Cerpen : Angin Perubahan

29 August 2010  
Kategori: Cerpen

1,497 bacaan 4 ulasan

Oleh : dreamzcometrue

“Nia, apa yang sayang buat kat sini?”

Tania membisu, dihadapannya papa sedang makan bersama seseorang, wanita yang jauh lebih muda dari papanya. Dari tadi dia mengekori papanya hanya untuk melihat drama ini.

Tania tewas, dia berlalu meninggalkan papa dengan wanita itu. Tidak dihiraukan panggilan dari papanya, dia kecewa. Hasrat hati untuk mengadu tentang mamanya terbantut. Kini mama dan papanya sama sahaja. Mereka sudah membawa haluan masing-masing, malah sudah ada pasangan baru. Terkapailah Tania yang masih mendambakan kasih sayang dari sebuah keluarga yang bahagia.

Keputusannya muktamad, jika mereka ingin membawa haluan mereka Tania juga boleh dengan hasrat ingin bercuti dia ke Kelantan untuk mencari sebuah ketenangan. Jauh meninggalkan drama mama dan papanya, meninggalkan nama Tania di mahligai yang penuh kekecewaan.

Di sini, di Negeri Cik Siti Wan Kembang, hatinya teraba-raba mencari erti sebenar sebuah cinta. Adakah perasaan cinta hanya wujud hanya seketika, seperti cinta mama dan papanya. Adakah cinta sejati dan abadi wujud di antara dua insan, Tania tidak tahu jawapannya?

“Suri…kau termenung lagi ke?,” tegur kawannya Jannah. Sepanjang tinggal di rumah Jannah, dia banyak termenung.

“Hanya fikirkan tentang masa depan sahaja Jan,” jawab Tania Mysuri sambil duduk di sisi Nur Jannah yang sedang menuang minuman.

“Suri, aku faham perasaan kau. Banyakkan bersabar, itu semua dugaan. Dah jangan fikir lagi tentang masalah family. Apa kata petang ni kita ke pantai,”

Tania Mysuri tersenyum sambil mengganguk tanda setuju.

……………………………………………………..

“Kau tak nak mandi ke…, best ni,” laung Jannah. Tania menggeleng, sesekali dia tergelak melihat telatah Jannah dan adiknya yang begitu seronok mandi air laut. Kadang-kadang Jannah berperangai seperti budak-budak tapi itulah sifat yang disenangi oleh orang di sekelilingnya. Tania Mysuri kembali berjalan di gigi air, sesekali ombak pantai menyentuh lembut kakinya. Tiba-tiba, dia tidak dapat mengimbangi badanya apabila dikejutkan oleh sebiji bola yang datang menuju ke arahnya dengan tiba-tiba, lebih malang tanganya yang yang digunakan untuk menampung tubuhnya terkena serpihan kulit kerang yang tajam. Terasa amat perit sekali tapak tangannya dan cecair panas mula mengalir.

“Miss..I’am sorry…are you ok?” seorang pemuda berlari ke arahnya.
“Ok awak cakap…,” geram Tania Mysuri dengan pertanyaan pemuda itu.

“Awak luka, kita ke klinik sekarang.”

Tania Mysuri menahan kesakitan. Dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling, darah yang mengalir cukup membuatnya pening dan selepas itu dunianya gelap.

******************************************************

‘’Suri…Suri dah sedar, ni aku Jannah,” suara halus Jannah menyentuh gegendang telinga Tania.

“Aku kat mana Jannah?” Tania cuba bangun namuan badannya amat lemah.

“Kat hospital, kau pengsan tadi, tapi doktor cakap tak ada apa yang serius, kau pengsan kerana kau alergik pada darah. Luka tu tak seberapa.” Terang Jannah. Teringat dia akan kejadian tadi , kecoh juga kat pantai tadi bila Tania pengsan, nasib baiklah ada sorang pemuda yang sudi membantu, tapi menurut lelaki itu dialah bertangungjawab atas kecederaan kewannya itu, masih terbayang di ruang mata betapa resahnya pemuda itu semasa Tania pengsan.

“Assalamualaikum…,”

Mata Jannah dan Tania melihat ke arah pintu sambil menjawab salam.

“Maaf cik, tadi saya terpaksa pergi. Ada hal sikit, saya Faiz,”

“It’s okey, my friend baru je sedar. Saya Nur Jannah. Terima kasih sebab tolong kawan saya tadi,”

“Saya yang bertanggunjawab atas kecederaan kawan cik, jadi tak payahlah berterima kasih pula.”

“Tak payahlah berencik-encik dengan saya. Just call me Jannah, I think is better Encik Faiz”

“Okey,but you juga berencik-encik dengan saya, panggil je Faiz….”

“Erm….,”Tania berdeham kecil menyebabkan Jannah tersipu malu akibat terlupa akan temannya itu.

“Oh, jadi bola tadi awaklah yang punya,” tanya Tania mengalihkan pandangan kearah jejaka yang bernama Faiz itu.

“Ya, tapi saya tak sengaja. Saya minta maaf, kalau ada apa-apa yang boleh saya tolong cakap je, saya tak tahu macam mana nak tebus rasa bersalah ni,” panjang lebar jejaka itu memberi jawapan.

“Tak apa…lagipun saya yang lembik kena bola sikit dah jatuh. Memang nasib saya terjatuh pula atas kulit cengkerang tu yang luka,”

“Apa-apa pun saya memang terkejut tengok cik pengsan tadi”

“Betul Suri, kecoh kat PCB tadi..”

Mereka sama-sama tergelak.

***********************************************************

“How are you today Mysuri?,” doktor muda itu bertanya dengan ramah, siap dengan senyuman manisnya lagi. Nasib baik Tania tidak mudah jatuh cinta. Siapa nama dia? Tengok kat tag nama..Izzat.

“Saya dah terlebih okey doktor, dah tiga hari di sini, makan cukup, layanan baik. Rasa tak mahu keluar pula,” ujar Tania membuatkan doktor muda itu tersenyum lagi.

“Nampaknya semua dah okey. Esok pagi dah boleh keluar,”

“Betul doktor, terima kasih..,”

“Sama-sama. Boleh saya tanya sikit, Tania bukan orang sinikan?”

“Saya orang KL, datang makan angin je di Kelantan ni,”

“Suri…,” suara Faiz menghentikan perbualan Dr. Izzat dan Tania.

“Saya minta diri dulu, masih ada pesakit yang perlu saya periksa, jaga diri ye,” Izzat berlalu selepas menyedari kehadiran Faiz. Rasanya menggangu pula jika dia berada di disitu.

*********************************************************

Suasana di taman Hospital Besar Kota Bharu dapat menenangkan sedikit jiwa Tania. Bunga-bunga yang berwarna-warni mendamaikan hati Tania yang kesedihan. Panggilan dari mama yang menyatakan bahawa dia dan papa telah sah berpisah dengan kata lain mereka bukan lagi suami isteri. Hanya Tuhan yang tahu betapa terlukanya hati kecil Tania. Tidak dipeduli matanya yang bengkak akibat menangis di bilik tadi..

“Assalamualaikum….,” satu suara mengejutkannya. Suara yang cukup menenangkan jiwa, siapa lagi kalau bukan doktor muda, Izzat.

“Saya cari Mysuri di bilik tadi…,”ujar Izzat sambil duduk di sisi Tania.

“Ada apa doktor cari saya?,”

“Tak ada apa, saja saya nak sembang dengan awak. Awak ok ke Mysuri?,” tanya Izzat, apabila menyedari wajah muram gadis cantik itu.

“Kenapa? Doktor tengok saya ni ok ke?”

“Maaf…kalau saya terlalu ingin tahu..,”

“Mama dan papa, mereka dah bercerai. Tanpa meminta pendapat dari saya, anak tunggal mereka, sampai hati mereka tak fikirkan tentang perasaan saya,” luah Tania. Perasaannya bercelaru, Doktor Izzat telah dijdikan tempat mengadu.

“Mysuri…tengok kat depan awak…apa yang awak nampak?,”

Mata Tania yang berair memandang ke depan.

“Matahari yang nak terbenam,”

“So, macam itulah kehidupan kita Mysuri, matahari muncul dan terbenam setiap hari dan setiap harilah dunia ini berubah. Kita harus terima berubahan, seperti matahari kena terima apa sahaja perubahan yang berlaku pada dunia ini. Kes mama dan papa awak adalah perubahan yang berlaku dalam hidup awak, terimalah perubahan itu walaupun ianya melukakan awak,”

Tania memandang Izzat, pandai pula doktor itu memberi nasihat siap dengan bagi contoh lagi, penuh kiasan, tapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan sedikit gemuruh hati Tania yang tengah kesedihan.

“Terima kasih doktor atas nasihat itu,”

“Awak jangan sedih lagi. Mungkin, cinta antara mereka dah pudar, daripada mereka terus melukakan hati masing-masing dan terus melukakan hati awak saya rasa mereka dah ambil keputusan yang tepat Mysuri. You know something, my parents pun bercerai when I was 12 years old after one year my mom married again. Tapi masa tu saya kecil lagi tak kisah sangat, lagipun ayah tiri saya layan saya macam anaknya sendiri,”

“Maaf doktor mengungkit kisah doktor pula,”

“Tak apa saya sendiri yang ceritakan pada awak, hanya ingat satu benda awak macam matahari….,”

Tania mengangguk. Mereka bersembang dari kisah keluarga, alergik pada darah, pasal Faiz yang kalut dan macam-macam lagi membuatkan hati Izzat sudah terpaut habis kepada Tania. Tanpa disedari hati Tania Mysuri telah disentuh seseorang bukan Dr Izzat tapi Faiz Muzzaqir.

****************************************************

Sudah sebulan Tania keluar dari hospital. Dr. Izzat dah terputus hubungan, dia pun lupa untuk mengambil nombor doktor itu. Namun seperkara yang membuatkan hati Tania berbunga, tentang Faiz tanpa Jannah sedari sudah beberapa kali Tania bertemu dengan Faiz dan hubungan mereka berjalan dengan lancar.

Suatu petang…, semuanya berubah. Menangis Tania di dalam hati, rela berkorban demi sahabat sejati. Dia belajar sesuatu tentang cinta. Cinta tidak semestinya dapat bersatu, sebaliknya cinta yang suci memerlukan pengorbanan dan itulah yang dilakukan oleh Tania Mysuri.

“Suri…I’am feelin love with someone…,” kenyataan Nur Jannah petang itu mengejutkan Tania. Bukan mudah sahabatnya itu jatuh cinta. Di kolej dulu bukan tak ada orang memikat namun sedikit pun tidak dilayan sahabatnya. Ni tak sabar-sabar nak tahu siapa….

“Aku tak tahu macam mana aku boleh jatuh cinta dengan dia, yang pasti bila aku teringatkan dia hati aku ni sentiasa berdenyup kencang…aku rindu sangat kat dia, tolong aku Suri…,”

“Member aku dah terkena penyakit angau rupanya. Siapa lelaki yang malang tu?”

“Suri…,” jerit Jannah, marah dengan usikan Tania. Tania tergelak kecil melihat Jannah yang kalut itu, mengigatkannya pada seseorang siapa lagi kalau bukan Faiz. Malam ni dia ada temu janji dengan lelaki itu…

“Ok.., sorry Jannh sayang..siapa lelaki itu aku tak sabar nak tahu ni,”

“Kau janji jangan gelakkan…janji tolong aku,”

“Ye sayang, bagi tau cepat aku janji dia akan jadi milik kau,”

“Penyelamat kau, Faiz Muzzaqir…,”

Bagai ada kaca yang terhempas, telinga Tania bagai tidak mendengar apa-apa lagi selepas nama itu disebut. Tiap patah kata yang keluar dari mulut Jannah bagai bunyi kenderaan , setiap butir tidak jelas.

“Suri….,” panggil Jannah sambil menyentuh bahu rakannya. Tersentak Tania dari khyalan.

“Aku tak tahu perasaan dia pada aku….tapi terima kasih pada kau yang telah temukan aku dengan dia…,”

“Aku…?,”

“Iye..semuanya pasal kejadian di pantai tu…tapi aku tak tahu apa perasaan dia pada aku….,”

“Jannah..aku pasti dia pun akan jatuh cinta dengan kau. Kau cantik,” begitu payah Tania menutur kata.

“Kau lagi cantik dari aku, sokong aku untuk dapat cinta dia Suri,” balas Jannah sambil memeluk sahabatnya

Hangat persahabatan menjalar di hati Tania. Biarkan cinta yang baru berputik ini layu, demi sahabatku Nur Jannah…..desis hati. Tanpa disedari air matanya menitis, namun cepat-cepat dikesatnya takut Jannah melihat hatinya yang telah terluka.

Marah juga Faiz apabila Tania membatalkan temu janji disaat akhir, namun nak buat macam mana, dia harus menjauhi lelaki itu untuk mengelakkan mereka bertiga lebih sengsara. Bagaimana dengan Jannah, baru tadi dia mengadu tentang Faiz yang bagai tidak mahu melayannya, kesian Jannah, sebagai sahabat dia harus melakukan sesuatu. Oleh itu, satu pertemuan diatur untuk mempertemukan Jannah dan Faiz. Mereka bertiga membuat keputusan untuk menjamu selera di restoren selera kampung.

Sewaktu hendak memesan makanan, telefon Tania berdering. Kelihatan serius Tania menjawab panggilan itu.

“Aku minta maaf kat korang, nampaknya aku tak dapat nak makan sekali. Ada hal yang perlu diselesaikan,”

“Ada apa Suri? Penting ke?”

“Penting la juga, Sorry Faiz, I have to go now, jaga Jannah. Selamat tinggal,”
Tanpa sempat Faiz berkata apa-apa Tania telah meninggalkan mereka dengan tergesa-gesa.

Tania Mysuri berjalan di deretan kedai berhampiran. Aduh, pedihnya hati meninggalkan Jannah berdua-duaan dengan Faiz. Urusan penting itu Cuma helah semata-mata, senang sahaja setkan alarm, jadi bunyinya seolah-olah ada panggilan.

Hati Tania tergerak untuk melawat doktor Izzat, teringat dia akan lelaki itu. Sewaktu pulang dulu dia tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal.

“Tania Mysuri…Wow, you here?” tegur Dr. Izzat yang melihat gadis di depannya.

“Yes, I’am looking for you Dr. Izzat…,” ujar Tania bersahaja menyembunyikan perasaannya.

“Lunch time.., jom saya belanja makan,”

Pelawaan Dr. Izzat diterima dengan anggukan.

*****************************************************************

“”Well Mysuri, kalau orang cari doktor ni tak lain tak bukan dia sakit,” Izzat bersuara sebaik sahaja mereka memesan makanan.

“Right doktor, saya memang tengah sakit sekarang. Hati saya ni dah parah terluka,” gurau Tania dengan nada serius. Apabila dilhat wajah Dr. Izzat yang keliru ketawanya meletus.

“Just kidding doktor, actually saya nak balik KL esok. So, teringat kat doktor tu yang singgah,”

Balik KL, bila dia buat keputusan ni, dah lama sejak dia tahu Faiz orang yang dicintai Jannah.

“Begitu cepat…,”
“Cepat…saya dah sebulan lebih di sini, rasanya elok saya balik..,” ujar Tania.

Pelayan datang menghantar makanan. Tanpa bicara Tania makan dengan penuh berselera. Tidak berkelip mata Dr. Izzat melihatnya. Menyedari diriya sedang diperhati Tania menghentikan suapannya, lalu memandang Izzat…boleh tahan rupanya doktor muda ini, wajahnya putih bersih, memakai cermin mata yang sesuai dengan bentuk wajahnya, memiliki sepasang mata yang dihiasi bulu mata yang lentik. Em…lebih-lebihlah pula.

“Kenapa dotor pandang saya begitu,” ujar Tania apabila menyedari yang mereka sedang berbalas pandang.

“Tak ada apa…nampak berselera je awak makan,” ujar Izzat menyembuyikan getar dihati.

“So, lepas ini awak nak ke mana?,” tanya Izzat, setelah mereka keluar dari restoren tersebut.

“Kalau boleh saya nak jalan-jalan sekitar kawasan ini. Thanks doktor belanja saya makan. Seronak dapat kenal seorang yang baik macam doktor ini,”

“Saya pun rasa bertuah dapat kenal gadis cantik macam awak, jangan lupakan saya bila sampai di KL nanti,”

“Masakan saya akan lupakan doktor. Saya pergi dulu…,”

Mereka berpisah membawa haluan masing-masing, tapi….

“Tania Mysuri…,izinkan saya menemani awak,” suara tenang Izzat membuatkan langkah Tania terhenti.

Sepanjang hari, Tania menghabiskan masa dengan Izzat. Tak pasal-pasal hati yang duka bertukar menjadi girang. Gelak tawa Izzat dan nasihat lelaki itu ibarat penawar baginya. Terlupa seketika dia dengan masalah mama, papa, Jannah dan Faiz. Malam itu, sewaktu Izzat menghantar Tania pulang, tanpa disangka di pintu pagar seseorang sedang menanti kepulangan Tania, menanti untuk meminta kepastian tentang cinta…..

********************************************************
Dua bulan berlalu, Tania Mysuri meneruskan kehidupan di KL. Banyak perubahan telah berlaku dalam hidupnya, sekarang dia tinggal berdua dengan mama, apapun sesekali papa akan mengajaknya keluar, mereka akan menghabiskan masa bersama, teringat akan kata-kata Izzat dirinya bagai matahari, yang sentiasa menerima perubahan. Izzat…sejak kembali ke KL dia lansung tidak menghubungi pemuda itu. Entahlah, terasa amat payah tangan ini untuk mendail nombor doktor itu.

Faiz Muzzaqir, malam itu terjadi pertengkaran kecil antara mereka, apa tidaknya Tania menidakkan cintanya pada Faiz. Jannah pula terkejut adengan keputusan Tania yang akan balik ke KL. Sebelum berpisah sempat Tania berpesan kepada Jannah “fighting for love”.

Di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu dia banyak belajar tentang cinta. Syukur Allhamdullilah, dua bulan di KL, dia sedikit sebanyak dapat melupakan nama Faiz di hati…..

Dan hari ini, satu perubahan pula bakal berlaku dalam hidupnya, mama telah bertemu jodoh….Hari ini, adalah hari bahagia mamanya, bakal ayah tiri Tania adalah soerang pengarah hospital swasta yang terkenal. Tania dah malas nak fikir, asalkan mamanya bahagia, dia akan sentiasa merelakan perubahan itu… Itu papa datang bersama kekasih barunya, hampir sebaya dengan Tania, Intan Nurliyana, secantik nama begitulah juga orangnya. Tapi Tania bersyukur hubungan papa dan mama semakin baik setelah berpisah, mungkin inilah hikmat yang dicakap olah Izzat dahulu. Izzat…Izzat…Izzat, rindukah dia pada jejaka itu..?

Telefon di sisinya berbunyi mencantas lamunan, nombor baru…

“Hello, nak cakap dengan siapa?,”
“Tania Mysuri binti Datuk Tarmizi,”
Suara ditalian mengigatkanya pada seseorang, suara yang tenang dan bersahaja.

“Kenapa diam Mysuri, dah lupakan saya….?,”
“Saya minta maaf Doktor, bukan saya tidak mahu contact doktor, tapi…,”
“Tak payah nak terangkan Mysuri. Saya Cuma ingin meminta sesuatu dari awak..,”
“Ada apa, akan saya cuba tunaikan,”
“Kejap lagi kita akan jumpa. Just, tunggu saya..ada banyak perkara yang saya ingin bicarakan dengan awak…,”
“Doktor ada kat sini?,”
“Behati-hati matahari, akan ada satu lagi perubahan dalam hidup awak. Assalamualaikum,”

Talian diputuskan. Pelik, memang pelik apa sebenarnya maksud Izzat itu… Lupakan seketika tentang Izzat itu. Tania bersiap, mungkin mamanya telah berada di bawah sekejap lagi acara akad nikah akan berlansung.

Kebaya labuh unggu menghiasi tubuhnya, rambutnya disanggul kemas, nampak manis sekali. Sehinggakan banyak mata yang memandang semasa dia menuruni anak tangga.

“Anak mama lewat..,” bisik mama apabila Tania duduk disisi ibunya.
“Mama cantik sekali…,”puji Tania sambil menunjukkan wajah tidak bersalahnya. Mamanya menarik perlahan hidung anak gadisnya, Tania mengaduh, tiba-tiba matanya terpaku pada seseorang…..apa betul apa yang dilihatnya?

Itu dia, Dr.Izzat sedang tersenyum kepadanya, kenapa pula hatinya berlari kencang sehingga segalanya menjadi tidak kena, nak senyum pun payah, apabila mata itu memandangnya.

“Apa yang Izzat buat di sini?,” tertanya-tanya di dalam hatinya.

Majlis diteruskan..kini, mamanya sah menjadi isteri orang dan tanpa disangka ayah tirinya merupakan ayah kandung Izzat. Terlalu banyak kejadian yang terjadi dalam hidupnya.

Di sana pasangan pengantin sedang menikmati jamuan, manakala di sini Tania Mysuri dan Izzat sedang berbicara. Agak terasa kekoknya, maklumlah sudah lama tidak berjumpa.

“Tak sangka Doktor, kita dah jadi adik-beradik tiri, nampaknya lepas ni terpaksa saya panggil doktor abang,”
“Lagi bagus dari Mysuri asyik panggil saya doktor je…,”

Tania Mysuri tergelak kecil menampakan lesung pipit kecilnya, itulah yang membuatkan hati Izzat bertambah terpaut pada gadis itu. Dia pun tidak menyangka bahawa Tania Msyuri adalah anak kepada isteri ayahnya. Sewaktu pertama kali bertemu dengan Tania Mysuri dulu patutlah dia merasakan gadis itu mirip seseorang, siapa lagi kalau bukan Zahira, sebenarnya sudah beberapa kali dia bertemu dengan ibu tirinya itu.

“Saya masih tak percaya…,” ujar Tania apabila ketawanya reda.
“Tak boleh terima perubahan?,”
“Entahlah, terlalu banyak perubahan yang harus saya terima…,”
“Tapi awak dapat terima perubahan yang lepas…,”
“Ye..tapi kita..adik-beradik tiri..doktor tak rasa ke itu satu perubahan yang drastik,”
“Tapi adik-beradik tiri boleh kahwinkan?,” serius Izzat menutur kata membuatkan Tania terkejut.
“Mysuri…saya dah lama jatuh hati dengan awak. Saya jatuh cinta pandang pertama dengan awak, tapi saya bukan seorang lelaki yang terburu-buru. Saya ingin menyentuh hati awak secara perlahan-lahan tapi awak tak pernah beri saya peluang..,”

Terkejut Tania mendengar luahan ikhlas dari Izzat, penuh syahdu dan tenang.

“Mysuri..izinkan Izzat menyentuh kasihmu…,”
Tania Mysuri masih membisu, kalau dia angguk bermakna akan berlaku lagi perubahan dalam hidupnya. Tanpa kata matanya memandang kearah pasangan pengantin yang sedang suap-menyuap antara satu sama lain, sungguh bahagia. Adakah dia juga akan sebahagia itu di samping……

************************************************************

“Sayang, jauh termenung..,”
“Bukanlah…, Suri tengok laut tu, cantik,”

Izzat hanya memandang wajah isterinya, sudah tiga hari mereka sah menjadi suami isteri, kelakar juga bila mengigatkan sewaktu dia meluahkan isi hatinya pada Mysuri hari itu, tiada sebarang respon dari Tania Mysuri, mati-mati dia ingat Tania menolaknya apalagi dia terus ingin pergi, membawa diri la konon, tau apa yang terjadi…Tania Mysuri memegang tangannya sambil berkata…

“Doktor nak ke mana? Nak tinggalkan Suri..Suri tak mahu perubahan yang sedih, jangan tinggalkan Suri,” itu sudah cukup membuatkan hati Izzat berbunga. Mereka tidak mahu tunggu lama selepas ayah dan mama pulang dari berbulan madu, mereka terus melansungkan perkahwinan. Alangkah indahnya…

“Abang..,”
“Ye, sayang…,”
“Tahu kisah Faiz Muzzaqir dan NurJannah?,”
Izzat mengganguk, Faiz Muzzaqir lelaki pertama yang hadir dalam hidup Tania Mysuri. Selepas Tania pulang ke KL Faiz datang berjumpanya meminta kepastian, lelaki itu ingat kerana dia Tania berubah hati, Faiz ternampak Izzat yang menghantar Tania pulang.

“Tak lama lagi mereka akan kahwin. Suri doakan mereka bahagia..,”
“Suri…terima kasih kerana terima abang,”
“Sama-sama kasih sayang,”

Syukur pada Tuhan akhirnya dua hati telah bersatu. Tania Mysuri akhirnya telah menjadi ratu di tahta hati Izzat Izham. Memang dalam dunia ini berlaku banyak perubahan, terimalah perubahan dengan hati yang terbuka kerana pasti ada hikmah disebaliknya.

~dah lama tak menulis…rase best je dpt siapkan this cerpen..^_^


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Cerpen : Angin Perubahan”
  1. hafzan sarah says:

    ok la..not bad.. :|

  2. rissa says:

    hehehe..bru sy tau adik beradik tiri bleh kawin rupanya..best2!

  3. epy.elina says:

    best2x….
    :razz: :razz: :razz:

  4. kay says:

    ok..menarik..susunan ayt pn ok..best2!!~~

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"