Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 19, 20

12 June 2010  
Kategori: Novel

9,049 bacaan 11 ulasan

Oleh : Nuril Bahanudin

Bab 19

Apa yang aku nak masak untuk dia ni.. Daniel mula berkira-kira menu apa yang sesuai untuk Balqish.

Tangannya ligat menyelak helaian demi helaian buku masakan yang tersusun dihadapannya, dah hampir satu jam dia di situ, duduk mengadap buku-buku itu namun satu keputusan pun belum dapat di ambil olehnya..

Qish suka makan apa ya? selama ini memang dia tidak ambil tahu sangat apa kesukaan Balqish itu, baginya itu bukanlah urusan dia, dan juga bukanlah sesuatu yang penting baginya.

Agak-agaknya kan kalau aku masak nanti dia nak makan ke tak? yalah manalah tahu aku termasak makanan yang bukan menjadi kesukaan dia ke, isk..

Ah redah sajalah.. aku dah masak kira nasib baiklah tu.. dia nak makan ke tidak itu terpulang pada dialah.

Dia bangun daripada duduknya, menuju ke arah peti ais, sayur, ikan, ayam.. segalanya di keluarkan satu persatu diletakkan ke sinki.

Alahai macam mana nak siang ikan ni? nak kena buang kepala ke tidak? nak potong macam mana?, ayam ni pula macam mana caranya? nak kena buang kulit dia ke? hisy tak pernah-pernah seumur hayat aku ni buat kerja-kerja dapur ni, biasanya mummy yang buat tak pun tukang masak dekat rumah tu.. dia menggaru-garu kepala kebuntuan.

Aku nak tanya siapa ya.. Suraya.. ya hanya dia satu-satunya yang boleh membantu.. tapi perempuan tu mesti membebel panjang nanti..

Ah pedulilah.. nombor telefon teman Balqish itu di dailnya, tidak sabar menanti talian dijawab.. mana dia ni..

“Hello Su..”

“Hah awak nak apa? saya tengah busy ni, dalam office ni, nanti boss saya nampak mati saya..” soal Suraya kehairanan, nak apa pula lelaki itu pagi-pagi ni dahlah aku tengah sibuk dengan kerja yang menimbun ni atas meja ni sampai aku rasa tak cukup jari tangan ni, rasa nak guna jari kaki sekali kalau boleh untuk siapkannya..

“Suraya, I nak masak ni tapikan I buntu, so I call you sebab nak tanya youlah.” terus di beritahunnya apa niat sebenar dia menelefon.

“Awak nak masak apa tu? apa yang membuntukan awak? eh bukan ke Qish kata dekat rumah tu banyak buku masakan, apa kata awak rujuk sajalah dekat buku-buku tu kan senang.

“Itu saya tahulah Suraya cuma saya buntu, kalau kita siang ikan perlu ke kita buang kepalanya dan kalau kita siang ayam perlu ke buang kulitnya..”

“Uik itu pun tak tahu ek.. tulah lain kali intai-intai sikit kerja dekat dapur tu.. kalau siang ikan tak perlu nak buang kepala, awak just potong sikit muncung dia, dan ayam pula sukahati awaklah nak buang kulitnya atau tak, yalah setengah orang tak suka kulitnya sebab banyak lemak tapi setengah orang suka pula.” panjang lebar Suraya memberitahu dan sempat juga di selitkan sedikit bebelan, hai kalau dah di namakan perempuan begitulah gayanya kan.

“Thanks Suraya, err Balqish suka makan apa ya?” dia bertanya cuba menyelidiki yalah Suraya mesti tahu apa kesukaan Balqish, kata mereka kawan baik.

“Entah.. saya rasa dia suka makan megi goreng dulu sebab itu saja yang dia tahu nak masak kalau dia tinggal seorang diri..”

“Oh…” tapi tak akan aku nak masak megi goreng kot untuk dia, mana elok untuk kesihatan makanan tu dahlah tak ada khasiat langsung.

“Ha.. satu saya ingat, Qish tak suka makan masakan yang pedas sebab dia tak tahan pedas..” ya itu yang dia ingat, kalau Balqish makan makanan pedas, secara automatik temannya akan berulang alik ke tandas.. perutnya tidak mampu menampung kepedasan.

Oh patutlah dia tak pernah masakkan aku yang pedas-pedas selama ini, tak tahan pedas rupanya.. ceh sebijik macam budak-budak.. hatinya berbisik perlahan.

“Awak ada apa-apa lagi nak tanya saya ni ke? kalau tak saya nak letak phone ni, yelah nanti karang bos saya nampak dia kata saya curi tulang pula bergayut waktu kerja..” memanglah bossnya bukan dari seorang yang pemarah tapi atas dasar hormat seorang pekerja kepada bossnya dia rasa tidak sepatutnya melakukan itu.

“Tak ada dah rasanya.. ok terima kasih banyak-banyak, nanti kalau ada masalah I call lagi..”

“OK bye..” terus talian di matikan dan dia kembali meneruskan kerja-kerjanya.

“Balqish mana Suraya?” soal Haizam yang entah dari mana munculnya.

Uikk kuss semangat, dah lama ke dia terpacak dekat belakang aku tadi? mesti dia dengar apa yang aku bualkan tadi..

“Err.. Balqish MC hari ni Encik, dia tak sihat…”

“MC? tak Sihat? kenapa?” Hairan semalam tengok sihat saja, ceria sepanjang hari menyiapkan kerja-kerjanya, tapi hari ni.. isy ada sesuatu yang tak elok berlaku kepadanya ke? hatinya mula digamit risau, perasaan ingin tahu mula mebuak-buak dalam dirinya, wajah Suraya direnungnya inginkan penjelasan.

“Ye boss, dia tergelincir dekat dapur rumah dia, now kena tahan dekat hospital.. ” jelas Suraya.

Kena tahan? macam teruk saja nampaknya..

“Kalau macam tu tengahari nanti awak temankan saya ya Suraya, saya nak pergi melawat dia..” putusnya.. risau bila memikirkan apa yang menimpa kepada Balqish.

Suraya hanya menganggukkan kepalanya mendengar pemintaan bossnya itu.

Sementara itu di rumah Daniel, dapur yang tak serupa dapur jadinya..

Adeys.. beberapa kali dia mengaduh akibat terkena percikan minyak panas gorengan ayam.. huisy susah juga ya memasak ni.. dia mendengus..

Hisy siapa pula yang call ni? tiba-tiba telefon bimbitnya yang diletakkan diruang tamunya berbunyi minta diangkat, pada mulanya dia hanya ingin membiarkan tapi bila difikirkan takut ada panggilan penting bergegas dia mendapatkannya.

Ceh salah nombor rupanya, dahlah banyak tanya pula tu, aku dah banyak kali kata salah nombor, boleh dia tanya lagi, Daniel membebel perlahan, geram dengan pemanggil yang telah mengganggu kerjanya tadi dan membuatkan dia terkejar-kejar..

Eh bau apa ni..? tiba-tiba hidungnya tercium bau yang seakan sesuatu yang hangit, kembang kempis hidungnya..

Alamak… ayam aku..!! bergegas dia berlari pula menuju ke dapur.

Menepuk dahi sendiri bila dia melihat ayam yang digoreng telah bertukar warna kehitaman.. alahai rentung sudah..

********

“Daniel mana Zairyn?” soal Tan Sri Darwish.. kehairanan bila melihat jam di tangan sudah menginjak jam sebelas pagi namun biliknya masih kosong, kelibatnya masih tak kelihatan. Hai pagi-pagi lagi dah hilang.. budak bertuah.

“Entahlah Tan Sri, tadi encik Daniel ada telefon dia kata mungkin dia tak masuk hari ni, ada hal peribadi sikit..” Zairyn memberitahu.

“Hal peribadi? hal apa? penting sangat ke halnya tu sampai tak masuk pejabat?” soal Tan Sri Darwish ingin tahu..

“Entahlah Tan Sri, tak pula di cakapnya hal apa..” Zairyn mengangkat bahu, manalah aku tahu dia tak bagitahu takkan aku sibuk-sibuk nak tanya, nanti karang dikatanya aku busy body. Aku ni setiausahanya di pejabat saja bukan di rumah sekali.

“Oh hari ini dia tak ada meeting dengan client ke?”

“Tak ada pula, hari ni memang jadual dia agak free Tan Sri..” isk awatlah banyak tanya pula Tan Sri ni hari ni, kalau nak tau sangat ke mana anak dia pergi apa kata call saja Encik Daniel tu, hisy macamlah aku jaga dia 24 jam sampai semua hal tentang dia aku tahu..

Hairan hal peribadi apa agaknya yang diuruskan oleh si Niel ni, nak kata ada isteri belum lagi, ni mesti hal gaduh dengan girlfriend ni.. ya tak lain tak bukanlah tu.. girlfriend keliling pinggang tulah jadinya, Tan Sri Darwish meneka-neka dalam hatinya.

Hai nampaknya tak jadilah nak pergi rumah dia hari ni, teringat pula akan hasrat Puan Sri Nuha yang ingin membuat kejutan kepada anak tunggalnya itu, yalah buatnya kalau pergi nanti rumahnya tak ada orang, bukan ke sia-sia, nampaknya lain kalilah.. bisik hatinya.

Zairyn hanya memerhatikan saja tingkah Tan Sri Darwish yang terdiam seolah memikirkan sesuatu.. ah biarlah bukan urusan aku tak perlu nak sibuk-sibuk hal orang.

******

Langkah kakinya terhenti tiba-tiba dihadapan pintu wad itu bila telinganya mendengar suara wanita dan lelaki berbual-bual berselang-seli. Hairan, siapa pula yang datang ni… perlahan-lahan di dekatkan wajahnya pada pintu yang sedikit rengang.. Dari situ dia nampak ada seorang lelaki.. sedang membelakangi pintu dan sedang bercakap dengan Balqish.. siapa ya lelaki itu??

Amboi bukan main mesranya dia… Daniel mengetap bibir geram.. bertambah geram bila melihat ada sejambak bunga yang berada di tangan Balqish.. tu tak lain tak bukan pemberian lelaki itulah tu… dia mendengus, entah apalah niat lelaki itu… jangan-jangan dia ada hati dengan Balqish tak, tak pun dia tu boyfriend Balqish, yalah manalah tau kan sebab sebelum-sebelum ni aku mana tau status si Balqish tu sewaktu belum berkahwin, mana tau kekasih orang ke.. hatinya mula meneka-neka.. eh kenapa pula aku runsing-runsing ni.. isy cuba menafikan gelodak hatinya kala itu…

Pintu ditolak perlahan dan dia melangkah masuk, nanti kau….

“Hai sayang.. macam mana rasa sekarang ni? dah kurang?” soal Daniel sengaja menekankan perkataan sayang di hadapan lelaki itu, kalau tak silap aku ni lelaki yang aku jumpa waktu di klinik masa Qish pengsan hari tu, ya lelaki yang sentiasa mencurigai hatinya dengan renungan hati itu, hatinya kuat menyatakan yang lelaki itu punya perasaan pada Balqish.

Balqish terkejut.. uik mimpi apa dia ni sampai panggil aku sayang ni? pelik.. ke sengaja nak menunjuk depan Encik Haizam yang dia lelaki baik.. isk pelik pelik pelik… kadang-kadang dia sendiri pun sukar untuk menduga perangai Daniel itu, berubah-ubah tak tentu masa.

“Hurmm.. saya dah rasa ok sikit.. eh lupa nak kenalkan ni boss saya Encik Haizam, mungkin awak pernah jumpa dia dulu..”

“A’ah.. abang pernah jumpa dia dulu waktu Qish pengsan dulu..” mereka berjabat salam, bertukar senyuman.

Abang?? isk.. dah bahasa diri abang pula, tadi panggil aku sayang.. macam-macamlah dia ni.. apa-apa sajalah.. sukahati kaulah Daniel tak kuasa aku nak pening-pening fikirkan perangai kau tu.

“Awak masak apa tu? macam sedap saja baunya..” terus dia mengajukan tanya, menutup rasa hairan yang mula bertandang menyesakkan benaknya.

“Qish nak makan? meh abang suapkan.. mesti lapar kan dari semalam tak makan apa-apa kan..” dia duduk di kerusi yang terdapat pada sisi katil itu, tangan lincah membuka bekas nasi yang dibawa olehnya.. alamak lupa bawak sudu pula.. dia mengeluh.. tulah terkocoh-kocoh sangat tadi sampai semua tertinggal.. tak apalah guna tangan sajalah.

“Untung awak ya Balqish dapat suami yang penyayang macam Encik Daniel ni.. ” Haizam yang sedari tadi memerhati tingkah mereka berdua, bersuara.

Yalah untung Encik Haizam oii.. dia memang macam ni, tapi dekat depan orang lain saja, tu tak lain tak bukan mesti ada motif tersembunyi tu, jawab Balqish namun hanya mampu terluah dalam hatinya saja.

Suraya yang hanya diam berdiri didalam bilik itu juga sudah naik hairan dengan tingkah laku suami kepada teman baiknya itu, nak bersuara serasa seperti tidak patut kiranya.. perati sajalah drama dua tiga babak depan mata ni.. isyh..

Dia mengunyah perlahan nasi yang disuapkan kepadanya.. sup ayam dengan sayur goreng.. boleh tahan cuma sayur terlebih masin dan sup pula terkurang garam.. hurm best juga sakit ni ya, dapat juga aku merasa air tangan lelaki ini, aku hanya main-main saja waktu suruh dia masak tu, hai tak sia-sia aku buat drama air mata.. Balqish tersenyum dalam hati.

“Hurm sedap tak abang masak?” soal Daniel kurang sabar, bila melihat Balqish yang begitu enak menikmati makanannya.

Balqish hanya mengangguk menjawab soalannya, sedikit pun tidak bersuara…

Jam dipergelangan tangannya di perhati sekali lalu, eh boss ni tak nak gerak ke? waktu break dah habis ni.. Suraya berdehem perlahan memberi isyarat kepada Haizam dengan lirikan matanya.

“Hurm.. Balqish waktu lunch pun dah nak habis, I beransur dululah ya, jaga kesihatan tu ya, jangan lupa makan ubat dan jangan buat kerja berat-berat..” pesannya.

Eh lelaki ni, yang dia sibuk-sibuk ingatkan itu dan ini pada Balqish kenapa? macamlah aku ni tak ada nak jaga dia… hatinya mengomel kurang senang dengan kata-kata yang terlahir dari mulut lelaki itu.

“Jangan risau Encik Haizam, Balqish masih ada saya untuk menjaga dia..” balas Daniel sinis, sengaja buat begitu agar lelaki itu sedar yang dirinya masih mampu menggalas tanggungjawab menjaga Balqish.

“Ok Qish, aku balik office dululah.. nanti ada masa aku datang lagi.. lagipun aku tak naklah kacau korang berdua…” sengaja mengusik sempat dia mengenyitkan matanya kepada temannya itu dan dilihatnya wajah Balqish sedikit memerah mendengar katanya.

Suasana kembali sepi dan hanya bunyi kipas yang berputar di siling sahaja yang kedengaran..

“Thanks..” terharu pula dengan layanan lelaki itu kepadanya hari ni.

“Awak tak makan sekali?” soal Balqish bila melihat lelaki itu hanya menyuapi dirinya dan bukan pada dirinya sendiri..

“Tak.. aku rasa kenyang lagi..”

Tengok.. kan dah berubah intonasi suaranya.. aku dah agak dah dia ni..

“Eh apa kena ya awak ni?”

“Kenapa pula?” soal Daniel kembali, sengaja buat-buat tidak mengerti..

“Ya lah tadi depan mereka bukan main romantik lagi awak, siap sayang abang.. ”

“Saja…. aku tak suka cara lelaki tu pandang kau, kau tau tak.. macam lelaki gatal, dengan isteri orang pun nak miang-miang..” Daniel merengus geram bila teringatkan renungan mata Haizam itu.

Balqish terdiam mendengar jawapan yang keluar dari mulut Daniel itu.. namun hanya seketika sebelum wajahnya mengukir senyum secara tiba-tiba.. ada sesuatu yang mencuit hatinya..

“Awak cemburu ya…”

“Mana ada.. tak ada masa aku nak cemburu dengan kau..” pantas dia memotong cakap Balqish tak mahu Balqish terus menekan dirinya sehingga tak mampu membendung rasa hatinya nanti.

“Habis kalau tak cemburu kenapa pula boleh berubah tiba-tiba bila berdepan dengan Encik Haizam tadi?”

“Jadi kau sukalah aku panggil kau sayang dan aku bahasakan diri aku abang?… aku tak kisah kalau kau nak..” sengaja dia beralih topik..

“Eh please… tak ingin saya nak panggil awak macam tu tau.. dah saya tak nak layan awak mengarut.. saya nak minum, dahaga..”

“Ambillah sendiri.. kan dekat saja dengan kau tu.. dahlah aku nak pergi cuci tangan ni..”

Tercengang mendengar jawapan dari Daniel itu.. Ceh.. ingat kita ingin sangat ke nak manja-manja dengan dia.. bohlayanlah… dia menggetap bibir geram, dengan penuh berhati-hati dia mencapai gelas yang telah berisi air diatas meja kecil disisinya lalu di bawa ke mulut dan di teguk perlahan… kesian anak mama.. dahaga ya..

Cemburukah aku ni?? entahlah kadang-kadang aku keliru dengan rasa hatiku sendiri ni.. Daniel mengeluh perlahan..

Bab 20

Langit luar yang berawan kelam dan hanya dihiasi jutaan bintang itu diperhati dan direnung dengan penuh minat, entah kenapa perasaan jemu tidak pernah menerjah hadir walaupun sudah berjam-jam lamanya dia berdiri memandang pemandangan yang sama itu. Angin malam yang bertiup lembut sepoi-sepoi sesekali menerjah masuk melalui tingkap yang terbuka itu menampar lembut kulit tubuh sasanya yang hanya memakai baju t-shirt berlengan pendek itu.. hurm sejuk juga terasanya dicampur pula dengan angin yang terlahir dari putaran ligas kipas yang tergantung di siling itu, memang membuatkan dia sedikit menggigil.

Balqish yang sedang lena di katilnya di renungnya.. tenang sekali tidurnya.. tak mengigau seperti malam semalam.. hari ini masuk hari yang ke dua dia terpaksa bermalam di sini, teringat pula kerja-kerja di pejabat yang pastinya sudah menimbun sedia menantinya untuk disiapkan.

“Encik Daniel, awak tak masuk office lagi ke hari ni?” soal Zairyn di talian siang tadi ketika dia memberitahu akan ketidakhadirannya lagi hari ini.

“Tak Zairyn kenapa? Tan Sri ada cari saya ke?”

“Yuplah.. dia bising Encik tak datang, macam-macam dia tanya pada saya ni, sampai saya tak tahu nak jawab apa dah..”

“Awak cakap dengan daddy, dia tak perlu risau atau apa ke, nanti ada masa saya call dia..”

Hai kesian juga dengan Zairyn ni, macam dia tidak kenal benar dengan perangai daddynya itu, pasti akan bertanya selagi belum dapat jawapan yang memuaskan hatinya.

“Ok.. ni encik ni sebenarnya kenapa tak datang office ni, cuba encik beritahu saya terus terang apa ke halnya..”

“Ala.. Zairyn saya bukan suka-suka tak nak datang office tu..”

“Yalah saya tau, tapi apa sebabnya encik oi?” hisy orang tanya tu jawab sajalah, ni lagi nak pusing sana pusing sini..

Hisy apa aku nak bagi alasan dekat Zairyn ni, banyak tanya pula dia ni mengalahkan mummy pula hari ni.

“Er… saya.. saya..” dia berkira-kira untuk memberi alasan.

“Saya, saya apanya encik?” hairan susah sangat ke nak bagitahu akan halnya? pelik betullah..

“Saya punya kucing masuk wad..” hah terkeluar juga alasan yang dirasakan bernas dalam akal fikirannya itu.

“Ha kucing masuk wad? lah kucing encik yang masuk wad bukannya encik, itupun sampai tak datang pejabat, apalah encik ni..”

Ni baru kucing yang masuk wad dah jadi tak tentu arah tapi kalau kekasih hati pula mesti sewel jadinya, hisy tak faham sungguh dengan orang-orang kaya ni sayangkan kucing melebihi sayangkan diri sendiri… Zairyn bermonolog sendiri.

“Yelah tu kucing kesayangan saya, kalau dia tak ada tak lena tidur saya tau..” hai Qish, kau jadi kucing akulah gamaknya, sorry aku terpaksa membuat alasan begitu… huhu kalaulah dia tau aku buat alasan macam ni mesti dia membebel dua hari dua malam tanpa henti.. pot pet pot pet.. aduh tak sanggup aku nak membayangkannya dan nak mendengarnya.

“Err Zairyn, lain kali sajalah kita sambung, saya nak letak phone ni, nak drive.. nanti kalau ada hal-hal penting awak call saya nanti ya..”

Cepat-cepat dia mematikan talian, dia tahu semakin lama dia melayan kerenah setiausahanya itu, pasti lebih banyak yang akan dipersoalkan oleh gadis itu.

“Awak tak tidur lagi?” teguran lembut itu menyentakkan lamunannya. Pantas dia berpaling dilihatnya Balqish sudah terjaga dari lenanya dan sedang duduk bersandar memandangnya..

“Kenapa? ada apa-apa yang kau perlu kan? kau lapar? nak makan? ke nak ke toilet?” soal Daniel tanpa menjawab pertanyaan Balqish itu.

“Tak… saya terjaga.. lepas tu tak boleh lena kembali, saya tengok awak asyik termenung saja, kenapa? awak ada masalah ke?” rasanya ini pertama kali dalam sejarah hidup mereka bersama dia bercakap dengan nada yang baik, lembut penuh mengambil berat.

“Tak adalah.. mana ada aku termenung, aku tengok langit.. saja nak kira bintang.. ” dia menjawab, dia berjalan perlahan menghampiri katil Balqish dan akhirnya duduk di kerusi yang terdapat di sisi katil itu.

“Tengok langit kira bintang? eheh sejak bila jadi mamat yang melayan perasaan ni? ke awak rindu dengan kekasih-kekasih hati awak tu? yalah dah dua hari awak kena jaga saya.. kesian awak..” sengaja dia mengusik.

“Uik.. tolong jangan nak mulakan ok, aku tak ada mood nak bergaduh tengah-tengah pagi ni ok..”suka sungguh dia ni cari pasal dengan aku, tak padan dengan keadaan yang tak sihat tu, Daniel mendesis, terkadang dia memang agak bengang dengan sikap Balqish yang suka mencari pasal dengannya.

Tersenyum dia mendengar kata yang terlahir dari Daniel itu, sebenarnya bukan niat dia pun untuk mencetuskan bunga-bunga pergaduhan antara mereka tapi sekadar untuk menghilang sunyi yang hadir antara mereka, entah kenapa dia kadang-kadang terkedu lidah untuk berbicara jika hanya tinggal mereka berdua sahaja, rasa kekok, segalanya serba tak kena..

“Awak rasa bila saya boleh keluar ya? kerja dekat pejabat tu mesti dah menimbun menunggu saya ni, lagi pun kesian Suraya tak ada kawan dekat office tu..” bukan kerja sebenarnya yang dirisaukan, hakikatnya lebih kepada rasa bosan yang dirasai akibat terlantar tanpa melakukan sebarang aktviti.

“Entah.. aku tanya doktor siang tadi, dia kata kalau keadaan kau dah semakin ok, siang nanti dah boleh keluarlah..” hai dia ingat dia sorang saja banyak kerja dekat pejabat tu, aku ni taklah ya..

“Seronoknya kalau dah boleh keluar.. saya dah rasa bosan sangat duduk sini, asyik-asyik kena periksa itu ini ,kalau nurse lelaki best juga, boleh juga cuci mata, ni tak semua nurse perempuan.. boring tau, dahlah lepas tu kena makan ubat pula.. loya tau tekak ni nak menelannya..”

Alahai kedengaran manja pula suara dia ni pagi-pagi ni, ke perasaan aku saja ni..

“Baby macammana sihat ke?”sengaja menyoal sebelum perasaannya mula menerjah memikirkan yang tidak-tidak, isk haru nanti.

“Baby sihat saja ni, kuat macam mama dia juga..” riang rasa hatinya bila teringatkan baby yang dikandungnya itu, syukur pada ALLAH sangat-sangat kerana masih terus mengizinkan anak itu terus bersamanya.

“Boleh tak aku nak pegang baby kita ni?”

Terpempan dia mendengar pemintaan Daniel itu, rasanya sepanjang mereka bersama belum pernah lelaki itu meminta itu, terkelu lidah untuk menjawabnya.

Perlahan-lahan tangannya menyentuh perut Balqish yang sudah berubah bentuk itu buat pertama kalinya, ada sesuatu perasaan yang hadir menyentak jiwanya, perasaan yang sukar digambarkan, dan sukar di mengertikan.. seronok, gembira segalanya ada.. adakah perasaan ini yang di rasai oleh semua orang yang bakal menjadi seorang ayah? dia tertanya-tanya dalam hatinya. Tangannya mengusap lembut penuh kasih, dan dalam waktu yang sama Balqish rasa perasaannya hampir nak pecah membendung rasa segalanya ada.. wajah sudah bertukar rona warna kemerahan.. malu usah cakaplah.

“Anak papa..” Daniel menyeru perlahan sebelum tunduk mengucup lembut perut Balqish itu..

“Awak… saya nak pergi toilet..” dia meminta izin, dada dah rasa nak pecah dengan jantung yang berdegup kencang dengan debar usah katalah.. hisy buang tebiat sungguh lelaki ini hari ni, tiba-tiba datang perangai romantik dia, mamai ke apa.. seram aku.. tapi.. seronok juga.. rasa macam diri ni dihargai..

********

“Setiausahanya kata, Niel MC sebab kucingnya masuk wad..” hairan bila ke masanya anak itu bela kucing? sejak bila Daniel jadi pencinta haiwan ni? tertanya-tanya di benak hati Puan Sri Nuha dengan tingkah anak bujangnya yang aneka ragam itu.

“Yelah.. dah itu saja yang si Zairyn beritahu pada daddy.. eh tapi betul ke anak kita ada bela kucing mummy? seingat daddylah dulu waktu kecik-kecik si Daniel tu bukannya suka dengan kucing..”

“Entahlah daddy, mummy pun tak faham sungguh dengan perangai anak kita tu.. alahai.. mummy tak kira, esok siang kita pergilah rumah dia, jenguk dia, sihat ke tidak.. ada dia telefon daddy?”

“Tak ada pula, Zairyn kata, Niel ada juga kata nak telefon Daddy, agaknya dia terlupa kot.. pergi rumah dia? sukahati mummylah daddy ikut saja..”

“Yelah.. telefon kita pun tidak, kita telefon dia pun jarang berangkat, susah-susah biar kita jenguk dia kan senang..”

“Ok jugalah tu, daddy pun malas rasanya nak masuk office esok, nak rehat rasanya..”

Memang esok dia hanya bercadang ingin berehat saja di rumah memandangkan dia memang tiada agenda penting, lagi pun usia macam sekarang ni memang patut pun dia berehat saja di rumah tak memikirkan kerja lagi.. Tan Sri Darwish mengeluh hai kalaulah ada anak yang ramai kan seronok, meriah sikit rumah ni, tak adalah sunyi sangat rasanya.. Daniel di suruh kahwin tak mahu pula, kalau tidak mesti hidupnya sekarang sudah lengkap di kelilingi anak dan cucu.. haisyy..

*********

“Hurm nampaknya kesihatan puan sudah agak baik.. hurm.. puan dah boleh balik rumah hari ni..”

Riang hatinya, berbunga senyuman di wajahnya mendengar kata dari Doktor Naim itu..

“Alhamdulillah, betul ke doktor? terima kasih doktor..” hee gembiranya.. mana pula Daniel ni, kata pergi beli air tapi kenapa lama sangat ni..

“Ya.. tapi puan kena jaga diri, hati-hati dengan setiap langkah tu dan jangan buat kerja-kerja yang berat sangat..”

“Tak apa doktor saya akan pastikan dia sentiasa berhati-hati, dan saya akan pastikan dia tak buat kerja teruk-teruk..” sampuk Daniel yang baru muncul tiba-tiba.

“Baguslah begitu encik Daniel, cuma.. orang mengandung ni sensitif sikit, semua kehendak dia mesti kena ikut, jadi kena banyakkan bersabar dengan kerenah mereka ni, kalau tak sabar nanti macam-macam pula boleh jadinya…”

“Ha.. awak dengar tu doktor kata tu, lain kali saya buat kerja dekat dapur, ringan-ringan sikit tangan tu tolong saya.. lepas ni awak pula yang kena masak seminggu..” Balqish yang dari tadi hanya diam mendengar saja kini bersuara.. sengaja ingin mengenakan Daniel.

“Aik.. aku pula yang kena masak?? bukan kau kata hari tu aku masak tak sedap ke? sup tawarlah, sayur masin sangatlah…” terkeluar bahasa kau dan aku seperti selalu, terlupa akan kehadiran doktor itu di antara mereka.

Hisy mereka berdua ni, macam budak-budaklah.. Doktor Naim menggeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkah mereka berdua, tercuit juga hatinya.. kelakar pun ada juga.. agaknya semua pasangan muda zaman sekarang macam nilah kot.. pasangan moden.

“Er.. saya keluar dululah ya.. nanti kita jumpa di bilik saya..” pesan Doktor Naim sebelum berlalu.

Daniel hanya mengangguk dan hanya ekor matanya saja menghantar langkah doktor itu…

“Nah awak tolong saya packing barang-barang saya ni..” Balqish menghulurkan beg kepadanya..

“Hai aku juga yang kena buat ke?”

“Yalah.. kan doktor kata saya kena banyak berehat..” hii seronoknya dapat buli dia, time nilah aku nak balas dendam, hatinya berbisik nakal.

“Tapi kan kau dah puas berehat..” masih tak puas hati.

“Buat sajalah, banyak tanya pula dia, kalau tak nanti saya bagitahu doktor yang awak dera saya, biar doktor tu bebelkan awak lagi, biar padan muka..” ugutnya.

“Bagitahulah, aku tak takut pun..”

“Oh tak takut ya? dok..” dia menjerit ingin membuka mulut memanggil Doktor Naim..

“Ok jangan-jangan.. aku buat.. hisy itu pun nak mengadu macam budak-budak..” dia mendesis geram dengan perangai nakal Balqish hari ni.

Eleh kata orang perangai macam budak-budak, diri sendiri pun sama dia tak sedar pula.. Balqish mencebik mendengar ungakapan dari Daniel tadi. Matanya seronok memerhatikan tingkah Daniel yang sibuk mengemaskan barang-barangnya, tersungging senyuman nakal di wajahnya..

*********

“Ya ALLAH ni rumah ke sarang tikus ni,” terbeliak biji matanya, terkejut melihat keadaan dapur rumah anak bujangnya itu macam tongkang pecah, dengan sinki penuh dengan bekas-bekas yang telah digunakan tanpa di basuh.

Hai sejak bila si Daniel pandai memasak di rumah ni, pandai memasak tapi tak pandai berkemas, apa nak jadilah budak sorang ni.

Apron yang tersangkut di dinding di capai, lengan bajunya terus di sinsing sehingga ke paras siku, tanpa berlengah dia terus memulakan aktiviti pembersihan, memang dia rimas, matanya sakit melihat keadaan yang bersepah tidak terurus itu.

“Daddy ooo daddy..” Puan Sri Nuha melaung memanggil suaminya.

“Ya nak apa mummy..?”

“Tolong mummy buang sampah ni, si Niel ni tong sampah dah penuh pun tak reti nak buang, hisy entah ke manalah budak tu, dengan keadaan rumah tak terurusnya..”

“Entahla mummy, susah-susah suruh saja dia pindah balik, duduk dengan kita sekali, senanglah kita nak menjaganya.. ”

“Mummy dah cakap banyak kali dah tapi dia degil.. hisy tak fahamlah dengan budak tu, dah daddy tolong buang sampah tu, lepas tu tolong mummy siang sayur ni, mummy nak masak untuk kita ni..”

Nasib sebelum datang tadi mereka telah singgah terlebih dahulu ke super market, nak harapkan barang-barang di rumah Daniel hurm.. tak adalah nampaknya, dengan peti aisnya kosong, dan lauk-pauk di atas dapur terbiar basi.. macam manalah dia boleh hidup dengan keadaan macam ni, hai orang lelaki macam tulah dia.

Usik-mengusik menceriakan suasana dapur, begitulah selalunya memang ada sajalah kerenahnya jika mereka berdua berdua bersama dan agaknya itulah yang menjadi resipi rumah tangga mereka terus kekal bahagia sehingga kini… tak sampai berapa jam saja beberapa hidangan telah berjaya disiapkan.. terlakar riak puas di wajah Puan Sri Nuha, dah lama rasanya dia tidak memasak untuk anak tunggalnya itu.

“Hurm mummy lapar pula perut daddy mencium bau hidangan ni.. agaknya pukul berapalah anak kita ni balik ya..”

“Sabarlah daddy, kejap lagi baliklah anak kita tu…”

Seusai saja Puan Sri Nuha berkata, kedengaran deruman enjin kereta menderu masuk..

“Hah agaknya itu dia kot, panjang umurnya.. baru kita sebut-sebut..” riang hatinya pantas dia menuju ke hadapan ingin menyambut kepulangan si anak.

Memang tepat jangkaannya bila melihat kereta milik Daniel elok terparking..

Daniel memerhati keadaan sekililing rumahnya.. terkejut melihat kereta milik Tan Sri Darwish elok terparking di halaman..

“Isy.. tu macam kereta daddy aku saja, Qish apa kita nak buat ni?” wajah Balqish yang berada di sisinya di renung, memikirkan alasan apa pula perlu diberikan kali ini.

Haisyy.. waktu macam ni boleh pula mereka datang, perkara yang tidak pernah diduga berlaku kini… belum sempat memikirkan alasan yang patut… Puan Sri Nuha dan Tan Sri Darwish sudah terjenggul dengan wajah ceria di pintu utama membuatkan Daniel dan Balqish berpandangan sesama sendiri… mereka terpempan di tempat duduk masing-masing, terkaku tak tahu nak buat apa-apa..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 19, 20”
  1. rosmpkmn says:

    dah kantoi

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"