Cerpen : Acis Suka Ona la!

29 August 2010  
Kategori: Cerpen

6,177 bacaan 32 ulasan

Oleh : zarith natasha

“GET up! Get up! I’m an old school rocka. Blastin’ through on your speaker with the beat so proper. Get up! Get up! I’m an old…”

Terhenti terus terus corus Old School Rocka- Pop Shuvit dari Blackberry dia sebaik saja panggilan dijawab. “Hmm… hello.”

“Kau tidur lagi ke!? Aku call kali yang ke lima belas baru nak jawab!” Terjah si pemanggil dengan lantang dihujung talian.

Dia menggosok mata. Tersentak bila suara yang amat dikenali memasuki gegendang telinga. “Kau nak apa wei pagi-pagi dah kacau orang?” Dalam keadaan mamai dia menyoal.

“Pagi ngek lu! Dah pukul 2.00 petang la wei. Wake up! Get up!”

“Lantak la pukul berapa pun. Nama pun hari minggu. Kau nak apa ni?”

“Aku nak kau datang Mid Valley. Right now!”

“Heh! Kau nak buat lawak pun agak-agak ar. Apa faedahnya aku nak pergi sana? Aku takde mood nak shopping. Tanak ah!”

“Aku sekarang dekat McD ni. Kasi kau lima belas minit terpacak depan aku.”

“Tanak!”

“Kau fikir aku kisah ke dengan tanak kau tu? Aku tak kira! Kau kena datang sini jugak temankan aku. Kalau tak putus kawan!” Tut…tut…tut…

Belum sempat dia nak balas, kedengaran talian dimatikan. Acis merengus kasar. Blackberry dilempar ke hujung katil. Dia mencapai bantal lalu menutup muka. Menyambung kembali tidur yang terganggu sebentar tadi. Namun lepas lima minit, bantal tadi dialih ke sebelah. Acis bangun dan bersandar di kepala katil. Dia berfikir sejenak. “Eeii budak Ona ni… Selalu buat aku sakit jiwa!” Bentaknya geram sebelum melompat turun dari katil. Dia menyambar tuala yang tersidai pada pintu almari sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

***

RESTORAN McD dijejak. Dia menala pandangan ke sekeliling. Belum sampai lapan saat proses pencarian, bayangan Ona berjaya dikesan. Gadis itu duduk sorang-sorang di satu sudut.

“Kau memang suka dera aku, kan?” Itu yang keluar dari mulut Acis setelah dia melabuhkan punggung pada kerusi di hadapan Ona. Dua batang funfries dimasukkan ke dalam mulut sebelum dia mengunyah laju.

Gadis itu hanya diam. Dia menopang dagu. Muka nampak lesu lain macam. Dia kembali melayan perasaan.

Acis tarik sengih. Kalau dah buat muka macam orang kalah judi berjuta-juta ni tahu dah sebab apa. Satu je alasan dia. “Dia buat hal lagi ke?” Soalnya seraya mencubit Big Mac Ona yang belum disentuh.

Ona mengeluh pendek sebelum memaku pandangan pada muka Acis. “Aku fed up la Acis. Selalu macam ni. Pandai buat janji tapi tak pandai nak tunaikan.” Luah Ona dengan kening berkerut. Dia sedang bercakap tentang tunangnya, Asyraf. Hari ni sepatutnya dia dengan Asyraf datang ke Mid Valley sama-sama. Dah janji nak tengok wayang, shopping, makan-makan. Tapi last minit lelaki itu tetiba terpaksa batalkan. Itu pun hanya melalui mesej.

+ Honey… Sorry. Abang ada meeting tergempak hari ni. Kita keluar next time je la eh. Really sorry.

“Nak buat macam mana. Dah cik abang kau busy je semedang. Dia kerja keras cari duit untuk kau jugak. Kena la faham.” Nasihat Acis. Bila saja Ona berada dalam keadaan macam tu, itu lah nasihat yang sering diberikan oleh Acis.

“Cari duit cari jugak. Tapi jangan la abaikan tunang sendiri. Aku bukannya minta hantaran tiga buah pulau dengan lima buah helikopter ke hapa. Gaya dia kerja tu macam nak kahwin dengan anak presiden jek!” Adu Ona lagi. Coke yang tinggal separuh disedut. Macam ni la selalu. Bila Asyraf mungkir janji, Acis yang tolong mainkan peranan. Bila sesi luahan hati Ona, Acis jugak yang menadah telinga. Bila Ona ada masalah, Acis jugak yang tolong dia selesaikan sama-sama. Dari kecik sampai la sekarang dah jadi tunang orang pun, Acis tetap ada di sebelah dia sebagai pendorong semangat.

Acis tergelak mendengar omelan Ona. ” Kesian kau kan? Bertunang dengan orang lain. Tapi selalu keluar dating dengan aku. Hari tu Asyraf cakap dia busy dengan tender baru buat masa ni. Sekejap je. Sabar la sikit. Nanti habis je semua kerja, dia layan kau macam puteri kayangan. Confirm!”

“Ngek lu! Dah ar… Tengok wayang jom?” Ajak Ona sambil mengangkat kening. Malas nak cakap pasal orang yang sakitkan kan hati dia. Bukan sekali malah berkali-kali. Kalau difikir-fikir, kalau dikenang-kenang, kalau ditolak tambah, mahunya dia minta putus tunang dari Asyraf. Baru padan muka! Tapi… tak boleh! Tak boleh! Ona sayang dia la!

“Tukar topik ke?” Acis menyoal sambil menyengih.

“Tanak cakap pasal dia lagi. Sakit hati!”

“Cerita best ke?”

“Oh, mesti!”

“Cakap siap, Hindustan tamau.”

“Lorh… Acissss…”Ona mula merengek. Hujung t-shirt yang dipakai Acis ditarik-tarik manja. “Hero gempak tu. Hindustan la eh.”

“Tamau!”

“Please…”

“No!”

“Hero dia Arjun Rampal kot.”

“Do I look like I care, huh?Arjun Rampal ke Arjun Rumpai ke, pernah aku peduli ke?”

“Tak pun kita tengok Tamil movie? Vijay main tu. Heroin dia, Trisha tak silap aku. Ke Nayantara entah. Tapi memang superb habis la.”

Acis menghentikan langkah dengan tiba-tiba. Mata Ona direnung tepat-tepat. “Apa kata kau je yang masuk panggung tu. Aku masuk panggung lain.”

Ternganga dua saat dia dengan cadangan Acis yang memang tak best. “Gila hapa nak tengok wayang sorang-sorang? Macam batang balak je aku kat dalam kalau macam tu. Wahai temanku dunia akhirat, yes la… say yes please..” Ona merayu lagi dengan jari yang bersusun. Mata sengaja dikelip berkali-kali. Habis comel la tu. Macam anak kucing!

“Even gunung berapi meletup depan aku, even gempa bumi dekat Mid Valley ni, even kau ugut nak terjun jambatan Pulan Pinang pun, my answer still…no! Highlight please… no!”

“Hazim Irsyad Ahmad Fuad…” Nama penuh Acis disebut senafas.

“Muktamad!” Acis berdiri. “Jumbo Gajah Biru.” Putusnya sebelum berlalu.

Ona tepuk meja. Membara sungguh aku dengan mamat ni! Slingbag disangkut pada tubuh. Langkah Acis dikejar laju. “Tak romantik langsung!”

***

PONNN!!!!!!

“Haisyh!” Dia merengus kasar. Masuk ini dah dekat lapan belas kali dia menghentak kaki. Geram dengan makhluk di luar rumah yang suka sangat main picit-picit hon tanpa fikirkan perasaan orang sekeliling.

Ponnn!!! Cukup sudah sepuluh kali bunyi yang sama jugak dengan tinggi frekuensi yang sama hon ditekan. Ona yang tengah melilit selendang pada kepala terpaksa meluru keluar mendapatkan insan yang berada dalam Harrier hitam di hadapan pintu pagar.

“Heh! Finally, keluar jugak minah ni.” Omel Acis bila bayang Ona kelihatan pada muka pintu rumah teres double decker itu. Pinggir bibir kanan ditarik. Dia tayang muka sinis. “Eh, kau kau pakai selendang gaya apa ni? Serabai je aku tengok. Nak kata gaya Yuna jauh sekali. New style, huh?” Soalnya pada Una yang sudah datang dekat. Mata tertumpu pada kepala Ona yang disaluti dengan selendang bercorak abstrak putih-ungu.

“Ngek lu new style!” Bentak Una dengan nada bengang. ” Dah tau aku belum pakai kemas-kemas perli pulak. Bakar Harrier baru kau karang!” Gertaknya lagi. Hujung kanan selendang yang terbuai-buai ditiup angin dipegang. Sebelah kiri pula ditarik ke belakang leher.

“Cepat la masuk kereta. Kau tercangak apa lagi kat luar?”

“Aku belum ready lagi la. Kau tunggu kejap sepuluh minit. Aku masuk siap-siap kat dalam.”

Acis ternganga dua saat. Ona direnung dengan muka puzzled. “Dah tu yang kau kau keluar ni buat apa?”

Tangan dicekak pada pinggang. Renungan Acis berbalas. Tapi dengan gaya yang berlainan. Macam dalam mata tu ada api. “Kalau aku tak keluar, tak mustahil kan kau akan main lagu Mohabbatein dengan hon kau.”

Mendengar kata-kata itu Acis tergelak besar. “Baru je cadang nak mainkan lagu Koi Mil Gaya. Feeling sikit. Tapi dah ada another request la pulak.”

Mencerun pandangan Ona pada lelaki itu. “Kalau kau kempunan sangat nak tengok aku cabut stereng kereta kesayangan kau ni, try la buat.” Gertak Ona lagi. Dia mengetap bibir kuat-kuat. Rasa macam nak je telan mentah-mentah badan budak ni. Baru la kena dengan peribahasa kawan makan kawan. “Acis, kau ingat ni funfair ke yang nak main bunyi-bunyi hon? Respect la orang lain sama. Aku tau ni bukan rumah kau that’s why la kau tak ada rasa malu! Tapi kau kena sedar kalau ada problem, aku dengan housemate yang nak kena hadap muka orang-orang sini. Itu pun tak boleh nak fikir ke?” Tembak Ona bertubi-tubi. Habis je ayat dia terus tarik nafas panjang-panjang.

Acis buat muka relaks. Kata-kata Ona bagai habuk yang lalu tepi telinga je bagi dia. Langsung tak ambik pusing. “Pergi masuk and keluar balik dalam masa lima minit. Move now!” Suara Acis kuat berbaur arahan. Dia turut mengisyarat dengan tangan menyuruh Una masuk ke dalam rumah.

“Ngek lu! Main arah-arah pulak!” Balas gadis terus berlalu. Namun sempat kolar Acis ditarik untuk menunjukkan rasa amarah dia ketika ini sehingga dahi lelaki itu mencium stereng. Puas hati aku!

“Main kasar wei!” Acis tak puas hati. Dahi yang terasa perit digosok-gosok. “Dua minit. Kau tak keluar aku tinggal!” Jeritnya pada Ona yang sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Acis kerut kening. Muka cemberut sudah kelihatan.

Janji pukul 11.30 pagi. Sekarang dah pukul… jam pada tangan dikerling dua saat. Mata Acis terbeliak satu setengah inci. “Pukul 1.15 petang dah? Berapa minit lagi nak masuk Zohor.Haisyh! Si Ona ni memang melampau tahap gila sawan punya la.” Acis merungut sendiri. Dekat dua jam aku tunggu minah tu, tak jugak siap-siap. Ini memang boleh mendatangkan marah! Acis tarik nafas. Panjang. Cool down. Chill ar…Ona nak uji kau je tu. Jangan dilayan sangat. Nasihat dia pada diri sendiri. Volume muzik ditinggikan bila lagu kegemarannya berkumandang. The Man Who Sold The World – Nirvana yang beralun-alun menusuk corong telinga dihayati penuh asyik.

Hampir dua puluh minit menunggu, akhirnya Ona keluar semula. Kali ini bersama beg pakaian dan handbag di bahu. Dia membuka pintu belakang dan memasukkan bag pakaian. Kemudian Ona melangkah masuk bahagian tempat duduk di hadapan, sebelah Acis. “Hai dude!” Sergah gadis itu dengan sengihan lebarnya. Wajah mencuka Acis dipandang sekilas.

“Ngek lu dude!” Ucapan yang menjadi sinonim dengan Ona selama ini kini dilempar kepadanya semua. Ngek lu ada perkataan yang disingkatkan oleh Ona sendiri dari perkataan asal, bongek lu. Tanpa mempedulikan sengihan Ona itu, Acis tukar gear sebelum menekan pedal minyak. “Janji pukul lain tapi tunaikan pukul lain. Teringin sangat ke nak pegang gelaran munafik ha, miss Nurul Husna?” Soalan Acis bulat-bulat kedengaran sindiran. Mata ditumpukan pada pada hadapan bila Harrier kesayangan yang baru dimiliki belum pun sampai dua minggu sudah menyusur di jalan besar.

“Sorry.” Sepatah ucapan itu yang terbit dari bibir mungil Ona. Malas nak cakap banyak-banyak. Karang sampai ke kampung belum tentu Acis kunci mulut.

“Sorry tu boleh pulangkan balik ke dua jam aku yang dibazirkan macam tu je?” Bidas Acis lagi. Nampak gaya Acis masih mahu melepaskan ketidakpuasan hati dia.

“Sorry.” Ona membalas. Juga dengan perkataan yang sama.

“Haisyh!” Rengusan kasar dilepas. Bengang Acis makin bertambah bila Ona seolah-olah langsung tak tunjuk rasa bersalah. “Kakak dengan Abang Long dah sampai kampung, ke?” Acis terus tukar topik. Kalau banyak bebel dengan si Ona ni pun tak ada gunanya. Bukan dia nak layan pun. Paling tidak tidur terus! Kang tak ada pulak teman yang nak diajak berbual dalam perjalanan. Aku pulak yang sunyi.

“Dah. Mawar pun dah ada sana. Semalam lagi.” Balas Ona. Channel radio ditukar. Leganya rasa bila Acis sudah hentikan bebelan dia.

“Dia balik dengan Ajwad, ke? Anak-anak diorang?”

“Dah tu takkan dia nak balik dengan husband orang lain kot?”

“Tak de la. Mana tau kot-kot Mawar balik sorang.”

“Sejak bila Mawar dengan Ajwad pernah berjauhan, huh? Cuba kau bagitau aku. Sejak diorang kahwin sampai sekarang ni anak dah nak masuk tiga pun diorang tak pernah berpisah jauh-jauh tau.” Omel Ona tentang perihal teman baik mereka, Mawar. Sejak kecil Ona, Acis dan Mawar merupakan teman. Ketiga-tiga mereka membesar bersama. Mawar kini sudah berstatus isteri sejak berkahwin dengan Ajwad sejak enam tahun yang lalu dan mempunyai dua orang anak. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Khabarnya kini dia sedang mengandung anak yang ketiga. Bertambah bahagia la hidup wanita itu disamping keluarga.

“Dah nama pun sweet couple. Susahla nak tinggal jauh-jauh. Mawar pregnant lagi kan sekarang? Dah berapa bulan?” Soal Acis. Signal ke kiri diberi sebelum kereta dibelok.

“Nak masuk lima bulan kot. Aku suka ar tengok Mawar dengan Ajwad. Romantik je. Aku pun nak husband macam tu.” Tutur Ona dengan muka ceria. Frekuensi radio ditukar-tukar mencari lagu yang boleh menarik minat untuk mendengar. Namun sejak tadi semua radio asyik iklan je. Lagu tak pun keluar-keluar lagi.

“Sebulan je lagi kau pun akan dapat husband macam tu. Asyraf romantik what.” Balas Acis. Ona yang sudah berubah riak dikerling dua saat.

Gadis itu mengeluh lemah. Dia menyentuh dahi. Pandangan di bawa ke luar. “Aku sendiri tak yakin yang kitorang bakal kahwin sebulan dari sekarang. Entah jadi entah tidak.”

“Asal kau cakap macam tu? Orang berdoa banyak-banyak mintak ditemukan jodoh, kau cakap bukan-bukan pulak.” Acis tidak senang dengan kata-kata Ona. Dalam nada Ona tadi nampak sangat temannya itu dibelenggu masalah. Masalah yang tak pernah nak selesai. Masalah antara dia dengan Asyraf.

“Yela… Entah-entah hari nikah kitorang pun dia tak ingat. Busy mengalahkan PM. Aku dah tak larat nak touching. Kadang-kadang aku rasa macam dia tak appreciate aku langsung. Rasa macam aku ni bukan tunang dia pun ada. Tinggal dekat-dekat tapi rasa jauh macam sorang dekat Bumi sorang lagi dekat Pluto. Dah sebulan tau aku tak jumpa dia. Asal nak jumpa je ada je halangan.” Luah Ona sayu. Kelopak mata sudah terasa panas. Bila terfikir perbuatan Asyraf terhadap dia mula la rasa nak menangis. Sentap semacam je.

Acis tarik nafas sejenak sebelum membuka mulut. “Kan aku dah cakap, kau kena faham yang Asyraf tu sangat busy sekarang ni. Sekejap je tu.”

Ona mencebik. Seatbelt dibetulkan. Dia melipat sila. Ruang kereta yang besar itu membuatkan dia selesa sampai mampu nak duduk macam tu.” Sekejap la sangat. Dari mula kenal sampai sekarang busy dia tak pernah habis kau tau. Hal kenduri langsung tak ambik kisah. Semua serahkan kat aku hundred percent. Tengok la ni… Sepatutnya dia yang kena ikut kita balik kampung untuk meeting hal kenduri. Tapi last minute cakap tak boleh pulak. He’s always like that la. Ni apa yang aku nak jawab dekat mak abah aku kalau diorang tanya pasal dia?”

“Sabar la Ona oi. Aku pun tak tau nak cakap macam mana. Dia kena handle bisnes family. So, memang logik la dia bekerja mengalahkan PM. Korang dah lama kenal. Dah bertunang pun. Sepatutnya kau yang lebih faham dia, Ona. Chill ar… Jangan fikir bukan-bukan. Benda tak ada apa sangat pun. Kau tu yang suka dera feeling sendiri.” Nasihat Acis panjang lebar. Brek kereta ditekan bila lampu isyarat menunjukkan warna merah.

“Kau cakap hebat la. Cuba kalau kau ada kat tempat aku. Baru kau tau macam mana rasa.” Marah Ona. Acis dijeling.

“Aku bukan cakap hebat la. Aku cakap benda yang betul. Kau tu yang emo tak pasal-pasal kenapa?”

“Siapa emo? Aku just luah apa yang aku rasa.” Bingkas Ona. Dia berpeluk tubuh. Mata melilau ke sekelinling kereta Acis. Cantik gila kereta ni. Patut la Acis tekad gila nak beli. “Eh, kereta kau ni tak ada CD lagu yang best-best ke? Bosan ar dengar radio.” Ona menukar topik. Malas nak bercakap hal yang sama berulang kali. Sudahnya masalah tak selesai jugak.

“Kau tengok dalam CD album dekat belakang.”

“Hindi songs ada?”

“Terbalik kot dunia ni kalau aku tetiba ada CD lagu-lagu Hindustan.”

“Ceits!” Ona menoleh ke tempat duduk belakang. Tangan meraba-raba mencari CD album yang dimaksudkan oleh Acis. “Mana? Takde pun.”

“Alamak! Aku baru teringat. Tadi masa cuci kereta aku buang semua benda termasuk CD album. Sorry la wei. Tapi kalau kau merayu aku nyanyikan kau lagu, aku on je. Dengan senang hati sekali.”

“Oh, thank you aje. Aku rela dengar DJ merapu daripada dengar suara kau yang tak serupa orang tu. Eeii… seram!” Ona tarik handbag tutup separuh muka. Pura-pura tayang muka gerun.

“Wei, ramai orang cakap suara aku macam Faizal Tahir tau. Kau tu je yang tak boleh terima kenyataan.”

“Oh really? Orang-orang tu pekak tak?”

“Kau tu yang pekak. Heh!” Telinga Ona yang bertutup dijentik dua kali.

“Wei, main kasar! Telinga aku capang karang kau bertanggungjawab!”

“Bertanggungjawab macam mana? Kahwin dengan kau, huh?”

“Kalau perlu, why not?”

“Let me think about it… sepuluh kali dulu.”

“Ceits! Nak fikir sampai sepuluh kali. Gaya macam aku ni teruk sangat jek.”

“Memang pun.”

Terjegil luas mata gadis itu mendengar bicara yang mungkin ikhlas dari Acis. Laju kepala Acis diketuk dengan handphone. “Tolong beli insurans untuk mulut kau ye lain kali.”

“Akan dipertimbangkan.”

“Ngek lu!” Ona buat muka sakit hati.

“Ngek lu too.”

Acis melempias tawa. Kuat. Seperti kebiasaan, bila dapat buat Ona sakit hati hati dia memang senang! Tapi ketawa Acis mati bila terpandang Ona yang sudah menunduk. Dia ikut menunduk sedikit mengenal pasti riak apa yang sedang dipamer oleh temannya itu. Okey, riak sedih. Acis tarik nafas panjang sebelum dihembus lembut. Dia jadi serba salah. “Ona, kau touching ke? I’m kidding you la.”

Diam. Hanya deruan nafas lembut yang kedengaran. Ona menoleh ke luar. Pandangan kosong menyoroti bangunan-bangunan tinggi yang berada di sebelah mereka.

“Ona, sorry.” Pinta Acis lagi. Kali ni dia betul-betul menyesal dengan kata-katanya sebentar tadi. “Okey, kalau perlu aku akan kahwin dengan kau. Serius ni!” Acis cuba memancing.

“Ha!ha!ha!”

Spontan brek kereta ditekan bila Ona ketawa kuat. Acis tersentak hebat. Laju dia pusing belakang. Fuh! Nasib baik tak ada kereta dekat belakang. Kalau tidak… mahunya beratus-ratus duit aku terbang hari ni. Tak sempat nak tayang kereta baru dekat orang-orang kampung. “Ona!” Jerit dia lantang.

Ona masih mengekek ketawa. “Hambik kau! Cuak ke? Tak sangka kau terkena dengan aku hari ni.” Tutur dia lagi dengan nada tersekat-sekat sebelum menyambung semula tawa.

Acis ketap bibir kuat-kuat. Sekali lagi dia menjentik Ona. Tapi kali ini di kepala. “Gelak macam kak ponti. Kau tau tak kau boleh bahayakan nyawa kita tadi?”

“Yang kau lemah semangat ni asal?” Balas Ona dengan muka tak berdosa. Air mata yang merembes akibat ketawa yang terlalu kuat diseka.

“Siapa-siapa pun kalau dengar kau gelak macam tu boleh lemah semangat la.”

“Padan muka.”

Merengus kasar. Acis pandang Ona. “Aku tarik balik kata-kata aku tadi.”

“Tarak hal. Macam aku hadap sangat nak jadi bini kau.”

Acis tarik hujung bibir. Sinis sekali. “Kau jangan cakap hebat, Ona. Karang kalau tuhan terbalikkan balik kata-kata kau tu, mahu meraung setahun.”

“Bukan saja setahun. Bertahun-tahun aku meraung kalau betul ditakdirkan macam tu. Menjadi isteri Hazim Irsyad??? Sumpah aku tak pernah mintak!”

“Bongkak!”

“Mesti!”

“Cakap hebat!”

“Harus la.”

Mencebik lama. Kemudian Acis tersenyum.”Aku doa agar Asyraf banyak bersabar dengan orang macam ni.” Ikhlas dia berdoa.

“Oh, terima kasih.” Ona ikut tersenyum. “Tapi kan Acis…”

“Apa lagi? Benda tak logik apa pulak yang muncul dekat otak kau kali ni?”

“Kalau Asyraf tanak kahwin dengan aku macam mana?”

“Huh?” Kening Acis terjungkit sebelah. Ona dipandang dua saat.

“Yela… Dia dah biasa batal janji dia last minute dengan aku. Tak mustahil kalau dia boleh buat macam tu masa hari nikah kitorang nanti.” Riak ceria Ona perlahan-lahan berubah menjadi serius. Jari-jemarinya digenggam antara satu sama lain. Berkali-kali soalan yang sama bermain di minda. Bila terfikirkan kebarangkalian itu, Ona jadi kecut perut.

Dia diam lama sebelum menjawab. Acis memandang kosong pada jalan raya di hadapan. Stereng digenggam kuat. Berfikir jawapan apa yang boleh menghilangkan keresahan sahabatnya itu. Tak sangka pulak dia yang Ona akan berfikir sejauh itu. Tapi, ada betul jugak apa yang disuarakan oleh Ona. Kalau perkara itu berlaku, macam mana? Tak mustahil kan? “Kau tak ada benda yang berfaedah lagi ke nak fikir Ona? Asyik fikir yang bukan-bukan je. InsyaAllah perkara tu takkan jadi” Ini je jawapan yang paling bagus Acis terfikir untuk diutarakan.

Nafas pendek dihela. Ona mencapai kusyen kecil di tempat duduk belakang. Kemudian dia menurunkan sedikit kedudukan kerusi. “Kalau perkara tu terjadi. Macam mana?”

“Jangan cakap aku yang kena kahwin dengan kau.” Acis ketawa dengan gurauan sendiri.

Ona jungkit bahu. Dia bersandar pada kerusi. Kusyen tadi diletak atas muka. “Kalau perlu.”

“Kalau perlu?” Ulang lelaki itu. Terpempam!

Ona mengukir senyuman nakal disebalik kusyen. Geli hati bila dia dapat mengenakan Acis terus-terusan hari ini. Selalunya dia yang teruk kena buli dengan pensyarah UiTM itu.

“Ona, kau serius?”

Soalan Acis tergantung tanpa jawapan bila tubuh gadis itu kaku ditempatnya.

“Wei, bangun teman aku drive la!”

***

“ASYRAF mana?”

Dia menyungging senyuman hambar. Hidung dan bibir masih pada tangan mak. Kan dah cakap ni la soalan pertama yang mak akan tembak bila nampak muka aku. Ona mengangkat muka. Puan Halijah dipandang. “Dia busy, mak. Tak dapat nak ikut kitorang balik.”

Kedengaran wanita tua itu melepas nafas berat. “Busy apa sampai nak balik rumah kampung bakal isteri pun tak boleh. Sejak kamu kenal dia Ona, baru sekali tau mak tengok muka dia. Itu pun masa dia dengan sedara mara dia datang nak merisik kamu dulu.”

Gadis itu hanya diam mendengar omelan si ibu. Nak membalas, tapi tak tahu ayat apa yang sesuai. Sudahnya dia mintak diri untuk masuk ke dalam rumah.

“Sihat, Cik Jah?” Sapa Acis seraya tunduk mencium tangan mak Ona. Ona yang sudah melangkah ke dalam rumah dipandang sejenak. Aku faham feeling kau, Ona. Cool saja la sahabat oi. Tu je jalan yang paling baik.

“Alhamdulillah, sihat. Tak nampak ke Cik Jah dah berisi ni?” Balas Puan Halijah. Mesra. Dia kalau dengan Acis memang mesra la. Dia sayangkan Acis macam anak sendiri. Maklum la tak ada anak lelaki. Lagi pun dari kecil Acis selalu menghabiskan masa dengan dia. Begitu jugak Mawar.

Acis ketawa. “Perasan jugak. Pakcik Man pandai jaga ni. Makan minum cukup. Okey la tu berisi pun. Asalkan tak ada penyakit.” Katanya dengan senyuman yang masih bersisa. “Pakcik mana, Cik Jah. Tak nampak pun. Sihat ke dia?” Tanya dia pula sambil melilau pandangan ke sekeliling.

“Pakcik pergi rumah Tok Penghulu. Ada hal apa entah. Kejap lagi dia balik la tu. Eh, apa bersembang dekat depan pintu ni? Meh la masuk. Cik Jah buatkan air.” Lengan Acis ditarik supaya mengikutnya masuk ke dalam rumah.

“Cik Jah, Acis rasa Acis nak balik rumah dulu jumpa mak abah. Malam ni Acis datang balik, ye.” Tolak Acis sopan.

“Kalau macam tu takpe la. Datang malam karang. Makan dekat sini tau.”

“Tomyam sotong pedas kaw-kaw?” Acis jungkit kening.

“Dengan masak lemak siput sedut.”

“Sambal ikan bilis manis?”

Angguk dua kali. Senyum makin lebar. “Sayur campur. Letak tempe goreng. Menu wajib kan?”

“Oh mesti. Tapi…” Ayat dia dibiar tergantung. Acis tayang muka sedih.

“Tapi apa?”

“Rindu popia basah Cik Halijah la. Cemana ni?”

Wanita itu tergelak riang. Acis masih setia dengan kuih kesukaan. Asal balik kampung je, mesti kuih itu yang dimintak.”Boleh je. Bila nak makan? Cuti berapa hari ni?”

“Asalnya cuti weekend je. Tapi Ona paksa Acis ambik cuti lima hari, Cik Jah. So, bila dikira-kira, seminggu la kot kat sini.”

“Uih, lama tu. Husna punya cuti sama jugak eh?”

Angguk. “Cik Jah, Acis mintak diri dulu eh. Malam karang jumpa. InsyaAllah. Makan besar, siapa tanak?”

“Ah! Kau Acis… tolak kayu dengan batu je. Kalau dua benda tu boleh telan pun kau telan.” Ona yang sudah bertukar pakaian menyampuk tanpa diundang. Kulit rambutan yang digenggamnya dilempar pada Acis.

“Sakit la ngek! Kau jealous sebab Cik Jah sayang aku lebih, cakap direct la. Takyah nak kona-kona.” Bidas Acis kembali sambil menggosok-gosok dahi yang terasa perit dengan lemparan kulit rambutan dari Ona sebentar tadi. Nasib baik tak berlubang dahi aku. Kalau tak, sumpah aku saman kau Ona! Suka main kasar betul.

Gadis itu mencebik panjang. “Apa faedah aku nak jealous? Dah faham dengan perangai buruk lantak kau tu. Selera besar mengalahkan kingkong.” Acis dijeling tajam. Sekali lagi tubuh lelaki itu menjadi sasaran kulit rambutan.

“Husna, apa buat orang macam tu?” Tegur Puan Halijah tidak senang dengan perbuatan tak bermoral anak gadis tunggalnya itu.

“Ona bukan buat orang, mak. Ona buat Acis.” Selamba dan dengan muka tanpa rasa dosa dia membalas.

Wanita tua itu terjegil sedikit mendengar jawapan bodoh Ona. “Dah tu, Acis bukan orang ke?”

“50-50.”

“50-50?” Laju Acis mencelah.

“Yup! Kau tak tau ke yang kau tu separuh manusia separuh lagi hantu?”

“Hantu?”

“Aah. Hantu makan, hantu tidur, hantu lepak, hantu game, hantu…bla..bla..bla… Cukup la list untuk hari ni ye. Aku dah semput nak sebut semua. Lain hari aku sambung.” Ona buat-buat batuk. Sesekali dadanya ditepuk-tepuk. Dah gaya macam orang sakit jantung tahap nak mati je.

Mencerun pandangan Acis terhadap Ona. Senang hati sungguh si Ona ni mengutuk aku. “Kau cari pasal ke?”

Ona jungkit bahu. Dia tarik sengih. “Kau hangin ke?”

“Tak!”

“Dah tu takyah nak pandang aku macam tu. Sumpah aku cakap, tak takut langsung.”

“Ngek lu!”

“Ngek lu too!”

Lelaki itu menghela nafas tak puas hati. “Cik Jah, Acis balik dulu.”

“Ada Cik Jah halang?” Ona pandai-pandai membalas dari pihak mak dia. “Cik Jah menghalau ada la.”

“Husna…” Puan Halijah menyelit. Lengan Ona dicubit. “Jaga perangai sikit. Suka sangat buli Acis kenapa?”

“Sebab dia lembik.”

“Shut up!” Marah Acis. Dia menjegilkan mata pada Ona.

“Wuuuuu!!! Seram.”

Tak sampai seminit, Harrier hitam itu menderu laju keluar dari halaman rumah Ona.Nampak sangat yang hangin Acis masih belum hilang. Ona menyungging senyum kemenangan.

***

“BILA balik Shah Alam?” Soal Mawar setelah dia melabuhkan punggung di sebelah Ona. Nasi digaul bersama ikan goreng dan kuah sayur campur sebelum dikepal kecil dan disuak ke dalam mulut anak nombor duanya yang berada di ribaan Ona.

“Tengok la mood aku macam mana. Kalau aku dah jemu tinggal dekat sini aku balik la.” Balas temannya itu dengan muka selamba. Rambut Elyna yang lurus separas bahu dibelai sebelum diikat satu. Pipi gebu budak itu dicium.

“Gila cantik muka kau. Macam company tu Pakcik Man punya je. Suka hati nak keluar masuk ikut mood.” Mawar buat muka. Dua butir nasi yang terlekat pada atas bibir Elyna dibuang.

Ona tergelak dulu sebelum membalas. “Kalau bapak aku punya, dah lama aku pindah ofis tepi rumah. Tak payah nak penat-penat badan pergi duduk Shah Alam.”

Mawar mencebik. Merepek tak sudah-sudah. “Asyraf asal tak balik?”

Ona angkat bahu. Muka bosan ditunjuk. “Biar la dia. Dia tak ada tunang agaknya.”

Mawar jungkit kening kiri mendengar jawapan Ona itu. “Cakap apa macam tu? Masin mulut tu karang.”

“Terima je la. Nama pun suratan dan kebetulan. Tapi takpe Acis dah janji nak kahwin dengan aku.” Jawab Ona main-main. Dia tergelak lagi. Dua saat kemudian lagu Suratan dan Kebetulan didendangkan khas buat Elyna yang berada dipangkuan.

Budak umur tiga tahun enam bulan itu terus menutup kedua-dua telinga dengan mata yang dipejam rapat. “Acik Ona, bising la. Suara Acik tak sedap. Leen sakit telinga.” Adu dia pula dengan nada ikhlas. Direct terus budak tu tembak. Tak ada nak jaga hati langsung. Dah kata pun anak Ain Mawardah kan?

Mendengar kritikan bernas anaknya itu membuatkan Mawar pula ketawa. Thumbs up dilayang.”Ona, budak-budak tak pandai menipu.”

Heh! Pinggir bibir dinaikkan sebelah. Sinis. Pipi Elyna dicubit geram. “Kecik hati Acik Ona tau.”

“Acis hilang akal ke yang tetiba janji nak kahwin dengan kau?”

“Tak. Aku yang paksa. Hebat kan?” Kening digerak-gerak.

Mawar tergeleng-geleng. “Korang ni teruk ar. Hal kahwin pun boleh buat main.”

“Well, hidup memang harus macam ni.”

“Ngek lu! Falsafah yang langsung tak boleh pakai.” Bidas Mawar dengan cebikkan. Suapan nasi diteruskan pada Elyna. “Mana Acis bawak anak aku?” Mata Mawar melilau ke sekeliling halaman rumah. Mencari bayang Adam dan Acis. “Dia belum makan lagi tu.”

“Tadi dia bawak Adam pergi belakang. Entah-entah pengsan apa dideranya budak tu? Dari tadi tak dengar satu suara pun.” Ona mula buat serkap jarang ikut kepala gila dia.

“Gaya kau cakap macam Acis tu criminal antarabenua je. Dengar dia karang, silap-silap kau pulak yang kena dera.” Gertak Mawar.

“Memang dia tu criminal pun. Kau je yang tak tau. Biar aku pergi panggilkan Adam. Karang pengsan betul-betul pulak anak kau tu sebab tak makan. Acis tu bukan boleh percaya sangat.” Omel dia lagi. Elyna diubah ke atas riba mamanya. Ona turun dari beranda lalu menyarung selipar.

“Lawa selipar. Siap ada bulu-bulu lagi. Muka teddy besar tapak tangan yang tak tahan tu. Dah tu warna meriah gila. Oren terang tu.” Komen Mawar bila matanya terpandang selipar yang dikaki sahabatnya. Dia ketawa mengejek. Faham benar dengan kegilaan gadis itu dengan warna terang.

“Kau jangan pandang rendah dekat selipar aku, Mawar. Jealous cakap direct la. Yela, isteri orang mana boleh pakai selipar macam ni. Nak-nak lagi dah beranak pinak pun. Lain la macam aku yang still single bergaya.” Panjang lebar Ona membalas. Sengaja Mawar disakat. Kembang kempis hidungnya menahan bangga. Kemudian dua pusingan dibuat dengan tangan didepa luas. “Dua puluh lima ringgit tau. Aku paksa Acis beli masa kitorang keluar pergi Sunway Piramid bulan lepas. And for your information… bukan ni je yang aku ’ketuk’ dia. Ada lagi dua pasang dekat rumah sana. Tapi lain warna la. Kepala teddy je yang sama.”

“Mak aii…” Ternganga satu inci setengah mulut Mawar mendengar penjelasan Ona itu. Mata dikelip berkali-kali tanda tak percaya. “Sejak bila Acis hilang akal sedekah RM75 dekat tauke kedai tu semata-mata untuk kau? Bukan ke selama 27 tahun ni kita memang faham perangai bakhil mamat tu. Kau sihirkan dia ke, Ona?”

“Aah. Tapi bukan pakai bomoh. Pakai ayat je.” Ona tayang muka megah. Terangguk-angguk dia sambil tersengih lebar.

“Acis, masuk kedai kasut ni jom?” Ajak Ona bila bila mereka melalui sebuah kedai kasut. Langkah terhenti. Ona memaku pandangan pada ratusan kasut yang beraneka jenis dan warna yang disusun kemas pada rak kasut.

“Kejap aku nak pergi beli khemah dengan bantal dulu.” Balas Acis dengan muka tak beriak.

“Khemah?” Kening Ona berkerut. Dia muka puzzled.

“Nak get ready. Mana tau kot-kot kita nak kena berkhemah dekat dalam. Kau kalau dah masuk kedai kasut dah tak ingat alam tau? Aku dah serik. Banyak kali kena.” Bebel Acis sebelum dia merengus. Faham sangat dengan fiil kawan dia yang sorang tu. Sangat obses dengan kasut. Entah apa yang menariknya tak tahu la.

Mendengar kata-kata itu terus muka Ona berubah riak. Bengang! Acis direnung macam nak cekik. “Kau sindir aku ke?”

“Tak ah. Cuma komen je.” Bidas Acis dengan nada selamba habis. Dia berkira ingin menyambung langkah terbantut bila terasa lengan t-shirt dia ditarik kuat. Acis toleh kiri. “Kau main paksa, Ona.”

“Cara lembut kau tak layan.”

“Aku tanak ah.”

“Aku sikit pun tak kisah dengan tanak kau tu!” Bentak Ona keras. Dia tak kira. Dia langsung tak peduli. Tarikan dikuatkan lagi bila Acis cuba bertindak untuk mengkakukan diri. Namun gagal.

Setelah melangkah masuk ke dalam kedai, mata bulat Ona bertambah bulat bila dia terpandang deretan selipar berbulu tebal dengan pelbagai kepala patung. Dia jadi teruja. Satu persatu selipar dicuba. Setiap kali cubaan, pendapat Acis tidak lupa untuk diambil kira.

“Wei, selipar ni cantik tak?” Sepasang selipar berkepala katak disarung pada kaki ditayang pada Acis.

Lelaki itu terlebih dahulu menjawab dengan cebikkan panjang sebelum menggeleng laju. “Kau tak rasa geli ke nak pakai?”

“Okey, cuba yang lain.” Selipar itu diletakkan kembali ke tempatnya

“Miss, ada selipar baru sampai. Wanna try?” Sedang sibuk-sibuk Ona tercari-cari selipar yang satu suara menegur dari belakang. Gadis cina kecil molek, pekerja di situ menghulur dua pasang selipar berkepala teddy pada Ona.

“Wah!!!” Terkinja–kinja dia melihat benda alah itu. Muka ceria habis. Macam dah tak ingat alam.

Acis tersentak hebat dengan telatah Ona yang boleh jadi sampai macam tu sekali. Memang tak sangka. Tengok selipar biasa je pun. Lain la kalau tengok selipar boleh terbang ke jalan sendiri ke selipar ajaib ke. Logik la jugak nak beraksi macam ni. Dia mendekatkan muka pada telinga Ona. “Kau jangan nak buat sawan dekat sini! Cuba tengok sekeliling.”

Perbuatan Ona terus terhenti. Senyuman juga lesap tak sampai dua saat. Muka dah rasa panas. Nak-nak lagi bila ada mata-mata yang merenung ke arah dia dengan pelbagai jenis riak. Senyum ada. Pelik ada. Sinis pun ada. Dia tarik sengih serba salah. Perlahan-lahan Ona melangkah mendekaki Acis. Tubuh tinggi lelaki itu diguna sebagai benteng pertahanan malu. “Asal kau tak cakap awal-awal? Saja nak malukan aku ke?” Marah dia pada Acis.

“Kau yang malukan diri sendiri. Salah kan aku asal? Dah ar, blah jom?”

“Kejap la. Aku nak beli selipar ni.” Muka dikalih pada gadis cina tadi yang masih setia menanti. “Miss, ada warna lain tak?”

Mengangguk laju. “Merah, pink, coklat, hitam, kuning, oren, hijau, biru…”

“Okey,okey… I nak angkat warna oren, hijau dengan pink. Okey?”

“Okey, I bukak bil kejap.” Gadis cina itu berlalu pergi meninggalkan Ona dengan Acis.

“Jom pergi kaunter.” Hujung t-shirt Acis ditarik. Sekali lagi lelaki itu mengekor macam lembu dicuck hidung walaupun dia merengus tak setuju. “How much?” Soal Ona sebaik saja dia menghampiri kaunter.

“RM75, miss”

“Ayang, bayar.”

“Mana Asyraf?” Acis angkat muka. Melilau matanya ke sekeliling mencari kelibat Asyraf. “Kau panggil Asyraf ke? Aku tak nampak dia pun.”

“Baby panggil you la Ayang. Pay for this.” Ona dengan liuk lentuknya sambil mengelip mata berkali-kali pada Acis. Senyuman menggoda habis.

Terkaku dan terkedu. Ternganga besar mulut lelaki itu. Mata pun terbuntang hebat. “Asal aku pulak yang kena bayar?” Bisik Acis perlahan. Sesekali senyuman dilempar pada gadis yang menjaga kaunter di hadapan mereka.

“Ayang ni kedekut la. Semalam masa candle light dinner dah janji nak belikan baby kasut. Baby bukan mintak yang mahal-mahal pun. Boleh la eh?”

“Ala encik, awek manyak cun lorh. Mintak belanja selipar tak kan tak boleh? RM75 saja. Manyak murah lorh…” Gadis cashier itu menyelit tanpa diundang. Senyuman mesra masih tak lekang –lekang. Orang nak tarik perhatian pelanggan, harus lah senyum. Ingat petua ni okey!

Mendengar suara cashier itu, Acis terus menyungging senyum. Senyuman yang memang tak ikhlas. Kau senyum hapa, amoi?Kau cakap senang la. Bukan kau yang nak kena bayar. Lagi satu, asal selipar jepun hodoh macam ni pun harga boleh cecah RM 25 sepasang?Dekat MYDIN tu boleh je jual RM 1.90 sepasang. Riba ke hapa ni? Bakar kedai kau karang, nak? Panjang berjela Acis mengomel sendiri.

“Ayang, bayar la cepat. Takde cash ke? Tarak hal. Kredit card pun boleh.”

Soalan Ona mematikan lamunan Acis. Gadis itu direnung tajam. Ni lagi sorang! Ayang, baby,ayang, baby… Dan-dan je nak romantis-romantis dengan aku. Muntah atas muka kau kang! “Miss, kurang tak boleh ke? Kasi la tiga ni RM 30. Alaa.. cincai je la. You dah berniaga lama. Dah berbank-bank duit you untung, kan? Setakat jual tiga pasang RM30 dekat I, tak adanya nak rugi pun.” Acis mula berkompromi. Senjata mula dikeluarkan. Apa lagi kalau bukan kerdipan mata yang menggoda. Lesung pipit ditayang dalam.

Ternganga Ona dengan permintaan Acis yang tak diduga. T-shirt Acis ditarik sehingga lelaki itu tertunduk. Ona mendekatkan bibir pada telinga Acis. “Kau buat lawak tak kelakar hapa, wei?Gila! Ni bukan pasar malam yang nak main tawar menawar. Kau jangan malukan aku, Acis. Bayar je la.” Tegas Ona dengan suara yang sedaya upaya dikawal. Sesekali dia menyengih pada cashier tadi yang masih lagi menayang riak terkejut gara-gara proses tawar menawar Acis tadi.

“Aku atau kau yang gila,huh? Selipar jepun je pun. Tapi harga dah macam selipar kristal. Dengan RM75 tu aku boleh bawak kau makan dekat Burger King tujuh hari tujuh malam tau?”

Ona diam. Belum terasa ingin membalas. Otaknya masih berfikir bagaimana cara untuk pujuk budak lelaki sorang tu suapaya belikan dia apa yang dia nak. Sengihan nakal terkupas bila satu idea yang padanya memang bernas menyapa otak. Tanpa menunggu masa lagi, dia terus menghentak kaki. Meja kaunter ditampar berkali-kali. “Baru baby tau macam ni perangai Ayang. Kedekut jauh beza dari Haji Bakhil. Baby mintak beli selipar je pun, bukannya banglo lima tingkat. Tu pun Ayang tanak belikan…” Kata Ona diselangi dengan bunyi esakan. Hentakan kaki bertambah kuat.

Acis? Terus tunjuk geraham paling hujung bila Ona sudah bertukar karekter. Merah mukanya menahan malu. Toleh kiri, orang pandang. Toleh kanan, orang cebik. Toleh belakang, orang pandang sinis. Toleh depan, raungan Ona tambah lagi satu oktaf. Tanpa menunggu sesaat pun, wallet dalam poket belakang jean ditarik keluar. Sekeping not RM 50 dan tiga keping not RM30 ditarik dan diletak atas kaunter. Selipar yang sudah siap dimasukkan ke dalam beg plastik dicapai dengan rakus. Kemudian sling beg Ona pula ditarik sehingga gadis itu terdorong ke depan mengikut langkah dia. Tanpa mengambil baki dan resit, laju Acis dan Ona menonong keluar dari kedai kasut tersebut. Malu jangan cakap la. Masa ni Acis rasa macam nak je pakai kostum batman yang lengkap dari atas kepala sampai kaki. Lepas tu terus terbang pergi sembunyi dekat planet Marikh. Grghh!!!

“HAHAHA!!!” Bergema sepuluh petak sawah dengan gelak tawa dua gadis. Mawar yang sudah mengalirkan air mata sesekali menggelengkan kepala. Sumpah cerita Ona kelakar sampaikan Elyna, budak kecik tu pun ikut tergelak sama. Faham ke tidak tolak tepi. Yang penting, mama dia dengan Acik Ona gelak sakan, dia pun nak join.

“Kejam la kau, Ona. Kalau aku la jadi Acis tu, aku tinggal je kau dekat kedai tu. Meraung la kau sampai satu abad pun. Apa aku kisah. Ngada sangat. Siapa nak layan?” Komen Mawar sebelum menyambung kembali tawanya. Lobak merah yang dipotong panjang disuap pada Elyna.

“Padan muka dia. Aku mintak cara baik dia buat tak tau. Aku mintak la dengan cara kurang baik.” Balas Ona dengan muka puas hati. “Eh, aku pergi cari Adam kejap.” Maklumnya lagi sebelum berlalu ke belakang rumah.

“Pergi la. Jangan sampai kau melekat dekat belakang sekali sudah. Ingat, Adam belum makan lagi tu.”

***

“PASTA!”

“Haaahh!!!?” Semua di situ menala pandangan tepat ke muka Ona.

“Takde idea yang lebih cerdik dari tu ke, Ona?” Tanya Acis sambil merenung bosan temannya itu. Orang semua tengah serabut dok berbincang pasal menu hari kenduri dia nanti, dia boleh buat lawak pulak.

“Asal kau tak cadang lamb chop je?” Mawardah mencelah sama. Ona dijegil tajam. Luku kepala biul kau tu karang!

“Entah kamu ni, Husna. Merapu pulak dia. Ni kenduri kampung tau. Bukannya buat dekat hotel lima bintang ke apa. Yang nak datang kenduri nanti orang-orang kampung. Tekak orang kampung bukan boleh masuk dengan pasta kamu tu. Lain la dalca ke, gulai ikan, ayam masak merah, daging masak kicap ke macam yang paklang Zam kamu cakap tadi. Haish! Merepek je kerja dia. Kalau dah tak tau tu duduk diam sudah la.” Bebel Puan Halijah tidak setuju dengan cadangan Ona yang tak masuk akal.

“Betul cakap Cik Jah tu. Daripada kau jadi statue kat sini, better kau pergi buat kopi untuk semua ahli mesyuarat. Ada faedah jugak. At least, nampak jugak la jasa kau dalam meeting ni.” Sambung Acis pula dengan ayat-ayat yang mampu melahirkan rasa bengang dari Ona.

“Aku nak milo panas.” Ajwad dengan tak malunya membuat pesanan.

” Orange juice.” Mawar di sebelah Ajwad menyelit sama sebelum pasangan itu tergelak nakal.

“Wah…wah… Gaya pesan macam sini Ali Corner je. Yela-yela, aku pergi buat.” Dalam rasa geram terhadap kawan-kawannya, mahu jugak Ona berlalu ke dapur untuk menunaikan permintaan mereka. ” Cik Teh, kopi dengan milo mana?” Pekik Ona dari arah dapur.

“Ada dalam plastik atas peti sejuk tu. Acis baru beli tadi. Cik Teh tak sempat nak masukkan dalam bekas!!!” Balas Cik Teh, mak Acis dengan laungan yang membingitkan semua telinga di situ.

“Sabar, Teh. Budak Husna tu belum pekak lagi. Takyah la awak nak melaung macam dia berdiri dekat kampung sebelah.” Lembut haji Fuad menegur isterinya namun berbaur sindiran.

“Eh, ayahnya. Perli kita ke?”

Ruang tamu rumah Acis bergema dengan hilaian tawa. Malam itu, mesyuarat pasal kenduri Ona dijalankan di rumah Acis. Semua ahli keluarga dan kawan-kawan dekat berkumpul.

“Abang, Elyna mana?” Soal Mawar pada Ajwad. Tawa dia terhenti bila dia mendapati anak gadisnya tidak kelihatan.

“Tadi bukan dia tidur sebelah sayang ke?” Ajwad membawa pandangan ke sekeliling ruang tamu mencari kelibat Elyna. Namun bayang budak kecik itu masih belum kelihatan. “Takpe la. Biar Mawar pergi cari. Dia ada dekat dapur dengan Ona kot.” Ujar Mawar seraya melangkah meninggalkan ruang tamu menuju ke dapur. Namun langkah dia terhenti bila Elyna sudah dijumpai. “Laaa… dekat sini rupanya anak mama ni.” Pintu bilik Acis yang terkuak separuh itu ditolak. Mawar mendapatkan Elyna. “Sayang tengok apa tu?” Soal dia. Album gambar yang dibelek Elyna diambil. “Tengok gambar uncle, ye?” Album itu dibuka satu persatu. Ona tersenyum bila melihat gambar-gambar dia bersama Ajwad dengan Ona yang terselit kemas. Gambar dari zaman kanak-kanak sehingga lah dewasa.

Senyuman dia makin lebar bila sekeping gambar mereka berempat ketika kenduri kahwin dia dengan Ajwad dahulu menyapa pandangan. Terdapat ayat-ayat di bawah gambar tersebut.’Mawar dah kahwin. Tahniah! Doa kau bahagia sampai ke akhir hayat, sahabat’. “Thanks, sahabat.” Ucap Mawar perlahan. Helaian seterusnya diselak. Kali ini gambar dia, Ajwad, Acis, Ona dengan Asyraf ketika di majlis pertunangan Ona. ’hari ni aku betul-betul sedar yang dia bukan milik aku.’ Kening Mawar terangkat sebelah bila sebaris ayat itu diteliti. “Acis maksudkan siapa?” Soal dia sendiri. Mawar membuak-buak ingin tahu. Serasa macam ada yang tak kena. Laju helaian seterusnya dibuka. Dari helaian ke enam sehingga helaian terakhir hanya wajah yang sama menghiasi album tersebut. Di bawah setiap gambar-gambar tersebut tertulis dengan ayat-ayat macam orang patah hati. Mawar terkedu. Dia berfikir sendiri.”MasyaAllah!” Seru dia sambil meraup muka. Dia bersandar pada sofa. Tanpa menunggu sesaat, laju nombor Ajwad di dial. “Hello, bang. Datang bilik Acis, kejap. Senyap-senyap tau. Jangan kasi orang lain tau.”

***

KERETA diparkir betul-betul hadapan Butik Bidadari. Dari dalam kereta, jelas kelihatan Ona sedang duduk bersendirian di luar butik tersebut. Acis mengeluh kesal. Lama wajah muram itu direnung sebelum dia melolos keluar mendapatkan Ona. Senyuman dikupas semanis mungkin sebelum si gadis disapa. “Yo!” Dia menyapa Ona. Mesra.

Ona hanya membisu tanpa sebarang respons. Dia buat gaya macam Acis halimunan.

Ruang kosong di sebelah Ona diambil. Acis mendongak ke atas. Memikirkan ayat apa yang logik diberi pada Ona. Pujukan apa yang paling best boleh lesapkan riak muram gadis itu. Lima minit berlalu, namun satu idea pun belum melintas dikepala otak. Semuanya idea yang lapok. Semua jenis pujukan yang pernah dibuat berkali-kali sebelum ini. Acis jadi buntu. Nak nak lagi kebisuan Ona yang berterusan. Lagi la Acis dihimpit perasaan.

Tadi dia mendapat panggilan dari Asyraf. Lelaki itu meminta dia menemani Ona mencuba baju pengantin di butik kerana dia terpaksa menghadiri satu meeting penting. Katanya meeting tu melibatkan masa depan. Bukan itu saja. Asyraf juga meminta Acis menggantikan tempat dia untuk mencuba baju pengatin lelaki. Disebabkan saiz tubuh mereka sama, lelaki itu merayu agar Acis dapat membantu dia. Acis yang sememangnya tidak dapat menolak apa-apa hal yang melibatkan Ona akhirnya bersetuju dengan permintaan Asyraf walaupun separuh rela.Lagipun masuk ini dah kali keenam pasangan itu terpaksa menunda percubaan baju di butik itu.

“Kali ni, aku tanak pujuk kau, aku tanak back up Asyraf, aku tanak hilangkan kesedihan kau. Sekarang ni, aku nak kita masuk try baju pengatin lepas tu pergi lepak dekat PKNS. Kau suka kumpul selendang, kan? Member aku yang bukak gerai dekat situ cakap ada banyak stok selendang yang baru sampai. Cantik-cantik semua. Karang aku bawak kau pergi.”

Ona masih seperti tadi. Diam tak berkutik.

Acis makin buntu. Lima saat kemudian, esakan halus kedengaran. Dia mengeluh kesal. “Lagi satu, aku tanak tengok kau nangis.” Katanya lembut. Anak rambut yang terjuntai diraup ke belakang. Acis berdiri. Lengan baju Ona ditarik membuatkan gadis itu turut berdiri. “Takde masa nak buat drama sedih dekat sini. Masuk dalam fitting baju.”

***

“KAU pilih je berapa banyak selendang kau berkenan. Tudung ke, baju kurung ke gasak la.”

Ona pandang Acis dalam-dalam. “Kau nak payungkan ke?”

Jungkit bahu sambil mempamer muka megah.

“Wahhh… tengkiu…tengkiu…” Ona yang sudah mampu ketawa terlompat keriangan. Laju pemilihan dibuat. Sehelai demi sehelai selendang dibelek.

Senyuman Ona membuatkan Acis mengeluh lega. Tanpa sedar bibir dia juga ikut tersenyum. Dia happy, aku happy. “Tapi kau jangan nak berangan nak angkut satu kedai. Aku belum cukup kaya lagi.” Pesan dia sebelum Ona berkelakuan diluar jangkaan. Karang tak pasal-pasal dia kena paksa Haji Fuad jual tanah dekat kampung nak bayar hutang. Minah ni kalau shopping, memang tak ingat alam!

“Alaaa.. baru je cadang nak buat macam tu, kau dah larang.” Ona mencebik.

“Takde. Takde. Maksimum RM 200 je.”

“Yela… aku control nafsu membeli.”

Acis tersenyum. Dia ikut membelek-belek baju melayu yang tergantung di situ. Perbuatan dia terhenti bila dia ternampak tubuh Asyraf dicelah lengan baju melayu warna biru yang dibeleknya. Acis dah buat muka hairan. Kening bertaut. Namun dua saat kemudian, riak muka berubah. Terkedu! Dia terkedu bila mendapati Asyraf sedang memeluk mesra pinggang seorang wanita yang bertudung. Mata digosok berkali-kali untuk memastikan apa yang sedang dilihat ketika itu. “Ona, aku pergi beli air, jap.” Bagitahu dia sebelum berlalu menuju ke arah wanita tersebut selepas Asyraf menghilangkan diri dari situ.

“Assalamualaikum…” Dia menyapa lembut sebaik saja wanita itu dihampiri.

“Waalaikumussalam.” Lembut balasan yang diberi.

“Saya Hazim, kawan Asyraf. Asyraf pergi mana?” Soal dia ramah.

“Toilet. Kejap lagi dia datang balik. Kawan sekolah dia ke? Tak pernah tengok before.” Ramah juga wanita itu berbual. “Oh ye…saya Naisyah, isteri Asyraf.”

“Is… isteri!!???” Memang bergema suara Acis di situ. Sumpah dia bukan sengaja menjerit tapi suara dia memang tak boleh dikawal.

Naisyah jelas tersentak dengan jeritan itu.

“Sorry… terkejut sangat sebab Asyraf ada isteri secantik ni.” terkulat-kulat Acis mencari jawapan. Dia menarik nafas lega bila jawapan yang bernas berjaya diperah keluar.

Naisyah tersenyum malu dengan pujian yang diterima. “Abang, Syah jumpa member lama abang ni.”

Acis berpaling ke belakang.

“Acis!???” Sungguh! Asyraf dah mula tayang muka cemas. “Err… aa…”

Acis hanya tersenyum tanpa rasa. “Isteri?” Kening kanan dijungkit.

Lambat-lambat Asyraf mengangguk.

Acis senyum lagi. Kali ni sinis sekali. “Cantik. Jaga isteri kau elok-elok.” Tangan dihulur pada Asyraf yang masih terkedu. Huluran bersambut. “Aku blah dulu. Ona tengah tunggu.” Dia berpaling pada Naisyah. “Nice meeting you.” Sambung Acis lagi sambil mengatur langkah meninggalkan Asyraf dan Naisyah.

Setelah dua puluh langkah, Acis terasa bahu dia disentuh. Automatik langkah dia terhenti. Tanpa melihat wajah pun, dia dapat mengagak yang berada di belakang dia itu adalah Asyraf.

“Acis…”

“Don’t worry. No words out dari mulut aku. Aku tak cukup sanggup nak bagitau dia. Kau sendiri settle. Tapi macam mana pun, sebelum korang diijabkabul, Ona mesti tau.” Tanpa berpaling, Acis menyusun ayat.

“Sorry.”

“Not to me.”

“Aku…”

“Ingat! Kalau kau buat dia sakit, aku takkan lepaskan kau!”

***

“HAISY! Dah tau jari tu penuh dengan inai, nak jugak menempek dekat orang. Tengok. Habis kotor lengan aku.” Marah Mawar bila inai dari jari Ona terkena pada lengan dia. Kesan calitan inai itu dicuci dengan tisu. Proses mengisi gula-gula di dalam beg kertas kecil disambung kembali.

Ona hanya tersengih tak bersalah. “Relaks la. Sikit je pun. Hangin macam satu badan kena simbah dengan air inai je kenapa?”

“Eh, Acis belum balik lagi ke? Dia tak dapat cuti? Ke ada kelas tambahan?”Soal Mawar. Enam biji gula-gula pelbagai rasa disumbat ke dalam beg kertas. “Wei, kau asal diam je ni?” Soal Mawar lagi bila Ona termenung jauh tanpa membalas kata-kata dia sebentar tadi. Lengan temannya disiku.

“Dia busy kot. Maklum la orang dah ada buah hati.”

“Eh, dia dengan Suraya anak tok penghulu kampung sebelah yang Cik Teh rekomen minggu lepas tu jadi ke?”

“Jadi la kot. Sejak kenal dengan Suraya tu langsung tak contact aku.”

“Kau jealous, huh?”

Pantas dia menggeleng laju. “Apa faedah aku nak jealous? Hak dia la nak keluar dengan siapa pun.”

“Mana la tau. Korang kan macam belangkas. Tetiba je masing-masing bawak haluan sendiri. Sikit ke banyak, mesti terasa jugak.” Seloroh Mawar.

Ona mengeluh. Posisi badan dibetulkan. “No komen.” Ona kembali melayan perasaan. Dia perasan sejak kebelakangan ini perangai Acis banyak berubah. Sejak mereka membeli belah di PKNS tiga minggu lepas, sikap Acis tak seperti kebiasaan. Cakap dengan Ona pun jarang. Susah betul nak berbual dengan dia. Bukan saja Acis, Asyraf juga ikut berubah. Setiap kali berjumpa atau berbual di dalam telefon lelaki itu dia terasa macam Asyraf tiadak selesa berdepan dengan dia. Dan yang paling menghairankan ialah Asyraf kerap kali bertanyakan dia tentang soalan yang sama. ’Acis ada bagitau apa-apa tak?’ Dia bersandar pada dinding. Ona berfikir sendiri. Asal aku terasa macam ada benda yang tak kena je? “Mawar, aku rasa tak sedap hati la.”

“Tak sedap hati? Pasal apa?”

“Pasal Asyraf. Macam ada something yang tak kena. Aku rasa macam dia ada sembunyikan something dari aku.”

“Perasaan kau je tu. Don’t worry la. InsyaAllah tak ada apa-apa.”

“Mawar, asal aku tak rasa excited nak kahwin pun? Rasa biasa je. Macam… kosong.”

Mawar tergelak sebelum membalas. “Sebab majlisnya esok. Bukan malam ni.”

Ona mengangkat bahu dengan jawapan Mawar. Agaknya la kot. “Mawar, tiba-tiba aku rasa macam… tanak kahwin je.”

Mendengar ayat itu, Mawar berpaling laju menghadap Ona. “Aku rasa kau dah mamai la Ona. Tiba-tiba je melalut ni. Sepuluh minit lagi pergi cuci inai then tidur. Karang tak pasal-pasal sewel kepala kau. Tak ke haru.”

“Aku pun rasa macam dah ngantuk ni.” Ona turut mengiyakan kata-kata Mawar. Dia menguap kecil.

Dua kepala menoleh serentak bila pintu bilik dikuak dari luar. Ajwad menjengul kepala. “Ona, Asyraf datang.”

“Asyraf datang!?” Serentak suara Ona dan Mawar bergabung. Mereka berbalas pandangan dua saat sebelum kembali menatap kembali wajah serius Ajwad.

“Dia nak jumpa kau.” Bagitahu Ajwad lagi.

“Asal? Ada yang tak kena ke? Majlis akad nikah bukan esok ke? Lepastu bersanding lusa. Dia dah lupa ke?”

“Ada perkara yang dia nak bagitau kau. Aku harap kau get ready dari segi mental dan fizikal.”

Ona kian cemas. Muka jelas gelisah. “Perkara apa, Ajwad? Kau jangan main-main. Aku dah cuak ni.”

“Husna…” Asyraf yang muncul dari belakang Ajwad menyapa. Muka lelaki itu nampak lesu dan serba salah. Perlahan-lahan dia menapak menghampiri Ona.

“Abang, asal ni? Cuak lain macam je muka.”

“Before kita menikah esok, abang nak terus terang dengan Husna satu perkara.”

“Abang nak cancel majlis esok?”

“Abang langsung tak berniat nak cancel. Tapi tak tau pulak bagi Husna lepas ni.”

Ona tarik nafas dalam-dalam sebelum hembus. “Okey, Ona dah ready nak dengar.” Suara Ona bergetar. Namun dia masih mampu bertenang.

“Naisyah, Lily, Nita…” Tiga nama lancar meniti di bibir itu membuatkan Ona makin keliru.

Dua saat, tiga wajah yang tidak dikenali melangkah masuk ke dalam bilik. Masing-masing muka lesu.

“Siapa diorang ni, bang? Adik-adik abang ke? Tapi setahu Ona, abang tak ada dik perempuan.”

“Husna…” Asyraf diam sejenak sebelum menyambung, “…kenalkan isteri-isteri abang.”

Okey, mulut Ona sudah melopong besar. Mata tak mampu nak berkelip lagi. Asyraf direnung dengan pandangan yang tak boleh ditafsirkan macam mana. “Isteri…isteri? Isteri-isteri?” Ulang Ona ingin meminta kepastian.

Lambat-lambat Asyraf mengangguk. “Tapi Ona, abang cintakan Ona. Abang serius nak kahwin dengan Ona. Abang harap Ona dapat terima abang.” Bersungguh-sungguh Asyraf cuba meyakinkan gadis itu.

“Stay there! Jangan dekat!” Bentak Ona bila Asyraf ingin melangkah ke arah dia. Dia tak tahu nak buat riak muka yang macam mana. Sudahnya dia hanya ketawa. Ketawa yang dia sendiri pn tak tahu untuk apa. Sedih ke? Gembira ke? Yang pasti dia ketawa untuk diri sendiri yang dirasakan amat bodoh ketika ini. Bodohnya kau Ona. Selama ni kau bercinta dengan suami orang. Selama ni kau ditipu. Selama ni kau cuba merampas kebahagiaan orang lain. Selama ni kau… “Eh kejap nak tanya. Awak dah ada berapa orang anak, Asyraf?”

“Se…sem..sembilan.” tersekat-sekat suara yang dikeluarkan.

“Sembilan???” Ona ketawa lagi. Kau hampir-hampir nak merampas kebahagian sembilan orang budak, Ona. Paling penting kau hampir-hampir je nak bergelar mak tiri. Heh!

Mawar dan Ajwad yang menjadi penonton setia hanya mendiamkan diri di satu sudut. Langsung tak menyampuk. Mereka turut terkejut dengan perkara itu hinggakan masing-masing terkelu.

Setelah puas ketawa buat diri sendiri, Ona berpaling pada tiga orang wanita sejak tadi tertunduk rapat di belakang Asyraf. Masing-masing muka pasrah. Ona berjalan menghampiri tiga madu itu. “Awak semua jangan risau. Mulai hari ni, saya takkan ada dalam kamus hidup suami awak lagi. Dan jangan risau. Madu tiga takkan bertukar menjadi madu empat. Kalau jadi pun, bukan dengan saya. Saya takkan ada kaitan lagi dah dalam hidup awak semua.”

“Dan awak Asyraf…” Padangan dihala pula ke arah Asyraf yang sudah tertunduk. “Balik la. Balik sempurnakan tanggungjawab awak untuk isteri-isteri dan anak-anak awak. ” Tarik nafas panjang. Patutlah selama ni Asyraf sibuk mengalahkan PM. Rupa-rupanya dia sibuk melayan ’rakyat’ dia yang ramai tu. “Asyraf, saya… cancelkan majlis malam esok. Saya cancelkan hubungan ni. Saya cancelkan apa-apa yang pernah kita janji dulu. Cancelkan semua. Antara saya dengan awak dah tak apa-apa. It’s over.”

“Husna…”

“Enough.” Ona pantas menyanggah bila Asyraf ingin bersuara. Dia meluru mendapatkan Mawar dan Ajwad di sudut bilik. “Mawar patut la aku rasa tak sedap hati tadi. Patut la aku tak rasa excited nak kahwin esok. Rupanya sebab ni.” Ona menyengih.

“Ona, kau okey?” Teragak-agak Mawar menyoal. Pipi Ona disentuh. Dia hairan jugak bila temannya itu langsung tak menangis. Riak sedih pun tak kelihatan. Sengih panjang tu ada la.Ya Allah, tolonglah jangan sewelkan sahabatku. Tabahkan lah hati dia. Amin….

“Aku okey je. Serius Ona, Ajwad… aku tak rasa sedih. Langsung tak! Malah aku rasa tenang je sekarang ni.” Kata Ona lagi sebelum ketawa kecil. “Eh, Acis belum balik ke? Aku tak sabar nak jumpa dia. Tak sabar nak cerita kebodohan aku dekat dia. Sure dia pun ketawa sakan dari aku. Ajwad, suruh Acis balik kampung cepat sikit. Eh, tak payah la. Biar aku balik sana jumpa dia. Lagipun majlis dah cancel kan? So, aku nak balik Shah Alam esok.”

“Ona..”

“Korang, aku dah ngantuk la. Apa-apa hal kita borak esok eh?” Laju ayat Mawar dipintas. Ona menguap berkali-kali. Asyraf yang faham dirinya dihalau walaupun dengan cara halus terus melolos keluar. Diikuti dengan isteri-isterinya. Sempat Naisyah, Lily dan Nita melempar senyuman tanda terima kasih kepada Ona sebelum mereka meninggalkan bilik itu. Ona membalas dengan ikhlas.

“Kau tidur baik-baik. Jangan buat benda bodoh. Pasal mak abah kau jangan risau. Pepandai la aku jelaskan dekat diorang.” Pesan Mawar bersungguh-sungguh. Dia melilaukan pandangan ke seluruh bilik.

“Kau cari apa?”

“Tali, pisau atau benda-benda bahaya. Mana la tau kot-kot…”

“Aku bunuh diri?”

“Aku tak cakap. Kau sendiri yang cakap.”

Ketawa Ona meletus lagi. “Mawar, aku Islam. Aku tau hukum hakam. Aku masih ada akal. Iman pun kuat. InsyaAllah. Tak ada sebab aku nak buat semua benda tu. Tak terlintas langsung. Kan aku dah cakap, aku tak rasa apa-apa pasal apa yang berlaku. Lagipun aku baru sedar yang Asyraf tu sebenarnya bukan cinta sejati aku pun. Buktinya, tengok aku sekarang. Baru putus tunang pun tak rasa apa-apa. Don’t worry. Aku okey.”

Mawar menarik lengan Ajwad keluar dari bilik Ona. “Aku percaya dengan kau. Behave!”

***

“BHAI, bila sampai?” Ajwad menegur Acis yang berada di beranda rumah ibu mertuanya.

“Before maghrib tadi.” Acis membetulkan duduknya.

“Dah lama sampai tapi tak pergi rumah pengantin pun.”

Acis senyum. “Majlis esok. Bukan malam ni.”

Ajwad juga tersenyum penuh makna. “Asal duduk sini? Nak sembunyi dari orang ke?”

“Takde ar…Saja amik angin kat sini.” Acis masih cuba berselindung walaupun menyedari dirinya sudah ’dicekup’. “Mawar mana?”

“Kejap lagi balik la. Tadi mak cakap kau ada dekat rumah. Tu sebab la aku balik dulu. Lagipun dekat rumah pengantin ada krisis.”

“Krisis?” Laju Acis bertanya. “Krisis apa?”

“Kau tau… Ona hampir-hampir nak jadi madu orang. Isteri nombor empat pulak tu. Dahsyat kan Asyraf tu? Umur belum 30 dah pasang tiga. Rezeki murah betul.” Ajwad ketawa dihujung ayat sambil menggeleng.

“Nombor empat?” Acis tersentak. “Aku bajet dia ada sorang isteri je. Tak sangka pulak tiga.

“Eh,jadi selama ni kau dah tau yang dia dah kahwin?”

Acis mengangguk dua kali. “Ye, kahwin satu aku tau la. Kahwin tiga aku baru tau.”

“Rupanya kau dah tau, Acis?”

Serentak Ajwad dan Acis berpaling ke arah tuan empunya suara. “Ona!??”

“Asal? Muka aku macam pontianak ke yang kau terkejut sampai macam ni?” Ona bercekak pinggang. “Sampai hati kau Acis. Kau tau yang dia dah kahwin tapi kau bagitau aku. Aku tau la yang kau memang suka buli aku. Tapi cara kau buli kali ni aku tak suka! Kau memang suka kan tengok aku bodoh?” Mata Ona sudah berkaca. Memang dia tak boleh terima yang Acis sanggup menyembunyikan perkara penting itu dari dia.

“Ona…” Acis berdiri melangkah mendekati Ona. “Aku mintak maaf. Bukan aku tanak kasi tau. Aku tak sanggup. Aku tak tau macam mana nak kasi tau kau. Lagipun Asyraf dah janji nak terus terang dengan kau.” Terang Acis dengan muka penuh berharap. Berharap agar Ona sudi memaafkan dia. “Ona, aku mintak maaf. Aku betul-betul tak sampai hati nak bagitau kau. Aku tak berniat pun nak buli kau. Sumpah!” Sambung Acis lagi bersungguh-sungguh.

Ona mencebik. Air mata diseka. “Benda dah jadi. Aku tanak cakap pasal tu lagi. Kau explain la macam macam mana pun, perkara tak boleh return balik. Tak ada guna lagi dah. Lagipun aku dah batalkan majlis esok.”

“Cancel?”

“Haah cancel.”

“Asal nak cancel pulak? Dah tu macam mana dengan jemputan seribu orang tu? Macam mana dengan barang-barang masakan? Macam mana dengan tempahan pelamin, hantaran?”

“Pasal barang-barang masak tu, mak aku cakap nak masak untuk kenduri arwah nenek aku. Pelamin hantar balik. Hantaran aku rasa nak sedekah dekat orang kampung yang nak kahwin dalam masa terdekat ni.”

“Mana boleh!” Sanggah Acis seraya menepuk beranda kayu disebelahnya.

“Asal tak boleh? Dah tu kalau nak teruskan majlis kau nak suruh aku menikah dengan siapa? Nak suruh aku bersanding dengan siapa? Kau ke?”

“Memang perlu pun.”

“Perlu apa?”Kening Ona bertaut.

“Perlu untuk aku kahwin dengan kau.”

“Haah!???” Ona dah nganga macam nak nak telan dua biji bola sepak.

Mawar dan Ajwad sudah bersorak riang “Aku setuju!” Serentak suami isteri itu menjerit kuat.

“Aku pernah berjanji kan kalau jadi perkara macam ni, aku akan kahwin dengan kau. So, aku kena tunaikan.”

“Tapi tu bukan joke ke?”

“Tapi sekarang dah jadi serius.”

“Acis, aku tak faham. We don’t love each other. So, how come…”

“Memang sekarang kita belum bercinta. Tapi mana tau cinta tu hadir lepas kahwin. Who knows? Never try never know…”

“Acis, aku…”

“Oh, c’mon la Ona. Cuba kau buka hati kau untuk Acis. Terima je la ini sebagai jodoh korang.” Sampuk Ajwad yang sememangnya sudah memahami perasaan Acis terhadap Ona. Otaknya tiba-tiba mengimbau peristiwa bulan lepas.

“Ada apa, Mawar?” Ajwad muncul di muka pintu menyoal isterinya. Hairan jugak bila Mawar meminta dia datang ke bilik Ajwad.

“Abang, cuba tengok ni…” Album gambar yang sarat dengan gambar Ona ditunjuk pada suaminya. Bait-bait ayat yang tertulis di bawah gambar-gambar tersebut dibaca satu persatu.

Ajwad terkejut dengan apa yang dilihat. Wajah Mawar dipandang. “Jadi selama ni, Acis cintakan Ona?”

“Nampak gaya macam tu la. Tapi Ona tak tau, bang.”

“Perlu bagitau Ona ke?”

“Tak perlu.” Acis yang muncul tiba-tiba mencelah laju. Album ditangan Mawar diambil. “Apa yang korang nampak, aku harap takkan dibawak keluar dari bilik ni. Janji dengan aku, Ona tak boleh tau pasal ni.”

“Tapi Acis, kau cintakan Ona. Kenapa kau tanak dia tau?”Mawar merenung Acis dengan muka tak faham.

“Takde makna apa-apa pun dia tau ke tak. Dia dah ada pilihan sendiri. So korang, tolongkah jangan buat dia rasa bersalah. Jangan buat dia rasa tak selesa dengan aku. Biar la, aku redha kitorang jadi sahabat sampai akhir hayat.”

“Acis…”

Pantas mulut Mawar ditekup. Ajwad pandang Acis. “Kau betul nak pendam feeling tu?”

Angguk.

“Tanak cuba nasib?”

Geleng.

“Okey, kalau macam tu…rahsia kau selamat dengan kitorang.”

Ajwad tarik sengih. Nampaknya hasrat terpendam Acis bakal termakbul tak lama lagi. InsyaAllah.

“Gila la kau ni Acis! No love, no feeling, tiba-tiba je nak kahwin.” Ona peluk tubuh. Dia berpaling membelakangi Acis. Namun dalam diam cadangan Acis itu ditimbang-timbang.

“Okey, sekarang aku nak tanya kau. Kau nak kahwin dengan aku tak?”

Ona tunjuk anak tekak bila soalan yang menjerat leher diutarakan. “Kasi aku satu sebab kukuh yang boleh buat aku setuju nak kahwin dengan kau.”

“Hailah!” Ajwad dan Mawar mengeluh tiba-tiba. “Acis suka Ona la! Itu pun tak dapat tangkap ke?” Bergema lagi suara pasangan itu,

“Kalau tak takkan la Acis boleh cadangkan diri dia untuk kahwin dengan kau, Ona oi!” Jelas Mawar. Dia mencuba untuk meyakinkan sahabatnya itu. Yakinkan Ona untuk terima sahabat dia yang sorang lagi.

Ona betul-betul tersentak dengan kenyataan yang menyapa telinga sebentar tadi. “Acis suka aku?” Berpaling pula ke arah Acis. “Kau suka aku ke, Acis?”

Lambat-lambat Acis mengangguk. “Bukan setakat suka je. Lebih dari tu.”

Lagi sekali Ona ternganga. Serasa macam lembing betul-betul dilempar pada kepala dia. “Sejak bila?”

Angkat bahu. “Aku tak sure sejak bila. Sejak zaman sekolah ke, zaman uni ke, baru-baru ni ke…entah. Tak ada jawapan. Yang aku tau dan yakin, aku memang suka kau lebih dari kawan.” Acis telan liur menahan getar di dada. Susah jugak nak luah feeling sendiri ni. Dah berpeluh satu badan ni.

“Acis, aku tak tau nak jawab apa. Aku sebenarnya tak tau apa perasaan aku pada kau. Aku tak tahu. Aku tak pernah jangka yang kau suka aku. Aku tak tau nak balas macam mana. Nak balas apa.” Jawab Ona dengan jawapan yang ikhlas lahir dari hati. Sungguh, dia sendiri tak tau samada dia ada perasaan yang sama pada Acis atau tidak. Yang dia tau dia sayangkan Acis. Sayang sangat-sangat. Tapi tak tau la sayang tu lebih dari seorang sahabat ke hapa. Sukar untuk ditafsirkan.

“Ona, cinta tu boleh muncul dalam berbagai cara. Tak semestinya sebelum kahwin perlu bercinta. Kadang-kadang tu cinta datang lepas kahwin. And kau pernah dengar tak yang, cinta lepas kahwin lagi best dari cinta sebelum kahwin? Lebih digalakkan macam tu. Pernah dengar tak?” Mawar masih tidak jemu-jemu cuba memujuk Ona untuk bersetuju dengan cadangan Acis. Dia yakin bahawa Ona cintakan Acis tapi belum lagi disedari oleh tuan empunya diri.

Ona cuba menghadam kata-kata Mawar. Dia berfikir sendiri. Dan akhirnya… “Aku sudi kahwin dengan kau, Acis.”

“Alhamdulilah…”

***

Tiga tahun kemudian…

“ABANG…” Suara lembut Ona yang berada di muka pintu bilik bacaan menyapa telinga.

Acis mengangkat wajah dari buku jawapan periksaan yang diperiksanya. Senyuman mesra dihadiah buat isteri tercinta. “Anak-anak dah tidur?”

“Dah.” Ona mendapatkan si suami. Bahu Acis dipicit lembut. “Marking paper ke?”

“Aah.”

“Majoriti result students abang macam mana?”

“Alhamdulillah. Setakat ni hampir dua puluh orang dapat A+ untuk subjek abang ni.”

“Alhamdulillah… Tengok la lecturer diaorang siapa?”

“Hazim Irsyad Ahmad Fuad kan…” Acis muka megah ya amat.

Ona tersenyum ceria. Bahu Acis dipeluk dari belakang. “Ona sayang abang.” Bisik Ona perlahan di telinga Acis. Ikhlas ungkapan itu. Akhinya Ona sedar bahawa dia mencintai Acis setelah Acis mencium dahinya selepas mereka diijabkabulkan tiga tahun lepas. Betul la cakap Mawar, cinta selepas kahwin lagi best. Buktinya, hari demi hari dia semakin bahagia bersama Acis.

Suaminya itu menyungging senyum. Jari Ona digenggam. “Abang sayang Ona jugak.”

Dan senyuman yang penuh kebahagian terus terlakar diwajah Acis dan Ona. Mereka berdoa agar hubungan mereka akan berkekalan hingga akhir hayat. InsyaAllah…

***************************************


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

32 ulasan untuk “Cerpen : Acis Suka Ona la!”
  1. mizz acu says:

    suke bangetttt!! two thumbs up!

  2. hani_sufiyyah says:

    suwweeeettt…zarith natasha, keep up the good work!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"