Novel : Apa kahwin dengan dia? 6

4 June 2010  
Kategori: Novel

6,965 bacaan 26 ulasan

Oleh : ikmal zurin

Kamariah melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu rumahnya itu.Fikirannya kusut.Ada sesuatu dimindanya yang harus disimpan.Itu adalah pesan arwah kepadanya.Kepalanya diurut-urut dek akibat berdenyut.Sakit kepala dia memikirkan perkara itu.

“Yang kau ni kenapa?Demam ke?Dok urut-urut kepala tu.”Bayang suaminya yang muncul tiba-tiba membuatkan Kamariah terkejut besar.Dia hanya membalas soalan itu dengan jelingan.Malas dia hendak melayan suaminya itu.

“Abang tanya ni jawab le.”Jalil mengambil tempat di sebelah isterinya.Prihatin juga dengan masalah yang dihadapi oleh wanita itu.Sakit ke?Kalau sakit susah pulak.Siapa yang tak sayang bini oi?

“Kau sakit ke?Kalau sakit jomlah pergi klinik.”Kamariah melepaskan nafas berat.Dia menoleh ke arah lelaki di sebelahnya.

“Abang tahukan saya pergi rumah diaorang hari tu.”Jalil mengangguk-anggukan kepalanya dan menunggu butir-butir kata yang seterusnya oleh Kamariah.

“Saya dah bagitahu kebenarannya.Tapi…”

“Diaorang halau kau ke?”Serkap jarang Jalil.Pantas Kamariah menggeleng menafikan kenyataan itu.

“Bukan…Ada benda yang lebih penting lagi saya tak bagitahu.”Jalil mengeluh keras.

“Kenapa yang kau tak bagitahu benda tu?Kalau nak bagitahu benda betul bagitahu penuh-penuh.Itupun nak kena ajar ke?”Marah Jalil.Kamariah tertunduk.

“Bukannya saya tak nak bagitau.Masalahnya ni pesan arwah.Dia tak izinkan saya bagitahu.Abang pun tahukan arwah rapat dengan saya.Semua rahsia dia,dia cerita dekat saya.Jadi saya kenalah amanah.”Kini Kamariah membela dirinya.

“Budak tu dah tak ada.Kau nak risau ke bendanya?Benda ni benda penting!Amanah ke tak amanah ke benda ni memang kena bagitahu.Habis kau nak biar diaorang tu susah-susah cari anak diaorang sedangkan duk ada depan mata?Kau tu dulu dah buat salah jangan nak ditambah lagi salah kau tu.”Nasihat Jalil panjang lebar.Kamariah hanya menadah telinga mendengar setiap patah yang keluar dari mulut suaminya.Dia serba salah.Apa yang dia harus lakukan?Menyatakan kebenaran atau memegang amanah?Sakit otaknya!

**

Haikal hanya membisukan diri sejak dia pulang dari menemani isterinya ke klinik tadi.Balqis digunungi rasa bersalah kerana merahsiakan perkara itu daripada suaminya.

“You…Kenapa ni?”Balqis memulakan bicara setelah lama suasana di ruang tamu itu sepi dengan kehadiran mereka.Haikal masih lagi berdiam diri.Balqis mengeluh kecil.Dia merapati Haikal dan mengenggam jari-jemari lelaki itu.

“I bukan tak nak bagitahu you.I tak nak you…”Belum sempat wanita itu menghabiskan katanya Haikal sudahpun bangun dari sofa itu.Dia memalingkan mukanya daripada terus ditatap oleh Balqis.

“You dah benci I ke sebab I ada penyakit ni?”Sayu sahaja ucapan itu sampai ditelinga Haikal.Air mata lelakinya menitis perlahan.Segera dia mengesat air mata itu.Dia tidak mahu lemah dihadapan isterinya.

“Kenapa?Kenapa Tuhan nak ambil you dari I?Kenapa?!I tak boleh hidup tanpa you!I need you!You sebahagian dari hidup I.Kalau you tak ada macamana I nak teruskan hidup?”Balqis bingkas bangun dan berdiri dihadapan lelaki yang sedang berpeluk tubuh itu.Ditatap mata itu.Mata yang berkaca.Hatinya tersentuh.Dia membelai muka itu dengan penuh kasih sayang.

“Tapi I masih ada dekat sini kan?I masih hidupkan?You masih boleh rasa jasad I kan?I belum mati lagi.Janganlah sedih herm?”Pujuk Balqis.Haikal melepaskan tangannya.Dia mengurut bahagian atas batang hidungnya menahan air matanya daripada mengalir.Balqis mengambil kesempatan untuk mendakap lelaki yang dicintainya itu.

“I love you today,tomorrow and forever.”Ucap Balqis diiringi air matanya yang menitis perlahan.Haikal membalas pelukan itu.Air matanya juga mengalir laju.Sungguh dia tidak sanggup untuk kehilangan wanita itu.

“i love you more than you know.”Lama mereka begitu.Melayan perasaan masing-masing.Tidak lama kemudian Balqis melepaskan dakapan itu.Dia ingin menatap wajah suaminya.
“Kenapa perlu you rahsiakan perkara ni?Apa gunanya I?I nak temani you semasa you ketawa dan juga menangis.Jangan buat macam ni lagi.Kalau I tak ikuti you tadi I tentu tak akan tahu sampai bila-bila.”

“You akan tahu jugak bila I dah tak ada nantikan?”Haikal melepaskan nafas berat.

“Padanlah selama ni I perasaan you asyik sakit kepala.You cakap tak ada apa-apa.Kenapalah I ni bodoh sangat tak boleh fikir benda senang macam tu.”Haikal menyalahkan dirinya sendiri.

“Don’t blame yourself please.Memang I yang nak rahsiakan perkara ni kan?Lagipun I baru tahu I ada penyakit barah otak ni bulan lepas.”

“Herm…Dahlah tak payah nak sedih-sedih lagi.I nak bahagiakan you sehingga ke akhir hayat you.”Ucap Haikal lalu dihadiahkan satu kucupan hangat didahi isterinya.Balqis memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi kerana dikurniakan lelaki sebaik ini untuknya.

**

Kamalia termenung di atas katil biliknya.Perkara yang terjadi beberapa hari lepas benar-benar mengecewakannya.Kenapalah lelaki itu tidak mengerti apa yang dirasainya?Tidakkah lelaki itu merasakan apa yang dirasainya?Kamalia menarik nafas dalam.Dadanya tiba-tiba rasa teramat perit.Dia memegang dadanya sambil memejam matanya menahan kesakitan.

“Ya Allah sakitnya…”Setelah lebih kurang 15 minit dia menahan kesakitan itu,sakit itu dirasakan semakin berkurangan.Kamalia berbaring di atas katil empuk itu.

“Zalfa aku rindu kau…”Terkenang pula dia kepada Zalfa.Masih ingat lagi dia ketika Zalfa menemukannya dengan Razif.Dia yakin bahawa hari itu adalah hari terburuk bagi lelaki itu.Dia mengenakan lelaki itu cukup-cukup.Semua benda yang lelaki itu lakukan pasti ada sahaja yang tidak kena.Dia sendiri tidak tahu mengapa ketika itu dia amat membenci lelaki yang menjadi suaminya sekarang.Malah dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu.Itulah orang tua kata ‘Kalau benci sangat nanti boleh jatuh cinta’ Setuju sangat dia dengan kenyataan itu.

“Lia!Oh Lia!Lia!”Kedengaran suara Razif memanggil namanya.Habis lamunannya berterbangan.Kamalia segera bangkit dari katil dan melangkah keluar dari biliknya.Tidak disangkanya Razif berada di hadapan pintu biliknya dan akibatnya mereka terhantuk kepala dengan kuat.

“Aduiiiii!Sakitlah!”Marah Razif sambil mengusap dahinya yang sakit.

“Yang awak tercegat depan pintu bilik saya ni kenapa?Manalah saya nak tahu awak ada dekat sini.”Kamalia membela dirinya.Razif mengetap giginya.Geram sungguh dia dengan perangai isterinya yang suka menjawab itu.Apa lagi?Telinga wanita itu dijentiknya.Baru puas hatinya.

“Auuuuwww!Sakitlah monyet!”Razif mengangkat kedua-dua belah keningnya sambil tersenyum puas hati.

“Nak apa?!”Tanya Kamilia dengan nada yang tinggi.Dia memegang telinganya yang kesakitan.Mukanya berkerut seribu.

“Jomlah makan.Bosanlah makan sorang-sorang.”Razif membuat muka ‘seposen’ kepada Kamalia.Perempuan itu menjeling tajam.

“Gedik!Makan pun nak berteman.”

“Jomlah,jomlah.”Razif merayu seperti budak kecil.Rimas dibuatnya Kamilia.

“Yelah-yelah!Anak manja!”Razif tersengih senang hati.Dia menarik lengan Kamilia menuruni anak tangga.Perasaan indah itu terbit dihati Kamilia saat lelaki itu menyentuhnya.

“Dipersilakan tuan puteri untuk duduk.”Razif menarik kerusi itu mempersilakan Kamalia duduk.Hati Kamalia berbunga-bunga dengan layanan lelaki itu terhadapnya.

“Termenung apa lagi.Cepatlah.Lapar ni!”Jerit Razif kepada Kamilia yang sedang tercegat di sisinya.

‘Indah-indah pun menyakitkan hati jugak.Haish.’Rungut hati wanitanya.Kamilia mengambil tempat di kerusi itu.Razif segera duduk di hadapan wanita itu.Perutnya sudah pun berkeroncong.Gelojoh dia menceduk lauk serta nasi di atas pinggannya.Kamilia hanya tersenyum melihat suaminya itu makan.Seronok pula dia melihat telatah lelaki itu.

“Awak tak nak makan ke?”Tanya Razif setelah menelan kunyahannya yang terakhir.Kamilia tersedar dari lamunannya.

“Saya kenyang.Makanlah.”Razif mengeluh kecil.Dia mengambil nasi serta ayam masak merah di atas pinggannya menggunakan tangannya lalu disuakan ke mulut isterinya.Kamilia tercengang.

“Buka mulut.Kapal terbang nak mendarat ni.Cepat!Penumpang dah tak sabar nak turun.Nak melawat negara Perut.”Lagaknya seperti seorang ayah menyuap anaknya makan.Kamilia tergelak kecil.Segera dia membuka mulutnya.Sentuhan itu terasa lagi.Hatinya kembali berbunga-bunga.

“Sedap?”Tanya Razif.Kamilia tersenyum dan mengangguk.

“Nak lagi?”Kali ini dia menggeleng.Cukuplah tu.Perutnya sudah penuh diisi.Petang tadi dia sudah pun menjamu selera biskut dengan teh.Kenyangnya masih terasa.

“Sikit je makan.Nanti kena gastrik siapa yang susah?Saya jugak.”

“Awak ambil berat jugak kan pasal saya?Kenapa ya?”Kamilia mengambil kesempatan.Sengaja dia ingin menduga lelaki itu.

“Dah nanti kalau awak sakit,sayalah kena jaga.Tak boleh pergi kerja semua.Susahlah!”Jawapan yang diperolehnya teramatlah menyakitkan hati.Kamilia bangkit dari kerusi itu.

“Lah.Nak pergi mana?Bagilah saya habis makan dulu.”

“Nak tidur mengantuk.”Alasan yang dicipta sebenarnya.Pada hakikatnya hatinya sakit apabila dia sedar bahawa tiada sekelumit pun rasa sayang dihati lelaki itu untuknya.

“Habis pinggan ni semua siapa nak cuci?”

“Nak tahu siapa nak kena cuci?Awak pergi depan cermin.Haaa apa yang awak nampak tulah yang kena cuci.”Kamilia segera mendaki tangga menuju ke biliknya.

‘Padan muka!’Ucapnya di dalam hati.

**
Malam itu Kamalia tidak dapat melelapkan matanya.Entah kemana hilangnya rasa ngantuknya.Di pusingnya ke kiri di atas katil.Matanya masih lagi segar.Dicuba pula pusing ke arah kanan.Tiada tanda-tanda matanya hendak pejam.Tercetus keluhan dibibirnya.Dia bangkit dan duduk di atas katil besar itu.Dilihat jam loceng disisinya.Jarum jam sudah menginjak ke pukul 3.00 pagi.

“Hah?!Tiga pagi?!Lama betul aku duk berselubung dekat bawah selimut ni try nak tidur tak dapat-dapat!Dasyat!”Bebelnya seorang diri.Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja sisi katil itu.Dia mencari-cari earphone telefonnya itu di dalam laci meja sisi itu.Setelah dijumpainya,dia mencucukkan wayar itu dilubang yang disediakan.Baru sahaja dia hendak memainkan muzik ditelefonnya itu kedengaran suara Razif menjerit.Segera dia bangun dan meluru keluar menuju ke bilik tidur lelaki itu.Lampu bilik itu dibuka.Dilihatnya Razif sedang meracau-racau di atas katil.

“Razif!Bangun!Bangun!Razif!”Kamilia mengoncang kuat bahu Razif hingga membuatkan lelaki itu tersedar dari mimpi buruknya.

“Kenapa ni???Awak mimpi apa???”Risau Kamilia.Peluh sudah pun memercik di dahi lelaki itu.Kamilia mengesat butir-butir peluh itu menggunakan tangannya.Rambut lelaki itu yang terurai sedikit didahi diraut ke belakang.

“Saya mimpi ayah saya…Dia…Dia pukul saya…Dia pukul saya…”Muka Razif penuh dengan ketakutan.Tahulah Kamilia bahawa ayah lelaki itu sering mendera anaknya ini.Rasa kasihan mencurah-curah dihati Kamilia terhadap suaminya itu.

“Saya takut…tak…ut…”Kamilia memeluk Razif.Cuba menenangkannya.Diusap lembut rambut disisinya itu.

“Shuhh…dah tak ada apa-apa.Mimpi je.Saya ada dekat sinikan?”Razif masih lagi diselubungi rasa ketakutan yang teruk.Dia berasa selamat berada di dalam dakapan Kamilia.Lama Kamilia memujuk Razif sambil mengusap-usap belakang lelaki itu.Tidak lama kemudian Razif sudah pun tertidur di atas ribanya.Ingin bangun,takut pula lelaki itu terjaga dari tidurnya.Kasihan pula dia.Walaupun Kamilia tidak selesa dengan posisi mereka sebegitu,dia rela berkorban.

Razif membuka matanya.Pandangannya kabur.Dikebil-kebilkan matanya berkali-kali.Barulah jelas pandangannya itu.Dia dapat merasakan bahawa kepalanya berbaring di atas sesuatu.Bukannya bantal.Segera dia bangkit.

“Lia!Apa awak buat dekat sini?!”Marah Razif.Kamilia tersedar dari tidurnya.Dia masih lagi mamai.

“Apa dia?”

“Keluar sekarang!Awak sedar tak awak tu siapa nak berada dalam bilik saya?!Keluar!”Tersentap Kamilia dibuatnya.Dia segera bangkit dari katil itu dan berjalan menuju keluar dari bilik itu.

“Tak ada maruah ke?Tak sedar diri betul.”Ucap Razif perlahan.Namun telinga Kamilia masih dapat mendengar kata-kata itu.Serta-merta air matanya gugur.Dia berpaling mencari bayang lelaki itu.

“Kalau saya tahu dengan cara ni awak nak ucapkan terima kasih lebih baik saya buat tak tahu je dengan jeritan awak semalam!Tapi saya tak sanggup nak tengok orang yang saya sayang dalam kesusahan!”Ujar Kamilia lantas meloloskan diri keluar dari bilik itu.Dia meluru masuk ke dalam biliknya.Air matanya tumpah.Inikah balasan yang dia dapat setelah menolong lelaki itu?

Razif terpingga.Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh isterinya itu.Tolong?Dia tolong apa?Ligat otaknya memikirkan apa yang berlaku malam tadi.

“Apa jadi semalam?Ingatlah weiiii!Ingat!”Razif memejamkan matanya cuba mengingat perkara yang terjadi semalam.Namun mindanya tidak dapat memutarkan kembali perkara yang telah terjadi itu.Razif tidak puas hati.Dia melangkah menuju ke bilik Kamilia.Diketuk kuat pintu itu.Berang.

“Oiii!Keluar!”Kamilia terkejut besar dengan ketukan itu.Dia segera mengesat air matanya.Dia melihat mukanya di cermin.Matanya sembam!Tidak!

“Awak nak apa?!”Jerit Kamilia dengan suara yang serak.

“Keluarlah!”Kamilia menurut sahaja kata lelaki itu.Pintu bilik dikuak.Tersembul muka Razif yang merah menahan marah.

“Apa yang jadi semalam?!Apa?!Bagitahu?!Awak yang gatal nak masuk bilik sayakan?!Awak ni tak ada maruah ke hah?!Masuk bilik lelaki?!Mak dengan ayah awak tak ajar ke kalau perempuan tak boleh masuk bilik lelaki?!Tak ajar?!”Marah Razif habis-habisan.Kamilia menahan air matanya daripada tumpah sekali lagi.Namun apakan daya dia tidak mampu.

“Saya tahulah benda tu!Bukan mak dan ayah saya yang ajar!Saya tak sempat pun nak jumpa diaorang!Tapi penjaga rumah anak yatim tu yang ajar saya semua!Tak payah bagitahu saya tahu semuanya!Awak nak tahu sangat apa yang jadi semalamkan?Semalam awak mengingau.Mimpi yang ayah awak pukul awak!Menjerit meracau-racau!Saya yang pujuk awak!Awak tertidur atas riba saya semalam!Takkan saya nak kejut awak lepas awak mimpi buruk macam tu?!Saya ada hati perutlah!Bukan ini caranya untuk berterima kasih!Tapi tak apalah.Saya buat semua tu sebab saya ikhlas!Tak minta dibalas pun!”Terang Kamilia panjang lebar.

“Ahhh!Penipu besar!Kalau dah buat tu mengaku jelah!Kalau dah berak tepi jalan siapa yang nak mengakukan?”Razif masih tidak mahu mengalah.Kamilia memandang tajam ke arah lelaki itu.Tiada kata yang mampu dia ucapkan lagi.Dia melangkah keluar dari bilik itu dan menuju ke tangga.

“Saya belum habis lagi cakap dengan awak!Jangan kurang ajar boleh tak?!”Razif menarik kasar lengan Kamilia.

“Saya bersumpah demi Allah yang semalam awak mengingau!Apa lagi yang awak nak?!Kalau saya nak buat benda tu,dah lama dah saya buat.Ada ke awak tengok saya bukak baju awak?!Tak adakan?!Sudahlah!”Razif menelan air liur.Pahit rasanya.Dia sudah tersalah langkah.Menuduh tanpa usul periksa.Rasa sakit kembali menerjah didada Kamilia.Dia memegang kuat dadanya.Razif cuak melihat keadaan Kamilia.

“Awak okey tak ni?Kenapa ni?”Razif memegang tubuh wanita itu namun ditepis kasar.

“I’m fine!”Kamilia menuruni anak tangga dengan gagah.Dia tidak mahu melihat wajah lelaki itu buat masa terdekat ini.Hatinya teramatlah pedih dengan perbuatan lelaki itu.

**

Kamariah teringat pertemuannya dengan arwah Zalfa.Pertemuan itulah menceritakan kebenaran segala-galanya.

*
Flashback

“Mak cik Kama.Zalfa ada benda nak bagitahu mak cik ni.”Zalfa menarik nafas dalam.Dia harus menceritakan segalanya.Dia harus melakukannya demi kebaikan semua orang.Dia harus berkorban.

“Apa dia Fa?”Kamariah kelihatan tenang.Mereka berada di bawah pokok mangga yang rendang.Petang itu angin sepoi-sepoi bahasa.Teh yang panas belum pun disentuh.

“Zalfa tahu yang Razif tu abang kembar Zalfa.Walaupun pada mulanya Zalfa tak dapat nak terima kenyataan tu,Zalfa terpaksa terima jugak.Dia bukan untuk Zalfa.Jadi Zalfa dah buat keputusan…”Kamariah mengerutkan dahinya.

“Keputusan apa?”Zalfa mengumpul kekuatan dengan menghirup udara ke dalam paru-parunya dengan dalam.

“Mak cik tahukan yang kawan baik Zalfa,Kamalia sakit jantung?”Kamariah mengangguk laju.Dia masih tidak dapat meneka apa yang cuba disampaikan oleh anak majikannya itu.

“Zalfa nak derma jantung Zalfa dekat dia.”Seperti hendak terkeluar biji mata Kamariah mendengar kenyataan itu.

“Apa?!Kamu dah gila ke Zalfa?!Kamu nak korbankan nyawa kamu sendiri?!”

“Mak cik.Zalfa cintakan Razif sangat-sangat.Tapi dia abang kandung Zalfa sendiri.Zalfa tak boleh terima kenyataan tu mak cik.Apa salahnya kalau Zalfa dermakan jantung Zalfa kepada orang yang lebih layak menerimanya?Kamalia baik sangat mak cik.Dia sepatutnya meneruskan kehidupan ni.Bukan Zalfa.”Zalfa sebak.Kamariah memegang tangan gadis itu.

“Zalfa dah nekad?”Zalfa menjawab soalan itu dengan anggukan.

“Tak apalah kalau itu yang kamu nak.Tapi macamana dengan Razif?Dato’?Datin?Diaorang tahu ke?”Zalfa menggeleng perlahan.

“Mama dengan Papa tak tahukan tentang Razif?Jadi biarlah perkara ini menjadi rahsia.Tapi kematian Zalfa hanya Mama dengan Papa sahaja yang tahu.Biarlah diaorang tahu Zalfa nak derma jantung ni dekat Kamalia.Tapi jangan bagitahu Razif.Zalfa tahu mesti dia akan benci dengan orang yang mendapat jantung Zalfa ni.”Kamariah mengangguk lemah.Dia terpaksa menuruti kemahuan gadis dihadapannya itu.

*
Realiti

“Oiii!Menung jauh nampak.Sampai mana dah sampai tu?London ada?”Gurau Jali kepada isterinya.Lamunan Kamariah tercantas.

“Abang.Saya rasa saya nak bagitahu perkara sebenar-benarnya kepada mereka.Saya dah fikir masak-masak.”Ujar Kamariah yakin.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

26 ulasan untuk “Novel : Apa kahwin dengan dia? 6”
  1. nor ain shafinaz says:

    hope…cptla smbg citer sterusnyer…x sabar nk bace…
    gud luck for writer,,,, ;-)

  2. ezz says:

    dah lama sgt tggu smbungan citer ne…..cpt la smbung

  3. fizah says:

    ye la ade lg x penulis cter nie asl lame nye……..cpt la sambung

  4. cheezz says:

    bila nak sambung? ceriter ni best arr..

  5. Nur Iqhwani says:

    dah xnk smbung ke????!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"