Ad + Iz

9 July 2010  
Kategori: Novel Di Pasaran

33,930 bacaan 119 ulasan

Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.

Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.

Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.

Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.

Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.

Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.

“Kau bercakap senang la, Qhuz. Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya. Aku tak sanggup nak lukakan hati orang. Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri. Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku. Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan….”

“Adry, kenapa bukan aku? Kenapa Farriel yang berhati batu tu yang jadi suami kau?” keluhnya.

Tahniah novel ini berada di no 1 Carta Bestseller di MPH

baca bab awal 1 – 20 di Klik Disini Untuk Membaca

Penulis : Eury Ethena
Penerbit : Kaki Novel
Harga Semenanjung : RM21
Sabah / Sarawak : RM24


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

119 ulasan untuk “Ad + Iz”
  1. rawiyaniramli says:

    novel ni mmg superb! da b’ulang2 aku baca.. =p

  2. nor says:

    mmg la susah la nk dpt novel nie sye sampai skrg x jmpe lg novel nie kat MPH dan popular ipoh perak,rugisye x dpt bace novel nie sampai hbis

  3. babylOve says:

    memang novel ni best…terbaik dari kedai…hahahaah

  4. diela94 says:

    x sbar nk bli.cm best je.sya bg 5 bintang

  5. treelover says:

    novel ni mmg best gilew tahap cipann….ayt ye sempoii sesangat…gile argh!! best!!

  6. ieza says:

    bez cte ni.. wjib dmiliki..:-)

  7. aqil says:

    weh nak tnya…last cite ny cm ne???lau hapy..sya nk bli…

  8. Fadzlyn says:

    best.. ending dye hapi ngat.. memang power punya novel ni..
    sy dah beli xpi ilang sbb ramai sngat pnjam.. sedih geram rase..
    sob.. sob..

  9. puteri bongsu says:

    kpada sesiapa novel nie ok x???best x???

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"