Antara Benci Dan Rindu

5 August 2010  
Kategori: Novel Di Pasaran

32,990 bacaan 58 ulasan

Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran.
Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah?

Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.

Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya.

Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang.

Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita.

Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.

Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu.

Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.

Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

Untuk Pembelian Online, Terus membuat pembelian dengan penerbit di www.kakinovel.com

Penulis : Ida Farisya
Penerbit : Kaki Novel
Harga Semenanjung : RM19
Sabah / Sarawak : RM22

“Abang, sampai hati abang cakap macam tu? Ifa masih ingat lagi Ifa ni isteri abang. Takkan Ifa nak buat macam tu? Ifa dengan dia cuma rakan sekerja. Kebetulan dia lalu dekat sini tadi. Dia nampak Ifa tengah tunggu abang. Sebab tu dia sapa Ifa. Kami cuma berbual saja bang. Percayalah,” rayuku lirih.

“Abang faham kalau Ifa masih belum bersedia. Tapi abang tak nak tidur sorang-sorang. Abang kan dah ada isteri. So, abang nak tidur dengan isteri abang,” ujarnya tenang ketika aku menyuarakan hasrat hatiku itu.

“Berbual kosong? Sudahlah Ifa. Abang sendiri pun tak faham kenapa setiap kali abang datang sini mesti Ifa ada dengan dia? Apa Ifa tak punya teman lain selain dia di sini? Kenapa mesti dia? Entah-entah memang setiap hari dia yang temankan Ifa.”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

58 ulasan untuk “Antara Benci Dan Rindu”
  1. hamba allah says:

    sweet gila n0vel ni…!!~nk bca lgi….!!~

  2. siti zulaikha says:

    bez..huhuu…

  3. fatimah6640 says:

    sekarang tengah bace buku ni.best nye…..rizal betul2 dah berubah…tapi tak tau lagilah ape cabaran dalam perkahwinan kedua die orang…baru sampai bab majlis kahwin…harap2 rizal betul2 dah beubah…klu tak kite hentam die..he..he…he

  4. fatimah6640 says:

    dah habis bace dah..best3. geram sungguh kat rizal mase die marahkan ifa hanye kerane daniel buangkan kerengga kat tudung ifa….tak patut die buat macam tu..sbb perbuatannye mengundang kesedihan ifa yang lampau..eeee mase bace tu angin je saye kat rizal…..sbb die dah janji takkan ulang perbuatan lame….

    lepas ni plan nk bace ‘dan hati pun berkata’

  5. fatimah6640 says:

    dah abis bace DAN HATI PUN BERKATA…..best nye…nak beli my own copy, bolejh bace ulang & ulang.nanti bace org punye ….lunyai pulak buku tu… suka watak rashdan…smart guy….tak mudah melatah….untung irra…bukan senang nak cari mamat macam ni sekarang

    sekarang dah start bace M.A.I.D….baru few pages…

  6. imann14 says:

    bez giLer.. hehhe..

  7. rosmpkmn says:

    best citer ni. nak cuba dapatkan la

  8. Hembusan Bayu says:

    salam 1 mlysia :) ida farisya..
    novel hasil karya anda mnarik dan lebih ke arah novelis hasil karya romentis ( cinta )..sesuai untuk remaja dan kaki novel.
    from batu pahat :) johor..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"