Cerpen : Aku seorang pendidik

9 July 2010  
Kategori: Cerpen

2,802 bacaan 13 ulasan

Oleh : cahaya chenta

“kenapa tak buat rayuan? Mintak tukar mengajar kat tempat lain?”
“kanapa nak mintak tukar? Ok pe kalau aku mengajar kat sana.”
“sepupu aku yang laki tu pun tak sanggup nak hidup kat sane,ini pulak kau yang perempuan ni. Tak takut ke?”
“nak takut apa nye Atul,dah tugas aku kan. Kalau aku takut,masa mula-mula aku nak pilih kerjaya sebagai guru ni aku kena fikir masak-masak tau.”
“bukan senang yang macam kau cakap ni fad. Dah la jauh ke pendalaman,jalan tar pun tak de. Tanah merah je tau. Nak bawa masuk kereta pun tak ada jalan. Kau nak beli barang-barang pun kena keluar jauh. Dah tu kena naik bot baru jumpa bandar. Mesti banyak binatang buas dan yang penting line tak clear kat sane. Macam mane nak berhubung. Internet pun tak dapat. Orang kat sane pun mesti pelik-pelik kan. Eeee,seram aku.”
“tu la yang manusia sekarang tak sedar sebernarnya. Kita ni hidup semua nak mewah. Nak keluar beli barang, pecut kereta da sampai. Nak mandai,duduk dalam tab je. Siap boleh tidur lagi. Kalau pasal teknologi macam-macam kita boleh kuasai. Tapi pernah tak kita fikir kesusahan orang yang nasib diaorang tak sama dengan kita….”
Aku berhenti seketika. Mencari nafas untuk meneruskan kata-kata aku. Apa yang aku katakan ini adalah lahir dari hati aku sebagai seorang manusia. Walaupun kesusahan yang Atul katakan banyak benarnya tapi itu semua tidak dapat mematahkan semangatku.
“susahnya nak dapat bekalan makanan,perubatan ,apa lagi nak kuasai semua teknologi. Terpaksa berjalan berbatu-batu hanya untuk mendapat nilai sebuah kehidupan. Anak-anak pulak tak dapat pelajaran. Ibu bapa tak mampu nak hantar anak ke sekolah. Alasannya anak dijadikan sebagai punca mencari rezeki. Kita tak pernah fikir semua tu kan. Dan menjadi pendidik di sane, itulah satu-satunya cara yang boleh aku bantu. Sebab itu sahaja peluang yang aku ada untuk lihat bangsa aku mampu untuk merubah kehidupan diaorang lebih baik lagi.”
“aku bangga ada kawan macam kau.”
Saat itu jari -jemariku digenggam erat oleh Atul. Semangatku semakin bertambah apabila kawan baikku memberi sokongan kepadaku. Ya ! aku akan teruskan perjuangan ini sehingga ke penghujungnya. Dan tak mungkin aku kan berpatah balik….
* * * * *
Hari pertama aku menjejakkan kaki ke kampung Batu Api, Sandakan.Tidak langsung mematahkan semangat aku. Keadaan yang dikahbarkan oleh Atul amat jelas kelihatan pada pandangan mataku. Namun keindahan alam yang terhampar di hadapan ku lebih mengatasi segalanya. Indah. Terlalu indah. Itulah perkataan yang lahir dari bibirku tak kala Tok Batin menunjukkan kawasan sekeliling padaku.
Aku kemudiannya dibawa ke tempat penginapan aku. Tidak sebesar rumah sewaku dan mungkin tidak seselesa di rumahku. Namun inilah tempat permulaanku untuk melihat anak bangsa ku berjaya.
“dekat sini tak selesa macam di bandar. Di bandar tak perlu ke telaga kalau nak mandi, kalau panas ada kipas,kat sini tak ada semua tu. Cikgu tak apa?”
Aku merenung ke bola mata Tok Batin. Aku cuba menyelami hatinya. Aku tahu dia risau akan keadaan aku di tempat yang tidak selesa seperti di bandar. Mungkin dia menganggap aku seperti guru-guru yang lain yang datang mengajar di sini. Seorang guru yang akan merungut tidak selesa tanpa air-cond,tanpa tab mandi,tanpa kereta dan tanpa segala kemewahan yang ada. Seorang guru yang akan bertahan dalam masa sebulan sebelum menunggu keputusan rayuan mereka untuk ditukarkan tempat bertugas dipertimbangkan. ‘aku tidak seperti itu tok batin.’
“ada tempat untuk saya berlindung dari panas dan hujan dah cukup untuk saya Tok Batin.”
“cikgu tak macam cikgu-cikgu lain. Mereka semua suka merungut. Sampai sini sudah marah-marah.”
“sebab hati kita lain-lain. Tak semua apa yang saya suka mereka suka dan mungkin saya tak suka apa yang mereka suka.”
Tok Batin mengangguk-angguk. Dari riak wajahnya aku nampak dia berpuas hati.
“kalau cikgu nak apa-apa kata sama saya. Saya akan bantu. Saya balik dulu.”
” tok Batin…”
“apa cikgu?”
“Boleh Tok tunjukkan dimana sekolahnya esok pada saya.”
“boleh cikgu. Boleh.”
Tok Batin hilang dari pandanganku. Aku merenung kembali tempat yang akan menjadi teratak ku. Mungkin akan menjadi teratak ku selamanya. Kalau aku ditakdirkan berkhidmat disini sehingga tamat tempoh perkhidmatanku , ianya akan menjadi sebuah rumah yang akan membawa seribu memori kepadaku.
Melangkah ke dalam rumah yang beralaskan papan tidak menyentuh hatiku untuk berpatah balik. Aku bukanlah datang dari kalangan keluarga yang berada dan ini bukanlah situasi yang asing bagiku.
Aku meninjau kawasan sekeliling rumah. Ada sebuah bilik,dapur dan ruang tamu. Di dalam bilik hanya ada sekeping tilam dan bantal. Terdapat sebuah almari kecil disebelahnya. Di ruang tamu pula hanya terdapat sebuah meja dan kerusi dan di atasnya terdapat satu pelita minyak tanah. Manakala di dapur terdapat dapur kayu dan juga beberapa alatan dapur. Cukuplah untuk aku meneruskan hidup di sini.
Aku kebelakang rumah mencari telaga. Tidak lah begitu jauh dari dapur rumah. Telaganya agak dalam dan terdapat satu bekas yang diperbuat dari besi disangkut rapi di atas satu palang kayu. Di sebelah rumah ku terdapat sebuah lagi rumah yang sama dengan aku. Fikiranku ini juga rumah seorang guru. Jadi tidak lah aku kesunyian. Aku berharap ianya rumah guru wanita,bolehlah aku menumpang dirumahnya tak kala kesunyian.
Aku merenung kembali sekelilig rumah ku. Inilah keputusanku, inilah impian ku, jadi mengapa semua ini akan menjadi penghalang untuk aku meneruskan cita-citaku….

* * * * *

Hari pertama di sekolah baru. Keadaannya tidak sama seperti disekolah bandar. Disini hanya ada beberapa kelas sahaja. Gurunya pun tidak ramai di sini. Tiada langsung kemudahan asas di sini. Seperti makmal komputer, makmal sains apatah lagi sebuah perpustakaan. Bilik gurunya pula tanpa air-cond, meja yang tidak berapa sempurna dan agak sempat yang memuatkan hampir sepuluh orang guru termasuk aku.
Aku berjalan ke sekeliling sekolah bersama pengetua. Melihat sepuluh kelas di sini di antara tingkatan satu hingga lima. Bilangan pelajar dalam kelasnya pula bagiku tidak cecah puluhan orang. Pengetuaku memberitahuku bahawa ramai anak-anak dalam kalangan umur ini lebih gemar mencari rezeki daripada menuntut ilmu. Aku tidak terkejut dengan situasi itu kerana Tok Batin sudah memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepadaku.
“terima kasih cikgu kerana sudi datang mengajar di sini.”
Aku mengagguk dan tersenyum kepada pengetuaku yang bernama Encik Yahya. Aku merenung dirinya. Kedutan telah kelihatan pada raut wajahnya. Jangkaan ku usianya mencecah separuh abad. Tapi aku dapat melihat darah seorang pendidik mengalir dalam dirinya. Walaupun pertama kali aku bertemu dengannya tapi masih jelas semangatnya untuk membangunkan anak bangsa. Kalau tidak , dia tidak akan berada di sini dan dalam keadaan menerangkan segala permasalahan yang berlaku di kampung pendalaman ini.
“Memang impian saya untuk datang mengajar di sini.”
” Jarang saya dengar seorang cikgu kata sebegini. Kebanyakkan yang datang ke sini sebab terpaksa. Saya dulu pun terpaksa cikgu. Tapi lama-lama kat sini dah jadi seronok pulak. Macam dah sebati dalam jiwa saya.”
Pengakuan jujur dari seorang guru yang bergelar pengetua. Aku bangga dengan dirinya. Daripada khabar yang ku dengar dari seorang guru di sini, En Yahya sudah hampir 30 tahun mengajar di sini. Dari seorang guru biasa sehingga bergelar pengetua. Mungkin aku juga boleh jadi seperti itu.
“ok cikgu. Saya ke bilik saya dulu. Kalau ada apa-apa cikgu boleh datang jumpa saya.”
” terima kasih Encik Yahya.”
Aku melihat Encik Yahya pergi meninggalkanku. Aku kembali dalam dunia tafsiranku. Mentafsir segala yang ada di sekelilingku. Sebuah sekolah yang tiada apa-apa pencapaian untuk dibanggakan. Sebuah sekolah yang tiada kemudahan yang boleh digunakan. Tapi aku dapat melihat usaha seorang pengetua yang separuh abad usianya,aku jadi bangga.
Aku kembali ke bilik guru. Waktu mengajarku adalah pada pukul 10 pagi. Sekarang baru pukul 9 pagi. Bermakna aku ada lagi sejam untuk berkenalan dengan guru-guru yang ada dalam bilik guru itu. Aku sedikit berdebar untuk bertemu dengan rakan-rakan baru. Sama seperti mula-mula aku bertugas sebagai guru di sekolah di ibu kota suatu masa dahulu.
” assalamualaikum.”
“waalaikumussalam.”
Salam ku disambut oleh seorang cikgu wanita yang berbaju ungu dan bertudung coklat. Mukanya agak gelap dan bertubuh sedikit berisi. Mejanya berada di sebelah ku. Dia kemudiannya tersenyum kepadaku. Senyumannya manis. Anggaranku umurnya dalam lingkungan 40 an. Dia seniorku. Mungkin aku boleh timba pengalaman yang ada padanya.
” mazni.”
” fadhilah. Boleh panggil fad je”
” ramai ni jela cikgu yang mengajar kat sini fad. Yang banyaknye senior-senior macam kami la. Yang macam fad ni ,dalam sebulan dua je bertahan.”
Aku faham akan maksud cikgu Mazni itu. Mungkin dia sedang mengujiku ataupun sedang memerliku. Aku tidak ambil pusing dengan kata-katanya. Kalau dia ingin mengujiku aku akan buktikan yang pandangannya pada ku tidak benar. Kalau dia memerliku dan itu adalah hak dia. Aku kemudiannya berkenalan dengan beberapa guru yang ada di situ. Beberapa orang guru lagi sedang mengajar.
“kelas fad pukul berapa?”
“pukul 10. Kenapa kak?”
” jom pergi sarapan.”Aku mengangguk. Kami kemudiannya menuju ke kantin. Aku berasa lega. Sekurang-kurangnya cikgu Mazni menerima aku sebagai rakannya. Semasa perjalanan ke kantin aku bertembung dengan seorang cikgu lelaki yang lebih kurang 30 an. Dia adalah jiranku. Dia adalah cikgu lelaki yang tinggal di sebelah rumahku. Cikgu lelaki yang tidak membalas senyuman ku pagi tadi ketika bertembung di luar rumah. Begitu juga dengan sekarang. Dia langsung tidak menunjukkan riak puas hati dengan keberadaan aku walaupun dengan cikgu Mazni.
“cikgu baru kita. Mengajar matematik.”
Aku terdengar cikgu Mazni memperkenalkan aku kepada cikgu lelaki itu. Dia tetep tidak memandang kepadaku.
“kita tengok berapa lama dia boleh mengajar di sini.”
Cikgu lelaki itu terus berlalu pergi setelah mengeluarkan kata-kata yang bagiku agak keterlaluan bagi seorang cikgu baru.
“cikgu Iqbal nama dia.” Cikgu Mazni seperti menenangkan gelodak hatiku.
” Dia tu satu-satunya cikgu muda yang bertahan di sini. Fad nak tahu,specialnya cikgu-cikgu kat sini berpasangan.”
” berpasangan?”
” kecuali Fad dan Iqbal yang masih single, yang lain dah berkahwin dan suami atau isteri mengajar dekat sini,di sekolah yang sama.”
“yea?” kagum aku mendengarnya.
” tapi kenapa perangai cikgu Iqbal macam tu?”
” dia memang macam tu. Anti perempuan sikit. Jom lah makan,nanti lambat pulak Fad nak masuk mengajar.”
Aku terus mengekori cikgu Mazni. Ya aku harus segera. Sekejap lagi aku akan berhadapan dengan pelajar baruku. Entah apa riaksi mereka menerima kehadiranku. Dan entah apa pula ragam mereka. Aku harus bersedia segalanya. Dan aku juga tidak sabar untuk menemui mereka………

* * * * *

Aku merebahkan badanku di atas tilam yang sejak semalam sudah menjalankan tugas sabagai alas badanku. Walaupun tidak empok seperti tilam di rumahku, aku tetap bersyukur daripada beralaskan lantai papan.
Tidaklah seteruk yang disangka,mereka semua menerima aku sebagai pendidik di sekolah itu. Kecuali cikgu Iqbal yang masih memandang serong kepadaku.
” Dia memang macam tu. Anti perempuan sikit.”
Terimbas kembali kata-kata cikgu Mazni di telingaku. Kenapa pula dia anti kepada perempuan. Kalau ikutkan kaum perempuan, tentu sekali ibunya tergolong dalam golongan itu. Takkanlah dia juga anti kan ibunya.
Ah ! mengapa perlu aku kusutkan kepala memikirkan lelaki itu. Aku bangun memandangkan solat zuhur yang masih tertangguh. Aku segera ke telaga. Mandi secepat yang mungkin untuk mengejar waktu zuhur yang tinggal penghujungnya. Bukannya aku tidak mahu solat zuhur di sekolah,tapi kelas aku tadi di waktu akhir persekolahan. Jadi aku terus pulang memandangkan aku juga perlu berjalan kaki untuk sampai ke rumahku.
Usai solat zuhur,aku menanak nasi. Menggunakan dapur kayu suatu pengalaman baru bagiku. Tapi itu yang aku impikan mengapa aku harus merungut. Sementara menunggu nasi masak, aku menggoreng telur. Agak lama juga menuggu telur masak. Memandangkan perut aku yang sudah berbunyi, maka telur dan kicap sahaja lah menjadi juadah tengah hari ku.
Tiba-tiba ingatanku kembali kepada cikgu Iqbal. Kalau aku sebagai perempuan hanya telur dan kicap dan dia apatah lagi? Entah-entah hanya mee segera. Kenyang ke dengan makan itu sahaja?
Sekali lagi aku memikirkan lelaki itu. Apa guna? Aku terus melakukan kerjaku. Setelah nasi masak aku pun mula menjamah. Bagaimana kalau segala bekalan mentah seperti beras,minyak ,gula,garam,telur kehabisan? Macam mana aku nak dapatkannya? Suapan ku terhenti. Aku menjadi risau pulak memikirkan semua itu.
Mungkin aku boleh bertanyakan kepada cikgu Mazni ataupun Encik Yahya. Mereka sudah lama di sini. Sudah tentu mereka sudah masak dalam keadaan sebegini….
.* * * * *
Sebulan sudah aku mengajar di sekolah ini. Aku sudah mula membiasakan diri. Aku sudah tahu bagaimana untuk mendapatkan bekalan makanan jika ianya kehabisan. Setiap minggu sebuat trak akan masuk ke perkampungan ini. Sesiapa yang ingin ke bandar akan menaiki trak itu lalu di bawa ke jeti. Di jeti beberapa buah bot yang sedia menanti akan membawa kami ke bandar.
Uniknya kehidupan seperti ini. Dan disebaliknya terselit suatu keindahan yang tidak dibayangkan dengan kata-kata. Aku membayangkan yang semuanya indah walaupun ianya sesuatu yang sukar bagi manusia yang tidak biasa melaluinya.
Hari ini semasa aku masuk ke kelas, seorang pelajar ku sedang menangis. Aku menghampirinya. Cuba untuk memujuknya sambil diperhatikan oleh pelajar-pelajar ku yang lain.
” kenapa upih?”
” aku tak mahu belajar lagi.” Teriaknya semakin jelas.
“kenapa?”
“bapak aku mati sebab aku belajar.”
“awak bukan penyebab kematian bapak awak. Itu sudah takdir upih.”aku melihat pelajar ku yang lain mengangguk tanda menyokongku.
” mak aku kata aku penyebabnya.”
Aku merenung anak mata Upih. Jelas pada anak matanya dia seorang yang kuat usaha. Sia-sia kalau usaha yang dia ada dibiarkan begitu sahaja.
” Nanti saya jumpa mak awak dan cuba bercakap dengan dia.” Aku cuba memujuk Upih.
” Terima kasih cikgu.” Upih terpujuk dengan kata-kataku. Perasaan ku kembali lega.
“ok semua. Kembali tempat masing-masing. Kita mulakan pelajaran kita hari ini.”

Dan aku meneruskan tugasku seperti biasa. Walaupun ianya agak sukar untuk menerangkan kepada mereka kerana mereka lambat untuk memahaminya tetapi akan cuba yang sebaik mungkin…….
* * * * *
Petang itu dengan berpandukan arah yang ditunjukkan oleh Tok Batin aku kerumah Upih. Aku ingin bercakap dengan ibunya. Apa pun sekali yang berlaku aku harus memastikan yang Upih akan tetap berada di sekolah itu. Aku yakin dengan usaha Upih ,dia akan berjaya.
Dari jauh aku nampak Upih sedang memotong kayu api di hadapan rumahnya. Apabila menyedari kehadiranku dia berteriakan memanggil ibunya dengan wajah girang.
“cikgu datang!! Yeh cikgu datang!!” Upih melonjak kegembiraan.
” Ada apa cikgu?” suara garau seorang wanita mengalihkan pandanganku pada Upih.
” Saya nak cakap sikit dengan mak Upih.”
” duduklah.” Aku duduk di anak tangga rumah Upih manakala ibunya hanya duduk di sebalik pintu.
” Upih tu rajin belajar. Kerja sekolah yang saya bagi semua dia buat. Cakap saya pun dia dengar. Saya yakin kalau dia terus belajar di situ, dia akan berjaya.”
” Sebab dia belajarlah bapak dia mati.”
” Mak Upih tak boleh cakap macam tu. Bapak Upih mati sudah takdir. Upih harus diberi peluang untuk belajar. Nanti dia boleh ubah nasib keluarga ni.”
“Peluang apa? Kalau dia ke sekolah siapa nak keluar kerja. Dia anak sulung. Siapa nak cari kayu api kalau dia keluar ke sekolah? Cikgu tak apa. Orang kaya. Boleh guna duit beli kayu api. Kamik nak guna apa?”
“Bapak dia mati sebab kerja keras nak bagi dia belajar. Tapi apa kami dapat. Bapak dia mati. Siapa nak cari rezeki?”
” Upih akan berjaya kalau diberi peluang.”
“Peluang apa lagi cikgu? Sejak cikgu datang mengajar di sekolah ni,anak aku jadi lupa kerja,dia jadi lupa potong kayu api. Dia belajar,belajar,tapi apa yang ada. Nasib keluarga kami tak akan berubah sebab Upih tak kan pandai sampai bila-bila.”
” mak Upih…” aku cuba berlembut dengan wanita itu. Wanita itu semakin meniggikan suaranya.
“Inilah peluang untuk menebus segala pergorbanan ayah Upih,inilah peluang untuk Upih kerja dengan jawatan besar,peluang untuk ubah kehidupan mak sekeluarga. Kalau kita sama-sama menyokong Upih,InsyaAllah dia akan berjaya. Dia akan tebus segala pengorbanan mak dan ayah Upih. Percayalah !!”
” Upih seorang yang kuat usaha. Di sekolah, dia tak pernah buat jahat. Saya jugak percaya dia anak yang baik. Dia pernah cerita pasal ayah dia yang nak lihat dia berjaya. Ayah Upih nak dia berjaya mak. Sebab tu ayah Upih kerja kuat. Kalau Upih berjaya,pasti ayah Upih bangga.”
“sebab cikgu yang paksa anak aku belajar kuat, sebab tu ayah Upih kerja kuat jugak nak bagi Upih sekolah. Semua ni salah cikgu!salah cikgu!! Sebab cikgu laki aku mati!!” Mak Upih semakin galaknya marah padaku. Dia yang tadinya duduk sudah berdiri. Aku lihat di sebelah tangannya ada sebilah parang. Aku tidak sedar bila adanya parang itu disebelahnya.
” Baik cikgu berambus dari sini!! Berambus!!”
Aku semakin gentar apabila parang tadi dihanuskan kepadaku. Mak Upih sudah seperti orang gila amuknya.
” Cikgu tak salah mak,cikgu tak salah. Upih yang nak belajar. Cikgu tak paksa.” Upih menghalangiku daripada dicederai oleh ibunya.
“kalau mak nak bunuh,bunuh Upih. Jangan bunuh cikgu.”
Aku terharu mendengar kata-kata itu. Butirnya lahir dari hati yang suci dengan linangan air mata. Upih sedang melindungiku. Upih sanggup mati keranaku. Begitu besarnya pengertian ini kepadaku sebagai seorang pendidik.
“tepi kau Upih!tepi!aku nak bunuh cikgu ni.”
Nyawaku seperti di hujung tanduk kini. Walaupun yang kini berhadapan dengan Mak Upih adalah Upih sendiri, tapi aku merasa ketakutannya. Aku tidak mahu berlaku apa-apa pertumpahan darah di sini.
” mak upih! Apa yang kau buat ni. Letak parang tu. Anak sendiri pun kau nak bunuh.”
Tok Batin berlari anak menghampiri kami bersama dengan beberapa orang kampung. Mereka datang untuk meleraikan kami.
“aku nak bunuh cikgu ni. Aku nak bunuh!!”
Mak Upih terduduk menahan tangisannya. Amuknya tidak seperti tadi. Parang tadi sudah pun dilepaskannya.Upih juga sudah terduduk menahan tangis.Aku jatuh simpati kepada dua beranak ini. Akukah yang bersalah? Akukah yang terlalu memaksa Upih? Akukah yang telah menyebabkan kematian ayah Upih?
” baik cikgu balik dulu. Biar tenang dulu di sini.”
Tiada apa yang perlu aku lakukan kecuali mengikut arahan Tok Batin. Sebelum pergi,aku memandang wajah Upih. Wajah itu tersenyum kepadaku. Tersenyum mungkin kerana aku selamat daripada dibunuh oleh ibunya.
‘ upih! Aku akan bantumu sehingga berjaya’
Tekadku dalam hati sebelum meninggalkan rumah usang mereka. Aku tidak akan sesekali berputus asa. Aku akan terus memujuk Mak Upih. Aku nak lihat Upih berjaya. Biar aku mati tertusuk parang tajam sekalipun aku tak kisah. Asalkan anak muridku berjaya……
* * * * *
” Ada orang tu nak tunjuk baik, tapi tak menjadi. Nasib baik tak mati kena bunuh.”
Inilah ayat pertama yang aku dengar tak kala melangkah masuk ke bilik guru. Aku kenal benar dengan suara itu. Suara yang tidak pernah berpuas hati denganku sejak aku mengajar di sini. Suara yang datangnya dari tuan yang tidak pernah senyum padaku walaupun tinggal bersebelahan rumah.
” Dia ingat apa yang dia buat tu semua orang suka. Nak buat baik tapi tak kena tempat. Pergi baliklah.”
Ayat yang dikeluarkan sekali lagi oleh cikgu Iqbal menghiris hatiku. Kalau ikutkan hati memang dah lama aku penampar lelaki ini. Tetapi memandangkan ada beberapa orang guru yang berada dalam bilik guru ini, aku membatalkan hasrat ku.
” selalunya perempuan yang selalu buat gosip. Hmmm…dunia sekarang ni dah terbalik fad,laki pulak yang suka duk bawa mulut.”
Syukur yang amat sangat apabila cikgu Mazni mempertahankanku. Dialah yang selalu membelaku apabila aku ditindas oleh si lelaki pembawa mulut itu.
” Nak ambik perhatian la tu kak. Sebab tak ade orang pedulikan dia.”
” Kurang kasih sayang.” Cikgu Mazni menambah.
Cikgu Iqbal keluar dari bilik guru dengan wajah yang masam. Aku bersorak dalam hati kerana berjaya mengenakan lelaki itu. Aku kemudiannya ketawa bersama-sama cikgu Mazni.
” Macam tu cara kita nak ajar dia. Baru padan muka.”
Aku angguk tanda menyokong cikgu Mazni…..
* * * * *

Seminggu sudah Upih tidak datang sekolah. Aku semakin risau. Aku risau Mak Upih telah mengapa-apakan Upih. Aku akan kerumahnya petang ini. Biar apa pun yang akan terjadi , aku akan tetap pergi kerumahnya.
Aku ke rumah Upih petang itu bersama Tok Batin. Tok Batin tidak membenarkan aku ke rumah mereka seorang diri. Alasannya takut Mak Upih mencederakan aku. Aku amat bersyukur kerana Tok Batin menyokong usahaku untuk melihat Upih terus mendapat pendidikan di sekolah itu.
” Mak Upih! Oh Mak Upih!! Tok Batin terus menjerit memanggil Mak Upih apabila kami tiba di rumah mereka.
” Nak apa lagi?”
” Mana Upih?”Tok Batin terus bertanya.
” Ke hutan sana. Cari rotan.”
“Mak Upih…saya nak cakap sikit dengan Mak Upih ,boleh?” aku bersuara.
” Apa?”
” Upih dah seminggu tak ke sekolah. Dia dah ketinggalan banyak pelajaran. Saya takut nanti prestasi Upih menurun.”
” Dia dah berhenti sekolah. Aku tak bagi dia belajar lagi. Biar dia bekerja.”
” Kenapa kau tak bagi dia belajar Mak Upih?” tok Batin pula bersuara.
” Sebab cikgu ni jahat. Cikgu ni dah menghasut anak-anak kat sini malas bekerja. Cikgu ni buat anak-anak kita menyusahkan kita.”
” Saya langsung tak ada niat macam tu. Saya cuma nak tengok Upih berjaya. Bukan saja Upih, tapi semua masyarakat yang ada kat sini. Saya ikhlas datang mengajar kat sini, malah ianya pernah menjadi impian saya untuk mengajar di sini. Saya buat semua ni bukan untuk diri sendiri, tapi untuk masyarakat saya. Berapa ramai cikgu yang datang mengajar di sini? Tak ramai Mak upih. Dan berapa ramai cikgu yang sanggup datang merayu pada seorang ibu untuk membenarkan anaknya terus belajar?”
Air mataku sudah mengalir laju. Ianya bukan air mata kekalahanku dan bukan juga senjata untuk melunturkan hati keras Mak Upih, tapi ianya lahir dari hatiku. Bukannya di paksa.
” Saya merayu pada Mak Upih hari ini. Benarkanlah Upih terus belajar. Berilah peluang pada Upih. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu Upih dan anak-anak yang lain. Itu saja yang boleh saya bantu. Itu saja yang saya boleh buat untuk lihat anak bangsa saya berjaya. Mak Upih tak boleh duduk diam tanpa cuba untuk merubah kehidupan Mak Upih. Sekurangnya bagi peluang pada Upih untuk merubahnya. Mak upih, saya merayu sekali lagi. Benarkanlah Upih untuk terus belajar.”
” saya tahu ramai orang tak suka kehadiran saya di sini. Saya akan tetap ada di sini sampai semua anak bangsa saya berjaya. Mak Upih boleh hanus parang sekalipun tapi saya tetap tak akan berundur di bumi ni. Saya nak berjuang di sini. Dan saya nak mati di sini.”
” Mak Upih…saya tak ada niat lain. Saya Cuma nak bantu masyarakat kat sini supaya boleh berdiri sama taraf dengan masyarakat di luar sana. Terpulang pada Mak Upih untuk menilainya. Saya balik dulu.”
Aku terus berlalu pergi. Aku berharap kata-kata ku dapat menyedarkan Mak Upih. Aku berharap Upih dapat kembali ke sekolah. Aku sayang anak muridku bukan sahaja Upih malah kesemuanya. Aku sedar kekurangan hidup mereka. Kalau boleh aku nak bantu kesemua yang berada di sini. Tetapi apakan daya ,aku tidak mampu untuk membantu dari segi kewangan, tapi aku mampu untuk menyumbangkan ilmuku kepada mereka.
Itulah yang akan aku lakukan sehingga hayatku. Menyampaikan ilmu milik mutlak Allah SWT. Ilmu yang Allah kurniakan kepadaku untuk disampaikan kepada anak bangsaku. Ayahku pernah berkata bahawa guru itu adalah penyampai. Dan kerja ini adalah sangat mulia di sisi Allah. Aku akan teruskannya….
* * * * *

Mendengar deruan air terjun ini membuatkan masalah yang ada hilang seketika. Petang hujung minggu ini aku tidak kemana. Hanya menghayati keindahan alam di kampung ini. Aku tidak mahu keluar ke bandar kerana barang keperluan aku masih lagi mencukupi.
Aku duduk di atas salah satu batu di air terjun ini. Tanganku bermain-main dengan air. Sejuk air itu bagai terasa ke seluruh badanku. Aku suka air terjun. Aku suka akan pemandangannya. Lantas aku mengambil kamera digitalku dan merakam beberapa gambar pemandangan yang menarik.
“orang bandar tak pernah jumpa air terjun. Sebab tu la jakun.”
Tiba-tiba aku disapa dengan suara yang amat sinis bunyinya. Aku kenal benar suara itu.
” Apa sebernarnya masalah awak ni. Kenapa awak tak puas hati sangat dengan saya?”
” Kenapa nak tanya saya. Tanya la diri awak sendiri.”
” Saya tak pernah cari pasal dengan awak. Bercakap dengan awak pun jarang sangat. Apa salah saya sebernarnya pada awak?”
” Jangan nak berlagak baik la.”
” Sekali lagi awak mentafsir saya tanpa menilai terlebih dahulu. Awak tau tak yang awak ni seorang suka bersangka buruk. Awak sangka buruk pada saya. Sangka buruk pada cikgu Mazni. Saya tahu awak yang fitnah saya pada pengetua. Awak cakap saya nak rosakkan minda pelajar-pelajar kat sini. Inilah pertama kali saya berhadapan dengan manusia seperti awak.”
” Awak nak bawak budaya awak yang tak elok tu kat kampung ni. Awak ingat saya tak tahu. Hei…jangan bangga sangat la dengan budaya bandar awak tu.”
” Untuk pengetahuan awak, saya juga berasal dari kampung. Tapi kampung yang boleh terima kemajuan dan pembangunan. Kampung yang penduduknya ada ilmu untuk menilai mana yang baik dan buruk. Bukan hanya pandai salahkan orang tanpa usul periksa.”
Aku terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu. Aku jadi lemas untuk berhadapan dengannya. Aku tahu di telah menfitnahku. Sebab itu lah aku dipanggil oleh pengetua beberapa hari lalu.
” hei….”
Terasa lenganku direntap kuat oleh cikgu Iqbal. Kasar dan menyakitkan.
” Kenapa ni? Lepaskanlah tangan saya.” Aku separuh menjerit kepadanya.
” Aku akan pastikan yang kau tak akan lama kat sini. Aku akan pastikan kau berambus dari kampung ni. Ingat apa yang aku cakap ni.” Serentak itu tangan aku dilepaskan dengan kasar. Aku hampir tersungkur. Namun aku masih sempat mencapai dahan pokok yang berada di sebelahku.
” Iqbal…”
Langkahnya terhenti. Aku menggunakan nada yang selembut mungkin. Bukan untuk menggodanya tapi aku mahu menyelesaikannya masalah ini. Aku mahu jelas dengan kedudukan sebenar. Aku ingin tahu kenapa dia amat membenciku.
” Macam mana cara untuk awak terima saya? Saya tak nak semua ni berlaku. Kita mengajar di sekolah yang sama. Malah kita berjiran. Tenang ke kita hidup dalam keadaan bermusuh ni? Saya tak tenang dan selalu berfikir kenapa awak benci sangat kat saya”
” sebab saya benci perempuan. Saya benci!”
” dan sebab saya perempuan dan awak bencikan saya? Iqbal…awak kena ingat, ibu awak juga perempuan.”
” sebab mak saya perempuan la saya benci!”
” Ya Allah! kenapa awak cakap macam tu. Dia mak awak. Mak yang melahirkan awak. Kalau dia tak ada, awak tak mungkin ada dalam dunia. Awak tak kan merasa nikmat kehidupan sekarang ni.”
” lebih baik saya tak lahir kat dunia ni.”
” awak bercakap seolah orang yang tak ada iman. Mengucap Iqbal. Menyalahkan kelahiran awak sama macam awak menyalahkan takdir. Dan takdir itu adalah ketentuan Allah. Awak kena sedar tu semua.”
” setiap yang dijadikan tu berpasangan. Apa yang ada pada diri awak jugak berpasangan. Kenapa awak ada dua tangan? Dua kaki? Telinga? Sebab semuanya diciptakan berpasangan. Macam tu jugak dengan manusia. Setiap Adam itu memerlukan Hawa. Dan begitu juga sebaliknya. Inilah ketentuan yang Allah telah tentukan.”
” membenci kaum perempuan seperti awak membenci ketentuan Allah. berdosa Iqbal. Dan bertambah dosa lagi bila awak membenci mak awak sendiri. Awak tahu tak yang syurga itu di bawa tapak kaki ibu? Begitu besarnya kedudukan ibu tu di sisi islam. Sedangkan berkata ah kepada mereka berdosa, inikan pula membenci mereka.”
” awak tak tahu apa yang berlaku. Awak tak ada pada situasi saya.” Suara Cikgu Iqbal mula mendatar. Dia yang tadinya berdiri sudah pun duduk.
” awak boleh cerita pada saya Iqbal. Semakin awak pendamkan semakin tu lah masalah ni memakan diri awak.”
Aku juga mahu berlembut dengan Iqbal. Aku sedar yang kekerasan bukan caranya. Manusia akan mudah tersentuh apabila kita menggunakan nada yang rendah.
” mak saya tak pernah sayang saya. Dia selalu marah saya. Masa kecil saya selalu dipukul, dimaki. Sebab mak lah ayah saya gila. Sebab mak lah adik saya mati. Mak saya jaul saya. Hanya kerana duit saya dijual untuk dijadikan peminta sedekah. Saya terlalu kecil untuk menempuh semua ni. Saya diajar untuk menagih simpati, saya seorang kanak-kanak yang tiada tempat bergantung. Sedangkan mak saya bergembira dengan jantan-jantan lain. Itukah yang boleh digelar ibu?”
Sukarnaya kehidupan Cikgu Iqbal rupanya. Dan kini aku mengerti kenapa dia sangat membenci perempuan. Mungkin dia trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.
” kemudiannya saya dibawa ke rumah sinar harapan. Sebuah rumah anak-anak yatim. Dan di sanalah saya dibesarkan. Dengan semua yang berlaku nilah saya amat membenci mak saya. Dan termasuk semua perempuan yang ada di sekeliling saya akan mengingatkan saya kepada perbuatan mak saya.”
” awak tak boleh salahkan semua perempuan yang ada dalam dunia ni. Tak semua perempuan jahat. Tak semua perempuan akan melakukan perbuatan yang sama macam mak awak. Awak kena berfikiran positif. Awak kena buang semua sikap negetif. Jangan hanya menilai kejahatan orang sahaja kita sudah membenci.”
” mak awak adalah orang yang melahirkan awak. Macam mana pun salah dia, dia tetap seorang ibu yang perlu dihormati. Mungkin ada sebab mak awak lakukan semua ni. Awak tak harus membenci dia malah awak perlu terus mendoakannya. Awak doakannya agar dia terus berubah. Itu tugas seorang anak. Dan memaafkan itu adalah perbuatan yang mulia, Iqbal. Maafkan dia dan jangan lagi membenci dia.”
Keadaan kembali tenang. Aku yakin kini hubungan aku dan Cikgu Iqbal dapat dipulihkan. Aku kini tahu puncanya. Dan aku akan sedaya upaya untuk membantunya….

* * * * *
Tidak lama lagi peperiksaan penilaian menengah rendah(PMR) aka tiba. Kehidupanku sudah kembali tenang. Aku kini sudah berbaik-baik dengan Cikgu Iqbal sejak peristiwa beberapa bulan lalu. Mak Upih juga sudah membenarkan Upih terus belajar di sekolah itu. Ternyata usaha ku berhasil.
Oleh kerana bilangan pelajar sekolah ini yang tidak ramai, pelajar yang akan menduduki PMR akan mengambil peperiksaan di sekolah di bandar. Aku yang akan mengetuai pergerakan anak-anak muridku di sana. Mereka akan menginap di asrama sekolah itu sehingga peperiksaan tamat.
” Prestasi murid-murid tingkatan tiga banyak yang menigkat. Terutama sekali dalam matematik. Saya nak ucapkan terima kasih kepada cikgu fadhilah kerana bertungkus lumus untuk membantu mereka dengan mengadakan kelas tambahan. Terima kasih sekali lagi.” Pujian ini yang ku terima daripada Encik Yahya petang itu semasa mesyuarat diadakan. Aku amat bersyukur kerana prestasi anak muridku meningkat. Aku tidak mengharapkan apa-apa pujian melainkan melihat kejayaan mereka.
” maaf…saya salah sangka dengan awak selama ni.” Kata Cikgu Iqbal sewaktu kami sama-sama berjalan pulang dari sekolah.
” saya dah pun maafkan awak.”
” sepatutnya awak dah bencikan saya tau. Sebab saya dah buat macam-macam kat awak. Tapi tak. Awak masih nak berkawan dengan saya.”
” kalau tak berkawan dengan awak, saya nak berkawan dengan siapa. Dah tu kita ni berjiran pulak.”
” terima kasih la sebab dah sedarkan saya. Awak ni baik orangnya.”
” dah la tu. Jangan la asyik nak memuji saya. Tadi saya dah dapat pujian dari pengetua. Sekarang ni awak pulak.”
” kembang la tu.” Kami kemudiannya sama-sama tertawa. Hati keras cikgu Iqbal dapat dilunturkan. Benarlah kata bahawa batu yang keras itu akan berlekuk kalau hari-hari terkena titisan air, inikan pula hati manusia…..
* * * * *
” kenapa awak asyik murung je? Awak jugak tak banyak cakap. Cikgu tak tahu sama ada awak faham atau tak apa yang cikgu ajar.”
Kuntum hanya menundukkan kepalanya. Inilah yang dia akan lakukan apabila aku bertanya. Aku sangkakan apabila bertanya kepadanya secara peribadi di dalam bilik guru ini akan berjaya. Namun usaha aku sia-sia.
” kalau Kuntum ada masalah boleh cerita pada cikgu. Insyaallah cikgu akan bantu. Kalau awak diam je macam ni, cikgu tak tahu apa masalah awak. Prestasi awak pun semakin menurun.”
Dia tetap juga begitu. Tidak terbuka sedikit pun mulutnya. Tetapi kali ini air jernih mengalir dari tubir matanya. Kuntum menangis. Aku semakin bingung. Kalau aku tahu apa masalahnya, aku akan bantu.
” petang ni cikgu datang jumpa ayah Kuntum, yea?”
” jangan cikgu. Jangan.” Baru kali ini Kuntum bersuara. Air matanya semakin deras. Wajahnya seperti ketakutan.
” kenapa?”
” nanti bapak saya marah.”
” kenapa dia nak marah? Cikgu nak bincang dengan dia pasal prestasi awak. Tak lama lagi awak nak ambik PMR. Dahlah, pergi balik kelas. Petang nanti saya datang rumah awak.”
Petang itu aku ke rumah Kuntum. Menurut Tok Batin ayah Kuntum tidak bekerja. Hanya ibu Kuntum sahaja yang bertungkus lumus menyara kehidupan mereka bertiga. Ayah Kuntum agak pemalas orangnya dan hanya tahu menghisap daun rokok sahaja.
” Jemputlah naik cikgu.” Aku dijemput naik oleh ayah Kuntum, Pandak.
” rumah orang miskin cikgu. Tak sempurna.” Pandak merendah diri. Rokok daun masih lagi lekat di bibirnya.
” Kuntum! Buat air kasi cikgu.”
” tak apa Pandak. Sebernarnya saya datang nak berbincang sikit pasal Kuntum. Dia asyik murung saja di sekolah. tak banyak cakap. Bila saya tanya dia tak nak cakap jugak. Saya takut dia ada apa-apa masalah. Prestasi dia pun dah semakin menurun. Tak lama lagi dia kena ambik PMR.”
” Ah, Kuntum tu memang suka menyusahkan orang. Nyusahkan aku. Dia tu….”
Kata-kata Pandak terhenti apabila Kuntum datang membawa dua biji cawan berisi air. Wajah Kuntum sangat pucat. Seolah-olah dikejar hantu. Aku dapat merasakan yang Kuntum seperti meminta pertolongan aku. Tapi aku tak pasti.
” Minum, cikgu.” Pandak mempelawa aku minum. Manakala Kuntum pun sudah menghilang ke dapur.
” saya nak mintak jasa baik Pandak untuk bantu Kuntum kalau dia ada masalah. Saya tak mahu ini akan jejaskan keputusan peperiksaannnya.”
” Hahahaha….” Pandak ketawa seperti orang gila. Aku terkejut dengan tidakannya secara tiba-tiba itu.
” Lebih pada itu aku buat, cikgu.” Pandak tidak lagi berhenti ketawa. Aku mula takut dengan keadaannya. Dia sudah seperti dirasuk hantu.
” kalau macam tu saya balik dulu.”
Aku terus berlalu pergi meninggalkan rumah Kuntum. Walau macam mana sekalipun aku mesti bertanya sendiri pada Kuntum. Aku akan memaksanya untuk bercerita. Usaha aku untuk berjumpa bapanya seperti tidak berhasil sahaja. Ketawanya macam hantu….
* * * * *
Aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiranku hanya kepada Kuntum dan kata-kata Pandak yang penuh makna. Aku risau sesuatu berlaku pada Kuntum. Aku tidak mahu terjadi apa-apa pada dia memandangkan PMR yang hampir tiba.
Aku bangun dari pembaringanku lalu menuju ke dapur. Aku meneguk segelas air kosong. Mungkin selepas ini aku kembali tenang dan boleh melelapkan mata. Sewaktu melangkah ke bilik ku, aku terdengar pintu rumah ku diketuk beberapa kali.
” siapa?” aku cuba mengenalpasti siapa orang yang berada di luar rumahku.
” Kuntum.” Terdengar suara itu seperti ketakutan dan menahan esak. Aku segera membuka pintu.
Alangkah terperanjatnya aku ketika itu melihat keadaan Kuntum. Keadaannya tidak terurus. Rambuk yang berselerak. Baju yang koyak di bahu dan bahagian dada. Kuntum ketika itu menangis teresak-esak.
” kenapa ni?”
Kuntum hanya menangis teresak-esak. Aku mambawanya masuk ke rumah. Kuntum kemudiannya memeluk aku. Erat pelukannya. Dan aku tahu aku harus menenangkan dirinya.
” Kuntum minum air ni. Biar tenang dulu. Lepas ni Kuntum cerita kat cikgu apa yang berlaku kat Kuntum sampai jadi macam ni.”
Kuntum menangguk. Aku kemudiannya ke rumah Cikgu Iqbal. Aku berharap dia tidak tidur lagi. Aku seperti sudah menduga apa yang berlaku pada Kuntum. Aku harus meminta pertolongan cikgu Iqbal.
” kenapa?”
Cikgu Iqbal mengesat-ngesat matanya apabila membuka pintu untuk ku. Ternyata dia
sudah pun tidur.
” maaf ganggu awak. Tapi saya perlukan pertolongan awak. Kuntum dalam bahaya. Awak kena tolong saya.”
” nanti saya datang. Awak balik dulu.”
Aku mendapatkan Kuntum yang masih lagi bersedih. Aku mengenggam erat tangannya. Sesuatu yang buruk telah berlaku kepada muridku. Aku tidak boleh berdiam diri. Aku harus membantu Kuntum.
” fad, apa yang berlaku?” cikgu Iqbal datang dalam keadaan cemas. Dia kemudiannya memandangku meminta jawapan.
” Kuntum. Sekarang Kuntum kena ceritakan pada cikgu berdua. Kami akan bantu Kuntum. Kuntum jangan takut.”
Kuntum terus menangis teresak-esak.
” kalau Kuntum tak cerita macam mana kami nak tolong. Kalau Kuntum simpan je,bila masalah ni nak selesai.” Giliran Cigku Iqbal pula memujuk.
” Bapak nak rogol Kuntum tapi Kuntum berjaya lari.”
Sudah ku jangkakan inilah yang berlaku.
” Bapak dah rogol banyak kali.” Kuntum meneruskan ceritanya.
” banyak kali?” Cikgu Iqbal teperanjat.
” sejak Kuntum kecil. Tapi sekarang Kuntum dah tak tahan. Kuntum tak pernah beritahu sapa-sapa. Kuntum beritahu mak, tapi mak tak percaya.”
Aku terduduk mendengar pengakuan itu. Air mataku tanpa segan silu menitis. Lelaki syaitan itu memang patut dihukum. Sanggup dia melakukan kepada anaknya sebegitu. Tidakkah Kuntum ini darah dagingnya.
” Kita kena beritahu Tok Batin. Kita kena hukum syaitan tu. Dia tak layak digelar manusia. Dia lebih teruk dari binatang.” Aku tiba-tiba penuh beremosional. Aku amat kecewa apabila seorang bapa sanggup melakukan sebegitu kepada anaknya.
” Awak jaga Kuntum kat rumah. Biar saya pergi beritahu Tok Batin.” Cikgu Iqbal menawarkan dirinya.
Aku hanya mengangguk. Aku merenung anak mata Kuntum. Betapa bertanya penderitaan yang ditanggung oleh kuntum. Aku amat kasihankan dirinya. Bagaimana dia akan meneruskan hidupnya nanti. Hidup berumah tangga dan menghilangkan trauma yang dialaminya? Aku sendiri sukar menjawab persoalan itu.
Tidak lama kemudian Tok Batin datang bersama beberapa orang kampung. Setelah mendengar penjelasan dari Kuntum, Tok Batin dan beberapa orang kampung pergi ke rumah Pandak. Mereka akan menagkap Pandak dan akan membawa Pandak ke muka pengadilan.
” maafkan mak. Mak tak percaya Kuntum cakap. Mak ingat Kuntum tipu. Tapi Pandak memang jahat. Dia laki jahat. Mari balik nak. Pandak dah tak ada lagi.”
Dan segala-galanya telah selesai malam itu. Apa yang terpendam dahulu sudahpun terjawab kini. Dan undang-undang yang akan menentukan hukuman buat Pandak. Walaupun sebesar mana hukuman itu buat Pandak, namun masih tidak dapat memberi kembali kesucian Kuntum.
Dan sukar untuk mendapat kembali senyuman Kuntum seperti dulu. Mungkin dia akan mengalami trauma ini sepanjang hidupnya. Mungkin juga dia takut untuk berumah tangga. Hanya masa yang dapat menjawab segalanya….
* * * * *
Sudah hampir dua tahun aku mengajar di sini. Banyak yang telah aku lalui. Dan semua yang terjadi ini telah mematangkan aku serta memberi pengalaman baru kepadaku. Aku semakin gembira tinggal di sini. Kalau boleh aku ingin menghabiskan perkhidmatan ku di sini. Di bumi ini.
” boleh saya duduk?”
” cikgu Iqbal rupanya. Duduklah.” Cikgu Iqbal duduk di sebelahku. Kami memerhatikan keindahan air terjun ini. Kami memang gemar ke sini. Tempat ini seolah-olah membawa kenangan manis kepada kami.
” tahniah.”
” untuk apa?”
” sebab awak dapat anugerah guru cermerlang. Saya tahu awak memang layak dapat. Sebab awak la cikgu yang betul-betul menjadi seorang cikgu. Awak tolong selesaikan masalah anak murid awak, awak naikkan peratus lulus sekolah dan awak juga telah ubah persepsi masyarakat kampung ni tentang pentingnya ilmu.”
” saya tak melakukannya seorang diri. Saya dapat bantuan awak, cikgu Mazni, Upih, kuntum. Anugerah ni anugerah kita bersama.”
” fad…”
” ya.” Entah kenapa aku berdebar dengan panggilan itu.
” kahwin dengan saya, fad?”
” jangan berguraulah Iqbal.”
” saya tak bergurau. Saya betul maksudkannya.”
” apa yang menyebabkan awak yakin saya akan terima awak?”
” sebab saya dapat rasakan.”
Aku mengalihkan pandangan mataku apabila mata kami beradu. Aduh! Terasa panahan matanya menusuk ke jantungku.
” bukan ke awak ni benci perempuan?”
” hati ni dah cair bila pertama kali ada seorang insan yang memanggil nama saya dengan begitu lembut sekali. Tak pernah ada orang panggil nama saya selembut itu.”
” siapa?”
” awak”
“bila?”
” dekat sini jugak. Masa awak motivasi saya sampai saya dah tak benci perempuan.”
Aku kemudiannya tersenyum mengingati saat itu. Titik permulaan di mana aku dan Cikgu Iqbal berbaik.
” senyum ni tanda sudi la?”
” tak.”
Aku melihat Cikgu Iqbal berlari ke keretanya. Kemudianya dia datang dengan membawa sesuatu.
Sambil mengeluarkan sebantuk cincin dan melutut di hadapanku…
” would you marry me, sayang?”
Aku tersenyum melihat gelagatnya. Apa lagi yang boleh aku katakan selain menerimanya sepenuh hatiku.
” I will.”
” tinggal di sini bersama saya?”
” ya.” Aku mengangguk. Wajah Cikgu Iqbal aku tatap sepuasnya.
” selamanya?”
” ya. Selamanya…”
Ya. Selamanya aku berada di bumi ini. Berkhidmat untuk seorang lelaki bergelar suami. Dan berkhidmat untuk masyarakat yang bergelar bangsaku. Aku akan teruskan perjuanganku. Menyampaikan ilmu kepada anak bangsaku dan melihat mereka mampu untuk membangunkan diri mereka sendiri. Kerana …aku seorang pendidik…….

TAMAT




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Cerpen : Aku seorang pendidik”
  1. dodini says:

    Cerita yang menarik. Menyedarkan kita walaupun masyarakat sering menganggap kerjaya sebagai guru bukanlah kerjaya yang profesional tetapi hakikatnya kerjaya GURU amatlah sukar kerana semua aspek dipikul oleh guru. Berjayanya seseorang manusia menjadi insan sempurna kerana peranan GURU yang bergelar PENDIDIK. Aku juga seorg guru, ikhlas mendidik anak bangsa agar generasiku juga mendapat GURU yang sepertiku. Tahniah.

  2. rehan says:

    best…last ending 2 mcm nak nangis pun ade jgak…
    inilah yang dikata seorang guru yg ikhlas untuk anak muridnye…

  3. wawa says:

    bgs cite ni….boleh ambil iktibar dan leh jdkan motivasi kpd bakal-bakal guru cm sy…hehehhehe :razz: ;-) :smile: :smile:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"