Novel : Dia Segalanya 1

9 June 2010  
Kategori: Novel

8,654 bacaan 7 ulasan

Oleh : sha ibrahim

BAB 1

“Kau ok ke?….sejak dua tiga hari ni aku tengok kau macam susah hati je?”Fatima kawan karib suraya yang entah dari mana datangnya tiba-tiba bertanya. Suraya yang sedang termenung menoleh lantas melemparkan senyuman yang manis untuk rakannya itu.

“Aku ok je, aku cuma penat sikit, kau kan tahu exam dah nak dekat, aku tak nak nanti aku fail pulak?” jawab Suraya tenang. Fatima tersenyum lantas duduk di sisi Suraya di salah sebuah bangku di bawah pokok di tepi padang kampus. Mata Suraya lebih tetumpu kepada sekumpulan penuntut lelaki sedang bermain ragbi.

“Pelajar yang rajin macam kau ni takkan la gagal….tambah pula student kesayangan pensyarah kat kampus, bukan itu sahaja kalau kita ada klinikal pun kau akan jadi kesayangan doktor kat hospital terutamanya doktor muda,” laju sahaja Fatima bersuara. Suraya hanya mendengar sambil tersenyum. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Dia sudah lali mendengar ayat yang sebegitu dari mana-mana rakan sekuliahnya. Termasuklah rakan karibnya Fatima, dia tahu Fatima sekadar mahu bergurau dengannya tetapi kalau rakannya yang lain dia kurang pasti. Dia sering dikatakan mendapat markah yang tinggi dalam setip ujian semester kerana pandai membodek pengajar yang mengajar setiap subjek. Namun dia tak kisah itu semua, apa yang dia tahu dia telah berusaha seboleh yang mungkin dan dia sentiasa yakin Allah akan membantu setiap hambanya yang berusaha.

“Kalaulah apa yang kau cakap tu semuanya betul, tak payahlah aku nak penatkan diri aku belajar siang dan malam sampai kepala pun dah naik pening, eh kau tahu tak, bulan depan abang Long aku nak balik.” Suraya mengubah topik perbualannya. Sebenarnya soal itulah yang telah menyebabkan fikirannya jauh melayang tadi.

“Sekarang aku tahu kenapa kau jauh termenung tadi, kau fikirkan soal ni kan, kalau Along kau nak balik itu maksudnya Angah kau pun balik juga kan?” Fatima mula dapat mengagak kenapa sejak dua tiga hari kebelakangan ini kawan karibnya itu lebih banyak termenung. Suraya hanya mampu mengangguk. Fatima terlampau rapat dengannya sehinggakan dia tak boleh untuk menyembunyikan apa yang dia rasa pada ketika itu. Fatima mengetahui segala-galanya tentang hidup dia walaupun perkara yang orang lain langsung tak tahu.

“Aku happy sangat sebab dah lima tahun aku tak jumpa dengan Along aku kecuali kita orang berbual dengan komputer, kadang-kadang aku dapat tengok muka dia pun kalau kita orang berbual guna web cam, tapi Angah aku, aku langsung tak berbual dengan dia dalam masa lima tahun ni apatah lagi tengok muka, aku tahu dia memang tak sukakan aku, aku tahu dia masih anggap aku orang luar sejak dia tahu hakikat yang sebenar.” Suraya bersuara sambil mengeluh perlahan. Fatima menggosok lembut belakang kawan karibnya itu. Dia faham situasi Suraya malah dia kagum dengan Suraya yang mampu menghadapi dugaan yang menimpanya dengan hati yang terbuka. Gadis itu cukup tabah malah mempunyai semangat dan kekuatan dalaman yang tinggi. Dia sendiri kadang-kadang tak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kapadanya sekiranya dia berada di tempat Suraya.

“Itu lima tahun dahulu, mungkin sekarang Angah kau dah matang dan sudah lupakan semua tu, manalah kita tahu kan, kau jangan la susah hati sangat pasal ni, nanti kau hilang tumpuan untuk belajar pulak, kau sendiri cakap tadi kan exam dah dekat.” Fatima hanya mampu memberikan kawannya itu kata-kata semangat. Dia tahu Suraya mampu mengatasinya walaupun tanpa nasihat darinya tapi sebagai seorang sahabat yang tahu segala-gala tentang kisah Suraya dia rasa bertanggungjawab untuk membuatkan Suraya sentiasa ceria dan gembira.

“Mungkin, tapi kau tak kenal dengan angah aku tu, dia seorang yang sensetif dan pendendam, perangainya susah sangat nak tafsir, kalau dia nak lakukan sesuatu dia tak pernah nak fikirkan benda tu baik ataupun tak baik, apa yang dia tahu asalkan benda yang dia buat membuatkan dirinya puas,…..entahlah aku kalau boleh malas nak fikirkan tentang dia tapi dia pun sebahagian dari hidup aku jugak, aku tak akan dapat lari dari dia” Suraya meluahkan perasaan yang terbuku dalam hatinya dua tiga hari ni. Dia cuba untuk membayangkan wajah angahnya itu. Dah lama sangat dia tak tengok wajah abangnya yang kedua itu. Alangkah bagus sekiranya along dan angahnya dilahirkan sebagai kembar seiras tetapi sudah ditakdirkan Tuhan Along dan Angahnya memang dilahirkan kembar tapi tak seiras.

“Insya-Allah, dia dah berubah, dah la apa kata kalau kita ke cafe, aku belanja kau minum, nak?” ajak Fatima ingin memujuk rakannya dari berterusan memikirkan masalah yang entah bila akan selesai.

“Belanja minum je, makan tak nak belanja?” usik suraya. Fatima hanya tersengeh sambil menunjukkan isyarat yang duitnya tidak mencukupi. Suraya tersenyum, dia tahu dalam soal wang dia amat bertuah. Rakan-rakannya termasuklah Fatima terpaksa
bergantung kepada duit pinjaman untuk meneruskan kehidupan di kampus tapi dia, dia ada segala-galanya, dia hanya perlu memasukkan kad sahaja untuk keluarkan duit dari mesin ATM. Setiap bulan dia akan menerima wang saku daripada papanya yang tak pernah terlupa untuk memasukkan duit ke dalam akaunnya. Kadang-kadang dia rasa serba salah, apatah lagi apabila mengetahui siapa dirinya yang sebenarnya.

“Apa kata kalau kau belanja aku minum, lepas tu aku belanja kau makan, nak tak?” ujar suraya.

“Ok, set, tak nak ajak Iwan sekali ke?” giliran Fatima pula mengusik.

“Apasal pulak aku nak ajak dia makan, kau jangan Ima, aku tak nak kena serang dekat si Mila tu, kau kan tahu yang awek Iwan tu kuat sangat cemburunya, nanti tak pasal-pasal aku kena maki hamun free, aku juga yang naya nanti,” ujar Suraya yang teringatkan teman wanita kepada salah seorang teman sekuliahnya yang dikatakan meminatinya dalam diam. Dia sebenarnya bukan takut sangat dengan si Mila tu tapi dia tak berminat untuk bercinta dalam situasi dia yang masih lagi seorang pelajar. Dia takut dia akan hilang tumpuan terhadap pelajaran. Lagipun tidak ada seorang pun lelaki yang setakat ini boleh membuatkan dia resah dan dalam masa yang sama boleh membuatkan jantungnya berdegup pantas.

“Eleh si Mila tu budget dia tu lawa sangat, harapkan pakaian je seksi buat apa?….aku tahu yang si Iwan tu dah naik menyampah dengan Mila, kuat cemburu dengan ngada-ngada yang buat orang semua meluat tengok dia… aku juga tahu yang si Iwan tu minat kat kau, kau kan lawa, cantik, sopan, siapa yang tak nak, lelaki zaman sekarang ni Su sukakan perempuan yang boleh jadi isteri yang solehah, yang sentiasa ikut perintah suami dan sentiasa menghormati suami, macam kau yang telah membuatkan separuh lelaki dekat kampus ni terkejarkan kau, tapi kau tu yang memilih sangat, entah lelaki yang macam mana jadi idaman kau, aku pun tak tahu.” Panjang sahaja Fatima bersuara. Suraya hanya memandang tepat ke arah Fatima tanpa berkelip.

“Amboi, bercakap dah sebijik macam mama aku, sedap kau mengata aku ek, kau tu, aku dengar si Borhan tu tangkap cintan gila kat kau, kau tak layan pun, apa kes?” Suraya membidas kata-kata Fatima. Dia bukan apa sekadar mahu mengusik.

“Si Borhan budak skima tu, tak nak la aku, skima nak mampus, mana-mana dia pergi asyik dengan pakaian kasual dia tu, yang aku paling menyampah sekali tak sekali pun dia terlupa nak pakai tye, asyik-asyik tye, kalau sesuai dengan pakaian yang dia pakai tak apalah juga, tapi warna tye entah apa-apa,” muncung saja mulut Fatima bercerita tentang Borhan, budak yang sentiasa lurus dan digelar ‘budak skima’.

“Hish kau ni! Kalau bab mengomen pasal orang nombor satu, skima-skima si Borhan tu pun, dia sering dapat markah tinggi dalam exam tau, dan setiap kali ada klinikal kat hospital dia yang sering dapat pujian dari doktor, pesakit pun ramai puji dia, kau jangan benci sangat kat dia Ima, nanti dengan kuasa Tuhan, kau jatuh cinta dengan dia, waktu tu baru kau tahu yang langit tu tinggi atau rendah,” bicara Suraya ikhlas. Dia suka dengan Borhan walaupun ramai penuntut tak suka berkawan dengan Borhan. Bagi Suraya Borhan seorang yang sangat jujur dalam segala hal. Dia tak suka bermuka-muka macam budak lain, tambahan pula Borhan sering sahaja menolong sesiapa sahaja yang perlukan bantuan. Dia tak pernah berkira walaupun orang yang dalam kesusahan itu pernah berbuat jahat padanya.

“Kau jangan Su, masin mulut kau nanti, aku juga yang naya,”

“Apa yang naya pulak, kau bertuah kalau dapat dia tau, aku yakin Borhan tu jenis yang setia tak macam sesetengah lelaki yang suka tanam tebu kat bibir, manis saja bila berjanji, last-last, habis madu sepah dibuang,”

“Dah la, jangan la kau cakap lagi, mulut kau tu kadang-kadang masin, aku tak nak la nanti aku betul-betul jatuh hati kat Borhan pulak,”

“Tahu tak apa!” Suraya tergelak melihat muka Fatima yang seakan-akan mahu menangis. Dia tahu Fatima seorang yang mudah sangat terguris perasaannya dan mudah sangat untuk menangis.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Dia Segalanya 1”
  1. sha ibrahim says:

    salam..kpd pmbaca yg mmbaca novel ni…hehehe…novel ni ada prolog tau…jadi kalau nk tahu cerita lebih detail..bacalah prolog dia dulu…hehehehee….thank u…. ;-)

  2. hot mama says:

    sha….
    salah satu novel kesukaan mama…
    tau kan betapa obsesnya mama dgn novel sha ni…
    :razz: :razz: :razz:

  3. ira says:

    best jg cternya. prolognya tajuk apa ya sha?

  4. sha ibrahim says:

    hehehehe…..ira….prolognya ira pegi kat carian karya ikut kata kunci..klik nama sha ibrahim atau Dia Segalanya….mesti jumpa Dia Segalanya Prolog…..heheheehe…thanks utk komen itu…hehehehe

  5. andika85 says:

    dia segalanya~ :razz:

    jalan cerita yang agak menarik, konflik antara saudara! lain dr yg lain..
    ade prolog.. :twisted: ni yg besh nie.. bab percintaan belum masuk lagi tuh,
    cinta medik ni.. hehe
    sha ibrahim~ gud luck.. plez cepat2 sambung!!

  6. selendangbiru says:

    teruskan……

  7. AniLufias says:

    :lol: :lol: :lol: :lol:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"