Prince Charming

21 June 2010  
Kategori: Novel Di Pasaran

24,353 bacaan 80 ulasan

Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang …dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Penulis : Ratu Bulan
Penerbit : Fajar Pakeer
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

80 ulasan untuk “Prince Charming”
  1. nurul says:

    novel ne best sgt. . .melucukn dan mnydih kn. . :)

  2. mieranurul says:

    mula2 sphm…lastly bez gak…

  3. nana says:

    best sgt 2 novel ni.. wjib bca

  4. amy idayu says:

    saya x faham pasal nazrul dan nazrin.saya suka masa part annual dinner

  5. tina says:

    best sangat citer nie…mula2 x paham tpi last skali baw pham yg nazrul 2 ad kmbar dn mnghidap pnyakit jantung .sgt mngayat hati bgi stiap pmbaca…

  6. are_yue says:

    cter ni bezt sangat2..rugi sangat kalau x bce..ni first novel sy bce yg sangat2 touching dan mcj yg nk d sampai kan tuhh dapat dsampai kan dgn baik dan bgos….cter yg interesting dan rse x sabar2 nk abez kan..cter ni mmg yg terbaek drpd yg terbaek yg penah sy bce…apa pown novel prince charming nie cgat bezt…ble da bce skali mest nk bce lagi.. cter ni membuat kan kte clalu berimaginasi dgn dri sendiri..

  7. amalina jay says:

    best citer ni.sy baru je mula baca hari ni..later kat rumah smbung bace.gpon masani sy kat skolah.heheheheee… :)

  8. fina says:

    bku ni sweet sgt! comel jer nazrul ngn nurul <3

  9. haqita says:

    x phm btol larh nazrin ngn nazrul
    sweet jugak cite nie…
    ingatkan nurul ngn fiq rupa2nye ngn nazrul(musuh dye)
    hikhok :)

  10. Iman says:

    tak abr nak beli !! HaHa Ha .. :D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"