji kau tu. Ha, tengok ni. Eja nama aku pun salah. Eva Suraya jaraklah,” tegurku sambil merengus geram. Kalau bukan kerana ganjaran yang aku perolehi, mati hidup balik aku takkan terima kerja gila ini.

Sebaik sahaja mata penaku menyentuh lembaran kertas itu, bermulalah detik cinta plastik antara Eva Suraya dan Izry Fahmi. Aku tidak pasti sama ada apa yang aku buat ini betul atau tidak tetapi yang pasti ada sebab yang mendorong aku menerima perjanjian ini.

***********************

Malam ini adalah tugas pertamaku. Tugas pertama berkhidmat kepada Izry Fahmi sebagai kekasihnya. Kalau ikutkan hati, tidak hingin rasanya untuk menjadi kekasih palsunya apatah lagi menjadi kekasih hatinya. Tetapi mengingatkan ganjaran RM10,000 yang dia tawarkan aku bersetuju tanpa ragu. Biarlah dia fikir yang aku perempuan bermata duitan sekalipun aku tidak kisah. Janji aku bebas dari masalah yang membelengu diriku beberapa bulan yang lalu. Dan kerana perjanjian ini, kini aku berada di hadapan banglo milik keluarga Izry Fahmi yang tersergam indah.

Lamunanku tersedar apabila tanganku digenggam erat oleh seseorang. Lebih terkejut lagi dia adalah Izry Fahmi.

“Eh, apa ni pegang-pegang? Takde dalam perjanjian okay?” aku menolak kasar. Dia ingat aku ni perempuan murahan ke?

“Syhh… Jangan cakap kuat-kuat nanti family aku dengar!” katanya sambil menjengkelkan matanya.

“Siapa suruh kau buat benda tak senonoh,”

“Eh, aku pun tak hingin nak pegang. Kau tu yang berangan tak sudah-sudah. Nanti dekat dalam jangan nak buat perangai,” aku mencebik. Rasa menyesal pula menerima idea gila mamat ni. Getus hatiku.

Dengan perasaan geram aku melangkah masuk ke rumahnya. Aku disambut baik oleh keluarga Fahmi. Nahmpaknya kerja aku tidaklah susah. Aku hanya perlu mengambil hati mereka dan menjadi pasangan yang baik untuk Fahmi. Kegembiraan kami terganggu dengan kehadiran seorang wanita yang cantik dan seksi bernama Marissa. Inilah target aku. Aku perlu berlakon sebagai kekasih Fahmi disebabkan Marissa yang tidak putus asa menggoda Fahmi. Itulah info yang aku perolehi. Betul atau tidak aku tidak pasti. Setelah berjumpa empat mata dengan Marissa pandanganku terhadap cerita Fahmi mula berlainan. Adakah Fahmi sengaja bercerita buruk mengenai Marissa? Dalam pemerhatianku, Marissa seorang gadis yang lemah lembut dan manja. Mungkin Fahmi tidak pandai menghargai cinta sepupunya. Mungkin juga mata Fahmi ini sudah buta. Aku tersenyum bila memikirkan yang Fahmi ini sebenarnya gila.

Aku dikejutkan lagi dengan tindakan Fahmi yang tiada kesedaran sivik. Dengan tanpa segan silu dia merangkul pinggangku ketika kami semua berada di ruang tamu menikmati pencuci mulut. Aku memandangnya sambil menjengkelkan mata.

“Jaga sikit tangan kau tu. Jangan lebih-lebih pula,” bisikku sambil menolak lembut tangan Fahmi. Siaplah kau nanti.

Pada ketika itu, mataku dapat menangkap satu riak yang kurang menyenangkan dari Jelingan Marissa atas tindakan Fahmi sebentar tadi. Aku tahu dia cemburu. Maafkan aku Marissa. Semua ini bukan atas kehendakku.

***********************

Mood pagiku telah dicemari. Hari yang sepatutnya ceria berubah wajah sebaik aku menerima satu panggilan pagi tadi. Hatiku cukup geram dengan tiap bait-bait perkataan yang aku dengar. Ini semua gara-gara Izry Fahmi. Kalau bukan kerana dia, aku tidak akan mencipta musuh baru. Agaknya memang sudah keturunan mereka miliki kepala berangin.

“Hello, siapa tu?”

“Ini Marissa,”

“Hai, Marissa. How are you? Ada apa-apa yang boleh Eva bantu?” kataku mesra.

“Sudah! Jangan nak buat baik dengan I. I nak you lupakan Izry!” Aik, main kasar nampak. Kena angin senggugut ke?

“Marissa, jodoh dan maut ditangan tuhan. Andai Izry jodoh saya, saya terima,” kataku lembut. Izry?? Pleasee…

“Tapi jodoh tu kau boleh halang. Kalau kau tak tergedik-gedik dengan dia, dia mesti tak nak dekat kau,” sabar Eva, sabar. Semua itu dugaan.

“Marissa saya bukan macam tu,”

“Perempuan macam kau ni cuma hendakkan harta Izry je. Kau memang tak layak untuk Izry,” marah Marissa.

“Enough Marissa! Enough! Kau ingat aku ni apa? Aku berlembut dengan kau tapi kau main kasar. Kalau Izry tu suka dekat kau dah lama dia lamar kau. Kau yang sebenarnya tak sedar diri. Jangan nak salahkan orang lain pula,” kataku lantas mengakhiri panggilan tersebut.

Sakitnya hati ini apabila dituduh sebegitu rupa. Hari yang sepatutnya dimulakan dengan pagi yang ceria telah bertukar rupa. Baru aku sedar dang mengakui kebenaran kata-kata Fahmi. Kita sememangnya tidak boleh menilai atau menghakimi seseorang bila pertama kali bertemu dan mengenalinya. Rupa-rupanya Marissa dan Fahmi tidak kurang hebatnya. Memang sesuai mereka digandingkan bersama. Rasa menyesal pula kerana menjadi sebahagian dalam kisah hidup mereka.

***********************

Mana pula perginya fail ni? Aku rasa semalam fail ni ada di rak ni. Sebentar lagi ada mesyuarat tergempar. Habislah aku kalau fail tu hilang. Makan tengahari pun tak sempat. Macamana ni? Bos pula masa inilah nak buat mesyuarat. Bukan nak beritahu awal-awal. Aku juga yang sengsara.

“Cakap sorang-sorang dah takde kawan ke?” tegur suara yang amat aku kenali. Kenapa di saat ini dia datang?

“Kau jangan sibuk. Aku ada hal ni,”

“Amboi, garangnya. Cakap dengan kekasih kenalah elok sikit,” aku memandangnya yang sedang tersenyum.

“Kau kalau tak kacau aku tak boleh ke?”

“Tak! Dah, cepat sikit. Kita dah lambat ni,”

“Kenapa pula?” tanyaku hairan. Setahu aku hari ini aku tiada apa-apa perjanjian dengan Fahmi.

“Kita lunch sama,” pergerakanku terhenti.

“Eh, kau tak nampak ke aku tengah sibuk. Aku bukan kuli kau. Nak makan pergi ajelah,” bentakku. Mamat ni satu hal. Kejap lagi aku ada mesyuarat, fail pula tak jumpa-jumpa. Boleh pula dia nak tambah beban aku. Rasa macam nak hempuk aje.

“Okay. 50% dari ganjaran tu nanti aku potong,”

“Main ugut pula. Janji tetap janji,”

“Sekarang siapa yang mungkir janji. Cepat ikut aku. Kalau tidak aku tolak 50%,” katanya angkuh. Hatiku geram dengan kata-katanya. Dia ingat aku nak sangat duit tu?

“Kau ni kenapa? Aku ada hal penting lepas ni. Kita buat hari lain okay?” aku cuba berlembut. Berharap dia akan memahami situasi aku.

“No,no. Tak ikut aku potong,” Fahmi tetap bertegas.

“Okay fine. You know what. Just forget it! I dont want your money. Just go!!” berangku. Sakit hati dengan tingkat laku Fahmi yang sungguh tidak memahami.

Buat seketika aku puas melihat Izry Fahmi terdiam dan berlalu pergi. Tetapi hilangnya susuk tubuh Izry Fahmi di balik pintu bermakna punahlah harapanku. Wang yang aku harapkan kini tiada. Akut idak tahu bagaiman caranya untuk aku mengeluarkan RM10,000 dalam masa terdekat. Entah kenapa masalah orang lain membebankan diriku. Aku terpaksa melangsaikan hutan pakcikku. Harapan Izry Fahmi datang tanpa diundang. Dia menawarkan aku pekerjaan dengan ganjaran yang cukup lumayan. Malangnya kini semuanya sia-sia.

“Eva, ni fail yang aku pinjam,” Liza menghulurkan fail yang aku cari dari tadi.

“Mana kau dapat?”

“Eh, kau lupa ke? Semalam kau yang suruh aku semak,” katanya lalu beredar meninggalkan aku tanpa kata.

***********************

Keretaku memasuki perkarangan hospital. Setelah memakir kereta aku bergegas masuk ke dalam hospital.

“Nurse, boleh saya tahu dimana bilik Izry Fahmi?” kataku sebaik tiba dikaunter.

“Tingkat 3, bilik 110.”

“Terima kasih,”

Selepas mesyuarat petang tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Dan keran itu kini aku berada di sini. Aku juga kurang pasti kenapa aku datang ke sini. Aku rasa kehadiran aku tidak diperlukan. Tetapi memandangkan pihak hospital sudah menghubungiku pastinya sesuatu yang teruk telah berlaku. Aku harap dia tidak apa-apa. Setibanya di sana ibu dan bapa Fahmi turut berada di bilik itu.

“Panjang umur Eva. Untie ingat Eva tak datang,” sapa ibu Fahmi setelah aku bersalaman dengannya.

“Ada meeting tadi, tu yang lambat sedikit,” mereka mengangguk.

“Macamana keadaan Izry?” tanyaku kepada bapa Fahmi.

“Alhamdulillah, nasib baik tak teruk. Cuma patah kaki sahaja,” aku menarik nafas lega.

Aku memandang Fahmi untuk melihat keadaannya. Kaki kanannya patah dan beberapa luka kecil di seluruh badan. Tidak lama selepas itu, ibu bapa Fahmi pulang dan mereka amanahkan Fahmi kepadaku. Untuk berkata tidak jauh sekali walaupun hakikatnya aku dan dia tiada apa-apa hubungan.

“Kenapa datang?” aik, dah sakit pun masih nak berlagak lagi ke?

“Fahmi, aku nak minta maaf. Aku.. aku perlukan agreement tu,” kataku perlahan. Tidak berani untuk memandang ke arahnya. Mungkin di dalam hati Fahmi akan ketawa besar. Mengatakan aku perempuan yang tidak tahu malu. Tetapi aku terpaksa hadapinya. Hanya dia yang boleh membantuku.

“okay, aku boleh kasi kau peluang. Tapi kau kena cuti jaga aku sepanjang aku dihospital ni. Lepas tu baru aku beri duit tu,”

“What?!” biar betul? Aku kena jaga mamat ni dihospital. Kerja gila. Aku dan dia tiada apa-apa. Kenapalah dia selalu membebankan aku.

“Boleh ke tidak?” tanya Fahmi sekali lagi.

“Okay. Tapi betul ke lepas kerja aku selesai aku boleh dapat duit tu?” aku inginkan kepastian.

“Ya, betul,” aku terseyum. Takpelah lagipun dia takkan lama tinggal dihospital ni. Paling lewat pun mesti 5, 6 hari. Masa akan berlalu dengan pantas dan aku akan menunggu dengan penuh sabar. Harapan untuk melangsaikan hutang pakcikku akan terlaksana tidak lama lagi.

“Sudah, apa tercegat lagi. Aku nak makan bubur sup. Pergi belikan untuk aku sekarang,” perintah Fahmi. Alamak, dia ni pemerintah kuku besi. Suka memerintah 24 jam tanpa belas ehsan. Kesian bakal isteri dia nanti.

***********************

Sedar tak sedar hampir 5 hari aku menjaganya di hospital. Bagai nak gila dibuatnya kerana terpaksa duduk di hospital walaupun tidak sakit. Di tambah lagi dengan melayan kerenah Izry Fahmi tanpa 24 jam tanpa henti. Lepas ni boleh lah aku jadi baby sitter untuk baby besar macam ni kalau-kalau pekerjaan ini lebih menguntungkan. Heehe.. ibu bapa beliau turut merestui aku menjaga anaknya.

Tetapi selama 5 hari aku menjaganya semakin banyak yang aku ketahui dan fahami mengenai dirinya. Dan entah kenapa perasaan benci yang selama ini menjadi benteng antara aku dan dia lenyap sedikit demi sedikit. Apa yang dia mahu, apa yang dia tak suka sudah dapat aku jangkakan. Kadang-kadang aku lucu melihat sikapnya yang agak kebudak-budakan. Adakah ini semua kerana dia anak tunggal dalam keluarga? Yang pasti sekarang ni aku selesa berada di sampingnya. Adakah sayang mulai terbit dihatiku?

“Fahmi, sudah masa makan ubat,” aku memperingatkan Fahmi yang sedang khusyuk membaca majalah.

“Okay,”

“Esok you dah boleh keluarkan?” tiada lagi kata kasar yang aku biasa gunakan.

“Erm….”

“So settle our aggreement right?” kataku sambil tersenyum kepadanya. Walhal hatiku mungkin berasa ralat selepas kami membawa haluan masing-masing. Dia merenungku seperti ingin memberitahu sesuatu. Ternyata hampa. Dia meneruskan pembacaannya. Aku pula meneruskan kerja mengupas buah epal.

“Are you happy?”

“Huh?” aku bingung. Apa yang dia maksudkan?

“I mean semua ni dah selesai dan kita tiada apa-apa lagi perjanjian,”

“Yeah. Gembira sebab i dapat settle masalah i,” dalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa aku ingin menyatakan sesuatu.

“Boleh i tahu kenapa penting sangat duit tu untuk you?” aku terdiam. Haruskah aku memberitahunya hal yang sebenar?

“Herm.. I terpaksa langsaikan hutang pakcik I. Kami sekeluarga sudah banyak terhutang budi dengan pakcik selepas pemergian ayah. Pakcik datang kepada I memberitahu dia memerlukan duit itu kerana berhutang dengan kawannya. Kalau bukan kerana jasanya pada keluarga I, pasti I akan mencipta seribu alasan. You datang masa I amat memerlukan bantuan. Sebab itu I terima tawaran you tanpa memikirkan apa yang akan terjadi pada diri I. I nekad,” luahku kepadanya.

Selepas aku memberitahunya aku merasakan beban yang aku pikul selama ini seorang diri berkurangan. Ibu aku sendiri pun tidak mengetahuinya.

“Tapi selepas ini you ada hutang dengan I plak tau,” tiba-tiba Fahmi bersuara setelah suasana senyap seketika.

Aku terkejut. Biar betul. Adakah apa yang aku lakukan selama ini tidak cukup? Adakah dia sengaja mahu mempermainkan aku?

“Tapi bukan ke perjanjian kita sudah selesai?” aku inginkan kepastian.

“Awak dah curi hati saya. Awak kena bayar balik Eva Suraya,” aku terlopong.

Mamat ni biar betul. Melihat aku seperti terpinga-pinga membuatkan Izry Fahmi ketawa besar. Dia merampas buah epal yang berada di tanganku lalu memakannya dengan selamba. Sisa tawanya masih kedengaran. Apa maksud dia? Aku masih bingung memikirkan jawapannya. Dan persoalan itu hilang dengan gelak tawa Izry Fahmi yang semakin galak. Seronok sangat ke perlakukan aku begini? Aku bukan badut untuk dijadikan bahan ketawa. Aku lantas melangkah keluar dari bilik yang boleh membuat kepalaku bertambah gila.

***********************

Alhamdulillah semua hutang pakcikku telah selesai. Beban yang selama ini ku tanggung kini telah tiada. Rasa ringan sedikit beban dikepalaku. Namun begitu hatiku mulai terasa sunyi. Aku merindui sesuatu yang baru kini aku sedar ia membawa impak di dalam diriku. Tiada lagi usikan Izry Fahmi. Tiada lagi pemerintahan kuku besi. Tiada lagi rungutan dari dia. Semuanya telah kembali normal. Dia tidak lagi menggangguku walaupun kami bekerja di dalam satu bumbung. Aku pun tidak pasti apa yang dia beritahu kepada keluarganya mengenai hubungan kami. Harap-harap dia tidak memburuk-burukkan aku.

Kadang-kadang hati ini tertanya-tanya. Dia sihat ke? Dia da makan ke belum? Dia ingat aku tak? Dan macam-macam lagi persoalan. Tapi aku bukan sesiapa dihatinya.

Telefon bimbitku berbunyi. Izry Fahmi! Ada apa petang-petang ni telefon aku. Mesti ada apa-apa. Getus hatiku.

“Hello, ada apa?” aku cuba bersuara dengan tenang.

“Datang bilik I sekarang!” talian terputus.

Amboi, suka-suka aje memerintah aku. Dia ingat aku ni kuli ke? Baru jer aku rasa rindu dekat kau. Tapi kau dah buat perangai lama. Menyesal pula aku memikirkan pasal kau. Takde masa aku perlu ikut harapan kau sekarang ni. Aku dan kau tiada lagi apa-apa perjanjian.

Aku meneruskan kerjaku yang tergendala. Telefonku berdering dan terus berdering. Aku membiarkan ia terus berdering beberapa kali dengan hasrat mamat tu tidak boleh buli aku sesuka hatinya. Setelah kerjaku selesai aku segera berkemas untuk pulang. Dikhuatiri mamat itu akan ke tempatku.

***********************

Huh!!!!~ Aku terlopong.

Kereta Izry Fahmi menghadang keretaku. Aku tidak pasti berapa lama dia berada di hadapan keretaku. Yang pasti aku lihat wajahnya masam mencuka. Mungkin sudah lama menunggu. Aku tidak pasti. Fahmi menghampiriku dan aku memandangnya dengan hairan. Penting sangatkah sehingga dia sanggup tunggu aku di bawah? Tiba-tiba dia menarik tanganku mengikutnya memasuki keretanya. Aku terkesima. Kenapa ni?

Fahmi meneruskan pemanduannya. Aku tidak tahu ke mana arah tujuannya. Izry Fahmi sepi disisiku. Tiada sepatah kata keluar dari mulutnya. Aku mulai risau. Marahkah dia kepadaku?

“Fahmi, kita nak ke mana ni?” aku meninggikan suara. Aku tidak paham kenapa dia memperlakukan aku begini.

“My parent kirim salam,”

Aku pelik. Takkan hanya disebabkan itu dia perlu buat aku begini. Kenapa tak cakap di telefon sahaja?

“Waalaikumsalam. Itu aje ke?” Izry Fahmi kembali senyap.

Kenapa dengan dia ni? Aku ada buat silap ke? Hatiku semakin tidak keruan apabila Izry Fahmi memberhentikan kereta di bahu jalan. Apa yang dia nak buat dengan aku ni?

“Aku nak tuntut hutang aku,” akhirnya dia bersuara.

Huh, hutang? Tuntut? Aku semakin tidak sedap hati.

“Apa kau cakap ni? Aku tak paham,” Izry Fahmi merenungku tajam.

Aku semakin tidak senang duduk. Izry Fahmi masih mendiamkan diri. Aku bergegas keluar kereta. Ingin lari dari mamat yang menakutkan itu. Pergerakanku terhenti apabila dengan pantas Izry Fahmi menarikku dan aku tersepit di antara kereta dan Izry Fahmi.

“Apa kau nak? Tolong jangan apa-apakan aku,” air mataku sudah tidak dapat dibendung lagi.

“Eva, sudikah kau menjadi isteriku?”

Bicara Izry Fahmi sebentar tadi membuatkan aku terdiam. Sungguhkah? Atau aku sekadar bermimpi? Kini kedua tangan Izry Fahmi menggenggam erat tanganku.

“Eva Suraya Muhammad, sudaikah awak menjadi suri hatiku?” ulang Izry Fahmi dan kali ini lebih jelas dipendengaranku.

Aku terdiam. Tiada sepatah kata yang mampu aku ucapkan pada saat dan ketika ini. Sayangkah aku kepadanya? Cintakah aku terhadapnya? Aku keliru.

“Eva, saya tahu awak keliru. Tapi sejak pertama kali mengenali awak saya memang sudah jatuh sayang pada awak. Cuma saya tak reti bagaimana untuk mulakannya. Saya minta maaf selama ini buat awak macam-macam. Saya cuma mahukan perhatian dari awak seorang. Saya harap awak tidak kecewakan saya, Eva,” ujar Izry menerangkan segalanya.

Tidak aku sangka yang selama ini dia menaruh perasaan terhadapku. Tanpa sedar aku tersenyum dan akhirnya ketawa.

“Kenapa? Salah ke Izry cakap? Eva ingat Izry main-main ke?”

“Bukan tapi kelakarlah awak luah perasaan awak tu,” kataku akhirnya setelah tawaku mulai reda.

“Nak buat macamana saya tak pernah ambil bidang cinta ni,” katanya sambil tersenyum malu.

“Jomlah kita balik. Hari dah gelap ni,” ajakku.

“Tapi Eva tak jawab lagi,” air mukanya mulai berubah.

“Izry Fahmi, esok saya sediakan agreement dahulu. Kemudian selepas awak sign baru jumpa family saya okay?” dan kami sama-sama ketawa menyemarak cinta yang baru berputik.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

25 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Plastik”
  1. nadia says:

    best2..kalo d pjg kan lg msti menarikkkk lah..heheee

  2. mya.. says:

    crite y mnarik..best tp ia akn jd lbh mnarik jika dpnjgkan lg..

  3. syirah103 says:

    ending nak lagi panjang!!!heheheheheh….mcm tergantung jek….buatlar smpai die kawen ker..kehkehkeh…

  4. hafzan sarah says:

    boleh tahan..best

  5. sabela says:

    not bad.kira ok ler,tp jalan ceta pendek sangat xsempat nak menghayati da tau pa endingnyer…so jalan ceta kna lebih kemas jd dapat org nak hayati jln ceta…ok

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"