Antara Benci Dan Rindu

5 August 2010  
Kategori: Novel Di Pasaran

27,218 bacaan 57 ulasan

Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran.
Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah?

Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.

Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya.

Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang.

Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita.

Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.

Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu.

Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.

Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

Untuk Pembelian Online, Terus membuat pembelian dengan penerbit di www.kakinovel.com

Penulis : Ida Farisya
Penerbit : Kaki Novel
Harga Semenanjung : RM19
Sabah / Sarawak : RM22

“Abang, sampai hati abang cakap macam tu? Ifa masih ingat lagi Ifa ni isteri abang. Takkan Ifa nak buat macam tu? Ifa dengan dia cuma rakan sekerja. Kebetulan dia lalu dekat sini tadi. Dia nampak Ifa tengah tunggu abang. Sebab tu dia sapa Ifa. Kami cuma berbual saja bang. Percayalah,” rayuku lirih.

“Abang faham kalau Ifa masih belum bersedia. Tapi abang tak nak tidur sorang-sorang. Abang kan dah ada isteri. So, abang nak tidur dengan isteri abang,” ujarnya tenang ketika aku menyuarakan hasrat hatiku itu.

“Berbual kosong? Sudahlah Ifa. Abang sendiri pun tak faham kenapa setiap kali abang datang sini mesti Ifa ada dengan dia? Apa Ifa tak punya teman lain selain dia di sini? Kenapa mesti dia? Entah-entah memang setiap hari dia yang temankan Ifa.”


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

57 ulasan untuk “Antara Benci Dan Rindu”
  1. yanti says:

    memang bangang je citer tomboi tu…
    teruk betul karya dia….
    x boleh nak buat koleksi….haahhahampeh.

  2. iza hafiza says:

    sy bru je beli novel ni n bru je hbis bca.. sgt best.. tahiniah kpd penulis sy rasa mcm ada dkat kg sndri bila bca nvel ni.

  3. Izzah says:

    cerita ni BEST. superb !!! :razz:

  4. zai says:

    dah abis baca.. mmg d best.. :D

  5. mell says:

    cite ok cme yelaaaaa 2 much romantic scene…not gud 4 under18…he3

  6. haizatul says:

    mane nk cari novel antara benci dan rindu ek?????kt pupolar x dek pn……

  7. haizatul says:

    opsss!!!sorry t’asalah eja plak…..popular baru betul

  8. nurul says:

    knape novel ni susah nak carik??
    da abis cetakan ke??

  9. ain says:

    seriuslly..cite benci n rindu ni memang best sgt2…so touching..feeling betoi…tak rugi baca pun

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"