Novel : Simbiosis Cinta Dihati Wawa 1

19 July 2010  
Kategori: Novel

615 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Orkid Edyliyne

“Wawa. Kenapa diam je ni? Dah ibu telefon tapi tak bercakap,” bebel Puan Siti di hujung talian.

Wawa sedikit tersentak dengan sergahan itu. Melilau matanya memandang sekeliling seakan mencari sesuatu sebelum menjawab. “Ye bu. Wawa ada ni.” Senyuman malu tersemat walaupun tiada siapa yang melihatnya. Kaki terus melangkah menuju ke bangunan asrama.

“Hah yang kawan kau tu tak jumpa ke?” tanya Puan Siti lagi dengan nada begitu bahagia entah kenapa.

“Kawan yang mana?” tanya Wawa kembali.

Sejak bila pula ibu aku ni tahu aku kawan dengan siapa. Sedangkan ke Kelantan ni pun dua kali je dia pernah datang. Desis hati kecil itu. Sesekali, batu kecil yang berada di hujung kaki, disepak perlahan. Sekadar mengisi kebosanan.

“Alah kawan yang anak kawan ibu tu,” jelas Puan Siti bersungguh-sungguh.

Dia tu bukan kawan oranglah bu. Itu anak kawan ibu. Ibu ni pun biar betul. Bebel hatinya ragu-ragu. Tidak lansung terluah untuk didengarkan ke telinga ibu tersayang.

“Nak jumpa macam mana. Kan dia year lain.” Lagipun, memang orang tak jumpa dan orang tak nak jumpa pun dengan mamat tu. Apalah ibu ni. Tambahnya dalam hati. Sengaja hendak menjaga hati ayah dengan ibu dan buatlah ayat yang sedap untuk dijadikan alasan.

“Sesekali pergilah cari dia. Ibu nak dia tu jadi menantu ibu.” Puan Siti sudah mula cakap yang bukan-bukan.

Ibu ingat, anak ibu ni lelaki ke? Dia yang nak dekat orang, biarlah dia cari orang. Buat apanya yang orang terhegeh-hegeh cari dia? Tidak sudah hatinya berkata-kata membidas pengucapan ibunya. Sayangnya semua itu mampu hatinya buat untuk bisikkan pada fikirannya.

Dalam itu, sempat otaknya melayang mengenangkan cuti semester yang baru berlalu.

***

“Wawa nak ikut tak pergi rumah orang kahwin ni?” tanya Puan Siti sambil menempekkan bedak padat ke mukanya. Itulah orang berkerjaya. Tahu hendak bergaya walau apa keadaan sekalipun. Usia lansung tidak membataskannya untuk bergaya persis anak gadisnya.

“Tak naklah. Duduk rumah lagi best,” bantah Wawa dengan nada malas. Dia bukan suka orang ramai-ramai, sesak-sesak, berlaga-laga sana sini. Memang jauh dari minatnya. Lagilah kalau panas. Mahu dia menjerit nanti.

“Kau tak nak pergi nanti orang tak pergi kenduri kahwin kau esok baru tahu,” ugut Puan Siti selamba. Ibunya itu sudah bagaikan kawan padanya, gaya percakapan, dari segi topik yang dibualkan. Tapi, diri itu masih dihormatinya kerana itu ibunya, orang yang melahirkan dan mengandungkannya.

“Tak ada orang nak datang lagi bagus. Jimat duit.” Sifat Wawa, menjawab kata ibu, memang itu kepakarannya jika dia ada mood.

Dia yang dari tadi melekat depan televisyen, mula bangun dan pergi mendekati ibunya yang terkial-kial hendak mengenakan selendang warna hijau pucuk pisang itu ke kepala. Bukan hendak menolong ibunya memakai selenda, tapi nak tolong menyibuk duduk depan cermin.

“Pandailah tu. Ayah kau ni dah siap belum?” tanya Puan Siti mula hendak membebel. Dengan sepenuh tenaga badan besarnya, dia menolak Wawa yang kecil molek ni ke tepi sebab sibuk depan mata dia nak tengok cermin.

“Ibu ni ayah sembahyang tu, kan?” tegur Wawa persis anak yang baik. Padahal dia, solat pun tak lagi. Sibukkan Melodi yang ditayang di TV3 tadi.

Kelihatan adik bongsunya yang bebadan sedikit tembam itu sudah siap nak ikut ibunya.

Dia ni kalau nak kata pergi orang kahwin je, cepat je dia siap. Apa yang seronok sangat tengok orang kahwin pun aku tak faham. Bisiknya dalam hati sambil mata jahatnya melihat gerak-geri adiknya yang baru berumur 9 tahun itu.

“Mok. Kau buat apa ni? Tak handsome lah kau buat rambut Tomok ni. Buat rambut lainlah.” Wawa ni pun, kalau nak suruh mendengki ni boleh tahan juga. Tapi yang selalu dengkinya adik dia jelah. Orang lain dia tak usik.

“Yang panggil adik tu bukan-bukan kenapa?” marah Puan Siti. Alergi dia jika mendengar Wawa mula menggelar adiknya dengan panggilan yang bukan-bukan.

Yang dimaksudkan Wawa dengan ‘Mok’ tu adalah ‘gemuk’, dipendekkan.

Nama adiknya sikit punya sedap, Abdul Mukhriz Arham. Nak juga dia panggil dengan panggilan yang tidak sepatutnya, marahlah si ibu itu.

“Alah kau ni Kak Wawa. Biarlah aku. Aku kan minat Tomok,” bidas Mukhriz dengan begitu bangganya dia dengan penyanyi pujaan dia.

Wawa mula geram dengan adiknya yang tak nak dengar cakap, dia pun apa lagi, gatal sungguh tangannya hendak merosakkan rambut Mukhriz dan…

“Yang didengki adik tu kenapa?” marah Puan Siti dengan nada suara yang cukup untuk memecahkan gegendang telinga.

Puas hatinya dapat buat Mukhriz menangis. Jahat sungguh jadi kakak.

Dah tak ada siapa dia nak dengki, dengkilah Mukhriz. Kakaknya pergi kerja separuh masa sementara cuti semester. Adik lelaki yang bawahnya keluar ikut kawan entah ke mana. Biasalah budak lelaki. Adik perempuannya pula duduk asrama sekolah menengah dan tak balik minggu ni. Tinggallah mereka berdua dan mulalah tidak boleh bertemu roma. Ada sahaja kerjanya hendak membuatkan mulut Puan Siti membebel sepanjang masa.

Dalam dia sibuk mendengki ibu dan adiknya, Encik Zulkarnain pun dah siap.

Mereka bertiga berbaju sedondon itu pun, pergi dan meninggalkan Wawa sendiri. Dan jika sendiri, sudah bosan mulalah dia mencari bantal busuk dan teddy bearnya untuk dipeluk sambil mata terkatup. Tidur.

Sudah hampir sejam lebih mereka pergi, pulanglah mereka.

“Wawa!” jerit Puan Siti membuatkan Wawa tersentak dari tidur yang diulit mimpi indah. Dari luar dia boleh jerit sampai macam nak runtuh rumah separuh kayu itu dengan kenyaringan suaranya.

Wawa tanpa berlegah, terus sahaja berlari keluar. Tengah mamai-mamai boleh berlari dengan pantas sampai dekat muka pintu dengan muka yang tak bersalahnya.

“Tahunya tidur je. Ni angkat berkat ni,” suruh Puan Siti. Dekat Johor kalau pergi rumah orang kahwin mesti dapat nasi minyak dan itulah dipanggil ‘berkat’.

Wawa ambil sahaja dan dibawa masuk ke dalam, letak depan televisyes, buka dan mulalah tangannya makan benda tu tanpa mengambil pinggan. Dengan muka penuh dengan sisa tidur tadi, dengan tangan tak basuh, dengan rambut tak dibetulkan, dengan makan macam ayam. Memang nak kena bebel lagi.

“Kenapa buat macam tu? Tak reti nak ambil pinggan?” tanya Puan Siti bila masuk dan nampak anaknya buat perangai.

Wawa mula terkebil-kebil dan bukan hendak dengar bebelan ibunya. Tapi, dia pergi dengki si gemuk sebab ada jajan di tangan adiknya. Wawa gelar benda-benda junkfood ni ‘jajan’. Dia pun kebaslah adiknya punya sekali lalu dan bawa lari pergi dapur untuk mengambil pinggan.

“Kak Wawa!” Mukhriz pula menjerit.

Kedekut betul. Sebab tulah gemuk. Gertu Wawa dalam hati. Dengan muka selamba makan jajan itu depan muka Mukhriz membuatkan adiknya bertambah geram.

Aku sungguh bangga bila dapat dengki dia. Dabiknya dalam hati.

Usai makan, basuh pinggan, dan kemas baki-baki lauk yang dimakan tadi. Kemudian kembali menghadap televisyen yang terpasang.

Puan Siti sudah melingkar dengan berkemban di hadapan televisyen, ruang rehat untuk seisi keluarga. Encik Zulkarnain sudah tertidur di bilik. Mukhriz pun sudah berlingkar, bermanja dengan ibunya, anak bongsulah katakan.

“Wawa. Sikat rambut ibu,” pinta Puan Siti sambil mengengsot mendekati anak keduanya itu yang tak berapa jauh dari kepalanya.

“Alah ibu ni. Asal orang balik je mesti nak suruh benda ni,” rajuk Wawa bosan. Arif benar dengan taktik yang digunakan ibunya untuk menyuruh anak-anaknya memanjakan dirinya.

“Cepatah Wa. Nanti kau dah balik tak ada siapa nak manjakan ibu.” Dia dah mula mengeluarkan ayat psiko. Dia tahu Wawa lah paling tak boleh cakap benda-benda macam tu, mesti cair punya.

Wawa mula malas hendak membantah, pergilah dia mengambil sikat oren dan datang mendekati ibunya.

Dalam asyik dia menyikat rambut lebat ibunya, Puan Siti bersuara. “Wa. Tadi ibu pergi orang kahwin tu kan jumpa dengan kawan ibu. Anak dia satu tempat dengan kau. Kau tak pernah jumpa dia ke?” tanya Puan Siti setelah menceritakan topik sebenar yang dia hendak cakapkan.

Orang memang tahu ada budak kampung ni dekat U tu. Tapi, orang buat tak kisah je. Yelah, dia dengan hidup dia, orang dengan hidup orang.

“Kak Ati ada cakap pasal kawan dia ada dekat situ. Tapi, orang mana kenal.” Lain yang otaknya fikir, lain yang keluar dari mulut. Itulah kebiasaannya.

“Tadi ibu jumpa mak dengan bapak dia, ada dia sekali. Sopan-santun, lemah-lembut,” kata Puan Siti meniru perkataan ‘lemah-lembut’ macam lagak dalam filem ‘Syurga Cinta’.

Err… Sotong ke yang ibu maksudkan? Hatinya menggumam sendiri.

“Kenapa pun biar jelah dia.” Wawa, kalau dicetus topik-topik membincangan orang lelaki ni, dia cuba akan elakkan sebab dia memang tak minat.

“Handsome. Macam pelakon Korea. Kan Mukhriz?” tanya Puan Siti sambil mengajak Mukhriz mengiakan apa yang dikatakan.

“A’ah. Macam yang dekat dalam laptop Kak Wawa tu. Handsome Kak Wawa,” tambah adiknya beria-ia.

Wawa tersungging senyuman. Keluarganya sudah sedia maklum minatnya yang mendalam terhadap Korea. Pelakon-pelakonnya, penyanyi-penyanyinya, model-modelnya. Tanya sahaja, pasti dia dapat menjawabnya dengan penerangan yang panjang lebar.

Suka hati ibulah. Tukar topik lain, boleh?

“Dia kata dia kenal kau. Dia tanya. Anak cik yang kurus-kurus, putih-putih, first year tu kan? Tu mesti dia dah admire dengan anak ibu ni, sebab tu dia kenal.” Puan Siti mengulas semua apa yang dibualkan masa majlis kenduri kahwin yang dia hadiri tadi.

Wawa masih tidak menjawab, mula tak selesa untuk dengar ucapan Puan Siti yang seterusnya.

“Kalau kau ikut tadi boleh jumpa dia. Mak dia pun agaknya suruh dia cari orang yang dekat-dekat je. Nanti nak balik kampung senang. Kalau ibu berbesan dengan dia tak apa je ibu rasa. Senang sikit hati ibu ada orang nak jaga kau dekat sana,” tambah Puan Siti panjang lebar.

Dia dah mula fikir nak jodohkan aku dengan budak ‘lemah-lembut’ tu. Sudah. Hatinya menjerit kasar.

“Dahlah bu. Penatlah orang nak sikat rambut ibu ni. Mengantuklah. Nak tidur.” Wawa buat alasan untuk lari dari nanti ibunya mula merepek yang bukan-bukan.

***

“Wa?” Panggilan Puan Siti menarik kembali Wawa ke alam realiti.
Aku dah sampai bilik rupanya. Jalan punyalah berangan sampai tak perasan aku dan masuk bilik. Hati berbual lagi.

“Dahlah ibu ada kerja lagi ni. Nanti ibu telefon lagi. Kalau ada apa-apa Wawa telefon ibu,” balas Puan Siti dengan nada risau. Ibu mana yang tidak risaukan anaknya. Sedangkan nanti anaknya sudah berkahwin pun, dia masih akan bimbang.

“Ye bu. Nan…” Dah letak? Sambung hatinya tidak sempat berbicara lanjut.

Inilah satu lagi sifat Puan Siti kalau dia yang menilefon. Nak cepat letak. Tak sempat orang nak cakap apa-apa, tiba-tiba dia letak. Sibuk sangat. Yelah orang business sana sini.

Wawa mencampak sahaja telefon ke katil dan tudung dibuka lantas berlalu untuk menyalin pakaian.

Tatkala punggung dilabuhkan, tangannya mula menarik laci meja belajarnya. Hatinya terdetik sayu tatkala menatap gambar seorang lelaki lengkap berbaju Melayu cekak musang.

Macam mana aku nak ada perasaan pada lelaki lain sedangkan hati aku terus-terus berperang dengan perasaan aku pada kau. Sedih dia mendengar kata hatinya sendiri. Laci kembali disorong. Air mata yang bergenang diseka perlahan.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"