Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 24, 25

21 July 2010  
Kategori: Novel

9,467 bacaan 15 ulasan

Oleh : Nuril Bahanudin

Bab 24

Panasnya… dia menolak duvet yang menyelimuti tubuhnya.. terasa suhu sedikit membahang ketika dia tersedar sebentar tadi, sehingga membuatkan badannya sedikit berpeluh.. huh dah pukul berapa ni? macam lama saja aku tidur ni, Daniel meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang biasa di letakkan di atas meja kecil yang terdapat di sisi kati.. namun tiada… eh ke mana pula perginya handphone aku ni…biasanya ada aku letak di sini.

Badan terasa sedikit segar… panas juga sudah mula berkurangan rasanya… dia duduk perlahan bersandar pada kepala katilnya.. cuba menyusun kembali memori-memorinya yang sedikit berterabur.. eh Qish ni kenapa dia tidur di sini pula…. dia terkejut… baru dia perasaan yang kepala Balqish elok terlentok dengan tangannya erat memeluk kedua kakinya.. mesti dia penat jaga aku semalaman… wajah itu direnungnya… lena sekali kelihatannya.. perlahan-lahan dia menarik kakinya.. tak mahu mengejutkan lena Balqish.. tubuh milik Balqish di cempungnya dan dengan penuh cermat dia meletakkan tubuh itu ke atas katil miliknya..

Balqish dilihatnya sedikit bergerak mengiring ke arahnya.. wajah itu tetap manis walaupun dalam keadaan tidur, dia merebahkan kembali tubuhnya… terasa ingin pula berbaring di sisi Balqish.. ah isteri yang tak pernah dihargai kehadirannya… dia mengeluh… Qish.. agaknya sampai bila hidup kita begini? kau tak teringin ke kalau-kalau kita hidup normal macam pasangan lain tu? berkongsi suka duka bersama…. dan melakukan segalanya bersama… ah kan seronok kalau kau dapat dengar apa yang aku katakan ini… Daniel mengeluh.

Tubuh kecil itu dirangkulnya perlahan… dan matanya jatuh pada perut Balqish yang semakin membesar itu… terasa tak sabar pula menantikan kehadiran si kecil ini, moga ia akan membawa sinar bahagia buat kita semua, dan semoga dia dapat mengubah kehidupan kita ni.

Tangannya perlahan membelai rambut Balqish… dan akhirnya kucupan lembut hinggap di ubun-ubun isterinya itu… tak sangka tindakannya itu membuatkan Balqsih merangkul erat tubuhnya malah kepalanya beralih berbantalkan lengan sasanya pula… Qish… Qish… aku tak fahamlah dengan kau ni tau… kadang-kadang manja, tapi kadang-kadang garang macam singa … tapi itulah daya penarik kau dan aku tak pernah jumpanya pada wanita-wanitaku yang lain… hai andailah aku diberi pilihan… aku nak sangat kalau kita dapat bermula dari awal.. berkenalan.. bercinta dan kemudian bertunang dan akhirnya berkahwin… kadang-kadang aku masih tak percaya yang kita ni suami isteri… kita dekat tapi macam jauh sangat… kenapa ya kau tak pernah beri aku peluang mendekati kau? yalah semakin aku cuba untuk rapat… semakin pula kau cuba untuk menjauh..

Memang dia akui Balqish bukanlah jenis yang diidamkan oleh jiwa lelakinya itu, tapi… semenjak mereka tinggal bersama banyak sangat kelakuan Balqish yang memikat hatinya… telatah Balqsih yang sedikit cuai membuatkan sedikit sebanyak dia berusaha melindungi Balqish.. kesudian Balqish bersusah payah belajar memasak membuatkan sedikit terusik perasaannya..

“Awak… saya tak retilah nak siang sayur ni…awak tolong siangkan ya…”

“Eh apa pula aku, aku lagilah tak reti… kau siang sajalah macamana pun…”

“Alah awak tolonglah.. saya nak goreng ikan ni… kalau awak tolong lagilah cepat siapnya.. kalau cepat siap, cepatlah kita makan.. kan ke awak kata awak dah lapar sangat tadi..”

“Yelah.. aku buat.. pandailah kau ni bercakap kalau nak aku tolong kau..”

Balqish hanya tersenyum mendengar Daniel yang sedikit merungut itu bila disuruh membantu, dalam pada merungut tetap jua melakukan apa yang disuruhnya, itulah Daniel…

“Aduh..” dia terjerit kecil bila jarinya secara tak sengaja dihiris oleh mata pisau..

“Hah kenapa tu..?”

“Tak ada apa-apa.. kena pisau sikit nih..”

“Tulah awak buat kerja tak ikhlaslah tu.. meh sini saya tengokkan luka tu..” belum sempat dia menjawab Balqish telah pun memegang tangannya melihat jari telunjuknya yang sedikit terluka.. terus tangannya di tarik ke sinki.. luka di jarinya di cuci.. dan ditampalkan dengan plaster.

“Dahlah awak pergilah dok depan, rehat biar saya buat ni seorang..”

“Ai tadi suruh aku tolong, ni suruh aku rehat pula.. mana satu ni?”

“Yalah saya baru suruh awak tolong sikit saja pun awak dah cedera.. nanti kalau saya suruh tolong banyak-banyak nanti lagi teruk pula cederanya..”

Akhirnya hanya Balqish saja yang memasak, dan semenjak hari itu Balqish tak pernah meminta dirinya membantu melakukan itu dan ini.. agaknya Balqish tak mahu dia cedera lagi kot.. hehe sayang juga dia dengan aku kan? oi Daniel.. tolonglah tolong jangan perasan.. bisik hati kecilnya.. dia tergelak sendirian bila mengenangkan peristiwa itu.

“Qish tolonglah… esok sajalah kita cari ya..? aku penat ni..” dia berusaha memujuk Balqish yang sedari tadi asyik merayu-rayu agar kehendaknya di penuhi..

“Saya tak kira.. saya nak juga sekarang… saya taknak tunggu esok..” wajahnya sudah mula mencebik.. ingin menangis mungkin.

“Mana kita nak cari tengah-tengah malam ni Qish? siang-siang tadi tak nak minta..”

“Baru sekarang terasa nak makan… awak pergilah cari.. kesian anak kita nak makan..” dia masih mendesak..

“Esok sajalah aku cari..” dia kembali tunduk mengadap meja kerjanya.. menyemak beberapa dokumen penting.

Balqish terdiam mendengar keputusan lelaki itu… rasa sebak datang tiba-tiba..

“Tak apalah..” kecewa sekali nadanya… sampai hati buat macam ni.. dia melangkah keluar dari bilik kerja lelaki itu..

“Tu nak pergi ke mana tu Qish?”

“Pergi mana-mana yang saya sukalah… buat apa bersama dengan orang yang tak hargai kita.. huhu baby.. papa jahat.. dia dah tak sayangkan kita.. ” dia teresak-esak..

Alahai ni yang aku lemah ni..

“Yalah-yalah… aku carikan.. hisy siang-siang tak nak, mana aku nak cari kuih Donat tengah-tengah malam ni Qish? kalau petang tadi boleh jugalah aku cari dekat kedai-kedai tepi jalan tuh..”

“Alah… buku resepi kan ada.. awak buatkanlah..” sekelip mata wajah yang berjuraian air mata itu bertukar menjadi ceria.. bercahaya..

Dan malam itu menjadi sejarah dalam hidupnya sepanjang 25 tahun, dia membuat kuih Donat.. kuih yang tak sama saiznya, ada besar ada kecilnya tapi dia tak peduli.. yang pasti dia rasa satu perasaan yang lain hadir bila melihat wajah Balqish yang penuh gembira ketika menikmati kuih buatan tangannya itu, seolah belum pernah menikmatinya dalam seumur hidupnya..

“Awak nak sikit?? sedap tau..” belum sempat dia menjawap Balqish sudah pun menyuakan kuih itu kemulutnya.. dan dia tanpa berfikir panjang terus menjamah kuih itu.. rasanya itulah pertama kali sewaktu mereka hidup bersama mereka berkongsi makanan.. hurm biasa saja rasanya… tulah orang mengandung ni memang pelik sikit rentaknya.. ikutkan sajalahkan..

Daniel tersenyum sendirian.. tak sangka banyak sungguh peristiwa yang mencuit hati sepanjang waktu mereka bersama.. Balqish memang agak pandai memancing emosinya dengan sikapnya yang selamba saja itu..

Qish-Qish… agaknya bagaimana ya perasaan kau terhadap aku? Kalau kau bagi peluang pada aku, mungkin kita akan menjadi pasangan suami isteri hingga ke akhir hayat… aku rasa hidup aku dah terbiasa dengan kehadiran kau di sisi.

Baby… papa sayang mama tau… syiii.. jangan bagitahu mama tau.. ni rahsia kita je tau.. bisiknya perlahan sambil mengusap perlahan penuh kasih pada kandungan isterinya itu.

*********

Suhail duduk di kerusi yang di sediakan di situ.. badannya bergoyang-goyang mengikut rentak alunan muzik yang membingit berdentam-dentum itu.. sedikit pun dia tak rasa terganggu dengan situasi itu. Bau asap rokok, arak dan pelbagai bau manusia yang ada di situ sedikit pun tidak menyekat kehendaknya untuk terus berlama berada di situ.

Huh… hampir seminggu tidak menjejakkan kaki ke sini, baru hari ini dia dapat berkunjung ke sini, ni semua gara-gara orang tuanya yang sibuk mahu dia mengikuti mereka melakukan kerja-kerja amal di beberapa buah masjid yang berada di sekitar kawasan tempat tinggal mereka. Dia mencebik… huh.. aktiviti yang membosankan..

Malam ini dia hanya memakai gaun warna merah terang yang mendedahkan dadanya yang putih melepak itu.. setiap kali dia menggoyangkan tubuhnya mengikut rentak muzik yang berkumandang.. isi dadanya seolah mahu turut meloncat keluar. Rokok di celah jemarinya di bawa kemulut… dan di sedut dalam…. asapnya kelihatan keluar berkepul-kepul dari rongga hidung dan mulutnya..

“Hai… may I join you? are you alone?” tegur satu suara yang agak garau.. dekat ditelinganya..

Suhail tersentak… terus matanya mencari siapakah gerangannya yang menegurnya… wajahnya mengukir senyuman penuh menggoda kepada lelaki yang menegurnya itu… hurm agak kacak.. rasanya bukan melayu tulen ni…

“Sure.. silakan..”

“Thanks… nak minum? I belanja you hari ni..”

Hai baiknya.. belum kenal lagi dah nak belanja aku, biasalah lelaki suka sangat pancing perempuan dengan wang ringgit.

Lelaki itu mengangkat tangannya melambai kepada seorang pelayan di situ… dan tak sampai 5 minit dua gelas berisi air berwarna keperangan tiba di meja mereka..

“Thanks.. I Suhail… you?” dia menghulurkan tangan ingin berjabat tangan.

“I am Ricky… nice meeting you..” ujar lelaki itu sambil menyambut tangannya dan dibawa ke mulut terus dikucupnya lembut. Mata lelaki itu melirik kepadanya dengan senyuman menggoda.

“Selalu ke you lepak sini sorang-sorang?” dia bertanya sekadar menghangatkan suasana antara mereka..

“Tak juga.. biasanya dengan my friend tapi dia tak dapat join pula hari ni.. tu yang I sorang saja ni..”

“Oh.. eh kalau you tak kisah.. boleh I temankan you? I pun sorang saja ni..” lelaki itu menawarkan dirinya.

Dia hanya tersenyum mendengarkan tawaran lelaki itu…

Mereka berlaga gelas.. dan tegukan demi tegukan, gelas demi gelas air itu mengalir masuk kedalam tubuhnya… dia lupa segalanya.. dia mahu enjoy… dia mahu lupakan segalanya yang mengongkong hidupnya… dia lupa dosa pahala, halal haram..

“Jom menari nak..” ajak lelaki itu sambil menarik tangannya.

Dia hanya mengikut saja rentak lelaki itu, pandangan pula semakin berbayang.. dia mabuk kini.. rentak tari juga telah sumbang, pincang….. dia hanya melentukkan kepala ke bahu lelaki itu, membiarkan lelaki itu memeluk tubuhnya… langsung tidak menolak bila bibir lelaki itu mula menjalar ke segenap wajahnya, dia hanya tersenyum menikmati sentuhan lelaki itu…

Dia hanya ketawa mengekek bila lelaki itu merangkul tubuhnya membawa keluar dari club itu.. dia langsung tak peduli lelaki itu mahu membawanya ke mana.. dia hanya ketawa gembira.. dia sendiri tak tahu untuk apa ketawanya itu, cuma dirinya mahu ketawa lalu dia menghamburkan tawanya keluar, lepas dan bebas… mereka berjalan terhuyung-hayang… penangan air kencing syaitan yang baru saja mengalir masuk ke dalam tubuh.. dia lupa sedangkan setitis air haram itu masuk ke tubuhnya, segala amal yang dilakukannya takkan diterima selama 40 hari.. itu baru setitis… tapi dia dah minum bergelas-gelas malah berbotol-botol… ah waktu muda nilah nak enjoy puas-puas, bisik sang iblis pada telinganya..

*********

“Hai ni kenapa muka masam macam tikus tertelan asam jawa ni?” soal Daniel agak hairan.. sedar-sedar dari tidur tadi.. wajah Balqish sudah mula mencuka.

Hanya jelingan tajam yang diberikan kepadanya sebagai jawapan kepada soalannya.

“Huihh seksinya kau punya jelingan tu macam nak tercabut biji mata.. eh kenapa ni? pagi-pagi tak eloklah masam-masam ni, nanti rezeki susah nak masuk..”

Aku ada buat salah ke sampai dia marah macam ni… Daniel tertanya-tanya.. cuba diingati apa yang telah dilakukan.. tak ada rasanya.

“Awak tulah..”

“Kenapa pula dengan aku?”

“Pantang ada peluang, suka sangat ambil kesempatan..”

Sebentar tadi, sedar saja dari tidurnya dia tersentak.. tangannya begitu sedap memeluk tubuh lelaki itu dan kepalanya pula elok sekali beralaskan lengan lelaki itu… mereka memang dekat sekali, rapat.. sehinggakan dahi mereka bersentuhan..

“Lah aku ada buat apa pula?”

“Awak curi-curi peluk saya kan? jahat tau.. ”

“Mana ada… kau yang peluk aku dulu..”

Err betulke aku yang peluk dia dulu? ke dia tipu saja…

“Eleh kalau awak tak tidur sebelah saya, tak adalah saya peluk awak… ”

“Habis kalau tak tidur sebelah kau, aku nak tidur mana.. kan ni katil aku…”

“Tidurlah mana-mana pun janji bukan sebelah saya..”

“Eeeii.. orang dah tolong angkat kan dia, bukannya nak ucapkan terima kasih..” Daniel bergumam perlahan.

“Eleh orang tak suruh pun awak tu angkat saya..”

“Habis takkan nak biarkan kau terlentok tidur duduk sambil peluk kaki aku ni… lenguh tau tak.. apa kau ingat kaki aku tu teddy bear ke?”

Err aku peluk kaki dia?? betul ke? alahai malunya…

“Err saya gi mandi dululah…”

Dah malulah tu kan…ehehe.. Qish Qish macam-macamlah kau ni.. dia tergelak kecil dengan telatah Balqish itu.

Baru beberapa langkah menuju kearah pintu, Balqish tiba-tiba memusingkan tubuhnya dan melangkah ke arahnya kembali.. Eh dia nak apa pula ni.. aku ada salah cakap ke tadi?

Selamba tangannya menyentuh dahi Daniel, kemudian leher pula..

“Hurm dah baik demam awak.. pandai juga saya jaga awak ya..” terasa sedikit lega bila merasakan suhu badan lelaki itu sudah kembali ke normal.

Ingatkan apalah tadi.. ceh cuma nak merasa suhu badan aku saja…

“Dah awaknya jangan nak termenung pula… pergi mandi cepat lepas tu siap-siap.. nanti lambat pula pergi kerja.. dahlah dah lama awak tu bercuti..”

“Ya… aku taulah.. ke kau nak mandi sama dengan aku, aku tak kisah…” dia mengusik.. kelakar macam budak-budak dilayannya aku ni.

Balqish menjengilkan matanya mendengar kata lelaki itu..

“Gatal…!”

“Suami kau juga..” Daniel ketawa mengekek bila Balqsih menjelirkan lidahnya seusai dia menghabiskan ayatnya.. seronok dapat mengusik Balqish..

Bab 25

“Hurm… macamana…? kau suka tak rumah ni?” soalnya bila dilihatnya Balqish hanya mendiamkan diri sedari tadi, matanya melilau ke sana-sini… agaknya terpegun melihat segala hiasan, perabot yang terdapat di dalam rumah agam itu.

Dia mengangguk… huiii lawanya… semua hiasan bermotifkan kayu jati… mesti mahal ni… kalau aku kerja sepuluh tahun pun belum tentu aku mampu membeli perabot-perabot yang terdapat di sini.. bisik hati kecilnya.

“Lawanya… eh betul ke kita nak tinggal dekat sini awak? tak apa ke? kawan awak tu tak kisah ke?”

“Betullah… ingat aku main-main ke… tak apa.. dia yang suruh aku jaga rumah ni, alah lagi pun bukan kita nak tinggal terus di sini pun… nanti kalau kita dah beli rumah yang lain kita pindahlah..”

“Owh… eh saya nak pergi tengok kawasan sekeliling pula…”

“Jom…” selamba tangan Balqish di tariknya.. sedikit pun tidak menghiraukan Balqish yang telah bertukar rona di wajahnya..

Hisy menyampah tau dengan dia ni, orang baru nak bersendirian… dahlah semenjak dua menjak ni perangai dia pelik.. buang tebiat ke apa… Balqish mengomel dalam diam…

“Lepaslah… hisy tak malu betul pegang-pegang tangan orang… saman karang baru tau..”

“Hekeleh… kau ingat saman kau tu boleh laku ke dekat mahkamah tu….??” terkekeh Daniel mendengar kata Balqish itu… memang selalunya begitulah, tak dia yang memulakan pasti Balqish yang memulakan pula…

Wah lebatnya buah pelam dekat pokok ni… heii tak sangka cantik juga pemandangan dekat belakang rumah ni… tiba-tiba tekaknya terasa terliur.. di ruang mindanya terbayang keenakan buah pelam muda…. lagi-lagi kalau di cicah dengan kicap dan ditambah dengan sedikit gula… slurpp… enaknya…

“Awak….” lembut memanggil siap dengan jelingan manja menggoda, kot mana tau lelaki itu akan terlembut hati dengan pemintaannya nanti.

“Nak apa?? ni kenapa tiba-tiba panggil orang dengan lemah lembut ni?? adalah tu yang kau nak dari aku ni kan?”

Dia ni bukannya boleh di percayai sangat… ada sajalah tu yang dirancangnya dalam kepala otaknya tu..

“Boleh tak kalau saya nak makan buah pelam tu?” lembut dia bertanya…

“Tak boleh…!” tegas Daniel menjawab..

“Alah… tapi baby ni yang nak makan… dia siap bisik dengan saya lagi kata… mama-mama.. baby teringin sangat nak makan buah pelam tu… alah bolehlah awaknya..”

“Amboi pandai kau mereka ayat ya.. tak boleh ok… jangan nak ngada-ngada.. nanti baby sakit perut dekat dalam tu kan susah…”

“Alah.. sikit pun jadilah.. awak sampai hati ke tengok saya kempunan nanti..”

“Tak… dah jom masuk dalam… hari dah nak senja ni.. tak elok senja duduk luar ni…” dia perasan perubahan wajah milik Balqish itu… ah… nanti kalau aku bagi apa yang dia nak… kalau jadi sesuatu aku juga yang susah..hisy…

“Huh sampai hati awak… huhuhu… uwa….uwa…” dekat situ juga air matanya tumpah, kecewa kehendaknya tak dipenuhi….

Alahai… ni yang aku lemah kalau dia dah menangis ni, kenapalah perempuan ni cepat sangat mengeluarkan air mata dan kenapalah lelaki ini cepat sangatlah lemahnya bila melihat air mata perempuan ni…

“Yalah-yalah… tapi sikit saja tau…” dahlah pokoknya agak tinggi, galah pula tak ada… hai terpaksalah juga aku panjatnya.

“Yeah… terima kasih…” dia melonjak sedikit, gembira…

Hisy dahlah pokoknya tinggi… nampak gayanya kenalah aku panjat juga pokok ni… Daniel mendongak memandang ke arah pokok pelam yang tumbuh meninggi dengan buahnya yang lebat bergayutan ini.

Sebiji buah pelam berjaya di petiknya.. lalu dia kembali ingin turun daripada pokok itu.. sebelah tangan memang buah itu dan sebelah tangan lagi memeluk batang pokok itu… namun entah macamana.. pegangan tangannya terlepas lalu dia gagal mengimbangi badannya… bukkkk!! tubuhnya jatuh terlentang di atas rumput… lalu mencetuskan tawa daripada Balqish… amboi bukan main seronok dia ketawakan aku… hai nasiblah badan.. kerana sebiji pelam aku yang jatuh… nasib baik tak tinggi sangat..

“Awak tak apa-apa?” Balqish pantas mendapatkan Daniel yang masih terlentang itu… bimbang pula kalau-kalau lelaki itu tercedera ke apa..

“Tak… aku ok..”

“Mendengar jawapan daripada lelaki itu membuatkan dia menarik nafas sedikit lega… terus buah pelam yang jatuh bergolek d atas tanah itu diambilnya.. di bawa masuk ke dalam rumah.. dalam fikirannya sudah mula berkira-kira apa yang akan dilakukan dengan buah pelam nan sebiji itu, langsung tidak menghiraukan diri Daniel itu lagi..

Hai buah itu juga yang di ambilnya.. aku ni di biarkan macam tu saja.. macam tak wujud saja depan mata dia.. kot iya pun tolonglah aku ni bangun dulu ke, ucap terima kasih ke.. ni tidak.. blah macam tu saja.. dahlah sebab dialah sampai aku terjatuh tergolek ni… Qish… Qish.. Daniel mengomel perlahan.. matanya tak lepas-lepas memerhati langkah kaki Balqish yang melenggang sehinggalah hilang kelibatnya di sebalik pintu… gembiralah tu.. kehendaknya sudah di penuhi..

*********

Aduhh… sakitnya kepala… sampai nak buka mata pun tak mampu rasanya.. Suhail mengerang dalam biliknya sendirian.. kedua ibu bapanya sudah dua minggu tiada di rumah.. masing-masing keluar menunaikan umrah untuk kali ke berapa dia pun sudah tak ingat..

“Makcik…oh makcik…” dia memanggil pembantu rumahnya..

“Ya Cik Muda, ada apa yang perlu makcik buat..?” soal Makcik seraya muncul dari sebalik pintu biliknya.. eh Cik Muda ni.. sepertinya kurang sihat saja keadaannya..

“Makcik tolong picitkan kepala saya ni.. sakit sangat rasanya..” pintanya..

“Baik Cik Muda..” perlahan tangan Makcik menyentuh kepalanya.. memicit dengan perlahan..

“Aduh… badan cik panas sangat ni, sepertinya sedang demam panas.. makcik telefonkan doktor ya? biar dia tengok bagaimana keadaan Cik Muda ni..”

“Tak usahlah mak cik, saya tak apa-apa, demam biasa saja ni, bukan teruk sangat pun.. lagi pun lepas saya makan ubat dan tidur nanti eloklah ni..” pantas dia menggelengkan kepalanya, membantah cadangan makcikitu.

Jauh di sudut hatinya dia sebenarnya risau.. takut apa yang di agakkan oleh hatinya menjadi kenyataan dan terbongkar pula jika di panggil doktor untuk merawatnya… dahlah haidnya tidak datang-datang lagi untuk bulan ini… dia memejamkan mata.. mengerutkan dahinya menahan kesakitan yang berdenyut-denyut di kepalanya.. kalaulah itu menjadi kenyataan.. apalah yang perlu aku lakukan? gugurkan lagi? entahlah.. mungkin akan membahayakan nyawa aku.. kalau aku terus simpan… siapa pula yang perlu aku pertanggungjawabkan? masalahnya sudikah lelaki-lelaki yang pernah aku tiduri itu bertanggungjawab? mana satukah pulanya bapa kepada bayi ini nanti?

Silap dia juga.. langsung tak berhati-hati.. kalau berdasarkan pengalamannya pada kandungan yang lepas-lepas.. memang betullah dia sedang hamil.. mungkin masih awal, dua minggu.. tiga minggu ataupun sebulan.. memang dia ingat lagi waktu kehamilan yang pertama dulu badannya jadi lemah tak bermaya, langsung tak berdaya melakukan apa-apa kerja pun.. dan sekarang keadaannya sama, saling tak beza seperti dulu…

Suhail mengeluh…

“Cik sakit sangat ke?” soal makcik bila mendengar keluhan yang terlahir dari cik mudanya itu.

“Err… agak jugalah makcik.., makcik boleh tolong ambilkan saya air kosong… air yang dekat atas meja tu dah habislah pula.. tak larat pula saya nak ambilnya sendiri..

“Baik.. sebentar ya cik..”

Hai aku kena cari jalan juga macamana nak selesaikan masalah aku ni kalau telahan aku ni benar…

“Makcik.. kalau ada siapa-siapa yang telefon, atau datang cari saya, katakan saya tak mahu di ganggu ya…? saya nak rehat.. ” arahnya bila terlihat makcik yang kembali sambil menatang sebiji dulang membawa air yang di pesannya.

“Baik Cik.. cik kalau nak apa-apa panggil makcik ya, makcik ada di dalam bilik makcik..”

Suhail hanya mengangguk.. matanya dipejamkan, konon-konon mahu lenalah tu.. namun sebenarnya dia tidak ingin diganggu dan terusan di asak soalan oleh pembantu rumahnya bertanya itu dan ini.. dia hanya kembali mencelikkan mata bila di rasakan makcik sudah beredar dari biliknya..

*******

“Qish… hujung minggu ni kita pindah terus dekat rumah tu ya.. kau jangan lupa kemaskan barang-barang kau.. bawa apa yang patut saja.. barang baby pun bawa sekali tau..”

“Awak dah fikir masak-masak ke ni nak pindah situ?”

“Yup… aku dah fikir dah.. lagi pun ni untuk kebaikan kita juga kan..”

“Eh lupalah… awak kandungan saya ni dah lapan bulan.. tapi katil untuk baby, kereta sorong baby kita belum beli lagilah..” baru dia teringat yang persiapan untuk si kecil belum sempurna lagi.

“Ha’ahlah… aku pun terlupa.. nasib baik kau ingatkan.. tak apalah.. nanti kita belilah.. ”

Tengok tu, semua nak aku ingatkan.. pelupa sungguh mamat ni kan.. Balqish menggeleng-gelengkan kepalanya…

“Eh Qish sebelum aku terlupa.. minggu depan aku nak kena outstation dalam beberapa hari..”

“Awak nak outstation dekat mana tu?”

“Entahlah aku tak pasti lagi… lagi satu aku dah cari driver untuk kau.. Pak Damin namanya, taklah susah kalau-kalau kau nak pergi mana-mana nanti sepanjang aku tak ada..”

Eh baiknya hati dia siap sediakan aku driver lagi… eh orang gaji tak ada ke awak??? soalnya namun hanya terluah dalam hatinya saja… Qish, Qish orang dah bagi driver kau minta pula maid.. tak bersyukurlah kau ni… tegur hati kecilnya… eh bukan aku minta betul-betullah, aku gurau saja…

“Ha lagi satu.. sepanjang aku tak ada, jangan nak buat apa-apa yang tidak-tidak, dan yang paling utama jangan curi-curi makan buah pelam muda belakang rumah tu.. kalau aku dapat tau kau curi-curi makan siap kau…”

“Yes boss…!!” alah.. bukan dia ada pun… kalau aku teringin sangat aku makanlah sikit…

“Jangan nak yes boss saja… kau tu bukannya boleh di percayai sangat…”

“Yelah.. saya tak makanlah.. kecuali kalau saya teringin sangat… ehehe..” dia membuat memek muka nakal..

“Tengok, aku dah agak dah… tak apa.. nanti aku pagarkan pokok tu biar kau tak boleh dekat..”

“Uik… hai sampai macam tu sekali?? sampainya hati awak..”

“Yalah itu untuk kebaikan kau dan baby jugakan..”

Yelah tu… Hitler memang begitukan.. semua nak kena dengar cakap dia saja.. harap muka saja handsome.. tapi perangai dia kejam ya amat.. eh handsome ke dia?? handsome jugalah.. tapi tak boleh puji depan dia, nanti dia perasan pula.. dia tersengih-sengih sendirian dengan monolognya itu.

“Ha tu tersengih-sengih tu adalah tu kan..” sergah Daniel geram.. kita bercakap dengan dia boleh pula dia tersengih macam perempuan tiga suku saja gayanya..

“La awak ni… saya sengih pun tak boleh ke? kalau saya masam nanti awak kata baby keluar nanti muka masam.. dia saya sengih biar baby keluar tersengih ceria.. comel macam saya ni..”

“Apa-apalah Qish.. kau kan banyak yang tersirat dalam hati kau tu… suka sangat mengata aku..”

“Isy.. tak baik tau awak ni tuduh saya macam tu…” tapi memang betul pun… hehe..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 24, 25”
  1. tuura says:

    best…gaya penulisan santai je..
    so cpt2 lah upload yg laen yer..
    x sbar lak nak tggu…
    hehhehheh

  2. haney says:

    mg best sgt2 lah..

  3. dayah says:

    kpd sesiap yg tau…
    mane sy leh dpt novel ni eh…
    sy dah cr kat mph n popular tp novel ni x de pun kat dlm system diorg…

  4. nur hidayah says:

    ble nk smbg ni…lame dah tggu…huhuhu…

  5. rosmpkmn says:

    sweet

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"