Novel : Cinta Pertama 4

3 June 2010  
Kategori: Novel

1,697 bacaan 1 ulasan

Oleh : mia kaftiya

BAB 3

Aku sedang memasang cadar semasa pintu bilik dibuka dari luar. Roommate aku dah sampai. Kelihatan seorang budak perempuan yang aku kira sebaya dengan aku melangkah masuk dengan sebuah baldi dengan fail berwarna hijau dikepit di celah tangan kiri dan beg sandang di bahu kanan. Kami berbalas senyuman.
Orangnya rendah, berkulit putih bersih, dan comel.
Mak dan ayahnya ikut serta masuk ke bilik sambil membimbit beg pakaian yang agak besar. Aku kekok. Tak tahu apa yang patut aku lakukan .
“nak salam ke atau nak tolong angkat kan beg?” tanpa sedar aku masih lagi berdiri di sisi katil, memerhatikan mereka. Akhirnya mak cik itu sendiri yang menegur dan bersalaman dengan aku.
“dah lama sampai?”. Soalnya membuka bicara
“lama jugak la..” jawabku sekadar berbasi-basi.
“mak cik sampai lambat sikit., tak tau jalan, jenuh jugak la pak ciknya pusing. Dok tanya kat orang. Rupanya jauh masuk ke dalam kampung..” katanya ramah bercerita.
“haa”ah..” aku tersengih sumbing.tak tau apa yang patut diucapkan untuk membalas cerita mak cik tu.
” adik ni dari mana?.”
“ipoh..”
jawab ku sepatah.
“owhh.. ipohhh..”
mak cik tu mengawangkan tangannya seolah-olah dia pernah dengar nama ipoh.
Ipoh!. Semua orang pun pernah dengar.lain la sungkai ke..bidor ke,
Kan?.
“mak cik orang kuale..”
“owhh..”
patut la..maksudnya tadi tu, ipoh dengan kuala kangsar tak la jauh sangat. Hemmm..
sepi. Aku tak athu nak tanya apa, mak cik tu pun memandang anak dan suaminya. Aku juga ikut melihat
roomate dan ayahnya aku lihat sedang sibuk menyusun barang-barang sambil bercakap sesuatu yang aku sendiri tak tahu hala tuju butir bicaranya.
Adik lelakinya berjalan ke hulu dan ke hilir memerhatikan bilik baru yang bakal didiami oleh kakaknya.
“mak ayah dah balik ker?..” soalan mak cik tadi menghentikan pemerhatian aku terhadap mereka..
“ohh..ha..dah.. lama dah..” jawabku terangguk-angguk.
Refleksi akibat terkejut kerana disergah sewaktu sedang berkhayal.
“terus balik ipoh la ye?..”
“eh..tak, pergi bangi dulu.. singgah rumah makcik.”
Wah..makin lancar mulutku berkata-kata. Ini perubahan yang baik. Syabas sara.
“ada mak cik kat sini??..”
aku mengangguk dan tersengih cuma..
“bagus la..senang ada orang boleh tolong tengok-tengokkan…”
katanya asambil menganggukkan kepala.
“ma..jomla, orang nak beli barang lagi nie..”
perbualan kami terhneti oleh bicara si roomate yang tak aku ketahui namanya.
“ha..ye lah..”
mak cik itu bangun sambil menyalami tanganku..
” mak cik nak keluar pergi pekan jap nie. Beli barang untuk dia..nama apa ni?..”
dah puas sembang baru nak tanya nama..
“sara..” jawab ku sepatah.
Roomate aku juga ikut bersalam dan tersenyum.
Masing-masing malu nak bersuara.
Aku menghantar pemergian mereka ke pintu dengan ekor mata sehinggalah pintu bilik ditutup kembali. Aku meneruskan kembali kerja memasang cadar yang tergendala.

Roomate aku sampai di bilik sewaktu aku sedang memasukkan pakaian dan barang-barang keperluan ke dalam almari.. tapi kali ini, tiada mak, ayah atau adik dia, cuma dia seorang menjinjit beg plastik yang aku nampak seperti makanan dan sesuatu kotak.
“dah siap kemas dah?”
soalnya sambil menanggalkan tudung,
“belum lagi”
dia duduk di atas katil dan mencapai sebotol air mineral. Melepaskan penat.
“nama apa tadi?”
“sara..”
sepatah dia tanya, sepatah jugak la aku jawab. Terngiang-ngiang pesanan mak tadi “ramah-ramahkan mulut tu, cari kawan ramai-ramai”
“nama apa?..soalku pula.
“Widad..widad adibah..”
“owhh.. sedap nama!.” Pujiku ikhlas.
Lagi nak tanya apa? asal?..dah tau dah..umur?..sebaya aku kot.dah tu nak tanya apa?.
“beli apa tadi?..” tiba-tiba solan itu pula yang meluncur laju keluar dari mulutku.
“beli kasut hitam..hari tu tak beli sebab tak tau, pastu td En tu cakap, wajib pakai kasut hitam. Tu yang pergi keluar cari jugak tu,. Sambil tu beli la sikit barang makan.
“aahhh..”
rasanya tiga patah je yang aku tanya tadi.
beli. apa tadi.
Tapi dia jawab….. tak terkira banyaknya. ramah jugak budak ni. Macam mak dia dan tangan aku ligat menyusun baju-baju masuk ke dalam almari.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Cinta Pertama 4”
  1. linn zailani says:

    siri ni dah pernah keluar la..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"