Cerpen : Andai Kau Mengerti

29 August 2010  
Kategori: Cerpen

4,186 bacaan 19 ulasan

Oleh : Nur Insyirah

Anak ikan anak biawak,
saya suka awak!
Sungai penuh ikan puyu,
I love u!
Lepak sungai tangkap katak,
Awak sayang saya tak?
Main lumpur tepi paya,
Awak sayang saya?
Lepak makan mee,
U miss me?

“Ish… boleh tak kalau aku cakap kat dia macam tu? Huwaaaa… Mesti dia koma terkejut..! Tak pun, gelak guling-guling… lepas tu.. setahun aku kena bahan… Adoh..adoh.. Kusut macam ni!” Gadis itu mengomel sendirian. Tidak dipedulikan kakak-kakaknya yang sedang menekup muka dengan bantal sambil ketawa terkekeh-kekeh. Nasib ada bantai.. kalau tidak, boleh pecah semua tingkap kaca dek hilaian ketawa kakak-kakaknya.

“Kak..!!! Sudah-sudah la tu ketawa… Adik nak buat macam mana ni? Ish..” Gadis itu mula membentak bila mereka semakin kuat ketawakan dirinya.

“Okay..okay.. Sorry ya dik.. akak bukan apa.. hahahahahaha…” Ketawa si kakak meletus lagi. Si adik mula menunjukkan muka bengang.

‘Ooo. main gelak-gelakkan aku yer.. jaga ko..’ Getus gadis itu di dalam hati sambil tangannya pantas menggenggam kentang goreng di hadapannya lalu disumbatkan ke mulut salah seorang kakaknya yang ternganga luas.

“Hahahahaha… Rasakan..! gelakkan adik lagi.. Hahahaha… ni kalau abang Ayie tengok akak macam ni comfirm pengsan sebab tengok bini dia tiba-tiba bertaringkan kentang goreng..! hahahaha”

“Cis..! hampeh punya adik..! Haiyaakkkk….!” Si kakak mula membuat serangan balas kepada si adik. Lalu muncul pula adegan power rangers berlawan dengan raksasa.

Anisa, si adik yang sangat becok dan peramah tidak kurang juga dengan si kakak, Aisyah dan Nadia yang berperwatakkan ‘happy-go-lucky’. Namun tiada siapa yang tahu gelora di hati Arisa.. ‘sudah jatuh cinta!’ Mungkin ia sesuatu yang normal kerana setiap insan pastinya ingin dikasihi dan mengasihi dan ingin berpasang-pasangan namun apa yang dirungsingkan oleh adik-beradik ini ialah kes si adik telah terjatuh cinta dengan teman baik sendiri! itulah yang menjadi kecoh pada adik-beradik ini.

Kisah bermula….

Arisa – Akukah yang terlambat melihat cintamu?

“Wei Am..! Jom teman aku pergi isi minyak kuda silver aku ni jap..!” Nyaring suara Arisa mengejutkan Risham. Serta merta dia menoleh ke arah gadis tersebut yang sedang tersengih-sengih sambil memengang topi keledar.

“Hish.. ko ni asal malam jer baru nak bagi makan ‘kuda silver’ ko nih” Risham sengaja menjual mahal sedangkan dia sendiri tidak kisah untuk menemani teman baiknya itu.

“Aii.. Kata engineer.Takkan tak tau yang bila isi minyak waktu malam la bagus! Apa daa…” Arisa membalas. Tangannya pantas mula menolak motosikalnya keluar dari petak parking. Enjin motosikal dihidupkan.

“Pinnn…!” Nyaring bunyi hon motosikal Arisa. Sengaja dia mahu mengenakan Risham.

“Yealah..! Hish tak reti sabar betul budak ni. Aku penyet-penyet jugak dia ni karang” Risham mula membebel.

“That’s my boy..! haha. Let’s go bebeh” Arisa memecut laju dan diekori oleh Risham di belakangnya.

………………………………………………………………………………………………………

Persahabatan Risham dan Arisa bermula ketika mereka sama-sama terlibat dan bergiat aktif dalam sebuah kelab di kampus mereka. Hari demi hari ikatan persahabatan kian kukuh. Mereka bertengkar, bergelak ketawa dan paling tidak dapat dilupakan oleh kedua-dua sahabat ini ialah apabila mereka bersama-sama menguruskan pelbagai aktiviti di kampus. Namun siapa sangka dalam gelak tawa dan saling bertingkah, rupa-rupanya muncul satu perasaan asing dalam diri Risham terhadap Arisa. Namun hatinya kuat menafikan kerana dia menghormati Arisa sebagai sahabat yang telah mempunyai pilihan hatinya. Di sebalik itu, terdetik juga rasa terkilan di hati kerana tidak berkesempatan melafazkan isi hatinya kepada Arisa. Namun segalanya dipendam sendirian. Tiada siapa yang tahu kecuali Yang Maha Esa.

Pada Arisa pula, Risham sahabat yang memahami dan sangat supportive. Walaupun Risham lebih tua dari dirinya, namun umur tidak membataskan persahabatannya dengan Risham. Jauh di sudut hati, rasa sayang kepada Risham tersemat rapi. Tetapi sengaja dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa mereka hanya kawan. Rasa sayang dan cintanya hanya untuk pujaan hati tercinta yang berada jauh di seberang Laut China Selatan yang memeisahkan mereka.

Pada Risham, dia hanya mampu meendoakan kebahagiaan Arisa sedangkan hatinya pilu apabila melihat sinar kebahagiaan yang terpancar di mata Arisa tiap kali bercerita tentang kekasih hatinya. Sedangkan di mataya pula terkandung sebuah duka yang hanya Dia yang tahu.

………………………………………………………………………………………………………

“Ko kenapa Risa? Aku tengok asyik monyok je dari tadi?” Risham bertanyakan kepada Arisa. Pelik seketika melihat gelagat gadis itu.

Hampir dua bulan mereka tidak berjumpa kerana cuti semester. Dan semenjak semester baru bermula dia sudah jarang-jarang bertemu dengan Arisa. Alasannya bila tiap kali ditanya, Arisa hanya memberitahu yang di sibuk sedangkan dia tahu bahawa teman lelaki Arisa yang sentiasa mengongkong pergerakan gadis itu. ‘Jujur betul minah ni dengan boyfriend dia. Mamat tu ntah-ntah keluar dengan orang lain. Awek kat sini bukan main setia. Aduhai Arisa…’ Keluh Risham dalam hati. Namun apakan dayanya mahu menegah. Hanya teguran kepada Arisa yang sekali-sekala dalam bentuk gurauan yan dapat dia perkatakan.

“Am… Jom kita kawin nak?” Arisa bersuara tiba-tiba. Matanya membulat memandang ke arah Risham.

“Kawin? Keja pun belum!” Tersedar dari apa yang diperkatakan, Risham terus terdiam. ‘Sudah…! Apasal plak la dengan minah senget nih’ Hatinya meronta ingin tahu.

“Ntah la Am. Aku pun bingun ni. Chop! Ko cakap pe tadi?”

“Apa? Ko yang tanya aku bukan-bukan. Nanti tak pasal-pasal boyfriend kesayangan ko tu debik aku plak. Huh!” Risham tarik muka masam. Sedangkan hatinya berdegup kencang. Takut-takut rahsia hatinya terbongkar.

“He..he…he… sorry la brader. Aku sendiri tengah tak betul ni.” Arisa tersengih. Tetapi, sengihannya tidak menjadi kerana tiba-tiba air matanya menitis. Sedikit demi sedikit sehinggakan timbul esakan kecil dan sehingga dia sendiri tidak dapat mengawal esakkannya.

“Risa… Ko kenapa?” Risham mula bersuara bila tangisan Arisa mula mereda.

“Am… Aku keliru, geram, sakit hati dalam masa yang sama aku kecewa. Aku rasa boyfriend aku curang dengan aku sedangkan aku kat sini setia macam nak gila. Life aku sekarang hanya untuk dia. Segalanya aku buat kerana dia. Sanggup aku ikat perut semata-mata nak simpan duit untuk dia. Macam-macam aku buat untuk dia tapi…” Kata-kata Arisa dipotong dengan esakan yang kembali kedengaran.

“Shh… Slow-slow la… Ko tenang dulu ok? Ceritakan satu persatu kat aku. Aku sedia mendengar.” Risham memujuk.

Arisa menarik nafas sedalam mungkin. Dengan berat dia menceritakan segala-galanya tentang masalahnya dengan si kekasih hati yang telah berlaku curang. Deraian air mata dan esakan mengiringi ceritanya. Risham disebelah hanya membisu, dan setia mendengar sehingga Arisa selesai bercerita.
………………………………………………………………………………………………………

Arisa membaringkan tubuhnya di katil. Matanya terkebil-kebil memandang ke syiling biliknya. Mindanya terawangan. Kedengaran lagu ‘Mengenangmu’ nyanyian Kerispatih berkumandang dari hansetnya tiba-tiba. Arisa segera mencapai hansetnya lalu punat-punat di hansetnya ditekan beberapa kali.

‘Ambil wuduk, solat, muhasabah diri, kemudian tidur ok?’

Pesanan sms dari Risham dibaca berulang kali. Senyuman terukir di bibir mungilnya. Lalu lampu biliknya dipadamkan. Hanya satu yang dia mahu iaitu ketenangan. Setelah segala masalahnya diluahkan pada Risham, dia hanya mahu ketenangan menjadi miliknya selepas ini.

………………………………………………………………………………………………………

Risham merenung langit dari balkoni biliknya. Suram. Sepi. Sesepi hatinya. Fikirannya melayang teringatkan Arisa. Airmata Arisa. Esak tangis Arisa. Senyuma Arisa. Keletah Arisa. Segalanya tentang Arisa. Risham resah sendirian.

“Bodoh betul mamat tu mainkan perasaan Arisa. Nasib baik kau jauh kalau tak dah lama aku cepuk-cepuk ko mamat dayus!” Hatinya mendongkol geram. Seakan-akan terngiang-ngiang suara serak Arisa yang penuh dengan kekecewaan.

“Am… Aku dengan dia dah macam tak de harapan nak bersama lagi. Ni kali ke brapa aku kitorang break-up dan sambung balik relationship pun tak tahu dah. Tapi kali ni memang dia sangat lain. Hati aku kuat mengatakan yang dia dah ada orang lain Am… Sejak aku balik dari Program kelab kita kat National Park baru-baru ni dia terus berubah. Sedangkan aku tinggalkan dia baru beberapa hari. Nak contact pun susah. Alasannya handphone dia rosak. Aku dah bagi handphone aku pun susah jugak nak contact dengan dia. Ada saja alasan dia. Sibuklah, itu lah ini lah.” Suara Arisa kian mengendur dan lama kelamaan ada esakan di hujung bicaranya. Risham hanya memerhati. Dibiarkan gadis itu tenggelam dalam emosinya. Biarlah Arisa meluahkan segalanya. Arisa kembali bercerita setelah emosinya sedikit reda. Risham diam mendengar hinggalah Arisa selesai bercerita. Nafasnya ditarik sedalam mungkin, mencari kekuatan untuk diberikan kepada gadis dihadapannya ini.

“Risa… Kalau aku cakap, ko jangan marah yea.” Pelahan sahaja Risham menuturkan kata. Arisa hanya mengangguk.

“Dia hanya nak mempergunakan ko saja. Dia tak cintakan ko sepenuh hati Risa.” Tenang Risham berbicara.

“Am… Kenapa dia buat aku macam ni…” Arisa merintih hiba.

“Aku cintakan dia sepenuh hati aku Am. Malah ini cinta pertama aku. Aku tak pernah pun bercinta sebelum ni. Dialah yang pertama dan aku sentiasa berharap dialah yang akhir. Tapi…” Esakan Arisa kedengaran lagi.

“Habis sekarang ko dengan mamat tu macam mana? Korang dah break-up ke belum?” Risham segera mencantas suasana yang kian beremosi itu. Boleh banjir Kuching Waterfront ni dengan air mata Arisa.

“Sambung balik… Baru-baru ni dia beria nak break-up dengan aku sebab dia cakap aku menyusahkan dia. Macam-maca dia maki aku. Mau melalak-lalak jugak macam orang kena hysteria kau menangis. Then, dia sambung balik. So sekarang ni masih ‘in a relationship’ tapi ‘its complicated’. Ntah la…” Selamba Arisa menuturkan statusnya membuatkan Risham tersenyum.

‘Risa…Risa… nasib ko lah lambat merasa penangan cinta. Dah tua Bangka baru nak rasa apa itu cinta. Patutlah melalak-lalak menangis.’ Risham mengomel dalam hati. Dari pancaran lampu di sekitar kawasan Kuching Waterfront, dia mencuri-curi merenung seraut wajah yang sedang mengelamun sendirian. Kedua-duanya membisu.

“Am… Apa aku nak buat sekarang? Tak mustahil lepas ni dia nak break-up semula dengan aku.” Pertanyaan Arisa memecahkan suasana hening kedua-duanya.

“Ko pulak yang mintak break-up. Now it’s the time for you to move on. Tinggalkan saja dia Risa. Dia hanya membebankan ko. Kalau dia betul sayangkan ko, dia akan pujuk ko dan bukannya mencaci maki ko.” Risham bersuara tegas.

“Tapi aku sayangkan dia… Macam mana hidup aku lepas ni?” Arisa mula hendak menangis.

“Hidup ko akan berjalan seperti biasa Risa. Cupa ko perlukan masa untuk semua ini. Percayalah cakap aku. Ko akan rasa sakitnya sekejap saja. Lepaskan dia dari hidup ko RIsa. Perjalannya masih panjang. Allah sengaja mahu mempertemukan ko dengan dia. Orang yang salah supaya suatu hari nanti ko akan menghargai cinta yang akan datang. Percayalah cakap aku ni Risa. Dia hanya nak mempermainkan ko saja.” Risham cuba meyakinkan Arisa. Hatinya turut sakit bila melihat linangan air mata di pipi gadis itu.

Dummm…! Guruh yang berdentum mengejutkan Risham dari lamunannya. Sekilas dia memandang ke arah jam di dinding biliknya. ‘Dah pukul 4 pagi rupanya. Dah tidur ke belum Arisa?’ hatinya berbisik. Keluhan berat kedengaran. Risham membaringkan tubuhnya di kalti lalu matanya dipejamkan. Tapi… hanya seraut wajah yang bermain diminda… Arisa…

………………………………………………………………………………………………………

Suasana bingit di Terminal Bas Kuching tidak sesekali mengganggu lamunan Arisa. Tiket bas digenggam erat. Kepulangnya ke kampung tidak dirancang malah mengejutkan teman-temannya. Risham sendiri terkujut dengan keputusan medadak yang dibuatnya. Namun apakan daya. Dia tidak betah menunggu lama. Sesuatu harus dilakukan. Mindanya harus dilapangkan supaya tidak dibayangi oleh kenangan lalu.

“Mukah…! Mukah…! Mukah…!” Nyaring suara pemandu bas ekspress melaungkan nama destinasi tempat yang bakal ditujuinya sebagai isyarat bahawa bas akan bergerak tidak lama lagi. Beg sandangnya dicapai lalu langkahnya diatur kemas menuju ke bas yang akan membawanya pulang ke kampung. Atas nasihat ibunya, Arisa mengambil keputusan untuk pulang menenangkan diri di kampung neneknya. Sengaja dibertahu kepada teman-temannya pada saat-saat terakhir dia hendak berangkat. Bebelan tema-temannya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Arisa nekad mahu memulakan hidup baru. Tinggalkan semua kenangan lalu.

………………………………………………………………………………………………………

Suatu petang, Aisyah dan Nadia bersama teman-temannya berkayah di tasik rekreasi kampus. Kelihatan hanya Risham yang meminggirkan diri di tebing tasik. Seolah-olah sedang memikirkan masalah negara lagaknya.

“Psst… Cuba korang tengok kawan kita yang sorang tu.” Aisyah berbisik kepada Nadia dan Afiq.

“Hai Am… Takkan rindu kat Arisa kot… Baru dua hari dia balik kampung ko dah termenung?” Suara garau Afiq mencetuskan suasana hingar-bingar kerana disambut dengan gelak tawa rakan-rakannya yang lain.

“Ada-ada je ko ni. Aku tak sihat la.” Risham memberikan alasan.

“Tak sihat sebab rindu la tu…”Aisyah menyampuk.

“Korang ni kenapa? Kalau tak kenenkan aku dengan dia tak boleh ke?” Risham mendengus. Tidak senang apabila dirinya digosipkan dengan Arisa. Padanya, biarlah hatinya sahaja yang tahu.

“Aii bang… Merah muka nampak?” Aisyah kian giat mengusik. Risham yang tidak senang terus berlalu meninggalkan tema-temannya.

“Kalau adik aku dengan Risham ehem-ehem… Ok jugak kan?” Aisyah bersuara setelah Risham menjauhkan diri dari kelompok mereka.

“Set…! Apa kata kita satukan mereka?” Cadang Afiq. Nadia pula sekadar menganggukkan kepala. Afiq mula merancang strategi. Jika dilihat kelaku mereka bertiga seolah-olah sedang memikirkan masalah negara!

………………………………………………………………………………………………………

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Arisa kembali menjalani hidupnya seperti biasa. Namun hatinya tidak menafikan pada mulanya agak sukar untuk dia memulakan segalanya. Banyak yang difikirkan sehinggakan adakalanya dia tidak sedar apa yang dilakukan. Berkurung di dalam bilik sudah menjadi perkara biasa. Namun syukurlah ada teman yang tidak pernah jemu member semangat dan semesti keluarga tersayang yang menjadi kekuatan pada dirinya. Namun, kini ada sesuatu yang mengganggu fikirannya… Risham! Lelaki itu seolah-olah menjauhkan diri darinya. Bila dia mendekat… Risham menjauh. Bila dia menjauh Risham seolah-olah mengejar.

‘Apa masalah mamat tu?’ Arisa mengomel sendirian.

‘Aku pulak, asyik nak marah-marah bila ada perempuan lain yang menyendeng dengan Risham. Kenapa? Cemburu? Ish… Takkan kot… Nak kata hensem… Tak la hensem sangat. Tapi macho tu ada.. hahahaha…’ Arisa tersenyum. Pandangannya dihalakan ke arah luar jendela yang terbuka luas. Indah pemandangan senja menenangkan dirinya.

‘Am… kenapa kita dah tak macam dulu? Aku menyusahkan kau ke selama ni? Kenapa kau menjauhkan diri dari aku?’ Arisa sebak bila mengenangkan hubungannya dengan Risham dah seakrab dulu.

‘Semua ni mesti kerana gosip-gosip aku dengan dia. Mungkin? Diakan jenis yang tak suka digosipkan dengan mana-mana perempuan… Tapi mengadalah!’ Arisa membentak pula. Gayanya tak ubah seperti watak perempuan sewel yang bercakap-cakap sendirian di tepi jendela.

Tanpa disedarinya, ada mata yang memandang. Ada bibir yang sedang tersenyum.

“Hah..! Berangan apa ni dik oi… Dari tadi lagi lagi akak tengok kau kejap-kejap senyum, kejap-kejap macam nak nangis lah nak marah lah” Tegur Aisyah.

“Ntah la kak… Adik rasa adik sakit sekarang ni.” Arisa membuat muka seposen.

“Hah?! Biar betul kau ni dik!” Aisyah terkejut. Spontan dia berlari keluar membuatkan Arisa terkejut.

‘Ish… Nak jadi Watson Nyambek ke hape akak aku ni. Belum habis cakap lagi dah lari gaya pelari pecut.’ Arisa menggelengkan kepala lalu keluhan berat dilepaskan bila dia terpandangkan kelibat seseorang yang sangat dikenali…dan dirindui juga. Arisa curi-curi memandang ke arah wajah itu menerusi jendela biliknya.

‘Am… sampai hati… Tadi aku ajak keluar kau cakap busy, ini boleh pulak keluar ngan orang lain.’ Arisa mula sebak. Air matanya bertakung.

“Ish… Kenapa aku menangis ni? Eeeee…. Tak suka…tak suka…’ Arisa sudah mula nak melalak. Namun segala tindakannya terhenti bila dia terpandangkan dua insan yang disayangi berada di hadapannya kini.

“Oh… Kakak-kakakku…!” Arisa pantas meluru ke arah kakak-kakanya dan… Bukkk! Ketiga-tiga gadis tersbut jatuh bak nangka busuk akibat aksi Arisa yang tidak memberi ‘signal’ dahulu. Kakak-kakaknya yang tidak bersedia untuk menerima ‘pelukan maut’ Arisa membuatkan mereka tidak dapat mengimbangi diri.

“Oh no!!!! Pinggang aku macam nak patah je kena hempap ngan minah ni.”Jerit Nadia. Aisyah yang sedang mengerang kesakitan di sebelah Nadia pantas bangun dan duduk di birai katil bilik Arisa.

“He…he…he… Jangan marah…”Tutur Arisa dengan muka tersengih-sengih gaya seniman agung arwahyarham P.Ramlee.

“Aisyah…! Awak kata dia sakit… Macam tak pun…” Nadia bersuara. Matanya tajam memandang Aisyah dan Arisa.

“Eh… Betul la. Tadi adik yang cakap dia sakit.” Ujar Aisyah dengan mata membulat memandang Arisa.

“Hei… Bila pula adik sakit.” Arisa membat muka pelik.

“Tadi tu adik…” Belum sempat Aisyah habis berbicara Arisa kembali memotong percakapannya.

“Oh… sakit tu.. memang pun.. Adik sakit. Sakit sangat.”

“Hah Nad! Kan betul tu.” Potong Aisyah bila melihatkan raut wajah Nadia seolah-olah mahu menerkamnya. Tahu sangat akan perangan teman baiknya yang tidak suka bila tidurnya diganggu.

“Ni kenapa ni?” Serius suara Nadia kedengaran. Aisyah pula hanya memandang kedua-dua insan yang disayangi di hadapannya. Arisa pula terkulat-kulat sendirian. Wajahnya terus dipalingkan seraya air mata dirasakan bertakung di tubir mata.

“Dik… Maafkan akak terkasar bahasa. Kenapa dengan adik? Dah beberapa hari akak tengok adik kejap-kejap murung. Happy pun kejap-kejap. Ish… kira murung telah menguasai hati adik akaklah!” Nadia cuba memujuk tatkala dia melihat setitis mutiara jernih gugur di tubir mata Arisa.

“Pasal Risham ke dik?” Aisyah terus membuat kesimpulan kerana hanya soal lelaki itu yang bermain di bibir adiknya sejak kebelakangan ini. ‘Risham dah berubah. Risham seakan-akan cuba menjauhkan diri.’ Saban hari ayat itu merupakan ayat wajib yang akan kedengaran tiap kali mereka berjumpa.

Arisa memandang kedua-dua insan di hadapannya. Kepalanya mengangguk tanda mengiakan kata-kata kakaknya.

“Dah la dik. Mungkin dia sengaja tu. Nak uji adik mungkin?”Nadia cuba memujuk lagi.

“Yalah… akak setuju dengan Kak Nad. Adik pulak tak perlu nak tunjukkan sangat perasaan adik pada dia. Buat macam biasa aja. Risham tu pada akak dia ego untuk mengaku perasaannya pada adik.” Aisyah pula mengeluarkan pendapatnya. Diusap belakang Arisa agar emosi gadis itu tenang kembali.

“Kak… Kenapa dulu kami boleh bergurau-senda, berbincang, bertukar cerita dan macam-macam boleh buat tapi sekarang dia seolah-olah nak mengelak sangat dari adik. Seriusly adik sedih sangat bila dengan adik dia boleh buat derk aje tapi dengan perempuan lain dia boleh pulak layan…depan adik pulak tu!”Arisa membentak.

“Hurm… mengada jugak Risham tu. Ala… Adik jangan fikir sangat la. Percayalah adik, dia nak menguji adik aje tu.” Nadia memujuk lagi.

“Baiklah. Adik akan buat macam biasa. Adik nak tengok sejauh mana ego dia.” Tiba-tiba keyakinan Arisa kembali. Semangatnya untuk merebut cinta Risham membuat-buak. Bibirnya mengukir senyuman manis buat kakak-kakaknya.

“Macam tu la… dah tak mau sedih-sedih lagi. Insyaallah, kalau dah jodoh tu ada la. Berdoalah.” Tutur Aisyah sambil disambut dengan anggukkan Nadia.

………………………………………………………………………………………………………

Risham hanya memandang kosong ke arah layar putih besar yang sedang menayangkan cerita ‘The Last Airbender’. Namun hanya jasad dan matanya sahaja kelihatan begitu focus kepada cerita tersebut tetapi tidak fikiriannya. Mindanya ligat berfikir tentang gadis yang telah lama mencuri hatinya yang kini berada tidak jauh dari dirinya. Hanya selang beberapa kerusi di belakangnya sahaja. Namu, apa yang dirunsingkan ialah gadis tersebut ditemani dengan rakannya yang menjadikannya cemburu!

Sesekali mata Risham menjeling ke arah tempat duduk buah hatinya. Namun hampa apabila terlihat kemesraan si ratu hati sedang berkongsi pop corn dengan teman baiknya. ‘Argh! Kacau!’ Dengus hati Risham.

………………………………………………………………………………………………………

“Abang… Tengoklah tu. Dengan perempuan lain boleh pulak dia ada masa nak hang-out. Semalam Risa nak booking dia awal-awal sepatah pun tidak dibalas. Lepas tu dia cakap kat kakak yang dia ada hal ngan kawan-kawan dia tapi boleh pulak dia keluar dengan minah tu?” Arisa berbisik kepada Abang Hizam merangkap abang angkatnya.

“Ala… abang dah interview dia awal-awal lagi tad. Diorang keluar ramai-ramailah. Zafri ada kat sebelah perempuan tu. Diorang datang berlima sebenarnya. Si Azfar dengan sape ntah tengok crite lain la dik. Jangan risau yea.” Bisik Hizam kembali.

Arisa hanya mengangguk. Namun jauh di sudut hati, dia tetap terkilan dengan kelakuan Risham yang seolah-olah terus ingin melarikan diri darinya. Fikirannya hanya memikirkan tentang Risham sehinggalah tamat tayangan. Dia hanya memandang ketika Risham masih kaku di kerusinya. Perempuan yang berada di sebelah Risham seolah-olah cuba meriuhkan suasana dengan bercerita itu dan itu tetapi Risham tetap kaku. Abang Hizam mara ke arah Risham dan Zafri untuk bertegur sapa sementara Arisa hanya menonong berlalu meninggalkan mereka. ‘Aku belum bersedia.’ Bisik hati Arisa.

Sementara Risham pula hanya memerhati Arisa yang berlalu tanpa menyapa dirinya walau sepatah sejak sejak mereka terserempak di hadapan pintu masuk utama panggug wayang tadi. Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui bertapa gembiranya dia ketika bertemu dengan Arisa. Namun lidahnya kelu untuk berkata-kata. Matanya hanya mampu membalas pandangan ketika mata Arisa tepat melihat ke arahnya dengan wajah terkejut.

…………………………………………………………….

Arisa berlari menuju ke bawah sepohon pokok. Tak sanggup untuk melihat adegan yang berlaku di depan matanya. Air matanya laju menitis. ‘Sampai hati ko Am… Kenapa kau semakin menjauh dari aku? Kenapa kau sengaja lari dari aku?’ Arisa merintih.

Seakan-akan masih jelas terlakar di mindanya perlakuan mesra Risham dengan seorang gadis yang dia sendiri tidak kenali. Sudah beberapa kali Risham menolak pelawaan Arisa untuk makan dan keluar bersama namun hari ini barulah Arisa mengerti mengapa pelawaannya sentiasa mendapat respon negatif dan hubungannya dengan Risham juga sudah tidak seperti dulu…

Esakkan Arisa makin kuat. Hatinya bagaikan disiat-siat. Peritnya luka itu lebih perit bila cinta pertamanya punah. ‘Maafkan aku Risham…Aku dah jatuh sayang pada kau..melebihi sayang sebagai seorang sahabat..’ Arisa mengesat air matanya dan berlalu pergi. Namun, tanpa disedarinya dua pasang mata memandang. Mereka turut mengalirkan air mata.

…………………………………………………………….

Nadia terlopong tatkala melihat Arisa sedang mengemas pakaiannya ke dalam sebuah bagasi. Pantas tangannya mencuit tangan Aisyah.

“Dik, kamu nak ke mana ni?” Tanya Aisyah dengan muka hairan.

“A’ah la dik… Dengan beg segala bagai ni, nak pegi mana?” Nadia pula mnegambil giliran menyoal namun hanya pandangan kosong yang dilemparkan oleh si adik buat kakak-kakak yang disayanginya.

“Adik… Walau apa pun, kamu masih ada kami. Walau pun kita bukan adik beradik kandung, tapi hubungan kita dah terlalu rapat. Sedih kamu, sedihlah kami.” Aisyah cuba memujuk.

“Adik cuma nak balik kampung kejap aje. Lepas tu adik ok la.” Arisa tersenyum. Namun senyumannya hanyalah dibuat-buat untuk menutupi keresahan dan kesedihan hati.

“Baiklah dik, kalau iu keputusan kamu. Akak tak dapat nak halang. Cuma akak harap adik kena kuat semangat. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Ingat dik, masa depan adik jauh lagi. Jangan sia-siakan hanya kerana perasaan cinta.” Nadia pula memberi nasihat. Arisa hanya mengangguk dan memeluk erat kedua-dua insan di hadapannya. Tak terkira budi yang mereka taburkan padanya. Sayangnya pada insan-insan tersebut tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

…………………………………………………………….

“Am….! Am….! Jom ikut aku. Sekarang ni…! Cepat…!” Afiq menjerit sekuat hati memanggil Risham yang sedang leka bergayut di telefon.

“Apa hal kau ni? Terjerit-jerit pagi-pagi buta ni kenapa?” Risham mendengus geram. Perbualnnya di telefon terhenti akibat Afiq yang bagaikan orang tidak siuman menjerit.

“Jom la..! Ikut aku sekarang pegi airport…! Jom cepat…!” Afiq terjerit lagi dan tangannya kini pantas mengheret tangan Risham. Namun usahanya gagal apabila Risham menepis tangannya. Afiq terkaku.

“Kau ni kenapa? Apasal plak nak pegi airport pagi ni?” Risham mula naik angin bila dipaksa sebegitu.

“Baik kau ikut je aku supaya nanti kau tak menyesal.” Afiq cuba mengugut.

“Eeee… main ugut-ugut plak mamat nih. Cakaplah kenape? Buang masa aje, baik gayut ngan awek aku lagi best.”Risham mendengus. Namun, kata-katanya membuatkan Afiq hilang sabar.

“Arisa nak balik hari ni. Flight dia pukul 10 pagi. Aku nasihatkan kau pergi jumpa dia. Kalau tak, suatu hari nanti, kau jugak yang menyesal. Aku dah bagi tau, lepas ni terpulanglah pada kau. Semenjak dua menjak ni kau dah banyak sangat sakitkan hati dia aku tengok. Kau abaikan dia sedangkan sebelum ni kau dengan dia memang sangat rapat. Dulu kau yang menjadi teman setia dia kenapa sekarang ni kau mesti lari tingalkan dia? Aku tak fahamlah apa yang ada dalam kepala hotak kau tu?” panjang lebar bebelan Afiq. Risham hanya terdiam bila melihat Afiq berlalu keluar dari rumah mereka.

“Risa… Maafkan Am sebab buat RIsa macam tu.” Risham mengeluh.

…………………………………………………………….

Sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, suasana sedih menyelubungi teman-teman rapat Arisa. Masing-masing tahu akan sebab pemergian Arisa hari ini kecuali Risham. Sama ada dia faham atau tidak apa yang dilalui Arisa selama ini mereka sendir tidak pasti. Arisa kelihatan tenang walaupun matanya jelas membengkak.

“Akak tunggu sini kejap yea, adik nak check-in.” Arisa memberitahu kepada kakak-kakaknya.

“Okay. Hati-hati tau. Akak tunggu sini.” Balas Nadia.

“Aisyah, sempat ke si Am tu sampai sebelum adik masuk ni? Agak-agak berjaya ke rancangan kita nak satukan kembali mereka?” Nadia berbisik kepada Aisyah bila dia melihat Arisa sudah jauh meninggalkan mereka untuk ke kaunter pendaftaran penerbangan.

“Entahla Nad. Saya pun tak pasti. Kita berdoa ajelah.” Balas Aisyah. Dia sendir gusar takut-takut rancangan mereka untuk mempertemukan Risham dan Arisa tidak menjadi.

“Haaa…! Aisyah..! Awak tengok sana tu Afiq!” Kerit Nadia tiba-tiba. Aisyah pantas menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Nadia.

“Mana Risham?” Soal Nadia dan Aisyah serentak bila Afiq kini berada di hadapan mereka. Namun kedua-duanya hampa apabila Afiq menggelengkan kepala.

“Tak apalah.. Bak buat macam mana dah bukan jodoh mereka agaknya. Kita dah berusaha sebaik mungkin dan mungkin juga ini yang terbaik buat Arisa.” Nadia berkat aperlahan. tiba-tiba dia sendiri berasa sebak.

…………………………………………………………….

Risham memandang kosong ke arah syiling biliknya. Kosong. Sekosong perasaannya kini. Seraut wajah tiba-tiba terlakar di layar mindanya. ‘Arisa…’ Sepatah, nama itu terzahir di bibirnya.

“Arghhh…!!” Risham menjerit sekuat hati. Seakan keliru dengan perasaannya sendiri. Segera kunci keretanya dicapai lalu di meluru keluar dari rumahnya. Enjin kereta viosnya dihidupkan lalu dipecut laju. Destinasinya hanya satu iaitu mencari Arisa.

“Risa… Maafkan aku kerana layan kau begitu teruk sejak kebelakangan ini. Aku keliru dalam masa yang sama aku takut kehilangan kau sedangkan dulu aku memang sangat-sangat menantikan detik untuk bersama kau.” Risham hanya mampu mengeluh.

…………………………………………………………….

Pengumunan untuk penerbangan ke Kuala Lumpur telah diumumkan. Arisa segera mengemaskan begnya. Kaca mata hitam segera dipakai untuk melindungi matanya yang bengkak. Teman-teman rapat yang hadir dipandang dengan seribu satu perasaan yang bercampur aduk. Satu persatu wajah teman-temannya direnung namun satu wajah sahaja yang paling dinantikan saat ini tapi hatinya hampa. Wajah itu tiada..

“Kak, adik gerak dulu yea.” Ujar Arisa kepada kakak-kakaknya sambil berpelukan.

“Terima kasih kawan-kawan. I hope, lepas ni aku balik, kita tak cakap pasal ni lag ok?” Arisa berkata sambil tersenyum.

“Bye semua… Gerak dulu. Sampaikan salam aku pada Am.” Usai berkata, Arisa terus melangkah ke balai berlepas. Bimbang untuk berlama-lama takut air matanya kembali menitis.

…………………………………………………………….

Risham yang bersembunyi di sebalik tembok hanya mampu memandang. Semangat yang berkobar-kobar untuk bertemu Arisa sebentar tadi seakan mati begitu sahaja bila terlihatkan wajah murung gadis itu. Matanya juga membengkak. Sudah pasti dialah penybabnya!

“Risa… semoga pemergian kau memberi hikmah buat kita. Maafkan aku Risa. Aku memang cintakan kau tapi buat sementara waktu ini biarlah kita begini.” Keluh Risham. Langkahnya longlai menuju ke kereta.

Pintu kereta dibuka perlahan. Risham duduk dan membatu. Masih teringiang-ngiang suaranya yang lantang menjerkah Arisa bial gadis itu mempersoalkan tindakannya yang dingin.

“Aku lebih selesa begini daripada mendengar kawan-kawan kita yang tak habis-habis nak satukan kita! Biar kita begini sebab aku tak pernah punya perasaan pada kau Arisa..! Kita cuma kawan! Hentikan semua angan-angan kau Arisa. Kita lebih baik bersahabat daripada bercinta.” Lantang Risham bersuara. Arisa hanya membatu. Mujur hanya mereka berdua di dalam kereta Risham. Ketika itu Arisa beria-ia mahu menumpang Risham untuk ke kuliah dan kesempatan itu juga di ambil untuk bertanya tentang hubungan mereka yang kian renggang.

“Apa yang kau cakap ni Am? Anagan-angan ape? Dan yang kau ambil kisah sangat cakap kawan-kawan kita tu kenapa?” Arisa seakan tidak mahu mengalah. Dia mula melawan untuk menutup rasa malunya.

“Sudahlah. Aku malas nak bertekak dengan kau. Dan lagi satu aku harap lepas ni tak ada lagi gosip-gosip pasal kita. aku rimas!” Bentak Risham kuat. Namun apa yang dilafazkan tidak seiring dengan kata hati.

Arisa kian terluka. Bibirnya bergetar menahan tangis. Lalu dikuatkan semangat.

“Am berhenti kat sini. Aku nak turun.” Tegas suara Arisa. Namun Risham buat tak endah.

“Aku kata berhenti Am..!” Arisa bersuara lantang bila kata-katanya tidak diendahkan. Risham pantas menekan brek. Sepantas itu juga Arisa berlari keluar dari kereta sebaik sahaja kereta itu berhenti. Risham terkaku melihat Arisa yang hilang dari pandangannya.

“Maafkan aku Risa. Buat sementara waktu ini aku tak boleh terima kau. Aku faham perasaan kau Risa tapi untuk kebaikkan kita bersama biarlah kita begini sahaja. Aku tak mahu kita leka dengan bercinta sedangkan kita sama-sama dah berada di tahun akhir. Sabarlah sayangku, suatu hari nanti pasti aku akan menerangkan segalanya padamu. Risa..aku juga perlukan masa untuk semua ini.” Risham merintih sendiri. Dipandangnya langit membiru disebalik tingkap keretanya, kelihatan sebuah kapal terbang yang baru berlepas pastinya ia membawa gadis kesayangannya. Risham menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.

…………………………………………………………….

Arisa hanya memandang kosong ke luar tingkap kapal terbang. Awan yang memutih dan pemandangan di bawahnya dipandang sepi. Sesepi hatinya.

‘Am… Andai aku yang bersalah, maafkan aku. Pergilah airmata, kembalikan keceriaanku.’ Rintih hati Arisa.

Matanya dipejamkan. Ingin sekali dia melupakan kepedihan di hati.

…………………………………………………………….

Suasana riuh-rendah kedengaran di kediaman Encik Amiludin iaitu bapa kepada Risham. Kelihatan ramai sanak saudara sedang berkumpul bersama pada hari minggu itu. Risham pula hanya memencilkan diri pangkin bersebelahan dengan kolam ikan. Fikirannya melayang teringatkan perbualannya dengan mamanya pagi tadi.

“Am dah ready mama. Hujung tahun ni lepas Am habis study Am akan ikut Pak Long ke London. Cuma Am harap soal jodoh, biarlah Am yang tentukan sendiri.” Ujar Risham

“Mama bersyukur kerana dapat anak seperti Am yang menurut kata. Bukan Mama tak suka dengan Arisa tapi sekarang bukan masanya Am. Mama harap Am faham. Am ada tanggungjawab lain yang lebih besar ketika ini. Pak Long sangat memerlukan Am dan sebelum ni dia banyak membantu kita sekeluarga. Insyaallah andai ada jodoh Am dengan dia pasti bertemu jua.” Panjang lebar nasihat mama Risham. Kepala anak itu diusap-usap. Mengerti akan perasaan anaknya lalu dibawa anak itu ke dalam pelukannya untuk menenangkan jiwa Risham yang sedih kerana terpisah dengan Arisa.

“Sudahlah nak. Mama doakan yang terbaik buat Am. Lagipun Am ini keputusan Am dan Am kena kuat untuk menghadapinya.” Ujar mamanya lagi.

“Terima kasih mama. Bukan Am tak sayangkan dia, tapi Am lama kat sana mama. Am tahu dia ada cita-cita dan tanggungjawab untuk keluarga. Am tak nak bagi harapan pada dia sebab Am takut Am tak dapat berikan yang terbaik untuk dia sekarang.” Risham meluahkan segalanya kepada mamanya. Hanya mama yang mengerti perasaannya. Terpaksa berpisah dengan orang yang dicintai memang memeritkan lebih-lebih lagi cinta dalam hatinya hanya dipendam tanpa diketahui oleh si gadis.

“Sabarlah nak. Mama doakan yang terbaik buat Am. Mama masuk dulu” Ujar mamanya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Risham yang melayan perasaan di taman halaman rumah.

Dummm! Bunyi dentuman guruh mengejutkan Risham dari lamunannya. Dipandang langit malam yang kelam, seakan memahami hatinya juga turut kelam berdukacita.

‘Arisa… Aku doakan kau bahagia.. Andai ada jodoh antara kita, takkan ku lepaskan kau begitu saja..! ngeee sempat lagi kau berangan. He..he..he..’ Risham tersenyum kecil. Dibaringkan tubuhnya di atas pangkin kayu lalu matanya tidak berkedip merenung langit yang kelam itu. Fikirannya terus melayang…..sambil menghayati lagu mengenangmu yang dipasang dari iphonenya.

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …

Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

19 ulasan untuk “Cerpen : Andai Kau Mengerti”
  1. aizun erina says:

    asl ending cam nie????????????
    xsuke la….nga syok2 bce kot…..plizzzzzzzzzz smbung… :cry:

  2. ngee..xske lg ending cam tuh jer…

  3. vanilacarnella says:

    asal ending dia mcm 2 .. x sukanye .. arap2 writer wat ” andai kau megerti 2 “

  4. ..... says:

    ish ni cite x habis la………x suke..x suke………..x suke……!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  5. kiko says:

    dhrap penulis sambng citer nie…
    ending cmnie x best…

  6. lukisan pelangi says:

    ending cam ni maybe sebab cerita pun sampai disitu shj..hehehe may be penulisan ade sebab bia ending cam tu..sebab kehidupan ni kan mmg byk persoalan..heheh

  7. shima says:

    citer best even agak mbosankan sikit..jalan citer membuatkan pembaca bfikir..
    keep it up

  8. nicky says:

    citer tergantung…huhhuuuu….smbung la lg…citer ni best sngt..

  9. deqwa says:

    mak aih. apesal tergantung ?! sambung laa. dah best niee. baru nak feeling. habiss tetiba pulak. buat la sambungan. plissss

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"