
Jodoh Atau Cinta
16 June 2010
Kategori: Novel Di Pasaran
66,686 bacaan 120 ulasan

Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?
Penulis : Iman Nizrina
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM19
Sabah/Sarawak : RM22
Dapatkan di kedai-kedai berhampiran anda seperti MPH, Popular dan kedai-kedai lain. Atau boleh order terus dengan penerbit di www.kakinovel.com














lama giler cari nvl nie…nak beli!!!!
nak carilah novel nie..mmg terbaik!!
novel neii byk scene sedih lhaa .. tp best !!
EZ NYER NOVEL NIEP NAA BELI………
novel nie bez gler..dh dua tiga kli bce x boring..jlan citer mnarik..
best nvel nie..
arrrr…nk bcer novel nie!!!!! best…:) mner nk beli???????dh lmer cari…p tak jumpa gak????? n naik frust daa nie……ke memang daaaa tak dipasarkan da????
cari kat popular atau mph ….banayak
dh baca dh
best best best
the best ! na bli , na bli !
)