
Novel : Kau terimalah taubatku 5
Oleh : Orkid Edyliyne
“Daddy,” panggil Qisty perlahan ketika kakinya melangkah masuk ke ruang tamu, tempat Encik Fauzi selalu duduk membaca surat khabar setelah selesai makan sarapan.
“Ye sayang,” jawab Encik Fauzi dengan senyuman memandang wajah anak tunggalnya itu. Tangan dihulur menggamit diri itu untuk duduk di sisinya.
Qisty menggapai tangan itu dan duduk di sisi daddynya dengan tangan itu mengenggam tangannya.
“Nak apa sayang?” Perhatiannya diberikan sepenuhnya pada anak gadisnya itu.
“Qisty nak pergi kedai buku, boleh?” Lembut dia bertanya penuh pengharapan supaya Encik Fauzi membenarkannya.
“Buku yang hari tu beli dah habis baca?”
Qisty mengangguk perlahan.
“Ok. Nanti kita pergi. Pergi siap eh,” suruh Encik Fauzi sambil menyentuh kepala Qisty dengan senyuman mesra yang masih lagi di bibirnya.
Qisty sekali lagi mengangguk dan terus mengangkat punggungnya untuk berlalu meninggalkan Encik Fauzi sendirian di ruang tamu besar itu.
Encik Fauzi memandang langkah yang diambil anaknya. Seketika, keluhan berat dihela.
“Hah thanks Sir. Jangan lupa benda yang kau dah siap tu nanti hantar ke bilik aku,” pesan Wan ketika selesai mesyuaratnya pagi itu. Belakang rakannya itu ditepuknya mesra.
“Ok. Eh. Aku pergi dulu,” getus Yasir. Dia terlebih dahulu berjalan meninggalkan Wan berjalan sendiri.
Wan kembali membuka fail yang berada di tangannya. Sambil dia berjalan, dia menyelak helaian di dalam fail itu.
“Encik Wan,” panggil satu suara membuatkan dia mengangkat kepalanya.
Tergamam dia ketika melihat wajah yang cantik itu. Seorang gadis yang kemas memakai baju kurung sutera dan bertudung sedondon. Senyuman di wajah itu menaikkan seri rautnya.
Barbie. Getus hatinya dengan senyuman di bibir.
“Encik Wan.” Hidayah memanggil sekali lagi membuatkan Wan tersentak.
Astaghafirullah halazim. Berkali-kali hatinya beristighfar sambil kepalanya digeleng dan pandangannya ditundukkan seketika.
Apa dah jadi dengan aku ni. Nafasnya dihela berat. Air liur dikerongkong yang tadi tersekat, ditelan.
“Ye Hidayah,” getus Wan lansung tidak memandang wajah itu. Cuma muka helaian di dalam fail di tangannya sahaja ditatapnya.
“Oh. Tadi Dato’ Erdan ada call. Dia cakap tengah hari ni dia nak ajak Encik Wan lunch sekali dengan dia, dengan client.” Pantas mulut Hidayah berbicara.
“Hah… Ok. Ingatkan saya sekali lagi eh. But…” Seketika dia berhenti di hadapan pintu biliknya, berfikir apa yang dia hendak lakukan tadi.
“But, saya nak ke kedai buku sekejap. Sebelum tengah hari saya masuk balik,” tambah Wan sebelum masuk ke dalam biliknya.
“Ye Encik Wan,” jawab Hidayah. Terjenguk-jenguk dia memandang bosnya itu dari pintu yang masih belum tertutup.
“Dah kenapa dengan Encik Wan ni? Tengok aku senyum macam tu. Huh. Macam nak pecah jantung aku tadi,” gumam Hidayah sambil mengusap dadanya. Kedudukan tudungnya dibetulkan sedikit.
“Dayah. Kenapa kau ni. Terngendap-ngendap. Ngendap Encik Wan lagi ke?” sergah Julia sengaja menyakat rakannya itu.
“Hish kau ni. Mana ada. Dahlah aku…” kata Hidayah terhenti ketika pintu pejabat Wan kembali terbuka.
“Hidayah. Saya keluar sekejap,” beritahu Wan sambil lalu.
“Ye Encik Wan,” jawab Hidayah sambil menundukkan sedikit wajahnya tanda hormat.
Hilang sahaja Wan dari pandangannya, dia mengeluh lega.
“Kau suka Encik Wan eh?” getus Julia masih lagi mengusik rakannya itu.
“Tak…” Hidayah membidas dengan mata yang bulat.
“Cakap jelah Dayah… Aku tak marah pun…” ejek Julia dan terus lari meninggalkan Hidayah malu sendiri.
Kelihatan di sudut kedai buku, Qisty sibuk membelek novel untuk dibelinya.
‘Keindahan CintaNya’. Tajuk yang tertulis menarik perhatian Qisty. Novel itu diambilnya dan nama penulis dilihatnya.
Wan Ali. Nama itu membuatkan bibir Qisty tersenyum. Banyak juga buku yang ditulis oleh penulis itu dibelinya malah, semua yang dibacanya berulang kali juga ditulis oleh penulis itu. Cara dia menulis dan mengolah ayat membuatkan Qisty tak bosan membacanya berulang kali.
Beberapa novel menjadi pilihannya dibawa bersama sambil berjalan menyusur di tepi-tepi rak. Melihat kalau-kalau ada buku yang boleh menarik perhatiannya. Sekadar menambah pengetahuannya.
Sampai di hujung rak, tiba-tiba seseorang datang merempuhnya membuatkan dia terhumban dan belakang tubuhnya melanggar rak yang penuh dengan buku sebelum dia jatuh terlentang di atas lantai. Jatuh semua buku di atas rak menimpanya.
Rapat matanya dipejam sambil tangannya terus diletakkan dihadapan mukanya menghalang buku-buku dari menimpa wajahnya.
“Ya Allah. Sorry. Saya tak sengaja.” Pantas tangannya mengalihkan buku-buku yang menimpa Qisty. Beberapa orang yang berada di sekeliling yang terperanjat sekadar memandang dan pekerja kedai itu datang menghampiri.
“It’s ok,” jawab Qisty perlahan sambil cuba bangun. Terasa sakit siku dan belakang tubuhnya. Dia cuba duduk.
Qisty memandang wajah lelaki yang melanggarnya itu.
“Awak…” gumam Wan Farid Ali seakan terperanjat.
Terkebil-kebil Qisty memandang wajah itu.
“Miss. Miss, you ok?” tanya seorang perempuan yang berpakaian pekerja datang mendekati Qisty.
“Encik. Tepi sikit,” pinta wanita itu lagi pada Wan yang masih tidak berganjak mencangkung di sisi rak melihat wajah itu. Pandangannya seakan tergam di wajah Qisty.
“Oh my… Sayang. Ok kan?” Encik Fauzi yang datang, terperanjat melihat wajah kemerahan Qisty yang masih duduk bersandar di rak.
“Daddy. I’m ok. Just…”
“Berdarah hidung ni,” pintas Encik Fauzi sambil mengesat bawah hidung Qisty yang masih selamba riaknya.
“You… Awak yang langgar dia kan? Jalan tak reti nak pandang ke? Hah? Awak tengok apa yang awak dah buat dengan anak saya. Awak tengok,” marah Encik Fauzi menerpa pada Wan yang masih tergamam.
Wan cuba menarik dirinya dari berkhayal. Tapi, wajah itu tetap juga membuatnya terbang entah ke mana.
“Saya minta maaf. Saya tak perasan tadi waktu jalan dekat sini,” jawab Wan masih tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Nasib sahaja diri itu tiada luka di mana-mana. Sekadar hidungnya sahaja yang berdarah.
“Saya ok. Tak apa,” gumam Qisty pada pekerja yang cuba membantunya untuk bangun.
“Kalau maaf awak tu boleh hilangkan sakit dia, saya boleh maafkan awak. Tapi, masalah…”
“Daddy. Jom.” Qisty menarik tangan daddynya menghentikan kemarahan itu yang tadi baru hendak meletus. Rambutnya yang sedikit berterabur dibetulkan.
“Lain kali, hati-hati sikit,” gumam Encik Fauzi masih lagi geram. Dilihatnya Qisty mengutip buku yang tadi dipilihnya untuk dibeli.
Pantas Qisty menarik tangan daddynya setelah selesai dia mengambil bukunya. Mengelakkan kemarahan Encik Fauzi membuak melihatkan wajah lelaki yang melanggarnya itu.
Beberapa langkah dia ambil, dia mengerling ke belakang. Lelaki itu masih terpaku di tempatnya.
Wan yang ditinggalkan memerhati sahaja langkah yang diambil gadis yang memakai hot pants dan tube itu berlalu. Rambut ikal yang kecoklatan separas pinggang itu mengalun lembut mengikut lenggok tubuhnya.
“Encik. Ni buku Encik ke?” tanya pekerja tadi yang selesai menyusun kembali buku yang berterabur tadi dan beberapa buku yang bukan sepatutnya ditempatkan di situ, sudah tentulah buku Wan.
“Hah…” Wan tersentak lantas mengambil terus buku yang diberikan padanya.
“Encik lain kali hati-hati sikit. Tadi tu regular customer. Encik tu, memang baran sikit kalau anak dia tu, orang langgar,” beritahu pekerja itu dengan lembut pada Wan sebelum berlalu.
Dia tu, Melayu ke bukan? Getus hati Wan. Ayat Yasir kembali terngiang di otaknya.













sikit sangat lah ceritanya, baru nak cari mood dah habis dah.
Tak sabar nak tunggu sambungannya.
tertunggu setiap bab…
Best citer nih….
cian kat Qisty….
eeeyy..writer ni wt qisty cm comeyl sesangat..geram nk baca lg..cpt smbg!