
Ad + Iz
9 July 2010
Kategori: Novel Di Pasaran
33,930 bacaan 119 ulasan

Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.
“Kau bercakap senang la, Qhuz. Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya. Aku tak sanggup nak lukakan hati orang. Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri. Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku. Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan….”
“Adry, kenapa bukan aku? Kenapa Farriel yang berhati batu tu yang jadi suami kau?” keluhnya.
Tahniah novel ini berada di no 1 Carta Bestseller di MPH
baca bab awal 1 – 20 di Klik Disini Untuk Membaca
Penulis : Eury Ethena
Penerbit : Kaki Novel
Harga Semenanjung : RM21
Sabah / Sarawak : RM24













beli la nvel nie mmg xkn myesal pon…buat la smbungn ad+iz 2..sbb nvel nie sgt best…
buku mesti baca… 4 1/2 bintang
Rasanya ann dengan iz tu twins!bagi akulah…mungkin dia ni anak org kaya… Tapi?! :-s
kena p cari ni..cam best jew
memeng best ! x menyesal klw beli ,,, like like like
best nyer novel nie..rugi klau x bce..
novel ni mmg best!! tapi yg tak best nye…dh hilang.huhu. takde dikeluarkan di pasaran lagi ke??? susah lah nak dapat…..
cter ni mmg best,tp ssh nk cri…
nk sgt nvel,mcm da jtuh ati la plak
heheheheee
NOVEL NI ADA KAT PASARAN LAGI TAK