Cerpen : Baik-baik Sayang

8 August 2010  
Kategori: Cerpen

4,856 bacaan 16 ulasan

Oleh : sweet roses

“Eh, kau pergi tak perjumpaan budak-budak HRD tahun kedua kat dewan kuliah lepas ni, Anne?” bisik Amani yang duduk kat sebelah aku. “Entahlah, tengok dulu la. Mungkin aku pergi kot. Nanti-nantilah kita bincang ek. Aku nak focus kat apa yang Mr. Katsuaki tu cakap, nanti tak pasal-pasal pula aku tak reti nak buat latihan Jepun ni”, balas aku balik. Mata aku asyik melilau melihat jam dinding yang tergantung kat dinding kelas. “Ala, baru je 10.45 pagi. Ada 1 jam 15 minit lagi kelas nak habis. Hmm….mengantuk”, bisik hati kecil ku. Kadang-kadang aku rasa kelas Bahasa Jepun yang aku ambil sebagai kelas pelengkap ni macam susah, tapi kadang-kadang seronok pula aku rasa sebab ada pengetahuan dalam bahasa asing. Aku mula lah pasang angan-angan nak pergi berbulan madu kat negara Jepun kalau dah kahwin nanti.Mesti romantic kalau pergi ‘honeymoon’ musim luruh, ala-ala cerita korea Autumn In My Heart gitu. Hai, bahagianya hidup kalau dah kahwin.Kahwin???Yelah tu Andrea, ijazah pun belum lagi dalam genggaman, ni pula berangan-angan nak kahwin.
HRD-Human Resource Development

“Andrea san, kesa nani o tabemasu ka?”Tiba-tiba lamunan ku tersentak apabila disoal Mr.Katsuaki. Semua mata di dalam kelas memandang ke arah ku, menanti jawapan untuk soalan yang Mr. Katsuaki ajukan kepada ku sebentar tadi. ” Amani, apa sensei (cikgu) tanya tu?” aku menyiku Amani yang duduk kat sebelah aku. ” Dia tanya kau, kau makan apa pagi tadi”, jawab Amani. “Andrea san, nani o tabemasu ka?” soal Mr. Katsuaki lagi. ” Erm…errmmm..paso o tabemashita. Soshite, kohi o nomimashita”, aku menjawab dengan selamba. Entah betul ke tidak apa yang aku jawab, aku hentam je. ” Your answer is good Andrea”, puji sensei. Eh, tak sangka pula jawapan hampeh aku ni brilliant. Aku tersenyum sendiri menerima pujian dari sensei.

“Aku pergi perjumpaan students HRD kat Dewan Kuliah 1 lepas ni. Rina pun turun juga. Nanti aku tolong save kan tempat duduk untuk kau dan Amani kat Dewan Kuliah tu nanti. Jangan tak datang tau”
-Dyana-

“Amani, aku baru je dapat sms dari si Dyana tadi, dia cakap dia pergi perjumpaan kat Dewan Kuliah 1 tu. Macam mana?”, tanya aku kat Amani sambil memasukkan buku latihan Bahasa Jepun ke dalam beg. ” Kita pergi je lah. Pukul 12.10pm kan perjumpaan tu? Apa kata kita terus pergi ke Dewan Kuliah 1 sekarang, nak?Mana lah tau ada benda penting Prof. Dayang Munirah nak sampaikan kat kita. Cepatlah sikit, janganlah pula kau terhegeh-hegeh nak sikat rambut tu. Dah cukup C.A.N.T.I.K dah kau tu, faham Miss Andrea…”, bebel Amani kat aku sambil menarik tangan aku supaya berjalan dengan cepat.

“Tidak lama lagi cuti semester panjang akan bermula. Oleh yang demikian, pihak fakulti telah merancang satu aktiviti untuk kamu semua. Memandangkan subjek elektif yang kamu semua akan ambil untuk antarasesi yang akan ini ialah subjek Warisan dan Budaya Tempatan, iaitu lebih kepada mengkaji adat istiadat kaum yang terdapat di Sarawak, maka pihak fakulti merancang untuk menghantar kamu semua ke empat buah kampung terpencil di kawasan pedalaman Limbang, Mukah, Miri dan juga Bintulu. Kamu semua akan dibahagikan kepada empat buah kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 50 orang pelajar. Senarai nama untuk semua kumpulan, kami yang akan tentukan. Aktiviti ini akan bermula pada 29 April, iaitu sebaik sahaja final exam kamu semua berakhir”. Wah! terkesima aku tatkala mendengar penerangan dari Prof. Dayang tadi. Hebat juga fakulti aku nak buat aktiviti melancong pergi ke kawasan pedalaman. Tapi apa ke jadah nya ni?Hmmm…dah la aku benci nak stay lama-lama kat kampung orang. Kalau kampung sendiri tak apa lah juga. Haizzz…what to do? Nasiblah…

” Prof., kita semua nak tidur di mana nanti? Berapa lama aktiviti ini?”, tanya Ryan, salah seorang daripada rakan sekuliah ku. ” Pihak fakulti bercadang nak buat aktiviti ini selama dua bulan, iaitu sepanjang cuti semester yang akan datang ini. Aktiviti ini akan berakhir pada 10 Julai. Ini adalah sebagai salah satu daripada tugasan atau assignment untuk kamu semua. Kamu semua dikehendaki untuk mengkaji adat dan cara kehidupan seharian sesebuah keluarga di kampung tersebut. Each and every one of you here will have keluarga angkat. You will not work in group but work on this assignment by you your own. This assignment will carry 50% marks and 20% presentation marks. Is there any questions from the floor?”, tanya Prof. Dayang kepada kami semua. ” If no, then kita semua boleh bersurai”.

“Eh, aku harap kita berempat nanti sama kumpulan. Tak best la kalau terpisah”, ujar Rina, sebaik sahaja kami berjalan keluar daru kuliah. ” Kita pergi makan kat Kafe Lake View sekarang nak tak? Aku lapar la. Dah menyanyi lagu rock dah perut aku ni minta kena isi tau. Jum lah korang..”, desak Amani sambil menarik tangan Dyana. “Kau ni kan, tak padan dengan badan kecik macam Upin, tapi kuat makan. Jum lah kita pergi makan.Aku pun dah lapar ni”, ujar ku sambil tersenyum melihat telatah Amani.

Selepas tamat peperiksaan akhir semester ke-2
” Anne, ok tak soalan exam tadi? Aku rasa soalan pasal differences between Action Research method dengan questionnaire method a bit buat aku confuse”, tanya Dyana sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan. ” Ok lah juga aku rasa. Apa yang aku baca malam tadi semua keluar. Lagipun, dalam kepala otak aku ini, hanya fikir nak cuti je, yelah hari ini kan last paper kita. Amani dan Rina kat mana?”. ” Entahlah, rasanya dia orang pergi jumpa Prof. Zulhuzaimi kot. Pak we kau si Dexter tu jemput kau untuk lunch ke nanti?”, tanya Dyana. ” Aaa…dia jemput aku lepas ini. Lagipun hari ini aku ingat nak dating dengan dia. Lusa dia nak pergi praktikal kat Marudi dah. Dua bulan aku tak jumpa dia nanti. Menahan rindu nanti tau”, jawab ku sambil tersengih-sengih.

“Honey, hantar baby pergi fakulti kejap boleh tak? Hari ini senarai kumpulan untuk aktiviti cuti semester dah keluar. Dyana sms baby tadi. Boleh tak?”, rayu ku sambil buat muka kasihan depan si Dexter. “Ok, lepas ni honey hantar baby pergi fakulti ok? Tapi sebelum tu, habiskan dulu french fries dan burger tu dulu”, jawab Dexter sambil tersenyum dan menggengam erat tangan ku.

” Bencinya, kenapa kita berempat tak sama kumpulan? Dahla aku dapat kumpulan yang pergi kawasan pedalaman Miri, si Andrea pula kat Mukah, Rina pula kat Limbang dan kau pula kat Bintulu”, rungut Dyana. ” Tak apalah,kali ini kita berdikari lah.Lagipun kita pergi sana bukan nya seorang, ada juga group member yang lain. Sekarang, kita balik ke kolej kediaman, kemas barang-barang kita ok? Esok kita nak bertolak dah,” ujar ku walaupun dalam hati aku begitu benci nak berpisah dari kawan-kawan rapatku.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba…..
Setelah tujuh jam perjalanan dari Kuching, akhirnya kami sampai di pekan Sarikei. Badan ku terasa penat sangat, mungkin kesan daripada duduk lama di dalam bus. ” Kita akan berhenti berehat selama setengah jam di pekan ini sebelum kita bertolak ke Mukah yang terletak lebih kurang empat jam dari sini “, ujar Arsyad, selaku ketua kumpulan kami. Aku rasa malas pula nak turun dari bas. Aku mengambil telefon bimbit dari tas tangan ku. Terdapat tiga sms yang aku terima dari Dexter, menyatakan dia akan merindui ku dan akan sentiasa setia menanti ku. Aku begitu terharu dengan sms dari Dexter. Aku akui aku juga menyayangi Dexter, tetapi aku belum pasti sejauh mana aku mencintai dirinya walaupun hubungan kami telah mencecah usia setahun.

“Baby baru sampai di pekan Sarikei sekarang. Tengah stop kejap. Baby harap Honey jaga diri baik-baik semasa praktikal kat Marudi. Baby also miss you. Take care!”
-Baby-

“Apa yang kau tersenyum sendiri tu Anne? Dapat sms dari pak we ke?”, siku Hayati yang duduk di sebelah aku. ” Lebih kurang macam tu lah. Baru je reply sms dia ni. Aku rasa penat sangat lah. Kita dah nak bertolak lagi ke?”, soal ku. ” Aaa..nak jalan dah. Tak sabar aku nak sampai kat destinasi kita tu. Tak sabar nak jumpa dengan keluarga angkat, mana lah tau ada kumbang yang hensem dalam keluarga angkat aku tu nanti. Boleh juga aku usha”, ujar Hayati sambil tersengih-sengih. ” Yela tu Yati. Tak habis-habis nak pasang angan-angan. Malaslah aku layan kau, bagus lagi aku tidur”.

” Anne…Anne…Anne…bangunlah!..Kita dah sampai kat pekan Mukah ini”, teriak Hayati sambil menggoncangkan bahu ku. “Kita dah sampai ke?Sekarang dah pukul berapa?Mana semua orang dalam bas ni?”, ujar ku sambil menggosok-gosok kan kelopak mataku.” Sekarang dah pukul 7.30 malam la sayang oi..Kita sekarang dah sampai kat terminal bas Mukah. Semua orang dalam bas ni dah turun dah, keluarga angkat kita masing-masing dah tunggu tu. Jum lah kita turun,” gesa Hayati. “Yela-yela…kejap. Aku nak sikat rambut kejap”, balas ku. ” Andrea, Hayati! Kenapalah korang berdua ni lembap sangat?Masih lagi duduk melekat kat dalam bas ni? Keluarga angkat si Andrea tu dah tercari-cari si Andrea tau.Cepat sikit!”,gertak Arsyad, sambil membesarkan mata nya. Eleh, dia tu nak gertak-gertak aku. Ingat aku ni apa?Taulah aku nak turun. Sekali aku siku dia tu baru tau.

” Induk, bangun…Dah pukul 8 pagi dah sekarang. Pergi mandi, lepas tu, turun sarapan dengan mak cik kat bawah ya? Mak cik dah masak nasi goreng tadi”. Begitu lembut dan sopan suara mak cik Naning mengejutkan aku dari tidur. Bermula lah sebuah kehidupan aku selama 2 bulan kat Kampung Titian, Mukah. Chaiyok!..Chaiyok!..Andrea!. Sebelum ke bilik mandi, aku sempat melihat skrin telefon bimbit ku, manalah tahu ada sms dari Dexter, tapi jangkaan ku meleset. Ternyata tiada sms dari Dexter yang aku terima dan paling mengejutkan aku, tiada sebarang tanda jalur Celcom pun yang tertera di sebelah tepi skrin telefon bimbit Blackberry ku. Aarrgh!…Tensionnya. Tak ada line pula kat kampung ni. Boleh gila aku. Nak buka internet pakai broadband pun mesti tak dapat ni. Buat rugi aku je bawa broadband. Alamat, dua bulan lah facebook aku tak aktif. ” Andrea dah mandi ke?”, pekik mak cik Naning dari arah dapur. “Nak pergi mandi dah ni. Bagi Andrea 5 minit, ok mak cik?”, balasku.

Sudah tiga minggu aku berada di Kampung Titian ini, menjalani kehidupan bersama dengan keluarga angkat pak cik Micheal dan mak cik Naning. Layanan mereka berdua ternyata sungguh baik dan mesra sehinggakan aku tidak merasakan diri ku seperti orang asing berada di sini. Hanya aku seorang sahaja yang mendapat keluarga angkat di Kampung Titian, rakan-rakan yang lain mungkin mendapat keluarga angkat dari kampung lain yang terletak juga di sekitar kawasan pedalaman Mukah. Kebanyakkan penduduk di kawasan Mukah adalah berbangsa Melanau, tapi di Kampung Titian pula, kebanyakkan penduduknya berbangsa Iban. Ini memudahkan aku untuk berkomunikasi dengan penduduk di Kampung Titian memandangkan aku juga agak fasih berbahasa Iban walaupun aku sebenarnya berbangsa Lumbawang. Bagaimana pula la khabar rakan-rakan ku yang lain? Nak bertanya kan khabar pun payah, line Celcom kurang baik di sini. Aku harapkan mereka semua sihat walafiat.
” Apa yang induk menungkan tu?”, tegur mak cik Naning sambil duduk bersimpuh di sebelah ku. ” Tak ada apa-apalah indai. Cuma teringatkan kawan-kawan yang lain. Indai, boleh induk tanya soalan kat indai?”, ujarku sambil berbaring dipaha mak cik Naning. “Apa dia induk?”, tanya mak cik Naning sambil mengusap-ngusap rambut lurusku. “Anak-anak indai yang lain kat mana sekarang? Mereka jarang balik ke kampung kah indai?”, soal ku dengan membahaskan diri sebagai induk, yang bermaksud anak perempuan dan memanggil mak cik Naning dengan panggilan indai yang bermaksud ibu.
“Oh, anak-anak indai semua tinggal di bandar. Anak indai yang sulung lelaki. Dia bekerja sebagai jurutera di Kuala Lumpur. Dia sudah berumah tangga dan ada 2 orang anak”. ” Kiranya, indai ni dah ada cucu lah kan? Mesti comel-comel. Tak sabar induk nak berjumpa dengan mereka.” ” Indai pun dah rindu dengan cucu-cucu indai tu. Semua cucu indai, lelaki. Mereka biasanya balik enam bulan sekali, masa perayaan Gawai dan Krismas saja. Anak indai yang kedua pun lelaki juga, dia pula tengah…eermm…apa nama benda tu…paktikal…pektikel…kira macam itulah bunyi dia.” “Bukan pektikel atau paktikal indai, tapi praktikal. Anak indai yang kedua praktikal di mana sekarang?” soal ku dengan nada sedikit gelak mendengar mak cik Naning menyebut perkataan praktikal tadi. ” Anak indai yang kedua paktikal di Sibu sekarang. Dia juga macam induk, belajar di UNIMAS.” ” Dia ambil kursus apa di UNIMAS indai?”, soal ku lagi. ” Dia ambil kursus sama macam abang dia dahulu. Dia nak jadi jurutera. Nanti masa Gawai, adalah dia balik sini. Mana tahu induk kenal dengan dia”, kata indai sambil mengusap-ngusap rambut ku.Tapi siapa anak mak cik Naning tu ek? Entah-entah aku kenal juga kot. Manalah tau hensem. Excited pula..hehe..Tunggu dan lihat aje lah masa Gawai nanti.

Selepas 2 bulan….
“Pak cik, berapa harga untuk satu kilogram gula pasir ni?”. “Tiga ringgit harga nya. Cik adik manis ni nak beli ke?”, soal pekedai runcit tersebut sambil tersenyum tersengih-sengih melihat ku. Ee..tolonglah. Umur dah melepasi separuh abad, ada hati nak mengorat aku yang hanya layak jadi anak dia je. ” Erm, saya nak beli tiga kilogram gula pasir dan satu kilogram bawang putih.” ” Tunggu ya cik adik manis, nanti abang suruh kuli-kuli abang tolong ambil kan untuk adik, ok?”.Ee!Meremang bulu roma aku dengar dia membahaskan diri dia itu sebagai abang. Kalau orang bagi sejuta ringgit Malaysia pun kat aku untuk kahwin dengan si tua bangka ni pun aku tak sanggup. Tapi Andrea, ada juga faedahnya orang tua ni syok kat aku. Memandangkan duit yang mak cik Naning bagi kat aku macam tak cukup, aku nak keluarkan ayat-ayat romantis yang penuh dengan unsur-unsur metafora dan hyperbola untuk mengayat si tua bangka ni supaya dia boleh kurangkan harga barang yang aku beli di kedainya. ” Erm, muka abang ni kan tak ubah seperti muka Christiano Ronaldo. Suara abang begitu macho sehingga membuatkan jantung adinda mu di sini mula mencair bagai ketulan ais yang mencair di kutub utara. Panahan mata kanda membuatkan jantung dinda berdegup kencang bagai kereta formula one di litar Sepang. Boleh tak kanda kurangkan harga bawang putih dan gula yang adinda beli?”. “Abang bagi kurang seringgit aje. Tapi adinda yang manis ni kena lah bagi abang alamat rumah adinda, supaya senang abang meminang adinda yang manis ni nanti,boleh dinda?”, Tanya si tua tu sambil menghala kan muncung nya, seolah-olah minta di cium. ” Nah! Ni duit sepuluh ringgit. Pak cik tu dah tua, jangan nak menggatal pula dengan saya!”, gertak ku sambil berjalan keluar dari kedai runcit tersebut. Aku senyum kambing, puas dengan tindakkan ku sebentar tadi. Aku tidak peduli, lantak lah orang nak cakap aku ni budak yang tidak sopan ke, tidak menghormati orang tua ke. Penat-penat saja aku mengayat si tua tu dengan ayat yang boleh la dikatakan romantis supaya tapi hampeh. Ada ke patut, dia bagi diskaun satu ringgit je, lepas tu minta alamat rumah lagi tu. Ee! Tak kuasa aku.

Aku terlihat sebuah kereta Waja berwarna hijau gelap sebaik sahaja sampai di halaman rumah. Kereta siapa pula ni? Kereta orang yang buat kerja banci penduduk kot. Cantik juga kereta Waja ni, besar.dan mewah. Bersih lagi tu, mesti baru dicuci kat workshop. ” Induk! Dah pulang dari kedai runcit? Mari naik cepat. Kita ada tetamu”, teriak Indai dari anjung rumah, membuatkan aktiviti aku membelai dan memegang kulit kereta Proton Waja itu tergendala.Kulit kereta? Kereta ada kulit ke Andrea? Aah!Kira unsur hyperbola la tu.

“Indai, kereta siapa kat luar rumah kita tu?”, soal aku kepada Indai yang sedang sibuk mengupas kulit kentang di tepi sinki. ” Kereta saya”, jawab satu suara garau yang datang dari arah belakang ku. Aku segera berpaling dan mata kami bertentangan. Hati ku tiba-tiba berdegup kencang. Belum pernah aku merasakan sebegini, walaupun aku pernah bertentangan dengan Dexter. Lelaki yang berdiri di hadapan ku kini seperti seseorang yang amat ku kenali di UNIMAS. Adakah dia Adrian Joshua, teman sekuliah Dexter, teman lelaki ku?. ” Ehem..Josh, tadi kata haus kan? Indai sudah buatkan kamu air teh. Aaa..Induk, mana bawang putih yang Indai pesan tadi?”, soal Indai yang sedikit sebanyak membuatkan lamunan aku dan lelaki yang dipanggil Indai sebagai Josh itu tersentak. Hah?Josh? Adakah betul sangkaan ku tadi? ” Induk..Indai tanya tadi. Mana bawang putih dan gula yang Indai pesan tadi?,” soal Indai sekali lagi sambil menuangkan air teh ke dalam Josh. ” A..a..ada..Induk letak kat atas meja di ruang tamu tadi.Nanti Induk pergi ambil”.

“Lusa dah Hari Gawai. Dah beli baju baru ke?”, kejut satu suara garau yang datang entah dari mana menyebabkan telefon bimbit Blacberry ku terlepas dari tangan kiri ku. ” Sorry, Andrea. Saya tak berniat untuk mengejutkan awak tadi”, kata Josh lalu duduk di tepi ku. Aku sengaja buang wajah. Pujukan Josh sengaja tidak diendahkan. ” Aduh! Calar pula tepi Blackberry ni. Ni semua awak punya pasal la!”. “Sorry, saya minta maaf, ok?”, ujar Josh dengan nada yang lembut. ” Awak ni gemar mengambil gambar sawah ke?”. “Awak ni memang Adrian Joshua kan? Teman sekuliah Dexter?”, tanya ku penuh minat tapi berbaur sangsi. “Ya.Memang sayalah Josh, kawan baik Dexter”. “Oh, ya ke?”, kata ku seraya menunjukkan muka sedikit jengkel. “Di UNIMAS, saya takut nak senyum kat awak dan tidak pernah berniat pun nak tegur awak. Takut Dexter cemburu. Oh ya! Lupa nak tanya. Awak buat apa di kampung saya? Tiba-tiba boleh tinggal di rumah saya?”, soal Josh sambil membaling batu kecil ke tengah-tengah sawah. ” Saya ke sini sebab nak siapkan assignment untuk subjek Warisan dan Budaya Tempatan, subjek teras fakulti kami. kami kena mengkaji budaya dan amalan tradisi sesuatu kaum di mana kami ditempatkan. Kami dihantar ke kampung-kampung yang terletak di daerah Mukah, Limbang, Miri dan Bintulu. Setiap daripada kami mempunyai keluarga angkat masing-masing. Malangnya, saya je yang ditempatkan di kampung ni, manakala rakan-rakan sekuliah yang lain pula ada yang ditempatkan di kampung sebelah dan juga di daerah lain”, cerita ku sambil mengambil gambar burung yang bertenggek di bahu orang-orang di tengah-tengah sawah. “Oh, begitu rupanya. Hmm.. Mesti awak rindu dengan Dexter kan?”, usik Josh sambil ketawa kecil. “Boleh tahan rindulah juga. Awak ni sedang praktikal kat mana sekarang?”. ” Saya tengah praktikal di Sibu, di Jabatan Kerja Raya. Awak nak tahu tak, setiap kali Indai telefon saya, dia akan ceritakan tentang awak kat saya. Dia cakap awak cantik dan dia sayangkan awak macam anak dia sendiri. Yelah, awak kan tahu, saya ni tak ada adik beradik perempuan dalam keluarga. Kalau tidak silap saya, awak ni anak tunggal dalam keluarga kan? Dan sekarang tinggal dengan mak cik dan pak cik awak di Kuching sebab mak awak mengikut ayah awak membuka restoran dan tinggal di Rome, Itali, betul tak?”. ” Eh, dari mana awak tahu banyak pasal saya ni?,” soal ku dengan penuh hairan.

Tapi tak sangka pula si Josh ni peramah dan mesra orang nya. Dulu, kami tidak pernah bertegur sapa. Kalau terserempak di kafetaria pun, kami buat-buat tidak mengenali antara satu sama lain, walhal, pada hakikinya, kenal. Keadaan ini membuatkan aku dan teman sebilik ku, si Dyana, menggelarkan diri Josh sebagai lelaki yang paling sombong di UNIMAS.” Si Dexter yang banyak bercerita mengenai awak kat saya. Dia tahu tak awak kat sini?”,soal Josh. “Tahu, tapi dia tak tahu saya tinggal di rumah keluarga awak. Tak sempat nak maklumkan kat dia. Awak kan tahu, kampung awak ni mana ada line telefon. Hmm…cantik juga permandangan sawah dari pondok ini kan? Saya suka lepak-lepak kat sini waktu petang. Tenang je fikiran”. “Apa kata kita balik rumah sekarang? Tak manis pula kalau orang nampak kita berdua je di sini. Lagipun hari dah lewat dah ni.”, ajak Josh sambil menguntumkan senyuman kepada ku. Aku mengangguk tanda setuju.

“Sedap juga masakan Indai hari ini. Pandai Indai masak kari ayam. Boleh kalah Chef Wan dan Jamie Oliver kat televisyen”, selorah Josh mengusik Indai. “Bukan Indai yang masak kari ayam ni, satu-satunya anak dara dalam rumah kita ni yang masak kari ayam tu,” beritahu Indai dengan nada bangga. ” Apai nampak, kamu berdua ni rapat je. Induk sama kelas dengan Josh ke di UNIMAS?”, soal Apai sambil menyuapkan nasi ke mulut nya. ” Kami memang selalu terserempak di UNIMAS, cuma saya dan Andrea jarang bertegur. Oh ya! Josh nak tanya. Jang bila nak balik kampung? Lusa dah Gawai,” soal Josh kepada Indai dan Apai mengenai kepulangan Cristian, satu-satunya abang sulung Josh yang berada di Kuala Lumpur. “Minggu lepas, masa Apai, Indai dan Induk pergi ke pekan Mukah, Apai ada telefon Jang, tanya mengenai kepulangan dia untuk cuti Gawai ni. Dia cakap dia sambut Hari Gawai di Kuala Lumpur. Dia cakap dia sibuk dengan projek di Putrajaya”, jelas Apai dengan nada yang sedikit sedih. ” Janganlah Apai bersedih, saya dan Josh kan ada temankan Apai dan Indai di sini, sambut Hari Gawai tahun ni”. ” Betul cakap Andrea tu Apai, saya kan ada. Lagipun, Gawai tahun depan mesti Jang akan pulang sambut Gawai sama-sama dengan kita”, pujuk Josh sambil menguntumkan senyuman nya ke arah aku. Hmm..manis juga senyuman anak muda ni, boleh terpikat aku. Tapi manis lagi senyuman Christiano Ronaldo, pemain bola pujaan ku. Kalaulah Josh yang berada di depan ku kini menjadi Christiano Ronaldo, aku pasti sudah lama aku akan cair bak ais yang dicecahkan api ke badan nya. Aku juga sudah pasti akan menjadi popular jika menjadi kekasih Christiano Ronaldo, seperti Victoria Beckham, yang berjaya memikat hati pemain handal Real Madrid, David Beckham.Hmm..kan bagus kalau ianya benar-benar terjadi. “Kenapa masih lagi termenung tengok nasi tu? Induk sakit ke?”. Angan ku terhenti seketika. Indai segera bangun lalu menghampiri ku dan memegang dahi ku. “Eh, tak lah. Induk cuma…”. “Cuma berangan nak jadi tuan puteri kan?”, sampuk Josh sambil ketawa terbahak-bahak menyindir ku. Aku mengetap bibir, tanda geram dengan sikap Josh. ” Sudah lah tu, jangan usik adik kamu, Indai tidak suka”. Padan muka abang aku. Hah? Abang aku?Aku ada abang ke?Hmm…dunia ini penuh dengan kejutan, tapi itulah hakikat nya, aku kini menjadi adik angkat Josh.

“Cantik juga kan permandangan di dusun buah-buahan keluarga awak tadi. Erm…Josh!Saya nak tanya sesuatu boleh tak?”. Josh senyum, lantas menghadap aku. “Apa dia Anne?”, soal Josh. “Awak suka lagu dari penyayi Indonesia tak?”,”Suka lah juga. Kenapa Anne tanya?”,balas Josh sambil mengunyah buah rambutan yang dipetik nya dari dusun sebentar tadi. “Saja tanya. Anne suka lagu Demi Cinta dari kumpulan Kerispatih. Awak?”, soal ku dengan penuh minat. “Rahsia!.Eh,cepatlah jalan.Panas lah”. Pagi itu menteri amat terik. Cahaya nya perit menusuk kulit bagai hendak melekangnya dari isi. Tiba-tiba langkah Josh terhenti, begitu juga dengan aku. “Eh, kereta siapa pula yang kat halaman rumah kita tu?”, soal Josh dengan nada yang kehairanan. “Kereta mana pulak? Setahu saya, kereta Proton Waja awak je yang tersadai indah di halaman rumah kita”, jawab ku dengan selamba manakala mata ku pula sedang asyik melihat foto-foto dusun rambutan dan durian yang terletak di telefon bimbit Blacberry ku. ” Kepala tu, cuba putarkan sedikit ke arah halaman rumah kita. Ada kereta Toyota Camry, berplat nombor QAQ 1988 di depan rumah kita tu”, jawab Josh dengan penuh kegeraman sambil menuding jari ke halamn rumah kami. Hah? Toyota Camry?QAQ 1988? Aduh!…Aku segera melihat ke arah halaman rumah kami. Ternyata itu adalah kereta milik pak cik dan mak cik ku yang datang dari Kuching. Tapi kenapa mereka berada di rumah keluarga Josh pagi-pagi begini? Apa tujuan mereka ke sini?

“Ha..Itu pun Andrea dan Josh. Jemputlah naik. Pak cik dan mak cik kamu baru sahaja sampai”, beritahu Indai sambil menuangkan air kopi ke dalam cawan mak cik ku. ” Anne dari mana tadi?”, soal mak cik Amy, yang merupakan adik bongsu ayah ku. ” Anne dari dusun rambutan pak cik Tony tadi. Anne minta Josh temankan Anne ambil gambar di sekitar dusun tadi. Mak cik dan pak cik sampai bila?”, soal ku sambil melabuhkan punggung di atas sofa empuk di sebelah Indai. “Jam 9.30 tadi”, jawab pak cik Alex dengan selamaba.”Kami nak beritahu sesuatu dengan kamu berdua. Perkara penting.”, ujar pak cik Micheal atau lebih senang ku panggil Apai. ” Kami telah bersetuju untuk menjodohkan kalian berdua. Papa dan mama kamu yang berada di Itali pun sudah maklum dengan perkara ini dan mereka juga bersetuju dengan keputusan kami. Kata mereka tempoh hari, semasa pak cik call mereka, ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang pernah terjalin antara papa kamu dan pak cik Tony”, terang pak cik Alex dengan penuh panjang lebar sambil menghirup kopi panas dari cawan nya. “Hubungan persahabatan? Maksud pak cik?”, soal ku dengan penuh kehairanan. Jiwa ku kini juga berkocak, tekejut mendengar perkara yang dijelaskan oleh pak cik ku sebentar tadi. Aku dan Josh bakal berkahwin? Apa semua ni? Fikiran aku menjadi semakin kusut. “Papa kamu dan Apai pernah menjadi sahabat baik suatu ketika dulu semasa papa kamu dan Apai menjadi guru dan mengajar di Ulu Dalat. Papa kamu pernah menyuarakan hasratnya untuk berbesan dengan Apai. Kebetulan, ketika itu, papa kamu baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan mama kamu. Josh pun belum lagi lahir ketika itu. Kebetulan, kamu pula ditempatkan di rumah kami untuk menyiapkan tugasan kamu. Apai tahu kamu anak sahabat baik Apai dari nama penuh kamu dan wajah kamu yang iras seperti mama kamu”, ujar Apai dengan nada yang jelas dan sedikit serius. “Lagipun, Indai sangat sayang dengan kamu Induk. Indai sudah anggap kamu macam anak perempuan Indai sendiri. Sejak kedatangan kamu sebulan yang lalu, penyakit jantung dan darah tinggi Indai semakin pulih. Indai senang dengan kehadiran kamu dalam keluarga kami”,sambung Indai dengan nada penuh sayu. “Kami telah bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan kamu pada 2 hari bulan Jun, iaitu lusa”, ujar pak cik Alex dengan tegas. Jiwaku tersentap seketika, bagai ada arus elektrik yang mengalir melalui neuron-neuron di dalam badan ku. Aku begitu tidak menyangka bahawa penempatan aku di kawasan pedalaman Mukah untuk menyiapakan tugasan antarasesi ini bagai ada hikmah di sebalik nya. Aku berpaling ke arah Josh yang duduk berhadapan dengan ku. Ternyata muka nya juga menunjukkan reaksi yang kurang agak senang dengan keputusan keluarga kami untuk menyatukan kami berdua.

“Apa yang Anne menungkan tu?”, kejut Josh. “Melihat kalendar di telefon bimbit. Hari ini 2 hari bulan Jun. Kita dah sah jadi suami isteri. Macam tak percaya kan?”. ” Malam ini, saya tidur di bawah, awak tidur di atas katil tu, ok?”. ” Josh, sekarang kita sudah sah menjadi suami isteri. Awak tidur saja lah satu katil dengan saya cuma saya belum bersedia untuk…”. ” Untuk hubungan suami isteri kan?”, ucap Josh lalu bergerak menuju ke arah ku yang sedang duduk bersimpuh duduk di atas katil. Josh menghadiahkan aku pelukan dan kucupan lembut di dahi ku. Aku agak selesa berada di dalam pelukannya cuma hati aku masih belum bersedia untuk mencintainya. Aku meleraikan pelukan Josh tersebut. “Saya belum bersedia untuk mencintai awak. Cuma bagi saya sedikit masa untuk menanam rasa cinta tersebut”. ” Saya tidak akan memaksa awak untuk terus mencintai saya sekarang. Saya faham keadaan awak. Cuma satu yang saya ingin beritahu kat awak ialah saya sudah lama meminati awak dan saya telah jatuh cinta dengan awak sejak kali pertama saya jumpa awak di Kafe Pohon Mas. Ingat tak, masa tu Dexter ajak awak lunch dengan kami, dengan tujuan memperkenalkan awak sebagai teman wanita dia. Saya suka tengok senyuman awak, tapi saya tahu saya tidak akan mungkin memiliki dan merampas awak dari Dexter, teman baik saya sendiri. Tapi kini…”. “Tapi kini, awak telah memiliki saya. Josh, maafkan saya kerana belum lagi dapat mencintai awak”, ujar ku. Wajah ku disembamkan ke dalam pelukan tangan ku. Aku pun tidak tahu mengapa air mata ku begitu laju mengalir keluar. “Sudahlah tu, mari kita tidur. Dah lewat malam ni. Jangan menangis, ok? Buruk muka tu nanti. Saya akan sentiasa berada di sisi awak dan cuba gembirakan awak”, pujuk Josh dengan lembut sambil menyeka air mata ku.

“Hujung minggu nanti, jangan lupa hantar Induk balik. Sunyi Indai tanpa dia di rumah. Lagipun tugasan Induk di sini belum lagi habis”, pekik Indai yang tiba-tiba muncul dari arah dapur membawa mangkuk tingkat yang berisi bekal makanan. Aku yang ketika itu sedang leka menyusun helaian kertas assignment ke dalam sampul surat yang bersaiz besar di ruang tamu rumah juga sedikit terkejut. Aku kemudiannya bingkas bangun menuju ke arah bilik tidur untuk mengambil beg baju dan tas tangan ku yang terletak di atas katil. “Ya Indai. Hujung minggu nanti, Josh hantar menantu kesayangan Indai ke sini lagi”, jawab Josh yang sedang sibuk memunggah masuk barang-barang ke dalam bonet kereta. ” Induk…ooo…Induk! Induk kat mana sayang? Josh dah nak bertolak tu.”, jerit Indai memanggil ku. Aku melangkah dengan longlai keluar dari bilik tidur, mengheret bersama beg baju ku. Masih agak sukar bagi aku menerima kenyataan bahawa kini aku telah bergelar isteri kepada Adrean Joshua Micheal. Untuk seminggu yang akan datang ini, aku akan tinggal bersama dengan Josh di rumah sewanya di Sibu. Kata Indai, praktis honeymoon. Hmm…bagaimana aku bisa berlaku begini sedangkan aku masih lagi kekasih orang?Bagaimana pula jika Dexter tahu keadaan aku sekarang?. Tanpa aku sedari, mata ku mengalirkan lagi air mata. Indai dan Apai sedikit hairan melihat keadaan aku yang tiba-tiba menangis tanpa sebab. “Janganlah menangis Induk. Indai pun sedih juga tapi minggu depan kan Induk pulang juga jumpa Indai dan Apai di sini”, kata Indai dengan nada lembut. “Induk bukan menangis kerana nak ikut Josh ke Sibu tapi…”. Josh segera mendapatkan aku lalu memeluk ku. “Sudahlah tu Anne. Saya akan sentiasa bersama dengan awak”, pujuk Josh. Mungkin hanya dia sahaja yang bias memahami hati nurani ku kini.

Aduh! Masin pula gulai nangka yang aku masak ni. Hmm…nak cakap terlebih garam, tak juga. Baru saja satu sudu kecil garam aku bubuh tadi. Tapi, kenapa dari tadi aku rasa ada sepasang mata yang memandang aku dari arah ruang tamu? Tak kan lah hantu pula. Aah…malaslah nak fikir-fikir fasal hantu. Tiba-tiba aku merasakan sepasang tangan sedang erat memeluk pinggang ku dari belakang. Aku berpaling dan mata kami terus bertentangan. “Awak cukup cantik dan seksi di mata saya, Anne.”, bisik Josh dengan lembut ke telinga kanan ku. “Dari tadi saya memerhatikan awak.”, sambung Josh lagi. Aku masih lagi kaku dengan panahan mata Josh, yang kini menjadi suami ku. Tiba-tiba telefon bimbit Josh yang berada di ruang tamu berbunyi. Pelukan tangan Josh tadi terlerai. Dia bergegas menuju ke arah ruang tamu mendapatkan telefon bimbitnya. Aduh! Rupa-rupanya masakan gulai nangka aku sudah lama mendidih. Aku cepat-cepat menutup api gas. Aku masih terfikir akan kata-kata lembut Josh sebentar tadi. Seksi? Aku sekarang ni seksi ke?Hati kecil ku ketawa. Berjaya juga aku menggoda si Josh. Hanya dengan mengenakan baju tube dan seluar pendek ketat, aku bisa menggegarkan hati jantan suami ku.

Malam itu suasana amat tenang. Desiran angin di luar amat mendamaikan. Sesekali kedengaran kereta di luar rumah. Tiba-tiba aku terdengar…

“Aku tak ingin…Kau menangis bersedih,
Sudahi air mata dari mu…Yang aku ingin…
Erti hadir diriku kan menghapus duka mu, sayang…
Kerna bagi ku, kau kehormatan ku…dengarkan..dengarkan aku…
Hanya satu pinta ku, untuk mu dan hidup ku…
Baik-baik sayang ada aku untuk mu…”

“Wah! Best la lagu yang awak nyanyi tadi, ditambah lagi dengan iringan bunyi gitar. Erm…Apa tajuk lagu tadi?”, soal ku sambil melabuhkan punggung ku di atas bangku panjang di sebelah Josh. “Baik-baik sayang tajuk lagu tadi. Lagu ni mempunyai maksud yang mendalam bagi kehidupan saya sekarang, Anne”, jawab Josh. “Boleh tak awak ajar saya main gitar?”. “Boleh, tapi dengan satu syarat”. “Apa syarat nya?”, soal ku sambil mendongak ke langit, melihat bintang yang berkelipan menerangi malam. “Kiss Josh di pipi, boleh?”, kata Josh seraya memegang tangan ku. “Daripada saya cium pipi awak, lebih baik saya cium bantal busuk saya, lagi best!” jawab ku sambil ketawa kecil. Aku tahu Josh suka bergurau. Kebelakangan ini, aku agak senang bersama dengan Josh. Dia mesra dan begitu mengambil berat terhadap ku. Kadang-kadang sikap romantiknya terserlah. “Bantal busuk awak tu busuk, tak macam pipi saya, wangi”. Josh mencubit lengan ku lantas mencium pipi kanan ku. Aku terdiam seketika. Aku menjadi kaget. Aku belum pernah menerima ciuman daripada mana-mana pemuda. “Erm…saya mengantuklah.Nak masuk bilik dulu”, ujar ku lalu bangun meninggalkan Josh sendirian di beranda luar rumah. Walaupun aku agak kurang senang dengan perangainya sebentar tadi, tapi jauh di lubuk hati ku, aku mengharapkan agar dia sentiasa melayan ku begitu.

Hari ini 12 hari bulan Julai, genap sebulan aku menjadi isteri kepada Josh. “Anne, dah siap ke?Punya lah lama kau tu berdiri depan cermin. Sudah lah tu, cantik dah tu. Kita dah lewat ni. 20 minit lagi kelas Management nak mula. Nanti mengamuk pula Miss Vieera”, ngomel Dyana. “Yelah-yelah, aku dah siap dah ni. Kunci kereta ada tak kau bawa?”, tanya ku sambil membuka pintu apartment. “Ada. Kau jangan risau la”, balas Dyana sambil berjalan keluar dari apartment, menuju ke arah tempat parking kereta yang terletak di bahagian belakang kafe kolej kediaman Anggerik. “Aduh!Cincin aku tinggal la pula”. “Cincin apa pula ni, Anne?. Tak payah lah pakai cincin, bukan nya kau tu bini orang yang wajib pakai cincin. Tak kan lah Dexter nak marah kau kalau kau tak pakai cincin dia”. “Bukan cincin yang Dexter bagi lah tapi cincin…”. “Kita dah lambat lah. Tak payah lah pakai”, jawad Dyana, lantas mematikan buah bicara ku.

“Panas betul tengahari ini kan?Kalau orang suruh aku berlatih kawad kaki sekarang, tak sanggup I tau”, kata Amani sambil menyuapkan nasi ke mulut nya. “Yelah, panas sangat. Kepanasan matahari ini telah menusuk ke dalam isi ku menyebabkan suhu badan ku naik mendadak. Hahaha…Nak cuba sikit mee goreng kau, Anne?”, tanya Rina, sambil buat muka kasihan. Nada dering Blacberry ku yang mengenakan bunyi lagu tema Piala Dunia tahun ini, iaitu Waka-Waka, membuatkan aku sedikit terkejut. Aku segera menekan punat open message, ingin melihat gerangan siapakah yang menghantar sms kepada ku.

“Anne, nanti malam Josh nak jumpa Anne di perpustakaan, boleh tak?”
-Josh-
Aku menyimpan kembali telefon bimbit ku ke dalam beg. Malas rasa nya hendak membalas sms dari Josh. “Anne…Anne…Itu Si Dexter dan kawan-kawan dia datang. Mereka makan tengah hari kat sini kot”, ujar Amani. “Mana?”, soal ku. Mata ku meliar mencari kelibat Dexter. “Kat belakang meja kita”. Aku segera berpaling, seraya ternampak Josh juga ada bersama Dexter. Aku rasa serba salah kini. Suami ku dan kekasih ku sendiri kini berada di depan mata ku. “Hai, Baby…Dah kenyang makan?Tak tunggu Honey pun…”, sapa Dexter sambil duduk di kerusi kosong sebelah ku. Josh dan seorang lagi kawan nya juga menuju ke arah meja kami. “Dex, aku dan David nak ambil makanan dulu. Nanti join kita orang makan sama,ok?,” pelawa Josh sambil matanya memandang tajam ke arah ku. Aku tertunduk, takut melihat renungan tajam Josh. “Honey pergilah ambil makanan dulu. Baby dan kawan-kawan Baby pun dah nak habis makan. Lepas ini kita orang nak pergi ke fakulti. Ada kelas jam 2 petang nanti”. “Malam esok kita keluar makan sama,ok?”, soal Dexter dengan lembut sambil menatap muka aku.Seolah-olah mengharap. “Baby okey ke?”, soal Dexter lagi sambil mencuit hidung ku. “Erm…nanti lah Baby sms, inform Honey lagi”.

“Malam esok aku plan nak discuss pasal group assignment kita. Korang semua free tak?”, tanya David sambil menghirup teh lemon ais. “Aku free malam esok. Tak tahu lah Dexter dan Josh. Oi, Josh!”, kejut Lionel dengan suara yang agak kuat, membuatkan sudu garpu hampir terlepas dari tangan kiri Josh. “Kau ni termenung macam orang mati bini, kenapa?Si David tu tanya kita, kita free ketak malam esok?”, ujar Lionel. “Aku free malam esok. Tapi kalau malam ni, aku tak dapatlah. Aku nak pergi dinner dengan Andrea. Kau Josh?” tanya Dexter pula. Josh hanya mengangguk, tanda setuju.

Hari makin hari, hubungan antara Josh dan Andrea kian renggang. Andrea kembali kepada sikap lamanya, lebih suka menghabiskan masanya bersama dengan Dexter pada hujung minggu. Kemesraan antara Dexter dan Andrea menyebabkan Josh memendam rasa. Hatinya dirasakan begitu sakit bagai ditusuk pisau. Kadang-kadang, mahu sahaja dia mengalir air mata, tapi ego lelakinya menghalangnya berbuat begitu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa hanya kerana berpegang kepada janjinya dengan Andrea.

Imbas kembali…….
“Josh sayang tak dengan Anne?”. “Suami mana yang tak sayang dengan isterinya,” ujar Josh sambil membelai-belai rambut isterinya yang terbaring di sebelahnya. “Boleh tak awak rahsiakan hubungan kita sebagai suami isteri ketika di UNIMAS?” soal ku dengan lembut. “Kenapa?Awak tak nak orang lain tahu ke?Awak takut kecewakan hati Dexter?”, marah Josh lalu bangun dari katil. “Saya belum bersedia lagi dengan status saya sekarang, awak faham tak?Saya juga perlukan masa untuk beritahu dengan Dexter hal kita. Semuanya perlukan masa. Dan, saya juga perlukan masa untuk mencintai awak.!”, balas ku. Aku keluar dari bilik tidur lalu menuju ke beranda di luar rumah. Bibir ku ketap, menahan marah. “Sorry, Anne.Josh tidak berniat pun nak menengking Anne sebentar tadi. Josh cuma sedit kecewa bila Anne cakap yang Anne tak nak orang lain tahu hubungan kita”, pujuk Josh sambil memeluk pinggang ku dari arah belakang. “Kalau itu kemahuan Anne, Josh hormati keputusan Anne. Bagi Josh, Anne adalah perempuan yang Josh hormat dan Josh tak nak lagi Anne bersedih. Josh nak kehadiran Josh sentiasa dapat menggembirakan hidup Anne”. ” Janji Josh?”, tanya Anne sambil berpaling, membuatkan mata nya bertentangan dengan mata Josh. “Ya,saya janji”.

“Aduh!”, lamunan Josh terhenti tatkala Fezrul membaling bantal ke arah muka nya. “Josh, kau ni termenung semacam je, kenapa?Teringat kan bini ke?hahaha…luculah kau ni. Awek pun kau tak ada. Kau ingat kat siapa?”, selorah Fezrul sambil duduk di hujung katil Josh. Josh masih membisu. “Aku dengan diorang Lionel tempoh hari, terkejut melihat perubahan status perhubungan kau di facebook. Dari single ke married. Kau ni dah ada calon di hati ke?”, usik Fezrul lagi apabila melihat Josh mula memejamkan mata. “Kau ni busy body betul lah. Nak tidur petang pun susah. Suka hati aku lah aku nak letak status apa pun di facebook. Nak letak widowed pun boleh kan?Kau ke bilik aku ni,buat apa?”,soal Josh lalu berjalan keluar dari bilik. “Kau nak ke mana tu, Josh?”. “Aku nak ke tandas la. Kau buat apa kat bilik aku?”. “Aku nak pinjam RM5 boleh?Aku tak ada duit lah nak beli makanan”. “Kau ambil sajalah di dompet aku. Aku nak pergi ke tandas dulu”.

“Anne, aku nak tanya kau sesuatu boleh tak?”, soal Dyana sambil duduk di atas katil ku. “Tanya fasal apa?Fasal final year project ke?”, balas ku sambil tangan ku begitu aktif menekan papan kekunci komputer riba, menyiapkan laporan tugasan yang diberi oleh Dr. Maheran pagi tadi. “Bukan lah. Aku nak tanya fasal cincin emas putih yang tersarung manis di jari kau tu. Corak cincin kau tu, aku tengok sama dengan corak cincin di jari Josh. Totally sama!. Aku ternampak Josh pakai cincin hari itu, masa dia dan Dexter makan di Kafe Tower. Hmm…Pada pendapat aku lah, lelaki jarang yang suka memakai cincin, at least dia tu dah kahwin atau bertunang”. “Erm…mungkin kebetulan je kot corak cincin kami sama. Mungkin dia pakai cincin sebagai perhiasan”. “Perhiasan?Tak mungkin lah. Kalau perhiasan, mesti dia pakai cincin yang bercorak agak rock sedikit. Atau kau ada apa-apa kedengan Josh?Baik kau berterus-terang dengan aku”, Dyana berdiri lalu mendekati meja belajar ku. Aku berhenti menaip, memandang terus ke muka Dyana. “Aku kan dah cakap hari tu, mama aku yang belikan aku cincin ni. Cincin yang Josh pakai tu, mungkin mak we dia yang bagi”, ujar ku dengan nada sedikit gementar dan risau,takut-takut kalau Dyana dapat tahu status sebenar aku dan Josh.

“Baby nak makan apa?Order je. Honey belanja,ok?”, tanya Dexter sambil menghadiahkan senyuman. “Erm, Baby nak makan Laksa Sarawak je lah.Malas lah nak makan nasi, nak diet. And I wanna drink Ice Latte”. “Okey, saya nak pesan Laksa Sarawak satu, Spagheti with meat ball and two Ice Latte, please”, ujar Dexter kepada pelayan di Kafe Pohon Mas. “Baby, Honey ada something nak bagi kat Baby”. “Apa dia sayang?”. “Honey nak bagi cincin kat Baby. Honey harap Baby akan pakai cincin ni, untuk menandakan bahawa kita adalah pasangan kekasih”. Hati ku berbunga menerima hadiah dari Dexter walaupun sedikit terkejut dengan tindakan Dexter. “Honey sarungkan ya?”. Aku mengangguk dan tersenyum. “Eh, itu macam Josh kan, Baby?”,tanya Dexter kepada ku sambil menuding jari ke arah kelibat seorang pemuda yang duduk jauh di sudut Kafe Pohon Mas bersama seorang gadis. “Aa..aa..memang Josh. Tapi siapa perempuan yang duduk makan dengan dia?”. “Entah, awek dia kot. Josh…Josh…Ada awek pun tak nak beritahu”. Aku mula merasa darah seperti meresap naik dengan laju ke otak ku. Sekaligus, rasa cemburu membengkak di hati nya apabila melihat kemesraan antara Josh dan gadis tersebut. Aku kini menjadi bingung. Aku berdiri dan meninggalkan Dexter, tanpa sebarang kata dan bicara.

“Adrian Joshua,I want to meet you outside the lecture hall now!. I’ll wait for you.”
-Andrea-
“Kenapa awak nak jumpa saya? Awak kan tahu saya tengah kuliah sekarang”, sergah Josh yang tiba-tiba muncul. Aku cepat-cepat menarik lengan Josh ke belakang bangunan kuliah, takut orang lain terutamanya Dexter nampak. “Saya nak tanya awak. Siapa perempuan yang temankan awak lunch di Pohon Mas tengah hari tadi?”, getus ku dengan nada marah. “Kenapa awak tiba-tiba nak ambil tahu pasal saya? Awak cemburu kalau suami awak ni lunch dengan perempuan lain?”, sindir Josh sambil ketawa kecil. “Yang awak ketawa ni kenapa?This is not a joke,ok!”. “Awak cemburu?”. “Oh, come on lah Josh. For what purpose saya nak cemburu. I just want to know who is that girl. That’s all”.”Yang awak beria-ria nak tahu perempuan tu kenapa?Please lah Andrea!I can’t stand with you anymore!”, jawab Josh dengan kasar. “So what?I’m your wife ok!I has the right to know it”. jawab ku seolah-olah membela diri yang tidak bersalah. Josh kemudiannya lantas memegang kuat pergelangan kedua-dua belah tangan ku, seraya menjengilkan biji matanya ke arah ku. “Dengar sini! Saya tak pernah pun ambil tahu pasal awak selama empat bulan semester pertama ini berlangsung. Saya tak pernah pun kisah kalau awak nak keluar makan dengan Dexter atau awak nak bermanja dengan Dexter di depan mata saya sendiri walaupun hati saya sakit. Dari mula hingga ke akhir semester pertama ni, awak langsung tak pernah tegur saya, or even text me sms, tanya khabar saya. Kalau saya hantar sms pun, awak tak akan reply. Tup tup hari ini cari saya pula. Satu lagi, cincin perkahwinan kita yang Indai beri pun awak langsung tidak pernah pakai. Awak langsung tak peduli kan saya sebagai suami awak. You fool me, Andrea!”, marah Josh. Dadanya kelihatan berombak. Pada firasat ku ketika itu, api kemarahan mula menguasai akal dan fikiran nya. Josh kemudian nya melangkah meninggalkan ku bersendirian.

“Fezrul, jum, kita pergi makan di Pizza Hut. Lapar dah ni”, pelawa Dexter yang berdiri di depan pintu bilik Fezrul. “Eh, kau tak pergi dinner dengan mak we kau ke?. Malam-malam begini, jarang kau nak makan sama dengan aku”, jawab Fezrul yang meniarap di atas katil sambil membaca komik. “Malam ni, kau jangan sebut apa-apa pasal Andrea boleh tak?”, herdik Dexter. “Kenapa ni Dex?. Ada problem ke?”. “Fezrul, masa kelas petang tadi, kau perasan tak yang Josh keluar dari dewan kuliah?”. “Perasan juga. Kenapa Dex?”, soal Fezrul. Dia begitu pelik melihat raut wajah Dexter yang sedikit muram. “Lepas Josh keluar dari dewan kuliah tadi, aku pun keluar juga. Ingatkan Josh pergi ke tandas. Tapi…”, Dexter tertunduk lalu duduk di atas katil, bersebelahan dengan Fezrul. “Tapi apa Dex?. Teruskan lah”. “Tapi, masa aku keluar dari pintu dewan kuliah, aku ternampak Andrea tarik tangan Josh ke belakang bangunan kuliah. Masa itu, aku sangat musykil tengok Andrea boleh ada di situ dan apa pula kaitan dia dengan Josh?.Sedangkan, selama ini, yang aku tahu, Andrea mahupun Josh tidak pernah bertegur sapa”. “Apa kau buat lepas tu?” soal Fezrul lagi, seolah-olah cerita Dexter begitu menarik perhatian nya. “Aku ikut mereka ke belakang bangunan kuliah tapi aku menghendap mereka dari jarak kira-kira 10 meter. Aku mencuri dengar perbualan mereka, seperti berlaku sedikit pergaduhan. Kau nak tahu Rul, yang paling mengejutkan aku, sebenar nya Josh dan Andrea adalah suami isteri.” keluh Dexter, tertunduk hiba. “Dex, kalau aku beritahu kau sesuatu, kau jangan pula marah kat aku”, ucap Fezrul sambil tangannya memegang bahu Dexter. “Apa dia Rul?”. “Aku sebenarnya memang sudah mengetahui yang Josh dan Andrea adalah suami isteri.Maaf, kalau aku rahsiakan perkara inidari kau. Malah Josh pun tidak tahu yang aku mengetahui hal ini. Aku tak nak hubungan baik kau dan Josh rosak”. “Macam mana kau boleh tahu hal ini lebih awal daripada aku, Rul? Jawab!”. Laju sahaja Dexter mengangkat penumbuk, ingin menumbuk muka Fezrul tetapi hati naluri cepat menyedarkannya. “Sekarang kau beritahu aku bagaimana kau boleh tahu hal ini!”, tempik Dexter, hati nya begitu geram dengan perbuatan Fezrul. “Ok, ok. Aku akan beritahu. Masa itu, aku pergi ke bilik Josh dengan tujuan nak pinjam duit dia untuk beli makanan. Josh masa tu nak pergi tandas, jadi dia beri kepercayaan kepada aku untuk ambil sendiri duit RM5 dari dompet nya. Aku terkejut bila melihat gambar dia dengan Andrea dalam dompet dia. Satu lagi Dex, minggu lepas aku baru perasan yang Andrea pernah memakai cincin yang sama coraknya dengan cincin yang Josh pakai selalu.”. Dexter tersentak tatkala mendengar apa yang diperkatakan oleh Fezrul sebentar tadi. Dia tidak menyangka yang selama ini dirinya diperbodohkan dengan sandiwara Josh dan Andrea. “Rul, patut kah aku mengundurkan diri atau patut kah aku merampas Andrea dari Josh yang sememang nya layak menjadi milik aku?Hmm…aku buntu Rul, aku buntu!”.

“Sayang! Ambil Baby sekarang, boleh? Baby tunggu Honey di tempat parker kenderaan di belakang bangunan dewan kuliah sekarang, ok?. “Okey, within 5 minutes, I’ll be there. Lagipun, Honey ada something wanna gives to you”. Punat merah yang bermaksud end call di telefon bimbitnya ditekan. Dia kemudiannya bergerak menuju ke tempat parkir kenderaan dengan hati yang berbunga. Mana tidaknya, hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan final bagi semester ini. Lepas ini, bolehlah dia bercuti puas-puas selama dua bulan.Tiba-tiba sahaja dia teringatkan keluarga mertuanya yang berada di Mukah. Rasa rindu pula dengan mereka. Teringin pula dia menghabiskan masa cuti di rumah Apai dan Indai tapi apabila terfikirkan hubungannya dengan Josh kurang baik, dia terus membatalkan hasratnya.

“Apa dia yang Honey nak bagi kat Baby?”, soal ku sambil mengunyah french fries. “Ni, ada surat untuk Baby”. “Surat apa pula ni sayang?”, tanya ku dengan penuh kehairanan. “Bukalah sampul surat tu, then you will know it’s content”, ujar Dexter. Aku membuka sampul surat yang berwarna cokelat muda itu dengan penuh debaran.Ada sebuah kaset juga di dalam sampul surat itu. Kaset apa pula ni?Hmm..macam surat wasiat je.

Dear my beloved wife,
Terima kasih kerana sudi membaca surat Josh. Mungkin ketika Anne membaca surat ini, Josh telah pun berada di lapangan terbang.
Josh nak beritahu yang semua rakan-rakan Josh telah mengetahui hubungan kita. Even Dexter also already knows it. So, there is no hiding about our status now although kita tak macam suami isteri.
Josh plan nak pergi ke Qatar, Arab Saudi untuk cuti semester ni, join Jang and his family. Mula-mula, Josh ingat nak habiskan cuti semester bersama Anne di Mukah, bersama-sama dengan Apai dan Indai tapi bila memikirkan our relationship getting worse, Josh membatalkan hasrat itu.I know I can’t win your heart like what Dexter did.
The most important thing yang Josh nak beritahu Anne adalah, Josh sudah nekad untuk memberi ruang bagi hubungan kita. That’s why Josh ingin pergi jauh dari Anne untuk cuti semester sepanjang dua bulan ini. I’m not sure whether kita akan masih menjadi suami isteri lagi bila masuk the next semester. If you had received apa-apa letter or document from me about our divorced within the next one month, it’s mean our relationship is end although I really love you. Josh minta maaf jika selama ini Josh pernah menyakiti hati Anne dan gagal membahagiakan Anne. Segala keinginan yang Anne nak, Josh buat, Josh ikuti sampai membuatkan Josh sendiri terluka. Dahulu Josh menyangka bahawa kehadiran Josh mampu hapuskan duka Anne dan kenangan Anne bersama Dexter, tapi rupa nya gagal.
Anyway, Josh rela serahkan Anne ke tangan Dexter demi kebahagiaan Anne. I love you and take care.
P/s:Dengar lah lagu Baik-Baik Sayang kerana lagu ini begitu bermakna bagi Josh dan hubungan kita. Segala apa yang Josh rasa, hampir sama dengan apa yang di sampaikan dalam lagu tersebut.
-Adrian Joshua-

Desiran angin bayu di luar chalet di Santubong Resort begitu nyaman. Bisa membuatkan hati tenang. Sudah empat minggu berlalu, namun aku tidak menerima sebarang khabar dari Josh. Ingin ku bertanyakan khabar Josh dari kedua orang tuanya, namun aku segan. Malas nak melibatkan orang tua dalam masalah perkahwinan kami. Saban hari, status “janda muda” sentiasa bermain di fikiran ku. Aku tak ingin kehilangan Josh. Aku sayang dengannya dan aku hargai segala pergorbanan yang pernah dilakukan olehnya terhadap ku. Tapi aku masih keliru antara cinta aku pada Josh dan Dexter. “Andrea Aurel Daniel…This time, I wouldn’t let you go!”…Aku tersentak seketika dari lamunan ku apabila terdengar satu suara garau menegur ku. Aku berpaling dan melihat dia……..

-Tamat-


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

16 ulasan untuk “Cerpen : Baik-baik Sayang”
  1. dumeera says:

    pewittt…good job :grin:
    sambung gi….=D

  2. zizi says:

    sweet..tp takder perenggan….
    penat nak baca…… :cry: :shock:
    leak perenggan

  3. lady sabrina says:

    sgt2 best..
    cume x d prnggan,pnat nk bce….
    jikea x de prenggan mkin akan mnimbulkan sdkit kbsanan thdp para pembaca..
    mmpunyai isi yg mnarik…dan terdpt kjutan yg x terduga dek fikiran..
    sy hrap pnulis dtp smbung la shingga mkin boleh manjadi sebuah novel…

  4. missfiza says:

    bestnyer citer ni….
    nnt writer wat smbgn x??wat la..sy nk bace… ;-) ;-) ;-)

  5. fiey says:

    penggayaan bahasa “cantik”. educated writer. tp cerita yg agak meleret. utk buat novel ok kot. utk cerpen ianya agak meleret. apepn, anda mmg berbakat!!!congratulation!

  6. aqilah says:

    part bahasa Sarawak , u’re very good at it ..
    but when it comes to english , quite broken .
    just minor mistake . boleh baiki lagi ..
    keep on writing sbb u have the ability ..
    but make sure , give us a sharp ending .. jgn biar trgantung .
    apa2 pun , GOOD JOB ! i like this story :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"