
Novel : Kau terimalah taubatku 4
Oleh : Orkid Edyliyne
Wan terkebil-kebil memandang shiling dalam kegelapan biliknya. Bayangan gadis itu terus meniti di bibir ingatannya.
“Weh Wan. Kau kenapa?” tanya Yasir pelik dengan kelakuan rakannya malam itu. Dia yang mengajak, dia pula yang hendak pulang awal.
“Tak ada apalah. Masuklah cepat,” gumam Wan. Tubuhnya dihumban masuk ke dalam keretanya sebelum engin kereta dihidupkan.
“Kau gugup tengok perempuan cantik depan mata ke? Nak kata kau gugup tengok perempuan… Tak mungkin sebab Hidayah, secetory kau tu pun perempuan. Hah…” usik Yasir masih lagi dengan senyuman. Wajah mulus itu masih berada di kotak ingatannya.
Walaupun nipis senyuman gadis itu, kekal menarik perhatiannya.
“Kau jangan nak merepek eh Sir. Dah malam ni. Nanti umi aku tanya kenapa balik lewat sangat. Aku kata nak keluar sekejap je tadi.” Wan cuba membidas. Nafasnya ditarik dan dihembus berat.
“Umi kau? Heh. Selalu boleh je bagi alasan kau melepak rumah aku sampai 3, 4 pagi tu. Ini tak boleh pula?” Yasir mencebik. Orang lalu lalang berdekatan dengan kereta ditatapnya.
“Ke kau gugup tengok skirt dia pendek sangat? Baju dia terdedah sangat?” duga Yasir lagi masih tidak berpuas hati.
“Lebih baik kau diam, Sir. Sebelum aku ambil gam gajah, aku gam mulut kau tu,” gumam Wan geram dengan rakannya itu.
Dia sendiri tidak tahu kenapa. Bukan disebabkan pakaian gadis itu membuat dia tidak keruan seperti itu. Tapi, tenungan dari mata bundar itu begitu mengusik jiwanya.
“Tapilah… Bukan kau tak pernah nampak perempuan pakai macam tu… Tadi waktu dekat dalam waktu perempuan tu menari atas pentas tu, mata kau tak berkelip pandang dia. Lepas tu tanya aku itu ini. Bila dah aku panggil, dia depan mata, kau macam ni pula. Pelik… Sungguh aku pelik…” Kata-katanya terhenti ketika mulutnya ditekup Wan.
“Sepatah lagi perkataan pasal perempuan tu keluar dari mulut kau. Aku suruh kau balik sendiri.” Kecil matanya menatap wajah Yasir. Bibirnya diketap seakan geram sungguh dengan rakannya itu.
“Woho… Kau tak pernah marah macam ni Wan. Ok aku senyap. Tapi…” Dia terhenti bercakap ketika tenungan tajam Wan menghala padanya.
“Aku cuma nak tahu. Kenapa kau tiba-tiba melenting. Kalau tak betul, just cakap tak betulkan? Kau tak pernah macam ni Wan.” Yasir berbicara perlahan seakan berbisik. Bahu dijungkitnya setelah selesai berkata.
Wan menarik nafas sedalamnya. Betul juga apa yang dicakapkan Yasir. Kenapa perlu dia melenting diusik begitu? Nafasnya ditarik dan dihela menurunkan detakkan jantungnya yang tadi semakin laju ketika memikirkan perihal gadis itu.
“Aku hantar kau balik,” getus Wan tiba-tiba dan terus menggerakkan keretanya.
Yasir di sisi terkedu seketika. Selalunya jika diusik dan dikaitkan diri itu dengan perempuan, tidak pernah pula Wan berkelakuan begitu. Dia tidak menyangka malam itu Wan sebegitu.
Mungkin dia tidak gemar dengan perempuan jenis sebegitu. Terdedah sana sini, menari menunjukkan lenggok tubuhnya yang menjadi tatapan orang, mudah disentuh dan dibelai. Bukan itu perempuan yang diinginkan Wan. Mungkin disebabkan itu dia melenting.
Yasir sekadar meneka-neka dalam hatinya.
“Barbie…” getus Yasir tiba-tiba dengan senyuman mekar di bibir. Tak semena-mena nama itu terpacul dari mulutnya dan gambaran gadis itu hadir di fikirannya.
“Apa kau merepek ni Sir? Angau?” Wan kembali seperti biasa. Cara dia bertutur kembali seperti selalunya. Penuh gurauan.
“Taklah. Barbie. Dia melayu ke ah? Alah… Lupa nak tanya.” Nada kesal dikeluarkan sambil kepalanya digaru.
“Barbie? Patung Barbie ke? Dah angau dengan patung pula?” Bibir Wan menarik senyuman.
“Oh… Bukan…” Yasir menggeleng dengan senyuman.
“Barbie… Wait… Dia memang cantik macam patung barbie. Tapi yang ni, Barbie yang bernyawa. Yang boleh bercakap. Hmm…” Yasir seakan bercakap dengan dirinya sendiri dengan keceriaan terlakar di rautnya.
“Kau cakap pasal perempuan tu lagi ke?” Nada Wan kembali serius. Dahinya berkerut.
“Opss… Sorry. Ok. Aku tak fikir sekarang. Aku fikir nanti dekat rumah. Ok kau senyap.” Yasir mengetap bibirnya dan pandangannya dibuang ke laur tingkap seakan tiada apa-apa berlaku.
Seketika dalam kereta senyap.
“Tapi… Mak aku nak menantu perempuan melayu. Dia tu aku rasa bukan melayulah Wan…”
“Sir. Kau dah gila ke? Sampai ke situ kau fikir. Lebih baik kau hentikan.” Wan menggumam ayatnya. Semakin menyengat ayat yang keluar dari mulut Yasir.
Ayat-ayat yang keluar dari mulut Yasir tadi menyapa kotak fikirannya. Hatinya semakin tidak keruan.
“Ya Allah… Apa tak kena dengan aku ni sebenarnya?” getus Wan sambil duduk dan meraup mukanya.
Dia berlalu membuka lampu bilik sebelum ke bilik mandi. Wudu’ diangkat sebelum pergi menunaikan solat dua rakaat.
Selesai bersolat, dia duduk berteleku di atas sejadah. Matanya dikatup rapat.
Tidak semena-mena, wajah gadis itu datang menyapanya.
“Astaghafirullah halazim… Dah kenapa kau ni Wan,” gumamnya sendiri. Berkali-kali dia beristigfar menghilangkan bayangan itu dari terus mengusik sudut hatinya.














keep it up! seyes sgt best