Cerpen : Pengorbanan yang terindah

20 June 2010  
Kategori: Cerpen

4,538 bacaan 11 ulasan

Oleh : sesuci_lily

Kring!!!!bunyi jam loceng kedengaran di awal pagi subuh itu.Kamsiah seperti biasa bangun dari tidur untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah.Di dalam solatnya dia sempat mendoakan kesejahteraan kepada arwah kedua orang tuanya…

“Mila!??”Kamsiah mengejutkan adiknya yang sedang tidur lena itu… “apa!!!!akak ni,mila nak tido la janganlah nak mengejutkan orang pagi-pagi buta ini”kata mila dengan suara yang marah pada kakaknya. “Mila…kamsiah memanggil adiknya sekali lagi…mila dah sembayang ke??bangunla adik tak nak ke sekolah ke”tambah Kamsiah lagi dengan suara lembutnya yang hampir kedengaran sendunya.Sesungguhnya dia tidak pernah berkasar dengan adiknya yang seorang itu.Sejak kedua orang tuanya meninggal dunia,dia bertanggungjawab untuk menjaga adiknya,walaupun kadang kala adiknya itu membuatkannya terasa hati…

“Mila”…kamsiah mengejutkan lagi adiknya sambil memegang lengan adiknya itu. “ahhhh!!!akak ni..kan Mila dah cakap jangan ganggu Mila…Mila ngantuk tau tak” Mila memarahi akaknya sambil menepis tangan akaknya dengan kasar..

“Mila!!!??”Nor mengejutkan kawannya yang dilihat sedang termenung jauh itu… “kenapa ni??Nor tengok Mila macam ada masalah je…”Nor merupakan kawan karib Mila sejak dari kecil lagi.Segala masalah yang dihadapi oleh Mila akan diluahkan kepada kawannya itu dan Nor merupakan seorang pelajar yang pintar serta rajin.Dia sering dijadikan pelajar contoh di sekolah mereka. “Aku bengang la pasal tadi tu…adakah cikgu Faizal tu boleh malukan aku depan kawan-kawan kita…heiii!!!! sakit hati aku tau tak”luah Kamila dengan geramnya,

“Ala,itukan memang salah ko…sapa suruh ko tido dalam kelas dan lepas tu ko boleh senang-senang tak siapkan keja dia.Apalagi marah lah orang tua tu.Nor sentiasa mengelar guru matematik mereka tu sebagai orang tua kerana apabila dia marah dia akan membebel macam mak nenek..

“Hmmmm…entah kadang-kadang kan ada juga aku terfikir nak berhenti sekolah.Dah la kat rumah tu asyik dileteri oleh kakak dan mak Mun”haiiii…SENGAL….teringat pada pagi tadi selepas kak Siah tidak mampu membangunkan aku untuk bangun pagi.Mungkin dia terasa hati pada aku kut???ahh…lantak dengan dia lah.Lantas, Mak mun yang memang kebiasaannya menghantar sarapan pagi pada kami mengejutkan aku sambil berleter panjang… “anak dara apa kau ni Mila,kau tak kesiankan pada kakak kau tu ke..dah lah pagi kena bangun awal untuk buat keja rumah,lepas tu pergi keja plak …”bebel mak Mun.kalau diikutkan hati nak saja aku tampar mulut Mak Mun yang celopar nak kutuk orang tu.. nasib baik aku mampu berfikir lagi yang Mak Mun adalah orang yang lebih tua dan banyak menolong kami adik-beradik..Mak Mun merupakan jiran yang telah banyak menolong Kamsiah dan adiknya sejak pemergian orang tua mereka..

“Tak baik kau cakap begitu tau…kau kena belajar bersungguh-sungguh supaya kau dapat capai cita-cita kau.kau tak kesian kan pada kakak kau itu ke,dia tu bersungguh nak masuk universiti tapi terpaksa disimpan niatnya tu kerana dia nak tampung pembelajaran kau dan melihat kau berjaya”Nor menasihatkan kawannya yang memang terkenal dengan sifat degilnya..

Mila memang dikenali orang yang paling nakal di kalangan kawan-kawannya..dia selalu dihadapkan ke muka disiplin..Pernah juga guru disiplin datang bertandang ke rumah dan memberitahu kakaknya tentang hal disiplin mengenai perihal adiknya di sekolah.Jika tidak pun,kakaknya akan dipanggil ke sekolah.Sudah jemu kakaknya menasihati Mila agar berubah perangai..namun bagi Mila ia umpama “masuk telinga kanan,keluar telinga kiri”..bukan saja dia tidak pernah mendengar nasihat malahan dia akan memarahi kakaknya dengan mengunakkan kata-kata kesat.Nor pun pernah bergaduh dengan Mila disebabkn hal ini kerana Nor pun merupakan pengawas di sekolah tersebut..Namun persahabatan mereka masih panjang kerana Nor masih lagi ingin berkawan dengan Mila walaupun ramai yang mengatakannya BODOH.

“Apa ni Nor,semua orang asyik nak menangkan Kak Siah je..kesianlah konon,dia tu memang pandai berlakon la Nor…”Ahhh!!!usahla cerita pasal dia buat sakit hati saja tau”luah kamila..

Kamila memang tidak pernah menyenangi kakaknya itu..masa kedua orang tuanya masih hidup segala perlakuan Kak Siah saja yang betul dipandangan kedua ibu bapa mereka sedangkan dirinya tidak.Dia memang sangat membenci kakaknya itu..segala pengorbanan yang dilakukan oleh kakaknya hanya dianggap ingin menunjuk-nunjuk.

Nor hanya mampu mengeleng melihat perangai kawannya tu.Bukan dia tidak tau kakak Mila adalah seorang yang baik hati dan sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan adiknya itu..

Sekolah Mila akan mengadakan perkhemahan sementara menanti ujian percubaan SPM dalam beberapa hari lagi..dan inilah yang merunsingkan fikiran Mila kerana dia tidak mempunyai wang untuk membayar yuran yang dikenakan.Takkan dia nak minta tolong dari kakaknya.Kakaknya akan berleter panjang sebelum memberikan wang yang dimahukannya. “Ahh!!!aku kena cari idea juga macam mana aku boleh membayar yuran perkhemahan itu”fikir Mila sambil berjalan mundar-mandir di taman sekolahnya..

Gelagatnya itu dapat dilihat oleh Nor lalu Nor pun berjalan ke arah Mila sambil menerpa ke arah mila dengan tujuan untuk mengejutkannya. “hoi!!!ko ni kenapa ar??dari tadi aku lihat kau resah semacam je,ada masalah ke??cetalah kat aku…

“oii….ko ni kalau aku aku ada sakit jantung da lama aku masuk ICU tau tak”marah Mila kepada Nor. “ala…relakslah ko ni manalah ada penyakit..”sakat Nor lagi..

“Tak da,aku tengah risau ni…aku tak ada duitlah nak bayar yuran perkhemahan tu”luah Mila dengan nada sedih.. “kenapa tak minta ngan kak kau,tentu dia bagi kau kan adik kesayangan dia”kata Nor.

“Ehhh…tak nak lah aku,kau tau lah kan macam mana perangai kakak aku?”tanya Mila..

“ok!!macam inilah,aku akan bagi pinjam duit aku pada kau,nak tak???”tanya Nor kepada Mila.

“oh ya ke,tema kasih Nor kaulah kawan aku dunia akhirat”,kata Mila kepada Nor sambil tersenyum senang…Impian untuk mengikuti perkhemahan itu tercapai dengan adanya bantuan dari Nor..walaupun Mila selalu terlibat dengan masalah disiplin tapi dia memang aktif dalam segala aktiviti sukan..

Hari yang dinanti telah pun tiba,walaupun kakaknya melarang keras agar Mila tidak mengikuti perkhemahan tersebut memandangkan ujian percubaan spmnya semakin hampir. “Mila tetap nak pergi kak..walau apa pun terjadi.kakak jangan menentukan jalan hidup Mila”Mila memarahi akaknya pada hari itu.Dan Kamsiah sungguh terkilan dengan sikap adiknya itu.

Benarlah apa yang dikata oleh orang jika kita melakukan kejahatan kita akan mendapat balasan. Malang tidak berbau, pada hari aku mengikuti perkhemahan itu aku telah ditimpa kecelakaan. Aku telah dikejarkan ke hospital berdekatan. Kak Siah telah dipanggil ke hospital untuk membincangkan keadaan aku. “doktor, macam mana keadaan adik saya?? Ada ke dia cedera teruk?”tanya Kamsiah kepada doktor yang merawat adiknya. “Dia tak ada apa-apa,cuma…

“Cuma apa doktor?”tanya Kamsiah lagi. Doktor itu menyambung percakapannya yang terhenti tadi. “Cuma adik cik mengalami kecederaan teruk di mata dimana kami terpaksa memberitahu bahawa adik cik telah menjadi buta.”

“Tidakkkkk…kedengaran suara Kamila meraung kesedihan dari dalam bilik pesakit.Dia cuba menyentuh matanya,dia tidak dapat apa-apa..pandangannya gelap..Kamsiah yang melihat penderitaan adiknya hanya dapat mengeluarkan tangisan kesedihan.Andai dapat dipindahkan kesakitan yang ditanggung Kamila kepadanya dia sanggup.Kamila terpaksa diberi ubat penenang oleh doktor.Dia masih tak dapat menerima kecacatan yang dialaminya..

Sejak dari itu,Kamila sering termenung.Segala rutin hariannya diuruskan oleh kakaknya,kamsiah walaupun dia tidak ingin kakaknya itu membantunya….Kamila tidak pernah sekali-kalli mengucapkan terima kasih kepada Kamsiah malahan memarahi kakaknya lagi. “kakak,sukalah kan kalau mila jadi macam ni…. tak ada la orang nak menyakitkan hati akak lagi”marahku pada kakak pada suatu hari apabila dia lupa menghantar sarapan mila pada pagi itu..aku pun tak tahu kenapa kakak aku selama ni asyik berkurung sahaja di dalam biliknya,tetapi aku memang tak ingin nak tahu.

Kamila juga tidak mahu lagi meneruskan pengajiannya kerana dia tidak dapat menerima keadaan dirinya…sudah puas Kamsiah dan Nor menasihati dirinya agar mengambil ujian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) sebagai seorang pelajar OKU..tetapi kamila tidak pernah mendengar akan nasihat mereka…namun kerana tidak tahan dengan leteran yang dilemparkan oleh Mak Mun, Mila terpaksa juga mendaftarkan diri sebagai pelajar kurang upaya untuk mengambil SPM pada tahun ini..

Pada suatu hari,sedang kakak menyikat rambutku..kakak berkata pada aku “Mila…panggil kakakku dengan lembut.Kalau kakak dah tak ada kat di sisi Mila,Mila kena belajar bersungguh-sungguh tau…capai cita-cita Mila.Biarpun kakak tak dapat menjejakkan kaki ke menara gading tapi akak nak lihat Mila menjejakkan kaki kat sana ya”tambah akak ku lagi..

Tika kakak menghabiskan ayat yang terakhir,air mata ku tiba-tiba menitis tanpaku sedari..Aku tak tau mengapa hati ku rasa sedih pada ketika itu…Aku lekas-lekas mengelap air mataku dengan tangan kerana tidak ingin dilihat oleh kakak.Lantas itu, aku menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata kakak aku tadi walaupun fikiran aku tidak ingin berbuat demikian…

Akhirnya aku dapat menghabiskan kertas terakhir dalam peperiksaan itu…aku kini duduk di rumah sementara menanti keputusan ujian SPM aku keluar…Dan apa yang mengembirakan aku apabila Nor menberitahu aku bahawa ada seorang penderma ingin mendermakan matanya untukku..aku mencari kakak untuk membuktikan kata-kata Nor itu,lalu kakak pun menghulurkan tangan nya sambil mengenggam erat tanganku tanda membuktikan kebenaran kata-kata Nor itu tadi..Tapi aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila aku mendengar esak tangis dari Nor…semacam ada rahsia..mungkin tangisan kegembiran kot..

Pembedahan mata itu dijalankan bersamaan dengan tarikh keluarnya keputusan SPM ku..aku sungguh berdebar-debar menanti apakah aku mendapat keputusan yang baik…tika ini aku terbayang wajah kasih kakak ku yang banyak berkorban untukku dalam menyekolahkan aku…tika itu,hati ku bagai ditusuk belati dalam menahan kesedihan..aku ingin sangat mendakap kakak tika ini untuk memohon ampun darinya..lalu aku bertanya kepada Mak Mun “Mak Mun,kakak kat mana??”

Lama aku menanti jawapan dari Mak Mun “Mila,kakak Mila mungkin datang lambat kot.Mila buat pembedahan dulu, nanti kakak Mila akan datang ya..jawab Mak mun.Aku hanya menganggukkan kepala sambil minda ku bertanya “ke mana kak Siah pergi ya,takkan dia marah kat aku kot???”pembedahan itu akhirnya berjaya dan apabila aku membuka mata ramai orang sedang mengerumuni aku…aku pun berasa hairan..Rupa-rupanya mereka datang untuk mengucapkan tahniah kepada aku kerana aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) di samping datang meraikan aku yang dapat melihat semula…

Nor dan Mak Mun mengucapkan tahniah kepada aku sambil memeluk aku..Aku melihat pada mata mereka ada kesan tangisan..lalu aku bertanya kepada mereka “Nor..Mak Mun,kenapa ni??kenapa kamu menangis??” “tak ada apa-apa cuma kita orang berasa gembira melihat kau gembira Mila..”jawab Nor kepada aku..aku memandang sekeliling..aku tidak ternampak kakak aku…dia kat mana ya????

takkan tak sampai lagi kot?? aku ingin bertanya kepada Mak Mun dan Nor…tapi niat ku itu aku pendamkan. “haaaa…mesti kakak Siah nak buat kejutan di atas kejayaanku ini” kataku sendirian sambil aku tersenyum senang.Tidak sabar rasanya aku ingin berjumpa dengan kakak siah dan memohon ampun kepadanya di atas kekasaran aku selama ini kepadanya.Terlalu banyak dosa dan kesalahan aku kepadanya..

Keesokkannya,aku memberitahu kepada pihak hospital yang aku ingin keluar awal…pada mulanya doktor yang merawat aku melarang keras kerana kesihatan aku masih belum stabil tapi akhirnya diizinkan dengan syarat aku akan kembali ke hospital pada petangnya..Tujuan aku berbuat demikian adalah untuk membuat kejutan kepada kak Siah..Dia tidak akan tau bahawa aku akan balik pada hari ini..

Aku sengaja tidak memberitahu kepulangan ku kepada Mak Mun dan Nor kerana aku tidak mahu mereka bersusah payah menjemput aku…aku menaiki teksi untuk balik ke rumah.Sesampai aku kat sana,aku melihat ramai orang bertandang kat rumah aku..aku tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku??? kenapa begitu ramai orang di rumah aku.?? Segalanya begitu asing di mataku dan aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah terjadi.Dari luar rumah lagi,bacaan surah yasin kedengaran apalagi apabila aku melihat Mak Mun yang begitu terkejut melihat kedatangan aku.. “ah….ah…ah..bi…bi…la..sampai”Mak Mun menyoal aku dalam keadaan takut dan tergagap-gagap.

Aku tidak menjawab pertanyaan Mak Mun sebaliknya aku bertanya “apa yang berlaku Mak Mun????kenapa ramai orang???hati ku mula diserbu rasa bimbang yang tidak kepalang..namun tanpa menunggu jawapan dari Mak Mun aku segera berlari ke dalam rumah.Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat sekujur tubuh yang sangat aku kenali sedang terbaring di atas lantai yang badannya ditutupi oleh kain putih…

Disekelilingnya,ada orang yang sedang membaca yasin..tanpa aku sedari Nor dan Mak Mun berdiri di belakang aku..mereka menyuruh aku agar pergi melihat jenazah buat kali terakhir..Aku tidak ingin sangat mempercayai yang jenazah itu adalah kakak ku sendiri namun itulah kebenarannya..aku tidak mampu menipu diri ku. “kakak!!!!!!??”aku meraung memanggil akak ku seakan aku tidak percaya akan kematiannya..Mak Mun cuba menenangkan aku.Aku bertanya kepada Mak Mun kenapa aku tidak diberitahu dan Mak Mun menjawab Kak Siah tidak menyuruh dia memberitahu aku kerana bimbang kesihatan aku akan terganggu.oh!!!!….betapa mulianya hatimu kak,engkau tidak pernah memberi kesakitan mu pada orang lain sebaliknya engkau pula menanggung kesakitan mereka.Aku mengiringi jenazah akak dengan linangan air mata penyesalan..sesungguhnya aku banyak sangat menyakiti hatinya..

Kini,aku baru mengetahui bahawa kakak nenghidapi penyakit barah otak.Dia juga insan yang mendermakan matanya untukku…sesungguhnya dia insan yang paling mulia..Menurut Mak Mun kakak telah memaafi segala kesalahan aku selama ini kepadanya dan dia berpesan agar aku menjadi seorang insan yang berguna di masa akan datang…aku berjanji kepada arwah kakak yang aku akan menunaikan impian kakak untuk menjejakkan kaki ke menara gading untuk menebus segala kesalahan aku walaupun ianya tidak setimpal dengan kesalahan yang aku lakukan…AKU SANGAT MERINDUINYA KETIKA INI…aku mendoakan semoga kakak ditempat di kalangan mukminah yang sejati di sisi AllahS.W.T. Amin ya-Robbil a-lamin…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Cerpen : Pengorbanan yang terindah”
  1. shishi says:

    sedihnya

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"