Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 21, 22

23 June 2010  
Kategori: Novel

9,001 bacaan 17 ulasan

Oleh : Nuril Bahanudin

Bab 21

Aaaa… mimpi ngeri sudah jadi nyata.. gulp dia menelan air liurnya terasa kelat berpasir, peluh mula merembes di dahi.. entah kenapa secara tidak sedar tangannya menggenggam jari jemari milik Balqish.. urghh sejuknya tangan dia, macam ais.. kalau aku pun gerun maknanya dia lagilah kan.. macam mana ni.. aku tak bersedia lagi nak menempuh hal ini.

Kalau itu mummy dan daddy dia, bermaksud itu mummy dan daddy mentua aku.. tapi layakkah aku menjadi menantu mereka? sanggupkah mereka menerima aku ni? padankah aku dengan mereka? aku ni menantu yang tak diundang.. yang tak di alu-alukan dan yang tak di sedari akan kewujudannya.. yang tak ada apa-apa untuk di sandarkan.. darjat, pangkat harta.. semua tu manalah ada pada aku ni.. Ah aku tak kira walaupun apa pun terjadi aku tak mahu rahsia ini terbongkar.. wajah Daniel di sisi di renungnya dan dengan nada yang tegas dia menyatakan pendiriannya.

“Awak..saya tak kira walau apa pun yang terjadi saya tak mahu rahsia kita ni terbongkar, saya tak bersedia lagi nak bersemuka dengan family awak ni?”

“Kau ingat aku ni dah bersedia ke? aku pun tak jangka mereka akan datang ke sini cari aku semata-mata sebab aku tak datang pejabat tu..” hai akal tolonglah berkerja keras cari alasan yang munasabah sikit untuk aku ni.

“Cepatlah fikirkan jalan.. otak aku dah blank ni..” Daniel menggesa.. hisy ada juga aku undur kereta ni karang lepas tu cabut… tapi nampak macam tak patut saja kalau, macam aku ni anak yang kurang adab pula kelihatannya.

“Mana saya tau, otak saya pun dah macam tiba-tiba jadi beku saja ni..”

“Eh awak nak ke mana tu?” cepat dia menegur bila melihat Daniel mula menanggalkan tali pinggang keledarnya dan membuka pintu kereta.

“Aku nak keluarlah jumpa mummy dan daddy aku, takkan nak duduk saja dalam ni, aku rasa mereka pun pandang pelik saja dekat aku dari tadi..”

Dari dalam keretanya lagi dia sudah perasan riak perubahan di wajah kedua orang tuanya itu, pasti mereka tertanya-tanya siapakah perempuan yang sedang berada dengannya itu.

“Daniel..” dia menekankan suaranya walaupun masih dalam nada yang perlahan, terkawal.. memanggil lelaki itu agar tidak keluar dari perut kereta namun lelaki itu tidak mengendahkannya. Dilihat lelaki itu berjalan menuju ke arah pintu utama.. mendekati kedua orang tuanya..

“Hai mummy, daddy..” kedengaran Daniel menyapa kedua ibu bapanya.

Balqish di dalam kereta memandang penuh was-was, perlu ke aku duduk saja di sini atau keluar bertemu mereka? kalau mereka tanya aku nak jawab apa? tak senang duduk rasanya, punggung terasa panas.. tenang Qish.. tenang.. janganlah gelabah sangat.. kau kena tunjuk diri kau tak salah apa-apa, lagi pun memang kau tak buat salah pun apa yang kau nak risaukan, bisik hati kecilnya memberi semangat..

“Hai Niel.. manalah kamu pergi ni, daddy call tak berangkat.. rumah pula macam tongkang pecah.. apa nak jadilah dengan kamu ni..”

“Niel busy sikit daddy.. eh mummy dan daddy buat apa dekat sini? dah lama ke sampai?”

“Mummy saja datang sini, rindu dengan anak mummy sorang ni, Niel tu bukan nak jenguk-jenguk mummy.. dahlah telefon jarang nak diangkat jadi mummy datanglah ke sini jenguk kamu.. dari siang tadi mummy tunggu kamu.. dah siap masak pun.. rumah kamu pun mummy dengan daddy dah tolong kemaskan..”

“Terima kasihlah mummy, susah-susah saja..”

“Eh yang kita tercegat saja dekat sini kenapa? marilah kita masuk daddy dah lapar sangat ni dari tadi tunggu kamu..” Tan Sri Darwish memegang perutnya konon-kononnya lapar sangatlah perutnya.

“Ha jomlah kita masuk… eh.. nanti tadi terlupa pula.. kamu tak nak kenalkan kawan kamu tu pada mummy ke Daniel? tak akan nak biarkan dia duduk saja dalam kereta tu saja..”

Kawan…?? alamak asyik sangat berbual sampai terlupa aku pada Balqish.. dia mengerutkan wajah..

“Apa yang kamu tunggu lagi, pergilah panggil dia, ajak dia keluar, bolehlah kita makan malam sekali..

“Er.. ya ya mummy saya pergi ajak dia..” lambat-lambat dia menuju ke arah keretanya..

“Jom… jumpa mummy dan daddy aku..”

“Awak dah bagitahu mummy awak tentang kita ke?”

“Belum.. aku tak beranilah..”

“Habis kita nak jawab apa kalau mereka tanya?”

Daniel hanya mengangkat bahunya.. pertanda tak tahu nak jawab apa.. no idea!

“Eh eh angkat bahu pula.. tu kan family awak.. isk.. ”

“La.. yang pergi berbisik-bisik dari tadi tu kenapa, kamu bincangkan apa ni? kalau ya pun nak berbincang marilah masuk ke dalam dulu.. ” tegur Puan Sri Nuha yang hanya memerhati tingkah mereka berdua, entah apa masalahnya, seorang berkerut-kerut seorang berpeluh-peluh.. panas sangat ke cuaca hari ni sampai berpeluh tu.

“Err.. sorry mummy, dah cepatlah Qish jom keluar..”

“Saya takut…”

“Kau takutkan apa? aku kan ada..”

Dia serba salah.. berat rasa hatinya ingin keluar bersemuka dengan keluarga mentua segeranya itu.

“Cepatlah.. jangan sampai aku dukung kau depan mereka..” ugut Daniel geram pula dengan perangai Balqish yang berlengah-lengah tu..

Mendengar ugutan lelaki itu membuatkan dia cepat-cepat menanggalkan tali pinggang keledarnya.. tak mahu didukung di depan keluarga lelaki itu, dia tahu Daniel bukan jenis yang main-main dengan katanya, jika dia kata dia mahu lakukan maka dia akan lakukan.. mana dia hendak sorok mukannya andai Daniel mengotakan katanya nanti.

“Hah.. tau pun takut..” hehehe dia ketawa perlahan melihat kekalutan Balqish itu dan Balqish pula hanya menghadiahkan dia jelingan tajam sebagai membalas kata-katanya itu.

“Daniel tak nak kenalkan dekat daddy dan mummy ke siapa kawan Daniel ni?” soal Tan Sri Darwish yang sedari hanya diam menjadi pemerhati.. dalam hatinya memang telah timbul segala persoalan tentang siapa gerangan perempuan yang bersama anaknya itu, puas di tilik paras rupa, pakaian atas bawah, cuba di cam wajah itu manalah tahu mereka pernah jumpa di mana-mana ke tapi nampaknya tiada dalam ingatan maknanya memang tidak pernah.

“Err daddy, ni Niel kenalkan .. Balqish.. err Qistina Balqish… dia ni.. err.. dia..” dia apa ya..

“Dia apa Niel? tergagap-gagap pula dia..” sergah Puan Sri Nuha hairan dengan gelagat Daniel, susah sangat ke nak bagitahu siapa perempuan tu…

“Saya kawan Daniel Puan Sri..” tambah Balqish.. ah lantaklah.. alasan ini saja yang terlintas di dalam kepala aku sekarang ni..

“Owh kawan Daniel.. auntie ingat siapa tadi.. maklumlah Daniel ni ramai teman wanita, auntie ingat kamu pun termasuk dalam salah seorang darinya..”

Bukan teman wanita Puan Sri.. tapi saya ni isteri gelap dia.. tapi.. dia hanya mampu meluahkan dalam hati saja.. hai ingatkan cuma ada kekasih gelap saja macam lagu kumpulan Ungu tu.. tapi isteri gelap pun ada.. dunia, dunia dan akulah antara salah satu isteri gelap itu.. isk sempat lagi merapu otak ni..

**********

“Su… macamana ni, family Daniel datang sini..” dia berbisik perlahan tak mahu mereka menyedari situasinya.. sebentar tadi dia meminta kebenaran untuk ke bilik air seketika..

“Hah family dia datang? habis mereka macamana? mereka dah tahu pasal kau dan Daniel ke? mereka marah kau? mereka halau kau?”, kalut dia bertanya, risau pula kalau-kalau Balqish di marahi.

“Su.. yang kau lebih kalut mengalahkan aku ni kenapa? mereka belum tahu apa-apa lagi.. aku cakap aku kawan Daniel.. kau tahu apa mummy dia cakap dengan aku tadi? dia ingat aku ni termasuk salah satu teman wanita si Daniel tu..

“Hai family dia pun tahu dia playboy kan? kesian kau jadi isteri playboy..hehe”

“Su.. aku tak ada masa nak dengar kau mengarut.. kalau kau nak melawak pun lain kalilah.. ni aku nak tumpang tidur rumah kau malam ni boleh tak? family Daniel bermalam di sini hari ni..”

“Aik kenapa pula nak tidur sini? dekat rumah kau tak cukup bilik ke apa?”

“Bukanlah.. aku cakap aku kawan Daniel, so takkan nak bermalam rumah dia pula? fikir logik lah sikit Su oi.. tapi.. kalau kau tak sudi tak apalah.. aku cari jelah hotel murah.. tidur satu malam..” sengaja dia buat nada begitu, ingin menduga temannya itu.

“Oi aku tak cakap pula tak boleh.. datanglah.. kau boleh tidur sini berapa hari kau suka.. nak tinggal sini terus pun tak apa.. lagi aku suka..”

“Ha.. ni yang aku sayang dekat kau ni.. eh Su.. nanti kita sambung lagi ya.. dah lama aku dekat dalam toilet ni, nanti mereka risau pula, nanti aku nak ke sana aku call kau ya..”

“OK-OK.. eh kau nak datang sini naik apa? drive sendiri? bahayalah malam-malam macam ni, aku jemput kaulah ek..?”

“Kau tak payah risaulah Su.. tak perlulah susah-susah nak jemput aku, nanti pandai-pandailah aku, naik teksi ke, tak pun suruh si Daniel tu hantar.. Ok Su bye..”

********

“Kamu ok ke Balqish? auntie tengok muka kamu berkerut-kerut saja dari tadi kenapa? tak sihat?”

“Err.. tak ada apalah auntie.. biasalah awal-awal mengandung macam nilah, memang rasa tak selesa sikit” dia mengukir senyuman cuba menutup rasa gundah yang membadai di jiwanya.

“Ni Daniel kata, suami kamu tiba-tiba kena outstation, tu yang dia kena tolong jemput kamu di hospital, betul ke?”

Suami aku outstation?? amboi pandai dia buat skripkan.. dia menjeling wajah Daniel yang berada di sisi Tan Sri Darwish.. nampaknya lelaki itu sedang menahan diri daripada tertawa.. jahatnya dia… kesian mummynya kena tipu dalam tak sedar..

“A’ah.. auntie.. abang tu memang macam tu, tapi apa nak buat dah kerja dia macam tu.. dah nasib terimalah seadanya..” tengok.. ingat kau seorang saja pandai berlakon? aku pun boleh juga apa..

“Kesian kamu, dahlah tak sihat lepas tu suami pula tiada disisi.. ni malam ni kamu bermalam di mana?”

“Tulah saya ingat nak balik rumah sendiri sekejap lagi.. kalau tak keberatan nak minta Daniel tolong hantarkan..”

Dari ekor matanya dapat dilihat perubahan pada wajah Daniel, nampak sangat lelaki itu kurang senang dengan apa yang baru dikatakannya sebentar tadi, tiba-tiba telefon bimbitnya yang berada dengannya bergegar pertanda ada mesej masuk..

[Daniel] Kau nak bermalam dekat rumah siapa?

Huih pantasnya dia hantar mesej, wajah lelaki itu di renungnya.

[Balqish] rumah Surayalah..

Dia membalas..

[Daniel] Jangan nak mengada-ngada..

Eh marah pula.. suka hati akulah.. dia menggetap bibir memandang ke arah Daniel..

“Eh tak payahlah balik Balqish, kamu bermalam saja di sini, esok auntie suruh Daniel hantar kan kamu balik, bahaya kamu bermalam seorang diri ni, kalau apa-apa jadi kan susah lagi-lagi kamu dalam keadaan macam ni..”

Terkaku jari-jemarinya yang lincah menekan butang-butang telefonnya untuk membalas mesej Daniel itu, ada senyuman yang tersungging di bibir lelaki itu.. seronoklah tu.. nanti kau.. jaga.. kakinya yang berada di bawah meja memijak kaki milik lelaki itu sekuat hati..

“Aduh..!!”

“Apa kena kamu ni Niel?,” soal Tan Sri Darwish yang sedikit terkejut dengan tingkah Daniel yang menjerit tiba-tiba.

“Err tak ada apa-apa daddy.. tangan Niel tiba-tiba tercucuk tulang ikan ni..” memang nak kena Balqish ni.. tak apa ada masa nanti siaplah kau.

Padan muka.. Balqish tergelak kecil mendengar alasan yang di berikan oleh lelaki itu..

“Err.. kalau macam tu yang auntie kata, saya ikut sajalah kalau auntie rasa saya ni tak menyusahkan..” hai nampaknya kena call Su ni, beritahu dia yang aku tak jadi nak tumpang tidur.

“Tak ada yang susahnya..”

“Balqish tahu tak tadi, waktu mula-mula uncle nampak Balqish, uncle ingat Balqish ni isteri si Niel ni, yalah mana tau dia nikah senyap-senyap tanpa beritahu kami..”

Gulp.. hampir tercekik dia mendengar kata-kata Tan Sri Darwish itu.. kami memang suami isteri pun Tan Sri.. seperti biasa dia hanya mampu meluahkan di dalam hati saja.

“Kenapa uncle cakap macam tu..”

“Tak adalah, uncle nampak kamu dengan Daniel tadi macam sesuai jadi pasangan.. ah perasaan uncle saja.. lupakan apa yang uncle mengarut ni..”

Terdiam seketika mendengarnya..

“Hisy daddy ni mengarutlah, dengar dek suami dia mesti dia kecil hati nanti..”

“Betul apa daddy cakap.. hai kadang-kadang daddy cemburu tengok kawan-kawan daddy semua dah merasa menimang cucu, nak menunggu kamu tu macam kempunan saja daddy ni.. ” lirih pula kedengaran nadanya.

Tan Sri tak kempunan.. nilah cucu Tan Sri sebenarnya, itupun kalau Tan Sri sudi terimanya, bisik hati kecilnya.

“Tulah Niel ni, mummy suruh kahwin tak mahu, tu anak auntie Adlynn kamu tu, si Suhail tu lawa budaknya, baik pula budi pekertinya, apa lagilah yang kamu nak tunggu? tak ada duit? mummy dan daddy boleh sponsor cakap saja nak berapa..”

“Mummy, daddy boleh tak kalau sesekali kita berjumpa, kita stop bincang pasal kahwin-kahwin ni, Niel rimaslah..”

“Rimas konon, yang kamu tu ke hulu ke hilir mengusung anak dara orang ni, ingat mummy tak rimas melihatnya..”

Tolonglah jangan mula, dia mendesis perlahan.. rasa kurang senang bila mummynya sudah mengeluarkan topik yang terlalu biasa di pendengarannya.. Balqish di hadapannya di renungnya, kelihatan sedang bermain-main dengan nasi dalam pinggannya..

Kenapa agaknya? dia terasa ke mendengar kata mummy tu suruh aku berkahwin? atau… ke dia tengah tahan gelak sebab tengok aku ni dah besar panjang pun kena leter.. mereka berlaga pandangan dan kelihatan ada senyuman mengejek terbit di wajah itu.. sahih Balqish tengah mentertawakan dirinya di dalam hatinya itu.

“Hah Daniel, si Zairyn kata kamu MC sebab kucing kamu masuk wad? musykil daddy tau, sejak bilanya kamu suka membela kucing?”

“Aa.. lama dah daddy.. kucing tu.. kucing tu masih lagi kena tahan.. dia kena selesema.. kena kuarantin lah kiranya daddy..” huhuhu alang-alang dah daddy tanya.. terpaksa jugalah bohong.. bohong sunat tak apa kot.. eh ada ke bohon sunat? tu semua bidaah nak menghalalkan cara saja.. isk.

Aku yang sakit masuk wad dikatanya kucing… bertuah punya Daniel.. heii kalau kau ada dekat dengan aku ni memang aku dah cubit-cubit kau dah.. geram.. geram tau tak.. suka-suka dia sajalahkan.. tak apa Balqish sabar ya.. jangan ikut sangat marah tu.

********

Boringnya.. apa aku nak buat dalam bilik ni.. baru pukul 10 malam, awal lagi untuk melelapkan mata.. biasa waktu-waktu macam ni dia masih lagi asyik menonton televisyen.

“Hah Balqish, kamu pergilah berehat.. tak elok orang mengandung ni tidur lewat-lewat malam..” tegur Puan Sri Nuha bila melihat dirinya masih lagi di ruang tamu menjadi pendengar setia mereka berbual anak beranak.

Dan di sebabkan itulah kini dia berada didalam biliknya.. kebosanan.. sebentar tadi dia baru selesai berbual dengan Suraya di telefon memberitahu dia tidak jadi untuk datang menumpang tidur.. handphone yang berada di tangannya tiba-tiba bergegar, dan bila dilihat terdapat mesej dari Daniel tertera di situ, hai nak apa lagilah dia ni..

[Daniel] kau dah tidur ke?

Hai duduk serumah pun nak bermesej-mesej.. hilang akal betul mamat ni malam ni..

[Balqish] Dah tidur dah.. ni sy mengigau bls msj awk.. eh awk nak apa ni

Terus butang send ditekan.. semakin hari perangai dia ni semakin memeningkan kepala aku..

[Daniel] xda apa.. saja kacau kau.. aku x blh tidurlah.. eh kau dah minum susu blm ni?

Lah.. dia ni.. tak boleh ke kalau satu hari aku tak perlu minum susu tu.. tak sukalah… mengeluh dia membaca mesej dari lelaki itu.

[Balqish] Hari ni sy x mau minum.. dahlah sy nak tidur, slmt mlm.

[Daniel] Jgn nak mengada.. 5 minit lagi aku ketuk pntu blk, kau kena minum, tu utk kshtan kau & bb juga.

Tengok tu.. orang tak mahu mesti nak juga paksa-paksa.. dasar Hitler sungguh dia ni.. semuanya nak guna kuasa veto.. hai nasiblah aku bersuamikan dia dan nasiblah anak aku berpapakan dia.. jangan ikut perangai macam papa tu sudahlah ya baby.. papa tu suka paksa mama.. kesian dekat mama ni.. bisiknya perlahan sambil mengusap perutnya penuh kasih.

Bab 22

Minggu-minggu yang menggetirkan telah berlalu.. dia menarik nafas lega. lega selega-leganya.. Rahsia tetap kekal menjadi rahsia walaupun nyaris juga terbongkarnya. Minggu yang paling melelahkan rasanya buat dirinya.

Kandungannya kini menginjak ke usia 6 bulan.. tak sangka ya cepat sungguh masa ni berlalukan, tak lama lagi baby akan lahir.. namun banyak lagi persiapan yang belum siap di lakukan.

“Qish.. aku rasakan kita pindah rumah lain nak tak?”

“Pindah? eh awak ada rumah lain ke selain rumah ni?”

Baru dia teringat sesuatu, tak banyak yang di ketahui tentang lelaki itu sebenarnya, mereka pun jarang menyelidiki antara satu sama lain.

“Taklah.. ada kawan aku ni dia keluar negara bekerja di sana tiga tahun, jadi dia suruh aku tolong jagakan rumah dia.. lagi pun aku rasa elok juga kalau kita pindah sana buat sementara, lagi pun tak adalah nanti kita kelam kabut kalau keluarga aku datang menjengah ke sini lagi, nak tak?”

Betul juga kata lelaki itu, kalau tak mahu rahsia mereka terbongkar lebih baik berpindah, itu memang jalan yang agak selamat juga bila di fikirkan kembali.

“Habis rumah awak ni macammana?”

“Rumah ni, nanti sekali sekala kita jenguklah.. so macam mana kau setuju tak dengan cadangan aku ni?”

“Saya tak kisah.. saya ikut awak sajalah..”

“OK kalau macam tu, hujung minggu nanti aku bawak kau pergi tengok rumah tu ok?”

“Ok.. err awak..”

“Ya ada apa?”

“Terima kasih..” ucapnya..

“Terima kasih untuk apa?” soal Daniel, agak hairan bila tiba-tiba Balqish mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Yalah sebab awak tak beritahu family awak pasal saya ni..”

“Tak ada hallah Qish.. lagi pun aku pun belum bersedia lagi.. aku belum kuat nak mendengar leteran mummy tu.. kau pun faham kan?”

Dia menggangguk, tersenyum tiba-tiba bila teringatkan akan Puan Sri Nuha, memang wanita itu pada pengamatannya agak banyak berbicara… ada saja benda yang ingin di katakannya. Ah.. untunglah kau Daniel masih punya mak, dapat mendengar leterannya dan celotehnya.. macam aku ni.. semua tu hanya tinggal kenangan.. mak Ina rindukan mak.. rindu nak dengar mak bebelkan Ina, suruh Ina buat itu dan Ini.. mak anak mak yang malas ke dapur ini sudah pandai memasak tau..

Teringat.. ya antara sebab yang membuatkan arwah mak sering memarahinya adalah kerana tabiatnya yang liat menolong didapur.. dia lebih sanggup menghabiskan masanya mengemas rumah dari menolong emak didapur untuk memasak.. menggeleng kepala dia biar teringat tingkah-tingkahnya di waktu lalunya..

“Eh yang kau tiba-tiba menggelengkan kepala ni kenapa? mengutuk aku dalam hatilah tu..” tegur Daniel.

“Mana ada saya kutuk awak, tolong jangan perasan ok.. ” terlupa pula dia bersama dengan Daniel.. ceh boleh pulak aku termengelamun.

“Yalah tu.. kau tu bukannya betul sangat..”

“Betullah.. tak percaya sudah.. lagi pun berdosa kutuk-kutuk orang ni..”

“Eh pandai pula kau kata berdosa ek.. sajalah tu.. pot pet pot pet..” Daniel mula berceloteh panjang.

“Awak.. awak boleh tolong saya tak?” tegur Balqish sehingga membuatkan celotehnya terhenti.

“Ha tolong apa?”

“Tolong diam boleh tak.. hisy awak ni sepatutnya jadi perempuan tau.. awak pun sama macam mummy awak tu kuat membebel.. hai ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. awak cakap mummy kuat berleter tapi awak pun sama juga.. isy..”

“Mana ada aku membebel.. tu nasihat sajalah..”

“Dah-dah.. lagi saya layan awak lagi panjang awak mengarut.. saya nak naik atas nak masuk tidur..

“Jom..”

“Siapa nak tidur dengan awak..?”

“Eh aku tak cakap pun nak tidur sama dengan kau.. aku nak cakap jom naik atas sama-sama.. lain kali biarlah aku habiskan cakap dulu baru nak potong..”

Ceh terkena aku kali ni.. dia yang cakap sangkut-sangkut kata aku pula yang potong cakap dia.. sakit hati je..

“Good night baby.. meh kiss papa..” ucap lelaki itu sambil mendekat wajahnya ke perut Balqish kononnya ingin mencium baby.

Hisy perangai terlebih dia dah mai dah.. cepat-cepat dia menjauhkan dirinya dari Daniel..

“Baby kata dia tak nak kiss awak.. sebab awak busuk..”

“Tu bukan baby yang kata.. tapi kau yang kata kan? cemburulah tu sebab aku tak nak kiss kau kan?”

Balqish menjelir lidahnya ke arah Daniel bila mendengar kata lelaki itu.. Hekeleh perasan sungguh mamat ni, lagi aku layan lagi sakit hati di buatnya.

Daniel hanya tergelak kecil melihat telatah Balqish itu, kelakar juga perempuan ni… macam budak kecil pun ya juga.. haha.

“Good night Qish.. mimpikan aku tau..” masih lagi dalam mood mengusik.. seronok melihat Balqish bengang dengan dirinya.

“Good night.. tak naklah mimpikan awak.. bukannya handsome pun..” selamba dia membalas.

“Ai yang tak handsome nilah yang kau rindu selalu..”

“Perasan….! wekk”

*********

“Daddy dah tidur ke tu?” dia perlahan pada suaminya yang sedang berbaring di sisinya.

“Hurm.. belum lagi.. ada apa mummy?” tubuhnya di kalih mengadap wajah isteri tercinta.. perlahan tangannya merangkul tubuh wanita kesayangannya itu.

“Tak ada apalah daddy.. mummy cuma tak boleh tidur.. ”

“Mummy fikirkan apa sampai susah sangat nak tidur tu? marilah kongsi dengan daddy.. ”

“Mummy teringatkan anak bujang kita tu..”

“Alah mummy tak perlulah nak risaukan dia, dia kan dah besar pandai-pandailah jaga dirinya tu.. lagi pun anak kita tu kan lelaki.. ”

“Bukan macam tulah daddy..”

“Habis tu apa?”

Hairan.. cuba memahami apa yang sedang bermain dalam fikiran isterinya itu.

“Yalah.. mummy kan rasa teringin sangat nak bercucu.. hari tu tengok kawan dia si Balqish tu.. rasa semakin membuak-buak keinginan ni.. lagi pun mummy tengok bila Daniel ambil berat si Balqish tu macam dah ada tokoh nak jadi ayah dah anak kita tu..”

“Alahai mummy… susahlah kalau nak suruh anak kita tu cari isteri, macam-macam alasan di berikannya.. tapi kan mummy…” bicaranya terhenti.. wajahnya mengukir senyuman lebar.. sengaja..

“Tapi apanya daddy??” cakap tu biarlah terang, buat suspen sajalah tu.

“Kalau mummy nak anak lagi.. daddy on time pun boleh cari calon mama baru.. muka daddy ni pun boleh tahan lagi kan walaupun dah berusia.. mesti ramai yang nak lagikan? aaduh..” dia menjerit kesakitan.. cubitan Puan Sri Nuha hinggap di pahanya..

“Rasakan.. mummy cakap betul-betul, daddy main-main pula.. oh gatal ya, tak sedar diri dah tua ada hati nak pasang lain.. daddy tidur luar malam ni.. jangan tidur dengan mummy.. ” masam wajahnya.. merajuk..

“Mummy ni kalau merajukkan makin cantiklah.. teringat daddy waktu awal-awal perkahwinan kita tu..”

“Dah-dah jangan nak puji-puji ambil hati mummy pula.. mummy merajuk ni.. tak nak kawan daddy hari ni..” tubuhnya di pusingkan menghadap arah lain..”

“Ala mummy sayang.. busyuk masyam daddy.. merajuk pula dia..” terasa rangkulan erat ditubuhnya.. membuatkan dirinya tersenyum dalam dia, kasih yang tersemai hampir 30 tahun lalu masih tetap hangat dan subur, tak pernah berkurang dan malah sentiasa utuh..

“Tengok mummy dah senyum tu..”

*********

“Awak oh awaknya.. cepatlah.. awak dah bangun ke belum tu? nanti kita lambat pula sampai ke pejabat..” Balqish menyeru perlahan di sebalik pintu biliknya, penat dah dari tadi terpekik mengejutkan lelaki itu tapi tetap sepi tiada jawapannya..

Heee.. dia ni kan betullah, perangai liat nak bangun dia tak pernah nak berubah.. dia mengomel perlahan, geram.. kita dahlah sibuk, mana nak siapkan breakfast lagi, nak streka baju dia lagi.. lepas tu nak bangunkan dia lagi satu masalah.. perlahan tangannya memulas tombol pintu milik lelaki itu.

Ya ALLAH, tak bangun lagi dia, terbuntang matanya geram, melihat lelaki itu masih lagi di seliputi selimut di tubuhnya.

“Awak..” dia menggoyangkan perlahan tubuh itu.

“Hurm..” Daniel menjawab.. entah kenapa matanya terasa berat untuk dibuka dan kepalanya terasa sakit berdenyut-denyut teramat sangat..”

“Bangunlah.. ” seru Balqish perlahan..

“Hurm..”

Dia ni.. hurm-hurm.. tu sajalah.. perlahan di tariknya selimut di tubuh lelaki itu, serentak memerah wajahnya.. lelaki itu tidak berbaju.. hanya berseluar pendek.

Terketar jari-jemarinya menyentuh bahu lelaki itu untuk mengejutkannya, masih terasa janggal walaupun sudah agak lama mereka tinggal bersama… tapi.. uih panasnya.. dia ni demam ke? semalam elok saja sihatnya.. ni tiba-tiba boleh pula pula jatuh sakit..

“Awak demam ke?” tangannya mendemah dahi lelaki itu, kemudian leher.. panas sangat ni..

Hai macam-macam hallah, hari tu aku, ni dia pula yang sakit, agaknya teruk sangat kena jaga aku sampai dia pula yang jatuh sakit.. dia menarik selimut menutupi tubuh lelaki itu, macam tak dapat pergi kerja saja aku ni hari ni..

Dia mengambil tuala kecil yang terdapat di dalam almari milik lelaki itu.. dilembabkan dan di letakkan ke atas dahi lelaki itu.. biar kurang sedikit panasnya.. bisik hatinya.

Ah nak call Su.. aku kena EL hari ni, takkan nak pergi kerja pula tinggalkan dia sorang macam tu, hari tu aku sakit dia yang jaga, ni dia sakit aku pulalah yang kena jaga.. teringat pula yang lelaki itu bersusah payah menjaganya, dan semua kehendaknya lelaki itu cuba penuhi walaupun kadang kala lelaki itu menyungut… tapi dia tahu lelaki itu tak sampai hati menghampakan perasaannya, sebab dia tahu lelaki itu sayang sangat dengan anak yang dikandungnya itu, sayang melebihi segalanya mungkin.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 21, 22”
  1. cekgu fatiah says:

    nsb baek pndai reka alsan.. hahahaha

    tpi cite nie still mantop ah…

  2. andika85 says:

    ;-) hehehe.. lme dah Xkomen citer nie
    still mantappp

  3. andika85 says:

    balqish masih menafikan perasaannya terhadap niel.. yg niel pon terus terang jerla ngn balqish… bile haizam ada tau plak cemburu.. haha :razz:

  4. miss tea says:

    lmbtn lg ke tggu smbgnnye… :sad:
    dh x sbr nk tau smbgnya nie……. :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  5. miss tea says:

    lmbt lg ke tggu smbgnnye… :sad:
    dh x sbr nk tau smbgnya nie……. :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  6. kakngah says:

    best cite ni… :smile:
    lmbt lg ke nk smbg…
    sntiasa ternanti2 smbngan cite ni…

  7. rosmpkmn says:

    memang kelass r karya ni

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"