Novel : Pelukan Cinta 47, 48

4 June 2010  
Kategori: Novel

15,701 bacaan 41 ulasan

Oleh : Amisha Dania

BAB 47

WAJAH Armand Danial direnungnya tanpa jemu. Sekian lama terpisah dengan wajah kesayangannya ini, bila berjumpa, Armand diam, kaku. Sedih hati Zulaika.

“Abang, bangunlah bang. Ika dah ada di sisi abang. Kita tak akan berpisah lagi abang. Abang dengar baik-baik…..suara Ika ni kan. Abang bangun lah…” merayu-rayu Zulaika ditelinga Armand. Namun Armand tetap kaku.

“Papa, kenapa abang macam ni? Siapa yang buat abang jadi begini pa?”

“Sabar sayang….semua orang sedang berusaha dengan cara masing-masing. Ika berdoa pada Allah. Jangan putus asa nak. Bercakaplah dengan abang, mungkin dia dengar apa yang Ika bualkan, cuma dia tidak berupaya hendak menjawap buat masa ini. Keep on trying girl….who knows what will come out…..” Tan Seri Zainal sendiri belas melihat anaknya, namun apa yang mampu diucapkan lagi?

“Keluarga abang mana papa? Mereka tak tenguk abang ke?” Zulaika bertanya. Telah dua jam dia bersama Armand, satu kelibat keluarga Armand pun dia tidak nampak. Sudah seminggu keadaan ini berterusan. Pelik sungguh.

“Mereka jaga abang waktu malam Ika. Gilir-gilirlah sayang. Buat apa ramai-ramai di sini. Siang Ika dah ada, malam merekalah pula. Papa yang minta begitu….atau….Ika nak sama-sama dengan keluarga abang? Papa takut Ika tidak selesa, sebab itu papa atur jadual begini….okey kan? Atau Ika nak bagaimana, tell me…” Tan Seri Zainal cuba sedaya upaya untuk tidak menambahkan lagi beban Zulaika.

“Its okey pa, kalau dah macam tu. Ika ingat mereka tak jenguk abang” Zulaika mengeluh perlahan.

“Ika….jangan fikir macam itu nak, tak baik. Abang anak mereka, tentu mereka juga sayang pada abang.” Tan Seri Zainal menegur sikap Zulaika. Zulaika memang puteri kesayangannya, namun jika ada sikap Zulaika yang dia tidak berkenan, Tan Seri Zainal akan menegur puterinya itu.

Sudah hampir seminggu Armand tidak sedarkan diri. Pakar mengatakan dia sudah lepas tahap kritikal. Tekanan darahnya stabil, jantungnya tiada masalah. Tetapi entah dimana silapnya, Armand masih tidak sedarkan diri lagi. Zulaika tetap setia menunggunya. Esok puterinya akan pulang semula ke Terengganu. Berat hatinya untuk melepaskan Zulaika pergi dalam keadaan Armand yang masih begini.

Tan Seri Zainal memerhati Zulaika yang tidak jemu-jemu mengusap lengan Armand. Belas sungguh hatinya. Kesungguhan Zulaika menjaga Armand tiada bandingan. Tidak pernah sekalipun Zulaika mengadu penat atau letih. Jari-jari Armand sentiasa dalam gengamannya. Seakan tidak mahu dilepaskan.

“Sayang, siap-siaplah, jap lagi keluarga Armand datang. Turn mereka pula.” Tan Seri Zainal menyentuh bahu Zulaika yang hampir terlena berbantalkan lengan Armand yang kaku.

“Pa…..boleh tak Ika tidur dengan abang malam ini? Esok Ika nak balik dah….please papa?” Zulaika rasa waktu seminggu yang berlalu terlalu singkat baginya. Belum puas dia bercakap dengan Armand.

“Ika tak penat ke? Rehatlah nak…?” Tan Seri Zainal memujuk.

“Ala papa, please…..kat sana nanti Ika rehatlah. Please papa. I want to be with him…papa?”

Buntu Tan Seri Zainal. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor Asward didailnya.

“Salam….kat mana dah ni?” Tan Seri Zainal belum sempat memberi salam Asward telah mendahuluinya.

“Tak jauh dah pa. Along datang dengan mummy. Papa nak balik dulu balik lah. Kejap lagi along sampai.”

“Tak….papa belum nak balik lagi…ni hah…adik nak tunggu abang malam ni. Esok dia nak balik ke Terengganu dah, jadi papa nak mintak izin alonglah…tolong bincang dengan family along, kalau tak jadi keberatan lah….please along ye, kesian kat adik.”

“Okey pa, along bincang, nanti along bagitahu papa.”

Asward Danial perlahankan keretanya. Bagaimana hendak menyampaikan khabar ini? Mummy sejak pagi lagi sudah berkira-kira hendak menjaga Armand malam ini. Bukan mudah hendak berurusan dengan mummy. Kata mummy, kata mummylah. Walau telah seminggu, mummy belum lagi bertembung dengan keluarga Tan Seri Zainal. Asward risau jika mummy bertembung dengan Zulaika, entah apa yang akan diucapkan oleh mummynya. Asward bukan tak kenal perangai mummynya. Mulutnya boleh tahan ‘lazer’. Buatnya mummy tidak berkenan dengan Zulaika, parah jadinya nanti.

“Mummy, along nak cakap sikit ni….mummy jangan marah ye…”

“Marah apa pulak, nak cakap apa?” belum habis along berkata-kata, percakapannya telah dipotong oleh mummynya.

“Dengarlah dulu mummy…” lembut along Asward bersuara.

“Tan Seri Zainal minta izin untuk menjaga alang malam ni. Esok ‘girlfriend’ alang dah habis cuti. Dia akan balik ketempat kerjanya semula. Boleh ye mummy….kesian mereka. Kita ada banyak masa lagi dengan alang. Boleh mummy ye?” bercakap dengan mummy mesti penuh kesabaran, kalau tidak alamatnya masuk angin keluar asap je lah.

Datin Rozni diam. Bungkam. Mengada-ngada betul keluarga Tan Seri Zainal ni. Macam hendak membolot Armand. Tapi Datin Rozni tidak berani berkata apa-apa. Sikapnya yang keras telah banyak menjauhkan hubungannya dengan anak-anak dan suaminya. Dia sedar tu. Dia ingin berubah.

“Habis, tak jadi pergilah ni?” Datin Rozni bertanya dengan suara yang seakan merajuk.

Asward Danial tersenyum lega. Tawa kecil terlepas dari bibirnya.

“Apa tak jadi pulak…mummy ni..kita pergi tenguk alang sekejap, tapi tak tidurlah. Jenguk sekejap mummy ye?” along memujuk lembut. Lega hatinya. Mahu juga mummy beralah. Alhamdulilah, mummy sudah mula berlembut. Asward mengucap syukur dalam hatinya.

BAB 48

hubungannya dengan Armand Danial. Biarlah Armand jelaskan sendiri.

“Assalammualaikum……cikgu Husna kan ni…?” Tiba-tiba satu suara menegurnya. Zulaika terpana, gamam seketika.

“Waalaikummusalam….eh…Datin, apa khabar…lama betul tak jumpa..” Zulaika menyambut huluran tangan Datin Rozni. Dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu. Panjang umur betul, baru teringat, dah timbul. Ada bela apa-apa ke….gumam Zulaika dalam hatinya.

“Husna mengajar di mana sekarang ni? Mummy tak pernah jumpa pun…Hanis pun puas tanya kawan-kawan, semua tak tahu.” Datin Rozni tarik kerusi dan duduk disebelah Zulaika Husna. Hampir tersembur air yang diminum oleh Zulaika apabila mendengar Datin Rozni membahasakan dirinya mummy. Biar betul ni.

“Saya mengajar di Terengganu Datin. Esok nak balik dah ni.” Zulaika menjelaskan. Cuak juga hatinya, Datin Rozni nampak lain macam sahaja.

“Jauhnya….abis kenapa ada di sini?”

Zulaika mula gabra. Dia melipat-lipat tisu yang ada di atas meja. Hatinya mula berkata-kata. Perlukan dia menjelaskan segalanya? Tapi Zulaika sendiri tidak pasti kesudahan hubungannya dengan Armand.

“Saya balik bercuti hujung minggu. Jumpa parents. Kebetulan ada kawan lama sakit, jadi saya datang jenguk.” Akhirnya Zulaika ambil keputusan untuk membiarkan masa menentukan penyudah hubungannya.

“Kalau mummy tanya jangan marah ye….ermmm Husna dah kahwin ke belum?” bersungguh-sungguh Datin Rozni mengemukakan pertanyaan.

Merah padam muka Zulaika. Malunya dia. Nak tergelak pun ada. Apa hal pula Datin Rozni ni.

“Belum ada jodoh lagi Datin…” Zulaika menjawab lembut.

“Eh, lupa pula, Datin datang sini buat apa?” Sengaja Zulaika bertanya. Bukan dia tidak tahu. Itu cuma helah untuk tidak bercakap soal jodoh lagi.

“Anak mummy sakit, kalau tak boleh mummy kenalkan anak mummy dengan Husna. Ni dia tidak sedar diri, macam mana mummy nak kenalkan….”Datin Rozni cuba menyampaikan hasratnya.

“Ohhh, jadi dah tenguklah anak Datin?”

“Dah…tu kat meja sebelah sana tu anak mummy yang sulung. Dia yang bawa mummy ke sini…” Datin Rozni memuncungkan bibirnya ke arah Asward yang tak lepas memandang Zulaika Husna. Apabila pandangan mereka bertembung, Zulaika tersenyum nipis. Asward Danial anggukkan kepalanya tanda menyapa Zulaika dari jauh. Ini rupanya along Armand. Lebih rendah daripada Armand, tapi raut wajah tak banyak bezanya. Armand lebih cerah.

“Datin, saya mintak diri dulu, ada masa, insyaallah kita jumpa lagi.” Zulaika tidak mahu berlama dengan Datin Rozni. Lagi pun dia tidak selesa menjadi bahan tatapan Asward.

“Eh…cepatnya…belum puas berbual dengan Husna…tak pe lah,…ermm boleh bagi nombor telefon Husna?”

Tanpa banyak bicara, Zulaika menyerahkan sekeping kad namanya berserta alamat tempat bertugasnya. Tiada alamat rumahnya di Kuala Lumpur. Kemudian, Zulaika berlalu pergi.

“Siapa tu mummy?” Asward menghampiri mummynya setelah Zulaika berlalu. Walaupun sudah beristeri dan beranak pinak, mata lelakinya tetap memuja kecantikan perempuan. Bukan hendak menggatal, sekadar menghargai ciptaan Allah. Itu yang selalu dia katakan kepada adik-adiknya bila mereka terpandang perempuan cantik.

“Itulah cikgu yang pernah mengajar Hanis dulu. Dah empat tahun mummy tak tenguk dia. Mummy pernah bercadang nak jodohkan dia dengan alang kau, tapi mak long pula yang rosakkan rancangan mummy. Agaknya memang mereka ada jodoh sebab tu Allah temukan mummy dengan Husna semula….” Panjang lebar mummy menerangkan kepada Asward.

“Mummy…sudah-sudahlah tu campur urusan jodoh alang. Kan mummy dah janji, lepas ini siapa pun yang alang suka, mummy akan satukan mereka. Mummy dah lupa ke?” Asward mula risau.

“Tu mummy tahu long, tapi mummy suka cikgu ni….tak salah kan kalau mummy cadangkan pada alang?”

“Mummy….memanglah tak salah mummy nak cuba, tapi mummy hormatilah pilihan alang. Mummy pun tahukan, keluarga mereka layan alang macam mana. Papa tu buat alang macam anak dia. Mana-mana pakar yang dia kenal, dia suruh rawat alang. Daddy pun tak buat begitu mummy. Along tak nak alang merajuk lagi mummy. Please mummy ye?” Asward sedaya upaya cuba memujuk dan menyedarkan mummynya tentang janji-janji mummynya dulu. Dalam hatinya geram bukan kepalang. Kalau budak dah lama aku sekel kepala. Nak ikut kepala batu dia aje. Kembang kempis hidung Asward menahan sabar. Bila Armand tak ada, macam-macam janji ditabur. Bila Armand dah ada depan mata, ini pulak yang difikirnya. Tak faham betul Asward dengan perangai mummynya. Apa salahnya fikir tentang hasrat anak? Bukan calang-calang perempuan yang dicintai Armand tu, anak Tan Seri lagi. Namun, tiada siapa pun yang memberitahu mummy bahawa buah hati Armand tu anak seorang Tan Seri. Biarlah, biar mummy tahu sendiri nanti.

ZULAIKA Husna membasahkan tuala muka. Badan Armand dilapnya dengan penuh kasih sayang. Belas hatinya melihat Armand yang tidak bergerak. Tangannya geram hendak menarik wayar-wayar yang berselirat ditubuh Armand, tapi takut pula kalau terjadi perkara-perkara yang diluar jangkaan.

“Abang, bangunlah. Sok Ika nak balik dah. Abang tak nak bercakap dengan Ika ke?” Zulaika berbisik ditelinga Armand. Matanya tidak lepas memerhati, kalau-kalau ada sebarang perubahan berlaku.

“Besok Ika balik, hujung minggu Ika datang jumpa abang lagi tau. Abang ingat Ika lagi, kan abang? Abang….ingat lagi tak pertemuan pertama kita? Mesra siswa tu? Ika tak pernah lupa detik itu abang…..”

Macam-macam yang dibualkan oleh Zulaika. Namun Armand tetap kaku. Akhirnya Zulaika lena disisi Armand. Keletihan dari pagi menjaga Armand membuatkan Zulaika tidur dengan begitu lena sekali tanpa menyedari Armand telah membuka matanya, mencari-cari suara Zulaika yang merayu-rayu dirinya tadi. Lapangnya dada Armand apabila melihat wajah kesayangannya lena ditepi katilnya.

“Sayang…..” Armand memanggil perlahan. Kering tekak Armand, suaranya jadi parau. Rasa dah bertahun dia tidak bercakap. Jari-jari Zulaika yang berada dalam gengamannya dikucup.

“Ika, baby….” Perlahan suara Armand keluar. Armand cuba bangun, tapi rasa terlalu berat untuk menegakkan badannya.

“Sayang…look at me baby….”

“Ermmm…..tidurlah….” Zulaika menjawab, tapi matanya masih pejam.

Armand tersenyum. Inilah Zulaikanya. Dalam tidur pun boleh bercakap. Masih tak berubah rupanya. Masih lagi bercakap dalam tidur.

“Abang haus sayang….” Armand cuba lagi untuk melihat sejauh mana tahap kesedaran Zulaika.

“Kedai dah tutuplah wak…” Zulaika menjawab selamba.

Adeh…sakit dada nak gelak. Armand senyum lagi. Jari-jari Zulaika digosok perlahan-lahan. Jari-jari runcing itu tidak dihiasi sebentuk cincin pun.

“Nak beli cincin apa ni sayang?” Armand mengusik lagi.

“Platinum la wak….awak dah janji kan?” menjawab lagi tu. Tapi mata tetap pejam.

“Sayang, bukalah mata tu….tak best la cakap pejam mata ni….”

“Esok nak periksalah wak…tidurlah…saya ngantuk ni…”

Armand tersenyum….ni macam dialog yang pernah dibualkan awal-awal percintaan mereka dahulu. Waktu Armand teman Zulaika ulang kaji pelajarannya untuk ‘exam’. Sambil membaca, sambil lelap. Agaknya Zulaika mimpi. Armand tekan pengera kecemasan di atas kepalanya. Seorang doktor dan dua orang jururawat bergegas masuk ke biliknya. Jururawat mengejutkan Zulaika. Terpisat-pisat Zulaika bangun.

“Kenapa nurse?” Zulaika bertanya dengan cemas.

“Sebentar ya puan, Encik Armand dah sedar, doktor nak ….”

“what???” Zulaika memintas cakap jururawat. Dia terus menuju ke katil Armand.

“Puan…sabar dulu…”

“Tak pe nurse….lepaskan dia, l miss her so much….come baby.” Armand bersuara.

Jari-jari Zulaika digengam erat sambil doktor membuat pemeriksaan ke atas Armand.

“Alhamdulilah Encik Armand. Rasanya tak ada apa yang perlu dirisaukan lagi. Encik rehat ye. Nak saya hubungi Dato dan Datin?” Doktor Azlan bertanya.

“No…” serentak Zulaika dan Armand menjawab. Armand tersenyum.

“Thanks Doc…saya kontek sendiri nanti….ermmm boleh dapatkan susu panas?”

“Sure….nurse, beri susu and soft bread pada Encik Armand…saya keluar dulu, anything, just buzz the bell, k?”

Apabila doktor dan jururawat keluar, suasana jadi hening seketika. Zulaika dan Armand bertatapan. Rindu sungguh saat-saat begini. Seribu satu kenangan silih berganti diruang mata.

“Come here baby…” Armand bersuara lembut.

Armand mendakap Zulaika kejap. Menghilangkan segala keresahan, kerinduan yang bertahun dia simpan. Airmatanya mengalir dipipi. Ingatkan tak dapat lagi menikmati saat bahagia begini.

“shhuuu…..dont cry baby….I wont leave you again…”

“I miss you abang.” Zulaika melepaskan perasaannya.

“Abang tahu sayang….”

“Abang tak sayang Ika ke? Kenapa tinggalkan Ika? Ika tak faham sikap abang. Cakap sayang tapi……”

“Baby please….its not easy for me too…I’m sorry, okey?

“Okey. Abang, Ika call papa, boleh?”

“On the speaker, abang pun dah rindu kat papa.”

Zulaika dail nombor papanya. Dua kali dail panggilan sudah bersambut. Papa belum tidur lagi ke? Dah jam dua pagi.

“Yes….what’s up girl?” garau suara Tan Seri Zainal. Baru nak terlelap dah dikejutkan dengan panggilan telefon dari Zulaika. Laju jantung Tan Seri Zainal berdenyut. Apahal pulak ni, desis Tan Seri Zainal dalam hatinya.

“Assalammualaikum papa….” Armand bersuara sebak. Tiba-tiba hatinya rasa sebak bila dengar suara papa Zulaika. Lelaki yang penuh dengan kasih sayang. Idolanya.

“Man??? Armand anak papa ke ni…Allahuakhbar…Man kan?” Tan Seri Zainal terkejut besar.

“Ya papa….Man ni. How are you papa? Could you come here papa?”

“Sure son…I’ll be there. Thank God….Oh my God…masya Allah….syukurnya. Eh..Baby mana?”

Armand tergelak. Baby, sayang, manja, Ika, adik, honey….tu semua panggilan untuk Zulaika Husna. Satu badan dengan pelbagai panggilan.

“Ada ni pa, dalam pelukan cinta abang. Datang cepat sebelum kami suruh orang tangkap basah kami…hahaha” Armand gelak sambil mengusik Tan Seri Zainal.

Tan Seri Zainal tersenyum puas. Gurauan Armand menandakan mindanya masih waras. Cintanya pada Zulaika masih kukuh. Syukur. Ya Allah….sesungguhnya aku amat bersyukur dengan segala rahmat yang telah engkau berikan, amin.

——————————
Novel Pelukan Cinta akan di hentikan sehingga bab 50. Insyallah novel ini akan dibukukan dan diterbitkan. Ingin mengetahui jalan cerita selanjutnya? tunggu…………..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

41 ulasan untuk “Novel : Pelukan Cinta 47, 48”
  1. amisha says:

    Yus…ini memang kesah benar. yang tidak benar hanya pada nama sahaja. wataknya masih ada lagi sekarang. baru berusia 31 tahun
    Adlin….memang too good to be true, but there is a guy like that…. setahun lebih saya mengambil masa untuk menyiapkan novel ini…tak berbaloi masa yang lama itu jika sekadar nak ciplak hasil orang. Anda tidak bertemu lelaki seperti itu dalam hidup anda???? keluarkan majalah jelita/wanita yang anda baca itu, saya pun teringin nak tengok juga.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"