Novel : Kalimah Cinta 1

19 July 2010  
Kategori: Novel

4,564 bacaan 4 ulasan

Oleh : Iqah Irah

Andailah hidup itu senang. Mencapai kejayaan dalam sesaat. Tanpa dugaan. Tetapi,tidak mungkin! Susah untuk senang. Dan senang untuk susah. Ader faham? Aliza Fariha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia juga tidak faham maksudnya. Apa lar? Berbasa-basi seorang diri. Oh, Aliza. Susah untuk senang dan senang untuk susah itu bermaksud susah untuk menggapai kejayaan tetapi senang untuk tidak berjaya. Dah faham?

Aliza mundar-mandir di dalam biliknya. Kalaulah kakinya itu adalah sebatang jarum sekalipun pasti dia akan jatuh ke tingkat bawah. Kerana dia sudah mundar-mandir di situ sejak satu jam yang lalu. Pwueh! Lama gila. Apa yang dirunsingkan adalah kos persekolahan tahun hadapan. Walaupun cuti akhir tahun, namun dia harus risau. Ayahnya terlantar sakit. Kos ubat jika dibiayai menyebabkan mereka berhutang bil elektrik dan air. Notis pembayaran sudah diterimanya. Ayahnya harus makan ubat tersebut. Pada masa yang sama, bil elektrik dan air juga harus dibayar sebelum dipotong. Tambahan pula, ayahnya tidak dapat menyarakan keluarganya.

Aku harus lakukan sesuatu! Tak kisah. Maruah aku tercalar atau tak. Asalkan keluarga aku bahagia. Aku akan lakukannya. Muktamad. Aliza mengangguk sendirian tanda setuju dengan keputusannya. Esok adalah hari penentuan. Aliza berhenti mundar-mandir. Dia duduk di tubir katil lalu baring. Aliza menutupkan suis lampu. Dia menjadi ratu lena pada malam itu. Pukul 2 pagi, baru melelapkan mata dek kerungsingannya tadi.

*-*-*-*

“Pembantu?”. Puan Rufidah terkejut. Dia memandang dari kepala sampai kaki. Tidak mungkin si celik di depanku ini ingin bekerja. Terlalu muda.

“Ya. Puan. Saya hendak memohon menjadi pembantu di rumah ini”. Aliza Fariha mengangguk tanda setuju. Dia tidak rela melihat kehidupan keluarganya terumbang-ambing. Biarlah, dia menjadi tunjang mereka walaupun aku terpaksa mengorbankan masa dan tenaga.

“Mengapa awak hendak menjadi pembantu? Berapakah umur awak?”. Puan Rufidah bertalu-talu menyoal Aliza.Aliza menarik nafas dalam-dalam.

“Saya 14 tahun. Walaupun saya hanya setahun jagung, saya akan berusaha untuk berjaya. Saya hendak membantu keluarga saya yang susah.”. Aliza Fariha menahan air matanya daripada keluar dari kelopak mata.

“Okay. I will accept you. Sebelum itu, follow me”.

Aliza mengekori Puan Rufidah ke sebuah bilik di tingkat atas sekali. Puan Rufiqah berdiri di hadapan sebuah pintu. Aliza juga begitu.

“Awak kejutkan anak saya, Haizal, tak kisah apa caranya. Kasar ataupun lembut. Tetapi, jangan cubit atau tampar dia. Cepat. 10 minit from now.”. Puan Rufidah lalu duduk di sebuah sofa yang berada di ruang tamu sambil membaca sebuah majalah. Ruang tamu itu berdekatan dengan bilik Haizal.

Aliza memandang jam. 12 tengah hari! Biar betul Haizal bangun lambat. Ibubapanya melarang Aliza tidur selepas subuh. Rezeki susah dapat. Aliza memulas tombol pintu perlahan-lahan. Dia melangkah masuk ke dalam. Dia memandang sekeliling. Wah! Kagumnya. Bilik ni 4 kali ganda daripada bilik aku. Mata Aliza tertancap pada sesuatu. Tubuh orang yang berselimut. Langsir di dalam bilik itu tertutup. Aliza berasa sedikit dingin dengan kesejukan dari aircond di dalam bilik itu. Biasalah, orang berada. Tidaklah seperti aku.

“Bangun”. Aliza mengejutkan lelaki itu. Malangnya lelaki itu tidak memberi sebarang respon. Aliza buntu. Apa lagi cara yang harus digunakan. Ahah! Langsir. Langsir di dalam bilik itu dibuka. Terang-benderang bilik itu. Pasti dia akan bangun. Detik hati Aliza.

Siapa yang berani kacau tido aku nih. Haizal menarik bantal menutupi mukanya. Dan dia masih tidur. Aliza mengoncangkan bahu Haizal. Tetapi, tiada respon walaupun sudah beberapa minit. Aliza putus asa. Nampaknya, tidak dapatlah dia membantu keluarganya. Tinggal beberapa minit lagi sebelum tamat masa mengejutkannya, Pasti dia tidak dapat diterima.

Aliza melihat sebuah pintu yang terkuak sedikit. Bilik mandi! Aliza meluru masuk ke dalam. Dia mengambil sebuah baldi kecil di bilik mandi itu. Dia mengisikan air sejuk ke dalam baldi itu. Aliza tersenyum simpul. Pasti berjaya! Insya-Allah. Aliza menutup pili air selepas air itu melimpah sedikit kerana terlebih diisi.

Aliza mengangkat baldi itu lalu meletakkannya ke sisi katil. Perlahan-lahan dia menarik bantal dari muka Haizal. Haizal mengiring menghadapnya. ’Bersedialah engkau Haizal’. On counting of three. One, two, three. Speaking English pulak aku!

DUSHHHHHH!!!

Satu baldi air itu disimbah ke muka Haizal. Haizal terkejut dan terbangun. Dia melihat seorang perempuan asing yang memegang baldi di tangannya. Pasti, dialah yang menyimbah ke muka aku. Aliza tersenyum. Taktiknya berjaya. Yes, aku akan diterima. Yahooo!

“Ko simbah air kat muka aku apasal ah! Menganggu jer orang tidur!”. Haizal menjerkah Aliza.

“Hek eleh. Dah lar bangun lewat, pastu salahkan orang. Subuh entah buat ataupun tidak?”. Aliza memerli Haizal.

“Yang ko menyibuk tu apasal. Macam lar ko tak pernah bangun lewat!”

“Wei. Seteruk-teruk aku bangun lewat itu tak teruk. Tapi ko, expert tul.”.

Haizal bangun dan mengangkat tangannya. Bersedialah engkau nak terima penangan aku.Dan ketika itulah,,,,

“Haizal!!!!”. Puan Misnah di muka pintu. Puan Misnah mebuat jelingan maut tanda amaran. Haizal menurunkan tangannya kembali. Jelingan itu menakutkan. Puan Misnah memandang Aliza. Sungguh pandai budak ini. Dialah orang pertama yang berjaya mengejutkan Haizal. Seorang daripada seribu! Sudah banyak kali, pembantu yang ditemu duga haruslah mengejutkan Haizal. Dan, Aliza lah orang yang bertuah.

“Siapa nama awak?”.

“Aliza”

“Tahniah. Awak diterima bekerja sebagai pembantu. Pembantu peribadi Haizal. PA nya. Personal Asistance . Awak boleh start bekerja hari ni ataupun esok”. Lancar sahaja Puan Rufidah berkata.

Aliza terkedu. Hah? Aku hanya nak jadi pembantu rumah. Bukannya PA Haizal. Dia dapat terima aku ker? Adakah aku patut menerima atau….menolak? Tetapi, aku tak boleh pentingkan diri. Aliza mengeluh perlahan-lahan. Dia harus membuat keputusan segera. Dan dia memilih ……

*-*-*-*

“Aliza”.Terkocoh-kocoh Aliza berlari ke arah Haizal apabila namanya dipanggil. Kemudian Aliza berdiri tegak di hadapan Haizal. Haizal sedang duduk di bangku kayu di taman bunga milik Puan Rufidah.

“Jus oren satu”.

Beberapa minit kemudian, Aliza datang dengan dulang berisi secawan jus oren. Dia meletakkannya di atas meja. Cawan itu disambut oleh Haizal. Haizal hanya memandang cawan itu sahaja. Tidak luak langsung.

“Apasal tak minum?”. Aliza bertanya.

“Sebab, saya nak buat begini”.

DUSHHH!!!!!

Titisan air oren menitik pada muka Aliza. Aliza kaku di situ macam patung cendana. Haizal menyimbah air oren itu tepat pada muka Aliza. Aliza mendengus marah. Membazir jer budak ni! Tak reti menghargai sesuatu!

“Sedap kan!”. Haizal minum sedikit sisa baki air oren di dalam gelas itu.

“Ko ni tak kacau aku boleh tak?” Aliza melantangkan sedikit suaranya.

“Hah. Ko yang mulakan dulu kan. Sapa yang kacau aku tido. Ko kan?”. Haizal membalas balik.

” I just done what your mother said!” Aliza membela dirinya.

“You can speak English? Berapa umur awak? Nama penuh?” Haizal terkejut. Dia dapat bercakap bahasa inggeris? Siapa PA aku ni sebenarnya? Haizal tertanya-tanya.

“Aliza Fariha. 14 tahun. Apasal tak caya saya boleh?”

“I think that you …..” Belum sempat Haizal menyuarakan pendapatnya, Aliza terus bersuara.

“Haizal, tidak semuanya betul tentang apa yang kita agak. Hanya sebahagian. Kemungkinan, ia hanyalah kebetulan jikalau benar terjadi. Kebetulan. Ingat tu!”

“Napa ko kerja kat sini? Kan ko muda lagi. Satu tahun muda berbanding aku”. Peliklah. Muda-muda lagi sudah kerja. Detik hati Haizal.

“Masalah keluarga”.

Aliza terimbau pada kenangan lalu.Pada suatu hari, ayahnya pengsan. Ayahnya menghidap penyakit jantung berlubang. Ayahnya merahsiakan perkara itu selama beberapa tahun hinggalah terbongkar pada tahun ini. Ayahnya diberhentikan kerja. Emaknya pula menghidap penyakit tuberkolosis. Iaitu TB. Dia meninggal pada tahun lepas. Hanya Aliza harapan keluarga dan adik-adiknya. Anak sulung harus bertanggungjawab! Itulah prinsipnya.

Aku harus bertanggungjawab. Bulan depan, persekolahan bemula. Bermakna bebanan bertambah berat. Pasti memerlukan wang untuk persekolahan dia dan dua adik kembarnya yang akan memasuki tadika tahun hadapan. Aliza mengelamun hingga tidak sedar yang Haizal memanggilnya.

“Aliza! Ko mengelamun?”.

Aliza tersentak. Bayang-bayang peristiwa itu hilang. Aliza memandang Haizal. “Hah?”

“Haih. Weird. Orang tegas dan serius boleh mengelamun”. Haizal menggeleng kepalanya sambil tersenyum simpul. Aliza oh Aliza.

*-*-*-*
“Aliza, gelaran apa yang awak panggil kepada Encik Haizal?”. Ketua pembantu di rumah itu bertanya kepada Aliza.Ketua pembantu adalah orang yang bertanggungjawab mengendalikan pembantu di rumah itu.

“Err. Ko.”

“Aliza, mulai sekarang. Panggil dia tuan ataupun encik ataupun tuan muda! Kita hanyalah pembantunya.”

“Tuuu..an? Janggal jer bunyi yer”

“Kamu boleh ber-kau-aku jikalau Encik Haizal membenarkannya. Jikalau tak,mesti memanggilnya seperti yang saya terangkan”

Kata-kata ketua pembantu di rumah ini tadi masih diingatinya. Tuan? Encik? Tuan Muda? Janggal jer bunyinya. Mulai sekarang, aku tak dapat ber’kau’ ’aku’ lagi. Susahnya.

“Aliza”. Haizal memanggilnya. Aliza segera ke ‘swimming pool’. Haizal sedang duduk si kerusi menghadap ‘swimming pool’. Dinding setinggi 2 meter menghalang permandangan dalam dari dilihat dari luar.

Aliza berdiri di depan Haizal.”Ko…”.

Kata-katanya terhenti. Bukankah dia sudah dinasihati agar memanggil Haizal dengan panggilan encik,tuan ataupun tuan muda. Dia tidak suka menyebut perkataan tuan! Apa yang harus dibuatnya. Ahah. Aliza mendapat idea. Dia menegakkan jari telunjuk dan jari hantu. Jari lain digenggamnya. Kemudian, dia menegakkan jari telunjuk sahaja.”Nak apa?”

“Apasal tiba-tiba guna bahasa isyarat nih?”. Haizal bertanya. Dia kehairanan. Apasal tiba-tiba Aliza menunjukkan isyarat angka 2 dan 1.Haizal tersenyum sendiri.

“Two”. Jari telunjuk dan jari hantu ditegakkan.”One”. Jari hantu diturunkan dan hanya jari telunjuk menegak.

“Hahaha”. Deraian ketawa meletus. Aliza mencebik. Ish. Budak ni! Ngee…geramnya. Haizal ketawa kerana dia baru memahami maksud isyarat Aliza.’Two’ dan ‘One’ Jikalau digabungkan menjadi two one’ aka bagi Aliza adalah ‘tuan’!

“Kalau awak tak suka sebut tu, nak ber’kau’ ‘aku’ pun boleh. Nak panggil nama Haizal pun boleh.Suka hati awaklah”

Senyuman terukir di bibir Aliza. Aliza gembira. Mulai sekarang, tidak perlulah dia menyebut perkataan ‘tuan’ lagi. “Terima kasih”.

“Sama-sama”. Haizal memandang Aliza. Comelnya dia bila dia senyum. Ada lesung pipit di pipinya. Andailah dia itu milik aku. Haizal tersentak. No! Sapa yang suka dia. No! No! Haizal cuba menafikan kebenarannya. Entah betul mahupun salah.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Kalimah Cinta 1”
  1. so what says:

    best. truskanlah lg.

  2. a'N Ceantra says:

    can’t wait the next part of the story……

  3. suri says:

    :lol: jalan citer permulaan yg bagus.harap citernye menarik pasni.

  4. farid 24 says:

    cerita ni best sngat huhuhu awal2 dah wat aku ketawa huhuh dan emosi huhu

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"