Novel : Pilihan Mama 18

24 June 2010  
Kategori: Novel

11,074 bacaan 30 ulasan

Oleh : Umie Nadzimah

BAB 18
Semasa memandu ke pejabat, aku dapat merasakan ada sesuatu yang istimewa hari ini di dalam kotak surat siber. Justeru , aku tidak berlengah-lengah lagi apabila telah sampai, terus membuka e-mail, yang beralamat di sesawang syarikat. Alamat e-mail rasmi untuk urusan pejabat. Ada sepuluh e-mail terbaru , tetapi yang menarik perhatian untuk didahulukan adalah yang pertama, email dari pihak pentadbiran ibu pejabat di Zurich, Switzerland, dan yang kedua , e-mail yang mempunyai sentuhan peribadi, daripada gadis pujaan ku, Adila. Walaupun pendek sahaja ayatnya,tetapi cukup membuat aku teruja untuk memulakan hari yang mengembirakan.

Assalamualaikum
Encik Aiman,
Dah sihat ke ?
Bagaimana perjalanan balik ? Sorry, I tidak dapat drive you back
hari itu. Tapi hati risau juga, takut you masih kurang sihat.
Adila
E-mail tersebut menjadi alasan bagi aku untuk dapat mendengar suaranya yang lemak merdu, dan dirindui. Aku tidak membalas utusan sibernya, sebaliknya terus membuat panggilan interkom. Lebih cepat mendapat tindak balas.

” Hello, cik Adila, Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam”.

” Dah cukup syarat untuk bayar pengeras kan ?”

” Ye ke …..dah cukup?” Soal Adila diiringi ketawa kecil.

” Daaaah…. ! Wajib saya bayar pengerasnya, dengan segera. Untuk mengelak dari kejadian malang lagi. You kenalah terima juga”.

” Okay. Dengan niat, supaya you tidak ditimpa bencana lagi. Saya terima. Apa bentuk bayarannya ?”. Gurau Adila diiringi ketawa lagi. Menunjukkan keriangan hatinya semasa berbual dengan aku.

” Pada hari sabtu ini, selepas solat subuh, saya ambil you. Kita pergi minum teh. Boleh?”.

“Hmmm…..Ok. Tapi ke mana ?”

” Adalaaah…….Rahsia. Nanti setelah separuh jalan menuju ke tempat tu, baru you call parents , bagi tahu ke mana. Setuju ?”

” I boleh percaya pada you ke?”.

” Sudah tentu. Seratus lima puluh peratus you boleh percaya”.

“Hanya kita berdua ?”.

” Yupp…. I berhutang dengan you saja kan? .You janganlah minta I belanja satu bas pula. Kalau tak percaya lagi, boleh simpan salinan kad pengenalan atau passport I. Yang original pun I sanggup bagi . Asal dapat belanja you minum teh”.

” Jauh tak ?”.

” You nii….. I , tak bawa you ke Siam, pergi nikahlah ! .Tak jauh pun, minum teh aje. Dalam Malaysia . Jadi, you boleh kiralah, berapa kilometer, paling jauhpun, KL ke Perlis, atau ke Pantai Timur, atau ke Johor”.

” Hmmm…..melampaulah tu, nak minum teh, kena pergi Perlis !. You bagi masa I fikir dulu ya !. Nanti I bagi keputusan”.

” Terpulang kepada empunya diri. I harap jawapan positif. Jika tak, kalau I jatuh depan you nanti, you buat tak tahu sajalah !. Sebab I dah tak mahu tambah hutang. Walupun hobi yang you suka buat !”.

Kedengaran Adila tidak henti-henti ketawa. Terhibur dengan lawak tidak seberapa aku agaknya. Letak saja telefon pejabat ditempatnya, mata ku baru nampak Aliah sudah berada di pintu bilik.

” Kenapa Aliah, tercegat di situ?”.

” Encik yang panggil saya kan ? Saya nak masuk, tapi encik tengah bercakap di telefon tadi. Jadi tak beranilah saya”.

Berkerut dahi, memikirkan bila pula aku memanggil Aliah. Tetapi jika tidak, kenapa dia tercegat di situ pula ?.

” Saya dah lupa, saya nak minta apa dari you, Aliah. Nanti-nanti, jika saya ingat, saya interkom. Maaf ya !”.

Aliah mengangguk , sambil tersenyum. Terus berlalu. Sebentar kemudian, membawa secawan minuman panas kegemaran ku. Ini yang mebuatkan aku begitu sayang terhadapnya. Sebagai pekerja di bawah aku. Dia pandai menjaga hati bosnya.

“Terimakasih”

” Encik Aiman. Sejak dua menjak ni , saya tenngok muka encik makin berseri-seri. Selalu tersenyum. Ada apa-apa ke?”.

” Kat luar sana dah habis bahan gosip ke Aliah ? Awak nak korek cerita saya pula”.

“Bukan begitu encik. Kalau ada berita gembira, tak nak syer dengan saya ke ? Dah lama tak makan nasi minyak ni !”.

” Nanti tengahari, saya belanja awak makan nasi briani. Lagi sedap. Lebih kelas dari nasi minyak . Nak ?”.

” Ke situ pulak encik ni. Payah betul nak korek rahsia dia ! . Tapi kalau encik nak belanja, saya terima. Dengan May sekali ya!”

” Ajaklah seberapa ramai kawan baik awak. Jangan bergosip depan saya cukup. Pening kepala saya nanti”.

Aliah berlalu dengan ketawa memanjang juga. Ramai betul perempuan yang gembira hari ini. Teringat pula akan mama di rumah. Ternyata, hubungan kami sedikit terbatas sekarang ini. Sebab dia agak sibuk dan diisi dengan kegembiraannya. Aku pula ada sebab tersendiri untuk merasa gembira. Yang tidak mungkin dia tahu….. mengapa.

Tengahari itu, aku ditemani tiga orang wanita berbagai bangsa, Aliah, May dan Shanti, makan nasi briani Johor di restoran yang berhampiran dengan pejabat. Lengkap dengan air bandung istimewa. Sungguh berselera nampak wanita satu Malaysia ini makan. Geli hati pun ada , melihat gelagat mereka. Sememangnya rasa puas hati, jika sekali-sekala dapat menghadiahkan mereka dengan makanan-makanan yang sedap.

” Encik… sikit saja makan ?. Tak sedap ke?” .Shanti sedikit hairan.

” Saya baru baik sakit. Kurang berselera . You all makanlah puas-puas. Jangan malu pada saya pula”.

” Mana ada malu….” .

Serentak Shanti dan May menjawab. Ketiga-tiga mereka ketawa. Aku hanya tersenyum. Kemudian mata memerhati sekeliling. Ya ….Tuhan! . Darah ku berderau. Ternyata jodoh aku dengannya amat kuat . Ke mana saja aku pergi, dia mesti ada berdekatan. Betulkah ? .Aku tidak pasti. Yang aku tahu, aku sudah jatuh cinta padanya….

Dia berdiri , lalu pergi ke tempat mencuci tangan. Meninggalkan kumpulan kawan-kawan dua lelaki dan dua perempuan yang masih makan. Aku memerhati dari jauh. Pakaiannya, aku rasa pernah tengok sebelum ini. Tetapi bukan di pejabat, atau Port Dickson tempoh hari. Baju blaus biru, dipadankan dengan kain labuh, berbunga-bunga kecil, bewarna yang sama, bertanahkan warna hitam. Tudungnya pula biru cair, dipakai dengan cara yang begitu unik sekali. Dia teramat cantik dalam warna biru ! .

” Encik Aiman. Kami dah siap. Dah nak balik office. Terima kasih , belanja”. Aliah mengejutkan aku dari lamunan.

” Okay…okay . You all pergi dulu. Saya nak bayar bil, takut lama sikit “.

Aku masih ada masa untuk melihat tingkah gadis itu,sementara menunggu duit baki bayaran. Nampak seoarang dari kawan lelaki yang datang makan bersama-samanya, selalu sahaja merenung padanya, dengan pandangan semacam. Rasa cemburu membuak-buak di hati. Berani dia merenung Adila aku dengan penuh berahi ? . Aku tidak mengenali mereka semua . Mungkin , bukan satu tempat kerja denganku dan Adila.

Tidak lama kemudian, kawan-kawan perempuannya menyalaminya, sebagai ucapan selamat tinggal. Akupun cepat bergegas , untuk berjalan seiring dengannya , menuju ke pejabat.

” Ehh…..tiba-tiba muncul. Saya tak nampakpun encik Aiman tadi?”.

” Saja nak jadi spy you. Mana boleh tonjolkan diri !”. Adila ketawa mendengar gurauan aku. Ketawa pula ?. Tadi dengan kawan-kawannya, seperti payah untuk senyum.

” Makan dengan siapa tadi ? Ramai”.

“Ada kawan, ada sepupu. Dia orang tu suka buat kejutan. Dah sampai depan pejabat, baru nak call” .

” You kedekut kot ! Kalau telefon awal-awal, you cari alasan itu ini. Padahal, takut kena belanja makan”.

” Haaa……..dah tahu tak apa. I kedekut duit , tapi tidak… tenaga”. Balas Adila, sambil ketawa lagi.

” Itu, ingatkan hutang I pada you ke? So, macam mana, dah buat keputusan?”.

” Bagi I sikit masa lagi ya ? .I baru saja lepas terkejut dengan kedatangan mereka tadi”.

” Patutlah susah nak senyum tadi”.

” Jadi, betullah you spy I ?”.

“Ha…ha…ha, tertipu juga you dengan gurauan I ?”

Adila seperti kurang selesa dengan lawak tidak menjadi aku. Dia mempercepatkan langkah menuju ke lif untuk ke pejabatnya di tingkat tujuh. Melihat kelibatnya yang kehadapan sedikit dengan pakaian yang sebegitu, tiba-tiba aku mengingati sesuatu.

” Adila…”.

Suara ku seperti terjerit sediki, kerana dia sudah jauh ke hadapan. Dia menoleh dan berhenti menunggu. Juga merenung mata aku. Dada aku tiba-tiba berdegup dengan kencang sekali.

” I rasa….. I dah ingat di mana I mula-mula jumpa you”.

” Iyaa ? Di mana you ?”

“Di KLIA. Penerbangan dari London. Betul tak ?”

Mendengar jawapan ku, wajahnya merona merah. Tidak pasti mengapa? Di harap janganlah aku tersalah cakap

“Yang dipeluk Mr Smith tu… you ?”.

Aku menganguk sambil tersenyum padanya. Aku telah berjumpa kembali dengan wanita yang membuatkan jantung aku berdegup amat kencang, dan jiwa melayang-layang ke dunia lain. Kala itu, sekelip mata dia datang, dan sepantas kilat menghilang. Hari ini, aku telah berjumpa kembali…….

—————————
Novel ini dalam penilaian penerbit, apa pandangan anda tentang novel ini?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

30 ulasan untuk “Novel : Pilihan Mama 18”
  1. rin says:

    best la tak sabar nak tungu sambungannya??????

  2. rin says:

    bestnya citer ni???????

  3. rin says:

    citerna best????

  4. sabrina says:

    suke sgat2 bile dia mule jatuh cinta dgn adila.. sye pon first time jatuh nnti rase mcm nie…eeiii seronoknye :grin: :grin: :razz: :razz: :lol: :lol: :lol: :lol:

  5. NiSa says:

    novel ni mmg best….. knp x diterbitkan?

  6. Momolalabee says:

    dah bertunang baru nak muncul jodoh dia. Tapi tetap Best! really recommend!! ;-)

  7. nur says:

    best citer ni.klu nk diterbitkn elok sgt la 2

  8. Zana sweeT says:

    :mrgreen: bezzzzz….terbitkan jew..msti rmai yg beli…

  9. rahmatnisha says:

    bes!bes!bes!!!trbitkan je..novel nie unik sbb kbanyakkan novel xde jdkan wtk laki sbg wtk utama…n pnulis plak gne “aku” tuk cite psl aiman nie nie..so..mcm somthng yg luar biase…cume kne b’hatie2 dlm ejaan je lah..

  10. Lyna says:

    Confirm adila ne calon mama dia yg pertama sebab mama aiman ada mentioned tentang calon pertama dia pernah belajar kat london dulu.Agak2nya lah ya..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"